Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 26 August 2010

Diet gila orang Melayu – kearah diabetes

Diet gila orang Melayu – kearah diabetes
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.
Semalam saya diberi kesempatan untuk menemui seorang wanita yang saya namakan sebagai Minah (bukan nama sebenar). Saya baru sahaja mengetahui Minah ini menghidap penyakit diabetes yang serius dari seorang rakan saya. Minah kini mengalami luka dikaki yang serius yang sukar sembuh walau pun sudah menjangkau lebih dari sebulan diubati. Begitulah pesakit diabetes, kalau luka sikit sukar sembuh dan boleh mengakibatkan kaki di potong.
Beberapa minggu yang lalu saya sempat memberitahu kepada Minah agar datang ke rumah saya untuk berbincang tentang masalah diabetesnya. Namun begitulah apabila Allah SWT tidak mahu memberikan rahmat kepada seseorang, pesanan yang baik  bakal diabaikan begitu sahaja kerana sesungguhnya saya tidak mampu memberikan rahmat kerana hanya Allah SWT yang mampu memberikannya.
Dalam kesempatan yang singkat bertemu Minah semalam, saya teringin sangat untuk mengetahui apakah punca permakanan yang mengakibatkan Minah ditimpa penyakit diabetes. Dari temubual singkat tersebut, berikut adalah maklumat yang diperolehi:
1.    Umur lewat 40an. Menghidap Diabetes 16 tahun lalu ketika usia awal 30an.
2.    Suka dan kerap makan mee kuning
3.    Tidak suka makan nasi sehingga sekarang semenjak hampir 20 tahun lepas.
4.    Gemar makan roti canai, roti dan segala macam kuih yang dibuat dari tepung gandum (bleached flour).
5.    Teramat gemar dan kerap makan kacang tanah dan pelbagai kacang lainnya
6.    Teramat gemar dan kerap makan organ dalaman hati dan paru-paru
7.    Hampir tidak makan sayur kerana menurut Minah tidak mengapa kerana beliau menggantikannya dengan memakan buah-buahan
8.    Gemar makan durian, mata kucing siam / longan siam, duku
9.    Gemar dan kerap makan pulut, keledek, ubi, keladi dan kentang
10. Gemar kacang buncis
11. Gemar makan junk food seperti twisties dsbnya.
Saya berhenti sekadar ini kerana kesuntukan masa. Mungkin ada lagi makanan-makanan atau minuman lain yang menjadi punca penyakit diabetes yang dialami Minah ini.
Saya amat terperanjat melihat diet GILA seperti ini. Di kalangan pelajar UTM pun semakin ramai yang menggemari diet gila seperti makan tengahari dengan kentang goreng dan chicken chop. Ada juga yang gemar makan burger sahaja untuk makan tengahari dan malam. Ada pula yang sekadar makan mee magi. Saya mengkategorikan diet seperti ini sebagai diet gila kerana kesan dari diet seperti ini adalah amat parah sebagaimana masalah diabetes yang dihadapi oleh Minah.
Selepas mendapat maklumat  sebagaimana di atas, saya menyoal Minah “suami adakah turut sama meminati diet seperti ini?”
Minah kata “suami makan macam orang biasa  Cuma saya saja yang tak minat makan nasi”.
Saya mengatakan kepada Minah bahawa suaminya bakal menghidapi diabetes juga sekiranya beliau mengamalkan diet yang serupa. Itulah sebabnya ramai pasangan suami isteri hari ini menghidap diabetes kerana masing-masing mengamalkan diet yang serupa. Cuma yang lebih dahulu mengalami diabetes antara suami isteri ini adalah mereka yang lebih teruk mengamalkan amalan diet buruk tersebut. Arwah bapa mertua saya dahulu lebih awal menghidap diabetes dan setelah beberapa tahun kemudian barulah disusuli oleh arwah ibu mertua saya.
Seterusnya saya menyatakan kepada Minah bahawa mana-mana anaknya yang mengamalkan diet yang sama atau hampir sama juga bakal menghidap diabetes dan mungkin pada usia yang lebih muda. Saya menasihati Minah agar berubah segera kerana diet gila yang diamalkan sudah merosakkan dirinya dan seterusnya bakal merosakkan anak-anak dan generasi seterusnya.
Saya juga berkata bahawa melihat kepada keseriusan (seriousness) kes Minah ini dan melihat kepada kaki yang sudah membengkak, saya menjangkakan bahawa mungkin dalam tempuh tidak sampai dua tahun Minah akan terpaksa menjalani dialysis akibat kegagalan buah pinggang. Minah sempat menyampuk bahawa doktor beliau juga mengatakan perkara yang sama. Saya Alhamdulillah juga sempat menakutkan Minah tentang proses dialysis sebanyak tiga kali seminggu sampai mati sekiranya beliau terpaksa menjalaninya. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menyuruh beliau berubah.
Bagi penggemar  mee kuning, roti, roti canai dan segala kueh mueh yang dibuat dari tepung gandum putih, bacalah artikel saya bertajuk “Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached)” di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/10/hidup-lebih-sihat-tanpa-tepung-gandum.html . Tepung putih ini kalau dimakan sekadar tempuh beberapa tahun sahaja dalam kuantiti yang kecil dan tidak kerap mungkin belum membahayakan tetapi apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak serta kerap dan berterusan dalam jangka masa lama, penyakit yang menanti anda adalah diabetes atau gout atau arthritis atau masalah buah pinggang.
