Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 30 July 2013

Sah Dr Azizan Osman Bomoh Sesat



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbth
(Telah dikemaskini pada 9 Desember 2019)

Alhamdulillah semalam ada seorang hamba Allah wanita berstatus janda datang belajar. Hamba Allah ini baru belajar dan semalam adalah kali kedua beliau datang. Kali pertama dia datang adalah pada minggu lepas. Alhamdulillah walau pun baru belajar jelas nampak kesan pelajaran minggu lepas dan seronok mendengar rahmat yang Allah berikan kepadanya. Begitulah janji Allah SWT, kita mendekati Allah sejengkal, Allah SWT mendekati kita sehasta.

Apabila banyak perkara yang disoal oleh hamba Allah ini maka itu sebenarnya menunjukkan beliau sudah mula mengapplikasikan pengetahuan agama yang dipelajari pada minggu lepas.

Perkara yang paling menggembirakan saya ialah apabila hamba Allah ini sudah mengenalpasti apa itu tangkal dan beliau membawa satu tangkal sebagaimana di dalam gambar berikut. 

Tangkal kayu bodoh. Berhala orang Melayu!


Tangkal tersebut diberikan oleh orang yang sangat dihormati dengan ilmu agamanya yang juga mengajar agama. Siap ada gelaran Haji. Kalau orang agama mengedarkan tangkal maka amat mudah sekali bagi orang awam untuk menerima kesesatan tersebut tanpa menyedari bahawa perbuatan menerima dan menyimpan tangkal tersebut adalah satu perbuatan syirik.


Pelajaran agama untuk hari semalam disambung dengan bab Rububiah Allah. Banyak perkara yang saya sentuh termasuk perkara penting iaitu :


  1. Ia membawa maksud mengaku dan mengiktiraf bahawa Allah adalah Tuhan Yang         Maha Esa, pencipta kepada seluruh alam dan pemiliknya. Allah yang mencipta, memberi rezeki kepada semua makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu yang ada di atas alam maya ini. Allah sahaja yang memberi mudarat, manfaat dan kesenangan kepada seseorang. Allah yang menerima permohonan doa hambaNya. Dialah yang mentadbir, mengurus perjalanan alam ini dan berkuasa melakukan sesuatu menurut kehendakNya dan tidak ada kuasa yang mampu menandingi kekuasaanNya.
  2.   “Apakah lawan tauhid rububiah? Lawan bagi tauhid rububiah ialah beriktikad adanya sesuatu bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, dalam mengadakan atau meniadakan sesuatu, menghidup atau mematikan, mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan atau beriktikad adanya sesuatu yang menandingi Allah dalam kandungan nama-namaNya dan sifat-sifatNya seperti mengetahui perkara ghaib, pemilikan keagungan, kebesaran dan sebagainya”.
  3.  Konsep rububiah Allah ini selari dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam iaitu  kalimah Hauqalah;
“La hawla wa laa quwwata illa billah”  (Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja)).
Kuasa, daya atau kekuatan adalah mutlak milik Allah tetapi apabila kita menafikan hak Allah lalu mengatakan bahawa kuasa itu milik nasib, milik tangkal, milik minda bawah sedar, milik manusia, milik bomoh, milik pengasih, milik pendinding, milik pelaris, milik wali yang sudah meninggal dunia maka kita telah meletakkan taraf Allah lebih rendah atau sama taraf dari semua perkara-perkara ini dan dengan itu telah menjadikan pelaku sebagai melakukan syirik.

Setelah membincangkan beberapa contoh kelihatan hamba Allah ini semakin mantap. Apa yang lebih menggembirakan saya ialah apabila hamba Allah ini menyelongkar beg tangannya lalu memberikan saya sekeping wang RM50 yang sudah ditulis dengan tulisan yang diajarkan oleh Dr Azizan di dalam satu kursus kendalian Dr Azizan yang dihadiri oleh hamba Allah ini iaitu pada 29 Julai 2010. 
Dr Azizan Osman


Berikut adalah gambar wang RM50 sebenar dengan nama serta tanda tangan hamba Allah ini telah saya padamkan.



