Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 6 August 2010

Sinar FM, Kak Engku dah bermasalah dengan suami??

Sinar FM, Kak Engku dah bermasalah dengan suami??

Assalamualaikum wbh saudara seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan pengikutnya.

Para pembaca Laman Emjay sekalian, dalam kesibukan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab sekarang ini, artikel ini mudah-mudahan menjadi pengubat rindu saya kerana lama tidak menulis.

Di rumah saya tidak ada radio, dulu adalah. Bagi mengurangkan lalai, radio di rumah di tiadakan. Namun bila beli kereta, pastinya lengkap dengan radio. Sudah lama tak mendengar radio tetapi bila beli kereta baru, sekali sekala test juga bunyi radio di kereta tu. Bila “scan” stesen-stesen radio terkini, termasuklah stesen Sinar FM. Saya termasuklah ke stesen tersebut apabila mendengar lagu-lagu lama. Sekali sekala mendengar lagu lama terkenang juga sejarah waktu kecil-kecil dahulu.

Sekali sekala saya akan on radio waktu pergi kerja dan terdengarlah celoteh tiga manusia yang menyinarkan stesen tersebut iaitu Kril, Salleh Yaakub (SY) dan Kak Engku (KE). Saya tidak kenal siapa itu Krill, SY dan KE. Apabila saya bertanya pelajar saya barulah saya kenal bahawa SY adalah Salleh Yaakub dan KE adalah Raja Azura.

Apabila saya semakin agak kerap mendengar celoteh tiga orang pengacara ini yang mengacarakan program sinar pagi yang berlangsung dari pukul 6 hingga 10 pagi, memang  ada terkesan mendengar lagu lama seperti Endang Estaurina. Waktu saya remaja dahulu sehingga usia 40an memang saya gemar mendengar radio. Bila mendengar nasihat arwah guru, itulah yang mengubah pendirian dari pendengar tegar kepada sekali sekala itu pun terhad kepada Sinar FM – Sinar Pagi waktu pergi kerja.

Dalam program Sinar Pagi ini, para pendengar diberi peluang untuk bersembang melalui telefon secara live dengan ketiga-tiga pengacara ini. Bermacam-macam isu yang diketengahkan oleh pendengar dan berbagai komen dibalas oleh ketiga-tiga pengacara ini.

Dalam banyak isu berkenaan keluarga, wanita, isteri atau suami, ketiga-tiga pengacara berlagak seolah-olah mereka adalah pakar dalam soal rumah tangga. Namun Kril dan SY saya lihat mereka telah memainkan peranan mereka dengan baik tetapi seorang pengacara ini iaitu KE nampak sangat sikapnya yang benci dan anti-poligami. Bila bercakap tentang bab ini seolah-olah dialah yang betul dan benar, orang lain salah!! Puihhhh benci benar saya mendengar lagak pandai orang ini, seolah-olah orang kafir Kristian, Hindu dan Budha telah melantik KE untuk bercakap bagi pihak mereka untuk menentang poligami.

Salleh Yaakub yang beristeri dua (berpoligami) selalu jadi kutukan dan sindiran dari KE. Saya berdoa agar Salleh Yaakub diberikan Allah kesabaran dalam terutama sekali menangani kerenah dua isteri dan cemuhan orang ramai suku sakat KE yang membenci SY kerana beristeri dua. Sesungguhnya iblis memang marah sekali apabila umat Islam mengamalkan poligami atau redha dengannya kerana sesungguhnya apa yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah semata-mata untuk kebaikan manusia itu sendiri. Poligami adalah antara anak kunci untuk kesejahteraan ummah, itu yang iblis dengki habis. Dalam kes ini KE sudah menjadi hulubalang iblis.

Bagi orang Islam membenci perkara mungkar adalah amat penting kerana apabila melihat kemungkaran, jika mampu tegahlah dengan tangan, kalau tak mampu tegahlah dengan mulut dan kalau tak mampu juga bencilah dalam hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

Berkenaan wanita atau sesiapa sahaja yang membenci poligami saya telah menulis artikel berkenaan perkara ini bertajuk  Mengapa isteri kuat cemburu?? (Isu tentang keguguran) di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/05/mengapa-isteri-kuat-cemburu-isu-tentang.html . Apa yang ingin saya rumuskan sekali lagi di sini ialah bahawa:

*    Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.

*      Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya
"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".

Kalau mengikut ilmu ini, adalah nyata sekali bahawa KE sudah kafir. Bacalah artikel saya tersebut.

Apabila saya melihat kemungkaran yang dilakukan oleh KE ini, saya pun berharap agar saya dapat melihat apakah pembalasan Allah SWT terhadap KE kerana kesilapan-kesilapan fatalnya. Alhamdulillah Allahuakbar, selepas solat Jumaat tengahari tadi, saya terdengar berita dari Sinar FM bahawa KE sudah menghadapi masalah dengan suaminya. Agaknya suami KE ni nak beristeri satu lagi!! Kalau  betullah cerita ini, saya hanya mampu mengucap Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Itulah balasan paling layak untuk seorang wanita mulut celupar yang gemar memperlekehkan Allah SWT dan rasulNya dengan kenyataan-kenyataan seolah-olah beliau adalah jurucakap segala orang kafir di dunia ini tentang bab menolak dan membenci poligami.

Soalan saya khusus untuk KE ialah “mampukah KE mencari tempat selamat untuk berlindung mengelakkan diri KE dari azab Allah SWT??”. Kesilapan KE amat besar sekali. Namun kesilapan BESAR KE ini sudah diperbesarkan lagi kerana setiap ilmu sesat dari KE yang sudah diamalkan oleh ramai pendengar, KE tetap ada sahamnya.

Kepada KE, carilah rahmat Allah SWT dengan kembali ke pangkal jalan. Kepala tu bila lagi nak tutup?? Berhias kat muka tu untuk bukan mahram akan menambahkan lagi azab dari Allah SWT. Tidak rugi kembali ke pangkal jalan kerana banyak sekali rahmat yang menanti!! Janganlah kita menjuarai medan sebagai tentera iblis. Menyebarkan kebencian dan penolakan poligami kepada ramai pendengar di Sinar FM adalah tingkah laku tentera iblis. Wajar sekali tentera iblis diazab Allah di dunia dan akhirat.

Sekian wallahuaqlam

Emjay

83 comments:

  1. salam,
    mengikut pesan guru saya, dalam perjalanan sufi, tidak mudah menghukum seseorang itu kafir, asalkan ada rukun islam yang pertama, dan kepercayaan dalam mengakui tuhan dalam hatinya sudah cukup mengatakan dia adalah Islam, manakala selebihnya, seperti solat 5 waktu dll adalah tugas muslim dan muslimat menarik mereka, membimbing mereka ke jalan Allah.

    macam mana pula org kafir yang mahu memeluk Islam, kenapa kita mengajar kalimah shahadah? bila sahaja dia bershahadah, maka islam la dia. dan tugas kitalah yang membawa kejalan yang diredhaiNya
    kerana semuanya bermula dari hati, masih ada sinar dlam hatinya yang berkelip mencari tuhannya.

    menghukum kafir memang mudah, tapi siapa yang nak mengaku kafir sedangkan dalam hatinya ada tertulis nama Allah?bukan lah saya nak menolak hukum dalam Al-Quran, tapi perbuatan melablekan orang lain kafir pasti menimbulkan perpecahan umat. apa maksud tuan melafazkan Alhamdullillah kerana masalah yang menimpa KE?gembira atau sedih? nabi tidak mengajar kita bergembira atas musibah orang lain.

    mungkin ada sejarah hitam yang menimpa KE dalam hidupnya kerana Poligami, ya poligami itu indah. tapi manusia yang merosakkan keindahan poligami itu. bukan terus menghukum kafir, sepatutnya kita berfikir dalam berhujah, menyusun strategi untuk memenangi hati mereka. seperti rasullullah sendiri, melalui beberapa peringkat(strategy ) dalam mengembangkan islam.
    kejahilan manusia kerana ilmunya, sekurang2xnya hati mereka masih mencari nur dariNya.jangan menghukum kerana tingginya ilmu kita, kerana semua itu pinjaman dariNya, tapi pimpinlah mereka kerana tingginya ilmu kita
    apakah hukumnya menjatuhkan kafir pada orang lain?
    dan apakah hukumnya mambantu sesama insan?
    menghukum kafir memang mudah, ibarat menunding jari pada orang, berapa jari pula yang tunjuk pada kita?

    ReplyDelete
  2. sapa menghukum orang lain kafir, sedangkan hukum itu tidak benar, Allah akan membalikkan kafir itu kepada dirinya.

    ReplyDelete
  3. Inilah buah peninggalan paling BERHARGA orang tarekat / orang sufi iaitu:

    1. Kalau ada orang "Islam mengejek" janggut Nabi, Nabi berjanggut kerana tiada pisau cukur dsbnya, jangan kafirkan orang ini.

