Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday 9 July 2012

Bolehkah kita amalkan doa "Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim"


Bolehkah kita amalkan doa "Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim"
Bismillahirrohmanirrohim (Updated 14 Januari 2020)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assamualaikum warohmatullahiwabarokatuh
Hari ini saya sudah menyempurnakan tugasan penting setiap semester iaitu memasukkan markah, Alhamdulillah. Adalah masa untuk mebelek Laman Emjay. Di dalam Guestbook Laman Emjay terdapat soalan berbunyi begini:
“Tuan Emjay.Maaf,sy nk tanya satu soalan.Bolehkah kita amalkan doa "Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim" utk memudahkan urusan.Caranya dgn di wiridkan doa tsb sebyk mungkin.Sy difahamkan doa ini menjadi amalan kumpulan tarikat tertentu. Atau adakah doa ini sahih dr Rasulullah? Amalan wirid doa ini mmg byk diguna oleh rakyat negara kita.”
Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim. Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan
Soalan “adakah doa ini sahih dr Rasulullah?.
Jawapan saya:
Menurut dari seorang yang saya rujukkan soalan ini, beliau berkata bahawa doa ini adalah dari hadith. Menurut beliau lagi dalam Al Quran juga terdapat doa yang mirip doa ini walau pun bukan dalam perkataan yang sama tetapi maksudnya adalah sama.
Kini saya cuba menjawab solan utama daripada penanya soalan ini “Bolehkah kita amalkan doa "Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim" utk memudahkan urusan. Caranya dgn di wiridkan doa tsb sebyk mungkin
Mengamalkan doa ini adalah dibenarkan kerana terdapat dalam hadis. Sekiranya tidak terdapat dalam hadis pun, doa ini sememangnya boleh di amalkan kerana selari dengan konsep doa. Dalam doa ini, orang yang berdoa meminta segala urusannya dimudahkan dan bukan dipersusahkan oleh Allah SWT.
Namun apa yang penting adalah bahawa orang yang beramal dengan doa ini hendaklah BERDOA dan bukan MEMBACA DOA. TV dan radio boleh membaca doa tetapi tidak boleh berdoa manakala manusia sepatutnya berdoa dan bukannya membaca doa.
Apa yang berlaku dewasa ini di Malaysia, ramai orang membaca doa dan bukannya berdoa. Ramai orang mengamalkan membaca doa "Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".) QS. Al Baqoroh 201.
Sememangnya Allah SWT telah mengajarkan umat manusia untuk beramal dengan doa ini sebagaimana di dalam Al Baqorah 201. Namun kita sebagai umat Islam perlu memahami apakah itu DOA? Doa bererti memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada Allah s.w.t yang Maha Pemurah. Allah s.w.t. menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepadaNya seperti firman di bawah yang bermaksud:
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mu’min:60)
Dalam ritual doa, pemohon berkomunikasi dengan Allah SWT samaada secara lisan atau didalam hati menggunakan satu bahasa yang difahami untuk memohon sesuatu hajat. Sekiranya seseorang beramal dengan doa Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar hanya kerana diajarkan pak ustaz bahawa doa ini amat baik sekiranya diamalkan tanpa memahami apakah maksud sebenar doa ini, maka sesungguhnya pengamal ini telah membaca doa dan tidak berdoa.
Allah SWT melalui Surah Al-Mu’min:60 di atas menyuruh hambaNya berdoa dan bukan membaca doa!! Kalau kita sekadar membaca doa dan tidak berdoa, bagaimana Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut??
Untuk memahami lebih lanjut, marilah kita (orang yang tidak memahami bahasa Arab @ tidak mengerti maksud doa Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar ) semua berdoa dengan bahasa “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”. InsyaAllah sesudah kita berdoa dengan doa ini, hati kita akan terasa sayu dan tersentuh. Inilah antara kesan dari berdoa  dan kesan atau impak ini tidak akan diperolehi oleh orang yang sekadar MEMBACA DOA walau pun doa tersebut adalah doa yang baik sama ada dari Al Quran atau Al Hadis. Masalah sebegini tidak akan berlaku kepada orang Arab atau orang yang memahami bahasa Arab kerana sesungguhnya mereka berdoa kerana mereka mamahami apa yang telah mereka perkatakan kepada Allah SWT.
Tambah memudaratkan kepada mereka yang mengamalkan doa bahasa Arab tanpa memahami doa tersebut adalah apabila mereka beriktikad/berkeyakinan bahawa “doa ini amat baik dan boleh memberikan rahmat / perkenan”. Mereka ini sama sekali tidak memahami konsep doa dan menyangkakan bahawa amalan doa ini boleh mendatangkan perkenan bukan dari Allah SWT tetapi dari amalan doa tersebut. Inilah konsep yang diamalkan oleh orang yang membaca mantera seperti “Niat engsoon matakaji .......”. Hanya dengan membaca amalan mantera pembaca beriktikad amalan ini dapat memberikan sesuatu perkenan”. Dalam cerita Harry Porter pun terdapat banyak amalan membaca mantera yang mereka sendiri tidak faham maksudnya namun mereka beriktikad bahawa amalan membaca mantera ini akan memberikan perkenan. Ini adalah suatu perbuatan syirik.
Iblis yang masih hidup dari zaman tok Adam dahulu amat memahami perkara ini. Itulah yang diajarkan kepada rakan-rakan mereka di kalangan manusia untuk mengamalkan banyak sekali amalan sesat seperti umpamanya amalan membaca bismilah 6. 