Berikut saya tuliskan semula perkataan-perkatan yang terdapat pada wang tersebut:
 

29/7/2010


Saya (NAMA SEBENAR) telah memberikan komitmen saya untuk menguruskan duit dan seluruh kawan-kawannya untuk mendapatkan kebahagian, kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keberkatan dan aku memberikan komitmen untuk menggunakannya membantu mereka yang memerlukan. DUIT, kau panggil semua kawan-kawan kau datang kepada aku kerana aku adalah MONEY MAGNET
Tanda Tangan
Nama Penuh.

Ayat yang diguna pakai oleh hamba Allah sebagaimana yang diajarkan oleh Dr Azizan yang terdapat pada wang RM50 tersebut adalah dinamakan MONEY MAGNET atau dalam bahasa Melayu dinamakan ibu duit. Dalam masyarakat Melayu kepercayaan sesat mengenai ibu duit sudah lama berakar umbi. Ada berbagai tangkal pemberian bomoh berperanan sebagai ibu duit yang berfungsi untuk mendapatkan lebih banyak duit. Oleh kerana lemahnya fungsi para mufti di Malaysia, orang ramai berani mengiklankan khidmat menjual ibu duit di internet siap dengan nama lengkap dan nombor telefon seperti iklan sesat di sini: 


Ibu duit dari http://mistik707corner.blogspot.com/

http://mistik707corner.blogspot.com/  dan http://indukwang.blogspot.com/p/pengenalan.html

Seandainya ibu duit ajaran Azizan Osman ini hebat boleh mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan, ternyata Azizan telah tidak berjaya dan tidak bahagia dengan bekas isterinya Madiha Mohammad yang telah diceraikan sebagaimana diceritakan di http://dewakebaikan.wordpress.com/2010/04/22/salah-tilik/

Mempercayai Money Magnet atau ibu duit ajaran Dr Azizan Osman adalah sesungguhnya merosak akidah kerana bercanggah dengan sifat rububiah Allah SWT iaitu sebagaimana saya nyatakan di atas dan ulang lagi sebagai :

“Lawan bagi tauhid rububiah ialah beriktikad / meyakini adanya sesuatu bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, ....... mendatangkan kebaikan (manfaat) atau menolak keburukan .....”. 

Dr Azizan dalam kursus motivasi ini juga menyatakan bahawa wang kertas yang perlu digunakan untuk menulis jampi Money Magnet tersebut boleh menggunakan wang RM5, RM10, RM50 atau RM100. Lebih besar nilai wang yang digunakan untuk menulis jampi, maka lebih besar kesan kebaikannya. Ada peserta kursus yang mengharapkan pulangan lebih besar menulis di atas wang RM100. Hamba Allah ini tiada wang RM100 maka beliau menggunakan wang RM50. Puhhh jauhnya umat Islam di Malaysia tersesat dengan ajaran si Azizan ini. Nauzu billahi min zalik. Aku berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).

Orang kafir seperti Hindu mencipta patung berhala untuk mereka mohon pertolongan. Dr Azizan mengajar orang ramai yang menyertai kursusnya bagaimana untuk mencipta Money Magnet atau ibu duit yang sebenarnya juga adalah berhala baharu bagi mereka memohon pertolongan. Mengharapkan bantuan dari sesuatu yang mana hal tersebut adalah hak Allah semata-mata adalah satu perbuatan syirik. Orang Islam beriman apabila mengharapkan rezeki, mereka berharap kepada Allah SWT. Azizan mengajarkan pengikutnya agar berharap kepada Money Magnetnya.

Sebarang perbuatan menconteng wang kertas adalah HARAM sama seperti membakar wang kerana ia adalah perbuatan mensia-siakan rezeki dari Allah SWT. Lagi besar nilai wang kertas yang diconteng maka lebih besarlah dosanya. Mana mungkin perbuatan mungkar mampu mendatangkan lebih banyak wang.

Sebagaimana biasa orang-orang sesat macam si Azizan ini turut mengajarkan ilmu rahsia tarikh lahir dalam ceramahnya serta turut mengajarkan ilmu kuasa minda (mind power). Antaranya Azizan mengajarkan para peserta agar sebelum tidur mengamalkan bacaan sebanyak 21 kali “SAYA INGIN KAYA, BERJAYA DAN BAHAGIA”.  Allah SWT melalui rasulNya mengajarkan doa dan bacaan ayat-ayat tertentu dari Al Quran tetapi si Azizan mengajarkan sesuatu yang bertentangan melalui ilmu sesat kuasa minda.