    2. Kalau ada orang mengejek kunonya ajaran agama Islam sikit-sikit potong tangan, nanti macam mana kalau tangan semua orang kudung, maka jangan kafirkan orang ini.

    3. Kalau ada orang "Islam" berkata "agama dan politik jangan dicampurkan atau 'politik suku, agama suku'", jangan kafirkan mereka!!

    4. Kalau ada orang Islam mengejek "Nabi Muhamad ini banyaknya bininya, kuat seks ke!", jangan kafirkan mereka ini.

    Dan banyak lagi contoh lain.

    Sekadar pandai mengucap syahadah, komputer dan TV serta radio pun pandai mengucap syahadah, adakah komputer, TV dan radio ini sudah Islam??? Hanya orang yang bersyahadah di mulut serta melaksanakan di hati mereka bahawa segala ajaran Islam yang disampaikan Muhamad adalah secantik-cantik ajaran yang perlu dihormati, dilaksanakan serta diperjuangkan, yang ini sahaja yang saya kategorikan benar-benar Islam.

    Kalau saya sekadar mengajarkan anak Cina beragama Budha jiran saya dengan kalimah syahadah semata-mata, adakah dikira sudah Islamlah anak Cina ini? Mungkin mengikut sdr anak Cina ini sudah Islam dan layak masuk syurga!!

    Atau adakah sdr ryujimitsui memang tidak faham bahasa perkataan-perkataan yang berwarna merah tu?? Perkataan bertulisan merah bukan dari tulisan saya tetapi dipetik dari para ulamak. Fahamilah ayat Al Quran ini “Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44). Apa yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana dari surah At Taubah: 65-66 diatas, jangan melawan Allah SWT. Allah dah kata KAFIR terimalah.

    Kalau nak belajar lebih lanjut bab ini munfkin boleh ke :

    1. http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidah_1.htm
    2. http://nuraiman.wordpress.com/2008/11/06/takuti-perkara-membatalkan-islam-iman/
    3. http://bincang.net/forum/showthread.php?75765-10-Perkara-yg-membatalkan-iman-yg-org-islam-tak-ambil-kisah lihat di bahagian bawah!


    Besok anak ryujimitsui memperjuangkan kebebasan lalu menyertai Sisters In Islam untuk menegakkan hak orang Islam untuk minum arak, berzina dan sebagainya atas nama hak asasi manusia, biarkanlah mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. maaf...tuan,
    rasanya tuan dah salah anggap dengan kenyataan saya, maksud sya, orang kafir yang datang kepada kita dan berhasrat memeluk islam walhal solat pon tak tahu, apa yang akan kita ajarkan dia?solat dulu atau shahadah dulu?kita ajarkan shahadah kerana memang dalam hatinya ada hidayah nur dari Allah. dia masih mencari tuhannya.

    Kalau selepas beliau shahadah, tuan kata "kau belum islam lagi, masih kafir solat dulu?..macam tu ka?

    tuan kata TV dan radio bershahadah? tuan faham konsem shahadah?
    jalan yang tuan lalu mungkin tak sama dengan jalan yang orang lain lalu dalam mencari Allah, jangan cepat menjatuhkan hukuman.dalam rumah tangga untuk mendidik isteri pon kita menasihati, menasihati dan selepas itu baru lah kita menghukum..
    hati manusia kalau keras di balas keras sampai kemati tak ada kesudahan.

    agama islam yang tuan kata kononnya silap sikit potong tangan..bukan masalah besar..asasnya kita mendidik dahulu fikiran mereka untuk menerima hukum islam, bukan paksa hati mereka untuk menerima hukum yang ditetapkan dengan menjatuhkan hukuman kafir..siapa yang akan mengaku kafir kalau dalam hatinya masih mempercayaai Allah yang maha agung tuhannya..bila tuan menghukum seseorang itu kafir, tak mustahil orang itu akan menunding jari menghukum tuan pula yang kafir.. bila akan selesai?

    kenapa nak mempertikaikan jalan sufi, tuan tak baik jatuh hukum dulu tapi tuan tak pernah lalu pon jalan tu..ilmu tuhan ini amat luas..jalan menuju tuhan sangat byk..ada yang bengkok ada yang lurus ada yang bercabang..tapi kita sentiasa berharap dan berdoa agar tak terpesong dengan hasutan syaitan di tengah perjalanan. semoga kita semua bertemu die penamat yang satu.

    ReplyDelete
  5. Macam mana pula hukum melihat orang yang jelas kafir tetapi tidak mengkafirkannya????

    Emjay

    ReplyDelete
  6. jika seorang cina datang pada tuan, hajatnya untuk memeluk islam, dan tuan mengajarkan beliau shahadah. selesai sahaja shahadah beliau keluar dan mati dilanggar kereta. tahukah tuan dia mati dalam islam atau sebaliknya. ke syurga atau keneraka?

    macam mana pula jika tuan menyuruh beliau pulang supaya bersolat dahulu, puasa dan zakat dll dan baru lah datang pada tuan kembali untuk bershahadah..dalam perjalanan pulang beliau mati..dia kafir atau muslim tuan?tuan tahu ke?

    hukum melihat orang yang jelas kafir tapi tak mengkafirkannya..macam mana pula saya tanya tuan..ape hukumnya pada orang yang murtad?tuan boleh ambil parang sekarang dah kejar KE sekarang..tuan dah jatuh kan dia kafir..tapi kenapa KE masih ada lagi. tak nmpak lak muka tuan masuk berita. padahal tuan yang menghukum beliau kafir orang lain tidak..ape hukumnya pada tuan?

    tuan dalam isu kafir. kafir dibahagikan kepada beberapa golongan. tuan nak letak KE dalam golongan yang mana?bagi saya penulisan tuan terlalu radikal. tuan meletakkan emosi tuan dalam penuilisan..dari pembacaan tuan macam gembira atas musibah orang lain. sedangkan nabi tak pernah tersengeh sekalipun bila melihat orang kafir di timpa musibah bahkan mendoakan lagi mereka.kenapa tuan gembira..apa tuan berpoligami dan tak berpuas hati dengan KE. jika ya. tuan tak layak menjatuhkan hukum pada beliau kerana keputusan tuan mungkin atas hasutan syaitan kerana mengikut emosi yang mazmumah.

    ReplyDelete
  7. saya bukan lah tahu sangat pasal agama ni..tapi rasanya sama2x lah kita pi mengaji lagi..cukuplah perpecahan kafir mengkafir ni..sebaliknya kita patut fikirkan cara bagaimana nak meng unified kan islam kembali yang dah banyak terpecahnya.

    ReplyDelete
  8. Kau pernah jumpa Tuhan ke? Ada Tuhan suruh kau kafirkan dia, kalau ada, baik kafirkan je. Nanti Tuhan marah.

    ReplyDelete
  9. Zaman sekarang ni orang sudah meremehkan amaran dan hukum yang Allah SWT dan Rasulullah SAW berikan kepada orang-orang yang suka mengejek/memperlekeh/menghina/memperolok-olok syariat yang Allah SWT tetapkan (e.g. poligami, aurat, hudud etc.). Terdapat ayat2 al-quran dan mungkin juga hadis-hadis sahih yang menjatuhkan hukum ke atas org2 yg bersikap sedemikian. Ianya telah ada sejak lebih 1400 tahun dahulu. Cuma mungkin kerana jauhnya umat zaman ini dari ajaran islam yang sebenar hati2 kita jadi tak sensitif kepada masalah akidah ini. Padahal akidah yg lurus adalah prasyarat utama utk masuk syurga. Kalau akidah bengkok ketika mati - maka nerakalah tempatnya, tiada ampunan bagi kezaliman yang amat besar ini.

    ReplyDelete
  10. salam saudara arw73,

    saya bagi contoh disini, jika satu hari anak tuan menolak poligami dan menghina poligami, sanggupkah tuan mengkafirkan beliau secara melulu?tak perlu menasihati. tak ada rasa sedih dalam hati?tak perlu bertanya sebab kenapa die membenci?

    pintu taubat sentiasa terbuka.asas hatinya masih ada Allah yang satu, dia perlu pimpinan bukan hukuman. di dunia yang fana perjalanan kadang2 terpesong, sepatutnya kita doakan ia kembali kejalan yang diredhai bkn menghukum membabi buta.seperti dalam perjalanan sufi, kadang2 ahli terlalu fanat atau dilihat oleh orang lain seperti gila kerana terlalu byk pertanyaan dalam otaknya.ada yang merasa dirinya tuhan dan meninggal kan syariat. tapi tidak perlu menghukum beliau kerana beliau mencari tuhannya..itu pentingnya guru dan ahli yang membawa peranan penting dalam memimpin kembali ke jalan yang benar.

    insan memang mudah menghukum tetapi sebenarnya hanya Allah sahajalah yang boleh menghukum.

    ReplyDelete
  11. Saya setuju..setiap pandangan perlu berasaskan ilmu Alquran dan hadis yang benar.

