Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday 18 September 2010

Ramai tidak tahu berniat dan tak faham maksud ikhlas

Ramai tidak tahu berniat dan tak faham maksud ikhlas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamulaikum WBH saudara seagamaku dan laknat Allah terhadap iblis dan pengikutnya.
Apabila para pembaca Laman Emjay sedang membaca artikel ini sekarang, apa yang boleh saya katakan adalah anda semua sedang membaca dalam hati. Bolehkah anda semua menerima pernyataan ini? Kalau tak boleh, tak payahlah menerus pembacaan anda!! Membaca boleh dilakukan samada dengan mulut atau dengan hati. Membaca dengan mulut boleh didengar oleh orang lain apatah lagi sekiranya dibaca dengan kuat. Membaca dengan hati hanya diri sendiri yang memahaminya selain Alla SWT berdasarkan ayat Al Quran surah  Al- Baqarah ayat 235 :” Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu,” dan banyak ayat-ayat lain.
Adakah membaca dalam hati sama dengan berniat?? Di Malaysia, ramai yang beranggapan bahawa membaca dalam hati adalah sama dengan berniat. Sebentar lagi saya akan mengupas tentang perkara ini.
Menurut Kamus Dewan, niat membawa definisi; maksud atau tujuan sesuatu perbuatan atau ingatan dalam hati. Ada yang menyatakan niat sebagai lintasan dalam hati. Apabila kita mengangkat kaki bergerak ke bilik air, pastinya sudah ada niat di dalam hati sama ada disedari atau tidak. Mungkin kita berniat nak meludah, buang air, mandi atau ingin mengambil wuduk.
Nabi telah bersabda mafhumnya:
“Katakanlah : “Setiap orang itu beramal menurut bentuk kehendaknya”
yang bermaksud seseorang itu membuat sesuatu perkara menurut apa yang menjadi niatnya dan bukan sebaliknya. Apabila seseorang berniat nak duduk, maka ia akan berusaha untuk duduk. Apabila seseorang ingin berjalan maka ia pun berjalan. Pokoknya setiap perbuatan adalah berdasarkan kepada niat .. Adakah terdapat mana-mana perbuatan yang dilakukan tanpa niat?? Sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat, lain dengan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Mengigau dan tersepak kaki orang ini adalah perbuatan yang dilakukan tanpa niat.

Apabila seseorang mengambil kunci keretanya, pastinya beliau sudah mempunyai niat termasuk ingin ke mana dan hendak buat apa. Inilah yang dinamakan niat dan niat ini keluar dari hati tanpa paksaan. Sekiranya seorang suami dipaksa isteri untuk membeli telur, sang suami apabila mengambil kunci kereta, beliau sudah ada niat untuk pergi ke kedai membeli telur. Niat ini tidak akan hapus sehinggalah sang suami ini sampai ke kedai dan membeli telur. Setelah selesai membeli telur, niat sang suami ini akan berubah pula ingin kembali ke rumah.  

Marilah kita lihat kes-kes berikut:
1.    Apabila seseorang membasuh kereta, ada yang melakukan perbuatan ini kerana ingin menunjukkan kepada saudara mara bagaimana cantiknya kereta barunya. Maka niat orang ini adalah untuk menayang kereta barunya yang cantik kepada saudara maranya.
2.    Ada wanita yang memasak untuk keluarganya dengan harapan semoga suami memuji dan menyayanginya. Maka niat wanita ini memasak adalah untuk dipuji dan disayangi oleh suami.
3.    Ada kakitangan di pejabat melakukan kerja-kerja sebagaimana diarahkan bosnya dengan tujuan agar dirinya disanjung dan dihormati semoga kelak sasaran kerja tahunannya (SKT) cemerlang. Maka niat orang ini melakukan kerja adalah untuk disanjung, dihormati dan untuk SKTnya.
4.    Ada orang melakukan ibadah korban kerana malu kerap diperli dan diajak oleh bapa mertuanya. Maka niat ibadah korban orang ini adalah kerana malu kepada bapa mertua.
5.    Ramai wanita apabila memakai pakaian walaupun menutup aurat adalah dengan tujuan untuk kelihatan cantik anggun dan menawan. Maka niat wanita ini berpakaian sedemikan adalah untuk kelihatan cantik anggun dan menawan.
6.    Ada wanita memakai tudung kepala kerana tidak tahan dengan leteran suami. Maka niat wanita ini memakai tudung itu adalah untuk menyelamatkan dirinya dari leteran suami.
7.    Ada orang menjemput para sahabat berhari raya ke rumahnya kerana ingin menunjukkan rumah barunya yang mahal lengkap dengan perabot mahal serta pinggan mangkuknya yang juga mahal. Maka niat orang ini menjemput tetamu datang adalah untuk menayangkan rumah serta perabot dan pinggan mangkuk yang mahal.
8.    Seorang suami isteri jarang solat di rumah mereka. Apabila balik ke rumah mertua suami ini akan solat lengkap dengan berjemaah bersama isteri.  Apakah niat solat sang suami ini??