Kononnya dengan mengamalkan bismillah 6 ini maka mereka akan memperolehi:
Fadhilat dan fungsi bismillah 6


  1. Makbul segala hajat dan cita-cita
  2. Luas rezkinya
  3. Menang dalam peperangan
  4. Penerang hati
  5. Dijauhkan dari segala penyakit.
  6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  7. Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  8. Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  9. Aman daripada binatang2 buas.
  10. Air laut menjadi tawar.
  11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
  12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  14. Terselamat dari karam dilaut.
  15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
  17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
  18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  21. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Sebenarnya apabila ada seseorang menyampaikan sesuatu amalan seperti amalan Bismillah 6 ini, semaklah sama ada amalan ini ada dalilnya atau tidak. Maksudnya ialah adakah ilmu amalan ini sahih diajarkan Oleh Allah SWT melalui Al Quran atau hadis sahih. Jika tidak ada sebarang dalil sahih maka sebenarnya siapakah yang bakal memberikan 20 fadilat sebagaimana senarai fadilat di atas? Fahamilah ayat Al Quran Surah Fussilat [23]
"Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"

Sesungguhnya mengamalkan bismillah 6 ini hanya akan membawa pengamalnya kepada syirik kerana berharap dan bertawakal bukan kepada Allah tetapi kepada amalan bismillah 6. Inilah apa yang Al Quran maksudkan melantik Tuhan baru selain Allah SWT. Tuhan baru ini ialah amalan bacaan bismillah 6. Fahamilah Al Quran surah Saba' [22] Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, ...."

Terjemahan bacaan Bismillah 6 hanya menjelaskan sifat Allah dan tiada sebarang doa pun di dalam bacaan tersebut. Amalan ini bukan diajarkan oleh Nabi Muhamad SAW tetapi diajarkan oleh Iblis. Kalau benarlah manfaat membaca bismillah 6 sebagaimana tulisan di atas, umat Islam hari ini sudah menguasai dunia kerana tidak ada musuh yang dapat membunuh, semua umat Islam kaya raya, sihat walafiat, sentiasa menang peperangan, bijak pandai kerana terang hatinya dsbnya. Perlulah diingat bahawa umat Islam termasuk umat Islam di Malaysia adalah sangat lemah. Nak bersaing dengan bangsa Cina dalam ekonomi pun tak terkejar.
Amalan membaca doa yang salah adalah ibarat mengamalkan bismillah 6. Kedua-dua amalan adalah syirik kerana melantik tuhan baru iaitu berharap / berdoa / bertawakal kepada amalan. Samalah dengan beramal puasa 40 hari PATIGENI dimana pengamal berharap / berdoa / bertawakal kepada amalan untuk selain Allah SWT.

Selain amalan sesat Bismillah 6 ini, terdapat pelbagai varian lain diciptakan iblis seperti Bismillah 5. Cukuplah. Tinggalkanlah segala amalan sesat syirik ini. Berat dosanya. Lebih berat apabila dihumbankan ke Neraka dan kekal abadi di sana.


Amalan berikut ada dalil sahihnya;


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Artinya:
“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Dibaca 3 x)
Faedah: Barangsiapa yang mengucapkan dzikir tersebut sebanyak tiga kali di pagi hari dan tiga kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya. 
(HR. Abu Daud no. 5088, 5089, Tirmidzi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3869. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.)
Memandangkan hadis ini adalah hadis hasan maka bolehlah beramal dengannya. InsyaAllah semoga Allah menunaikan janjiNya apabila seseorang beramal dengannya.
Amalan sebagaimana hadis  ini terkandung di dalam bismillah 5.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Mari kita lihat Bismillah 5 serta fadilat yang diyakini oleh orang ramai.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.