    ReplyDelete
  12. norsarimah07 - kenal pasti mana hak yang diamanahkan pada kita dan mana hak Allah, sesungguhnya semua adalah haknya, dan ada sedikit yang dipinjamkan kepada kita.

    dengan berasaskan Al-Quran dan hadis, tak bermakna kita boleh menghukum. yang menghukum itu Allah. kita yang menjalankan ape yang di perintah, bukan memerintah. maksud saya, kenapa nak mengkafir kan orang tersebut padahal Allah yang tahu segala2xnya. biarpun jelas di Al-Quran dan hadis bahawa dia kafir. kita serahkan kepada yang maha adil, dan tugas kita memimpin/membantu memberi pencerahan bukan menghukum seperti ini.

    tulisan seperti ini ibarat saya menjerit kepada kamu bodoh dan memaki hamun di khalayak ramai..apakah perasaan bila berhadapan dengan orang ramai.tulisan seperti ini sepatutnya di elakkan bagi mengelakkan perpecahan. Ya Manusia kerap melakukan kesilapan tapi dari kesilapanlah selalunya dia tersedar dan kembali kepadaNya.

    saya sangat tidak setuju dengan isu kafir mengkafir ini. kerana ia akan menyebabkan perpecahan. Islam satu agama yang unggul, biarlah Allah yang mengkafirkan hambanya, bukan manusia yang mengkafir kan manusia lain. kerana keputusan Allah adalah muktamat dan adil kerana Dialah yang menguasai segala-galanya. bila manusia seperti kita yang lemah menjatuhkan hukum. adakah 100% orang di sekeliling kita setuju?bukankah akan menimbulkan perpecahan? cukup lah kita menasihati dari menjatuhkan hukum yang menjatuhkan air muka orang. sedangkan diri kita belum tentu kemana arahnya. bukankah lebih baik kita menasihat-menasihati dari bersengketa?
    keputusan manusia tak akan adil seadil adilnya kerana Allah yang maha Adil.
    di mana kita mencari keadilan kalau bukan pada Tuhan yang esa , Allah.

    keratan ayat Al-Quran bukan digunakan untuk menjatuhkan hukum semata2x. tetapi Al-Quran diturunkan kepada kita untuk menjadi panduan kepada manusia. ia bukan lah hukuman tapi itu adalah peringatan. tapi bila manusia mengunakannya untuk menghukum. macam macam perpecahan yang akan timbul

    wallahualam.

    ReplyDelete
  13. Salam,kepada saudara/i ryujimitsui cepat pergi buat kerja nabi. Berdakwah kat KE. Bisness, Bisness untuk akhirat.telefen ade, internet ade. tq

    ReplyDelete
  14. "Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.

    Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari:
    "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

    Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266:
    " Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan. "

    Dalam sahih Bukhari:
    "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."


    dan lagi...., dan lagi...., dan lagi...., tak larat nak taip dah!!

    Tinggallah orang tua ini kerana tugasnya di atas mukabumi ini hanya mensyirik dan mengkafirkan orang sahaja. Semoga Allah memberi pemahaman yang sebenar kepadanya

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum....
    kepada lelaki -lelaki muslim sejati diluar sana yang berkemampuan untuk berpoligami, teruskan niat suci anda untuk melaksanakannya.Jangan ragu-ragu dengan saranan agama yang suci.
    Kepada wanita-wanita muslimah sejati redhalah dengan hukum Allah ini, semoga kita semua diberkati selalu kerana sebelum kedatangan Islam wanita diperdagangkan.
    Kepada Ustaz MJ kalau tak silap saya Salleh Yaakob berkahwin 3 bukan 2.Ustaz MJ tirulah macam Salleh Yaakub ni jika berkemampuan.

    ReplyDelete
  16. Wahai ryujimitsui

    Senangnya engkau ni nak bawak orang masuk Islam!!!! Ajar saja syahadah mati masuk syurga!!!! Itulah bahananya belajar dengan guru tarekat tu!!!! Kalau beginilah, semua orang Melayu "Islam" di Malaysia masuklah syurga?? Kalau begitulah sudah banyaklah pelajar Cina (bukan Islam) yang bakal turut sama masuk syurga kerana mereka di UTM ada belajar tamadun Islam dan kalau sekadar ucapan syahadah, mereka ramai sudah hafal! Tetapi adakah mereka sudah beriman??? Adakah mereka ini layak masuk syurga?

    Itulah ajaran terbaik guru engkau tu. Ucap syahadah saja walau pun menolak Al Quran boleh masuk syurga. Nabi Muhamad SAW yang tercanggih pun mengambil masa yang panjang mengajarkan tauhid selama 13 tahun di Makkah sebelum hijrah ke Madinah. Engkau ni ryujimitsui, jumpa anak Hindu bagi upah RM5 untuk dia baca syahadah, sudah kira Islamlah tu dan layak masuk syurga Allah SWT. Mungkin agaknya orang yang engkau Islamkan sudah menjangkau 5000 orang!!!! Kepala macam kepala Doraemon!!

    Bagi kepala ryujimitsui, ucap syahadah, kira Islamlah dan layak masuk syurga, Murahnya harga syurga bagi ryujimitsui. Menganut Islam tetapi melawan Al Quran tidak mengapa dan sudah layak masuk syurga kerana mampu ucap syahadah. Menganut Islam kutuk syariat Islam tidak mengapa asalkan ucap syahadah dan sudah layak masuk syurga. Menganut Islam tetapi kutuk Islam mengongkong manusia pun sudah layak masuk syurga asalkan mampu ucap syahadah. Bagi ryujimitsui, dirinya dan Sisters In Islam sudah amat layak masuk syurga kerana sehati dan sejiwa, asalkan ucap syahadah sudah kira layak masuk syurga.

    Inilah bahananya orang masuk tarekat dan diri sudah terikat-ikat dengan tali yang membelit.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbh sdr arw73

    Semoga Allah SWT mematikan sdr dan saya dalam iman. Bagi ryujimitsui, syurga sudah pasti baginya kerana sekadar ucapan syahadah sudah layak masuk syurga.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Alah engkau ni ryujimitsui, bukan RETI BAHASA. Engkau memangnya tidak faham At Taubah: 65-66 atau engkau sememangnya menolak At Taubah: 65-66. Dasar golongan yang gemar menolak Al Quran, Al Quran ditafsir ikut kepala otak mereka saja.

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah mematikan wacanai dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Mengkafirkan para sahabat atau mengkafirkan orang yang benar-benar Islam adalah amat merbahaya. Namun kalau sudah sampai peringkat ramai orang Malaysia tidak berani mengkafirkan orang-orang yang seperti Sisters in Islam, ini lagi bahaya dalam aspek akidah!!!!!!!!!!!!!!

    Emjay

    ReplyDelete
  21. kadang-kadang kelakar gak baca abg pnya tulisan dengan emosi..sabar2..ye la abg sorang je la yang pandai mentafsir..bukan saya menolak..saya cakap dah..tuhan yang mengadili..kita menasihati..nak hukum orang pon nasihat la..ni terus hentam kaw..otak doremon lah abg ni..haha..penat saya tulis tp tak paham2 ape saya maksudkan..macam mana nak paham kalau baca dengan emosi..haha
    ni soalan sya.abg fikirkan dan tak payah jawab disini.

    kalau bayi dalam kandungan mati..mati dia dalam islam ke?
    bila orang cina dengan rela datang nk peluk islam lepas shahadah dia mati..abg boleh tau ye die mati dalam bukan islam/dalam islam?abg patut jadi tuhan rasanya..tuhan doremon..hehe.
    macam tu tuhan tak adil ke?dilahirkan kafir nak masuk islam, shahadah.tak sempat sembahyang dah mati..ini bukan kuasa kita. ini kuasa tuhan..cuba baca ape sya tulis tu kat atas dengan otak bukan dengan emosi doremon abg.haha..dia mati dalam kafir atau islam tuhan je tahu..die keneraka atau ke syurga tuhan saja yang tau..
    samalah dengan isu KE ni..die kapir dalam ayat tu sebagai amaran..abg sebuk sah kan dia kafir..abg ni sape lak?kalau die bertaubat dia nk report kat abg ke?hahah..tu dia dengan tuhan..macam saya cakap td..insanni mmg suka cari kesalahan orang..tp abg doremon abg lain skit..hehe

    al-quran diturun kan untuk panduan, bukan hukuman tapi amaran..faham tak ayat saya ni abg?so kenapa di kata pintu taubat sentiasa terbuka?tapi abg da hukum orang kafir?
    maknanya bila orang tu buat satu kesalahan..kafir lah seumur hidup dia?abg mmg kepala doremon..haha..
    syurga sudah pasti untuk saya?salah tu bang..syurga neraka tu urusan tuhan. kita yang berusaha untuk mendapat keredhaannya..kan ada hari penghitungan oleh yang maha adil...tp kat dunia ni abg da buat perhitungan dah sbb maybe abg tuhan dunia..haha. doremon btul abg ni..
    dah la abg...rasenye kadang2 orang byk ilmu macam abang ni kadang2 boleh jadi bongkak/riak..harap tak begitu lah..tapi dari segi penulisan..itulah yang saya rasa..harap abg tak marah..sebab abg pon suka2 ja kafirkan orang..
    sekian. wasalam..

    saya paste je la balik yang kawan kita punt2 bagi
    Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266:
    " Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan. "

    takpa lah guru abg je la yang hebat rasanya..memburuk2 dan bersyakwasangka pada orang lain ni mmg amalan abg ke?hahah..rasanya saya tak perlu reply lagi..sampai sinilah..perbincangan emosi ni tengah2 ada syaiton..nnt lain lak jadinya..terbalik lak ayat2 quran yang abg bawakkan nnt..hehe

    semoga kita semua mendapat keredhaan darinya..
    wasaalam..
    selamat beribadah di bulan ramadhan yang mulia
    maaf kalau terkasar bahasa..
    dosa dengan manusia sussah nk mintak maaf dan memaafkan. ye la banyak sangat mazmumah..
    tapi saya susun 10 jari mintak maaf kalau ada terkasar dan mengemosi kan abg hehe

    ReplyDelete
  22. aik marah ke sampai delete komen saya?
    hehe..jgn emosi sangat abg..ikut hati bawak binasa...