Saya sempat menceritakan kepada Minah tentang fakta berkaitan tepung gandum putih ini. Produk dari tepung putih ini boleh digantikan dengan spaghetti, macaroni , capati, roti whole meal dan segala produk yang menggunakan tepung gandum asli yang tidak diputihkan dengan bahan kimia benzoyle peroxide. Cekodok kegemaran Minah bolehlah digantikan resepinya dengan menggunakan tepung ata yang digunakan oleh orang Singh atau India untuk membuat capati.
Satu ilmu salah / songsang yang diterapkan melalui mata pelajaran sains di sekolah adalah bahawa fungsi sayur dan buah-buahan adalah sama iaitu sekadar membekalkan mineral, vitamin, karbohidrat dan serat untuk memudahkan buang air besar.  Dari pengajaran ilmu sains yang cacat ini ramai orang menjangkakan bahawa pengambilan sayur-sayuran boleh digantikan oleh buah-buahan. Inilah ilmu sesat / songsang masa kini yang sudah banyak diamalkan oleh umat Melayu. Mereka lebih gemar makan buah-buahan dari memakan sayuran. Walhal sayur-sayuran adalah jauh lebih penting berbanding buah-buahan kepada kesihatan tubuh badan. Sayuran pahit tidak dapat sama sekali digantikan oleh makanan lain!!
Sayuran pahit adalah amat penting kepada tubuh badan dan itulah sebabnya orang Cina gemar makan peria bukan kerana ia sedap tetapi kerana amat penting kepada tubuh badan. Orang Cina juga menggemari sayur kailan yang pahit bukan kerana ia sedap tetapi kerana khasiatnya. Kini orang Melayu terutama sekali kanak-kanak sudah tidak lagi makan sayuran yang berkhasiat seperti sawi, kailan, daun ubi, jantung pisang, pegaga, peria, peria katak, ulam raja, kacang botor,  tenggek burung, daun selon, kacang panjang, pucuk betik, pucuk gajus dsbnya. Bagi setengah orang memadailah dengan memakan sayur taugeh, kobis, bayam dan bunga kobis. Tentang kobis tu, bacalah artikel saya bertajuk  “Jangan makan kobis” di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html . Bayam memanglah tidak pahit dan sedap tetapi bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, diet bayam perlu dielakkan sama sekali kecuali bayam pasir. Begitulah juga dengan bunga kobis dan kacang buncis yang juga perlu dielakkan.
Bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, buah durian, mata kucing siam / longan, duku, limau Sunkist, limau kasturi adalah perlu dielakkan sama sekali . Buah manis seperti durian, rambutan dan ciku hanya akan memburukkan masalah penyakit-penyakit ini. Pengambilan limau seperti limau Sunkist dan limau kasturi juga menjadikan penyakit-penyakit ini semakin parah. Perlu diingat bahawa darah mereka yang menghadapi masalah gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang adalah sudah berada dalam keadaan berasid. Pengambilan bahan berasid seperti limau Sunkist dan limau kasturi akan menambah keasidan darah dan menjadikan tubuh semakin tidak sihat kerana darah orang sihat sepatutnya berada pada sedikit beralkali. Itulah sebabnya memakan sayuran pahit adalah amat baik kerana ia menambahkan kealkalian darah.
Selain masalah diabetes yang dialami Minah, beliau juga mengalami masalah sakit pada dada sebelah kiri iaitu pada lokasi jantung dan sudah agak kerap. Simptom ini adalah symptom bagi masalah jantung. Apabila seseorang gemar makan kentang goreng seperti potato chip atau French fries serta gemar pula makan makanan merapu, tunggulah, sampai waktunya jantung anda akan bermasalah!!! Penyakit jantung.
Allah memberikan manusia penyakit adalah untuk mendidik manusia agar kembali kepada Allah. Begitulah apabila manusia lari dari Allah, Allah menarik kita kepadanya salah satunya melalui penyakit. Apabila Allah SWT memberikan penyakit diabetes kepada seseorang, siapalah saya dan saya sememangnya tidak  mampu memulihkan. Seandainya Allah memberikan diabetes lalu saya pula mampu memulihkan penyakit ini, maka saya sudah setaraf dengan Allah SWT, nauzubillah…. Itulah sebabnya apabila orang minta nasihat tentang penyakit diabetes ini, saya akan menyelidik tabiat diet seharian dan yang paling penting menyelidik perlanggaran hukum dalam agama Islam. Apabila seseorang mengenalpasti kesilapan lalu bertaubat disamping mengamalkan pantang larang dan juga mengambil ubat serta Allah SWT redha maka Allah SWT sahajalah yang mampu menyembuhkannya.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

Thursday 19 August 2010

Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!

