Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 25 February 2011

Mesej dari Allah SWT yang enggan difahami bahg 2, taksubnya mereka dengan ustaz garam

Mesej dari Allah SWT yang enggan difahami bahg 2, taksubnya mereka dengan ustaz garam
Assalamualaikum wbh
Pada 21 Julai 2008 saya telah menulis artikel bertajuk Rumah engkau kosong, tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/07/rumah-engkau-kosong-tu-sebab-syaitan.html . Cerita tentang Sarah yang kerasukan. Ayahnya setelah dinasihati masih lebih berminat untuk berusaha dengan golongan perawat dari Dar** Sy***. Kini Sarah kehilangan hampir segalanya. Tunangnya telah meninggalkannya. Pekerjaannya sudah tiada. Kewarasannya juga telah berkubur. Maruah sudah lama hilang. Kini berita terbaru adeknya pula sudah menunjukkan tabiaat seakan mengulangi sejarah kakaknya Sarah.
Pada 23 Julai 2007 alhamdulillah saya telah menulis artikel bertajuk Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!! di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/mesej-dari-allah-yang-tidak-mahu.html . Di dalam artikel ini saya ada menulis cerita tentang seorang ustaz yang agak terkenal satu waktu dahulu diberikan mesej berat oleh Allah SWT dimana isteri bersama semua anaknya membuangnya dengan menuntut cerai fasakh.  Saya ulang cetak semula sebagai:
Seorang hamba Allah yang mengamalkan rawatan mirip rawatan Islam Da*** Sy*** dan seorang guru agama yang sudah hampir pencen sedang menghadapi masalah keluarga yang rumit dan hampir bercerai. Sudah ada cucu namun hampir bercerai. Walau pun seorang guru agama, hamba Allah ini gemar berjumpa dan berurusan dengan bomoh!. Allah memberikan mesej yang jelas bahawa ada sesuatu perbuatan hamba Allah ini yang Allah tidak redha dan perlu taubat.
Saya namakan ustaz ini sebagai Ahmad. Kini permohonan  isteri ustaz Ahmad yang menuntut cerai fasakh tersebut sudah dizinkan mahkamah. Berjayalah isteri dan semua anak-anak membuang si ustaz ini. Ini adalah satu mesej berat dari Allah SWT.
Setelah diputuskan mahkamah bahawa perkahwinan ustaz ini dengan isterinya sudah  berakhir, ustaz Ahmad yang kesunyian ini pun berkahwinlah dengan seorang wanita lain. Tinggallah ustaz ini dengan isteri barunya disebuah banglo besar.  Banglo besar ini milik bersama ustaz dengan jandanya. Namun bayaran hutang bulanan dibayar oleh jandanya seorang diri.
Setelah berkahwin dengan isteri baru, Allah SWT memberikan lagi mesej berat kepada ustaz ini. Isteri baru mengalami kerasukan. Menurut mereka yang menasihati ustaz ini, rumah banglo ini berhantu menyebabkan isterinya kerasukan. Maka dengan sedih ustaz dan isteri baru meninggalkan rumah banglo besar.  SubhanaAllah  maha halus Allah SWT mengeluarkan ustaz dan isteri baru dari rumah banglo yang dibayar oleh jandanya setiap bulan dari potongan gajinya.
Ustaz ini kelihatan begitu islamik sekali, dulu bergaji besar mengajar kelas agama, lulusan Al Azhar,  tidak ketinggalan mengajar kelas agama di beberapa masjid dan dahulu berkawan baik dengan Ha*** D** dan Is*** K****.  Kini sejarah ustaz Ahmad ini seolah-olah diulangi lagi oleh seorang lelaki lain yang saya namakan Saiful.

Saiful sewaktu belajar dahulu aktif bergerak dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Sesudah tamat belajar dapat pekerjaan yang baik. Satu antara sifat Saiful adalah minat Islam dan rajin ke masjid dan juga surau.

Pada tahun awal 1990an, Saiful mendapat seorang isteri bekerja sebagai pendidik.  Selepas setahun berkahwin selepas dapat anak pertama rumah tangga Saiful mulai dilanda badai. Apabila bermasalah, mulalah Saiful berusaha mencari jalan penyelesaian. Cara mudah bagi kebanyakan orang Melayu menyelesaikan masalah ialah jumpa ustaz / bomoh. Mulalah Saiful mencari ustaz/bomoh dekat Taman Suria. Apa lagi bila balik ustaz/bomoh memberikan air untuk mandi si isteri. Apa yang dilihat selepas mandi, isteri bukan semakin pulih malahan lagi tambah brutal.  Ini adalah satu mesej dari Allah SWT namun masih belum mampu dipelajari oleh Saiful.