Bagi kes 8 di atas ini, pastinya sang suami waktu bersolat ada melafazkan “Usholli fardazuhri arbaarakatin......” serta berniat dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”. Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekelian, apakah niat sebenar sang suami solat berjemaah bersama isteri di depan mertua?? Adakah niatnya ikhlas kerana Allah Taala? Kalau ikhlas kerana Allah Taala, mengapa apabila di rumah mereka tidak solat??

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh sang suami ini ialah membaca dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala” dan niat sebenar sang suami adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada mengerjakan solat.

Itulah sebabnya di atas, saya ada mempersoalkan samaada membaca dalam hati adalah sama dengan niat!. Sebenarnya membaca dalam hati adalah bukan niat. Membaca dalam hati adalah satu bacaan yang dilakukan sama seperti apa yang anda semua sedang lakukan sekarang iaitu membaca artikel saya ini di dalam hati. Apabila orang yang sedang solat berkata / membaca dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”, mereka sebenarnya bukan sedang berniat. Niat seseorang sewaktu melakukan solat adalah tujuan sebenar mengapa mereka solat dan dalam kes 8 di atas, niat sebenar solat sang suami tersebut adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada melakukan solat.

Adakah kita sedar sebenarnya bahawa niat kita solat mungkin tergolong daripada salah satu perkara berikut:
      I.        Kerana mengelakkan leteran ibu bapa
    II.        Kerana mengelakkan leteran suami / isteri
   III.        Kerana malu dengan jiran.
  IV.        Kerana untuk mendapat sanjungan / perhormatan jiran tetangga / orang ramai
    V.        Kerana malu sebagai ketua pejabat
  VI.        Kerana tanggungjawab terhadap Allah SWT
 VII.        Kerana takut akan azab Allah SWT

Allah SWT insyaAllah hanya akan menerima ibadah solat seseorang apabila ianya dilakukan dengan ikhlas. Niat-niat dari nombor I – V adalah niat yang tidak diterima Allah manakala niat nombor VI – VII insyaAllah diterima oleh Allah.

Itulah sebabnya Nabi Muhamad SAW tidak pernah sama sekali mengajarkan lafaz “Usholli fardazuhri arbaarakatin......” dan bacaan dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala”. Semua imam besar yang empat termasuk As Syafiee juga tidak pernah mengajarkan lafaz usholli dan bacaan dalam hati yang sedemikan. Saya apabila melakukan solat, niat saya adalah kerana saya ada tanggungjawab sebagai seorang umat Islam, saya wajib untuk solat, saya patuh dengan arahan Islam dan saya takut akan azab Allah SWT. Apabila saya berwuduk, niat saya ini sudah saya tanamkan dalam hati dan niat ini saya hanya akan lepaskan sesudah saya memberikan salam di hujung solat. Sekiranya saya terkentut waktu solat, saya juga melepaskan niat saya tersebut dan saya memasang pula niat baru untu ambil wuduk dan seterusnya berniat untuk ulang solat.

Ada setengah orang mengatakan bahawa isu lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....”  ini adalah kes membesarkan perkara kecil yang akan memecah belahkan masyarakat. Bagi saya perkara ini bukan satu perkara kecil malahan perkara yang boleh merosak akidah.