 
Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!



 Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!

Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat iblis terhadap iblis dan tenteranya.
Pagi tadi saya terbaca reply seorang pembaca Laman Emjay yang saya hormati iaitu sdr wacanai seperti berikut:
wacanai wrote on Aug 18, edited on Aug 18
Assalamualaikum..
Selepas ini saya cadangkan sdr MJ menulis article berkenaan isu pembuangan janin yg semakin menjadi-jadi dan jalan penyelesaiannya juga isu menamakan anak luar nikah untuk bin / binti yang sepatutnya mengikut syarak.

Jika mengikut penelitian saya isu ini ada kaitanya dengan institusi perkahwinan yang menyukarkan laluan untuk bernikah,berpoligami,rujuk dan cerai.Isu ini amat mengerikan dan lebih teruk drpd arab jahiliyah.
Alahamdulillah syukur, berikut adalah tulisan yang saya mampu lakarkan.
Menurut pandangan saya, punca permasalahan ini ialah :
1.      Islam semakin diperlekehkan.
Ramai pemimpin tidak segan silu mengutuk Islam. Mufti pun macam sekadar jaga periuk nasi mereka dan bukan menjadi panglima Allah SWT. Islam dielakkan dari menjadi  panduan dalam setiap aspek kehidupan. Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi.  Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dahulu yang suka mengubah hukum  agama mengikut selera dan keadaan semasa.
2.      Beromen dan zina  diajarkan secara bebas dan meluas.
Pendidikan seks semakin merebak di media massa yang mengajar generasi muda bagaimana nak beromen dan melakukan seks. Antara juara panglima iblis ini ialah:
a.    TV. Berlumba-lumba stesen TV mengajarkan kurikulum beromen dan melakukan seks. Lihatlah stesen ASTRO melalui movie mereka dan tidak ketinggalan stesen  TV lain.
b.   Panggung wayang yang menayangkan cerita dari barat atau Asia kini juga turut serta mengajarkan pelajaran beromen dan melakukan seks. Pendek kata segala movie yang ada kaitan dengan seks, larislah.
c.    Novel-novel remaja turut tidak ketinggalan mengajarkan ilmu beromen dan  melakukan seks

3.      Aurat wanita tidak lagi perlu dijaga.
Nafsu lelaki dijolok habis-habisan. Wanita setiap saat diajarkan untuk mendedahkan aurat mereka. Antara panglima iblis di sini ialah:
a.    Pemimpin mendidik rakyat terutama wanita bagaimana mendedahkan aurat.
b.   TV paling juara mendidik wanita untuk mendedah aurat
c.    Suratkhabar dan majalah macam dijuarai oleh kaki seks untuk mengajar para  pembaca bagaimana kaedah untuk mendedahkan aurat.
d.   Artis adalah antara hulubalang iblis menjadi model untk mendedahkan aurat.  Bukan sekadar lelaki yang terangsang malahan kanak-kanak lelaki dan orang  lelaki tua pun terangsang.
e.    Pejabat agama hanya sekadar mengajar orang untuk menutup aurat apabila  mereka berurusan dengan pegawai dipejabat agama Islam sahaja.  Ditempat  awam lain biarkanlah mereka. Membiarkan samalah dengan menggalakkan.

4.      Wanita berhias, memakai bauan (spt minyak wangi).
Wanita kalau keluar rumah berhias di muka, badan melalui barang kemas dan pakaian, memanglah rosak habis kehidupan. Janji Allah sebagaimana dalam surah Al Ahzab ayat 59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat tersebut bolehlah dibuat rumusan bahawa seandainya wanita keluar dari rumah tanpa melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat, sudah pasti mereka akan diganggu oleh orang lelaki seperti yang dinyatakan Allah dalam surah tersebut.
Bacalah artikel saya bertajuk Perhiasan bagi perempuan – satu kisah dan tauladan.  di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/perhiasan-bagi-perempuan-kisah-dan.html  dan juga artikel bertajuk Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu? Di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/bolehkah-bersolek-nipis-ke-tempat-kerja.html   
Bila wanita memakai bauan / minyak wangi lagilah menggila kaum lelaki. Lelaki ini antara kelemahannya adalah bila mencium bauan dari wanita, cair iman.           
           