Selepas itu,  atas nasihat emak mertua, Saiful membawa isteri bertemu dengan ustaz/bomoh. Dalam sesi rawatan ustaz/bomoh ada menggunakan pelepah pinang (mayang pinang) dan apabila balik diberikan air lagi untuk mandi si isteri. Sesudah mandi isteri juga bukan semakin pulih malahan tambah brutal. Ini adalah satu lagi mesej dari Allah SWT namun masih belum dipelajari oleh Saiful.

Masalah Saiful dengan Isteri semakin parah namun Saiful meneruskan usaha yang sama sebagaimana dahulu. Kini Pusat Rawatan Dar** Sy*** di Seelong semakin kerap dirujuk oleh Saiful. Ustaz Hu*** dari pusat rawatan ini sudah semakin rapat kerana kerap dikunjungi. Namun masalah isteri macam tiada penghujung. Ustaz Fau** dari Bandar Baru Uda pula dirujuk. Ustaz Fau** adalah kawan baik Datok Is*** Ka***. Semakin banyak garam, lada hitam diberikan untuk ditabur sekeliling rumah. Semakin banyak air mandian untuk si isteri . Namun atas usaha gigih Saiful ini, mesej yang diberikan Allah SWT adalah sang isteri tambah lagi brutal.
Akibat masalah tambah parah, lebih ramai ustaz/bomoh yang ditemui Saiful. Ada yang memberikan limau untuk menjadi ramuan mandian sang isteri.  Namun mesej yang diberikan Allah SWT tetap sama iaitu isteri semakin brutal.

Isteri tambah parah dan brutal. Klimak masalah ini ialah azab perit menghinakan diberikan Allah SWT sebagai mesej berat untuk menjadi iktibar. Isteri saiful mengalami kerasukan. Selama bertahun-tahun isterinya kerasukan.  Bayangkanlah, Saiful orang masjid/surau, isterinya seorang pendidik namun mengalami kerasukan bertahun-tahun. Saiful pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa surau untuk beberapa tahun.

Saiful semakin buntu dengan masalah kerasukan isterinya. Mesej dari Allah SWT tidak dapat dimanfaatkan. Pada tahun 200* Saiful membawa isterinya bersama-sama menunaikan umrah dengan harapan usaha tersebut dapat menyelesaikan masalah kronik yang dihadapi mereka.
Modal ribuan ringgit dilabur untuk umrah ini dengan harapan menggunung mengharapkan rahmat dari Allah SWT. Rahmat dipinta namun balasan dan mesej dari Allah SWT ialah kehidupan Saiful dan isteri semakin tambah kronik. Selepas mereka kembali  dari umrah. Isteri sudah hendak lari dari rumah bersama anak-anak mereka.

Secara senyap isteri Saiful mengisi  borang  bertukar tempat kerja dikampung asalnya di ***** untuk tinggal bersama ayah ibunya. Dengan kuasa Allah SWT, permohonan bertukar tempat kerja diluluskan oleh majikannya.  Akhirnya sang isteri dengan perancangan rapinya meninggalkan Saiful jauh darinya dengan membawa bersama anak-anak kesayangan Saiful.  Kini sudah lama Saiful bersendirian ditinggalkan isteri dan anak-anak. Sayang isteri kalau mati atau bercerai boleh kahwin lain namun anak-anak yang sudah membesar bolehkah ditukar ganti?

Inilah secebis kisah manusia yang gagal memahami berbagai mesej dari Allah SWT. Minggu lalu Saiful datang ke rumah mengadu masalahnya. Saya sudah menceritakan kisah ustaz Ahmad di atas yang mirip kisah hidupnya. Ustaz Ahmad sama seperti Saiful cukup taksub dengan garam, lada hitam, kacang hijau, limau untuk mandi dan berbagai air jampi untuk mandian. Mereka iaitu Saiful dan ustaz Ahmad cukup taksub dengan Pusat Rawatan Da*** SY*** dan mereka yang mirip kaedah rawatan dengan pusat rawatan ini.

Saya memberitahu kepada Saiful bahawa sekiranya Allah SWT redha dengan kaedah rawatan menggunakan garam dan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, insyaAllah mesej dari Allah SWT adalah masalah isteri Saiful sudah lama selesai. Namun kerana percaya dengan perbuatan yang khurafat inilah maka semakin ditabur garam lada hitam serta mandi berbagai air jampi ini, isteri Saiful semakin parah sehingga membawa kepada kerasukan bertahun-tahun dan akhirnya bersendirian ditinggal isteri dan anak-anak.

Saya seterusnya memberitahu Saiful untuk datang belajar ilmu tauhid di rumah saya pada pukul 9 malam hari Rabu 23 Feb 2011. Hanya dengan ilmu, amal dan redha Allah SWT insyaAllah masalah Saiful dapat diselesaikan oleh Allah SWT. Setelah puas menunggu kedatangan Saiful, rupanya sejarah Sarah dan bapanya (http://laman-emjay.blogspot.com/2008/07/rumah-engkau-kosong-tu-sebab-syaitan.html) berulang lagi. Mungkin Saiful bertambah yakin dengan kaedah rawatan Da*** SY*** dan yang seangkatan dengannya. Saiful tidak mahu dan mencuba langsung kaedah penyelesaian mengikut cara saya iaitu dengan belajar ilmu tauhid.

Soalan saya yang bermain dikepala ialah “Bilalah Saiful nak belajar  dari mesej yang diberikan Allah SWT kepadanya??”. Apabila melihat rupa paras Saiful sewaktu berkunjung ke rumah saya dahulu, saya amat kasihan kepadanya dan bersetuju untuk membantunya namun apalah daya saya sedangkan Nabi Muhamad SAW pun gagal mengubah agama bapa saudara kesayangannya iaitu Abu Talib. Inikan pula saya Emjay yang lemah ini.

Menggunakan garam dalam rawatan berkaitan gangguan jin adalah satu khurafat yang membawa kerosakan akidah. Bacalah artikel saya bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/asal-usul-menggunakan-garam-dalam.html . Samalah juga menggunakan lada hitam dan kacang hijau untuk menangkal syaitan. Mandi air jampi juga bukan satu kaedah rawatan dalam Islam. Apatah lagi air Musoffa dan segala air sejenisnya yang dibuat dari tulisan Al Quran di pinggan putih. Sekiranya air jampi mandian adalah ajaran Islam, bukankah lebih baik setiap tangki air utama di setiap taman / kawasan dimasukkan air jampi mandian ini??

Sebagai rumusan, berdoalah kita semua kepada Allah SWT agar setiap mesej dariNya dapat difahami oleh kita semua semoga kelak mudah kita membetulkan langkah semoga setiap langkap diredhai Allah SWT dan dibalasi dengan pelbagai rahmat yang amat kita perlukan. Elakkan berurusan dengan ustaz/bomoh yang memberikan garam, lada hitam, kacang hijau, air jampi untuk mandian hatta air jampi untuk di minum kerana Nabi Muhamad SAW tidak pernah mengajarkannya. Sebaik-baik contoh adalah Nabi Muhamad SAW.
  
Maka, manfaat dan bencana yang kita terima berasal dari Allah, oleh karena itu kisah Nabi Musa ini mungkin boleh untuk kita jadikan renungan.

Diceritakan bahwa Nabi Musa pernah mengeluh kepada Allah karena menderita sakit gigi. Maka Allah memerintahkan:
Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigimu!” Lalu Nabi Musa melakukan apa yang telah diperintahkan Allah, sehinga sakitnya mereda seketika. Kemudian setelah beberapa saat, sakit gigi yang dialami Nabi Musa kembali sakit lagi. Maka Nabi Musa mengambil kembali rumput itu dan meletakkan pada giginya. Ternyata yang terjadi bukan sakitnya berkurang, melainkan bertambah parah beberapa kali ganda. Merasa sakitnya makin parah, Nabi Musa pun mengadu kembali kepada Allah: “Ya Tuhanku, bukankan engkau menyuruhku melakukan ini dan telah menunjukkan aku padanya?”

Allah menjawab: “Hai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyehatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Engkau menuju kepada-Ku untuk yang kali pertama, lalu aku hilangkan penyakitmu. Sekarang engkau menuju rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”

Berdasarkan kisah ini, berubat dengan rumput dibolehkan dengan syarat tawakkal hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada ubat. Maknanya seseorang yang berubat perlu ada ilmu  tauhid bahawa hanya Allah SWT yang mampu menyembuhkan penyakit.
Berubat dengan garam untuk menghalau syaitan sememangnya tidak ada dalam perubatan islam malah ia hanya membawa kepada kesyirikan. Guna garam untuk memasak tu adalah. Tambahan pula usaha mengelakkan gangguan syaitan menggunakan garam ini adalah berasal dari amalan orang kafir. Jadi elakkanlah.

Dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Balasan setimpal dengan kesalahan ini diberikan Allah SWT kepada kita sebagai mesej agar kita sentiasa diperingatkan Allah SWT akan setiap kesalahan kita semoga kita semua dapat bertaubat  dan kembali ke pangkal jalan. Ingatlah An Nisaak: 79
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri
 Saiful sedang Allah berikan seksaan yang amat berat sehingga dirinya menjadi begitu hina  ditinggalkan anak-anak serta isteri. Sekiranya usaha sekian lama Saiful bertemu Dar** Sy*** sekian lama diredhai Allah, wajar sekali Saiful menerima rahmat sebagaimana Firman Allah SWT sebagaimana Allah SWT nyatakan dalam A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.
Ingatlah bahawa apabila kita banyak melakukan kebaikan iaitu selalu melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan sebarang yang dilarang, insyaAllah diberikan kita rahmat sebagaimana janji Allah SWT dalam Ali Imraan:132 di atas namun apabila melakukan perbuatan berdosa, ingatlah janji Allah yang bakal memberikan seksaNya sebagaimana ayat  Al An’aam: 147 di atas.

Dosa mensyirikkan Allah seperti menggunakan tangkal dan garam lada hitam  itu adalah membawa mala petaka terperit  seperti azab yang sedang dilalui Saiful sekarang ini.  Belajarlah mentafsir mesej-mesj dari Alah SWT. Mesej-mesej dari Allah SWT ini sudah menjadi satu hukum sunnatullah seumpama pokok kelapa yang ditabur garam akan semakin subur manakala pokok rambutan yang dibaja garam pula akan mati. Allah SWT sentiasa memberikan mesej melalui rahmat dan azab untuk memberikan pendidikan kepada kita semua. Saya alhamdulillah sudah diberikan pelbagai azam perit kerana melanggar peraturan yang ditetapkan olehNya dan saya berdoa semoga rahmat yang diberikan olehNya tidak ditarik semula malahan sentiasa ditambah.

Kepada Saiful, kembalilah ke pangkal jalan, tinggalkanlah kerja khurafat guna garam lada hitam kacang hijau limau nipis dan mandi air jampi. Ianya hanya menjauhkan rahmat Allah SWT.

Sekian Wallahu’alam wassalam.

Emjay

26 comments:

  1. Terima Kasih Ustaz. Semuga Allah berkati usaha ustaz membenteras kejahilan dikalangan masyarakat Melayu/Islam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbh

    Saya ada terjumpa perawat Darul S****. Dia kata pakai kemenyan, kayu koka dan air musoffa adalah khurafat dan boleh membawa syirik. Saya sangat setuju. Namun dia sentiasa menggunakan garam dan lada hitam dalam rawatannya. Kalau Islam membenarkan ikhtiar usaha seperti ini iaitu dengan menggunakan garam dan lada hitam, maka wajar sekali segala macam tangkal seperti yang disebut olehnya iaitu kemenyan, kayu koka dan air Musoffa perlulah diharuskan dalam Islam????? Dia juga ada mengaku menggunakan daun bidara untuk menghalau syaitan??? Nabi Muhamad SAW dan para sahabat ada mengajarkannya ke?????

    Kalau inilah kaedahnya, segala macam tangkal sebagaimana dalam http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu kenalah juga dharuskan???

    Oleh itu para pembaca sekelian, elakkanlah berurusan dengan USTAZ GARAM ini kerana mereka sebenarnya membawa kepada kesesatan kerana menggunakan garam lada hitam dan kacang hijau (serta benda khurafat lainnya). Ramai dikalangan ustaz garam sudah berevolusi pula sebagaimana saya ceritakan di atas dekat UTHM yang sudah mula menggunakan 7 rambut dan 7 kuku. Dulu ada pakar rujuk Dar** S**** dekat UTM mengaku dengan saya selain garam lada hitam dan kacang hijau, beliau ada juga menggunakan tahi besi dan sejenis daun untuk menghalau syaitan. Ustaz di TV3 pula ada yang sudah menggunakan paku dengan limau. Apalah nak jadi dengan ustaz macam ini! Apa bezanya mereka seperti ini dengan bomoh Siam dan bomoh sakai (orang asli)??

    Berdoalah selalu semoga Allah SWT menjauhkan kita semua daripada orang yang sesat dan menyesatkan.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. dalam al-Quran sudah ditunjukkan apa yg Saiful perlu lakukan iaitu mengambil iktibar kisah Nabi Ayyub a.s. yang juga ditinggalkan isteri dan keluarga.. contohi apa yg baginda lakukan hingga akhirnya keluarganya kembali ke pangkuannya..

    ReplyDelete
  4. Dulu wktu ada masalah dgn suami ,mentua tunjukkan seorang pengamal perubatan yg sangat Islamik..dan berubat dgnnya disuruh tabur garam keliling umah...dan amalkan sesatu amalan yg di baca di siang hari...maka sy cepat menangkap masa itu suami menjadi lebih brutal dari kebiasaan bila sy amalkan semua tu..perubahan tu sy perhatikan emang berlaku kelainan, tp masa tu saya tak fham lagi hal2 berubat dgn bomoh dan hukumnya dan paling penting tak tahu apa ciri2 yg disebut sebagi Bomoh..masyaAllah....maka hal itu menjadi medan ujian paling berharga buat diri sendiri..sngat hak @ benar yg disebut al-quran ~ buat baik dapat Rahmat Allah dan sebaliknya jika mungkar juga dibayar setimpal....bila kita belajar dan mahu berubah dari kesilapan lalu, itu menjadi perkara yg manis kerna pengalaman mematangkan kita dan sangat bahagia jika dapat merasakan Rahmat Allah .......

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbhMabeles, minta diperbetulkan ayat mabeles tu! kiranya dapat diedit ayat di atas "mentua tunjukkan seorang pengamal perubatan yg sangat Islamik" kepada "mentua tunjukkan seorang pengamal perubatan yg KELIHATAN sangat Islamik".

    Bukan apa, nanti menyukarkan pembaca untuk memahaminya. Untuk edit tekan "EDIT" diatas artikel mabeles tu. Ayat lain tu kira dah OK dah. Semoga pengalaman masa lampau menjadi iktibar berharga kepada kita semua.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Salam, saya salah seorang hamba Tuhan yg sangat bertuah kerana telah dididik oleh Allah s.w.t, byk yg telah saya pelajari dalam memahami mesej yg Allah sampaikan melalui pengalaman hidup. Terima kasih emjay kerana byk membantu saya dan keluarga sehingga saya melihat sesuatu perkara yg pelik berlaku sangat berbeza dengan dulu dan saya dapat mendidik anak2 saya dari melakukan perkara yg boleh mendatangkan murka Allah....

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbh

    Semoga sdr yattyati sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT

    Emjay

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum... Ustaz Emjay, Saya Ustaz Hj Rosman bin Shafie, umur 35 tahun, mengajar di Sk Tmn Sri Muda, Shah Alam, di antara pembaca setia anta. Mohon kebenaran agar dapat menggunakan segala ilmu yg dicurahkan terutama mengenai rawatan demi kebenaran agama yang kita dakwahkan. Moga Allah akan terus memberikan kekuatan kepada Anta dalam menegakkan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Moga dapat berguru dan bertemu. Email saya,rosmanshafie@yahoo.com, nanti bila Anta balas saya akan berikan no telefon, Insya Allah. Barakallah.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT.

    Manfaatkanlah segala ilmu di Laman Emjay ini. Silakanlah.

    Semoga Allah SWT mematikan sdr dan saya dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum. Alhamdulillah. Moga akan terus dapat menambah ilmu melalui blog ini...

    ReplyDelete
  11. Dah banyak juga ceramah2 di Masjid dan Surau yang sy terangkan sebahagian cara rawatan sebagaimana yang Ustaz Emjay cadangkan. Dulu saya ni anak murid Dr Haron Din. Kami belajar cara perubatan semasa di Maktab Peguruan Islam tahun 2001. Dapat ijazah perubatan pun dengan beliau. Masa tu Dr Amran Kasimin yang banyak mengajar. Tapi sejak tahu tentang kebathilan selawat2 yang tak muktabar ni, ana Quit. Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan yg benar.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbh

    Amalkanlah doa berikut:

    Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan lurus iaitu jalan yang Engkau redha, jalan yang membawa aku ke syurga Mu. Jauhkanlah aku jalan yang sesat jalan yang Engkau tidak redha iaitu jalan yang membawa ke neraka. Ya Allah tolonglah aku, mudahkanlah, bimbinglah, berkatilah dan rahmatilah aku dalam melalui / menempuh jalan yang Engkau redha tersebut.