Kita lihat sahaja panduan solat di Malaysia hari ini. Ramai orang mengajar  bahawa lafaz  “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” adalah sunat hukumnya. Kalau perbuatan ini sunat hukumnya, pastinya Nabi Muhamad SAW pernah mengajarkannya dan terdapat dalam kitab hadisnya. Seandainya kita menyatakan bahawa “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” adalah sebahagian Islam, maka kita telah membuat fitnah kepada Allah SWT dan rasulNya Muhamad SAW. Apabila Nabi tidak pernah mengamalkan amalan lafaz “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....(dalam bahasa arab)” bagaimana boleh jatuh hukum sunat untuk melakukan perbuatan ini?? Maka dengan itu bacaan “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” di dalam hati adalah satu bidaah dan sesungguhnya setiap bidaah adalah neraka balasannya.

Kesan buruk yang lebih parah dari amalan “usholli...” dan bacaan “sahaja aku solat fardhu .....” di dalam hati kini ialah umat Islam tidak pandai lagi untuk berniat apatah lagi untuk niat yang ikhlas. Ingatlah bahawa Allah hanya akan menerima amal ibadah yang dilakukan oleh hambaNya, yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan dengan kaedah yang betul. Lihatlah mafhum hadis berikut:

Dalam Al Bayan Hadis Nombor 1128 pula Nabi bersabda mafhumnya:

Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya. (Niat yang bagaimana di terima Allah SWT?)

Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a., berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dari hadis daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a di atas, niat-niat ketiga lelaki tersebut sewaktu berperang tertolak kerana tiada keikhlasan di sisi Allah SWT.

Sudah banyak kali kita bercakap tentang ikhlas tetapi apakah maksud sebenar ikhlas? Kamus Dewan menjelaskan maksud ikhlas sebagai  hati suci, tidak berpura-pura, tidak mengharapkan balasan. Dalam kontek Islam, pengertian sebagaimana dijelaskan Kamus Dewan tidak memuaskan. Apabila saya mengajukan soalan yang sama kepada para pelajar saya di UTM, jelas bahawa mereka juga kabur tentang maksud sebenar ikhlas di dalam Islam. Saya cuba mencari di internet maksud ikhlas, tetapi masih belum berjumpa dengan pengertian ikhlas yang sejajar dengan kehendak Islam. Islam mengajarkan bahawa segala amal ibadah yang tidak ikhlas sebagai amal ibadah yang sia-sia.

Sekiranya kita mengambil perngertian sebagaimana di dalam Kamus Dewan iaitu tidak mengharapkan balasan, adakah saya dikira tidak ikhlas apabila mengajarkan ilmu agama dengan tidak mengharap balasan dari pelajar saya tetapi dalam masa yang sama mengharapkan balasan dari Allah SWT? Menurut Islam perlakuan seperti ini adalah dikira sebagai ikhlas.

Sekiranya saya membaca surah Al Kahfi dengan mengharapkan dosa-dosa saya diantara dua Jumaat diampunkan serta mengharapkan dielakkan dari segala fitnah selama lapan hari, adakah amalan saya membaca surah Al Kahfi tersebut tidak ikhlas?? Menurut Islam perlakuan seperti ini adalah dikira sebagai ikhlas. Untuk memahami perkara ini, fahamilah dua hadis berikut:

Mafhum Hadis 1.
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat" (HR. Ibnu Katsir)

Mafhum Hadis 2.
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya" (HR. Ibnu Katsir)
Ramai pelajar saya menjawab pengertian ikhlas sebagai semata-mata kerana Allah SWT.  Namun apabila saya menyoal mereka apa maksud “semata-mata kerana Allah SWT”, mereka gagal menjelaskannya. Ini bermakna mereka tahu tetapi tidak faham. Jawapan ini adalah merupakan jawapan yang paling banyak tetapi rata-rata mereka tidak faham apakah maksudnya “semata-mata kerana Allah SWT”.


Saya dengan ini menyarankan pengertian ikhlas yang selaras dengan kehendak Islam sebagai:

1.    Segala perlakuan yang dibuat dengan niat selari mengikut kehendak Islam
2.    Segala perlakuan yang dibuat semata-mata kerana Allah SWT.