5.      Video / bahan Lucah.
Bahan  lucah sudah menjadi sinonim dengan Malaysia.  Bahan lucah mudah diperolehi sama ada dalam bentuk  CD, DVD, majalah, buku atau internet. Kanak-kanak kecil tahap sekolah rendah sudah mahir melayari internet lucah. Ada kanak-kanak ini  yang sudah mahir melayari bahan lucah di cyber café. Kalau kanak-kanak seusia ini sudah kerap disajikan dengan bahan lucah seperti ini, berapa lama mereka dapat bertahan dari melakukan adegan lucah sebenar? Paling lama setahun! Waktu saya di Sekolah Alam Shah tahun 1970an dahulu, terdapat seorang rakan saya yang kerap melakukan seks dengan pelajar perempuan berusia 15 tahun dan 12 tahun. Itu tahun 1970an, tahun 2010 ini bertambah lagi parahnya.  Apabila lelaki atau wanita sudah naik gian untuk melakukan seks akibat terdedah dengan bahan lucah ini, mereka tidak akan memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka. Apa yang penting adalah hajat mereka kesampaian.
6.      Lagu / nyanyian
Kalau kita perhatikan setiap lagu yang dikumandangkan di radio, lebih 75% mengandungi perkataan seperti cinta, rindu, kasih, sayang, peluk, cium, belai dan kucup. Kanak-kanak semuda 2 tahun ditanamkan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, peluk dan cium. Berapa lama mereka boleh bertahan dengan serangan nilai-nilai yang membawa kepada kerosakan akhlak seperti ini?
7.      Pergaulan bebas lelaki perempuan
Kerajaan seolah-olah menggalakkan pergaulan bebas bermula dari sistem sekolah yang bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan.  Dalam bab ini saya lebih memandang mulia orang Ingeris kafir yang menubuhkan sekolah satu jantina seperti Methodist girl’s school dan Bukit Bintang Boys school. Kini budaya sekolah satu jantina seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Tun Fatimah hanya menunggu saat entah bila berkuburnya. Sekolah satu jantina seperti yang diamalkan di Arab Saudi dipandang ketinggalan zaman dan diperlekeh.
Akibat dari percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah ini, gejala pelajar bercium dan melakukan seks sudah semakin kerap kini. Jikalau di sekolah sudah berlaku gejala seks ini, di luar sekolah lagilah dahsyat perlakuan seks.
Kini lelaki dan wanita digalakkan bercampur gaul di tempat kerja, di kompleks beli belah, di tepi pantai dan hampir setiap tempat. Kerajaan melalui agensi-agensinya turut serta menggalakkan percampuran bebas ini melalui program seperti Sure Heboh dan berbagai pesta lagi yang digemari muda mudi Islam seperti konsert nyanyian.  

8.      Orang perempuan bebas bermusafir tanpa mahram.
Islam tidak membenarkan wanita Islam bebas bermusafir tanpa mahramnya. Itulah sebabnya Arab Saudi tidak membenarkan wanita mengerjakan haji atau umrah tanpa mahramnya. Oleh kerana ramai pemimpin dan rakyat yang beragama Islam sendiri jahil dengan undang-undang Islam ini, maka kini berjuta wanita dari Indonesia, Filipina dan Sri Lanka bekerja di Malaysia dengan bebas. Kini minah indon cukup mengancam keimanan lelaki di Malaysia. Mereka yang jauh dari ibu bapa atau suami bergaya mengalahkan wanita kafir Cina menggayakan pelbagai fesyen mendedah aurat. Gaya seluar ketat baju pendek mendedahkan seluar dalam seakan-akan menjadi kegilaan mereka.  Lelaki kalau lemah imannya, berapa lamalah mereka boleh bertahan. Apatah lagi minah indon ini memang daring. Tanyalah lelaki yang bekerja di kilang terutama yang berpangkat, hampir setiap hari dicabar oleh wanita indon ini agar melakukan maksiat.
Wanita Islam yang bekerja di bandar-bandar besar juga tidak ketinggalan  termasuk dalam golongan ini. Apabila wanita ini berduit, jauh dari ibu bapa bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Maksiat menjadi permainan harian. Bukan ada yang nak menegur. Inilah bahana apabila Islam tidak dipraktikkan sebagai cara hidup dengan sebenar-benarnya.
Apa yang lagi menyedihkan ialah apabila wanita tanpa mahram ini bekerja menjadi pembantu rumah tak kiralah majikan beragama Islam atau bukan Islam. Situasi sebegini adalah keadaan yang amat dinantikan oleh iblis. Apabila seorang lelaki duduk sebumbung dengan wanita bukan mahram, auratnya pula tidak dijaga, wanita ini pula pandai mengambil hati sang suami, lelaki mana yang tidak cair imannya. Inikan pula kalau majikan adalah bukan Islam.