    Manalah tak sesat selawat hantu Syifak tersebut, cuba perhatikan maknanya ini: "Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah."

    Orang yang mengamalkan selawat Syifak ini sudah sesat sama macam orang Kristian mengagungkan Nabi Isa hingga ke tahap Tuhan.

    Ya Allah matikanlah rosmanshafie2011 dan aku dalam iman. Terimalah taubat rosmanshafie2011.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Salam Sdr. Emjay,

    Kalau dah percaya dgn air jampi saya berpendapat dah tak jauh beza dgn 'Holy Water' ciptaan Kristian.. ada yg kata 'holy water' tu hasil dari satu telaga di Vatican yang terkandung dengan janin hasil hubungan biarawati disanayang digugurkan secara senyap.. Ada penjelasan tak? Kalau air jampi dah setanding dengan holy water dimana tahap iman orang yg mempercayainya?

    ReplyDelete
  14. 2 minggu lalu saya melihat berita di tv tentang seorang siswi yang kesurupan makhluk halus, siswi tersebut mengamuk seperti harimau dan berbicara dengan bahasa aneh dan suaranya seperti kakek2x, orangtua siswi tersebut mendatangkan sejumlah "orang pintar" (>_<".... Namun apa yang terjadi walaupun sekelempok paranormal tersebut melakukan ritual sambil "baca2x" dan mengelilingi pasien tersebut, pasien malah duduk dengan santai masih keadaan kesurupan dan tertawa terbahak2x malahan menunjuk nujuk kearah kamera repoter tv tersebut sambil mengancam ngacam nampak jelas pucat wajah dukun dan repter tsb sungguh kasian sang pasien...

    ReplyDelete
  15. Inilah yang kerap berlaku bangmidun. Di Malaysia pun macam itu. Mereka dukun-dukun ini mempercayai bacaan jampi mereka mampu menghalau syaitan. Macam mana Allah SWT nak menolong mereka.

    Sesungguhnya hanya Allah yang memberikan perlindungan manusia dari gangguan syaitan, mintalah kepadaNya mengikut sunnah.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Assalamua'laykum pak ustad, emang betul tuh pak, pakai atribute muslim pula tuh (sorban,baju gamis&etc) serigala berbulu domba kata orang, tapi Alhamdulillah sudah banyak ulama2x guru agama yang mulai bersuara menentang hal2x separti ini dan tempat2x belajar agama mulai tumbuh dan bersemi di jakarta ini banyak masyarakat tertarik dan mulai belajar, namun hal2x tahayul&sesat masih mendapat tempat di media massa tv,koran,majalah,dll..(saya heran) saya berdoa semoga pak ustad di berikan kesabaran dan kekuatan dalam membina laman ini wassalam..

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah SWT sentiasa memberikan perlindungan kepada bangmidun.

    Di Malaysia ini, ustaz lulusan Al Azhar dan sebagainya ramai yang menjadi serigala berbulu domba, sama seperti di indonesia.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Semoga Allah SWT Yang Maha Agong, Maha Hebat, dan Maha Mulia sentiasa membantu kita yang lemah dan hina ini dalam memperjuangkan dakwah yang Sunnah... Amin.

    ReplyDelete
  19. salam, saya nak tahu, kira nya air bacaan yasin yg selalu di buat masa bacaan yasin, dikira syirik juga lah kan? Astaghfirullah...

    ReplyDelete
  20. Emjay ni dari dulu lagi tak berani letak gambar profil sendiri. Kredebilitinya masih boleh dipersoalkan. Berani kerana benar, takut kerana ada buat salah.

    ReplyDelete
  21. mungkin isteri dia ada bipolar disorder, kena jumpa psychiatric

    ReplyDelete
  22. Kalau kita rendam kaki kita dalam air garam, tiba-tiba air itu bertukar jadi hitam ataupun menjadi panas, makna ada orang sedang menyihir kita.

    ReplyDelete
  23. salam ustaz..saya nak tanya pasal kayu koka la, ada org begitu tabsub dgn kayu koka ni, dan mcm2 la saya terdengar dan terbaca pasal kelebihan kayu kokka ni, mintak ustaz perjelaskan secara detail,.. terimakasih

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam wbh

    Berkenaan kayu kokka ini alhamdulillah saya sudah menulis di dalam artikel di sini: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/230

    Emjay

    ReplyDelete