    ReplyDelete
  23. ni bkn dakwah cara nabi ni bang..main delete2x..ni dayus.pencerahan dalam article takada.abg delete saya punya article kenapa..abg nk kafir kan saya pulak ke?hehe.abg ikut sunnah mana ni?

    ReplyDelete
  24. Inilah tulisan orang yang tak faham ilmu akidah / tauhid tetapi nak juga berhujah!!!

    Emjay

    ReplyDelete
  25. haha..abg sorang lah yang pandai akidah dan tauhid..sbb dalam dunia ni abg sorang je yang belajar...ke abg da tak dapat jawab soalan saya??abg kan tuhan kenapa tak boleh jawab??sampai delete post saya?skarang nk kafirkan saya pula ke?

    mari terawih...

    ReplyDelete
  26. Dalam Islam terdapat hukum-hukum yang jelas.Setiap orang mengetahuinya tanpa memerlukan penelitian dan dalil-dalil. Umpamanya kefarduan solat, zakat, (dan lain-lain rukun Islam), pengharaman membunuh, zina, makan riba, minum arak dan lain-lain dosa besar. Juga hukum- hukum yang qat'i dalam masalah perkahwinan termasuk poligami, talak, harta pusaka, hudud, qisas dan sebagainya.

    Sesiapa yang mengingkarinya, mempermudah-mudahkan atau menghina mana-mana hukum yang tersebut di atas maka secara jelas dia telah menjadi murtad. Ini kerana hukum-hukum tersebut telah dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih dan telah disepakati (ijma') semenjak beberapa generasi. Sesiapa yang mendustakan hukum-hukum itu sesungguhnya dia telah mendustakan al-Quran dan hadis kerana itulah dia dianggap telah kufur.

    Emjay

    ReplyDelete
  27. kalau hujah saya salah kenapa nk di delete. terang kan pada saya..itu saje..nk patahkan hujah dengan delete ke?abg nk murtadkan saya pulak?ada saya tolak Al-Quran..tunjukkan ayat saya yang saya menolak Al-Quran?

    nk patahkan hujah dengan delete posting saya...kemudian reply..kenapa?

    ReplyDelete
  28. "Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad. Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan berbagai latar yang lain. Mungkin dia tidak bermaksud, mungkin dia tersasul, mungkin dia jahil dan seumpamanya. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H)"

    “Sesungguhnya ucapan yang menjadikan seseorang itu kufur ialah seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan haji. Namun, pengucapan itu mungkin kerana khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut) tidak sampai kepadanya. Jika perkara itu berlaku, dia tidak dianggap kafir. Contohnya, golongan yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pedalaman yang jauh sehinggakan syariat Islam tidak sampai kepadanya.” (Majmu’at al-Fatawa, jil: 2, ms: 220.)

    Maka, tidak boleh dikafirkan seseorang melainkan setengah berlakunya iqamah al-Hujjah iaitu penegakan hujah atau dalil. Setelah didapati dia melanggar batasan Iman dan Islam, hendaklah dijelaskan hakikat ilmu yang sebenarnya dan ditegakkan dalil-dalil yang kukuh kepadanya sehingga dia jelas. Selepas itu, jika dia masih berdegil, dan perkataan atau perbuatan tidak boleh ditafsirkan lagi melainkan membawa kekufuran barulah hukum tersebut boleh dijatuhkan kepadanya. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

    Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir.

    Menurut Imam Abu Ja’afar al-Thahawi rahimahullah:
    Kita tidak mengkafirkan seorangpun ahlul kiblat karena dosa-dosa yang dilakukan, selama dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.

    kafir terbahagi kepada beberapa bahagian, dan dalam menghukum seseorang itu kafir kita kena selidik dulu. sebab itu tuhan yang maha mengetahui saja yang boleh menghukum kafir tanpa perlu selidik. tapi kita manusia ini perlu melalui beberapa peringkat untuk menjatuhkan kafir kepada seseorang itu.
    Pertama: Baligh dan berakal.
    Kedua: Perbuatan kafir dilakukan dengan sengaja.
    Ketiga: MENASIHATI <--- ini apa?
    Keempat: Perbuatan diukur dari segi zahirnya.
    Kelima: Kekafiran memiliki cabang-cabangnya. - Contohnya mengatakan Nabi Isa as. adalah anak tuhan atau tuhan itu bertiga (Trinity) jelas mengeluarkan pelakunya dari Islam. Sedangkan peminum arak atau penzina hanya dihukumi sebagai seorang yang fasiq (pelaku dosa besar),

    jika hanya berpandukan beberapa kerat ayat al-quran, abg tak boleh nk mengkafirkan dia. sebab abg bukan lah tuhan yang maha mengetahui!!

    jangan delete jika abg betul orang yang memperjuangkan agama! dakwah nabi bukanlah dakwah secara dayus dan menyembunyikan kebenaran

    ReplyDelete
  29. dari sumber2 yang saya beri diatas, tu yang menguatkan hujah saya..
    ya saya memang tak tahu tauhid macam ape yang abg tau..saya juga tak tahu akidah macam ape yang abg tahu....saya hambaNya yang jahil..
    lagi baik menjadi jahil dari berilmu dan angkuh/riak dan menyesatkan orang.

    rasanya abg mesti pernah dengar hadis ini
    ‘Dalam jasad anak Adam ada seketul daging, jika ia baik baiklah segalanya dan jika buruk, buruklah segalanya, ketahuilah ia adalah hati’.

    jika hati masih menyembah Allah, insyaAllah ada lagi sinar yang mengerakkan angota lain sujud kepadaNya..oleh itu jangan la nk mengkafirkan dia sesuka hati kerana kejahilan tp nasihat lah kerana kejahilan dia...
    menasihati orang secara tak langsung menasihati dan mengingatkan pada diri kita sendri.
    menunduh orang secara tak langsung menuduh diri sendri.

    harap abg jangan delete, berbincang secara ilmiah baru kebenaran tersingkap.

    ReplyDelete
  30. saudara emjay berhujah berlandaskan emosi..ikut kata hati..penuh dgn perasaan benci...
    saudara bergembira di atas musibah yang menimpa orang lain, bukankah itu perbuatan yang keji??
    mana lah tahu satu hari nanti. suma anak-anak perempuannya ditakdirkan kena madu..dimana..suma menantu laki-lakinya berpoligami..dan anak2 perempuan ini memberontak..merajuk...marah....so marilah kita sama2 melihat beliau mengkafirkan anak sendiri..

    ReplyDelete
  31. assalamuaalaikum..

    setuju dgn hujjah ryujimitsui yg ditulis pada today at 8:56 PM....

    ReplyDelete
  32. Salam Ramadhan..
    Makna Islam itu sendiri adalah tunduk,patuh, selamat dan sejahtera.Jika tidak tunduk dan patuh atau tidak meredhai mana-mana hukum dalam islam sudah jelas dan nyata individu itu sudah rosak akidah.
    Dalam bahasa kasarnya telah kafir selagi tidak bertaubat. Islam atau kafir hamba Allah itu boleh dinilai melalui perbuatan,percakapan atau melalui iktikad hati. Jika iktikad hati telah rosak sudah tentu perbuatan dan percakapannya juga boleh dilihat dengan nyata.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum wbt, Salam Ramadhan

    Lebih baik tuan dengar radio lain...radio IKIM ke....Johor Bahru 106.2 FM

    ReplyDelete
  34. Hukum Islam adalah untuk semua tidak kiralah isteri atau anak-anak saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum wbh sdr wacanai.

    Semoga sdr wacanai dan saya dimatikan Allah dalam iman.

    Saya setuju benar reply sdr ini bukan kerana reply ini menyokong saya tetapi kerana tulisannya adalah selari dengan hukum hakam dalam Islam.

