Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday 25 February 2011

Mesej dari Allah SWT yang enggan difahami bahg 2, taksubnya mereka dengan ustaz garam

Mesej dari Allah SWT yang enggan difahami bahg 2, taksubnya mereka dengan ustaz garam
Assalamualaikum wbh
Pada 21 Julai 2008 saya telah menulis artikel bertajuk Rumah engkau kosong, tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/07/rumah-engkau-kosong-tu-sebab-syaitan.html . Cerita tentang Sarah yang kerasukan. Ayahnya setelah dinasihati masih lebih berminat untuk berusaha dengan golongan perawat dari Dar** Sy***. Kini Sarah kehilangan hampir segalanya. Tunangnya telah meninggalkannya. Pekerjaannya sudah tiada. Kewarasannya juga telah berkubur. Maruah sudah lama hilang. Kini berita terbaru adeknya pula sudah menunjukkan tabiaat seakan mengulangi sejarah kakaknya Sarah.
Pada 23 Julai 2007 alhamdulillah saya telah menulis artikel bertajuk Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!! di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/mesej-dari-allah-yang-tidak-mahu.html . Di dalam artikel ini saya ada menulis cerita tentang seorang ustaz yang agak terkenal satu waktu dahulu diberikan mesej berat oleh Allah SWT dimana isteri bersama semua anaknya membuangnya dengan menuntut cerai fasakh.  Saya ulang cetak semula sebagai:
Seorang hamba Allah yang mengamalkan rawatan mirip rawatan Islam Da*** Sy*** dan seorang guru agama yang sudah hampir pencen sedang menghadapi masalah keluarga yang rumit dan hampir bercerai. Sudah ada cucu namun hampir bercerai. Walau pun seorang guru agama, hamba Allah ini gemar berjumpa dan berurusan dengan bomoh!. Allah memberikan mesej yang jelas bahawa ada sesuatu perbuatan hamba Allah ini yang Allah tidak redha dan perlu taubat.
Saya namakan ustaz ini sebagai Ahmad. Kini permohonan  isteri ustaz Ahmad yang menuntut cerai fasakh tersebut sudah dizinkan mahkamah. Berjayalah isteri dan semua anak-anak membuang si ustaz ini. Ini adalah satu mesej berat dari Allah SWT.
Setelah diputuskan mahkamah bahawa perkahwinan ustaz ini dengan isterinya sudah  berakhir, ustaz Ahmad yang kesunyian ini pun berkahwinlah dengan seorang wanita lain. Tinggallah ustaz ini dengan isteri barunya disebuah banglo besar.  Banglo besar ini milik bersama ustaz dengan jandanya. Namun bayaran hutang bulanan dibayar oleh jandanya seorang diri.
Setelah berkahwin dengan isteri baru, Allah SWT memberikan lagi mesej berat kepada ustaz ini. Isteri baru mengalami kerasukan. Menurut mereka yang menasihati ustaz ini, rumah banglo ini berhantu menyebabkan isterinya kerasukan. Maka dengan sedih ustaz dan isteri baru meninggalkan rumah banglo besar.  SubhanaAllah  maha halus Allah SWT mengeluarkan ustaz dan isteri baru dari rumah banglo yang dibayar oleh jandanya setiap bulan dari potongan gajinya.
Ustaz ini kelihatan begitu islamik sekali, dulu bergaji besar mengajar kelas agama, lulusan Al Azhar,  tidak ketinggalan mengajar kelas agama di beberapa masjid dan dahulu berkawan baik dengan Ha*** D** dan Is*** K****.  Kini sejarah ustaz Ahmad ini seolah-olah diulangi lagi oleh seorang lelaki lain yang saya namakan Saiful.

Saiful sewaktu belajar dahulu aktif bergerak dalam ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Sesudah tamat belajar dapat pekerjaan yang baik. Satu antara sifat Saiful adalah minat Islam dan rajin ke masjid dan juga surau.

Pada tahun awal 1990an, Saiful mendapat seorang isteri bekerja sebagai pendidik.  Selepas setahun berkahwin selepas dapat anak pertama rumah tangga Saiful mulai dilanda badai. Apabila bermasalah, mulalah Saiful berusaha mencari jalan penyelesaian. Cara mudah bagi kebanyakan orang Melayu menyelesaikan masalah ialah jumpa ustaz / bomoh. Mulalah Saiful mencari ustaz/bomoh dekat Taman Suria. Apa lagi bila balik ustaz/bomoh memberikan air untuk mandi si isteri. Apa yang dilihat selepas mandi, isteri bukan semakin pulih malahan lagi tambah brutal.  Ini adalah satu mesej dari Allah SWT namun masih belum mampu dipelajari oleh Saiful.

Selepas itu,  atas nasihat emak mertua, Saiful membawa isteri bertemu dengan ustaz/bomoh. Dalam sesi rawatan ustaz/bomoh ada menggunakan pelepah pinang (mayang pinang) dan apabila balik diberikan air lagi untuk mandi si isteri. Sesudah mandi isteri juga bukan semakin pulih malahan tambah brutal. Ini adalah satu lagi mesej dari Allah SWT namun masih belum dipelajari oleh Saiful.

Masalah Saiful dengan Isteri semakin parah namun Saiful meneruskan usaha yang sama sebagaimana dahulu. Kini Pusat Rawatan Dar** Sy*** di Seelong semakin kerap dirujuk oleh Saiful. Ustaz Hu*** dari pusat rawatan ini sudah semakin rapat kerana kerap dikunjungi. Namun masalah isteri macam tiada penghujung. Ustaz Fau** dari Bandar Baru Uda pula dirujuk. Ustaz Fau** adalah kawan baik Datok Is*** Ka***. Semakin banyak garam, lada hitam diberikan untuk ditabur sekeliling rumah. Semakin banyak air mandian untuk si isteri . Namun atas usaha gigih Saiful ini, mesej yang diberikan Allah SWT adalah sang isteri tambah lagi brutal.
Akibat masalah tambah parah, lebih ramai ustaz/bomoh yang ditemui Saiful. Ada yang memberikan limau untuk menjadi ramuan mandian sang isteri.  Namun mesej yang diberikan Allah SWT tetap sama iaitu isteri semakin brutal.

Isteri tambah parah dan brutal. Klimak masalah ini ialah azab perit menghinakan diberikan Allah SWT sebagai mesej berat untuk menjadi iktibar. Isteri saiful mengalami kerasukan. Selama bertahun-tahun isterinya kerasukan.  Bayangkanlah, Saiful orang masjid/surau, isterinya seorang pendidik namun mengalami kerasukan bertahun-tahun. Saiful pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa surau untuk beberapa tahun.

Saiful semakin buntu dengan masalah kerasukan isterinya. Mesej dari Allah SWT tidak dapat dimanfaatkan. Pada tahun 200* Saiful membawa isterinya bersama-sama menunaikan umrah dengan harapan usaha tersebut dapat menyelesaikan masalah kronik yang dihadapi mereka.
Modal ribuan ringgit dilabur untuk umrah ini dengan harapan menggunung mengharapkan rahmat dari Allah SWT. Rahmat dipinta namun balasan dan mesej dari Allah SWT ialah kehidupan Saiful dan isteri semakin tambah kronik. Selepas mereka kembali  dari umrah. Isteri sudah hendak lari dari rumah bersama anak-anak mereka.

Secara senyap isteri Saiful mengisi  borang  bertukar tempat kerja dikampung asalnya di ***** untuk tinggal bersama ayah ibunya. Dengan kuasa Allah SWT, permohonan bertukar tempat kerja diluluskan oleh majikannya.  Akhirnya sang isteri dengan perancangan rapinya meninggalkan Saiful jauh darinya dengan membawa bersama anak-anak kesayangan Saiful.  Kini sudah lama Saiful bersendirian ditinggalkan isteri dan anak-anak. Sayang isteri kalau mati atau bercerai boleh kahwin lain namun anak-anak yang sudah membesar bolehkah ditukar ganti?

Inilah secebis kisah manusia yang gagal memahami berbagai mesej dari Allah SWT. Minggu lalu Saiful datang ke rumah mengadu masalahnya. Saya sudah menceritakan kisah ustaz Ahmad di atas yang mirip kisah hidupnya. Ustaz Ahmad sama seperti Saiful cukup taksub dengan garam, lada hitam, kacang hijau, limau untuk mandi dan berbagai air jampi untuk mandian. Mereka iaitu Saiful dan ustaz Ahmad cukup taksub dengan Pusat Rawatan Da*** SY*** dan mereka yang mirip kaedah rawatan dengan pusat rawatan ini.

Saya memberitahu kepada Saiful bahawa sekiranya Allah SWT redha dengan kaedah rawatan menggunakan garam dan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, insyaAllah mesej dari Allah SWT adalah masalah isteri Saiful sudah lama selesai. Namun kerana percaya dengan perbuatan yang khurafat inilah maka semakin ditabur garam lada hitam serta mandi berbagai air jampi ini, isteri Saiful semakin parah sehingga membawa kepada kerasukan bertahun-tahun dan akhirnya bersendirian ditinggal isteri dan anak-anak.

Saya seterusnya memberitahu Saiful untuk datang belajar ilmu tauhid di rumah saya pada pukul 9 malam hari Rabu 23 Feb 2011. Hanya dengan ilmu, amal dan redha Allah SWT insyaAllah masalah Saiful dapat diselesaikan oleh Allah SWT. Setelah puas menunggu kedatangan Saiful, rupanya sejarah Sarah dan bapanya (http://laman-emjay.blogspot.com/2008/07/rumah-engkau-kosong-tu-sebab-syaitan.html) berulang lagi. Mungkin Saiful bertambah yakin dengan kaedah rawatan Da*** SY*** dan yang seangkatan dengannya. Saiful tidak mahu dan mencuba langsung kaedah penyelesaian mengikut cara saya iaitu dengan belajar ilmu tauhid.

Soalan saya yang bermain dikepala ialah “Bilalah Saiful nak belajar  dari mesej yang diberikan Allah SWT kepadanya??”. Apabila melihat rupa paras Saiful sewaktu berkunjung ke rumah saya dahulu, saya amat kasihan kepadanya dan bersetuju untuk membantunya namun apalah daya saya sedangkan Nabi Muhamad SAW pun gagal mengubah agama bapa saudara kesayangannya iaitu Abu Talib. Inikan pula saya Emjay yang lemah ini.

Menggunakan garam dalam rawatan berkaitan gangguan jin adalah satu khurafat yang membawa kerosakan akidah. Bacalah artikel saya bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/asal-usul-menggunakan-garam-dalam.html . Samalah juga menggunakan lada hitam dan kacang hijau untuk menangkal syaitan. Mandi air jampi juga bukan satu kaedah rawatan dalam Islam. Apatah lagi air Musoffa dan segala air sejenisnya yang dibuat dari tulisan Al Quran di pinggan putih. Sekiranya air jampi mandian adalah ajaran Islam, bukankah lebih baik setiap tangki air utama di setiap taman / kawasan dimasukkan air jampi mandian ini??

Sebagai rumusan, berdoalah kita semua kepada Allah SWT agar setiap mesej dariNya dapat difahami oleh kita semua semoga kelak mudah kita membetulkan langkah semoga setiap langkap diredhai Allah SWT dan dibalasi dengan pelbagai rahmat yang amat kita perlukan. Elakkan berurusan dengan ustaz/bomoh yang memberikan garam, lada hitam, kacang hijau, air jampi untuk mandian hatta air jampi untuk di minum kerana Nabi Muhamad SAW tidak pernah mengajarkannya. Sebaik-baik contoh adalah Nabi Muhamad SAW.
  
Maka, manfaat dan bencana yang kita terima berasal dari Allah, oleh karena itu kisah Nabi Musa ini mungkin boleh untuk kita jadikan renungan.

Diceritakan bahwa Nabi Musa pernah mengeluh kepada Allah karena menderita sakit gigi. Maka Allah memerintahkan:
Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigimu!” Lalu Nabi Musa melakukan apa yang telah diperintahkan Allah, sehinga sakitnya mereda seketika. Kemudian setelah beberapa saat, sakit gigi yang dialami Nabi Musa kembali sakit lagi. Maka Nabi Musa mengambil kembali rumput itu dan meletakkan pada giginya. Ternyata yang terjadi bukan sakitnya berkurang, melainkan bertambah parah beberapa kali ganda. Merasa sakitnya makin parah, Nabi Musa pun mengadu kembali kepada Allah: “Ya Tuhanku, bukankan engkau menyuruhku melakukan ini dan telah menunjukkan aku padanya?”

Allah menjawab: “Hai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyehatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Engkau menuju kepada-Ku untuk yang kali pertama, lalu aku hilangkan penyakitmu. Sekarang engkau menuju rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”

Berdasarkan kisah ini, berubat dengan rumput dibolehkan dengan syarat tawakkal hanya kepada Allah SWT dan bukan kepada ubat. Maknanya seseorang yang berubat perlu ada ilmu  tauhid bahawa hanya Allah SWT yang mampu menyembuhkan penyakit.
Berubat dengan garam untuk menghalau syaitan sememangnya tidak ada dalam perubatan islam malah ia hanya membawa kepada kesyirikan. Guna garam untuk memasak tu adalah. Tambahan pula usaha mengelakkan gangguan syaitan menggunakan garam ini adalah berasal dari amalan orang kafir. Jadi elakkanlah.

Dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”

Balasan setimpal dengan kesalahan ini diberikan Allah SWT kepada kita sebagai mesej agar kita sentiasa diperingatkan Allah SWT akan setiap kesalahan kita semoga kita semua dapat bertaubat  dan kembali ke pangkal jalan. Ingatlah An Nisaak: 79
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri
 Saiful sedang Allah berikan seksaan yang amat berat sehingga dirinya menjadi begitu hina  ditinggalkan anak-anak serta isteri. Sekiranya usaha sekian lama Saiful bertemu Dar** Sy*** sekian lama diredhai Allah, wajar sekali Saiful menerima rahmat sebagaimana Firman Allah SWT sebagaimana Allah SWT nyatakan dalam A-li Imraan: 132
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
Al An’aam: 147
Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa.
Ingatlah bahawa apabila kita banyak melakukan kebaikan iaitu selalu melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan sebarang yang dilarang, insyaAllah diberikan kita rahmat sebagaimana janji Allah SWT dalam Ali Imraan:132 di atas namun apabila melakukan perbuatan berdosa, ingatlah janji Allah yang bakal memberikan seksaNya sebagaimana ayat  Al An’aam: 147 di atas.

Dosa mensyirikkan Allah seperti menggunakan tangkal dan garam lada hitam  itu adalah membawa mala petaka terperit  seperti azab yang sedang dilalui Saiful sekarang ini.  Belajarlah mentafsir mesej-mesj dari Alah SWT. Mesej-mesej dari Allah SWT ini sudah menjadi satu hukum sunnatullah seumpama pokok kelapa yang ditabur garam akan semakin subur manakala pokok rambutan yang dibaja garam pula akan mati. Allah SWT sentiasa memberikan mesej melalui rahmat dan azab untuk memberikan pendidikan kepada kita semua. Saya alhamdulillah sudah diberikan pelbagai azam perit kerana melanggar peraturan yang ditetapkan olehNya dan saya berdoa semoga rahmat yang diberikan olehNya tidak ditarik semula malahan sentiasa ditambah.

Kepada Saiful, kembalilah ke pangkal jalan, tinggalkanlah kerja khurafat guna garam lada hitam kacang hijau limau nipis dan mandi air jampi. Ianya hanya menjauhkan rahmat Allah SWT.

Sekian Wallahu’alam wassalam.

Emjay