Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 26 August 2010

Diet gila orang Melayu – kearah diabetes

Diet gila orang Melayu – kearah diabetes
Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.
Semalam saya diberi kesempatan untuk menemui seorang wanita yang saya namakan sebagai Minah (bukan nama sebenar). Saya baru sahaja mengetahui Minah ini menghidap penyakit diabetes yang serius dari seorang rakan saya. Minah kini mengalami luka dikaki yang serius yang sukar sembuh walau pun sudah menjangkau lebih dari sebulan diubati. Begitulah pesakit diabetes, kalau luka sikit sukar sembuh dan boleh mengakibatkan kaki di potong.
Beberapa minggu yang lalu saya sempat memberitahu kepada Minah agar datang ke rumah saya untuk berbincang tentang masalah diabetesnya. Namun begitulah apabila Allah SWT tidak mahu memberikan rahmat kepada seseorang, pesanan yang baik  bakal diabaikan begitu sahaja kerana sesungguhnya saya tidak mampu memberikan rahmat kerana hanya Allah SWT yang mampu memberikannya.
Dalam kesempatan yang singkat bertemu Minah semalam, saya teringin sangat untuk mengetahui apakah punca permakanan yang mengakibatkan Minah ditimpa penyakit diabetes. Dari temubual singkat tersebut, berikut adalah maklumat yang diperolehi:
1.    Umur lewat 40an. Menghidap Diabetes 16 tahun lalu ketika usia awal 30an.
2.    Suka dan kerap makan mee kuning
3.    Tidak suka makan nasi sehingga sekarang semenjak hampir 20 tahun lepas.
4.    Gemar makan roti canai, roti dan segala macam kuih yang dibuat dari tepung gandum (bleached flour).
5.    Teramat gemar dan kerap makan kacang tanah dan pelbagai kacang lainnya
6.    Teramat gemar dan kerap makan organ dalaman hati dan paru-paru
7.    Hampir tidak makan sayur kerana menurut Minah tidak mengapa kerana beliau menggantikannya dengan memakan buah-buahan
8.    Gemar makan durian, mata kucing siam / longan siam, duku
9.    Gemar dan kerap makan pulut, keledek, ubi, keladi dan kentang
10. Gemar kacang buncis
11. Gemar makan junk food seperti twisties dsbnya.
Saya berhenti sekadar ini kerana kesuntukan masa. Mungkin ada lagi makanan-makanan atau minuman lain yang menjadi punca penyakit diabetes yang dialami Minah ini.
Saya amat terperanjat melihat diet GILA seperti ini. Di kalangan pelajar UTM pun semakin ramai yang menggemari diet gila seperti makan tengahari dengan kentang goreng dan chicken chop. Ada juga yang gemar makan burger sahaja untuk makan tengahari dan malam. Ada pula yang sekadar makan mee magi. Saya mengkategorikan diet seperti ini sebagai diet gila kerana kesan dari diet seperti ini adalah amat parah sebagaimana masalah diabetes yang dihadapi oleh Minah.
Selepas mendapat maklumat  sebagaimana di atas, saya menyoal Minah “suami adakah turut sama meminati diet seperti ini?”
Minah kata “suami makan macam orang biasa  Cuma saya saja yang tak minat makan nasi”.
Saya mengatakan kepada Minah bahawa suaminya bakal menghidapi diabetes juga sekiranya beliau mengamalkan diet yang serupa. Itulah sebabnya ramai pasangan suami isteri hari ini menghidap diabetes kerana masing-masing mengamalkan diet yang serupa. Cuma yang lebih dahulu mengalami diabetes antara suami isteri ini adalah mereka yang lebih teruk mengamalkan amalan diet buruk tersebut. Arwah bapa mertua saya dahulu lebih awal menghidap diabetes dan setelah beberapa tahun kemudian barulah disusuli oleh arwah ibu mertua saya.
Seterusnya saya menyatakan kepada Minah bahawa mana-mana anaknya yang mengamalkan diet yang sama atau hampir sama juga bakal menghidap diabetes dan mungkin pada usia yang lebih muda. Saya menasihati Minah agar berubah segera kerana diet gila yang diamalkan sudah merosakkan dirinya dan seterusnya bakal merosakkan anak-anak dan generasi seterusnya.
Saya juga berkata bahawa melihat kepada keseriusan (seriousness) kes Minah ini dan melihat kepada kaki yang sudah membengkak, saya menjangkakan bahawa mungkin dalam tempuh tidak sampai dua tahun Minah akan terpaksa menjalani dialysis akibat kegagalan buah pinggang. Minah sempat menyampuk bahawa doktor beliau juga mengatakan perkara yang sama. Saya Alhamdulillah juga sempat menakutkan Minah tentang proses dialysis sebanyak tiga kali seminggu sampai mati sekiranya beliau terpaksa menjalaninya. Tujuannya adalah satu iaitu untuk menyuruh beliau berubah.
Bagi penggemar  mee kuning, roti, roti canai dan segala kueh mueh yang dibuat dari tepung gandum putih, bacalah artikel saya bertajuk “Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached)” di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/10/hidup-lebih-sihat-tanpa-tepung-gandum.html . Tepung putih ini kalau dimakan sekadar tempuh beberapa tahun sahaja dalam kuantiti yang kecil dan tidak kerap mungkin belum membahayakan tetapi apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak serta kerap dan berterusan dalam jangka masa lama, penyakit yang menanti anda adalah diabetes atau gout atau arthritis atau masalah buah pinggang.