Apabila saya memberikan sedekah kepada anak yatim dengan niat melaksanakan suruhan Nabi Muhamad SAW, adakah perbuatan ini dikira sebagai ikhlas? Mengikut definisi pertama di atas, ia dikira sebagai ikhlas kerana perbuatan ini adalah mengikut kehendak Islam. Mengkut definisi kedua pula perbuatan tersebut dikira sebagai ikhlas kerana apabila saya menuruti suruhan Nabi Muhamad SAW maka saya sebenarnya melakukan perbuatan tersebut kerana mengikut perintah Allah SWT kerana Nabi Muhamad SAW menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Mentaati perintah Nabi Muhamad SAW sebenarnya adalah mentaati perinah Allah SWT.

Apabila saya makan dan minum  dengan tangan kanan dengan niat akur perintah Nabi Muhamad SAW, insyaAllah amalan ini diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadah kerana menepati kedua-dua definisi tersebut.

Apabila kita membaca Al Quran, adalah satu perkara yang sangat digalakkan agar kita berniat mana-mana satu dari berikut atau kesemua sekali iaitu:

1.    Niat untuk mendapatkan ilmu
2.    Niat sebagai satu amal ibadah
3.    Niat untuk bermunajat (berdialog dan berbisik seorang hamba terhadap Tuhannya)
4.    Niat untuk mendapatkan ganjaran pahala dari Allah SWT
5.    Mencari ubat

Mana-mana niat yang dipilih sewaktu kita membaca Al Quran tidak perlu dimulakan dengan lafaz “Usholli..” atau “Nawaitu....” atau dengan bacaan dalam hati “sahaja aku.......”. Ia adalah lintasan dalam hati atau tujuan maksud satu-satu perbuatan.

Dalam kes nombor 8 di atas iaitu seorang suami isteri jarang solat di rumah mereka. Apabila balik ke rumah mertua suami ini akan solat lengkap dengan berjemaah bersama isteri.  Niat sebenar sang suami ini adalah sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada keluarga mertua bahawa beliau juga ada melakukan solat. Bacaan dalam hati “sahaja aku solat fardhu zuhur empat rakaat menjadi imam tunai kerana Allah Taala” adalah sebenarnya satu bacaan yang dipaksakan di dalam hati yang bukan terbit dengan suci dari hati nurani. Bacaan ini seolah-olah satu perlakuan untuk menipu Allah SWT yang kononnya ia solat berjemaah bersama isteri adalah sesuatu yang ikhlas. Namun itulah yang diajarkan oleh ustaz ustazah kita di sekolah.

Dalam bab solat lima waktu ini, memadai niatnya sebagai mana-mana satu dari berikut:

1.    Aku solat kerana menurut perintah Allah SWT
2.    Aku solat kerana diwajibkan kepada aku
3.    Aku solat kerana  aku perlu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam
4.    Aku solat sebagai pengesahan bahawa aku adalah hamba kepada Allah SWT
5.    Aku solat kerana aku ingin sekali memasuki syurga Allah SWT.

Mana-mana niat ini adalah selari dengan kedua-dua definisi ikhlas di atas iaitu selari dengan kehendak Islam dan kerana semata-mata untuk Allah SWT.  Semoga amal ibadah yang ikhlas ini diterima oleh Allah SWT.

Saya sewaktu TAKBIRATUL IHRAM iaitu mengucapkan perkataan Allahu Akbar, di dalam hati saya berkata Allah Maha Besar, maha hebat maha berkuasa. Amat lemah dan kerdilnya diri saya ini. Sekiranya pada waktu tersebut saya perlu berkata juga di dalam hati “sahaja aku solat fardhu ...... kerana Allah Taala”, ini sebenarnya adalah satu perkara yang mustahil. Inilah namanya The impossible three in one. Nabi Muhamad SAW sebagai pesuruh Allah SWT pun tidak pernah mengajarkannya dan para sahabat pun tidak pernah mengamalkannya. Imam besar yang empat Hanafi, Maliki, Hambali dan Shafiee pun tidak pernah mengajarkannya. Niat sebenar dalam solat tidak pernah hilang mulai kita mengambil wudhuk. Itulah sebabnya saya telah menjelaskan dibahagian atas bahawa sebenarnya setiap perbuatan dimulakan dengan niat melainkan perbuatan mengigau waktu tidur dan perbuatan tidak sengaja seperti tersepak kaki orang sewaktu kita berjalan. Saya makan nasi kerana saya telah berniat untuk melakukan perbuatan makan nasi tersebut. Apabila telefon saya berbunyi, saya berniat untuk berhenti sementara daripada makan nasi dan bergerak untuk menjawab telefon . Saya terlebih dahulu berniat untuk menjawab telefon tersebut.

Apabila kita memahami maksud sebenar niat, insyaAllah kita dapat memahami dengan mudah mengapa Sayyidina Ali tidak jadi membunuh musuhnya tetapi menarik kembali pedangnya ketika beliau akan menghayun ke leher orang musyrikin, hanya karena si musuh itu meludahinya.

Sayyidina Ali tidak mahu membunuh orang musyrikin ini kerana hawa nafsu, iaitu hanya kerana dirinya yang diperlekehkan, beliau hanya ingin membunuh kerana agama Islam yang dicela, bukan kerana peribadi atau kaumnya. Sekiranya beliau membunuh pada ketika mukanya diludah, maka niat sebenar beliau membunuh adalah disebabkan marah kerana peribadinya yang diperlekehkan dan bukan kerana Allah SWT. Sekiranya ini dilakukan oleh Sayyidina Ali maka perbuatannya itu bukan merupakan perbuatan yang ikhlas.

Sebagai penutup:
1.    "SOLATLAH SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU SOLAT" (HR. Muslim) Nabi telah mengajar segala-galanya tentang agama ini. Dengan merujuk hadis-hadis yang sahih kita akan dapat mengamalkan sunnah Nabi yang mulia. Elakkanlah dari melakukan perkara yang Nabi Muhamad SAW tidak melakukannya seperti lafaz “Usholli...”,  “Nawaitu....” dan “sahaja aku ....”. Ia kelihatan menambahbaik solat tetapi sebenarnya merosakkan umat Islam sehingga mereka sukar untuk melakukan solat dan menjadi orang yang tidak pandai berniat dengan ikhlas.
2.    Membaca di dalam hati adalah bukan niat. Niat adalah apa yang terbit dihati tentang maksud atau tujuan sesuatu perbuatan.
3.    Setiap amal ibadah hendaklah ikhlas iaitu dengan niat semata-mata kerana menurut perintah Allah SWT dan selari mengikut kehendak Islam.
4.    Sebelum kita melakukan sebarang amalan seperti membasuh kereta, memasak untuk keluarga, memakai pakaian dan belajar, sertakanlah dengan niat yang ikhlas kerana hanya dengan kesempurnaan ini setiap amalan tersebut insyaAllah dikira oleh Allah SWT sebagai satu amal ibadah.

Sekian wallahuaqlam

Emjay

40 comments:

  1. Salam.
    Saya cuba. boleh guna perkataan suka rela tak, untuk sama erti dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  2. syukron atas info ne...
    smoga allah senantiasa meletakkan kita kedalam golongan
    yg sentiasa ikhlas karena Nya (as always)
    amin.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, telah dibaca & di fahami. terima kasih saudara...

    ReplyDelete
  4. ENGKORANG JANGAN PERCAYA KAT EMJAYJB (mEMang JAYbon) NANTI KANG BERTAMBAH PLAK RUKUN IMAN KORANG, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    SAUDARA EMJAYJB, AKU NAK TANYA, KO ADA KERETA TAK? KO NAIK KERETA, TONTON TV, PAKAI KOPIAH PUTIH KO TU YG KEPAM TU, SYIRKKKKKKKKKKKKK, KAFIRRRRRRRRRRRR + LAKNAT SIKIT.

    ReplyDelete
  5. x kesa yg pntg niat ko dari awal2 lg nk mnolong krne allah. Jgn lari niat suda.

    ReplyDelete
  6. terima kasih ustaz.. masih lagi ramai yang kurang jelas dengan konsep niat.. moga-moga artikel ini dapat memberikan pencerahan.. semoga ustaz emjay sentiasa dalam rahmat Allah swt.

