Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Saturday, 17 July 2010

KEMATIAN BAPA, PENGAJARAN BUAT YANG HIDUP….& BERSIAP-SIAP MENGHADAPINYA

Assalamualaikum wrh. Wbt

Baru-baru ini saya menerima kiriman tulisan dari seorang hamba Allah. Berikut adalah artikel yang telah ditulis oleh hamba Allah tersebut untuk renungan kita semua.

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KEMATIAN BAPA, PENGAJARAN BUAT YANG HIDUP….& BERSIAP-SIAP MENGHADAPINYA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrh. Wbt

Saya terdetik untuk menulis artikel berkaitan kematian ayahanda tercinta dan berdoa agar diberi kelapangan masa dan kekuatan untuk melaksanakannya. Tiada daya upaya kita sebagai manusia ini hanyalah melainkan berdoa kepada Allah agar diberi pertolongan. Mudah-mudahan dengan rahmatNya dapatlah saya siapkan artikel ini untuk perkongsian dan manfaat buat pembaca yang dirahmati Allah swt.

Tanggal 30 Jun 2010 bersamaan hari Rabu, saya menerima panggilan telefon dari ibu tercinta memaklumkan ayahanda telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.15 pagi. Ketika itu saya sedang menduduki Bimbingan Peperiksaan PTK disebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Dada rasa sebak, tubuh seperti melayang di awang-awangan dan saya lafazkan ucapan Innalillahi wa inna ilaihirajiuun. (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kepada­Nya kami dikembalikan. Ya Allah, berilah aku ganjaran pahala karena musibahku ini dan berilah aku balasan yang lebih baik dari musibah ini).

Buat pengetahuan pembaca, Ayahanda saya tidak mengalami sebarang penyakit kronik sama ada kencing manis, lemah jantung, buah pinggang dan lain-lain. Kalau adapun sakit gout itupun telah Allah tarik balik sakitnya. Pendek kata sihat wal afiat. Kakak saya yang belajar di luar Negara, adik-adik yang bertugas di Penang, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu semua menelefon saya mahukan kepastian KERANA MEREKA TAHU ayahanda saya memang sihat, malahan boleh bertukang, menjahit, mengurus kebun kelapa sawit, mengemas rumah dan ada kemahiran dalam hiasan dalaman rumah. Majlis perkahwinan kami adik beradik diuruskan sepenuhnya ayahanda kerana kemahiran bertukang tersebut. Jadi kos pun dapat dijimatkan. Kemahiran-kemahiran itu tidak seorang pun anak-anaknya yang mewarisi.

Adik beradik saya adalah seramai 7 orang terdiri dari 3 lelaki dan 4 perempuan. Dua minggu sebelum kematiannya ayah sempat mengadakan Majlis Perkahwinan adik perempuan saya yang bongsu. Kini semua adik beradik perempuan saya telah berumahtangga.Teringat saya kenangan dulu-dulu bersama ayahanda sejak dari kecil hinggalah saat kematiannya. Garangnya bukan main, kalau kami adik beradik bergaduh akan dihadiahkannya sebatan tiap-tiap orang dengan tiga sebatan, disuruhnya kami saling bermaafan dan kena cium antara satu sama lain!. Kalau lewat solat, siaplah akan diupah juga!. Kalau berhari raya di rumah nenek, kami adik beradik kena WARNING jangan makan gelojoh, ambil sekadarnya sahaja. Jeling mata ayahpun kami dah tahu balik dari rumah nenek confirm kena bedal dengan rotan!  

Saya menelefon isteri untuk bersiap balik ke Batu Pahat. Sebelum itu, kami singgah di Sekolah Rendah Islam Hidayah untuk mengambil anak sulong. Saya sempat menelefon guru saya untuk memaklumkan kematian ayahanda. Nasihat guru saya ialah redha dan semoga taubatnya Allah terima. “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”(Ali Imran:102). Ketika perasaan saya tenteram seketika saya menelefon beliau kembali beberapa minit kemudiannya bagi meminta panduan menguruskan jenazah sebagaimana yang Nabi suruh.

Dengan izin Allah saya tiba di Batu Pahat jam 1.45 petang. Saya berpesan kepada isteri dan anak-anak untuk menunaikan solat zohor sebelum melaksanakan apa-apa urusan. Ramai sekali orang berziarah, entah datang dari mana saya pun tak pasti. Ada yang mengaji Al Quran, ada yang menangis teresak-esak, ada yang sekadar berbual-bual di luar, ada yang berziarah lepas tu keluar rumah dan menghisap merokok dan pelbagai ragam manusia. Saya berteleku di kepala jenazah, membuka kain putih yang menutupi wajahnya, saya cium jenazah ayah dan berdoa kepada Allah swt dengan titisan airmata. Wajahnya putih bersih seperti orang tidur, malah lebih bersih dan tampak tenang berbanding ketika hidupnya. Saya lalu menemui Imam surau yang berziarah meminta izin untuk saya mengimamkan solat jenazah. Beliau amat mengalu-alukan permintaan saya katanya memang itulah yang afdal. Alhamdulillah, satu urusan selesai!

Ibu saya amat gembira atas kesediaan saya untuk mengimamkan solat jenazah. Katanya itulah wasiat arwah iaitu:
1)     jenazah diuruskan oleh ahli keluarga,
2)     anak sendiri  imamkan solat
3)     tidak usah diadakan tahlil arwah.

Jam 3.30 petang jenazah kami mandikan bersama 2 orang adik lelaki dengan penyeliaan bilal yang biasa dengan kerja-kerja pengurusan jenazah. Jam 4 petang jenazah selamat dikafankan. Ketika solat jenazah itulah saat paling hiba. Saya berdoa agar ayahanda tercinta selamat dari azab siksaan kubur, azab api neraka dan dimasukkan dalam golongan hamba yang Allah redha. Ramai yang berjujuran airmata. Setelah selesai solat jenazah saya sebagai ketua keluarga (anak sulung) memberi peluang kepada ibu tercinta, adik beradik dan ipar untuk menatap dan mencium jenazah buat kali terakhir. Dengan izin Allah swt, saya diberi kekuatan untuk bersuara dengan menegah mana-mana perempuan yang bukan mahram dari mencium jenazah. Bagi saya ini bukan majlis suka-suka atau untuk seronok-seronok!


Peristiwa Di Kuburan

Ibu tidak mengikut menghantar jenazah ke kuburan. Saya dan 2 lagi adik lelaki serta seorang lagi sahabat rapat ayahanda turun ke kubur bagi menyambut jenazah. Pilu dan sedih bukan kepalang apabila ayahanda tercinta dimasukkan ke liang lahad dan mencium tanah. Jasad yang tidak akan dapat ditatapi lagi!!!....Ya Allah ampunilah ayahku, ampunilah ayahku….itulah doa didalam hati saya. Tanah dikambus oleh kami 3 beradik dan dibantu beberapa orang lain. Moga engkau ditempatkan di kalangan orang soleh ayah!..itulah doa saya. Setelah selesai tanah dikambus saya mengambil tempat sedikit berjauhan. Ikut amalan biasa akan dibacakan talkin. Untuk apa saya pun tidak pasti kerana pada saya berdoa adalah lebih bermanfaat dan itulah yang diajar oleh Rasulullah. Seorang bilal muda mengambil posisi ditepi kubur ayahanda dan bacaannya amat jelas saya dengar....tiada lagi sesi mengajar jenazah menjawab soalan kubur oleh Malaikat seperti selalu saya dengar. Alhamdulillah, terima kasih Allah!...dan diakhiri dengan DOA yang panjang.

Rindu Melihat Kubur Ayahanda dan Pasca Kematian

Untuk pengetahuan pembaca, suatu ketika dulu antara 7 beradik saya adalah orang paling penakut dengan mayat, amat gusar apabila dengar ada orang mati!, apatah lagi kalau disuruh memandikan, kecut perut. Kubur?? Memang amat takut apatah lagi pada malam hari. Di kampung selalu ditakutkan dengan cerita hantu dan tahyul. Di kubur ada hantu kononnya!. Ayahanda pernah bergurau dengan berkata “Engkau ini penakut sangat, kalau aku mati macam mana nanti??”. Kematian itu lah kursus terbaik buat diri ini. Segala ketakutan itu hilang dengan Izin Allah swt. Kerana rindukan ayahanda saya ziarah kuburnya pada waktu malam dan subuh hari. Ber DOA, ber DOA dan ber DOA. Hadis Nabi mengajarkan kepada kita "Jika seorang hamba meninggal, maka terputuslah semua amalnya kecuali dari tiga hal; sedekah jariah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya."

Saya mengambil cuti selama 7 hari bagi menguruskan beberapa perkara di rumah bagi memudahkan ibu. Dalam tempoh tersebut kami hanya membanyakkan membaca Al Quran dan berdoa. Tiada tahlil tiada kenduri dan sebarang majlis. Moga Allah beri kekuatan kepada kami sekeluarga untuk beramal dengan apa yang Allah dan Nabi perintah.

Moral dari kisah di atas :

1)             Ingatlah bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Ini bersesuaian dengan ayat Al Quran “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati…”(Ali Imran: 185)
2)             Amalan ibadah yang tidak berdasarkan hadis adalah tertolak "Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bagian) darinya, maka hal itu tertolak."'
3)             Kematian adalah satu kursus terbaik buat yang hidup dan berfikir. Mohon dan berdoalah kepada Allah  agar diberikan hikmah bagi mendapat kefahaman.
4)             Anak-anak  hendaklah kita ajarkan dengan ilmu pengurusan jenazah dan mengenal apakah erti kematian
5)             Berbaktilah kepada anak-anak yatim kerana ia satu perkara yang  Allah perintah dan suruhan Nabi
6)             Ziarahlah jenazah dengan ilmu agar tidak melakukan perkara yang sia-sia
7)             Berdoalah kepada Allah mohon kita dimatikan dalam husnul khatimah.


Hamba Allah  



4 comments:

  1. ayah tuan haji muslim seorang ayah yang baik..

    ReplyDelete
  2. Ini bukan kisah ayah saya tetapi adalah ayah kepada seorang hamba Allah.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi maha Penyayang

    Assalamualaikum

    Saudara Emjay. saya ingin bertanya satu soalan iaitu semasa saudara solat, adakah saudara atau guru yang mengajar saudara khusuk semasa mengerjakan rukun islam yang kedua ini. Atau saudara buat-buat khusuk atau solat ikut-ikut orang solat atau nak tunjuk kat orang yang kita solat.
    Jawapan dari saudara saya nantikan.......

    Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  4. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete