Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 27 June 2013

Pelupusan tangkal azimat dan senjata puaka terkini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh
(Updated 10 Desember 2019)

Alhamdulillah tangkal azimat serta senjata puaka telah saya lupuskan bersama menantu. Antara tujuannya  ialah untuk mendedahkan kepada beliau kaedah melupuskan  tangkal azimat dan senjata puaka ini.




Keris cantik bibaluti dengan sarung dibuat dari gading gajah. Asal menyimpannya adalah harus tetapi apabila sudah dijampi, dimandikan dengan ritual tertentu pada hari tertentu dan dibalut dengan kain kuning, maka ia sudah menjadi tangkal/berhala yang diletakkan berbagai harapan kepadanya.




 Senjata-senjata syirik yang diberikan kepada saya telah saya potong pendek sebelum saya lupuskan. Kesemuanya dibuat oleh manusia lepas itu dipuja dan kemudian diletakkan harapan. Sama dengan patung berhala di kuil Hindu. Dibuat oleh manusia lepas itu dipuja dan diletakkan harapan kepadanya.



Penyembur Musoffa. Digunakan untuk menyembur jin disekeliling agar lari jauh agaknya? Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajarkannya. Entah dari mana dapat ilmu sesat ini.. Yang pasti ialah Iblis dan para pengikutnyalah yang mengajarkannya agar manusia sesat dan mengikuti iblis ke neraka.



 

 


 
Minyak sakti macam ini memang dicari oleh orang-orang syirik Melayu. Macam macam minyak dijadikan tangkal seperti minyak senyonyong dan minyak dagu dan kini orang Melayu berbondong-bondong membeli MINYAK ANUGERAH yang banyak diiklankan oleh surat khabar Melayu. Melayu merosak Melayu.
 
Senjata macam ini mereka anggap ada kuasa sakti boleh memberikan berbagai rahmat sedangkan sesungguhnya rahmat milik Allah SWT. Penyimpan sekadar dapat SYIRIK dan hidup menderita di dunia.
 
 

 
 


Ini pula kononnya kain sakti guna dikat di kepala kot. Kalau dulu tok kiyai di Batu Pahat banyak memberikan orang ramai SELEMPANG MERAH yang kononnya penuh sakti. Puuhhhhh. teruknya orang Melayu. Tak habis habis nak jadi sakti tetapi yang pastinya ialah masuk NERAKA kerana syirik.




 Tangkal kain seperti ini sudah berakar umbi dikalangan masyarakat Melayu. Persilatan macam yang berkembang di UTM pun mengguakan kain putih yang akan ditiduri oleh pelatih silat ini kemudian kena lipat dan simpan. Di menara gading orang Melayu kena tipu Iblis.



Berbagai tangkal azimat yang boleh terbakar dibakar untuk melupuskannya. Tangkal azimat ini lemah tidak mampu mempertahankan dirinya dari dibakar. Mengapalah manusia berharap dengan harapan begitu tinggi bahawa tangkal azimat ini boleh mendatangkan kebaikan serta menolak keburukan kepada diri mereka. Bukankah Allah SWT sahaja tempat mengadu dan meminta pertolongan?

Dan jika kamu (hai orang-orang musyrik) menyerunya (berhala) untuk memberi petunjuk kepadamu, tidaklah berhala-berhala itu dapat memperkenankan seruanmu; sama saja (hasilnya) buat kamu menyeru mereka ataupun kamu berdiam diri. (7: 193)

Jadilah kita semua orang mukmin yang hanya mengharapkan pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT ; Sesungguhnya pelindungku ialahlah Yang telah menurunkan Al Kitab (Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang saleh. (7: 196)

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".(QS.Ali’Imran:173)

Bagi sesiapa yang menyimpan sebarang tangkal dan azimat, musnahkanlah. Kalau boleh bakar, bakarlah. Kalau boleh potong, potonglah. Kalau nak mudah, poskan sahaja kepada saya. Bagi yang nak hantar barangan syirik, poskanlah dengan pos laju ke rumah saya. Dapatkan alamat rumah saya dengan cara email saya di emjayjb@gmail.com

Emjay