    Bagi penyokong KE di Laman Emjay, mereka amat bersedih apabila saya menegur KE. Bukankah elok kalau KE tu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan? Abu Bakar dan Umar dahulunya juga bermula sebagai orang kafir. Taubat saja lah. Bagi yang menyokong KE tu, mereka takut kalau kalau di Sinar FM tidak ada lagi KAKI KUTUK POLIGAMI. Bagi mereka ini satu kerugian besar. Ingatlah bahawa mengutuk poligami samalah dengan mengutuk Allah SWT dan rasulNya.

    Emjay

    ReplyDelete
  36. Ini bukan sekadar pilih stesen itu dan stesen ini. Ini adalah perkara besar.

    Seandainya saya redha kepada tindak tanduk Sisters in Islam yang menentang Islam maka tidak berimanlah saya kerana selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati!! Sekiranya seseorang redha dengan perbuatan KE mengutuk membenci poligami maka tidak berimanlah orang tersebut kerana selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati!! Kalau mampu, ubahlah dengan tangan atau mulut.

    Seandainya sdr tidak membenci malahan menyokong kemungkaran KE ini, ini sudah membawa kesalahan yang lebih besar dalam Islam.

    Adakah sdr Mohamad Zaidi (moza5067) masih terus ingin menyokong KE mengutuk dan membenci poligami melalui Sinar Pagi Sinar FM??

    EMjay

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum...kepada semua ..................kenapa antara kamu semua asyik bergaduh saja pasal kafir mengkafir...saya as seorang converter to islam lebih faham apa e2 pegertian pada kalimah syahadah...susah payah saya dalam penghijrahan saya ke islam...n selpasnya ...hanya saya n ALLAH saja tahu berat nyer apa yang saya tanggung...disisihkan keluarga kawan2.saudara n semua...n mana perginya mereka yg diwaktu saya dalam kesusahan duduk tido ditepi jalan merempat xda umah takda makan minum...sampaikan ketahap pernah kutip makanan dalam tong sampahu2 alas perut n sebagainya dan len2 .nak harap mereka yg dijabatan jaij ...birokrasi j lebih
    so bagi saya anda dcni smua jgn lah bertekak saja
    sebaiknyer kongsi saja apa apa idea yg ada ...wassalam.............

    ReplyDelete
  38. Salam ramadhan al-mubarak untuk saudara/ri yang seiman dan sekeyakinan.
    Mudah2an kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT hendaknya.

    Segala kekalutan ini (perbalahan/tidak sependapat) dlm bab paling asas dan terpenting dalam islam - akidah adalah kerana 'environment' kita tidak islami sama ada dalam pendidikan, keluarga, politik, dan semuanya dalam hidup ini. Perkara asas ini (akidah) dan adab-adab islam tidak ditekankan semasa tumbesaran anak-anak sejak dari kecil lagi. Hasilnya adalah kita pada hari ini. Kita sibuk dengan kemajuan material (teknologi, ekonomi, dll) tetapi bab akhirat kita peruntukan masa yang sangat sedikit bahkan mungkin tiada langsung. Jadi apabila ada permasalahan agama, misalannya bab akidah, akan terlihat banyaknya perbezaan pendapat yang sepatutnya tidak ada kerana ianya perkara pokok yang tidak sepatutnya ada pertikaian.

    Marilah kita bersama-sama mencari ilmu agama dengan niat untuk mencari kebenaran dan untuk menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita dari api neraka. Ajarilah anak-anak kita adab-adab islam dan akidah yang benar. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar kita mendapat petunjuk hidayah dari Nya.

    Lahir sebagai seorang islam tidak menjamin kita mati sebagai seorang mukmin, kerana boleh jadi ada amalan dan iktikad kita yang mensyirikkan Allah SWT, disedari atau tidak disedari, lalu mengeluarkan kita dari islam. Tidak ada istilah tidak tahu dan tidak pernah belajar dalam bab akidah. Semua manusia & jin wajib menjari tuhannya (Allah SWT). Tapi realiti hari ini kita sibuk mencari dunia pada hampir seluruh waktu jaga kita, dan agama cukup sekadar apa yang disuapkan kepada kita sahaja.

    Kepada heartbreaksha, bersabarlah dengan ujian dalam menjalani hidup sebagai saudara baru di Malaysia. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya diberi petunjuk jalan kebenaran. Janganlah mudah berputus-asa dengan cabaran yang dihadapi. Ujian kita pada hari ini tidaklah seberat ujian yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, dan mereka mendapat syurga kerananya.

    Salam.

    ARW73

    ReplyDelete
  39. Benarlah sebagaimana yang dituliskan oleh arw73

    Saya ingin menambah dengan petikan dari terjemahan Al Quran surah Adz-Dzaariyaat :

    [7] Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
    [8] Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
    [9] Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
    [10] Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
    [11] (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).

    Kepada sdr heartbreaksha, berdoalah bersungguh-sungguh semoga mudah urusan datang belajar ke rumah saya. Benda baik usah ditangguhkan.

    Emjay

    ReplyDelete
  40. Umat Islam tak akan aman dan bersatu selagi ada orang berfahaman seperti emjay. Agama dijadikan seperti hak individu, sendiri betul orang lain semua salah. Tak dapat menangkis ....maka kutukanlah padahnya. Wassalam.

    ReplyDelete
  41. salam...
    maaf saya mencelah, sekadar nak beri luahan, pertama saya bersimpati dengan saudara heartkbreaksha apa yang yang dilalui memang saya akui.Inilah hakikaitnya apa yang berlaku sekarang, sedangkan umat islam sendiri bercelaru dengan pendapat masing2 inikan pula saudara baru. Apa yang saya nak luahkan adalah pembetulan dari saudara hijab00 bahawa umat islam xakan aman n bersatu selagi kita x bangkit dari lena..lena yang sangat panjang..diharap saudara2 diforum ini faham apa yang saya maksudkan lena@tidur.Wassalam.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum. Khas untuk topik di atas. Saya sokong penuh pendapat dari ryujimitsui. Walaupun ilmu saya ni cetek lagi namun dapat rasakan betulnya pendapat tu.
    Pada emjay. Bersabarlah. Banyakkan lah bersifat terbuka jika sesekali kita tersilap. Biasa la tu. Manusia...kan...

    ReplyDelete
  43. Salam Ramadhan..
    Dalam Islam yang haram jelas dan yang halal juga jelas..
    Kafir bermaksud ingkar, Islam bermaksud tunduk/patuh.
    Kalau orang Islam kutuk hudud = Orang kafir ( Ingkar )
    Kalau orang Islam kutuk poligami = orang kafir ( ingkar )
    Kalau orang Islam pertikai pengharaman makan babi/anjing = orang kafir ( ingkar )
    Kalau orang Islam pertikai kewajipan menutup aurat = orang kafir ( ingkar )
    Memperlekehkan syariat agama = merosakkan akidah
    Rosak akidah = Kafir ( ingkar )
    Kalau nak jadi Islam biarlah Islam sepenuhnya jangan jadi Islam celup.
    Jika syahadah dihayati sepenuh..insyaallah insan yang mengaku Islam tidak akan ingkar @ kafir.
    Syahadah bukan setakat dibibir tetapi perlu diiktikad dihati dan dilaksanakan dengan anggota tubuh.

    ReplyDelete
  44. Milah123 oh milah123

    Dalam artikel oleh Dr MAZA tu terdapat hadis Sabda Nabi s.a.w:

    “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini memanglah semua orang wajib beriman dengannya. Yang salah di sisi Islam ialah menuduh orang yang benar-benar beriman sebagai kafir. Inilah yang ditentang dalam Islam. Tetapi kalau tak berani menuduh Chua Soi Lek sebagai seorang kafir tu dikira sudah berat!!! Kalau tak berani menuduh mereka yang menentang Islam dalam Sisters in Islam sebagai kafir, beratlah.

    Inilah penyakit merbahaya yang sudah melanda umat Islam di Malaysia, tidak lagi berani mengkafirkan mereka-mereka yang jelas sudah kafir kerana menentang Islam.

    Emjay

    ReplyDelete
  45. Semoga Allah sentiasa merahmati memberkati sdr wacanai dan dimatikan dalam iman

    Alhamdulillah syukur di atas tulisan sdr, jelas, padat dan tepat. Itulah juga pegangan saya. Namun saya sedih melihat umat Melayu Islam di Malaysia dimana kita nak cuba menyampaikan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka namun kita pula yang dipaksa disuruh ikut fahaman songsang mereka.

    Semoga Allah SWT memberikan taufik hidayah dan petunjuk kepada kita semua.