    ReplyDelete
  7. Baca niat dlm solat ni dah jadi kebiasaan (habit) selama 40thn. Kadang2 dm solat baru tersadar. Boleh tak saya teruskan juga solat tu? Semuga Allah ampunkan saya. Terima kasih Ustaz.

    ReplyDelete
  8. Allah SWT sesungguhnya Maha Pengampun

    Emjay

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing.. sgt membantu dlm pencarian sy.. barakallah.. :)

    ReplyDelete
  10. Salam Enjay,

    Saya berminat nak turun ke Johor untuk belajar Agama. Hujung MInggu yang saya free antara 11/12 atau 25/26 Disember. Jumaat Malam saya naik bas dari Shah Alam ke Larkin. No HP saya 0133893113 (Am)

    Salam dan terima Kasih

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbh

    Saya dah sms

    Emjay

    ReplyDelete
  12. bagaimana jika niat seseorang yang suka membantu orang lain kerana kasihan pada keadaan mereka, dan dalam hati berdoa, dengan aku menolong orang tersebut, mudah-mudahan Allah memudahkan urusan diriku juga,.minta Hj beri ulasan?

    ReplyDelete
  13. adakah niat itu tidak ikhlas?

    ReplyDelete
  14. Boleh dikira sebagai ikhlas kerana selari dengan Islam

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Salam Emjay

    Dalam kitab2 fiqih madzhab Syafi’I keseluruhannya dikatakan bahwa membaca usholli adalah Sunnah, berfaedah utk dikerjakan. Tersebut dlm kitab2 fiqh syafi’iyah :

    1. Tersebut dlm kitab’Minhaj” karya Imam Nawawi seorang “mujtahid fatwa” .
    “ Dan niat itu dalam hati, sunat mengucapkannya sebelum takbir (minhaj Bab SifatShalat)

    2. Imam Ibnu Hajjar al Haitami(wafat:974) mengarang kitab “Tuhfah” : “ Dan sunat mengucapkan apa yang diniatkan, sesaat sebelum takbir , guna lisan dapat menolong hati (dlm berniat), juga karena ada orang yg merwajibkan nya, dan pula dikiaskan kpd apa yg terjadi dlm mengerjakan haji.(Tuhfahtul Muhtaj, juz II hal:12)

    3. Berkata Imam Ramli (wafat:1004H), pengarang kitab fiqih besar “Nihayatul Muhtaj” : “Sunnat mengucapkan yg diniatkan itu sesaat sblm takbir, guna supaya lidah dpt menolong hati, untuk menjauhkan was-was dan jangan terlalu jauh dari Ulama yg menfatwakan wajibnya (Nihayah juz I, hal.437)

    4. Imam Khatib Syarbini (Wafat:997 H) beliau mengatakan dlm Mughni al Muntaj :” Dan sunnat mengucapkan apa yg diniatkan sesaat sblm takbir , supaya ucapan dpt menolong menyegerakan niat ke dalam hati dan juga untuk menjauhkan was-was.(Mughni juz I hal.150).

    5. Tersebut dlm kitab fiqih “Fathul Wahhab” karya syaikhul Islam Zakariaa al Anshary (wafat: 926 H) ;” Dan sunnat juga mengucapkan apa yg diniatkan supaya bacaan boleh menolong hati.”(Fathul Waahhab jilid I hal.38)

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------
    Sekadar bersangka baik dan mengambil keutamaan sesuatu perkara.
    Ilmu yang Allah berikan adalah Maha Luas.. berlapang dada-lah ketika menerima.
    Perbezaan pendapat dan hujah memang terdapat di mana-mana.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ReplyDelete
  16. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  17. Walaupun nampak alim2 kucing, tapi masih terserlah sifat hasad, dengki, angkuh, riak, ego, ujud, takabur, munafik, fasiq dan zindiq di dalam hati mu emjayjb. Aku nak tanya satu soalan.........HIDUP DI DUNIA INI APAKAH YANG ENGKAU CARI, WAHAI PENSYARAH UTM SKUDAI. NAMA ...... PANGKAT ..... PEREMPUAN ........ DUIT ......... GLAMOUR ....... KEMEWAHAN ....... ( apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ? , apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?)

    ReplyDelete
  18. ikhlas ini maksudnya melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan

    ReplyDelete
  19. Saya menubuhkan Laman Emjay sesungguhnya mengharapkan balasan hanya dari Allah SWT, adakah ini dinamakan tidak ikhlas kerana mengharap balasan?

    Sekiranya saya menolong seseorang kerana mengharap balasan pahala dari Allah SWT, adakah ini satu perbuatan yang tidak ikhlas kerana mengharap balasan?

    Itulah sebabnya dalam artikel di atas, saya merujuk niat yang ikhlas sebagai:
    1. Segala perlakuan yang dibuat dengan niat selari mengikut kehendak Islam
    2. Segala perlakuan yang dibuat semata-mata kerana Allah SWT.

    Melalui definisi ini, dua persoalan saya diatas dikategorikan sebagai ikhlas kerana menepati niat yang selari mengikut kehendak Islam.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Kalau melakukan sesuatu untuk mendapatkan balasan kebendaan itu namanya kerjaya.
    Kalau melakukan sesuatu untuk mendapatkan balasan kerohanian itu namanya tanggungjawab.
    Kalau melakukan sesuatu untuk mendapatkan pengiktirafan itu namanya hipokrasi atau kepura-puraan.
    Kalau melakukan sesuatu untuk membuktikan sesuatu, itu namanya keegoan.
    Kalau melakukan sesuatu atas dasar kasih sayang atau ingin menolong tanpa mengharapkan balasan, itulah namanya keikhlasan.

    Ini tafsiran sendiri je, bukan dari kitab.

    ReplyDelete
  21. Saudara EmJay
    Kita ker yang sertakan Niat.? Kita kah yang menerbitkan niat? Kita kah yang mereka reka Niat?

    ReplyDelete
  22. Saudara aquh35

    Niat atau berniat adalah hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita manusia. Kalau berniat pun Allah SWT yang berikan kepada kita, kelak apabila kita menjadi penzina, kita kena salahkan Allah SWT kerana Allah SWT yang berniatkan untuk kita sehingga kita melakukan perbuatan zina!!!

    Niat perlu dilakukan oleh kita sebagai manusia. Berniat untuk buat baik walau pun belum melakukannya sudah di kira pahala yang sempurna sebagaimana hadis berikut:
    Nabi telah bersabda maknanya:
    Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan bahawa Allah s.w.t telah berfirman: Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan. Kemudian baginda menerangkan hal itu: Sesiapa berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi tidak lagi melakukannya, maka Allah mencatatkan niat itu sebagai kebaikan yang sempurna di sisiNya. Jika seseorang itu berniat ingin melakukan kebaikan lalu mengerjakannya, maka Allah mencatatkan di sisiNya sepuluh kebaikan hingga sampai tujuh ratus kali ganda seterusnya hingga kepada gandaan yang sebanyak-banyaknya. Jika seseorang berniat ingin melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatkannya sebagai satu kebaikan yang sempurna di sisiNya. Jika dia berniat untuk melakukan kejahatan lalu melakukannya maka Allah mencatatnya sebagai satu amalan kejahatan sahaja

    Dalam hadis ini pun sudah jelas bahawa manusia yang perlu berniat.


    Emjay

    ReplyDelete
  23. ada ustaz yg mengajar kuliah tahsin solat di tempat saya.. dia kata kalau lafaz "usolli..." dibaca antara 'alif' dan 'ra', itu dikira lafaz niat dan tidak sempurna niat itu.. tapi kalau dibaca semasa 'LLA' tidak dikira sebagai lafaz kerana kita memasukkan bacaan itu ke dalam huruf 'lam'.. sebab itu 'LLA' boleh baca panjang utk beri peluang kita sempurnakan niat.. ada beberapa lagi cara berniat yang dia belum ajar.. antaranya niat dlm huruf "alif" tapi ini niat para anbiya' dan solihin.. agak pening jugaklah saya.. kalau muallaf yang dengar, lagi pening..

    ReplyDelete
  24. Laaaa mana ada Nabi Muhamad SAW ajarkan lafaz niat. Dia ni mengajarkan agama apa ni?? Dahlah tu menyusahkan pulak.

    Tinggalkanlah apa yang pelik dan susah dn nampak macam mustahil untu diikuti. Ambil yang senang dan yang senang ini adalah selari dengan Islam. Memanglah ajaran Islam sebenarnya mudah dan amat praktikal tidaklah macam ustaz tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  25. saya harap ada lagi tajuk pasal niat nie, dari dulu pun pernah muskil tentang orng arab sembahyang, lafaz dan baca dalam hati perkataan yang sama. Imam kat masjid pun takbir singkat je...kita siap macam ultraman bila angkat takbir sebab susah nak baca dlm hati sambil takbir...

    ReplyDelete
  26. Insya-Allah bahannya sudah ada tunggu masa memasukkannya ke dalam Laman Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Asalamualaikum,

    Semuga ustaz dan keluarga sihat hendaknya dibawah rahmat Allah s.w.t

    harap ustaz dpt lanjut kan lagi tajuk pasal niat nie. Terima kasih

    ReplyDelete
  28. Waalaikumussalam wbh

    Saya sedang mengusahakannya

    Emjay

    ReplyDelete
  29. AS-SALAM..

    i read all ur comment...ur article is nice...tp mcm x clear sgt ape bnd kesudahannye..
    sye x suke cara awak reply comment aquh 35..bg sye sgt x profesional...
    awak lbh tau tentang agama...jgn menghina/perli soal agama seseorg dgn ayat mcm tu sekali...even awak x berniat tp itu yg sye rase n mungkin dorg pon rase mcm tu...


    maafla kalau apa yg ckp ni x btol...tp itu yg sye rase...
    bila kita nak nasihat org lakukan sebaik mungkin dan selembut mungkin...
    NABI x ajar kite nasihat org dgn kasar...

    SALAM..

    ReplyDelete
  30. boleh saya nak niat pada pagi hari je then teruskan wt kje....

    ReplyDelete
  31. boleh saya nak niat pada pagi hari je then teruskan wt kje....

    ReplyDelete
  32. Assalaualaikum wbh

    Niat nak buat kerja seperti kerana melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki boleh dilakukan sekali sahaja di awal pagi dan teruskanlah buat kerja sampai petang.

    Emjay

    ReplyDelete
  33. Berkata Imam Junaid:

    Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkahlaku yang rendah lagi di keji.

    (Kitab: Nusrah al-Nabawiyyah).

    ReplyDelete
  34. Berkata Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori:

    Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi.

    (Kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi).

    ReplyDelete
  35. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    Bahawa kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.

    (Riwayat Muslim).

    ReplyDelete
  36. AMARAN kepada sdr fight11

    Elakkan dari mempromosikan fahaman tareqat di laman Emjay.

    Laman Emjay menentang sama sekali sebarang fahaman tareqat

    EMjay

    ReplyDelete
  37. minta mmaf emejy sy tidak berniat teteapi hanya mahu kepastian daripada anda ..
    sy mahu tahu adakah hadis ini tidak benar kalau x sy akan menolaknya ..


    rtinya:

    Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji.(Q.S al-Isra’ [17] ayat : 79


    Artinya:

    Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang. Dan pada sebagian dari malam, Maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang dimalam hari. (Q.S al-Insan [76] ayat : 25-26)


    Artinya:

    Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wbh

    Berikut adalah ayat dari Al Quran (dan bukan hadis) terjemahan yang sdr berikan boleh juga diguna pakai. Wajiblah kita semua beriman dengan ayat tersebut.
    Al Isra':[79]
    Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

    Berikut pula adalah dari Al Quran (dan bukan hadis) dari al-Insan [76] ayat : 25-26 terjemahan yang hampir serupa dengan yang sdr berikan. Wajiblah kita semua beriman dengan ayat tersebut.

    [25]Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
    [26]Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

    Tentang hadis sembahyang tahajud dimalam hari memang banyak sekali. Jadi memang eloklah dilakukan solat tahajud dimalam hari.

    Emjay

    ReplyDelete
  39. kamu tahu org sufi selalu bertahajud dan berzikir

    ReplyDelete