Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 15 September 2011

Gajah Depan Mata Tak Nampak Tetapi Kuman Diseberang Laut Jelas Nampak.

Assalamualaikum wbh kepada semua umat Islam dan laknat Allah ke atas Iblis dan pengikut-pengikutnya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga dimudahkan  Allah SWT saya menulis posting ini.

Alhamdulillah segala puji bagi Alah SWT yang dengan limpah kurnianya saya diizinkan menulis pada hari ini setelah sekian lama tidak menulis. Dengan tanggungjawab baru menjadi bendahari Koperasi UTM, urusan anak-anak, menerima menantu kedua pada bulan Ogos lalu dan urusan insyaAllah menjadi Datok maka saya telah berhenti menulis buat seketika. Ramai juga yang menegur saya mengapa tiada posting baru di Laman Emjay. Namun saya hanya Emjay seorang insan kerdil yang amat lemah. Tanpa rahmat dariNya apalah yang mampu saya lakukan.

Selama menyendiri beberapa bulan ini Alhamdulillah saya sihat dan begitulah juga dengan semua ahli keluarganya. Terima kasih Ya Allah. Semoga pembaca Laman Emjay sekelian diberikan Berkat dan Rahmat jua dari Allah SWT.
Alhamdulillah anak saya yang kelima baru-baru ini berjaya mendapat bantuan pinjaman MARA untuk melanjutkan pendidikannya. Saya pun terpaksalah bersama anak saya ini dan anak bongsu bertiga pergi ke Bangunan MARA bersebelahan Pertama Complex di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur. 

Saya dahulu sewaktu membuat first degree pun dengan bantuan MARA dan Alhamdulillah kini anak kelima saya pun mendapat bantuan MARA. Dahulu pejabat MARA terletak di Komplek Pertama tetapi kini Pejabat MARA sudah jauh berkembang di Bangunan Mara bersebelahan Komplek Pertama. Kini Bangunan Mara sudah membesar lagi dengan bangunan baru lain bagi menempatkan pejabat bagi peniaga Melayu berurusan di bangunan terbaru ini.

Urusan di bahagian Pendidikan Mara ini serta urusan yang berkaitan dengannya mengambil masa agak lama dan saya terpaksa menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar di surau bangunan MARA ini yang terletak ditingkat 2. Surau ini dikelilingi oleh kedai-kedai Melayu yang kelihatan suram sahaja.

Apabila saya masuk ke surau tersebut, saya terlihat dua notis peringatan agar mereka yang masuk surau ini mematikan handphone mereka. Saya sempat mengambil gambar kedua-dua notis tersebut seperti gambar berikut.
Gambar asal telah hilang. Saya gantikan dengan imej yang hampir serupa ini.

Notis yang dibawah berbunyi “Telefon bimbit tidak dibenarkan” manakala notis yang di atas berbunyi “Perhatian, semasa berada didalam surau, sila matikan telefon bimbit anda atau tukarkan ke mod senyap. Kerjasama anda supaya tidak mengganggu jemaah yang sedang solat adalah amat dihargai. Terima kasih. ”

Adakah sebarang kesilapan atau sebarang keburukan yang timbul dari dua notis tersebut?? Sebenarnya tiada cacat celanya dengan kedua-dua notis tersebut. Saya amat menyetujui kedua-dua notis tersebut. Kalau sudah tiada silap atau keburukan atau cacat cela dengan notis tersebut, mengapa pula saya nak menulis artikel berkenaan dengannya? Teruskanlah membaca untuk mengetahuinya..

Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah membuat bising seperti deringan handphone hatta membaca Al Quran dengan kuat / keras sehingga mengganggu jemaah lain beribadah adalah ditegah sama sekali apabila dilakukan di dalam masjid. Masjid dibina untuk ibadat dan menjadi hak dan milik semua orang Islam. Oleh itu tiada siapa berhak mengganggu ketenteraman mereka seperti melalui bacaan zikir, bacaan Al Quran, bacaan doa dan sebagainya yang dilakukan dengan suara yang kuat apatah lagi dengan mikrofon dan pembesar suara kerana perbuatan ini mengganggu orang lain yang sedang beribadat.

Imam Ibnu Taimiah menyatakan:
“Tidak seorang pun boleh menyakiti ahli-ahli masjid iaitu orang yang bersolat, membaca Al Quran atau berzikir atau berdoa atau seumpamanya kerana masjid dibina untuk maksud-maksud tersebut. Dan tiada seorang pun boleh melakukan di dalam masjid atau di pintu-pintu masjid sebarang gangguan kepada ahli masjid bahkan Rasulullah telah keluar menemui sahabat-sahabatnya yang sedang bersolat dengan mengeraskan suara bacaan lalu bersabda mafhumnya:
Wahai manusia, semua kamu sedang bermunajat dengan Tuhannya, maka janganlah sebahagian kamu mengeraskan bacaan ke atas sebahagian yang lain”

Apabila Rasulullah SAW melarang orang yang bersolat dengan mengeraskan bacaan Al Qurannya ke atas yang lain yang juga sedang bersolat maka bagaimana pula halnya dengan perbuatan gangguan lain?? Orang yang mengganggu ketenteraman ahli masjid atau yang melakukan sesuatu yang membawa kepada perkara yang demikian itu hendaklah dicegah menurut Ibnu Taimiah.

Abu Said AlKhudri ra meriwayatkan katanya:
Rasulullah SAW beriktikaf di dalam masjid, maka ia mendengar orang-orang menyaringkan bacaan Al Quran lalu baginda membuka tabir dan bersabda: Ketahuilah bahawa kamu semua bermunajat dengan Tuhan, maka janganlah sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas sebahagian yang lain dengan bacaan Al Quran. (Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis seperti ini juga ada diriwayatkan oleh Malik.
Di dalam satu hadis, dan kepada Ali ra Rasulullah bersabda mafhumnya:
Wahai Ali janganlah engkau mengeraskan suara bacaan mu  dan doa mu sewaktu orang sedang bersolat kerana yang demikian itu akan merosakkan solat mereka.

Begitulah Allah melarang orang membuat bising yang mana akan mengganggu ahli masjid yang sedang beribadah sehingga larangan ditetapkan untuk berjual beli di dalam masjid hatta bertanya barang yang hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda mafhumnya:
Barangsiapa menanyakan barang yang hilang di dalam masjid maka katakanlah, Allah tidak akan memulangkan kepadamu.

Berdasarkan hadis-hadis yang disampaikan di atas jelas bahawa kita semua tidak boleh:

1.  Mengeraskan bacaan al Quran sewaktu solat berseorangan ketika ada orang lain juga sedang solat bersendirian. Juga ketika solat berjemaah, makmum dilarang mengeraskan bacaan sehingga mengganggu jemaah lain. 

2.  Mengganggu seperti membuat bising dan deringan handphone sewaktu ahli masjid sedang solat, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa apatah lagi mengajar kelas agama dengan mikrofon dan pembesar suara sewaktu ahli masjid sedang melakukan ibadat tersebut.

3.  Membaca Al Quran dengan lantang sewaktu orang lain sedang solat, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa

4.  Berzikir dan berdoa dengan kuat apatah lagi menggunakan mikrofon dan pembesar suara sewaktu ahli masjid sedang solat, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa.

Sudah menjadi adat kebiasaan di Malaysia bahawa imam dan makmum berwirid beramai-ramai selepas solat dengan suara lantang dan kini ditambah pula dengan penggunaan mikrofon dan pembesar suara dengan diaminkan beramai-ramai oleh makmum.  Ia  seolah-olah sesuatu perbuatan yang wajib atau sebahagian daripada kesempurnaan solat. Jika tak dilakukan dipandang suatu aib atau berdosa. Oleh kerana itu masjid dan surau menjadi hingar bingar mengalahkan pasar ikan selepas setiap solat berjemaah sehingga mengganggu orang lain yang sedang beribadah. Mereka tidak menghiraukan langsung orang-orang masbuk yang sedang solat atau orang yang baru hendak solat. Mereka terus berwirid dan berdoa sampai tamat dengan kuat dengan bantuan mikrofon dan pembesar suara pula. Jelas bahawa perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sangat tercela dan wajib dihentikan.

Nabi Muhamad SAW dan para sahabatnya tidak membaca wirid-wirid beramai-ramai dengan suara keras dan terus menerus pada setiap selepas solat dan tidak pula membaca doa dengan suara kuat dan diaminkan oleh makmum pada setiap selepas solat. Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dan doa dengan kuat / keras diwaktu mengajar makmum. Imam Al-Syafi'i menulis dalam kitabnya Al Umm bahwa mereka mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat cara zikir, bukan bererti mereka terus-menerus mengeraskan bacaan zikir. Adapun pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama membaca zikir dengan suara perlahan kecuali bertujuan untuk mengajar zikir tersebut kepada orang-orang terutama sekali apabila  ada dikalangan jemaah adalah orang yang baru memeluk Islam.

Allah berfirman ertinya:  Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Ia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (Al-A‘raf:55).

Menurut sunah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali talbiah iaitu  Labbaika Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innal hamda, wan-ni'mata, laka wal mulk, laa syariika laka. Disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan mengeraskan suara  dengan bacaan zikir dan doa selepas salam imam hanyalah untuk mengajar orang mukmin dan apabila mereka telah belajar, maka hendaklah diperlahankan. Imam Syafiee mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan berwirid dengan suara yang keras ialah terhadap orang yang mengajar sahaja.

Apabila imam membaca ayat Al Kursi secara perlahan untuk dirinya sendiri atau salah seorang makmum membaca Al Kursi secara bersendirian dan perlahan, maka ini adalah satu amal saleh dan tidak mengubah syiar Islam. Begitulah juga apabila sesiapa membaca bersendirian wirid dari Al Quran, doa dan zikir selepas solat dengan perlahan.

Tentang bacaan ayat Al Kursi beramai-ramai selepas solat jamaah, Ibnu Taimiah berkata:  Ada diriwayatkan sebuah hadis mengenai bacaan ayat Al Kursi selepas solat tetapi hadis itu dhaif oleh kerana itu ia tidak diriwayatkan oleh penyusun-penyusun kitab yang muktamad. Hadis ini tidak boleh digunakan untuk menetapkan hukum dan Nabi serta sahabat-sahabat serta khalifah tidak pernah mengeraskan suara dengan bacaan ayat Al Kursi dan tidak juga dengan ayat-ayat AL Quran lainnya.

Menggunakan akal pemikiran logik mudah pun sudah memadai. Sekiranya orang awam boleh memandang perkara tidak menutup handphone apabila memasuki surau atau masjid adalah satu perkara gangguan yang salah dalam Islam sebagaimana notis larangan didalam gambar di atas, inikan pula berzikir, berwirid, berdoa dengan kuat keras serta menggunakan mikrofon dan pembesar suara di dalam masjid ketika orang lain sedang solat, membaca Al Quran, berzikir berwirid dan melakukan ibadah lainnya. Perbuatan ini adalah tetap salah menurut logik akal dan menurut hadis pun sudah dijelaskan kesalahannya.

Itulah sebabnya saya memberikan bidalan kuman seberang laut nampak itu sebagai  mengetahui kesilapan menggunakan handphone di dalam masjid / surau tetapi tidak nampak kesalahan yang didepan mata  melakukan zikir wirid doa kuat keras menggunakan mikrofon semasa orang lain sedang solat, zikir doa dan membaca Al Quran sebagai tidak nampak gajah yang berada di depan mata.

Memang begitulah lumrahnya, gajah depan mata tak nampak tetapi kuman diseberang laut jelas nampak. Amalan dari tok nenek memang sukar untuk dibuang walau pun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Pada zaman Nabi Muhamad dahulu pun orang arab jahiliyah sukar untuk lari dari amalan tok nenek mereka. Mereka ramai-ramai menentang ajaran Nabi Muhamad SAW.

Kalau di UTM dahulu, Sheikh Muhamad Abdul Kadir Al Mandili iaitu salah seorang imam di MasjidilHaram pernah diharamkan untuk menjejakkan kakinya lagi ke UTM kerana “kesilapannya” sewaktu menjadi imam di Masjid UTM tidak melakukan wirid zikir dan berdoa beramai-ramai memakai pula mikrofon. Jadi kalau di menara gading yang ramai para ustaz dengan PhD  mereka pun bersikap demikian, inikan pula dimasjid kampung dan Felda.

Sekian wallahuaqlam. Segala yang baik sememangnya dari Allah SWT dan yang buruk tu memangnya dari kelemahan saya jua.

Emjay


18 comments:

  1. Allah berfirman ertinya: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Ia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (Al-A‘raf:55)

    ini bertepatan dgn metode tarekat naqsabandiyah berzikir dgn menrendahjan diri dan dgn suara yg perlahan

    ReplyDelete
  2. apakah emejy rasa semua yg kebaikan yg emejy mahu perkatakan ada dalam tarekat

    ReplyDelete
  3. Ada juga ustaz-ustaz yang menyampaikan kuliah/ceramah sementara menunggu masuk waktu solat jumaat dalam masjid ....

    ReplyDelete
  4. saya setuju dgn saudara mj... banyak surau dan masjid yg mengaji sebelum subuh dgn pembesar suara agak kuat dan mengganggu penduduk berhampiran. nak tegur nanti dikatakan kafir pulak... satu lg. masih banyak surau2 yg menghamparkan sejadah bergambar kaabah. pada pendapat saya adalah sgt tidak sopan atau mungkin haram(?) kalau gambar kaabah tersebut dipijak2 dan diduduk di atasnya. sebagai contoh..banyak rumah2 di kampung2 yg menampal karpet gambar kaabah didinding rumah mereka. bagaimana kalau mereka membentangkannya dilantai utk dijadikan seperti permaidani? sanggupkah mereka melakukannya???

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Menuntut ilmu Allah juga adalah satu ibadah. Sekiranya ceramah dilakukan waktu tiada orang melakukan solat, bagi pendapat saya wajarlah tetapi apabila ada orang yang nak solat maka menghormati solat itu adalah lebih wajar dan ceramah kena berhenti. Jadi kalau untuk mengelakkan bertembungnya ceramah dengan orang solat, adalah lebih baik ceramah dilakukan ditempat khas yang tidak menggangggu orang solat.

    Emjay

    ReplyDelete

  6. edit delete reply
    satunasib wrote on Aug 19
    JALAL AL-DIN RUMI pernah mengumpamakan ma’rifat dengan mutiara yang masih berada dalam kerang, sedangkan kerang itu masih berada di dasar laut. “Karena mutiara selalu memikat hati orang, maka banyaklah orang yang datang ke laut untuk mendapatkannya. Setelah melihat-lihat dengan teliti, seseorang di antara pengunjung bertanya, “Mana mutiara itu, aku tidak melihatnya, padahal orang-orang mengatakan bahwa mutiara itu ada di laut?” Tentu saja mutiara tidak dapat dilihat apalagi dimiliki hanya dengan memandang laut, karena mutiara itu ada di dasarnya. Ini berarti bahwa ma’rifat tidak bisa diperoleh dengan mengandalkan “indera lahiriah” karena ia berada jauh di lubuk diri seseorang sehingga tersembunyi kepadanya.

    ReplyDelete
  7. Amaran kepada satunasib!!!

    Laman Emjay bukan laman untuk meramaikan lagi golongan tarekat. Laman Emjay adalah anti tarekat. Jadi reply sdr kali ini kena delete.

    Tiada tolak ansor saya kepada golongan tarekat!!!

    Emjay

    ReplyDelete
  8. saya lihat artikel anda lebih menyokong wahabi .. benar atau tidak emejy ?

    ReplyDelete
  9. assalamu'alaikum w'brkt..alhamdulillah insyaallah banyak memberi manfaat kepada pembaca,Insyaallah.

    ReplyDelete
  10. Sejak diperkenalkan oleh seorang kawan ke Laman Emjayjb pada pertengahan tahun 2006 lagi dan telah menjadi agak rapat akrab dengan isu yang dipaparkan,polemik yang dibawa oleh pengunjung laman ini yang berbeza fahaman.Apa pun untuk pertama kali hari ini saya berjaya memasuki ke laman ini secara rasmi.
    Cerita yang dikongsikan oleh Tuan pengendali laman Emjayjb begitu mencuit hati.
    Apabila seorang 'Syeikh al Mandili',gara-gara bersolat dan tidak mengikut adat tradisi di UITM,Pusat Pengajian Tinggi (Menara Gading) dan masyarakat di sini seluruhnya maka dia diharamkan menjejak kakinya lagi di sana.Itulah nasib yang menimpa 'pejuang as Sunnah' di tanahairku.
    Jika golongan PHD ini kelihatan lesu berinteraksi dalam amalan beragama, mata pelajaran Sejarah pun berlaku 'gerak-gempa' hebat apabila "Sejarah Kemerdekaan negara Malaysia" pun dilihat berlaku "Dilema Sejarah" ,selepas 54 tahun dikeluarkan kenyataan oleh seorang profesor, jurucakap (M.K.N) negara tidak pernah dijajah British dan lain-lain,aduh bagaimana kejadian sebenar selama ini!,..Siapa lagi kita nak rujuk untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul ini?.Rasa nak tergelak ada, nak menangis pun ada.
    Sekian dulu,terimakasih dan wassalam..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbh wanahmadi

    Selamat datang secara resmi ke Laman Emjay

    Nak betulkan sedikit, bukan UITM tetapi UTM.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Terimakasih banyak dengan pembetulan fakta terhadap kesilapan yang berlaku.
    Alhamdulillah.
    Jika tuan emjayjb sudilah,saya ingin mencadangkan suatu perkara.Tadi saya melawat laman Majlis Talaqi UIAM,ada sebuah buku dipasaran berjudul "PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA' INILAH JAWAPANNYA..Tulisan Muhadir bin Haji Joll.( tebal 915 hlm).
    Saya petik dari komen yang terdapat dalam laman itu sebuah pantun,
    "Bahu berrida',kepala berserban
    Siwak dibaju,cincin ditangan
    Miliki PKDPU tiada merugikan
    Perisai utuh,senjata pegangan".-fri,may20,2011
    Di dalam buku ini,ada 179 persoalan-persoalan yang disebut sebagai perkara khilafiyyah yang ditimbulkan oleh ulama' berfahaman "Wahhabi" yang dijawab oleh beliau,maksud saya jika ada pihak yang turut membahaskan dan menghujahkan isi kandungan buku tersebut, saya bagi pihak orang awam ini mendahulukan dengan mengucapkan berbanyak terimakasih dan bersyukur kepada Allah dengan harapan ia dapat membuka ruang "ilmu dan fikir" yang lebih luas dalam menilai persoalan yang dikemukakan daripada mana-mana pihak yang bertentangan.Bertolak dari diskusi berkenaan, kami ini dapatlah membuat pilihan yang terbaik demi meningkatkan ilmu,keyakinan dan beramal sebagaimana dikehendaki oleh Allah dan rasulullah s.a.w.
    Bagaimana pemerhatian tuan emjayjb terhadap buku tersebut?.
    Sekian sekadar pandangan ringkas dan harapan saya dengan halaman ini.
    Salah silap mohon dimaafkan.
    Terimakasih dan salam bahagia untuk semua.

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah nanti saya cari buku tersebut

    Emjay

    ReplyDelete
  14. boleh tuan emejy cari buka pasal tasawuf dulu sebelum meletakkan ilmu tasawuf sesat

    ReplyDelete
  15. tasawuf adalah teori ,,,pratical nye tarekat ..makna tarekat itu ialah jalan...ada org belajar pasal tasawuf hingga phd ,,tp akhirnye simpan dlm buku nota jee tak amal.....sujud dlm solat tp hati masih ingat rumah @dunia ..hati x jg dgn berzikir ..tak hapus sifat buruk dlm hati

    ReplyDelete
  16. Kepada satunasib, AMARAN terakhir, engkau kempen lagi tentang TAREQAT, saya terus halang engkau dari Laman Emjay.

    Nak bagi komen boleh tetapi jangan kempen tentang TAREQAT engkau tu.

    Emjay

    ReplyDelete