    Emjay

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum...tima qasih atas nasihat saudara n apa yang saya lalui biar la ianya jadi rahsia bagi saya saja
    segala apa yang DIA 2njukan u2 saya ...saya jadikan sebagai satu azimat walaupun pahit saya akan lalui juga...sbb e2 permintaan saya tetapkan saya dalam iman
    n saya x takut walau apa pun orang perkatakan walau apa pun pertikaian org terhadap saya n walau pun saya dikata kafir hanya sbb kekurangan saya
    bagi saya semua e2 jadi rahsia saya sbb ianya hanya u2 saya as converter..
    segala salah silap dlm perkataan saya harap di maafkan...saya hanya la seorang mualaf...assalamualaikum.... setiap siapa yang sakit hanya dia n dirinya saja merasa akan sakitnya e2 n bukan org yang hanya tahu akan apa sakitnya e2........salam ramadhan buat semua.............

    ReplyDelete
  47. cara yang paling berkesan dalam bermuzakarah ialah berdepan dengan hati yang lapang. (elakkan pertikaian dalam internet).....insyaalah keihklasan kita mencari kebenaran akan diberi petunjuk oleh Pencipta kita.

    ReplyDelete
  48. Apa yg cuba mj sampaikan ada asasnya.

    ReplyDelete
  49. ape yang disampaikan oleh mj ade asasnye..cume pada pendapat saya,kite ni hanya lah pendakwah bukan hakim..hanya Allah yang layak & berhak menghukum, Dialah yang bertanggungjawab menentukan hal ehwal individu-individu ini dalam hal akidahnya (kafir atau tidak)..xsalah untuk m'pertikaikan ape yg diucapkan b'dasarkan ape yang kite pelajari & fahami,namun bukan sewenang2nye kite boley menghukum seseorang itu kafir atau tidak..masih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman kafir dijatuhkan kpd seseorang individu itu..sesungguhnye Allah Maha Adil

    ReplyDelete
  50. ada benarnya reenhaz, saya setuju juga. Cukup bagi mj mengingati perkara itu boleh membawa kpd kekafiran bukan menghakimi org itu kafir. Jika menghakimi biarlah ALLAH shj yg menghakimi, kita sekadar mengingati cukuplah. Tetapi jika kita ambil jalan menuduh (menghakimi), jalan dakwa kita tak berapa sesuai, org akan melenting, bukan semua org boleh terima semerta, ianya ambil masa, emosi dsgnya. Dakwa perlu halus dan sopan santun. Mengingati saudara seislam juga boleh dikatakan berdakwa, Pahla baginya, jika diizin ALLAH

    ReplyDelete
  51. Kalau macam tu jawatan hakim kat Malaysia pun boleh dimansuhkanlah sebab hanya Allah yang boleh menghakim.Amar makruf nahi mungkar pun boleh dipadam dari Al-Quran sebab manusia dah tak layak jadi khalifah.Kalau tauhid tak nak belajar macam tu ler jadinya.Haram dan halal jauh berbeza macam timur dengan barat.Mengutuk poligami bermakna mengutuk Allah dan Rasul. Kalau Allah dan Rasul dah dikutuk dimana lagi Syahadahnya.

    ReplyDelete
  52. Kes KE perlu dinasihati, kita menolong sesama sedara islam bermula dgn menasihati, itulah dakwah yg baik. menghukum perbuatan itu biar ALLAH yg lakukan. Tetapi bila ianya merebak itu perlunya makamah syariah bagi membanteras supaya tidak melarat kpd sadara seislam yg lain.
    Dalam laman mj ni banyak yg ok, penulisannya lebih kepada asas, jadi kita jadikanlah ianya sebagai satu peringatan kpd kita semua bukannya menghakimi seseorang itu. Kita ingati diri kita juga sedara islam yg lain itu poinnya. Mudahan pahla kita dapat, jika diizin ALLAH.



    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum wbh

    Saya sebagai pensyarah di UTM perlu MENGHAKIMI para pelajar saya. Dari proses penghakiman di setiap semester, ada pelajar dijatuhkan dapat A*, A, A-, B+, B dan seterusnya sehingga E. Proses penghakiman ini dilakukan melalui proses penilaian / pentaksiran yang meliputi ujian, tugasan, kuiz dan peperiksaan akhir. Untuk membolehkan saya menghakimi para pelajar saya terlebih dahulu perlu BERILMU.

    Sebagai ibu atau bapa, kita juga tidak boleh lari dari menghakimi anak-anak. Anak-anak yang tidak membuat kejahatan tidak perlulah dirotan. Anak yang tidak mendengar nasihat yang melawan ibu bapa kalau waktu kecil hendaklah dirotan. Untuk menjatuhkan hukuman rotan kepada anak-anak ini ibu bapa juga perlu berilmu. Ibu bapa yang tidak mahu menjatuhkan sebarang hukuman adalah ibu bapa yang haprak sekali. Kelak anaknya mencuri pun dibiarkan, berbohong pun dibiarkan, tak solat pun dibiarkan dan tidak berpuasa pun dibiarkan.

    Dalam Islam pun hampir sama. Islam hanya boleh dianuti dan dijiwai melalui ilmu. Apabila seseorang tidak melakukan solat zuhur sebanyak 6 rakaat, maka orang ini mempunyai ilmu dan sekiranya orang ini melakukan zuhur 6 rakaat, beliau menghukumkan perbuatan ini sebagai haram dan inilah sebabnya beliau tidak melakukan zuhur 6 rakaat.

    Kita perlu ada ilmu yang sesuai dengan kehendak Islam yang sebenar. Islam menghukumkan amalan sihir dan bomoh pengamal sihir sebagai kafir. Fahami dan ikuti sajalah hukum ini. Sekiranya jiran sebelah rumah mengamalkan sihir atau pengamal bomoh sihir, kita tidak ada pilihan selain menghakiminya sebagai kafir. Sekiranya kita berpandangan bahawa "hanya Allah yang layak & berhak menghukum" maka beratlah ummah. Kelak apabila melihat pengamal bomoh sesat, kita mengambil pendekatan hanya Allah yang layak & berhak menghukum kafir atau tidak, apalah nak jadi dengan masyarakat kita??. Kelak apabila melihat anak lelaki sendiri mengamalkan Reiki, kita mengambil pendekatan hanya Allah yang layak & berhak menghukum kafir atau tidak, apalah nak jadi dengan anak lelaki ini??. Anak lelaki ini sudah terkafir dengan amalan Reikinya dan tanpa menghakimi perbuatan anak lelaki ini, bagaimanalah kita akan menasihati?? Kelak apabila melihat isteri menjadi NGO menentang perlaksanaan hukum hudud di Malaysia, kita mengambil pendekatan hanya Allah yang layak & berhak menghukum kafir atau tidak, apalah nak jadi dengan isteri!!!!

    Fahamilah tulisan sdr wacanai di atas yang saya copy paste sekali lagi:
    "Kalau macam tu jawatan hakim kat Malaysia pun boleh dimansuhkanlah sebab hanya Allah yang boleh menghakim.Amar makruf nahi mungkar pun boleh dipadam dari Al-Quran sebab manusia dah tak layak jadi khalifah.Kalau tauhid tak nak belajar macam tu ler jadinya.Haram dan halal jauh berbeza macam timur dengan barat.Mengutuk poligami bermakna mengutuk Allah dan Rasul. Kalau Allah dan Rasul dah dikutuk dimana lagi Syahadahnya."

    Janganlah ragu-ragu untuk menghukum kerana setiap kita dipertanggungjawabkan untuk mengamalkan "amar makruf nahi mungkar". Belajarlah ilmu tauhid yang Allah SWT redha agar hukuman yang ditetapkan adalah sejajar dengan kehendak Islam! Sebagai Ibu bapa, kita perlu menghukum, sebagai guru pun perlu menghukum, sebagai pemimpin pun perlu menghukum dan sebagai orang Islam pun kita perlu menghukum semoga sinar Islam semakin berkembang. Pastinya Islam semakin hancur apabila umat Islam tidak lagi mahu menghukum. Nampak zina, biarkan, nampak ilmu sesat, biarkan, nampak orang membenci Islam, biarkan. Nampak orang Islam menjadikan agama Islam macam bola sepak pun biarkan. Melihat pemimpin "Islam" menghina Nabi Muhamad SAW pun biarkan. Nampak hukum-hukum dalam Islam diperlekehkan dan digantikan pula dengan hukum dari kepala otak pemimpin pun biarkan. Apa nak jadi seterusnya dengan agama Islam?.

    Jangan ikuti ajaran orang tarekat iaitu tidak mengkafirkan orang yang memang layak dikafirkan!!

    Sekian wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  54. salam,
    kiranya pensyarah emjay kata perlu manghakimi student dari segi kerja kursus, kuiz dan lain2..macam tu jugak nk jatuh kan hukum pada orang. bukan main jatuh hukum je. selidik nasihat dan ada peringkat2 dia nk menjatuhkan hukum..hukuman hanya Allah yang berhak menjatuhkan nya..kita manusia menjatuhkan hukum kafir pada seseorang bila tak ada langkah lain setelah berikhtiar kerana takutkan gejala itu meluas.

    contohnya, kalao emjay langgar lampu isyarat sebab lampu itu rosak. polis saman emjay melulu tanpa soal siasat, adil kah bagi emjay?




