Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 19 August 2010

Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!

 
Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!



 Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!

Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat iblis terhadap iblis dan tenteranya.
Pagi tadi saya terbaca reply seorang pembaca Laman Emjay yang saya hormati iaitu sdr wacanai seperti berikut:
wacanai wrote on Aug 18, edited on Aug 18
Assalamualaikum..
Selepas ini saya cadangkan sdr MJ menulis article berkenaan isu pembuangan janin yg semakin menjadi-jadi dan jalan penyelesaiannya juga isu menamakan anak luar nikah untuk bin / binti yang sepatutnya mengikut syarak.

Jika mengikut penelitian saya isu ini ada kaitanya dengan institusi perkahwinan yang menyukarkan laluan untuk bernikah,berpoligami,rujuk dan cerai.Isu ini amat mengerikan dan lebih teruk drpd arab jahiliyah.
Alahamdulillah syukur, berikut adalah tulisan yang saya mampu lakarkan.
Menurut pandangan saya, punca permasalahan ini ialah :
1.      Islam semakin diperlekehkan.
Ramai pemimpin tidak segan silu mengutuk Islam. Mufti pun macam sekadar jaga periuk nasi mereka dan bukan menjadi panglima Allah SWT. Islam dielakkan dari menjadi  panduan dalam setiap aspek kehidupan. Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi.  Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dahulu yang suka mengubah hukum  agama mengikut selera dan keadaan semasa.
2.      Beromen dan zina  diajarkan secara bebas dan meluas.
Pendidikan seks semakin merebak di media massa yang mengajar generasi muda bagaimana nak beromen dan melakukan seks. Antara juara panglima iblis ini ialah:
a.    TV. Berlumba-lumba stesen TV mengajarkan kurikulum beromen dan melakukan seks. Lihatlah stesen ASTRO melalui movie mereka dan tidak ketinggalan stesen  TV lain.
b.   Panggung wayang yang menayangkan cerita dari barat atau Asia kini juga turut serta mengajarkan pelajaran beromen dan melakukan seks. Pendek kata segala movie yang ada kaitan dengan seks, larislah.
c.    Novel-novel remaja turut tidak ketinggalan mengajarkan ilmu beromen dan  melakukan seks

3.      Aurat wanita tidak lagi perlu dijaga.
Nafsu lelaki dijolok habis-habisan. Wanita setiap saat diajarkan untuk mendedahkan aurat mereka. Antara panglima iblis di sini ialah:
a.    Pemimpin mendidik rakyat terutama wanita bagaimana mendedahkan aurat.
b.   TV paling juara mendidik wanita untuk mendedah aurat
c.    Suratkhabar dan majalah macam dijuarai oleh kaki seks untuk mengajar para  pembaca bagaimana kaedah untuk mendedahkan aurat.
d.   Artis adalah antara hulubalang iblis menjadi model untk mendedahkan aurat.  Bukan sekadar lelaki yang terangsang malahan kanak-kanak lelaki dan orang  lelaki tua pun terangsang.
e.    Pejabat agama hanya sekadar mengajar orang untuk menutup aurat apabila  mereka berurusan dengan pegawai dipejabat agama Islam sahaja.  Ditempat  awam lain biarkanlah mereka. Membiarkan samalah dengan menggalakkan.

4.      Wanita berhias, memakai bauan (spt minyak wangi).
Wanita kalau keluar rumah berhias di muka, badan melalui barang kemas dan pakaian, memanglah rosak habis kehidupan. Janji Allah sebagaimana dalam surah Al Ahzab ayat 59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dari ayat tersebut bolehlah dibuat rumusan bahawa seandainya wanita keluar dari rumah tanpa melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat, sudah pasti mereka akan diganggu oleh orang lelaki seperti yang dinyatakan Allah dalam surah tersebut.
Bacalah artikel saya bertajuk Perhiasan bagi perempuan – satu kisah dan tauladan.  di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/perhiasan-bagi-perempuan-kisah-dan.html  dan juga artikel bertajuk Bolehkah bersolek nipis ke tempat kerja? Sekadar bedak dan sedikit gincu? Di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/bolehkah-bersolek-nipis-ke-tempat-kerja.html   
Bila wanita memakai bauan / minyak wangi lagilah menggila kaum lelaki. Lelaki ini antara kelemahannya adalah bila mencium bauan dari wanita, cair iman.           
           