9.      Amar makruf nahi mungkar ditiadakan, jangan sibuk dengan tepi kain orang dimakmurkan.
Amar makruf nahi mungkar ini amat ditekan dalam Islam. Bacalah artikel yang menarik berkenaan perkara ini di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/amarmaruf.htm
Memadai saya letakkan hadis seperti berikut:
Abu-Dardaa r.a. berkata: "Kamu harus melakukan amar maruf nahi mungkar, kalau tidak Allah s.w.t. akan mengguasakan (menjadikan pemimpin) diatas kamu seorang yang zalim, yang tidak menghargai orang tua dan tidak kasih kepada anak-anak, kemudian pada saat itu orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, maka tidak diterima doa mereka, minta pertolongan juga tidak ditolong minta ampun tidak diampun."
Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."
  Ali r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika ummatku telah takut berkata kepada orang yang zalim itu: "Engkau zalim!", maka ucapkan selamat tinggal pada ummat itu (mereka akan binasa dan hina)."
Abul Said Alkhudi r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika kamu melihat perbuatan mungkar maka kamu harus roboh (tentang) dengan kekuatan kekuasaan (tangan), jika tidak dapat maka dengan nasihat lidahnya, jika tidak dapat maka dibenci dengan hatinya dan ini menunjukkan selemah-lemah iman. Menggunakan kekuatan kekerasan itu bagi orang yang berkuasa dan dengan lisan bagi para ulama (cerdik pandai) dan denganb hati bagi umum. Masing-masing orang menggunakan menurut kedudukannya, kekuatannya dan kekuasaannya."
Sudahlah konsep amar makruf nahi mungkar tidak lagi diutamakan, kini umat slam diajarkan pula konsep baru iaitu “jangan jaga tepi kain orang”. Inilah ajaran penting dari datok nenek iblis untuk menjahanamkan manusia.

10.   Perkahwinan dipersulitkan
Perkahwinan kini semakin dipersulitkan. Lelaki perlu bertunang lama sehingga 4 tahun untuk mengumpul duit bagi segala urusan berkaitan perkahwinannya. Bertunang seolah-olah diberikan lesen untuk pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Semua ini menjadi pemangkin untuk seks bebas sebelum berkahwin. Apabila wanita sudah mengandung sedangkan untuk berkahwin masih belum cukup duit, buang sajalah bayi, ini lebih selamat dari orang kampong semua tahu.
11.  Poligami dibenci, diperlekeh dan dipersulitkan
Di Malaysia hari ini, sesiapa yang ingin mengalami perang dunia ketiga dalam rumah tangga mereka, kahwinlah satu lagi. Mereka yang berpoligami dilihat sinis macam penjenayah. Disebaliknya kalau melihat orang berzina, ianya dianggap sebagai biasa. Memang Malaysia macam ulangan masyarakat jahiliyah kafir Quraish dahulu.
Bila isi borang untuk poligami, kalau gaji suami tidak cukup besar, permohonan untuk poligami ditolak. Yang peliknya apabila wanita kahwin bujang bergaji kecil sebagai perkahwinan pertama diluluskan pula.
Islam tidak melarang suami yang miskin dari berpoligami berdasarkan hadis. Jadi mengapa poligami dipersulitkan??
Dibuat pula peraturan kalau nak tambah isteri kena dapatkan izin isteri. Adakah peraturan ini terdapat dalam Islam. Adakah dalam Islam kalau nak tambah anak pun kena minta izin dari anak pertama?? Beristeri adalah hak suami. Permudahkanlah menurut Islam.
Dari peraturan yang bertentangan dengan Islam inilah maka timbul ayat “daripada engkau tambah isteri, lebih baik engkau simpan perempuan”. Di Malaysia, perkara ini mudah untuk dilakukan. Kalau perempuan simpanan termengandung, boleh campak kat tong sampah!!!
12.  Kalau di hulu sungai airnya keruh, di kuala lagilah keruh. Kalau kepala ikan dah busuk, dagingnya lagi busuk.
Saya ada menulis artikel yang berkaitan dengan perkara ini bertajuk IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/iktibar-dari-kepimpinan-fam-di-malaysia.html .
Sekiranya seorang bapa yang merokok, anak-anak insyaAllah bukan sekadar merokok tetapi mungkin sehingga menghisap ganja atau mengambil  pil kuda.
Sekiranya seorang bapa gemar seks bebas, anak-anak insyaAllah jadi bohsia atau bohjan.
Kalau suatu Negara dipimpin oleh orang yang gemar seks bebas, insyaAllah rakyatnya memang mahirlah dengan seks bebas. Buang bayi soal kedua, yang pentingnya nafsu serakah perlu dilampiaskan.
Itulah sebabnya Singapura jauh lebih maju berbanding Negara kita kerana mereka dipimpin oleh pemimpin yang mementingkan tanggung jawab, amanah dan integriti, namun di Malaysia………..
Kalau di Gombak dan Ulu Klang air sungainya sudah kotor, di kualanya iaitu di Klang, air sungai sangatlah kotor.
Banyak perkara perlu diubah sekiranya gejala buang bayi ingin diatasi, namun sekiranya pak menteri berfikir menurut kepala masing-masing dan menolak perintah dari Allah SWT, cadangan dan langkah mengatasi masalah dari mereka lebih banyak merosak dari membaiki, bagaikan tikus membaiki labu.
Masalah buang bayi insyaAllah dapat diatasi apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya ditanah airku Malaysia.  Islam dijadikan cara hidup. Merotan dan merejam pasangan zina dilaksanakan. 
Bagi mereka yang ingin menambahkan bahan perbincangan di sini, kecil tapak tangan nyiru saya sediakan.
Tentang bab menamakan anak tu, saya copy paste dari http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=346

Soalan.
3453. SALAM, Mereka bernikah setelah kandungan isterinya mencecah 3 bulan. Selepas 6 bulan kemudian, anak itupun dilahirkan (lelaki). Bolehkah dibinkan kepada ayahnya?