    ReplyDelete
  55. milah123 oh milah123

    Sebab saya sudah selidik kes KE maka saya jatuhkan hukum. Apa sdr tidak pernah mendengar program Sinar Pagi Sinar FM?? Esok kalau anak perempuan milah123 menjadi orang kuat NGO yang menentang kuat perlaksanaan hudud dan mengeluarkan kata-kata yang kesat mengkeji undang-undang hudud ini secara berterusan, nak siasat apa lagi??

    Bagi Kes orang "Islam" Salman Rushdie menghina Islam dengan menulis "The Satanic Verses (1988)", adakah dikira belum kafir lagi dan adakah perlu disiasat lagi terlebih dahulu?

    milah123 oh milah123

    Emjay

    ReplyDelete
  56. asalamualaikum, izinkan saya mencelah...

    Pada pemerhatian saya setelah membaca keseluruhan komen, nampak saudara EMjay ni seorang yang "short-tempered", ego, kurang MEMPERINCI pandangan orang lain dan kurang suka bila kena komen.

    Semuanya hanya tentang diri saudara dan pandangan saudara dan saya rasa kasihan kepada student-student saudara, tentunya "mengelupur" dibawah bimbingan saudara.

    Pada pendapat saya.Apa yang cuba disampaikan oleh insan yg membangkang saudara adalah
    (1) Toleransi sesama islam (2) Menjaga adab sesama Islam (3) Mulut jangan celupar
    (4) Hati kena baik sangka beb...

    Kerana pada saya setidak-tidaknya KE itu adalah seorang Islam dan mengamalkan ilmu Islam CUMA MUNGKIN dia tidaklah sehebat saudara EMjay yang alim-ulamak dan kerana itu dia hanya perlu di"polish" bukannya dikafirkan.

    Jadi berbeza dgn. Chua Soi Lek yg. benar-benar kafir dan Sisters in Islam yg. nampak nyata menentang keseluruhan pakej dalam Islam.

    (Perlu diingat saya bukan penyokong KE. Saya hanya cuba menjadi neutral)

    Tapi KE ni cuma hanya tidak menyukai secebis daripada ajaran islam iaitu POLIGAMI mungkin kerana pengalaman silam masa lalu yg pernah menyakitkan diri dan hati beliau, siapa tahu.

    Jadi kenapa tambahkan lagi minyak dalam api yg. sedang menyala, melainkan orang yg. menambah minyak itu memang suka melihat api marak menyala dan rakus membakar sekelilingnya dan merasa puas hatinya bila segalanya telah menjadi abu.

    Barang diingatkan yang bahawasanya Poligami itu sendiripun tidaklah menjadi suatu kewajipan di dalam Islam berdasarkan petikan hadis yg bermaksud “Kemudian jika kamu takut tdk akan dpt berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja” [An-Nisa : 3]"

    Jadi poligami itu sebenarnya adalah salah-satu jalan penyelesaian kepada wanita-wanita yg terabai dan ibu-ibu tunggal yang pada ketika itu tidak mampu untuk menyara diri sendiri apatah lagi anak-anak mereka. Maka selamatkanlah mereka secara poligami kata Islam.

    TETAPI

    sekarang ini yg menjadi masalaahnya Poligami telah menjadi alat memuaskan nafsu sex lelaki biang yg pantang melihat dahi licin tetapi takut hendak berzina. Memang lah bagus kawin lagi daripada berzina tapi malangnya bila dah dapat bini baru...faham-fahamlah bini lama. adios amigos...kan sudah jatuh berdosa bila menyakitkan hati orang lain.

    Akhir kalam nak tanya sikit pada Tuan Haji EMjay ni - KENAPA ORANG-ORANG MACAM TUAN HAJI NI CUKUP GELISAH DAN SENSITIF DAN KALUT-MALUT BILA SEBUT BAB "POLIGAMI" NI....ada apa-apa ke? he...he...he...

    ReplyDelete
  57. Kalau tiada siapa yg nak berusaha bersuara sbb bimbang dikatakan celupar, tiada toleransi dan baik-sangka, siapa lagi?

    ReplyDelete
  58. slmt menyambut hari merdeka....ayuh merdeka kn diri kita segala bentuk kesyirikan yg kecil atau besar. barulah bebas merdeka diri..

    ReplyDelete
  59. Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah mempoligami isteri pertamanya Siti Khadijah...fikir2kanlah....

    ReplyDelete
  60. kadang manusia ni bercerita tanpa selidik akar umbi....nilailah perkahwinan Rasulullah dari isteri pertama. Bukan dari isteri kedua dan seterusnya.

    ReplyDelete
  61. Isteri pertama untuk disayangi sampai akhir hayatnya wahai golongan2 berilmu......

    ReplyDelete
  62. Nak poligami tahu....tapi sejarah poligami tak nak tahu...cuba belajar sejarah poligami Rasulullah betul2..siapa isteri2nya, kenapa diambil sebagai isteri dan kenapa ada isterinya yang diceraikan....belajar jangan tak belajar. Sbb tu ada isteri pertama yang menentang poligami kerana yang dipilih tu adakah calon yang layak diangkat untuk berpoligami.

    ReplyDelete
  63. Tak payah taip pnjang-pnjang nnt post kita di delete lepas tu tuduh kita x blajar tauhid kemidian banned pula..pensyrah apa mcm ni..
    Rasulullah sendri x dapat berlaku adil dari segi kasih syg pada isterinya kerana isteri yg paling disyginya adalah isteri yg pertama..
    X pyh crita bab hakikat dgn dia ni kalau syariat pon dia da pening

    ReplyDelete
  64. Mana ilmu yang ada kat dada kamu tu dah keluar habis ke, soalan aku tu taklah susah sangat, tak bleh jawab ke? Tanyalah kat guru kau. Dalam 73 golongan, hanya 1 golongan yang pasti masuk ke syurga, ko rasa-rasa muka ko tu ada ciri-ciri tak untuk masuk ke syurga Allah SAW. Cuba tengok muka ko kat cermin. Dah elok jadi orang, nak jadi singa plak, memang padan dengan jambang yang ada, tapi silapnya cuma ekor je kat depan (itu pun pendek).

    ReplyDelete
  65. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM BAUNYA TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    PERHATIAN !!!!!!!!!
    BERITA TV3 MENYATAKAN BAHAWA DAJAL TELAH KELUAR JB, MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENOLAK DAKWAH SONGSANG INI. SUKA-SUKA NAK JATUHKAN HUKUM.........YANG DIA TAHU HANYA........SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  66. salamualaikum.
    Bosan lah kau orang ni. ambil aktibar aje le. Contohi SY tu. Aman dunia.Apa susah-susah ikut aje apa nabi buat.Allah suruh, larang.Nama pun hamba Allah. Hamba maaaaaa.Bawah lagi dari kuli.Ikut/buat selagi tidak langgar SOP(standard Operation procedure, Al Quran dan Sunnah Nabi).

    ReplyDelete
  67. Waalaikumussalam wbh

    Bila diberikan permasalahan seperti ini barulah kita tahu dan kenal siapa dia yang benar-benar Islam atau sekadar Islam keturunan.

    Semoga sdr nyilorokindul dan saya dimatikan Allah SWT dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  68. A'salamualaikum....Subahanallah...
    Saudara emjay..saya sndri pun selalu dgr KE ni berceloteh setiap pagi semasa dlm kereta apabila menghantar wife saya pergi keje. Mmg saya amat benci akan keceluparan mulut yg terang2 menghina akan apa yg dibenarkan didlm islam. Malah, saya selalu mengatakan, kenapa tidak ada org2 yg mempunyai hak(bhgn penyairan)menegur atau memberi amaran terhadap beliau.
    Cuma 1 yg saya pelik dgn komentar2 dan komen anak2 melayu ni, yg dipertikaikan adalah perbuatan KE. tetapi bkn permasalah berpolagami. Yg jadi lebih peliknya,bila kita mengatakan perbuatan KE itu sendiri adalah kafir,maka ada yg melompat dgn penuh emosi agar tidak dilontarkan perkataan KAFIR. Namun, mengapa dlm masa yg sama mereka pula blh menerima keceluparan KE dgn rela hanya kerana "mgkn dia ada kisah silam yg pahit" ttg poligami ini? Mudah sungguh kalo begitu. Hanya menggangap akan kisah pahit KE itu lebih penting,maka KE blh meluahkan provokasi beliau ttg poligami itu sesuatu yg Negative Saya nk tnya pada para komentar ini,adakah pernah KE mengatakan dgn jelas atau dgn dalil pada setiap kali beliau menghembur kata2 berbentuk kebencian ttg poligami ini? Atau beliau terus memekik di corong radio utk terus tidak sebulu dgn perbuatan yg dihalalkan ini? Tetapi,bila kt mengatakan bahawasanya perbuatan KE itu kafir maka mulalah perbalahan. Kalo diambil cara mudahnya adalah begini....