5.      Video / bahan Lucah.
Bahan  lucah sudah menjadi sinonim dengan Malaysia.  Bahan lucah mudah diperolehi sama ada dalam bentuk  CD, DVD, majalah, buku atau internet. Kanak-kanak kecil tahap sekolah rendah sudah mahir melayari internet lucah. Ada kanak-kanak ini  yang sudah mahir melayari bahan lucah di cyber café. Kalau kanak-kanak seusia ini sudah kerap disajikan dengan bahan lucah seperti ini, berapa lama mereka dapat bertahan dari melakukan adegan lucah sebenar? Paling lama setahun! Waktu saya di Sekolah Alam Shah tahun 1970an dahulu, terdapat seorang rakan saya yang kerap melakukan seks dengan pelajar perempuan berusia 15 tahun dan 12 tahun. Itu tahun 1970an, tahun 2010 ini bertambah lagi parahnya.  Apabila lelaki atau wanita sudah naik gian untuk melakukan seks akibat terdedah dengan bahan lucah ini, mereka tidak akan memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan mereka. Apa yang penting adalah hajat mereka kesampaian.
6.      Lagu / nyanyian
Kalau kita perhatikan setiap lagu yang dikumandangkan di radio, lebih 75% mengandungi perkataan seperti cinta, rindu, kasih, sayang, peluk, cium, belai dan kucup. Kanak-kanak semuda 2 tahun ditanamkan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, peluk dan cium. Berapa lama mereka boleh bertahan dengan serangan nilai-nilai yang membawa kepada kerosakan akhlak seperti ini?
7.      Pergaulan bebas lelaki perempuan
Kerajaan seolah-olah menggalakkan pergaulan bebas bermula dari sistem sekolah yang bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan.  Dalam bab ini saya lebih memandang mulia orang Ingeris kafir yang menubuhkan sekolah satu jantina seperti Methodist girl’s school dan Bukit Bintang Boys school. Kini budaya sekolah satu jantina seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Tun Fatimah hanya menunggu saat entah bila berkuburnya. Sekolah satu jantina seperti yang diamalkan di Arab Saudi dipandang ketinggalan zaman dan diperlekeh.
Akibat dari percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di sekolah ini, gejala pelajar bercium dan melakukan seks sudah semakin kerap kini. Jikalau di sekolah sudah berlaku gejala seks ini, di luar sekolah lagilah dahsyat perlakuan seks.
Kini lelaki dan wanita digalakkan bercampur gaul di tempat kerja, di kompleks beli belah, di tepi pantai dan hampir setiap tempat. Kerajaan melalui agensi-agensinya turut serta menggalakkan percampuran bebas ini melalui program seperti Sure Heboh dan berbagai pesta lagi yang digemari muda mudi Islam seperti konsert nyanyian.  

8.      Orang perempuan bebas bermusafir tanpa mahram.
Islam tidak membenarkan wanita Islam bebas bermusafir tanpa mahramnya. Itulah sebabnya Arab Saudi tidak membenarkan wanita mengerjakan haji atau umrah tanpa mahramnya. Oleh kerana ramai pemimpin dan rakyat yang beragama Islam sendiri jahil dengan undang-undang Islam ini, maka kini berjuta wanita dari Indonesia, Filipina dan Sri Lanka bekerja di Malaysia dengan bebas. Kini minah indon cukup mengancam keimanan lelaki di Malaysia. Mereka yang jauh dari ibu bapa atau suami bergaya mengalahkan wanita kafir Cina menggayakan pelbagai fesyen mendedah aurat. Gaya seluar ketat baju pendek mendedahkan seluar dalam seakan-akan menjadi kegilaan mereka.  Lelaki kalau lemah imannya, berapa lamalah mereka boleh bertahan. Apatah lagi minah indon ini memang daring. Tanyalah lelaki yang bekerja di kilang terutama yang berpangkat, hampir setiap hari dicabar oleh wanita indon ini agar melakukan maksiat.
Wanita Islam yang bekerja di bandar-bandar besar juga tidak ketinggalan  termasuk dalam golongan ini. Apabila wanita ini berduit, jauh dari ibu bapa bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Maksiat menjadi permainan harian. Bukan ada yang nak menegur. Inilah bahana apabila Islam tidak dipraktikkan sebagai cara hidup dengan sebenar-benarnya.
Apa yang lagi menyedihkan ialah apabila wanita tanpa mahram ini bekerja menjadi pembantu rumah tak kiralah majikan beragama Islam atau bukan Islam. Situasi sebegini adalah keadaan yang amat dinantikan oleh iblis. Apabila seorang lelaki duduk sebumbung dengan wanita bukan mahram, auratnya pula tidak dijaga, wanita ini pula pandai mengambil hati sang suami, lelaki mana yang tidak cair imannya. Inikan pula kalau majikan adalah bukan Islam.

9.      Amar makruf nahi mungkar ditiadakan, jangan sibuk dengan tepi kain orang dimakmurkan.
Amar makruf nahi mungkar ini amat ditekan dalam Islam. Bacalah artikel yang menarik berkenaan perkara ini di http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/amarmaruf.htm
Memadai saya letakkan hadis seperti berikut:
Abu-Dardaa r.a. berkata: "Kamu harus melakukan amar maruf nahi mungkar, kalau tidak Allah s.w.t. akan mengguasakan (menjadikan pemimpin) diatas kamu seorang yang zalim, yang tidak menghargai orang tua dan tidak kasih kepada anak-anak, kemudian pada saat itu orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, maka tidak diterima doa mereka, minta pertolongan juga tidak ditolong minta ampun tidak diampun."
Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."
  Ali r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika ummatku telah takut berkata kepada orang yang zalim itu: "Engkau zalim!", maka ucapkan selamat tinggal pada ummat itu (mereka akan binasa dan hina)."
Abul Said Alkhudi r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika kamu melihat perbuatan mungkar maka kamu harus roboh (tentang) dengan kekuatan kekuasaan (tangan), jika tidak dapat maka dengan nasihat lidahnya, jika tidak dapat maka dibenci dengan hatinya dan ini menunjukkan selemah-lemah iman. Menggunakan kekuatan kekerasan itu bagi orang yang berkuasa dan dengan lisan bagi para ulama (cerdik pandai) dan denganb hati bagi umum. Masing-masing orang menggunakan menurut kedudukannya, kekuatannya dan kekuasaannya."
Sudahlah konsep amar makruf nahi mungkar tidak lagi diutamakan, kini umat slam diajarkan pula konsep baru iaitu “jangan jaga tepi kain orang”. Inilah ajaran penting dari datok nenek iblis untuk menjahanamkan manusia.

10.   Perkahwinan dipersulitkan
Perkahwinan kini semakin dipersulitkan. Lelaki perlu bertunang lama sehingga 4 tahun untuk mengumpul duit bagi segala urusan berkaitan perkahwinannya. Bertunang seolah-olah diberikan lesen untuk pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram. Semua ini menjadi pemangkin untuk seks bebas sebelum berkahwin. Apabila wanita sudah mengandung sedangkan untuk berkahwin masih belum cukup duit, buang sajalah bayi, ini lebih selamat dari orang kampong semua tahu.
11.  Poligami dibenci, diperlekeh dan dipersulitkan
Di Malaysia hari ini, sesiapa yang ingin mengalami perang dunia ketiga dalam rumah tangga mereka, kahwinlah satu lagi. Mereka yang berpoligami dilihat sinis macam penjenayah. Disebaliknya kalau melihat orang berzina, ianya dianggap sebagai biasa. Memang Malaysia macam ulangan masyarakat jahiliyah kafir Quraish dahulu.
Bila isi borang untuk poligami, kalau gaji suami tidak cukup besar, permohonan untuk poligami ditolak. Yang peliknya apabila wanita kahwin bujang bergaji kecil sebagai perkahwinan pertama diluluskan pula.
Islam tidak melarang suami yang miskin dari berpoligami berdasarkan hadis. Jadi mengapa poligami dipersulitkan??
Dibuat pula peraturan kalau nak tambah isteri kena dapatkan izin isteri. Adakah peraturan ini terdapat dalam Islam. Adakah dalam Islam kalau nak tambah anak pun kena minta izin dari anak pertama?? Beristeri adalah hak suami. Permudahkanlah menurut Islam.
Dari peraturan yang bertentangan dengan Islam inilah maka timbul ayat “daripada engkau tambah isteri, lebih baik engkau simpan perempuan”. Di Malaysia, perkara ini mudah untuk dilakukan. Kalau perempuan simpanan termengandung, boleh campak kat tong sampah!!!
12.  Kalau di hulu sungai airnya keruh, di kuala lagilah keruh. Kalau kepala ikan dah busuk, dagingnya lagi busuk.
Saya ada menulis artikel yang berkaitan dengan perkara ini bertajuk IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/iktibar-dari-kepimpinan-fam-di-malaysia.html .
Sekiranya seorang bapa yang merokok, anak-anak insyaAllah bukan sekadar merokok tetapi mungkin sehingga menghisap ganja atau mengambil  pil kuda.
Sekiranya seorang bapa gemar seks bebas, anak-anak insyaAllah jadi bohsia atau bohjan.
Kalau suatu Negara dipimpin oleh orang yang gemar seks bebas, insyaAllah rakyatnya memang mahirlah dengan seks bebas. Buang bayi soal kedua, yang pentingnya nafsu serakah perlu dilampiaskan.
Itulah sebabnya Singapura jauh lebih maju berbanding Negara kita kerana mereka dipimpin oleh pemimpin yang mementingkan tanggung jawab, amanah dan integriti, namun di Malaysia………..
Kalau di Gombak dan Ulu Klang air sungainya sudah kotor, di kualanya iaitu di Klang, air sungai sangatlah kotor.
Banyak perkara perlu diubah sekiranya gejala buang bayi ingin diatasi, namun sekiranya pak menteri berfikir menurut kepala masing-masing dan menolak perintah dari Allah SWT, cadangan dan langkah mengatasi masalah dari mereka lebih banyak merosak dari membaiki, bagaikan tikus membaiki labu.
Masalah buang bayi insyaAllah dapat diatasi apabila Islam dilaksanakan sepenuhnya ditanah airku Malaysia.  Islam dijadikan cara hidup. Merotan dan merejam pasangan zina dilaksanakan. 
Bagi mereka yang ingin menambahkan bahan perbincangan di sini, kecil tapak tangan nyiru saya sediakan.
Tentang bab menamakan anak tu, saya copy paste dari http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=346

Soalan.
3453. SALAM, Mereka bernikah setelah kandungan isterinya mencecah 3 bulan. Selepas 6 bulan kemudian, anak itupun dilahirkan (lelaki). Bolehkah dibinkan kepada ayahnya?

Jawapan
Jika wanita tersebut mengandung sebelum nikah maka anak itu adalah anak tak sah taraf dan tidak boleh dibinkan kepada ayah tersebut"

Soalan
3454. salam, semasa anak berusia 12 tahun si ibu baru menyedari yang anak itu anak luar nikah tetapi telah dibinkan kepada ayahnya sejak lahir lagi. Perlukah menukar binnya skarang? Apakah kesan yang mungkin dialami oleh anak itu? ingin tahu

Jawapan
 Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan akibat perzinaan oleh ibunya atau anak yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan satu lahzah dari tarikh perkahwinan sah kedua ibu bapanya, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pusaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya. Sebaliknya anak yang lahir selepas 6 bulan satu lahzah, adalah dianggap anak sah taraf yang boleh dibin/bintikan dengan bapa asalnya. Oleh itu jika ia anak tak sah taraf, maka hendaklah ditukarkan binnya kepada nama Abdullah atau nama Asma' al-Husna yang lain. Kesannya ialah anak tersebut perlu memahami bahawa setiap manusia dilahirkan bersih, termasuklah anak luar nikah. Yang kotor dan berdosa adalah kedua ibu bapanya. Anak itu adalah suci dan perlu diberi pendidikan, kehidupan dan kasih sayang. Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya. ."

Sekian wallahuaqlam

Emjay

11 comments:

  1. Pagi tadi saya membaca satu artikel di laman web Ustaz Hasrizal (http://saifulislam.com/?p=8478#more-8478) membincangkan topik berkaitan wanita yang sara rasa relevan dengan atikel di atas. Saya pastekan point yang saya rasa penting:

    ********************
    "4. Akhirnya, menggunakan Prinsip Pareto yang diperkenalkan oleh Joseph M. Juran yang lebih dikenali sebagai kaedah 80-20 untuk membezakan di antara MASALAH YANG KELIHATAN berbanding MASALAH YANG SEBENAR. Kaedah ini menjelaskan kepada kita bahawa 80% masalah yang wujud sebenarnya berpunca daripada 20% sumber. Oleh yang demikian, tindakan yang optimum di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, adalah dengan memberikan fokus kepada menangani 20% itu. Islam dihantar oleh Allah kepada bani insan untuk menyelesaikan 20% itu, dan bukannya 80% yang tidak berkesudahan."
    ******************************
    Apa yang ingin saya sampaikan ialah, khusus kepada masalah sosial di Malaysia, kita (pihak yang diberi tanggungjawab terutamanya) seperti tikus membaiki labu. Semakin dibaiki semakin rosak labu tersebut. Puncanya - Islam tidak berada pada tempatnya. Islam hanya dijadikan sebagai alat untuk tujuan tertentu dan bukan sebagai satu cara hidup. Sebaliknya kita menggunakan logik akal sebagai jalan/alat untuk membaiki masalah sosial yang sudah pasti akan semakin rosak jadinya.

    Salam ramadhan al-mubarak utk saudara ku sekelian.
    arwt73

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Terima kasih sdr MJ diatas kesudian menulis article diatas, Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
    Kesimpulan yang boleh saya buat dengan semua masalah yang timbul dunia ini adalah dengan melaksanakan hukum hudud di semua negara Islam, kerana dengan hukum hudud sahaja manusia dapat dididik.Hukum hudud meliputi semua isu. Semua umat manusia yang mengaku muslim wajib percaya dengan hukum Allah. Nampaknya ramai pemimpin di Malaysia yang mengaku muslim menolak hukum Allah dan musibahnya ditanggung oleh kita semua. Menolak hukum Allah ibarat seangkatan dengan Abu Lahab, geoge Bush dibawah payung Azazil.Nau'zubillah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt.
    Terima kasih sdr MJ atas ulasan yang diberi kerana sememangnya tepat sekali bahawa peneraju Malaysia mengambil endah tak endah dengan agama. Agama bukan lagi tempat rujukan untuk semua perkara, tetapi sekdar untuk hal-hal agama sahaja.
    Jika segala usaha dan perancangan bukan kerana Allah swt dan untuk Allah swt, maka semua usaha dan perancangan datang dari Iblis.

    ReplyDelete
  4. salams... pasal anak luar nikah.. skang ni tak perlu di'bin'/binti' kan dengan nama abdullah, nama anak tersebut akan jadi camni:

    cth kalu anak legal : fauzi bin mamat

    cth kalu anak illegal : fauzi mamat

    cuma part 'bin/binti' sahaja yang takde.. jadi lain kali bila tulis nama sendiri, jgn lupe tulis bin/binti anda... ehehehehe.... and dekat surat beranak dia ada satu kod yang memang understandable yang that particular surat branak adalah untuk anak luar nikah... kena check ngan jabatan pendaftaran... ni 3 years ago.. taktau la kalu ruling skang dah tukar...

    ReplyDelete
  5. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  6. A'salamualaikum...
    Terima kasih atas ulasan saudara emjy dan komen para saudara2ku. Bagai tak lekang perinsip kehidupan bangsa org2 Melayu, takkala sesuatu terjadi maka kita akan mula mencari siapa puncanya. Jika 1 kemalangan terjadi, jika adanya org Melayu, maka akan ada adalah suara2 yg mengatakan kereta itu yg salah atau motor itu yg salah sebab itu dan ini. Wahal dia hanya pergi melihat SETELAH kemalangan itu terjadi. Begitulah hebatnya kita selalu jadi juara dlm mengatakan sesuatu, maka ada pula yg mengangguk ngguk percaya lalu mencerita pula pada org yg baru tiba takakala org yg baru tiba itu tanya ttg kemalangan itu. Namun, apa yg boleh kt ambil iktibar dari kemalangan itu? Pernahkah kt mengatakan bahawa org melayu lah yg banyk terlibat dlm kemalangan 'MATI KATAK'. Tak pakai helmet, tiada lesen memandu, tiada road tax dan sebagainya. Pernahkan org melayu meyalahkan bangsa nya sendiri keatas kesilapan kelemahan mendidik anak bangsanya sendiri? Biasa kita dengar caci maki bila anak2 melayu ini disaman, padahal sungguh jelas kesalahan mereka. Apa alasan yg hendak kita katakan tentang pekara itu?

    Begitu juga dgn gejala negative ini. Buang bayi,lari dari rumah,cabul mencabul, dadah adan pelbagai lagi kes2 jenayah dilakukan oleh bangsa melayu itu sendiri. Bangsa lain pun buat jenayah,tetapi kebanyakkan bangsa itu melakukan jenayah utk keuntungan dari segi mendapat hasil (DUIT). Tetapi bangsa melayu melakukan untuk apa? Hatta kalau dimesjid pun mereka mahu lakukan,walaupun sekadar sepasang selipar. Persoalan nya, adakah disebabkan oleh PEMIMPIN MELAYU?? Maka 1 hari nanti bila ada kes rogol dan sebagainya, maka berkatalah sang ibu atau bapa, "alah,bkn salah anak kita. Itu la, kerajaan itu yg punya hal tak halangan cerita begitu dan begini". Baik itu blh la kt katakan. Bagaimana pula yg kerajaan menghabis berbilion2 ringgit utk menaikkan bangsa melayu melalui pendidikan,peniagaan,kelas2 kemahiran dan yg lain? Adakah org melayu berjaya dgn program kerajaan ini?? Bila bangsa lain berjaya, kita akan kata, "Ala, dia org tu bnyk duit. Lagi pun dia org ada pesatuan". Dan mcm2 lagi. Tetapi jika hal2 sebegini ini berlaku, maka mulalah kata kerajaan tak islamik atau tak mengikut ajaran islam atau sebagainya menjadi punca gegala2 negative ini. Cuma 1 saya nak tanya saudara2 semua, dinegara ISLAM manakah yg menjalankan HUKUM HUDUD ini?? Saya bkn BERMAKSUD menghalalkan apa yg salah dinegara ini, tetapi hanya menitik beratkan kepada pokok keperebadian bangsa kita sendiri. Disinilah punca segala permasalahan.

    Kalau nak dikira bab TV, dah lama bangsa lain rosak lebih awal dari kita. Sbb mereka lah yg lebih bnyk menonton dan lebih dahulu dpt membeli TV. Majalah pun mereka lebih advance. Pub,disko dan tempat2 maksiat adalah milik mereka, tapi melayu pula yg MABUK tanpa pergi kesana. Kalau beginilah kisahnya,maka org ISLAM hanya boleh hidup didalam negara yg 100% ISLAM dari segala sudut. Keluar saja maka habislah ISLAMNYA. Inilah cabaranya yg perlu kita hadapi skrg. Pertanyakan pada diri anda, katakan sahaja negara ini 100% menjalankan sgalanya secara ISLAM, apa akan terjadi bila anak2 anda keluar negara? Begitu kisahnya, maka saya katakan,org islam dinegara2 kafir adalah jauh lebih baik dari org2 melayu disini. Sbb, tiada siapa kisah jika mereka melakukan maksiat. PERNAHKAH kerajaan mengalakkan hisap rokok? Pernahkah kerajaan mengalakkan org melayu minum arak? Pernahkah kerajaan mengalakan org2 melayu lakukan seks? TIdak bukan. Tetapi siapa yg banyak terlibat? Melayu juga bukan? Tetapi alasannya pasti kita kata, kerana kat TV tu bnyak sgt program2 yg MASYUKK...jadi mereka ini terikut2. Tetapi, kenapa pula bila program2 keagamaan semua tak minat? Perihal ekonomi,pertanian,sains dan teknologi, cerita2 tentang astronomi dan sebagainya tak pula blh mempengaruhi org2 melayu? Pelik bukan?
    Jenuh juga org2 kerajaan melayu bertikam lidah dgn bangsa lain utk org2 melayu, tapi apa hasilnya?? Kita juga yg membinasakan perjuangan itu. Maka malulah org2 kerajaan itu.

    Saya, menceritakan disini kerana, sewakt

    ReplyDelete
  7. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  8. Walaupun nampak alim2 kucing, tapi masih terserlah sifat hasad, dengki, angkuh, riak, ego, ujud, takabur, munafik, fasiq dan zindiq di dalam hati mu emjayjb. Aku nak tanya satu soalan.........HIDUP DI DUNIA INI APAKAH YANG ENGKAU CARI, WAHAI PENSYARAH UTM SKUDAI. NAMA ...... PANGKAT ..... PEREMPUAN ........ DUIT ......... GLAMOUR ....... KEMEWAHAN ....... ( apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ? , apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?)

    ReplyDelete
  9. wahhh..! terbaeekkkkk!! kenapalah baru skrang sya terbaca bab nih...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT

    ReplyDelete