Jawapan
Jika wanita tersebut mengandung sebelum nikah maka anak itu adalah anak tak sah taraf dan tidak boleh dibinkan kepada ayah tersebut"

Soalan
3454. salam, semasa anak berusia 12 tahun si ibu baru menyedari yang anak itu anak luar nikah tetapi telah dibinkan kepada ayahnya sejak lahir lagi. Perlukah menukar binnya skarang? Apakah kesan yang mungkin dialami oleh anak itu? ingin tahu

Jawapan
 Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan akibat perzinaan oleh ibunya atau anak yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan satu lahzah dari tarikh perkahwinan sah kedua ibu bapanya, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pusaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya. Sebaliknya anak yang lahir selepas 6 bulan satu lahzah, adalah dianggap anak sah taraf yang boleh dibin/bintikan dengan bapa asalnya. Oleh itu jika ia anak tak sah taraf, maka hendaklah ditukarkan binnya kepada nama Abdullah atau nama Asma' al-Husna yang lain. Kesannya ialah anak tersebut perlu memahami bahawa setiap manusia dilahirkan bersih, termasuklah anak luar nikah. Yang kotor dan berdosa adalah kedua ibu bapanya. Anak itu adalah suci dan perlu diberi pendidikan, kehidupan dan kasih sayang. Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya. ."

Sekian wallahuaqlam

Emjay

Saturday 14 August 2010

Imsak dan puasa. Adakah imsak sebahagian syariat Islam?

Imsak dan puasa. Adakah imsak sebahagian syariat Islam?
Assalamualaikum wbh sdr seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan pengikutnya.
Selamat berpuasa kepada umat Islam semoga ibadah puasa kita semua  diterima Allah SWT.
Puasa dan waktu imsak adalah saling bergandingan di Malaysia. Apabila masuk saja bulan Ramadhan, umat Islam akan sibuk mencari surat khabar atau radio atau TV untuk mengetahui waktu imsak bagi kawasan mereka.
Menurut BAHEIS (http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/346a4ffac16b04fd0025735c00122b84?OpenDocument ), Waktu imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh).
Umat Islam  di Malaysia secara umumnya akan menjaga waktu imsak ini di mana mereka akan berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak. Apabila kita perhatikan waktu subuh dan waktu imsak ini, kita akan dapati bahawa waktu imsak ialah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.
Persoalan yang ingin saya bincangkan kali ini ialah:
1.       Adakah waktu imsak ini sebahagian dari syariat Islam?
2.       Adakah Nabi Muhamad melalui hadisnya ada mengajarkan waktu imsak bagi mereka yang berpuasa Ramadhan?
Apabila kita meneliti mana-mana kitab hadis dari Ahmad, Turmizi, Nasaie, Muslim atau Bukhari mahu pun Al Quran, Nabi Muhamad SAW tidak pernah mengajarkan waktu imsak ini. Marilah kita melihat dalil-dalil untuk menolak perkara ini.
1.       Al Baqarah ayat 187:  …. Makan dan minumlah hingga jelas bagi mu antara benang putih dan benang hitam iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam.
Dalam mentafsirkan maksud benang putih dan benang hitam ini, marilah kita teliti hadis Muslim No 1053 maksudnya: Dari ‘Adi bin Hatim ra katanya; “Setelah turun ayat ….. hingga jelas bagi mu antara benang putih dan benang hitam iaitu fajar…..” maka berkata ‘Adi bin Hatim kepada rasulullah SAW “Ya rasulullah ! Aku meletakkan benang putih dan benang hitam di bawah bantalku untuk membezakan malam dan siang.” Sabda rasulullah SAW “Bantal mu terlalu lebar. Yang dimaksudkan (dengan benang hitam) ialah gelap malam, dan (benang putih) ialah cahaya siang.
2.       Dari kitab sahih Bukhari dan Muslim di riwayatkan oleh al Qasim dari Aisyah bahawa rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya; “Azan Bilal tidak menghalangi makan sahur kalian kerana ia mengumandangkan adzan pada malam hari. Maka makan minumlah sehingga mendengar adzan Ibnu Ummi Maktum kerana ia tidak mengumandangkan adzan melainkan fajar telah terbit.
Berdasarkan hadis ini, adalah menjadi sunnah untuk mengumandangkan azan subuh 2 kali di mana adzan pertama (oleh Bilal) untuk mengejutkan orang bangun dari tidur dan adzan kedua (oleh Ibnu Ummi Maktum) adalah adzan untuk solat. Namun sedihnya dua adzan ini tidak dilakukan di Malaysia. Di Arab Saudi masih dilakukan.
Dari kedua-dua dalil ini jelas bahawa umat Islam adalah dibenarkan untuk makan minum serta berjimak  (rujuk pangkal Baqarah 187) sehingga masuk waktu subuh iaitu apabila telah keluar fajar siddik. Tidak ada sebarang dalil untuk umat Islam berjaga-jaga kira-kira 10 minit sebelum waktu subuh.
Kini sudah jelas bahawa amalan waktu imsak adalah berlawanan dengan dua dalil di atas. Al Quran dan hadis memerintah kita makan minum (jimak) sehingga masuk waktu subuh. Sekarang mari kita lihat pula satu dalil hadis yang menolak sama sekali waktu imsak yang diamalkan di Malaysia.
Dari Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dari Zaid bin Tsabit ia menceritakan: “Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah SAW dan setelah itu kami berdiri untuk mengerjakan solat”. Anas pun bertanya kepada Zaid: “Berapa lama jaraknya antara waktu makan sahur dengan solat?” Zaid menjawab “Kira-kira selama membaca 50 ayat (Al Quran)”.
Dari hadis ini jelas menyatakan bahawa waktu makan sahur adalah kira-kira bacaan 50 ayat dari Al Quran. Kalau membaca ayat-ayat pendek mungkin tempuhnya kira-kira 10 minit dan sekiranya membaca ayat-ayat panjang mungkin tempuhnya 25 - 30 minit. Berdasarkan hadis ini, seseorang yang bersahur pada pukul 4 pagi sebenarnya mereka tidaklah bersahur, mungkin sekadar makan lewat malam atau late supper. Tempuh 10 – 25/30 minit ini adalah amat bersesuaian dengan lumrah manusia untuk makan. Bagi yang makan dengan laju, 10 minit sudah dikira mampu selesai dan bagi orang yang makan perlahan, 25 minit sudah dikira mampu sangat untuk segala bentuk makan dan minum. SubhanAllah mahasuci Allah.
Melalui perbincangan ringkas ini maka sesungguhnya
1.       Waktu imsak adalah bukan sebahagian dari syariaat Islam
2.       Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali melalui hadisnya / sunnahnya mengajarkan waktu imsak iaitu sebagai waktu berjaga-jaga sebelum waktu azan subuh.
Marilah kita semua mencari keberkatan amalan bersahur menurut Islam yang sebenar iaitu kira-kira 10-25/30 minit sebelum azan subuh kerana menurut hadis dari Anas  RA katanya Rasulullah bersabda mafhumnya “Makan sahurlah kamu kerana makan sahur itu mengandungi berkat”.
Satu hadis  dari Amru bin ‘Ash RA katanya Rasulullah bersabda mafhumnya “Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab ialah makan sahur”
Pada zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan benang putih benang hitam untuk azan subuh dan orang juga tidak lagi melihat matahari terbenam untuk azan Maghrib. Penggunaan jam yang tepat adalah dikira lebih mudah. Orang dengan yakin berbuka hanya dengan melihat jam tangan mereka. Begitu juga orang dengan yakin mampu melihat jam tangan mereka untuk mengenalpasti waktu azan subuh. Tolaklah kefahaman waktu imsak dan bersahurlah sehingga waktu azan subuh semoga kita semua mendapat berkat amalan sahur sebagaimana yang dijanjikan oleh Muhamad SAW dari Allah SWT.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

Friday 6 August 2010

Sinar FM, Kak Engku dah bermasalah dengan suami??

Sinar FM, Kak Engku dah bermasalah dengan suami??

Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan pengikutnya.

Para pembaca Laman Emjay sekalian, dalam kesibukan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab sekarang ini, artikel ini mudah-mudahan menjadi pengubat rindu saya kerana lama tidak menulis.

Di rumah saya tidak ada radio, dulu adalah. Bagi mengurangkan lalai, radio di rumah di tiadakan. Namun bila beli kereta, pastinya lengkap dengan radio. Sudah lama tak mendengar radio tetapi bila beli kereta baru, sekali sekala test juga bunyi radio di kereta tu. Bila “scan” stesen-stesen radio terkini, termasuklah stesen Sinar FM. Saya termasuklah ke stesen tersebut apabila mendengar lagu-lagu lama. Sekali sekala mendengar lagu lama terkenang juga sejarah waktu kecil-kecil dahulu.

Sekali sekala saya akan on radio waktu pergi kerja dan terdengarlah celoteh tiga manusia yang menyinarkan stesen tersebut iaitu Kril, Salleh Yaakub (SY) dan Kak Engku (KE). Saya tidak kenal siapa itu Krill, SY dan KE. Apabila saya bertanya pelajar saya barulah saya kenal bahawa SY adalah Salleh Yaakub dan KE adalah Raja Azura.

Apabila saya semakin agak kerap mendengar celoteh tiga orang pengacara ini yang mengacarakan program sinar pagi yang berlangsung dari pukul 6 hingga 10 pagi, memang  ada terkesan mendengar lagu lama seperti Endang Estaurina. Waktu saya remaja dahulu sehingga usia 40an memang saya gemar mendengar radio. Bila mendengar nasihat arwah guru, itulah yang mengubah pendirian dari pendengar tegar kepada sekali sekala itu pun terhad kepada Sinar FM – Sinar Pagi waktu pergi kerja.

Dalam program Sinar Pagi ini, para pendengar diberi peluang untuk bersembang melalui telefon secara live dengan ketiga-tiga pengacara ini. Bermacam-macam isu yang diketengahkan oleh pendengar dan berbagai komen dibalas oleh ketiga-tiga pengacara ini.

Dalam banyak isu berkenaan keluarga, wanita, isteri atau suami, ketiga-tiga pengacara berlagak seolah-olah mereka adalah pakar dalam soal rumah tangga. Namun Kril dan SY saya lihat mereka telah memainkan peranan mereka dengan baik tetapi seorang pengacara ini iaitu KE nampak sangat sikapnya yang benci dan anti-poligami. Bila bercakap tentang bab ini seolah-olah dialah yang betul dan benar, orang lain salah!! Puihhhh benci benar saya mendengar lagak pandai orang ini, seolah-olah orang kafir Kristian, Hindu dan Budha telah melantik KE untuk bercakap bagi pihak mereka untuk menentang poligami.

Salleh Yaakub yang beristeri dua (berpoligami) selalu jadi kutukan dan sindiran dari KE. Saya berdoa agar Salleh Yaakub diberikan Allah kesabaran dalam terutama sekali menangani kerenah dua isteri dan cemuhan orang ramai suku sakat KE yang membenci SY kerana beristeri dua. Sesungguhnya iblis memang marah sekali apabila umat Islam mengamalkan poligami atau redha dengannya kerana sesungguhnya apa yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah semata-mata untuk kebaikan manusia itu sendiri. Poligami adalah antara anak kunci untuk kesejahteraan ummah, itu yang iblis dengki habis. Dalam kes ini KE sudah menjadi hulubalang iblis.

Bagi orang Islam membenci perkara mungkar adalah amat penting kerana apabila melihat kemungkaran, jika mampu tegahlah dengan tangan, kalau tak mampu tegahlah dengan mulut dan kalau tak mampu juga bencilah dalam hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

Berkenaan wanita atau sesiapa sahaja yang membenci poligami saya telah menulis artikel berkenaan perkara ini bertajuk  Mengapa isteri kuat cemburu?? (Isu tentang keguguran) di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/05/mengapa-isteri-kuat-cemburu-isu-tentang.html . Apa yang ingin saya rumuskan sekali lagi di sini ialah bahawa:

*    Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

*      Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya
"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

Kalau mengikut ilmu ini, adalah nyata sekali bahawa KE sudah kafir. Bacalah artikel saya tersebut.

Apabila saya melihat kemungkaran yang dilakukan oleh KE ini, saya pun berharap agar saya dapat melihat apakah pembalasan Allah SWT terhadap KE kerana kesilapan-kesilapan fatalnya. Alhamdulillah Allahuakbar, selepas solat Jumaat tengahari tadi, saya terdengar berita dari Sinar FM bahawa KE sudah menghadapi masalah dengan suaminya. Agaknya suami KE ni nak beristeri satu lagi!! Kalau  betullah cerita ini, saya hanya mampu mengucap Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Itulah balasan paling layak untuk seorang wanita mulut celupar yang gemar memperlekehkan Allah SWT dan rasulNya dengan kenyataan-kenyataan seolah-olah beliau adalah jurucakap segala orang kafir di dunia ini tentang bab menolak dan membenci poligami.

Soalan saya khusus untuk KE ialah “mampukah KE mencari tempat selamat untuk berlindung mengelakkan diri KE dari azab Allah SWT??”. Kesilapan KE amat besar sekali. Namun kesilapan BESAR KE ini sudah diperbesarkan lagi kerana setiap ilmu sesat dari KE yang sudah diamalkan oleh ramai pendengar, KE tetap ada sahamnya.

Kepada KE, carilah rahmat Allah SWT dengan kembali ke pangkal jalan. Kepala tu bila lagi nak tutup?? Berhias kat muka tu untuk bukan mahram akan menambahkan lagi azab dari Allah SWT. Tidak rugi kembali ke pangkal jalan kerana banyak sekali rahmat yang menanti!! Janganlah kita menjuarai medan sebagai tentera iblis. Menyebarkan kebencian dan penolakan poligami kepada ramai pendengar di Sinar FM adalah tingkah laku tentera iblis. Wajar sekali tentera iblis diazab Allah di dunia dan akhirat.

Sekian wallahuaqlam

Emjay