    Siapa yg benci dgn islam? Org Kafir
    Siapa yg benci dgn Rasulullah? Org Kafir
    Siapa yg benci dgn syariat dan undang2 islam? Org Kafir
    Siapa yg ingin org2 islam itu hancur? Org Kafir
    Siapa yg benci dgn sunah2 Rasulullah? Org kafir

    Nah...jadi kalo saudara emjay mengatakan perbuatan KE itu kafir dgn dalil2nya sekali kenapa anda amat marah sebegitu rupa? Pernahkah KE menyuarakan kebencian ttg poligami ini dgn alasan munasabah, atau dgn dalil yg sahih. Bodohlah kt bila mengagungkan artis dan meghina seorg guru. Kalo benarlah anda semua berupaya dan beriman dgn Allah dan mengatakan perihal adab dan tertip dlm meyampaikan dakwah, maka saudara emjay telah membuka ruang untuk anda menasihati KE secara terus. Jika dikalangan para komentar ini tidak melakukannya, maka anda sahaja yg tahu siapa diri anda yg sebenarnya. Cari la facebook KE. Kalo susah cari dia kat SinarFM. Nasihatilah dia. Begitulah diakhir zaman, artis2 akan dimuliakan,manakala pendakwah dicaci dan dihina. Malah akan tiba masanya bila org2 kafir akan diambil menjadi hakim utk menghakimi org islam.

    Jadi, bilakah perkataan KAFIR, FASIK DAN MUNAFIK ini boleh digunakan? Mmg dasar kt org melayu suka bercakap meleret agar tak 'Terasa' sgt( go around the bush). Kalo nak kata benda atau perbuatan itu haram, kenelah cari perkataan yg cukup halus lagi indah. Bangsa melayu suka memberi alasan agar tidak dipertanggung jawaban atas perbuatan atau kesalahannya. Kalau dikira Pencegah maksiat itu pun dikira 'Jahat'. Polis pun dicaci atas jasa2 mereka curahkan. Sebabanya? bangsa asing selalu kata polis mcm tu, jd melayu pun ikutlah. Wahal, bangsa melayulah yg majoriti dlm kepolisian. Menjadilah bangsa melayu bangsa yg lemah, dan kian lemah. Saya katakan Melayu sbb kebnykkan melayu adalah islam. Bangsa yg lemah,amat mudah utk dijajah. Iman amat mudah utk diratah oleh org2 kafir. Fikiran apatah lagi..itu yg paling senang utk dipesongkan.

    ReplyDelete
  69. Waalaikumussalam wbh

    Begitulah roywnc69, umat Melayu yang kononya Islam. Orang yang menyokong KE adalah ibarat tahi dengan lalat / langau. Setiap satu memerlukan yang satu lagi.

    Saya apabila memulakan Laman Emjay hujung 2006 agak terperanjat dengan fenomena ini iaitu apabila diberitahu tentang yang hak, ada orang Melayu yang marah. Sekarang saya alhamdulillah dah faham. Memang sudah diberitahu dalam Al Quran bahawa sesungguhnya orang yang beriman adalah sedikit:

    Al- Baqarah:[88]
    ........ oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

    An Nisaak:[83]
    dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

    Al-A'raaf:[3]
    (Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

    Emjay

    ReplyDelete
  70. :) sesame kita mantapkan akidah kita...Amin....

    ReplyDelete
  71. aku bertareqat juga,,,tapi dakwaan kamu tentang ahli tareqat yang tidak mengkafirkan (mempersetujui)kenyataan2 menghina Islam adalah palsu dan fitnah, Contohnya seperti dakwaan palsu oleh kamu seperti dibawah ini;

    1. Kalau ada orang "Islam mengejek" janggut Nabi, Nabi berjanggut kerana tiada pisau cukur dsbnya, jangan kafirkan orang ini.

    Fitnah kamu terhadap golongan tareqat adalah melampaui batas, mohon Allah membalas perbuatan fitnah kamu.

    ReplyDelete
  72. awak ni bukan ustaz suka lawan cakap orang

    ReplyDelete
  73. Salam semua. Walaupun isu ni dah lama tapi untuk generasi akan datang yg suka main google, saya lampirkan sedikit pendapat saya.

    Apa itu Islam? Agama yang diturunkan dari langit oleh Allah melalui Nabi Muhammad untuk manusia.

    Apa itu orang Islam. Mereka yang menganut, memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sejajar dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

    Masalah pokok topik ni adalah poligami tapi rata2 org semua setuju poligami itu sunnah nabi. Boleh dilakukan jika yakin dapat berlaku adil. Jangan dilawan sbb dalilnya telah disembur berulang kali.

    Masalah tambahan adalah kafir mengkafirkan. Bagi ak, kalo xde ilmu jgn dibuat. Mcm ak pelajar je. Ak belajar agama supaya x buat salah dan mendpat keredhaan. Boleh mengajak melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kasual.

    Lain pula Ustaz MJ, dia dikategorikan org yang berilmu, di mana dia belajar agama untuk menyampaikan dan berhujah. Apa lulusannya smpi dia layak? Persoalan saya, perlu ker? Perlu ke ade cop sirim baru kita boleh gunakan alat elektronik? Perlu tp tk semestinya.

    Pendirian saya, kalo org itu menegakkan Islam melalui hadis dan dalil Al-Quran, kite wajib ikut. Kalo org itu menegakkan Islam melalui mazhab shafiie, tanya dulu buku apa yg dipakainya.

    Percayakan al-Quran dan sunnah melebihi segalanya. Itu wajib kita, jangan direka2 ilmu dari akal kalo nak beribadah. Kalo ada org menolak hukum Allah walau secebis, bukan ke dikire murtad dan membawa kpd kafir? Tk suka dgn hukum Allah, lari dari bumi dan alam Allah ni. Mcm mana umat zaman sekarang ni, "cuma hanya tidak menyukai secebis daripada ajaran islam" boleh diucapkan tanpa rasa bersalah.

    Pasal sufi, ni Bapak ak ckp, bkn ak. Dia dulu pernah berguru dgn someone pasal sufi@tasawuf. Lama, bukan sehari. La ni, dia dah taubat dia nasihat kat ak jgn amalkan sufi sbb sufi sEsAt. Dia cakap ultimately, sufi yg dia blajar akan kata Allah di mana2 dan kita adalah Allah. Dari Allah kembali kpd Allah. Ak dngr je. Bg ak, dari sesat yg nyata, baik ak pilih Al-Quran. Hanya Allah yang maha mengetahui. Yg baik dtg dari Allah, yang lemah itu dari ak sbb ak cuma hamba yg hina

    ReplyDelete
  74. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati memberkati sdr yugimudo

    Emjay

    ReplyDelete
  75. Banyak perbuatan or perkataan yang boleh menjerumus seseorang kepada kekafiran...contohnya mengejek2 hukum Allah, menghina Nabi (semua nabi), even x sembahyang pun (hadith nabi - sempadan antara Islam dan kafir adalah solat) tp fuqaha' menjelaskan seorang yang x solat kerana malas bukan kafir, yang kafir apabila dia x solat dan mengatakan solat itu x wajib. Anyway Al-Shafi'i menjelaskan hukuman bagi orang yang meninggalkan solat ialah pancung setelah diminta bertaubat n dia masih x mahu solat.

    So we have to be careful dengan perbuatan n percakapan even gurauan kita.. jangan sampai masuk kubur baru tersedar tp dah terlambat. Anyway, Allah itu maha mengampun, mesti sentiasa istighfar dan bertaubat. Rahmat Allah itu amat luas.

    Hukuman Hadd untuk murtad dalam Islam sangat berat tp sebelum dilaksanakan hukuman, dia diberi peluang untuk tarik balik (taubat), n jika bertaubat, gugurlah hukuman hadd tersebut.

    Seharusnya kita sama-sama ingat mengingati kita semua agar tidak terjerumus ke dalam kekufuran...semoga Allah melimpahkan maghfirah dan RahmahNya kepada kita semua.

    ReplyDelete
  76. Aslkm... Begitulah Ustaz Emjay, bila tarikat sesat cuba menguasai Malaysia, dan pembantu2 Sisters In (Neraka) mula berlagak sebagai Tun Teja... Yg benar dan salah dah mula buta, tapi tiada masalah, Agama tetap kita pertahankan, agar kembali kepada asalnya... Seperti sirih pulang ke gagang...

    ReplyDelete
  77. Waalaikumussalam wbt

    Semoga Allah SWT mematikan saya dan sdr rosmanshafie2011 dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  78. Insya Allah... saya doakan Ustaz Emjay akan terus mendapat kekuatan daripada Allah swt dlm berjuang mempertahankan prinsip 'aqidah yang benar.

    ReplyDelete
  79. salam
    kesimpulannya setelah kita memilih islam sebagai agama kita, janganlah kita mengejek-ejek hukum agama islam
    hanya orang yang tidak beriman yang mengejek-ejek hukum agama islam.

    ReplyDelete
  80. Waalaikumussalam wbt

    Semoga Allah SWT mematikan sdr dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete