Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 18 November 2011

Syukur alhamdulillah, penghargaan untuk gogol7551 dan amirlia3

Syukur alhamdulillah, penghargaan untuk gogol7551 dan amirlia3  
Bismillah hir-Rahman nir-Rahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh kepada semua muslim dan muslimat dan laknat Allah kepada iblis dan para penyokongnya.
Sesungguhnya setiap orang berdakwah tak kiralah dakwah kearah sesat atau kearah jalan lurus yang diredhai Allah SWT. Apa tidaknya, mari kita lihat contoh-contoh kes berikut:
1.      Para sahabat Nabi SAW berdakwah menyebarkan ajaran Islam  semoga Allah meredhai mereka semua.
2.      Iblis serta tenteranya pun berdakwah semata-mata mengajak manusia dan jin untuk masuk neraka. Berdakwah juga.
3.      Orang merokok sentiasa mengajak/ berdakwah kepada orang lain supaya  merokok macam  dia agar dapat dosa.
4.      Orang berzina sentiasa mengajak berdakwah kepada kawan-kawannya agar turut sama berzina macam dia.
5.      Orang kaki rasuah sebagaimana dalam agensi-agensi kerajaan tertentu akan terus menerus / mengajak / berdakwah kepada staf lain agar menyertai mereka bergelumang dengan rasuah.
6.      Orang tareqat yang saya amat ANTI kepada golongan ini sentiasa berdakwah mengajak orang lain agar jadi macam dia juga. Kini satu golongan seperti ini menubuhkan Yayasan Sofa Negeri Sembilan untuk mengajak orang ramai menyertai mereka. Kini yayasan ini kerap menulis di akhbar Utusan Malaysia untuk meramaikan golongan macam mereka.
7.      Orang dari fahaman kuasa minda akan terus menerus berdakwah / mengajak orang ramai untuk sesat macam mereka juga.
8.      Orang kaki ilmu mengarut macam yang percaya kepada keris sakti berdakwah untuk mengajak orang ramai menyertai mereka menjadi sesat. Di Laman Emjay pun ramai yang menentang saya kerana mereka adalah spesis yang gemar dengan keris sakti.
9.      Orang yang kaki ilmu kitab mujarrobat pun berdakwah untuk mencari ahli baru agar turut sama menyertai mereka di neraka.
10.  Datok nenek, ibu bapa serta sedara mara yang mengamalkan amalan khurafat seperti meletak tangkal kepada bayi, meletak surah yaasin pada bayi dan segala yang sewaktu dengannya akan berdakwah secara paksa kepada ibu bapa yang baru mendapat bayi agar turut sama sesat seperti mereka.
Begitulah sekali lagi saya tegaskan bahawa  setiap orang berdakwah mengikut ilmu mereka tak kiralah sama ada dakwah mereka ini akan membawa ke syurga atau ke neraka. Itulah sebabnya mereka yang memberikan reply di Laman Emjay adalah terdiri daripada dua golongan iaitu golongan yang membawa ke neraka dan satu golongan lagi yang membawa ke syurga. Sekiranya kita adalah jahil, adalah mudah sekali untuk mengikut golongan yang berdakwah untuk ke neraka.
Hari ini saya membuka inbox Laman Emjay dan saya mendapati tulisan reply dari dua orang hamba Allah:
1.      Dari  amirlia3 wrote on Nov 11 2011 dihttp://laman-emjay.blogspot.com/2007/08/sayangnya-aku-dengan-keris-puaka.html  telah diedit sedikit.
Salam kepada semua sedara penentang mj. Mj dah kata n dah terangkan panjang lebar pun masih x paham lagi ke? Korang ni masa belajar dulu mesti bodoh dan bebalkan. Susah betul nak masuk otak dan paham. Benda simple jerr pun.. Nak ulang berapa ratus kali??
Okay, pasal keris n segala barang2 mistik tu pun. Sebenarnya wujud ke benda tu semua? Aku ni dulu sebenarnya adalah orang yang taksub dengan benda2 mistik n jin2 ni. Walaupun mak n pak aku orang kuat agama dan disegani di daerah aku tuttt. Aku sungguh berminat nak tangkap jin konon nak bela. Nak cari benda mistik konon yang ada jin. Sapa x nak klu dapat bela jin ni macam2 kita bleh buat woo. Kita suma pun maklum apa jin boleh buatkan..
So sumanya bermula bila aku joint satu persatuan yang di namakan ttuttt. Bila dah joint maka banyaklah kenal konon tok guru power2 kat malaysia ni. Antaranya KSS (kesaktian suci sejati) di shah alam. Nama cikgu zul tuttt. Sebabkan aku ada skit pengaruh maka dapatla ampu belaja ngan cikgu ni (ada pengaruh tu sebab aku ni ada banyak pengikut yang setia ngan aku setelah joint persatuan tutttt tu.. Cikgu tu pikir dengan pegang aku maka ramailah anak murid dia nanti). Paksu tuttt (kajian hak) kat prai. Dan banyak lagi beberapa nama yang bermula ngan ayahanda di pangkal gelarannya. X boleh nak petik dengan detail sangat takut jadi issue.
Macam2 ada aku blaja. Ilmu kebal laa., panggil qarin la, amik toyol la, lembutkan hati orang, pemikat gadis, bunoh jin la, ubat orang ngan air jampi la dan berbagi lagi. Aku belajar sehingga khatam walaupun terpaksa berulang dari kl ke prai tiap2 minggu selama berbulan sampai selesai. Setakat tinggal anak bini tu perkara biasa.
Berapa tahun Kemudian aku terjebak pulak dengan perniagaan barang2 mistik plak. Asalnya kenal ngan seorang dato. Ni dato betul ye. Bukan datuk tua kerepot. Dato ni pun ngan geng2 dia (ada yang dato jugak) nak cari barang kebal yang ada khadam. Maka dengan kabel yang aku ada kononnya maka daptlah aku beberapa barang. Ada yang import dari indonesia. Delima merah la, rantai/cemara babi la, geliga lipan la, besi kuning la, keris berdiri la dan sgala macam merapulah. Semua deal tersebut tak jadi. Ada yang kata jin larilah time akad. Barang jadi cairlah. Kebal x jadi kebal. Tembus x nampak tembus. Delima masuk air x jadi merah laa.. Duit memang berjutalah stanby dato ni semua. Dengan bodyguard dia, dengan tester dia. Kadang tu pengurusan deal jadi sampai berbulan bulan lamanya. Tunggu tester datanglah. Barang tunggu acara ritual dari indonlah.  
Hasilnya...... Setelah bertahun2 aku hidup dalam benda ni apa. Yang aku dapat ialah kesedarannn...!!!
Aku sedar benda2 ni suma x wujud pun. Hanya manusia bodoh jer yang percaya. Punya banyak kat indon tu penipu.. Diorang siap ada kilang keris berdiri dan segala jenis macam barang penipu yang lain termasuk jenglot pon diorang buat sendiri. Tu belum cita bab pengalaman terjebak ngan tokek pulak tu.

Jin2 yang aku panggil kononnya, tangkap, potong, semunya dengan perasan jerr.. Rasa didalam hati. Kemudian bayangkan. Para ku chaiitttt!!!! Apa benda semua ni?? Poyo ke apa?? Sehingga sekarang aku x pernah nampak jin pun seumur hidup aku. Pantang aku klu ada orang or bomoh kata nak bagi aku jin. Aku mesti turut (dulu laa). Macam syarat bagi kat aku. Kena duduk dalam hutan kat tepi higway ampang laa (masa tu laa) tunggu sengsorang sampai ada dugaan sampai pagi laa. Mencanak aku tunggu. X de apa punn. Bila di tanya mana toyol tu. Dia kata ada dalam poket aku. Cuba rasa dengan perasaan. Cheihhh!! Penipu!!
Klu nak cita suma pengalaman bodoo aku. Ni 3 hari 4 malam x abis.
Sekarang ni bila ada orang dakwa:-
·         dia boleh nampak jin dia penipu!
·         Dia boleh santau orang. Dia penipu! Ko boleh santau aku klu nak buktikan. Di persilakan.
·         Dia boleh menilik kononnya. Dia penipu! Pernah satu kes ada kecurian pecah kendraan niaga di uptown kota damansara. Tengok bomoh di paya jaras kluar gambo paraut mana tah kat dalam tin milo berisi air. Dia kata tu pencuri (setelah acara ritual tertentu). Aku n geng amik tin tu rupanya dia tampal gambo pasport tah indon mana tah kat bawah tin tu. Kantooiii... Kerana perkara tu bomoh tersebut telah menghalau kami dari rumah beliau di hadapan costumer dia yang tengah beratur menunggu giliran untuk berbomoh. Cstmr dia suma terdiri dari mak cik tua2 kereport nak tngok barang hilang.
·         Kebal pulak nak citer. Suma yang ditetak kat aku ialah kat perut. Belakang tangan (bawah lengan). Suma tu trik jerr.. Kenapa x tetak kat tempat bertulang.
Lagi satu keje bodoh aku buat/blaja ialah ilmu makan kaca. Padahal suma orang boleh makan kaca (kaca mentol jer pun). Dengan syarat gigit sampai hancur. X pasal konon aku dah baca jampi mengarut merapu nak amik ilmu tu konon.
Silat baca jampi boleh bruce lee pulak kononya atau pun boleh pilih nak jadi hang tuah la plak (boleh pilih). Tu suma pun poyo gak. Bila di bagi penampor x bleh plak nak elak..
Apa barang tuu.. Perasaan ko jer sebenornya.
Lagi satu nak tanya tuan mj. Kenapa orang klu histeria bila saya pegang tetek or kemaluan dia, orang itu akan tersedar dari hiteria dia, kemudian marah kita pulak. Sedangkan dia tengah kerasukan so camana dia sedar. Kebanyakan kes macamtu ustaz. Belum lagi satu kes pasal budak remaja kat damansara damai bilamana berlakon kena rasuk balik dari ulu yam jam 2 pagi (berlakon sebab takut kena marah ngan orang tua, sebab kantoi buat zina). Kawan saya yang ubatkan kononya kena buat kenduri kesukuran supaya jin tu pergi. 2/3 hari lepastu betul2 orang tua tu buat kenduri dengan niat nak sruh jin tu balik. Pergghhh... Bodohnya bangsaku.. Padahal budak kena rasuk tu dah mgaku dia berlakon jerr kat kawan saya tu. Aduu kwan saya tu pun dapat dosa subahat skali..
Tu blumm plak sya nak cita trik pasal telur yang di buat oleh kwan saya di kota damansara. Haduhaiii.... Camno masuk jarum on de sport depan cstmr time pecah. Letak titik sirap on d sport jugak depan cstmr time pecah depan mata diorang. Semuanya adalah penipuan semata2.

Oklah tuan, setakt ni dulu. Dah penat menaip. Banyak lagi yang saya nak kongsikan disiniii. Pada kamu suma yang percaya dengan benda mistik tu x payah nak poyooo lahhh. Jadikanlah pengalaman aku yang buang masa aku selama ni, mengabihkan duit aku, dibenci bini (dulu arr) di perbodohkan sebagai iktibar.
Jin tu memang wujud. Tapi klu kita x gangu dia maka dia x kan ganggu kita. Percayalah. Biar dia hidup ngan dunia dia. Kita ngan dunia kita. Kita sebagai manusia biasa x kan mampu nak menguasai/ beri arahan / berkawan ngan jin. Yang wujud hanyalah penipu2 semata mata.
Sebelum tu. Nak tanya. Ilmu sihir tu wujud lagi ke?? Klu ada apa buktinya. Allah swt maha pemurah dan maha pengasih. Aku dah cuba buat n blajar dah dulu. Hi hi.. X jadi punnn... Penipu jugak ke??? Kitab mujarobat tu habis buat dah x de pa per pun yang berlaku. Berbagai petua dan segala amalan kurafat aku buat nak tengok, nak tangkap, nak kawan jin. Tak jadi pun. Cheh. Kenciing suma tuhh!!  
Berbalik pada tadi, kalau ilmu sihir wujud lagi kat dunia nih dah lama dunia ni musnah. Orang boleh membunoh hanya dengan menggunakan gambo fesbook. Mana2 perempuan kaya, mak2 datin dan yang berkerjaya semuanya jadi bini tok2 bomoh sebab diorang pandai ilmu pengasih. Berlaku nya peranng santau menyantau sebab maysarakat melayu nih dengki mendengki. Mana 2 pemimpin yang ada dalam dunia ni boleh dibunoh ngan ilmu santau je, pasal gambo diorang dah bersepah2 ada kat internet n media massa. Pikirlah logikk pun anda dah dapat jawapannya.. Roger...!
2.      Dari gogol7551 wrote on Nov 10 2011 di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/hukum-mengamalkan-aura-chakra-kuasa.html

 sy pernah blaja sume bende2 d ats... last2 syok sendiri... solat tggl, quran x bace.. dok meditasi je.. power2.. ape yg powernye??!! asyik2 hati msti baik. nk gune hati, kene ade ilmu. baru la x sesat. dh la.. tgglkn la bende2 karut tu.. org bkn islam sibuk peluk islam. org kite plak, dok sibuk ngn bende2 ngarut ni..

Amat sayu hati saya membaca kedua-dua reply di atas, sedih gembira melihat dua hamba Allah ini telah membuat u-turn kembali kepangkal jalan meninggalkan amalan–amalan yang menyesatkan. Doa saya kepada mereka adalah semoga Allah memberikan rahmat hidayah kekuatan serta pertolongan untuk mereka terus berada dijalan lurus jalan Allah redha dan dimatikan mereka dan saya dalam iman.
Saya dengan memohon kerjasama dari  sdr amirlia3 dan juga gogol7551 agar terus menulis diruangan khas yang saya sediakan ini melalui reply semoga kesilapan mereka berdua dahulu menjadi iktibar bagi kita semua.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka berdua menulis reply di sini.
Sekian wallahuaqlam

Emjay

55 comments:

  1. salam sedara emjay!
    melalui pemerhatian saya hingga sekarang kegiatan2 yg seumpamanya masih berleluasa lagi2 di alam cyber seolah2 mperalatan dunia it bagi meluaskan agenda2 dalam menambah atau mencari pengikut baru secara xlangsung mempromosi kegiatan mereka..bagi saya usaha menaganinya seolah2 diluar kemampuan pemikiran manusia lagi2 saya sendiri..apabila teguran tiada guna mungkin doa saja jalan yg ada..wallahualam.

    -si keliru-

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbh

    Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh lagi dalam bab agama mengharapkan kepada mufti (bukan semua) dan pemerintah. Kita perlu berusaha keras untuk mencari jalan ke syurga untuk diri kita, keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Islam itu mudah! X percaya kita lihat ni.

    Dunia perubatan.
    Dalam dunia perubatan kita sebagai orang islam x perlu susah payah nak mengkaji penyakit dan mencari ubatnya. Sebab semua penyakit boleh disembuhkan dengan jampi serapah atau di sifakkan dengan ayat alquran. Allah swt tu kan maha berkuasa. X perlu kita susah payah hantar anak belajar jadi doctor or nurse. Tu suma buang masa jer. Bina hospital? Lagi buang masa. Kan kita ada ustaz/tok bomoh. Diorang jampi pakai ayat alquran tu.. Power tuu... Islam itu mudahhh..!

    Pertahanan negara.
    Yang ni lagi bodoh klu kita tengok afganistan perang bagai nak rak. Bosnia kena pijak cam lempeng. Tu suma negara islam tuuu.. Diorang bodoh. Kan ilmu parang terbang ada dalam ajaran islam. Keris berdiri/menari pun ada (apa motif berdiri/menari aku pun x tau). Ilmu kebal pun ada. Ilmu santau pun ada. Klu diorang x tau kita kasi ajar diorang. Mungkin bangsa melayu ni advance sikit dari segi evolusi. Zaman rasulallah x da lagi ilmu2 kebal, parang/senjata terbang sendiri dan berbagai lagi ilmu x masuk akal. Mungkin selepas kewafatan baginda rasul, tok2 kiai kita telah mendapat wahyu tentang ilmu ni kut. Tuhan bagi.. Maklumlah alim sesangat... Baca jampi x sampai 5 minit dah boleh jadi pendekar. Baca serapah mentera dah jadi kebal. X lut senjata besilah x lut pelurulah. Waahh mudahnya hidup ini.. Dengan adanya ilmu macam ni. Negara kita x kan kena jajah sampai bila2 dengan adanya ilmu tersebut. Pergghhhh!!!

    Mencari jodoh!
    Lagi senang. X payah nak serah pada takdir jodoh ni. Baca jer ayat kursi waktu pagi matahari terbit 13x pastu sapu kat muka. Berseri2 lah muka kita. Beratur jodoh tu nanti. Tak pun buka jer kitab mojarobat tuh. Melambak cara or ikhtiar konon nak dapat jodoh. Mandi bunga pun boleh he hee.. Banyak cara weii.. Islam tu mudahh..!

    Mencari rezki.
    Banyaaakkk... Halal haram tu jangan cerita. Janji rezki. Jual beli barang2 mistik pun boleh buat duit. Juta2 lagi tu.. Puja (ngangkong) nombo ekor pun bleh buat duit ratus2 ribu or juta2 (padahal rumah tok bomoh no ekor tu pun buruk nak roboh). Ambil segala batu berlian di alam jin pun masyuukk jugakk. Ada jampi dia tuh nak masuk ke alam jin.. Jadi tok bomoh or ustaz perawat alternatif (trdisional) pun okay. Belajar bukan susah pun. Orang belajar nak jadi doctor makan masa bertahun, duit habis banyak, belajar bersungguh2 silap haribulan x jadi doctor lagi. Ko blajo jampi jer, bayor yuran skit (konon la yuran...) blajo menipu dengan cemerlang. Dah jadilah ko perawat yang disegani. Costumer ko pun terdiri dari orang melaies yang bodo piang.

    Apa lagi? Ko sebut jer kat sini. Islam tu lengkap merangkumi semuanya.

    Kesimpulannya..
    Ilmu allah itu luas (kata2 yang selalu disebutkan tuk buat modal). Kalu dia (allah swt) kata jadi maka jadilah ya (kata2 yang selalu juga digunakan modal untuk yakinkan orang yang dungu piang).
    Allah swt tu telah menjadikan sesuatu itu dengan logik dan sifatnya. Batu dengan beratnya, kain dengan lembutnya, bunga sifatnya wangi, air sifatnya cecair, api klu disiram air sifatnya api tu akan mati. Begitulah seterusnya. Tuhan x kan menjadikan sesuatu itu berlawanan dengan sifatnya. Dia dah tentukan. Ko doalah macam mana pun. Contoh ko mintak batu tu jadi ringan cam kapas! X kan jadinyaa.. Ko doa mintak boleh terbang cam superman. Ko mintak kat tuhan nak jadi ultraman nak selamatkan palasten. X kira la ko alim camna pun. X jadi nyer!
    Maksud ilmu allah itu luas ialah, allah swt telah memberikan ilmu yang maha luas pada kita untuk kita fikirkan. Kajilah sampai bila pun x habis. Punyalaah luas. Bila kita demam. Kita kaji penyakit demam tu. Kita cari apa ubat yang boleh meredakannya. Akhinya dengan kebijaksanaan ilmu allah yang diberi pada kita terciptalah panadol. Begitulah caranya. Bukan dengan jampi serapah. Lepas tu kata ilmu allah tu luas.. grrrrr.....
    Bila kita sakit kencing manis. Cari puncanya dengan akal fikiran yang allah beri. Kaji dan akhirnya terciptalah insulin. Gunakanlah insulin dan jaga pemakanan dan gay

    ReplyDelete
  4. Mat salleh klu dapat trick buat magic boleh buat show depan orang ramai. Boleh terbang atas padang. Badan kena kerat jadi dua. Boleh tembus cermin. Boleh ilangkan bangunan. Bila dikata itu suma cuma trick memang kita x percaya. Allahhhaii.. Dia pakai jin punya tuu.. Itulah jawapan kita. Tapi sekarang dah terbukti tu semua adalah trick semata-mata. X caya bolehlah anda lihat di utube taip jer 'biggest magic secrets revealed'. Kantoi segala-gala.
    Tapi klu bangsa kita kalau tahu buat trick magic walaupun sebodoh-bodoh trick. Kita ambik contoh keluar jarum/bulu/darah dalam telur. Diorang akan buat betul2 woo.. Bole buat cari makann.
    1-perwatakan bomoh kena ada.
    Contoh misai lebat, muka serius (supaya orang x banyak tanya). Perut boroi. Klu boleh nak jadi bomoh ni kena berumur skit. Baru orang percaya. Riak muka kena serius, x boleh gelak. Bagi nampak gerun. Baru orang x banyak tanya or pertikaian.
    2-pakaian kena gempak.
    Biasa laa.. Baju hitam, kain kuning dan segala macam yang prof mj ada tuliskan sebelum ini.
    3-suasana nak kena ada.
    Suasana suram or gelap. Barang mistik bersepah kat rumah dia. Klu boleh tengkorak manusia pun dia nak pamer kat bilik dia. Klu xde tengkorak manusia tengkorak monyet pun bolehlah. Alquran dia x lupa untuk di buat pameran n guna tuk buat ritual nanti. Suasana mesti menunjukkan kegerunan, kelam, dan rasa ada banyak jin kat situ. Ha ha haa.... Padahal imej suram ni antaranya supaya senang nak sorok barang2 trick. Senang nak tukar barang/telur/bulu/jarum dll.
    4-asap kemenyan untuk kaburi pihak lawan iaitu supaya orang pikir tu makanan jin la konon (ooo mamat ni ada bela jin).
    -bila dah jampi lebih kurang golek2 lebih kurang.. Tiba masa tuk pecah telur. Ada dua teknik. Yang pertama telur tu dah stanby barang kat dalam pastu tutup ngan lilin. Telur tu di tukar bila kita x perasaan pasal dalam bilik tu ada melambak telur ayam kampung yang lain. Kenapa telur ayam kampung? Nampak tradisi lah skit bunyi dia,, x kan nak cakap kat cstmr bawak telur omega 3 pulak.. Lagi pun telur ayam kampung ni nipis kulit dia, senang nak pecah. Okay.. Trick kedua.. Setelah golek2 telur tu lebih kurang dia pu celup jari dalam mangkuk air limau nipis (tujuan nak basah jari jer). Curi2 dia tekap jari basah tadi kat tempat dia sorok barang tadi (jarum/bulu siamang kononnya/ serbuk inci/ water kaler). Biasanya barang dia sorok kat bawah tempat kemenyan, bawah tikar dan pelbagai tempat lagilah ikut suka hati dier. Benda tu memang mudah nak sorok. Tu pasal barang tu dipilih. Tu pasal dia x pilih sepana hidup tuk kuar dari telur tu. Sebab susah nak sorok sepana tuh..
    Okay.. Tekan jari yang ada barang tu masuk dalam telur dengan jari manis, buat2 macam ramas telur tu bagi pecah.. Hi hi siaplah magic show tu dia pun katalah. X boleh sentuh dah telur pecah n barang dalam telur tu. Nanti santau tu kena kat kita pulak (padahal dia takut kita kaji bawak gi makmal pasal darah yang didakwa keluar dari telur tuu. Kantoi la karang). Air limau nipis tu bleh guna tuk cuci jari buang bukti.
    Pada sesiapa yang terasa pedas n kengkawan ku yang masih meneruskan usaha murni jadi tok bomoh telur ini, klu terbaca blog ini maakanlah aku ye. Korang bawak-bawak la toobatt! Kita semua ni nak menuju tempat yang sama(kematian/jumpa Allah swt). X kemanapun kita ni sedarlah!
    Google jer pasal kat u tube penipuan cakra alam oleh ustaz arief. Barang2 dia pakai tu suma ada jual kat kdai magig. Dapat kat dia dibuat bomoh pulak. Tu belum lagi nak bagi kantoi pusat pembedahan batin yang ada kat malaysia nih. Sah2 penipu. Mangsanya semua terdiri dari makcik2 bertudung. Dah lah sakit (buah pinggang/jantung) kena tipu lagih.. Aduuu...
    Sedih aku tengok. Wayang dia pun pandai. Guna nama pun dah buat orang goyan. Yang dipertua Prof dr emeritus kepala naga keramat al sakti al attas... Pergghhh... Ni suma pengaruh dari negara indon ni. Kebanyakan owner pun indon.
    Cara menipu! Amik beg plastik buat bungkus mee kari tuh. Masukkanlah segala organ binatang n darahnya sekali. Klu nak lagi

    ReplyDelete
  5. Nampak gaya sahabat saya amirlia3 ini banyak pengalamannya. Mudah-mudahan pengalaman mahal amirlia3 ini mampu dijadikan iktibar untuk kita semua.

    Saya alhamdulillah pernah berjumpa dengan seorang hamba Allah melalui Laman Emjay yang akhirnya berkesudahan bertemu dirumahnya. Belau baru nak menubuhkan klinik kuasa minda dan pelbagai ilmu sesat lainnya. Banyak ilmu sesatnya bergurukan tok guru di Malaysia termasuk tok guru penipu di indonesa. Alhamdulillah dah bertaubat.

    Di Malaysia bukan sekadar bomoh penipu yang dicari orang malahan pemimpin penipu pun disokong dan disanjung.

    Semoga Allah mematikan amirlia3 dan saya dalam iman.


    Emjay

    ReplyDelete
  6. Pengalaman saya sedikit sangat berbanding dengan ustaz. Banyak lagi yang saya perlu belajar ngan ustaz. Pengalaman saya sangat memalukan iaitu menunjukkan saya asalnya seorang hamba allah yang cuba melakukan apa saja dalam dunia ni untuk mengejar impian dengan cara mudah dan cepat. Tanpa mempedulikan halal atau haramnya sesuatu perbuatan. Dulu sya pernah terfikir dan berkata 'ahh syirik pun syiriklah! Besok dah tua aku tobatlahh!! Sekarang muda lagi. Banyak lagi aku kena cuba. Hidup panjang lagi. Nak tobat tu esok tua punya cerita''. Begitulah... Beristighfar sya bila teringat kata2 sya ini.

    ReplyDelete
  7. Saya teringat tulisan ustaz dalam satu artikel tentang seorang hamba allah mandi minyak panas time orang masak kenduri. Warkhh kah kah kah kah.... Tergelak sya membayangkan cerite ustaz tersebut. Terbayang saya betapa panasnya rasa minyak tersebut pada hamba allah tersebut. Ha ha haaa... Tak perlu sya bagi hadis or firman or whatever. Pikir secara logik jer. Tuhan dah jadikan sifat kulit manusia ni melecur bila kena pada kepanasan tertentu. Allah xkan ubah sifat tu nyer lagi2 untuk ko! Alim sangat ke ko ni? Sampai dapat maunah or karamah? Mukjizat lagi la jangan harap,, lu sapa? Kelebihan maunah or whatever tu pun allah swt bagi kat hambanya tu biasanya sekali je pun seumur hidup. Bukan setiap kali ko mandi minyak ko keball.. Ha haa..
    Cuba fikirkan masa ko blajar tu (mandi minyak tu) dengan tok mahaguru ko kononnya tuh,, kenapa masa pasang api nak bagi minyak menggelegak (kononnya) tu sekejap jer. Lepas tu bongkar cepat2 kayu api bagi api kecik balik. Tapi minyak stil panas cam ada buih2 (cam menggelegak) gak. Padahal api dah kecik or biasanya dah padam pun.
    Cuba fikir kenapa x biarkan api tu marak menjulang dan biarkan minyak tu menggelegak dalam sejam ke. Lepas tu baru ko mandi. Bukan setakat celup tangan kat minyak pastu tepuk2 kat badan macam selalu ko buat tuh. Ni ko amik besen cedok minyak panas tu ko jirus terus satu badan ko! Kata kebal.. Camtu baru betul kebal. Baru aku tabik spring kat ko!!!
    Ha haa.. Fikirkanlah secara logik pun dapat jawapannya. Minyak yang korang belaja tu x cukup panas bro. Korang pun boleh rasa masa tepuk/sapu kat badan. Ada rasa panas??? Setakat rasa suam2 jer paling kuat pun. Jangan poyolah nak kata panas..!!!
    Semua tu trick jer tuh nak bagi minyak nampak panas n buih. Dia ada campur bahan dia (antaranya cuka). Dasyat juga bangsa melayu nih (boleh jadi saintis he he..) pastu tok guru ko pun poyo sruh ko baca jampilah baca bismilah 3x lah, mengucaplah supaya ko jadi kebal. Poyolah!!! Dah la tu mensyirikkan orang lagi!! Tobat la tok guru wooiii....
    Berbalik pada perenggan pertama tadi. Pasal mamat mandi minyak rendang kat tempat orang kawin tu. Ha ha haa... Aku komfem mesti mamat tu rasa panas semacam minyak tuu. Tapi depan orang ramai dia cover manco dan buat muka serius ha ha haaaaa.. Placebo effeck otak dia kata dia dah kebal last2 rasa panas ha ha haa....
    Pada mamat yang buat benda bodoh mandi minyak kat tempat orang kawin tu klu ko baca entry ni mesti ko gelak kan teringat kebodohan ko. Aku yakin ko pun mesti dah tobat n sedar yang ko kena tipu. Klu ko tak sedar jugak meh sini aku mandikan ko pakai minyak panas aku plak!!!

    ReplyDelete
  8. hehe..brader amirlia3 terpikir gak nak suroh diaorg siram asid kat badan tengok!! melecur ker melecot tengok!!!
    brader,brader emjay baru2 ni saya ada follow blog di facebook yg memperjuangkan wang sunnah dengan bermodalkan artikel2 teori konspirasi dunia,lama gak la follow..mula2 menarik gak la artikel2 konspirasi dan video2...mungkin kureng peka maka xsyak apa2 sampailah satu masa diorg mula menyelitkan unsur2 bahawa diorg tulah pejuang2 yg dijanjikan hehe..lagi2 bila diorg upload video clip persilatan xlut diserang(xperlu mengelak bila diserang) dan ilmu tahan ditetak parang kontot...apa lagi sejak tu coment kaw2 sampai kena ban hehe..ada pulak yg menjawab coment mengatakan kita perlu mencapai tahap tarekat sehingga tahap sekian2 dan dari situlah saya teringat ada laman yg menceritakan tentang pergerakan2 mengarut ni dan disinilah dapat saya berkongsi cerita bersama brader emjay...apa yg merisaukan diorg tanpa rasa bersalah terus mempengaruhi org disebalik perjuangan memperkenalkan wang dinar n dirham..sekian..wassalam.

    ReplyDelete
  9. tahniah amrilia3. teruskan usaha bongkar penipuan bomoh sesat disini..

    ReplyDelete
  10. Manusia ni bila ada didikan agama islam, da khatam alquran, solat 5 waktu x tinggal. Biasanya kita dah chop dia sebagai orang islam yang sempurna.
    Ada didikan agama islam. Sebab belajar kat sekolah rendah/menengah agama.
    Khatam alquran. Sebab belajar baca sampai khatam. Tapi x mahu berusaha memahami maksud dan mengamalkan apa yang disuruh dalam alquran.
    Cukup Solat 5 waktu. Tak pernah tinggal. Tapi sama gak cam baca alquran tadi. Membunyikan sahaja. Makna segala doa/surah dalam solat tu sepatah haram x tau. X nak usaha langsung memahaminya. Orang arab tu xpelah. Tu bahasa dia. Jadi masaalah pada orang meleis kita yang x paham bahasa arab.
    Kita kena ingat! Walaupun begitu lengkap islamnya pada pandangan kita tapi kita tak tahu bagaimana kalau aqidahnya tak betul. Ada otak x digunakan untuk berfikir. Mengikut jer asal ada guna nama islam. Taksub pada tok2 guru, kiai2, ustaz2, mahaguru2, ayahanda2 dan apa sahajalah yang guna nama yang islamik pada gelarannya. Ok gelaran tu. Tak salah pun. Tapi kita kena la pandai menilai. Takkan kerana dia mufti dia mengatakan riba' pada pinjaman along tu halal kita pun halalkan. Takkan kerana dia ustaz dia meraba bini kita dengan alasan mengubat, kita biarkan. Takkan kerana dia mahaguru pak shieh kita nak percaya bila dia kata badan dia kebal. Aduuuhaii..! Hati2. Gunakan akal logik anda.
    Bila dah taksub tak bertempat tu yang bahaya tu. Kita akan percaya bulat2 apa yang diajarkan/amalkan pada kita tanpa berfikir lagi dah. Ayat yang biasa digunakan 'ilmu ni ilmu allah''. Dengar perkataan ilmu allah jer terus lupakan segala2 n terima bulat x guna otak. Klu dia kata ilmu kebal ni ilmu allah. Pikir secara logik pun kita tahu. Mana ada rasulallah ajar kita ilmu kebal. Mana ada ayat quran boleh diguna pakai tuk jadi kebal. So sapa yang ajar dia ilmu tu? Setan, jin? Klu dia kata sekalipun dia kebal dengan bantuan jin. Mana kebalnya pun. Konon bila dah ada ilmu kebal. Cuba test tetak kat dahi tengok? Kenapa bila xsiden boleh luka parah pulak! Pastu nak tetak pun kat tempat tertentu. Asyik2 kat perut ngan bawah lengan. Klu hiris pun dengan pisau/pisau cukur/parang tertentu yang telah ditumpulkan sebahagiannya. Tukang hiris pun orang tu jugak. X boleh orang lain. Kenapa x suruh tukang potong daging kat pasar pagi ijok (yang dia tak kenal) tu potong. Tengok kebal tak kebal!
    Pasal mandi asid tu pun boleh dilakukan. Ada trick dia. He hee.. Tapi ada member tu kata tok guru tu mintak rm3k klu nak belajar trick dia. So malaslah buang masa n buang duit nak belaja bila dah tau benda tu penipu.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah segala pujian untuk Allah SWT

    Terima kasih atas perkongsian ilmu dari amirlia3. Teruskan usaha.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. brader amirlia3..saya memang kutuk bg yg mengamalkan ilmu mengarut nih tapi bukan makna menolak semua kepercayaan diaorg tu...salah satunya sihir(santau/santet/vodoo/dll). Pendapat saya sihir benar dan boleh memudaratkan...so untuk sihir menyihir ni perlu jadi syirik dengan puja-memuja entah apaentah salah satunya boleh jadi JIN brader..tu dah syirik...mungkin pengalaman brader amirlia3 cuma bergaul dengan bomoh2 penipu pakai trick aje...satu lagi brader kan ada hadis popular menceritakan tentang sahabat baginda mengubat mengunakan surah al-fatihah dengan mengenakan bayaran seekor kambing bagi setiap rakan yg dia ada dan pernah juga dengar hadis yg mengatakan al-quran dan madu adalah ubat tapi xdapat saya sertakan hadisnya sebab xpasti keshahihannya dan saya bukannya scholar...kesimpulan saya xsalah jika berubat mengunakan bacaan ayat Al-Quran dan selebihnya tawakal padaNya...wallahualam.
    Brader amirlia3 saya rasa nak aje suruh orang2 yang brader nak ceritakan tu tumbok sarang lebah tetualang...nak tengok boleh ke mengelak serangan lebah tu hehe...wassalam.

    ReplyDelete
  13. Benar pendapat saudara anafiabdwahid. Yang sihir itu benar dan boleh memudaratkan. Yup Rasulallah pun pernah kena sihir. Ilmu sihir ketika itu berluasa. Ada pengamal sihir pada zaman itu. Dan sihir berkesan. Tapi wujud lagikah sihir dizaman sekarang. Masih ada lagikah pengamalnya? Wujud lagikah sihir? Nak belajar kat mana? Buktikan!!! Hanya cerita menakutkan dari mulut ke mulut yang disampaikan. Cerita dari mulut ke mulut ni akan jadi bertambah2 hebat. Terutama mulut bangsa kita ni yang suka menokok tambah cerita sebab nak bagi sedap dan hebat. Bila di cari, di pelajari, dikaji rupanya takde apapun. Poyoo jer lebih. penipuan semata2. Percayalah! Tak caya sedara pegilah start belaja benda2 camni. Belajar sungguh2 dengan penuh keyakinan. Kita tengok apa bro dapat. Klu dapat kesedaran takpe! Klu hanyut.. Alahaiii!! Kalau seseorang itu taksub dengan mahaguru/tok guru yang dia belajar tu dia xkan sedar yang dia belajar tu ilmu yang tak masuk akal.. Kerana karekter mahaguru tersebut yang dikagumi. anak muridnya yang ramai termasuk pak2 aji dan anak2 ustaz yang dihantar belajar ilmu kebatinan tersebut. Perkara tersebut menyebabkan sesiapa yang menuntut yakin dengan ilmu tersebut. Soal halal haram tolak tepi dulu janji dapat menguasai satu2 ilmu tersebut. Mana yang pakai trik tu bolehlah sya rungkaikan dan jelaskan. Bagaimana pula dengan kepercayaan yang tebal terhadap sesuatu ilmu tak masuk akal yang dah perasan dalam diri ada jin kononnya. Perasan sesuatu itu dah berjaya kerana jin dan ilmunya. Seperti contoh
    Berjaya mengorat gadis yang diminati sebab dia dah puja/guna-guna/senyonyong/minyak dagukan gadis tu. Padahal kalu ngorat biasa x pakai sihir pun boleh dapat jugak. Pening/sakit kepala bagi air jampi air liur tok bomoh boleh baik/lega. Padahal klu dibiarkan pun dia akan baik sendiri. Bukannya penyakit kronik! Tengok orang bukak kedai makan sebelah kedai makan kita. Kita pun jeles n sihirkan dia. Tak lama lepas tu dia bankrup. Padahal dia bankrup sebab memang tak pandai niaga atau pengalaman niaga takde. Kita pun percaya sihir yang kita buat berkesan. Semua boleh dipertikaikan. Tiada bukti menunjukkan sihir tu wujud lagi zaman sekarang. Sya pencari sihir (dulu ye)! Apa sya dapat lihat hanyalah trick2 bodo dan penipu sahaja. Tahu tak berapa juta anda akan diberi oleh national geografi contohnya jika dapat membuktikan sihir itu wujud. Mereka (nasional geografi) telah mengkaji voodoo di africa. Hasil yang dapat ialah sama gak. Cerita hebat dari mulut ke mulut je. Cucuk jarum pada patung. X jadi per pun. Mayat hidup (zombie) tu pun bila dikaji oleh team mat salleh ni rupanya manusia hidup yang dibagi khayal dengan minum air daun dan akar tertentu. Bila dah mamai n overdose dipuja dengan acara ritual supaya bangun (hidup semula kononnya). Chaaiih! Hampeehh!!

    Mengambil madu sebagai ubat adalah logik kerana khasiat yang ada dalam madu memang boleh jadi ubat. Betul. Tapi menggunakan air lur tok bomoh bersama air jampi serapahnya sebagai ubat adalah x logik kerana khasiat dalam air liur n air gelup tu apa barang deyy..!
    Berubat dengan ayat AlQuran boleh,.. Dengan menjadikan ayat tersebut sebagai doa kepada Allah swt. Pohon padanya. Bukan dengan menjadikan sebagai tangkal, air syifak (ditulis pada mangkuk dan diminum) dan pelbagai lagi. Pasal sahabat rasulallah tu baca fatihah sebagi jampi kena sengat kala jengking tu sya x buat kajian lagi. Kerana apa yang sya tahu tujuan AlQuran itu diturunkan di muka bumi ini adalah supaya dibaca, dipahami maknanya dan amalkan apa yang disuruh oleh Allah swt di dalamnya. Takde pun kata suruh buat jampi serapah! Tokoh perubatan islam terkemuka dunia Ibnu Sina pun x menggunakan jampi serapah dalam perubatannya. Dia menggunakan akal fikiran yang diberi oleh Allah swt padanya untuk mengkaji ilmu perubatannya. Mengkaji herba2 dan tumbuh-tumbuhan. Mengkaji apa yang ada dalam tubuh badan manusia. Seorang nabi pun ketika sakit gigi Allah swt suruh mencari daun sebagai ubat untuk melegakan sakitnya. Kenapa Allah swt tak suruh jer dia baca ayat2 tertentu dalam AlQuran?!!!

    ReplyDelete
  14. Benar pendapat saudara anafiabdwahid. Yang sihir itu benar dan boleh memudaratkan. Yup Rasulallah pun pernah kena sihir. Ilmu sihir ketika itu berluasa. Ada pengamal sihir pada zaman itu. Dan sihir berkesan. Tapi wujud lagikah sihir dizaman sekarang. Masih ada lagikah pengamalnya? Wujud lagikah sihir? Nak belajar kat mana? Buktikan!!! Hanya cerita menakutkan dari mulut ke mulut yang disampaikan. Cerita dari mulut ke mulut ni akan jadi bertambah2 hebat. Terutama mulut bangsa kita ni yang suka menokok tambah cerita sebab nak bagi sedap dan hebat. Bila di cari, di pelajari, dikaji rupanya takde apapun. Poyoo jer lebih. penipuan semata2. Percayalah! Tak caya sedara pegilah start belaja benda2 camni. Belajar sungguh2 dengan penuh keyakinan. Belajar sampai habis sebab nak tengok ending dia camana. jangan belaja sekerat jalan jer. Abiskan blajar! Kita tengok apa bro dapat. Klu dapat kesedaran takpe! Klu hanyut.. Alahaiii!! Kalau seseorang itu taksub dengan mahaguru/tok guru yang dia belajar tu dia xkan sedar yang dia belajar tu ilmu yang tak masuk akal.. Kerana karekter mahaguru tersebut yang dikagumi. anak muridnya yang ramai termasuk pak2 aji dan anak2 ustaz yang dihantar belajar ilmu kebatinan tersebut. Perkara tersebut menyebabkan sesiapa yang menuntut yakin dengan ilmu tersebut. Soal halal haram tolak tepi dulu janji dapat menguasai satu2 ilmu tersebut. Mana yang pakai trik tu bolehlah sya rungkaikan dan jelaskan. Bagaimana pula dengan kepercayaan yang tebal terhadap sesuatu ilmu tak masuk akal yang dah perasan dalam diri ada jin kononnya. Perasan sesuatu itu dah berjaya kerana jin dan ilmunya. Seperti contoh
    Berjaya mengorat gadis yang diminati sebab dia dah puja/guna-guna/senyonyong/minyak dagukan gadis tu. Padahal kalu ngorat biasa x pakai sihir pun boleh dapat jugak. Pening/sakit kepala bagi air jampi air liur tok bomoh boleh baik/lega. Padahal klu dibiarkan pun dia akan baik sendiri. Bukannya penyakit kronik! Tengok orang bukak kedai makan sebelah kedai makan kita. Kita pun jeles n sihirkan dia. Tak lama lepas tu dia bankrup. Padahal dia bankrup sebab memang tak pandai niaga atau pengalaman niaga takde. Kita pun percaya sihir yang kita buat berkesan. Semua boleh dipertikaikan. Tiada bukti menunjukkan sihir tu wujud lagi zaman sekarang. Sya pencari sihir (dulu ye)! Apa sya dapat lihat hanyalah trick2 bodo dan penipu sahaja. Tahu tak berapa juta anda akan diberi oleh national geografi contohnya jika dapat membuktikan sihir itu wujud. Mereka (nasional geografi) telah mengkaji voodoo di africa. Hasil yang dapat ialah sama gak. Cerita hebat dari mulut ke mulut je. Cucuk jarum pada patung. X jadi per pun. Mayat hidup (zombie) tu pun bila dikaji oleh team mat salleh ni rupanya manusia hidup yang dibagi khayal dengan minum air daun dan akar tertentu. Bila dah mamai n overdose dipuja dengan acara ritual supaya bangun (hidup semula kononnya). Chaaiih! Hampeehh!!

    Mengambil madu sebagai ubat adalah logik kerana khasiat yang ada dalam madu memang boleh jadi ubat. Betul. Tapi menggunakan air lur tok bomoh bersama air jampi serapahnya sebagai ubat adalah x logik kerana khasiat dalam air liur n air gelup tu apa barang deyy..!
    Berubat dengan ayat AlQuran boleh,.. Dengan menjadikan ayat tersebut sebagai doa kepada Allah swt. Pohon padanya. Bukan dengan menjadikan sebagai tangkal, air syifak (ditulis pada mangkuk dan diminum) dan pelbagai lagi. Pasal sahabat rasulallah tu baca fatihah sebagi jampi kena sengat kala jengking tu sya x buat kajian lagi. Kerana apa yang sya tahu tujuan AlQuran itu diturunkan di muka bumi ini adalah supaya dibaca, dipahami maknanya dan amalkan apa yang disuruh oleh Allah swt di dalamnya. Takde pun kata suruh buat jampi serapah! Tokoh perubatan islam terkemuka dunia Ibnu Sina pun x menggunakan jampi serapah dalam perubatannya. Dia menggunakan akal fikiran yang diberi oleh Allah swt padanya untuk mengkaji ilmu perubatannya. Mengkaji herba2 dan tumbuh-tumbuhan. Mengkaji apa yang ada dalam tubuh badan manusia. Seorang nabi pun ketika sakit gigi Allah swt suruh mencari daun sebagai

    ReplyDelete
  15. hukumnya begini : percaya sihir itu WAJIB, berdasarkn kalimah 'sihr' yg banyak terdapat dlm alQuran. TETAPI mempercayai sihir itu boleh memberi kesan hukumnya HARAM, ini berdasarkan ayat Quran surah Taha ayat 69 (sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada)...

    tp kalau ikut "pusat perubatan islam" yg kononnya mengaku membuat rawatan islam. para ustaz nya menyarankan ayat ini diamalkan utk membenteng diri dari sihir. betapa jahilnya mereka. tak ada dlm hadis pun nyatakn kelebihan ayat ini dgn sebegitu rupa. yg perlu ialah keyakinan dengan MAKSUD ayat tersebut. bkn diamalkn utk khasiat tertentu yg tidak ada dlm hadis sohih.. tu la akibat kejahilan org yg mengaku 'ustaz', jd pulak ikutan org ramai. siap keluar tv pulak tu mcm si syarhan tu. habis masyarakat diajarkn dgn amalan sesat.

    sekian..

    ReplyDelete
  16. Saudara Anafiabdwahid, manusia yang mendakwa dirinya memiliki ilmu kebal. klu nak test kekebalannya mudah jer.. Tak perlu susah payah nak tetak dia ngan pisau kang terbelah pulak kang. Tak payah susah payah nak hiris badan dia. Kang parah jadinya. Sebab pemilik ilmu kebal ini yakin dengan ilmunya kerana telah ditetak dan dihiris sebelum nih (padahal dia tak sedar itu semua dilakukan dengan helah dan trick!. Cuma ambil sebatang jarum cucuk kat jarinya. Hehe.. Comfem tembus., kuar darah! Pastikan kita yang cucuk tau. Selamat mencuba..!

    ReplyDelete
  17. amirlia3,
    saya rasa jangan la dibawa bahasa Aidid Muaddib ke sini.. saya peminat beliau juga.. hehehe

    nasihat saya bila menyentuh bab hukum tu, berhati-hatilah.. sebelum sdr pasti, jangan menghukum, share pengalaman saja dah cukup..

    "Pasal sahabat rasulallah tu baca fatihah sebagi jampi kena sengat kala jengking tu sya x buat kajian lagi."
    ia terdapat dalam hadith mengenai abu sai'd al-khudri.. boleh jumpa dalam Sahih Bukhari dan Muslim.. saya rasa ia antra hadis paling masyhur yang digunakan sebagai dalil bahawa menjampi dengan ayat al-Quran adalah dibenarkan.. malah abu sai'd al-khudri menggunakan ijtihadnya sendiri, kerana Rasulullah belum mengajar kepada sahabat bahawa al-fatihah boleh digunakan sebagai jampi..

    selain daripada itu Rasulullah s.a.w pernah didengarkan dengan jampi-jampi orang Arab, baginda membenarkan jampi yang tidak mensyirikkan Allah..
    Ibnu Sina menumpukan kepada perubatan allopathy.. jadi memang la tak jumpa pasal jampi dan al-Quran.. baca buku engineering mana nak jumpa pasal biologi.. anda kena baca Tibb An-Nabawi oleh Ibn Qayyim..
    Juga amat mengejutkan bahawa seorang Imam yang terkenal ketegasannya berkenaan akidah iaitu Ibn Taimiyah, yang menjadi rujukan kepada kumpulan yang menggelar diri mereka salafi, membenarkan tulisan ayat al-Quran yang dilarutkan di dalam air untuk diberi minum kepada orang sakit berdasarkan hadith Ibn Abbas dan Saidina Ali.. Ulama Salafi mutakhir seperti Syeikh Uthaymeen pula mengharamkannya berdasarkan hadith Ibn Mas'ud..


    dalam satu seminar Perubatan anjuran JAIS baru-baru ni, seorang pembentang kertas kerja yang juga merupakan ahli majlis fatwa di dua negeri, membentangkan harus menggantungkan ayat2 al-Quran berdasarkan hadith2.. tetapi dibantah oleh seorang ulama besar tanahair, walaupun mengakui akan kewujudan dalil-dalil tersebut, berdasarkan kaedah Saddu al-Zaraik kita tidak boleh membenarkannya terutama sekali untuk orang Melayu kerana bimbang masyarakat akan mengganggap al-Quran sebagai tangkal dan pelindung, bukannya Allah. Pembentang kertas kerja bersetuju, tapi menegaskan hukum asal tetap harus. Point saya, dalam bab menggunakan jampi dan ayat al-Quran dalam rawatan, masih banyak khilaf di antara ulama besar. mereka berlapang dada dan tidak menuduh satu sama lain sebagai sesat. hendaklah kita sebagai pengikut, mencontohi sikap mereka.
    Kalau sudah jelas kesesatannya memang lah patut didedahkan.. contohnya dalam buku Ust Sharhan ada bab khasiat kayu kokka.. terus saya reject Ustaz macam ni..

    ReplyDelete
  18. teguran untuk nurunha,
    " tak ada dlm hadis pun nyatakn kelebihan ayat ini dgn sebegitu rupa. " - sdr dah hafal 20,000 hadith ke sampai berani kata takda? elakkan daripada berkata aku tak jumpa hadith ni, aku tak jumpa hadith tu, kerana kita bukan ahli hadith pon..

    ReplyDelete
  19. Emjay, saya ada menghantar email berkenaan Masaru Emoto dan airnya.. mohon pandangan tuan

    ReplyDelete
  20. ingin berkongsi nasihat Ustaz-ustaz saya:
    1) Setiap amalan/ruqyah/jampi sebaik-baiknya hendaklah diambil daripada al-Quran dan hadith. Jangan kerana semata-mata bahasa Arab kita terima bulat-bulat.
    2) Belajarlah bahasa Arab supaya kita boleh bezakan mana satu ayat al-Quran, hadith atau rekaan manusia biasa.
    3) Perubatan herba tradisional diharuskan selagi tidak melibatkan syirik. Sebaik-baiknya gunalah herba yang sudah dikaji khasiatnya.
    4) Jangan sesekali mengatakan nenek moyang kita ada saka. Kerana mengatakan sedemikian, samalah dengan kita mengatakan mereka syirik dan bakal penghuni neraka selama-lamanya. Kita tidak tahu perkara ghaib jadi jangan memfitnah mereka.
    5) Jangan sesekali mengatakan seseorang itu terkena sihir walaupun terdapat tanda-tandanya. Kerana ia akan menjejaskan kepercayaannya. Malah kalau asalnya dia tidak terkena sihir dan kita pula kata ada, syaitan akan mudah masuk kerana kepercayaan kita dan pesakit sudah terjejas.
    6) Sebelum meruqyah pesakit, galakkan dia pegi klinik/hospital dulu.
    7) Sekiranya betul-betul terjadi rasukan jin, jangan sesekali deal atau membuat perjanjian dengan jin tersebut, termasuk meminta dia berpindah ke tempat tertentu, buat itu buat ini. Jin/syaitan akan mengambil kesempatan menipu kita.
    8) Sekiranya betul-betul terjadi rasukan jin, jangan sesekali tanya dari mana atau siapa hantar dia. Dia akan menipu kita mengatakan saudara atau jiran kita yang hantar, lalu terputuslah hubungan silaturrahmi dan berjayalah misinya memecahbelahkan manusia.
    9) Perubatan moden di hospital juga dianggap perubatan Islam kerana kita memang disuruh cari ubat.
    10) Elakkan menyebut santau kepada pesakit tetapi sebutlah keracunan makanan.
    11) Jangan perasan kita boleh bunuh atau sembelih jin dengan mudah. Dalam hadith, sahabat bunuh jin setelah jin tu bertukar jadi ular.
    12) Jangan mengambil upah dan jangan jadikan pusat rawatan sebagai sumber rezeki kerana ia akan menjejaskan keikhlasan kita serta membebankan orang walaupun hukumnya harus. Ada pusat rawatan yang daftar sahaja RM50.
    13) Banyak ayat Quran yang menyebut bahawa syaitan tidak akan dapat mengganggu orang-orang yang beriman dan ikhlas. tetapi dengan izin Allah boleh berlaku juga untuk menguji hambaNya seperti yang terjadi ke atas Nabi Ayub. Oleh itu, kuatkan lah iman kita, teguhkan akidah.

    ReplyDelete
  21. Sya antara peminat aidid. Maaf terbawa2 bahasa dia. Sya sebenarnya x pandai bercakap n menyusun ayat. Terpaksalah menggunakan bahasa terus terang sahaja. Terima kasih saudara anakmurid kerana menasihati sya. Sya terima teguran yang membina dari sedara.
    Dalam bab2 hadis ni sya x berani cakap apa2 sebab sya memang jahil bab hadis ni. Pasal stagement tentang x de hadis tu dari sedara nurunha. Sya memang x nak bercakap tentang hadis. Takut salah!.. Sya cuma berfikir secara logik sahaja. Ya.. Sya setuju 99.9% dengan statement di atas..!

    ReplyDelete
  22. terima kasih kerana sudi menerima teguran.. saya juga tidak perfect, buktinya saya menegur salah orang.. saya dah edit..

    ReplyDelete
  23. Melihatkan kepada teruknya keadaan akidah umat Melayu ketika ini, saya rasa sudah tiba masanya pengajaran tauhid uluhiyah, rubbubiyah dan asma' was sifat diajarkan dgn lebih meluas kepada masyarakat disamping sifat 20. Malangnya ada pihak yang menyesatkan pengajaran tauhid ini dengan hujah2 yang dangkal seperti yayasan sofa dan majlis agama islam johor..

    ReplyDelete
  24. Setuju bebenor saya, alhamdulillah.

    Saya nak menambah petikan Al Quran yang disampaikan oleh nurunnha:
    Al Hijr [42]
    "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu (Iblis) sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

    An Nahl
    [99]
    Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
    [100]
    Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

    Emjay

    ReplyDelete
  25. Sdr anamurid, jangalah kita taksub dengan kata-kata orang jahiliah kafir si Masaru Emoto ini. Jadi esok kalau si sami (monk) dari kuil budha berkata bahawa dengan mengamalkan meditasi seseorang akan nampak cahaya tuhan maka saya nak tanya, adakah kita semua akan lakukan meditasi atau tidak???

    Tentang menjampi dengan fatihah tu memang ada nas sahihnya tetapi bacaan Fatihah tu dibacakan lalu diludah sebagaimana mafhum hadisnya berikut:

    Dari hadis diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri, beliau mengkhabarkan:

    Sesungguhnya beberapa orang sahabat Nabi sedang dalam perjalanan. Mereka singgah di salah satu kampung dan mereka meminta menjadi tetamu di kampung tersebut. Malangnya penduduk di situ tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Tiba-tiba ketua penduduk mereka digigit binatang berbisa. Mereka berusaha dengan berbagai cara untuk mengubatinya tetapi tidak berhasil. Ada daripada kalangan mereka yang mencadangkan sesuatu: "Cuba kamu berjumpa beberapa orang lelaki tadi (para sahabat), mungkin ada daripada kalangan mereka yang pandai berubat."

    Para penduduk pun bertemu mereka dan bertanya: "Ketua kami disengat binatang berbisa dan kami telah berusaha dengan pelbagai cara tetapi tidak berhasil. Adakah sesiapa daripada kamu yang pandai berubat?"

    Salah seorang sahabat menjawab: "Ya saya boleh me'ruqyah' (menjampi). Tetapi tadi kamu enggan menerima kami sebagai tetamu. Aku tidak akan mengubatinya melainkan jika kamu memberikan upah."

    Akhirnya mereka berdamai dan penduduk kampung menjanjikan beberapa ekor kambing sebagai upah. Seorang sahabat membacakan Ummul Kitab, lalu mengumpulkan ludahnya dan meludahkannya kepada ketua kampung tersebut. Lalu ia pun sembuh. Maka penduduk tersebut memberikan kambing-kambing tersebut kepada para sahabat.

    Mereka berkata: "Kami tidak akan mengambil upah sehingga kami bertanya kepada Nabi s.a.w." Lalu mereka bertanya kepada Baginda. Rasulullah tersenyum lalu bersabda: "Siapakah yang memberitahu kamu bahawa Al-Fatihah itu ruqyah (jampi)? Ambillah kambing-kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian daripadanya."
    ~~~~~~~

    Terdapat hadis-hadis lain dimana Nabi Muhamad membacakan Al Quran bersama air ludah tetapi saya tidak jumpa satu keterangan pun dimana Nabi Muhamad menggunakan ayat Al Quran bersama air (air jampi).

    Dalam bab air jampi air Musoffa, saya amat menentang penggunaan air jampi ini. Kini orang Arqam melalui Global Ikhwannya pun nak jadi perawat Islam walaupun amalan mereka orang Arqam dahulu sudah diwartakan SESAT. Mereka juga menggunakan air jampi dan air dari tulisan Al Quran dengan pena berdakwat zaafaran. Orang Kristian pun menggunakan air jampi Holy Water. Adakah kita nak terima amalan mereka ini??

    Emjay

    ReplyDelete
  26. anamurid, mengapa perlu diajarkan sifat 20 disamping tauhid uluhiyah, rubbubiyah dan asma' was sifat ?? Yang tak betul tu buang sajalah.

    Golongan tareqat dan penyokong-penyokong mereka seperti yayasan sofa memang penentang tauhid uluhiyah, rubbubiyah dan asma' was sifat.

    Emjay

    ReplyDelete
  27. itulah tuan, masalahnya orang Melayu kita terlalu mudah percaya.. gambar photoshop tengkorak manusia besar pon boleh percaya itu tengkorak manusia zaman nabi Adam...

    berkenaan dengan penggunaan air, saya berpegang dengan banyak ayat2 al-Quran yang mengatakan air itu "menghidupkan", kisah Nabi Ayub yang diperintah oleh Allah supaya mandi dengan air ketika Allah hendak menyembuhkan penyakitnya serta kaedah sesuatu perkara itu hukum asalnya harus melainkan terdapat dalil yang mengharamkannya.. Ben Baz dalam menghuraikan hadis ruqyah Jibril, katanya:
    فإذا نفث بهذا في الماء أو على المريض فهو أيضاً طيب

    ReplyDelete
  28. tuan emjay mungkin tahu saya belajar di darul apa.. harapnya janganlah kerana itu menjadi penghalang atara kita bertukar pandangan dan pengalaman, kerana matlamat kita sama untuk memelihara akidah umat.. dan saya pula tidak taksub kepada mereka, contohnya selawat syifa' saya tak amalkan.. saya juga tak setuju bila mereka masukkan kajian Emoto sebagai bahan pengajaran.. saya juga menuntut dari ustaz2 lain malah tuan juga saya anggap sebagai guru saya kerana ada perkara baru yang saya belajar..

    ReplyDelete
  29. Baguslah anamurid. Eloklah engkau amalkan selalu berdoa
    "Ya Allah tunjukilah aku jalan yang lurus jalan yang engkau redhai, jalan yang membawa aku ke syurga Mu dan elakkanlah aku jalan yang sesat iaitu jalan yang membawa keneraka Mu."

    Bertaubatlah dengan amalan selawat syifa dan selawat tafrijiah tu. Tidak mengamalkan tetapi kalau redha dan belum membenci dan belum bertaubat tu masih berat hukumnya.

    Saya dulu pun mengamalkan air jampi dengan bacaan ayat Al Quran juga namun alhamdulillah kini sudah menolaknya. Menjampi dengan ayat boleh, menyapu tapak tangan sesudah membaca ayat dan juga meludah / sapu air ludah sesudah membaca Al Quran memang ada sandaran yang sahih, mengapa tidak melakukannya?

    Sekiranya sdr ragu dengan penggunaan air jampi, serahkanlah kepada Allah SWT sebagai tempat mengadu insyaAllah sdr akan temui jalan yang lurus. Tentang Air Musoffa, MAZA dah kata tak boleh guna, seorang guru saya yang alhafiz, beberapa orang anaknya pun alhafiz, mantap hadisnya pun kata tak boleh pakai air musoffa dan air yang sewaktu dengannya.

    Yang putih dalam Islam adalah jelas dan yang hitam pun jelas. Diantaranya ada kawasan samar. Orang yang beriman akan meninggalkan kawasan samar ini.

    Nak tanya anamurid, bab garam, lada hitam dan kacang hijau tu ada amalkan lagi ke? maaf bertanya.

    Emjay

    ReplyDelete
  30. saya tidak beramal dengan garam dan lada hitam.. mereka yang beramal dengannya berhujah dengan hadith Rasulullah s.a.w merawat diri baginda daripada sengatan kala jengking dengan garam, air dan 3 Qul.. saya lebih cenderung dengan tafsiran hadith ini menunjukkan garam khusus untuk rawatan sengatan kala jengking atau binatang berbisa.. orang lain menggunakan tafsiran yang lain.. bagi saya selagi ada khilaf ulama' (bukan khilaf pengikut) maka saya berlapang dada.. kecuali kalau dia berhujah dengan hujah Emoto.. macam hukum haram bagi wanita mendedahkan pergelangan kaki dalam Mazhab Syafi'e, kita boleh kata hukumnya haram tapi takat tu saja lah, kita tak boleh kata wanita yang mendedahkannya akan dibakar kakinya itu dalam neraka, sebab bagi Mazhab Hanafi ia bukan aurat..
    insyaAllah saya beramal dengan amalan2 yang disarankan oleh emjay tu kerana saya mengutamakan bacaan yang ada sandaran yang sahih.. saya menggantikan selawat syifa dan tafrijiyah dengan selawat ibrahim.. untuk merawat rumah yang diganggu syaitan pula, saya mengutamakan dibaca Surah Al-Baqarah kerana ada hadisnya, berbanding Surah Yasin .. tuan rumah pon kena baca sekali, amal dan fahamkan maksudnya.. ada banyak sebab kenapa saya masih kekal dengan persatuan tu, tapi panjang pulak nanti ceritanya :)

    ReplyDelete
  31. Sekadar idea..! Dulu pernah terpikir. Nak kuasai ilmu jin. Nak kaji camana nak kuasai seekor jin. Tujuan untuk kebaikan. Isyaallah Tuhan paham sebab untuk kebaikan.
    Klu jin boleh hantar santau dengan masukkan siung babi, kaca, rebung buluh dll dalam tubuh badan manusia dan dengan jin jugak kononnya dia boleh keluarkan segala bagai santau dalam tubuh badan manusia melalui muntah contohnya. Kenapa tidak kita suruh jin masukkan cecair insulin kedalam badan pesakit kencing manis mengikut jadual berkala. Kita bagilah dia upah bulanan ke, harian ke. Dia nak apa? asap? Tulang? Kita bagii jer..!! Kita suruh jin bawak keluar sel2/kuman2 barah kat dalam badan pesakit kanser. Kan mudah. X perlu nak operate lagi. Klu dia (jin tu) melawan kita baca jer jampi ruqyah AlQuran komfem dia takut. Tak pun kurung dia dalam botol plastik. Kita kan selalu dengar jin ni kena ugut ngan perawat2 masa berubat. Uiii... Takut jin ni klu kena ugut!
    Kita bela jin banyak2 buat satu pasukan tentera jin. Kerajaan gajikan ustaz2 yang ada kat malaysia untuk handle tentera jin ni. Boleh buat pertahanan negara. Boleh antar perang orang kapir kat palestin.
    Jin2 yang merasuk dalam badan manusia ni jangan di marah, dihalau atau ditangkap masuk dalam botol kemudian di buang dilaut. Apa kata kerajaan buatkan penjara untuk jin. Masukkan dia dalam penjara untuk yang buat kesalahan. Biar padan muka dia. Kita bagi dia kesedaran. Campak kat laut kang kejap jer botol tu pecah, tercabut or orang bukaa..

    sekadar renungan... he hee..!

    ReplyDelete
  32. sya ada email ustad kat kangmasjb@hotmail.com. sila baca ustaz. tentang solat tu minta pendapat!

    ReplyDelete
  33. Jadilah seorang islam yang mengikut AlQuran dan sunnah. Hidup la sebagai manusia yang baik dan ikut logik akal. Solat 5 waktu jangan tinggal. Buat segala yang dsuruh. Tinggal segala yang dilarang. Time sakit gi klinik. Time keje gi keje. Tme skola gi skola. Nampak orang susah kita tolong. Nampak orang sesat cara hidupnya kita nasihati. Ingat mengingati sesama kita itu yang penting. Kita sama2 mencari keredhaan Allah Swt. Sama2 kita masuk syurga! Amiinnn!!!

    * Cakap banyak pun klu masuk telinga kanan keluar telinga kiri tapi tak sikit pun sangkut kat otak. Susah oii! Dah cukup jelas dah segala artikel n tulisan dalam emjay blog ni. Nasihat sya just gunakanlah akal fikiran yang Allah Swt anugerahkan pada anda. Anda tahu mana baik n mana buruk. Anda tahu mana benar or mana salah. Jangan tipu diri sendiri kerana ego. Jangan kerana matlamat, anda menghalalkan semua cara!

    ReplyDelete
  34. Tuan Haji emjay, melalui hujah-hujah tn hj sya membuat kesimpulan tn hj bukanlah seorang alim agama. Tn hj begitu taksubkan Dr Asri, tapi apa komen tn hj pasal fatwa Ibn Baz dan Ibn Taymiyah yang mengharuskan penggunaan air? Dua ulama ini sering menjadi rujukan Dr Asri. Anakmurid menulis fatwa Ibn Baz dalam bahasa arab, tn hj faham bahasa arab ke? Sya dengar ceramah Dr Asri juga pasal air ni, dia kritik orang yang terlalu taksub dengan air penerang hati. Sya setuju 100%. tapi dia mengakui adanya jampi untuk merawat penyakit. Takda pun dia kata untuk merawat penyakit tak boleh pakai air. Tn hj begitu yakin betul tiada hadis pasal penggunaan air. Pelik sungguh orang yang menghafal sejuta hadis seperti tuan hj ni tidak boleh berjumpa dengan hadis Rasulullah s.a.w membacakan ruqyah keats air dan memandikan seorang sahabat yang sakit bernama Thabit ibn Qays ibn Shamas dengannya. Boleh tn hj senaraikan sunan-sunan yang tn hj hafal, takut-takut ada kitab hadis yg tn hj tertinggal.
    Kelakar sungguh bila tn hj berhujah oleh kerana guru tn hj seorang hafiz dan anak-anaknya hafiz, maka dia betul. Bagaimana dengan Dato' Hassan Din al-Hafiz?
    Artikel tn hj tentang kesihatan sya terima kerana memang itu bidang tn hj. Tapi artikel agama, mintak maaflah, banyak lompong di sana sini. Ada artikel tn hj yang mendakwa orang itu terkena bala sebab dia buat sesuatu, macam mana tn hj boleh begitu pasti? Perkara ghaib hanya Allah saja yang tahu, oleh itu sya juga mengajak tn hj bertaubat dan membetulkan akidah tn hj.
    Tn hj jangan mabuk dengan pujian orang-orang yang kurang berilmu yang memanggil tuan hj dengan gelaran Ustaz. Terimalah teguran.

    ReplyDelete
  35. Sebelum amirlia3 hentam sya, baik sya bagitau dulu bahawa sya kalau sakit sya pergi klinik ye.. Anak-anak sya suruh mereka belajar rajin-rajin, nak doa pon sya doa sendiri, sya tak pakai air penerang hati.. Tapi sya tak menghukumkan sesat orang-orang yang pakai jampi ni selagi mana jampi mereka dibenarkan oleh syarak

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah semoga Allah SWT mengelakkan sdr anamurid dari jalan yang SESAT. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk. Eloklah tu anamurid.

    Saranan saya berhati-hatilah dengan setiap langkah sdr di SANA tu. Banyak perangkap iblis untuk sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum wbh amirlia3.

    Email kangmasjb@hotmail.com memangnya saya punya alamat email dahulu tetapi kini saya tak boleh memasukinya kerana sudah kena hack.

    Alamat email saya yang terkini yang boleh sdr gunakan ialah emjayjb@gmail.com. Minta sdr hantarkan semula ke alamat email saya yang terkini ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  38. terima kasih atas doa tuan.. ada yang saya setuju dengan tuan dan ada yang saya tidak setuju.. asalkan yang dipersetujui itu ada hujahnya dan yang tidak dipersetujui itu juga ada hujah syaraknya, maka saya berlapang dada dan tidak mahu mendebatkannya di sini.. saya mengambil ilmu dari pelbagai fahaman, mengikut kata guru saya bahawa Islam itu ibarat satu tangki air yang besar yang daripada tangki itu paip-paip kecil untuk disalurkan air. ambillah air itu daripada mana-mana paip pon kerana asalnya tetap sama, jangan kau buat tangki air sendiri sudah ataupun pasang paip sendiri tanpa kebenaran.. saya hanya pembaca pasif selama ini, entah kenapa untuk entry kali ni tergerak hati nak komen panjang2.. dan akan kembali pasif lagi sebab banyak kerja nak buat.. semoga kita dipanjangkan umur sempat untuk berjumpa.. saya kalau setakat kluang tu boleh lagi la, tapi JB setiap kali pergi mesti ikut kereta orang, takut sesat..

    ReplyDelete
  39. SDR wongpaloh REDHA ATAU TIDAK DENGAN AIR MUSOFFA?
    Air musoffa, air jampi, air yasin dan seumpamanya sekiranya menyebabkan penyelewengan akidah, khurafat dan penipuan,
    maka ia adalah haram dan sudah tentu saya tidak redha.
    Air-air ini mempunyai nilai tambah berbanding air biasa tetapi pengguna air ini hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang menyembuhkan.
    Sama juga dengan air zam-zam yang menurut hadith mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya, tetapi yang mengabulkan niat itu tetap hak Allah semata-mata.
    Perawat dan penjampi disamping menjampi dengan ruqyah yang dibenarkan syarak, hendaklah menerangkan kepada pesakit terutama sekali kepada pesakit yang mudah mempercayai khurafat.
    Menjual air ini secara komersial adalah dilarang sesuai dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2006.
    Sya pergi ke DS Bangi, mereka menjual air dengan jenama Koperasi DS, tapi mereka beritahu itu hanyalah air RO biasa yang dijual dengan harga pasaran seperti air RO lain. Tujuannya ialah untuk menampung perbelanjaan kerana mereka tidak mengenakan bayaran rawatan. Wallahua'lam sama ada semua pesakit mempunyai iktikad yang sama, kalau tak mereka harus terangkan kepada pesakit.
    Hukum asal menggunakan air+jampi+tulisan al-Quran tetap harus berdasarkan hujah-hujah yang saya kemukakan cuma keharusan itu bukanlah mutlak.
    Tuan Haji puas hati dengan jawapan sya?
    Apa yg sya pertikaikan tn hj ialah tn hj membuat generalization menghukumkan sesat kesemua orang yang menjampi dengan air dan tulisan al-Quran, sedangkan ulama' yang dikatakan "wahabi" pon mengharuskannya.

    Sya bersetuju dengan point tn hj no 1-5. Sebab itu semua ilmu sains, fizikal, logik dan seperti yang saya katakan tn hj memang ahlinya.
    Yang sya tidak bersetuju ialah yang seperti ini:
    "Seorang lelaki yang sudah melangkau 50 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai anak tidak pernah mengalami kemalangan kereta sepanjang hidupnya. Kemudian hamba Allah ini kemalangan kereta buat pertama kali. Saya mengemukakan hipotesis di dalam diri saya sendiri dan kemudian saya membuat siasatan. Rupanya hamba Allah ini telah memikat isteri orang sampai perempuan ini bercerai dengan suaminya dan kemudian hamba Allah ini mengahwini perempuan ini. Bukankah ini satu dosa besar?? Hasil dari perkahwinan kedua lelaki ini dengan isteri orang ini dianugerahkan Allah SWT seorang anak down syndrome.
    Dari hipotesis inilah maka saya boleh membuat kesimpulan bahawa janganlah kita semua meruntuhkan rumahtangga orang lain kelak kita diberikan ujian bala musibah dari Allah SWT seperti musibah kemalangan kereta atau dan anak down syndrome"
    Sila tn hj terangkan, atas asas apa tn hj kata meruntuhkan rumahtangga orang maka akan dikurniakan anak down syndrome. sya tidak ada masalah untuk menerima dan menarik balik tuduhan sya.

    ReplyDelete
  40. sya sendiri sentiasa muhasabah diri, setiap kali ditimpa musibah tertentu, sya ingat balik dosa yg mungkin sya lalukan. sya harap dgn musibah itu Allah ampunkan sya dan next time, sya akan berhati-hati supaya tidak mengulangi dosa itu. tp adakalanya bila dah berenti buat dosa tu pon terjadi juga musibah yg sama. mungkinkah kali ni Allah nak uji atau sebab dosa lain. maknanya hak Allah lah yang menentukan sesuatu musibah itu sebagai apa. inilah perkara ghaib yg sya maksudkan, tiada siapa berhak nak tentukan kecuali Allah. tn hj sudah menentukan secara khusus kemalangan dan down syndrome atas sebab itu dan ini. kalau kemalangan mungkin sebab emosinya terganggu dsb, fine, tapi down syndrome? semua ibu bapa yang mempunyai anak down syndrome, adakah ada sejarah dosa besar pada masa silam?

    ReplyDelete
  41. Sdr berkata "Hukum asal menggunakan air+jampi+tulisan al-Quran tetap harus berdasarkan hujah-hujah yang saya kemukakan". Sekarang saya bertanya sekiranya saya merebus 7 Al Quran selama 7 hari 7 malam bagi menggantikan tulisan Al Quran bagi kegunaan-kegunaan tertentu, adakah hukumnya juga harus? Bagi saya hukumnya jelas khurafat dan membawa kerosakan akidah!!

    Berdasarkan tulisan tersebut juga, adakah ilmu yang diajarkan oleh Dato' Ismail Kamus iaitu menulis surah Al Kahfi di atas kertas lalu digantung ke dinding bertujuan untuk mengelakkan rumah masuk pencuri juga harus hukumnya??

    Setiap bala musibah yang diberikan Allah SWT keatas saya dan semua umatnya adalah bertujuan mendidik dan mengingatkan manusia agar kembali kepangkal jalan sesuai dengan surah Asy Syura: 30 di bawah.
    Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

    Sekiranya ayat ini tidak mencukupi, sila lihat ayat lain surah An Nisaak:111.

    Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    Lihat pula surah Ghafir: 40 :
    Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

    Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
    “Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan;

    Saya menjangkakan ayat-ayat yang saya utarakan ini sudah mencukupi untuk merumuskan bahawa kita semua buat dosa dapat balasan musibah dari Allah.

    Berkenaan lelaki yang meruntuhkan rumahtangga orang lain hanya untuk menikahi isteri orang ini, bukankah ini satu satu dosa besar dan adakah balasan kemalangan kereta dan mendapat anak down syndrome ini tidak layak untuk lelaki peruntuh masjid tersebut? Kalau lelaki tersebut menikahi janda atau anak dara 2, 3 atau 4, ini digalakkan!!

    Seandainya sdr wongpaloh ingin sendiri melakukan eksperimen yang sama iaitu cari isteri orang, usahakan agar mereka bercerai dan sesudah itu kahwinilah isteri orang tersebut, lihatlah sendiri apa pula balasan yang bakal Allah SWT berikan kepada sdr.

    Bagi saya hidup didunia ini seolah-olah menjalani eksperimen sains iaitu buat A dapat Z dan buat B dapat Y. Saya sudah menyarankan ekperimen untuk sdr lakukan seperti eksperimen lipstick. Anda juga boleh melakukan eksperimen zina dan lihat apa pula akibatnya. Sdr juga boleh melakukan eksperimen jumpa bomoh dan ambil dan simpan tangkal untuk melihat kesannya.

    Bagi orang yang baru berilmu seperti ini, mereka hanya akan melihat A menyebabkan Z dan B menyebakan Y. Namun alhamdulilah terima kasih ya Allah, saya insyaAllah boleh menjelaskan secara terbalik iaitu seandainya seseorang mendapat Z kemungkinan puncanya ialah A dan seandainya seseorang mendapat Y kemungkinan puncanya adalah B.

    Orang yang rugi BESAR adalah orang yang apabila Allah berikan musibah, mereka gagal mencari punca mengapa Allah memberikan musibah tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  42. Sdr bebas untuk mengkaji ilmu sunnatullah.

    Saya ada sahabat lelaki yang mendapat seorang anak down syndrome, anak sulungnya. Dahulu waktu sahabat ini bercintan-cintan dengan isterinya sekarang ini, isterinya waktu itu girlfriendnya, wanita ini amat risau apabila lewat haid tambahan pula pasangan ini kerap berada di rumah wanita waktu keluarganya tiada dirumah. Anda fahamlah punca kerisauan wanita ini, maklumlah saya nak tuduh zina tak nampak.

    Di Johor bahru satu ketika dahulu satu pasangan di BBU ditangkap bersekedudukan dan rupanya pasangan adek beradek. Ketiga-tiga anak mereka down syndrome. Adakah balasan Allah ini tidak adil atau adakah surah yunus:27 dan surah Ghafir: 40 tidak boleh diguna pakai??

    Sesungguhnya saya telah banyak diazab Allah SWT dan saya dengan ini bersaksi bahawa sesungguhnya segala musibah tersebut amat layak bagi saya diatas segala kesilapan saya masa lampau. Terima kasih ya Allah kerana memberikan saya seorang guru yang banyak mengajarkan kepada saya pengajaran yang amat penting dari setiap musibah.

    Emjay

    ReplyDelete
  43. alhamdulillah terima kasih nurunnha. Cantik

    Emjay

    ReplyDelete
  44. bila masa sya kata air rebusan al-quran 7 hari 7 mlm? nampak sangat perangai tn hj yg cuba lari dari hujah sebenar serta menuduh orang. sya tidak pernah dengar orang yg beramal dengan rawatan tulisan ini merebus al-quran, ini hanyalah imaginasi tn hj semata-mata dalam usaha untuk menggambarkan betapa buruk dan sesatnya mereka ini. ini namanya fitnah tn hj.
    oleh kerana tn hj suka menjawap soalan saya dengan soalan, maka saya jawap soalan tn hj tentang Ismail Kamus dengan soalan ini, adakah tn hj ingin mensesatkan Ibnu Abbas r.a juga?. Dalam Tibb an Nabawi karangan Ibn Qayyim diriwayat Ibn Abbas r.a memerintahkan dua ayat ditulis untuk seorang perempuan yang sakit mengandung, ayat itu dibasuh dan airnya diminum. Ibn Qayyim juga meriwayatkan Abu Qilabah menulis beberapa ayat al-Quran, membasuhnya dan memberi minum kepada orang sakit. Adakah Tabi'in besar seperti Abu Qilabah juga sesat menurut tn hj emjay? selain itu ada riwayat-riwayat para sahabat menggantungkan al-Quran dan doa Rasulullah di leher anak-anak mereka.
    sudah tentulah apabila iktikad pemakai berubah dengan mengharapkan perlindungan drpd air dan tulisan itu, bukannya Allah, hukumnya berubah menjadi syirik. Sya sendiri secara peribadi bersetuju, dalam keadaan sekarang, eloklah tidak dibenarkan sama sekali penggunaan tangkal daripada ayat al-Quran.
    Sya hanya membentangkan secara ringkas apa hukum-hukum dan perbahasan yang ada tentang penggunaan air dan tulisan al-Quran. Supaya kita tidak semberono menghukumkan orang sesat atas perkara khilafiah. Membahaskan ilmu hendaklah berdisiplin dan beradab.
    Untuk pengetahuan semua, pembentang kertas kerja seminar JAIS yang Anakmurid katakan itu ialah Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, tn hj nak kata dia sesat, silakan. Ulama' besar yang membantah kertas kerja Dr Zulkifli pula ialah Ustaz Haron Din, tapi tn hj still nak kata dia sesat kan, sebab dia guna air jampi dan selawat syifa'. Yang penting kedua-dua ulama' ini tidak menyesatkan antara satu sama lain.
    Tn hj tak perlulah menyoal sya lagi, sebab ini lah tulisan terakhir sy di sini.

    ReplyDelete
  45. wongpaloh, orang marah kena jual. Cuba baca reply saya diatas berhati-hati berulang kali. Saya tidak mengatakan sdr merebus Al Quran tetapi saya (emjay) menyoal sdr soalan yang sama sekali lagi "Sekarang saya bertanya sekiranya saya merebus 7 Al Quran selama 7 hari 7 malam bagi menggantikan tulisan Al Quran bagi kegunaan-kegunaan tertentu, adakah hukumnya juga harus?" Sekiranya kita mengaharuskan tulisan alQuran dengan daawat zaafaran, maka secara logik mudah kita perlu mengharuskan air rebusan al Quran.

    Tak pasal pasal sdr menuduh pula saya memfitnah, kan haru tu.

    Adakah kisah membasuh ayat Al Quran lalu diminum tu ada dalam sahih Bukhari, Muslim dan Turmizi? Kisah minum air dari tulisan Al Quran banyak sekali dilakukan waktu mandi safar dahulu kala dan saya juga salah seorang yang melalui pengalaman ini dahulu. Namun amalan ini telah lama dihentikan kerana menyesatkan. Secara LOGIK akal yang mudah, kalau sudah dibolehkan tulis Al Quran lalu dibasuh dan diminum, bukankah lebih baik lagi rebus 100 Al Quran dalam kawah besar selama 40 hari lalu diminum??

    Bergurulah dengan siapa saja hatta dengan buku tulisan Ibn Qayyim tetapi janganlah bertaqlid buta. Ibn Qayyim bukan nabi baru yang maksum segala-galanya. Orang yang menerima segala tulisan (kalau benar sebagaimana dikatakan) oleh Ibn Qayyim adalah sebagai satu TONG SAMPAH. Berittibaklah. Carilah kebenaran diiringi doa bersungguh-sungguh. InsyaAllah jumpa. Dalam ilmu hadis, hadis dari Aisyah sekali pun tidak boleh sentiasa dijadikan hukum.

    Emjay

    ReplyDelete
  46. Sesat jalan tu adalah perkara biasa. Semua orang pernah sesat jalan btul tak? Belaja tinggi mana sampai jadi pilot kapalterbang pun pernah sesat jalan! Dalam perjalanan ke johor bahru (misalnya) pun kita boleh tersesat, terlajak. Last2 tembus ke tempat lain yang bukan dituju. So kalau dah terlajak atau tersesat tu cara paling wajar adalah dengan berpatah la balik ke jalan asal. Berpandukan singboard yang besar2 dan jelas tu follow jer lah. Walaupun kadangkala singboard tu mengelirukan. Kerajaan telah menciptakan singboard yang terbaik. Jelas, besar, terang, pantul cahaya bila malam dan sebagainya. Kita kenalah berusaha memahami singboard tersebut. Ingat kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan''. Kalau tak komfem atau kurang jelas lagi boleh bertanya dengan penduduk setempat yang lebih arif dengan jalan disekitar tempat mereka duduk. Insyaallah sampai kita ke tempat yang dituju.


    Tempat dituju - hujung kehidupan (kematian)
    Singboard. - AL-Quran & Sunnah..
    Penduduk. - Orang arif tentang islam.
    Jalan raya. - Perjalanan Kehidupan kita.

    ReplyDelete
  47. brader amirlia3!!! klu accident mcmane??? hihihi..sori saja gurau supaya dapat merenggangkan otot2 muka yg ketat kerana terlalu serius..hihihi..maap sekali lagi kerana menyampuk@menyibuk hihihi...

    ReplyDelete
  48. Ha ha haa..
    Klu time eksiden tu terjadi kat jalanraya tak perlu risau. Memang komfem kita akan diselamatkan oleh orang awam dan pihak berwajib. Lepas tu pasti kita akan dipulangkan pada waris kita atau tempat tinggal kita untuk dikebumikan. Jenazah kita pasti akan diuruskan sehingga selesai.
    Tapi klu time tu kita dah terlajak masuk dalam hutan. Pastu sesat cari jalan keluar tak jumpa. Termasuk pulak dalam gaung yang dalam. Kerana gaung tu dalam jatuh terhempas kenderaan kita tu. Meletop la pulak abis terbakor. Apa pun ta bulee! Makanyaaa mati katak la kita dalam tuh! Kalau jumpa pun dah terlambat. Dah tinggal rangkaa jer..! Tu klu jumpalah. Klu x jumpa mintak maaflah!
    Moralnya.. Janganlah kita sesat sampai terjadi seperti perkara diatas. Begitu malang sekali nasibnya. Zaman sekarang kan dan moden dan berevolusi. Dalam pemanduan kita seharian pun kan dah terciptanya GPS. Gunakannya! Insyallah susah nak sesat kalau pakai benda tu! Nak murah skit map (peta) pun ada. Jangan bila rasa dah sesat tuu terus redaahhh jer. Cepat2 lah 'kembali ke pangkal jalan''. He heee..!

    ReplyDelete
  49. Ha ha haa.. Mak aii! Ada eksidennya pulak..!
    Klu time eksiden tu terjadi kat jalanraya tak perlu risau. Memang komfem kita akan diselamatkan oleh orang awam dan pihak berwajib. Waris kita akan dihubungi. Kemudian kita akan diserahkan pada waris dan kembali ke tempat tinggal kita. Bila dah sihat bolehlah kita memulakan perjalanan kita semula. Kalau eksiden teruk hingga membawa kematian kita akan dikebumikan dengan sempurna. Insyaallah, Jenazah kita pasti akan diuruskan sehingga selesai.
    Tapi klu time tu kita dah terlajak masuk dalam hutan. Pastu sesat cari jalan keluar tak jumpa. Termasuk pulak dalam gaung yang dalam. Kerana dalamnya gaung tu jatuhlah terhempas kenderaan kita tu. Meletop la pulak abis terbakor. Klu tak tebakor pun kojol gak xde saper nak bagi bantuan. Kena makan binatang buas lagi. Fuhh ngerriiii!! Makanyaaa mati katak la kita dalam tuh! Kalau jumpa pun dah terlambat. Dah tinggal rangkaa jer..! Tu klu jumpalah. Klu x jumpa mintak maaflah!
    Moralnya.. Janganlah kita sesat sampai terjadi seperti perkara diatas. Begitu malang sekali nasibnya. Zaman sekarang kan dah moden dan berevolusi. Dalam pemanduan kita seharian pun kan dah terciptanya GPS. Gunakannya! Insyallah susah nak sesat kalau pakai benda tu! Nak murah skit map (peta) pun ada. Jangan bila rasa dah sesat tuu terus redaahhh jer. Cepat2 lah 'kembali ke pangkal jalan''. He heee..

    ReplyDelete
  50. nampaknya bab2 ilmu merapu ni semoga banyak yang dah paham n sedar tentang kebodohannya. he he hee.. Alhamdulillahhh!!

    ReplyDelete
  51. Alhamdulillah dah jawap

    Emjay

    ReplyDelete
  52. Tuan Emjay.Maaf,sy nk tanya satu soalan.Bolehkah kita amalkan doa "Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim" utk memudahkan urusan.Caranya dgn di wiridkan doa tsb sebyk mungkin.Sy difahamkan doa ini menjadi amalan kumpulan tarikat tertentu. Atau adakah doa ini sahih dr Rasulullah? Amalan wirid doa ini mmg byk diguna oleh rakyat negara kita.

    ReplyDelete