Fadhilat Bismillah 5


Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:


1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Komen saya berkenaan Bismillah 5 ini ialah ;
1. Meyakini Bismillah 5 adalah pendinding adalah merosak akidah. Pendinding atau pelindung bagi manusia hanyalah Allah SWT. Fahamilah Al Quran Az Zumar ayat 3; Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. 
Mengharapkan bantuan daripada sesuatu yang mana hal tersebut merupakan hak Allah semata-mata adalah syirik!! Orang Hindu dan Budha juga mengharapkan perlindungan  dan pertolongan daripada berhala.


2. Meyakini  Bismillah 5 adalah ayat penyembuh merosak akidah kerana syirik. Berubat dibenarkan tetapi ia adalah sekadar usaha. Hanya Allah sahaja yang berhak memberikan kesembuhan. Fahamilah ayat Al Quran surah 
Asy-Syu'araa' [80] "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;.
Mengharapkan bantuan kesembuhan daripada Bismillah 5 yang mana hal tersebut merupakan hak Allah semata-mata adalah syirik!! Orang Hindu dan Budha juga mengharapkan kesembuhan daripada berhala mereka.
3. Sembilan (9) fadilat sebagaimana diatas adalah sesuatu tafsiran yang melampau untuk menceritakan hadis Abu Daud dan Tirmizi diatas iaitu segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya kepada pengamalnya. Sekiranya ingin beramal dengan hadis ini, silakanlah tetapi elakkanlah dengan meyakini 9 fadilat tersebut.
Begitulah juga didalam Kitab Sesat Mujarrobat sebagai satu contoh diajarkan bahawa sesiapa yang membaca doa nabi Ibrahim ........ maka akan diselamatkan dari fitnah dunia seperti kebakaran, tenggelam, diserang musuh, kecurian atau sakit. Kalau berhutang akan selesai hutang. Kitab sesat ini mengajarkan kita membaca “mantera” dimana pengamal akan membaca doa mantera tanpa mengerti pun maksud bacaannya. Mereka berharap / bertawakkal kepada amalan ini dan mereka sama sekali tidak berdoa kepada Allah sebagaimana diajarkan Islam.
Untuk memahami lebih lanjut duduk perkara yang dipersoalkan, marilah kita memahami mengapa JAKIM menetapkan peraturan persilatan sebagaimana di http://www.silatmelayu.org/profiles/blogs/garis-panduan-silat-menurut , rujuk perkara 3.2.1 :
(a)    Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat.  
Pada zaman dahulu ramai  tok guru silat kerap berkata “wahai anak murid, kalau tidak mahu amalan silat kamu merosot, kamu semua kamu hendaklah menjaga solat, puasa dan segala amal ibadah lain”. Akibat dari nasihat tok guru silat ini ramai anak muridnya menjaga solat, puasa dan ibadah lainya kerana mereka takut ilmu silat mereka merosot. Maka mereka semua ini telah melakukan solat, puasa dan ibadah lainnya bukan kerana Allah SWT tetapi semata-mata kerana menjaga ilmu persilatan. Syiriklah mereka. Kalau pun mereka mengamalkan solat, puasa serta ibadah lain untuk Allah serta menjaga ilmu persilatan mereka, mereka juga sudah pun SYIRIK kerana mengamalkan ibadah untuk selain Allah atau dalam bahasa lain melantik tuhan baru.
Islam juga telah menetapkan bahawa segala ibadah HANYA untuk Allah. Amalan Puasa PATIGENI selama 40 hari adalah puasa bukan untuk Allah tetapi untuk mendapatkan ilmu tertentu. Allah tidak pernah memerintahkan amalan ibadah puasa patigeni 40 hari. Melakukan sebarang ibadah untuk selain Allah SWT telah ditetapkan ulamak sebagai sebagai perbuatan merosak akidah.
Orang-orang yang jahil seperti ini akan tercari-cari sepanjang hidup mereka doa-doa khas untuk tujuan tertentu seperti berjaya dalam temuduga, doa untuk mencari pasangan hidup, doa untuk sembuh penyakit, doa untuk melindung harta dari kecurian, doa untuk menggunakan kenderaan yang baru dibeli dsbnya. Pada mereka doa mesti dalam bahasa Arab seolah-olah Allah SWT hanya memahami bahasa arab sahaja!
Mengamalkan doa "Rabbi Yassir Wala Tuaassir, Ya Karim" bagi orang Arab atau orang Melayu yang memahami bahasa Arab atau yang mengerti terjemahannya tidak menjadi kesalahan atau diharuskan. Juga tidak menjadi kesalahan bagi orang Melayu beramal dengan doa “Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan, Ya Karim”. Namun bagi saya, lebih menyarankan berdoa dalam bahasa Melayu iaitu “Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah Kau susahkan, Ya Karim” kerana ianya lebih tepat dipanggil sebagai doa iaitu komunikasi antara hamba dengan tuhannya menggunakan bahasa yang difahami oleh orang yang berdoa. Kaedah ini juga dapat membantu kita mengelakkan diri dari mengamalkan doa dengan kaedah yang salah dan juga mengelakkan berdoa dengan doa sesat seperti minta kepada wali, malaikat dan nabi-nabi.
Semoga menjawab pertanyaan
Wallahu’alam
Emjay

37 comments:

  1. saya amat bersetuju dengan tuan emjay sarankan mengenai berdoa, walaupun penyampaian tuan kelihatan menyakitkan hati pada yang tidak memahami maksud berdoa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    Sampaikanlah yang hak walau pun pahit.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Tuan Emjay.maaf,saya ingin bertanya.Manakah yang lebih baik,menyebut Saiyidina dalam selawat atau tidak menyebut saiyidina dalam selawat?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh

    Nabi bersabda mafhumnya "solatlah kamu sebagaimana engkau lihat aku solat". Dalam solat nabi tiada saiyidina. Puak yang lagi teruk ada pula maulana.

    Tinggalkan yang bidaah ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum. alhamdulillah saya dapat banyak faedah dan pengetahuan melalui laman web tuan, terutama kesesatan yang berlaku dalam perubatan altenatif yang berada dalam negara kita. saya ingin mengetahui beberapa lagi perubatan altenatif ini yang belum di bongkar betul atau salah. minta jasa baik tuan memberikan penjelasannya kerana ramai yang menggunakannya;

    1. Darul Ilaj, Kulai Johor- saya pernah berubat. dia guna batu kristal, dia pegang dan ramalkan anak saya di kampong dah ada gangguan makhluk halus 2 tahun.pusat perubatan ini dikendalikan oleh seorang prof. dr yang pernah belajar di mesir. merupakan pelajar melayu pertama belajar dengan sheikh wahid al-bali.

    2. Sinar zamzurani- ustaz Syarhan- Ada yang mengatakan beliau mengambil ilmu dari neneknya dikampong sebelum belajar di mesir dan belajar dengan sheikh wahid al bali. boleh mengeluarkan kaca dari mulut pesakit dan lain-lain yang pelik.mashur di tv. berasal dari machang kelantan. ramai anak murid.

    3. Darul Saka- Tok Belagak- belajar ilmu dan wirid Fataniah dari sheikh Anuar (pengasas Seni silat Gayong Petani) sheikh Anuar mengambil ilmu dari Sheikh Ramli b. Abdul Rahman (guru Lebai Din-ayah Harun Din). minta penjelasan Rawatan Darul Saka ini kerana ramai ust di kampong saya mengambil ilmu dari beliau. mereka ini boleh scan pesakit. dapat tahu berapa jin ada dalam badan pesakit dan banyak lagi yang pelik-pelik.

    4. Pusat perubatan islam al-kiswah - ustaz hayat di temerloh. anak murid di klang,- mengamalkan tarikat Nasanbadiah al-hakkani- tarikat ini telah difatwakan haram oleh Jakim. Apa hukum berubat dengan mereka, dan apa kaedah perubatan mereka.

    5. RIDAM- Kemaman-Terengganu- pengasas ustaz.

    6. TIAF(Terapi Islam al-Fatah)-Pengasas ustaz wan Asrul-mengamalkan amalan Khatamu Nubuwah, bismilah 6,Kaedah Mengesan perkara bathil di premis atau restoran. (Asbab)dan lain-lain. minta penjelasan teperinci dari tuan

    7. Al Manarah- Kuang, Selangor.pengasas Dj. Jahid- menggunakan kaedah ketukan dengan kayu nona. pengamal tarikat ahmadiyyah, Qadiriyyah nasanbadiyah (tidak diharamkan Jakim) untuk pengetahuan tuan saya dan keluarga dalam proses rawatan di Manarah.saya tak tahu lagi kemana nak pergi berubat.tolong saya emjay

    Maaf kerana banyak bertanya.minta penjelasan dari Tuan

    ART

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Maaf lewat menjawab emal yang sama dari sdr.

    Berkenaan soalan sdr, berikut adalah jawapan saya:

    1. Amalan Darul Ilaj hendaklah ditolak berdasarkan menggunakan batu kristal dan boleh pulak mereka meramal. Bukankah perkara ghai hanya Allah yang mengetahuinya?

    2. Amalan Ustaz Syarhan hendaklah ditolak berdasarkan mereka buat benda yang sama seperti bomoh sesat lainnya iaitu sebagaimana tulisan sdr boleh keluarkan kaca. Dia ini juga pengamal garam halau setan sebagaimana di TV - sama macam bomoh kristian dan bomoh-bomoh sesat lainnya.

    3. Amalan Darul saka hendaklah dtolak berdasarkan amalan scan jin dan boleh kira jin.

    4. Pusat rawatan islam Al-kiswah hendaklah ditolak berdasarkan mereka adalah pengamal tareqat sesat. Berubat dengan mereka samalah dengan hukum berubat dengan orang Al Arqam yang difatwakan juga sebagai tareqat sesat..

    5.

    6. Amalan TIAF hendaklah ditolak berdasarkan amalan sebagaimana yang sdr tuliskan di atas.

    7. Tentang Al Manarah ini, lagi banyak sdr berurusan dengan mereka, insyaallah lagi banyak masalah yang sdr hadapi. Jauhilah mereka.

    Untuk mengetahui lebih lanjut panduan mengenalpasti bomoh sesat, bacalah artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/4

    Sekiranya sdr mampu ke Johor Bahru, datanglah ke rumah, tiada bayaran.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. asalamualaikum. terimakasih diatas penerangan yang telah tuan jelaskan dan terima kasih di atas pelawaan tuan . memang saya berhajat nak jumpa tuan di j.b. tapi saya tak tahu alamat tuan di mana dan no. tel. tuan.

    jika tak keberatan tuan, mungkin boleh tuan berikan no tel .

    ART
    0196695065

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum tuan, terima kasih di atas penerangan tuan, inyaallah saya akan berjumpa tuan, mungkin lepas raya. satu soalan saya, dimana salahnya tarikat Ahmadiah, Qadiriyyah Nasanbadiah dan cara perubatan al-Manarah. Harap benar tuan jelaskan. Wasalam

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum,Tuan Emjay,maaf saya ingin bertanya.Saya mengalami masaalah anak kecil yang sering menangis lama biasanya diwaktu malam.Anak saya berusia hampir 4 bulan.Saya telah pergi check di hospital tapi tiada apa sebabnya.Maka saya agak ia adalah dari perbuatan syaitan.Persoalannya adakah saya dan isteri ada melakukan apa - apa kesalahan di sisi Allah sehinggakan kami ditimpa hal yang sedemikian?Apakah caranya untuk kami mengatasi masaalah ini?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh

    Anak kecil (belum 1 tahun) adalah ujian menarik dari Allah SWT untuk kita semua. Sudah banyak saya lihat sendiri anak kecil yang aman dari menagis lama terutama waktu maghrib dan tengah malam yang sebenarnya satu rahmat dari Allah SWT. Sudah banyak juga saya lihat anak kecil yang kerap menangis lama waktu maghrib dan tengah malam yang sebenarnya adalah satu bentuk azab dari Allah SWT.

    Apabila seseorang menjaga hak-hak Allah contohnya melalui menjaga bab akidah, insyaallah diberikan Allah anak kecil yang jarang menangis. Apa ibu bapa melakukan banyak kesilapan akidah, insyaallah diberikan anak kecil yang kerap menangis waktu maghrib dan tengah malam. Antara kesilapan yang kerap dilakukan ibi bapa anak kecil ialah:

    1. Meletakkan surah Yaasin / Al Quran bersebelahan anak kecil atau bawah bantal/tilam anak kecil.
    2. Meletakkan pelbagai tangkal, paku, gunting, kulit bawang dan sebagainya berhampiran tempat tidur anak kecil ini.
    3. Rumah sudah sedia ada pelbagai tangkal / azimat
    4. Terdapat ikan puyu yang di bela
    5. Banyak amalan khurafat di dalam rumah.
    6. Uri ditanam bersama dengan garam dan pelbagai ogjek lain seperti pensil dan sebagainya.
    7. Bapa atau penghuni rumah lainnya mengamalkan silat.
    8. Penggunaan air jampi / air musoffa dsbnya
    9. Ibu bapa lemah akidah

    Untuk mendapatkan rahmat dari Allah agar anak tidak lagi menangis maghrib dan malam, belajarlah dan amalkan ilmu tauhid yang diredhai Allah. Kalau belajar ilmu tauhid dari orang tareqat nampak gayanya lagi parahlah. Kalau mampu ke JB datanglah ke rumah saya.

    Sekian

    Terima kasih

    Emjay

    ReplyDelete
  11. Saudara Artembun,

    Saya berDOA semoga saudara dan saya dan Tuan Emjayjb dijauhkan Allah swt dari perawat-perawat SESAT tersebut. Di samping terus dapat memelihara Aqidah yang sahih, Aqidah yang Allah redho.Suatu ketika dahulu, saya adalah salah seorang pengikut tareqat2 yang saudara nyatakan di atas. Keajaiban yang mereka tunjukkan pada saudara hanyalah mainan iblis laknatullah. Tiada apa yang pelik sebenarnya. Bersegeralah berjumpa pemilik laman ini agar saudara tidak terikat dengan perawat2 di atas. Berkaitan Ustaz Syarhan Shafie ini telah lama saya perhatikan dimana beliau gemar membuat buku-buku berkaitan rawatan mistik dengan memanipulasikan Al Quran dan Hadis.

    ReplyDelete
  12. Tentang anak kecil yang sering menangis itu, usahlah berdukacita. Boleh jadi ia rahmat Allah, dan boleh jadi ia juga musibah. Di sebalik kesenangan ada kesukaran, begitu jugalah disebalik kesukaran yang Allah turunkan, insyaallah ada kesenangan dan Rahmat Allah yang bakal menyusul.

    ReplyDelete
  13. Asalamualaikum Tuan. Tuan telah jelaskan mengenai selawat Sifa dan Tafrijiah, tetapi bagaimana pula tentang selawat Fateh dan Selawat Badar. banyak orang yang amalkan selawat ini. adakah ianya termasuk dalam seyirik. Soalan kedua, apa pandangan tuan mengenai Pusat perubatan AKRENI yang di asaskan oleh ustaz Abdul Majid.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Bismillahirrahmanirrahim

    Saudara Artembun boleh merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Tuan Emjayjb bertarikh 15 Jun 2009 yang mengupas berkaitan Pusat Rawatan AKRENI. Saya diajarkan oleh Guru bahawa ilmu-ilmu rawatan/pemulihan yang mendakwa sebagai rawatan Islam ini berasal dari Indonesia. Kemudian disebarkan ke tanahair kita dengan pelbagai nama yang dicipta reka untuk mengaburi mata orang ramai.Tidak kiralah apa namanya...Rahsia Tarikh Lahir, 165, Si Raden Guru Silat Johor Bahru, Ilmu Minda Bawah Sedar, dan pelbagai lagi. Semuanya adalah dari tipudaya iblis. Berhati hatilah.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Tuan Emjay,saya ingin bertanya.Saya ada membaca sebuah buku bertajuk 7 Wali Melayu.Soalannya:
    1. Benarkah mereka itu semuanya Wali Allah?
    2. Bagaimana nak comfirmkan mereka itu Wali Allah?
    3. Benarkah Sheikh Abdul Kadir Jailani itu penghulu segala Wali?
    4. Apakah ciri-ciri Wali Allah mengikut Hadis Sahih dan Dalil Al-Quran?

    Sekian Terima Kasih.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Soalan sdr tentang AKRENI telah dijawab oleh saudara saya modalinsani.

    Tentang selawat fateh dan selawat badar, Ia hanya layak diamalkan oleh orang tareqat sahaja. Orang Islam yang menginginkan syurga, jauhilah selawat sesat ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum Tuan Emjay.Apakah berdosa sekiranya sesaorang bekerja di bank yang tidak mengamalkan sistem Islamic. Adakah mereka terlibat dgn riba?Adakah sesaorang itu akan mendapat azab Allah jika menjadikan pekerjaan di Bank bukan sistem Islam sebagai sumber pendapatannya?Apakah yg patut dilakukannya?

    ReplyDelete
  18. Assalamualikaum Tuan Emjay. Maaf sy bertanya lg,Apakah caranya Adap Doa mengikut Sunnah Rasulullah?

    ReplyDelete
  19. Ramai juga yg belajar dgn tuan blogger ni...siap promote suruh datang rumah lagi, utk belajar dgn tuan..semua org salah, tuan sorang je yg benar..

    Menitis mengenangkan kehebatan tuan blogger ni..

    Azlanjabar

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum.tak ad artikel baru ke,ustaz.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbh
      Alhamdulillah hari ini ada satu artikel baru di Laman Emjay

      Emjay

      Delete
  21. Ustaz emjay..tu org bagi salam tu, jawab la...tak pun kawan tolong jawabkan...ke mana menghilangkan diri...lama tak dengor khabar berita...ke dah serik nak upload ilmu2 yg hebat "ketauhidannya tu!"...

    Azlanjabar

    ReplyDelete
  22. Memang setuju sangat dengan apa yang ditulis. Sekarang ni umat Islam melakukan sesuatu kerana menginginkan ganjaran Allah. Sedangkan kita seharusnya menginginkan Allah itu sendiri...kembalikan segalanya kepada Allah. Terima kasih. Berkesempatan lawati blog kindhearty.blogspot.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati serta mematikan kita dalam iman wahai Nur Diana

      Emjay

      Delete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. Selepas sembahyang maghrib saya mengamalkan ayat bissmilah6, dan setiap malam dalam mimpi selalu di datangi lelaki besar tinggi. Benarkah amalan bissmilah6 boleh membuat jin jatuh cinta. Dan apa yg harus dilakukan agar jin tersebut pergi?

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum wbh

    Allahuakbar. Subhanallah. Kasihnya Allah swt kepada kau. Apabila engkau melakukan sesuatu perbuatan syirik terus Allah swt mengirimkan SMS kepada engkau sebagai penjelasan bahawa amalan engkau tu tak benar dan merosak akidah.

    Begitulah juga apabila seseorang mengamalkan banyak perkara syirik maka Allah swt sebagai tanda kasih sayangNya diberikan histeria atau kerasukan.

    Apa yang perlu sdr lakukan adalah tinggalkan bismillah 6 tu dan bertaubat. Lakukan ibadah yang diperintah Allah swt sahaja. SEGALA IBADAH ADALAH HARAM MELAINKAN YANG DIPERINTAH SAHAJA. Nabi mana yang suruh beramal dengan bismillah 6?

    Orang jahil memang selalu kena tipu dengan iblis. Beramallah mereka dengan ayat 6, selawat fateh, selawat syifak dan berbagai amalan sesat lain dan sesungguhnya amalan mereka ini hanya menjauhkan rahmat Allah dan mendekatkan bala musibah.

    Sdr sudah terkena bala musibah dari Allah disebabkan perbuatan dosa sdr beramal dengan bismillah 6. Rujuklah Asy Syura ayat 30.

    Emjay

    ReplyDelete
  28. Terima kasih yg setulus hati saya ucapkan Atas jawaban Ustad dan syukur Alhamdulillah saya terjumpa blog Ini. Alhamdulillah kerana Allah masih memberi petunjuk kepada saya . Amien.

    ReplyDelete
  29. Ustad, ada satu lagi yg ingin saya tanyakan ayat bissmilah6 di berikan kpd saya oleh seseorang ia di tulis di atas sehelai kertas haruskah saya memmembuangnya? Saya tggu jawaban Ustad.

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah... Allah sungguh masih menyayangi saya walau saya suda melakukan byk kerosakkan dgn takdir yg Allah bagi. Melalui musibah yang sy terima (sesungguhnya sy telah menzalimi diri sy sendiri) Allah buka satu persatu ilmu ketauhidan dgn hanya bergantung harap sepenuh pd Allah.. Dan sungguh kebergantungan kpd Allah secara total itu lebih menenangkan.

    Bermula dgn diceraikan suami kerana salah faham.. Sy melakukan solat wajib n solat sunat taubat hajat tahjud dan berdoa agar Allah lembutkan hati suami saya dan kembali rujuk. Tpi suami masi tidak mahu rujuk bahkan mengatakan "no turning back" ya Allah!! Dalam rasa putus asa dan sedih yang amat sangat.. sy mula mencari ayat pengasih dri ayat al-quran melalui internet dan amalan2 doa agar suami kembali kpd sy tapi masih jg tidak memberi apa2 kesan pd perasaan suami. Kemudian sy terjumpa satu laman web berkenaan minyak wangi n aura. Sy bertekad utk membeli minyak aura pengasih yg dibuat dgn bacaan2 Al Quran dan zikir (sy fikir itu sgt baik sbb islamic dgn guna ayat al-quran n zikir). Agar suami kembali kpd saya. Kemudian sy rasa satu keyakinan bahawa dgn membeli minyak aura pengasih itu suami pasti dtg melutut dan mahu rujuk kembali... Tetiba sy dpt rasa satu perubahan yg berbeza pada ibadat sy. Sy tidak khusyuk dlm berdoa.. Jika sebelum ni sy sujud merayu pd Allah, menangis tersedu mengaku kesilapn dan mohon agar Allah lembutkan hati suami tetapi kini doa sy hanya seperti melepaskan batuk ditangga. Adakah sebab sy suda yakin minyak aura tu akan membantu? Dan ia.. Sy sgt yakin minyak aura itu akan membantu!! dgn iktikad kan minyak itu tp itu jg berlaku jika Allah izinkan. Astagfirullah... Adakah sy suda jatuh kepada syirik?? Kemudian sy berdoa pada Allah utk membatalkan semua niat sy jika ini adalah syirik.. Biarlah sy kehilangan suami tapi tidak kehilangan Allah.!! Sy lebih cintakan Allah dri suami saya.. Kemudian Allah menujukkan saya melalui surah an nisa ayat 48. Maha pengasih dan penyayang nya engkau ya Allah.. Walau saya seperti jatuh nyusuz pd suami hingga d ceraikan.. Tapi Allah masi memberi saya petunjuk agar saya tidak sesat.!!

    Terima kasih dgn perkongsian ilmu tuan emjay..

    Hidup la di dunia dgn cara sabar dan berusaha dan sentiasa bersyukur dgn apa yang Allah beri.. Itu sunnahtullah.
    Dunia hanya sementara, Akhirat itu selama lamanya.. Gigit la Al-quran dan sunnah nabi. Itu pesan rasulullah.s.a.w

    ReplyDelete
  31. Buat pengetahuan semua, emjay ni bukan ustaz ye...dia lg sesat sebab dia ni wahabi tulen.
    Sekian. Sapa yg bodo kurang ilmu agama akan terpedaya dgn wahabi tolol ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya ilmu agama hanya blh disampaikan oleh seorg ustaz. sudah ramai bijak pandai yang mendalami ilmu agama yang tak perlu gelaran ustaz. kebanyakn ilmu
      saya dapat datang dari seorg yg biasa dan bijak pandai yang mendalami agama yang sahih dan berpandu dari al quran dan hadis. ustaz kat tmpt saya ini masih lagi mengamalkan bidaah.

      Delete
  32. Ya Allah...byk betul dia kata semua pusat2 rawatan islam sesat.
    Hati2 dgn ilmu dia ni. Carilah ilmu dgn cara bertalaqqi. Fitnah yg sungguh dahsyat akhir2 ni.

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum. maaf saya ingin bertanya kepada tuan, apakah salah jika kita mengunakan doa2 tersebut utk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT. kita gunakan doa utk bermunajat kepada Allah agr kita sentiasa berada dalam keredhaan-Nya. adakah salah jika kita menggunakan doa seperti doa2 yg tuan sebutkan itu utk meminta kepada Allah tetapi bukan kita meminta pada doa tersebut. setahu saya selagi kita berharap pada Allah SWT, selagi kita meyakini Allah SWT lah yg memberi dan Allah SWT lah yg mengambil sesuatu itu, itu tk jadi masalah kalau kita berdoa dgn puji pujian memuji Allah SWT dgn mengharap Allah SWT menerima apa yg kita hajatkan. tk jadi masalah kan kita mengunakan bismilah 5 dan 6 tu utk tujuan meminta perlindungan daripada Allah SWT, seperti mana dilingdungi dari gangguan jin dan syaitan, diberi kesihatan yg baik dan lain2. bgi saya kita baca bismillah 5 atau 6 tu tk sesat atau salah sebab itu adalah sesuatu cara utk kita meminta kepada Allah SWT dan berharap semoga Allah SWT mengabulkan permintaan kita, contoh seorang pekerja memuji tuan nya untuk meminta kenaikan gaji atau untuk menadapatkan sesuatu yg diinginkan. soalan sya adakah perkerja itu meminta pada kata2 pujian yg diungkapkan itu atau dia meminta kepada tuan nya dgn mengunakan kata2 pujian itu dgn harapan kata2 pujian itu dpt membantu dia utk meminta apa yg dihajati dari tuannya?. apakah dia meminta pads kata2 pujian itu ataupun dia meminta pada tuannya? maaf sekadar bertnya dan klau lah saya mintak dibetulkan kesalahan saya tu.
    #insanmencariredhaAllah SWt

    ReplyDelete
  34. Tuan, saya ada masa terluang.. lalu saya amalkan BISMILLAH 6, Bukan mengharapkan faedah dari BISMILLAH 6 tu tapi tanda saya kasihkan Allah SWT, memuji Allah SWT dengan harapan meneguhkan tauhid didalam hati saya terhadap Allah. Kemudian Tuan berkata amalan ini syirik tidak ada dalam sunnah Rasulullah SAW. Lalu saya berhenti mengamalkannya dan masa terluang yg saya gunakan dulu untuk memuji Allah SWT tu saya gunakan layan Facebook, tengok cerita kartun dan lain-lain perkara yg tidak mendatangkan faedah pun. Saya buat ini diatas iqtiqah yg Tuan sampaikan.. Jadi jika Allah SWT tanya saya dlm kubur nanti kenapa kamu berhenti memuji AKU (ALLAH SWT) saya akan jawab kamu yang menyebabkan saya berhenti memuji Allah SWT. Bolehkan Tuan,❓❓❓❓

    ReplyDelete