Saya sempat menceritakan kepada Minah tentang fakta berkaitan tepung gandum putih ini. Produk dari tepung putih ini boleh digantikan dengan spaghetti, macaroni , capati, roti whole meal dan segala produk yang menggunakan tepung gandum asli yang tidak diputihkan dengan bahan kimia benzoyle peroxide. Cekodok kegemaran Minah bolehlah digantikan resepinya dengan menggunakan tepung ata yang digunakan oleh orang Singh atau India untuk membuat capati.
Satu ilmu salah / songsang yang diterapkan melalui mata pelajaran sains di sekolah adalah bahawa fungsi sayur dan buah-buahan adalah sama iaitu sekadar membekalkan mineral, vitamin, karbohidrat dan serat untuk memudahkan buang air besar.  Dari pengajaran ilmu sains yang cacat ini ramai orang menjangkakan bahawa pengambilan sayur-sayuran boleh digantikan oleh buah-buahan. Inilah ilmu sesat / songsang masa kini yang sudah banyak diamalkan oleh umat Melayu. Mereka lebih gemar makan buah-buahan dari memakan sayuran. Walhal sayur-sayuran adalah jauh lebih penting berbanding buah-buahan kepada kesihatan tubuh badan. Sayuran pahit tidak dapat sama sekali digantikan oleh makanan lain!!
Sayuran pahit adalah amat penting kepada tubuh badan dan itulah sebabnya orang Cina gemar makan peria bukan kerana ia sedap tetapi kerana amat penting kepada tubuh badan. Orang Cina juga menggemari sayur kailan yang pahit bukan kerana ia sedap tetapi kerana khasiatnya. Kini orang Melayu terutama sekali kanak-kanak sudah tidak lagi makan sayuran yang berkhasiat seperti sawi, kailan, daun ubi, jantung pisang, pegaga, peria, peria katak, ulam raja, kacang botor,  tenggek burung, daun selon, kacang panjang, pucuk betik, pucuk gajus dsbnya. Bagi setengah orang memadailah dengan memakan sayur taugeh, kobis, bayam dan bunga kobis. Tentang kobis tu, bacalah artikel saya bertajuk  “Jangan makan kobis” di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/jangan-makan-kubis-bulat.html . Bayam memanglah tidak pahit dan sedap tetapi bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, diet bayam perlu dielakkan sama sekali kecuali bayam pasir. Begitulah juga dengan bunga kobis dan kacang buncis yang juga perlu dielakkan.
Bagi mereka yang menghidap gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang, buah durian, mata kucing siam / longan, duku, limau Sunkist, limau kasturi adalah perlu dielakkan sama sekali . Buah manis seperti durian, rambutan dan ciku hanya akan memburukkan masalah penyakit-penyakit ini. Pengambilan limau seperti limau Sunkist dan limau kasturi juga menjadikan penyakit-penyakit ini semakin parah. Perlu diingat bahawa darah mereka yang menghadapi masalah gout, diabetes, arthritis dan masalah buah pinggang adalah sudah berada dalam keadaan berasid. Pengambilan bahan berasid seperti limau Sunkist dan limau kasturi akan menambah keasidan darah dan menjadikan tubuh semakin tidak sihat kerana darah orang sihat sepatutnya berada pada sedikit beralkali. Itulah sebabnya memakan sayuran pahit adalah amat baik kerana ia menambahkan kealkalian darah.
Selain masalah diabetes yang dialami Minah, beliau juga mengalami masalah sakit pada dada sebelah kiri iaitu pada lokasi jantung dan sudah agak kerap. Simptom ini adalah symptom bagi masalah jantung. Apabila seseorang gemar makan kentang goreng seperti potato chip atau French fries serta gemar pula makan makanan merapu, tunggulah, sampai waktunya jantung anda akan bermasalah!!! Penyakit jantung.
Allah memberikan manusia penyakit adalah untuk mendidik manusia agar kembali kepada Allah. Begitulah apabila manusia lari dari Allah, Allah menarik kita kepadanya salah satunya melalui penyakit. Apabila Allah SWT memberikan penyakit diabetes kepada seseorang, siapalah saya dan saya sememangnya tidak  mampu memulihkan. Seandainya Allah memberikan diabetes lalu saya pula mampu memulihkan penyakit ini, maka saya sudah setaraf dengan Allah SWT, nauzubillah…. Itulah sebabnya apabila orang minta nasihat tentang penyakit diabetes ini, saya akan menyelidik tabiat diet seharian dan yang paling penting menyelidik perlanggaran hukum dalam agama Islam. Apabila seseorang mengenalpasti kesilapan lalu bertaubat disamping mengamalkan pantang larang dan juga mengambil ubat serta Allah SWT redha maka Allah SWT sahajalah yang mampu menyembuhkannya.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

21 comments:

  1. dulu saya ingat penyakit kencing manis ni akibat ambil gula lebih...rupa rupanya tepung putih pun boleh sebabkan kencing manis maknanya penyakit kencing manis bukan saja disebabkan rasa manis itu tapi macam macam lagi sebab contoh tepung putih..lepas ni buat cengkodok kena guna tepung attar la jawapnya..kena berubah ni

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. apa pendapat ustad tentang diet protin...yang mana seseorang itu kurang makan kabohidrat dan lebih kan protin seperti makan thari dan malam hanya dengan ikan, ayam panggang beserta sayur tanpa mengambil nasi atau pun sangat sedikit nasi adakah ia juga tidak baik....tq

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum wbh

    Ada satu hambaAllah telah mengamalkan diet kaya protin dan kurang nasi serta produk gandum. Akibatnya hambaAllah ini gemuk dalam tempuh yang singkat.

    Allah SWT menjadikan lembu yang hanya makan rumput / bijirin dan singa yang makan hanya daging. Manusia Allah jadikan ditengah-tengah antara lembu dan singa. Jadilah orang yang bijak bukan orang gila.

    Bagi orang yang sudah berhenti membesar sekitar umur 18 - 20 tahun, diet yang baik ialah tinggi beras / gandum, tinggi sayuran, sedikit buah, sedikit protin.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum

    tepung putih yg selalu guna buat cekodok, karipap, donat tu ke? blh bg senarai jenama tepung gandum asli ke tuan. yg mudah dpt d kedai2 runcit...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Segala tepung gandum putih di pasaran Malaysia tu lah. Semuanya menggunakan benzoyle peroxide sebagai bahan kimia yang dicampurkan sebagai oxidant untuk mengoksidakan tepung menjadi berwarna putih. Sama ada jenama MFM atau jenama-jenama lainnya.

    Kalau nak baca tentang benzoyl peroxide, sila ke http://www.haivli.net/article/?type=detail&id=1

    RATIONALE FOR THE RECOMMENDATION AND
    NATURE OF FURTHER WORK RECOMMENDED
    Human Health: The chemical possesses properties indicating hazards to human health
    (sensitisation, effect on testes weight, fetal body weight and skin tumour promotion activity) and is a candidate for further work, i.e. exposure assessment, and if considered necessary, risk assessment. (From http://www.chem.unep.ch/irptc/sids/OECDSIDS/BENZOYLPER.pdf )

    Emjay

    ReplyDelete
  7. tuan Emjay, bolehkah tuan menyiarkan topik tentang resdung: pantang larang dan cara rawatan yang sesuai?

    ReplyDelete
  8. heran juga ya kenapa para doktor tak kasi kita makan nasi terutama yang ada kencing manis...

    ReplyDelete
  9. Bab ini doktor kurang ilmu.

    Beras bagi pesakit diabetik kena makan lagi elok beras India atau beras perang atau beras Taj Mahal.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. saya baru saja kehilangan makcik kamis lepas akibat kencing manis..saya tidak menolak ajal maut ketentuan Allah..tapi apa yg dikesalkan adalah cara pengubatan dari pihak hospital selama berbelas tahun makcik saya makan ubat dari hospital hingga jantung dan buah pinggangnya rosak akhirnya doktor cakap dah tak boleh buat apa (hanya tunggu mati) saya kesal sungguh adakah ini saja yang pihak hospital dapat lakukan..adakah ramai lagi pesakit kencing manis yang berada di hospital itu hanya menunggu saat mati saja....

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Saudara emjay kata beras perang atau taj mahal. Lagi satu, doktor tak kasi makan.Kita analisa beras perang. Beras itu lebih banyak serat daripada karbo.Orang kaya boleh lah beli. Orang miskin kena pikir kreatif. Makan banyak sayur/ulam, kurangkan makan nasi. Makan kena kerap, tapi sikit-sikit, supaya kandungan gula dalam darah melonjak dengan tinggi. Kalau lebih gula susah, kurang gula pun susah dalam darah.Bagusnya Segala protein(ayam, daging, telur, susu) kena elakan untuk orang kencing manis untuk sementara waktu.Kalau nak makan juga, sikit-sikit aje.Sebab nya kalau kita refer jurnal orang diabetis ni kandungan nitrogen tinggi berbanding orang normal.tak elok.Orang tua pulak ni kalau kita cadangkan bisanya susah nak terima. Biasalah, dulu makan garam. Biasalah nikamat makan dah kena tarik sikit.Kena jadi makan macam orang miskin.Diabetes ni akan menyebabkan salur darah mengecil/tersumbat, darah jadi berkumpul, tekanan darah naik.Jadi kita cuba elakan benda ni berlaku. kalau orang tu nak makan nasi, protein (ayam....dll) juga, sedia juga terima risiko nye.Tq

    ReplyDelete
  12. Begitulah halnya dengan hospital dan doktor di Malaysia. Ada ilmu yang mereka baik tetapi ada ilmu yang mereka tidak tahu lagi.

    Di Malaysia, mereka yang sakit jantung dan diabetes kalau ikut doktor, sampai matilah sakit jantung dan diabetes ini. Perkara ini adalah menguntungkan doktor kerana lagi ramai yang sakit lebih baik bagi mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  14. asalammualaikum. w.bt.selamat hari raya aidilfitri sy ucapkan pada ustaz sekeluarga semoga berada dalam rahmat Allah .sy br saja mengikuti laman ustaz nie.sy berminat dengn info2 ttg kesihatan yang ustaz tulis..sy minta izin utk copy supaya sy boleh smpaikan pada sahabat yg lain.t.k

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Silakan.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  17. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  18. Walaupun nampak alim2 kucing, tapi masih terserlah sifat hasad, dengki, angkuh, riak, ego, ujud, takabur, munafik, fasiq dan zindiq di dalam hati mu emjayjb. Aku nak tanya satu soalan.........HIDUP DI DUNIA INI APAKAH YANG ENGKAU CARI, WAHAI PENSYARAH UTM SKUDAI. NAMA ...... PANGKAT ..... PEREMPUAN ........ DUIT ......... GLAMOUR ....... KEMEWAHAN ....... ( apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ? , apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?)

    ReplyDelete
  19. everything kena sederhana, nk mkn tak salah, tp kena sederhana dan varied la kot. yg mana dah tau sah2 tak elok tu kurangkan, tp dlm ketakelokan dia, ada semestinya kebaikan yg juga penting. mcm lemak, kalau hari2 bedal gulai daging kenduri yg ada lemak2 tu, mmg cari hal la tu. tp lemak tu penting jg sbnrnya. jd kena sendri ingat la how our body can take or need nutrien2 tu. kena jadi doktor diri sendiri. doktor ni hanya boleh rawat ikut maklumat general manusia, tp sbnrnya manusia ni dia bervariasi cara badan bertindakbalas dgn semua benda. jadi doktor kalau betul2 nk tlg kita tu, dia kena research pasal badan kita tu dulu betul2 kalau nk diagnosis betul2 apa benda mslh. so, kalau nk buat mcm tu mmg mkn masa doktor la pula. so most of time bila jumpa doktor dia akan bg solution yg general based on apa most ppl hadapi. betul tak? ada tuan blog cerita pasal susu tak? sbb sy mempunyai alahan teruk, alergik espeseli lepas habis belajar dan life dah tak seaktif masa zmn belajar. keje pula online. duk rumah keluar rumah sebulan sekali. tp, lepas sy tinggalkan minum milo, kes sbb mula2 buat keje online ni, mmg sendu sikit la pendptn smpai mkn tepung je utk few months. so, after tak minum milo tu, sbln after that, mmg alergik hilang slow2. Dulu, sblm tu, kalau milo + mcd = mmg bahaya. smpai sekali, pernah alergik teruk terus ke demam panas. tak larat satu badan dalam masa beberapa jam shj. rasa mcm organ dlmn pn dia jadi alergik. nasib baik lepas tidur, terus okay balik.

    ReplyDelete