Alhamdulillah saya telah menulis berkenaan Dr Azizan dan ilmu tarikh lahirnya di dalam artikel saya yang lepas di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/07/malaysia-ghairah-ilmu-rahsia-tarikh.html

Sudahlah Azizan, bila nak bertaubat, mengajarkan orang ramai dengan ilmu sesat amat berat sekali kesalahannya disisi Allah SWT. Dosa setiap orang ramai yang mengamalkan ilmu money magnet pun engkau akau turut sama menanggungnya selain dosa diri sendiri. Begitu juga dengan ilmu rahsia tarikh lahir dan kuasa minda. Kau tak gunakan ilmu kuasa minda engkau tu  ke untuk mengelakkan bercerai dengan Madiha Mohammad???? Gunakanlah jampi serapah kuasa minda kau tu sebelum tidur baca sebanyak 21 kali "aku ingin bahagia bersama isteri ku Madiha Mohammad sampai ke jannah dan tidak bercerai dengannya"

Kepada orang ramai yang mempelajari ilmu money magnet ini dan masih menyimpan  RM50 ini eloklah bertaubat segera kerana kesalahan dosa ini adalah amat berat. Selepas bertaubat, bakarlah duit tersebut kerana duit tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi kerana duit tersebut telah diconteng.

Tentang apa jua pelaris, fahamilah gambar di bawah:




Meyakini tulisan Money Magnet ajaran Dr Azizan Osman ke atas wang kertas mampu mendatangkan lebih banyak duit adalah syirik. Ketua besar yang mengajarkan ilmu sesat syirik adalah BOMOH SESAT AZIZAN OSMAN.

Dengan bukti-bukti yang dijelaskan di atas jelaslah bahawa Dr Azizan Osman ini adalah bomoh sesat. Bukan ratusan orang yang disesatkan malahan ribuan.

Sekian untuk kali ini wallahua'lam

Emjay

Tuesday 23 July 2013

Senarai semua posting Laman Emjay


·                     Pijak nama Allah lawan Pijak Allah
·                     Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick
·                     Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, cvt dsbnya
·                     Di atas segala musibah, kitalah yang menzalimi diri sendiri
·                     Status Laman Emjay di Blogspot pada 17 Julai 2013
·                     Pelupusan tangkal azimat dan senjata puaka terkini.. 

Artikel 2012
·                      Lagi Penjelasan Tentang Kesesatan Selawat Syifa
·                     Bolehkah kita amalkan doa "Rabbi YassirWala Tuaassir, Ya Karim"
·                     Pelaris pelingkup perniagaan. Sedikit nasihat kepada MARA.

Artikel 2011
·                     Perjudian, pertaruhan, undian dan perlumbaan, ramai yang keliru
·                     Syukur alhamdulillah, penghargaan untuk gogol7551 dan amirlia3
·                     Setiap saat kita mendapat sial dan dosa percuma, aduhhhhhh!

Artikel 2010
·                     Demam dan mandi.
·                     Bomoh sesat Paksu
·                     Ramai tidak tahu berniat dan tak faham maksud ikhlas
·                     Diet gila orang Melayu – kearah diabetes
·                     Gejala buang bayi, meriahnya di Malaysia ku!!
·                     Imsak dan puasa. Adakah imsak sebahagian syariat Islam?
·                     Sinar FM, Kak Engku dah bermasalah dengan suami??
·                     Kehilangan rahim, cerita kucing dan manusia.
·                     Bolehkah berurusan dengan perawat dari Syifa Al Hidayah??
·                     Pemikiran bagaikan kartun yang kronik di Malaysia.
·                     Persoalan di mana Allah SWT?
·                     Persepsi Melayu tentang Anjing - Tok guru lawan Quran Hadis

Artikel 2009
·                     Perkara-perkara Bidaah Berkaitan Dengan Jenazah
·                     Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil
·                     Mengapa ramai orang suka menempuh Jalan kesesatan?
·                     Tahi dan bunga
·                     Perbincangan antara seorang guru dengan bekas muridnya
·                     Breast lump (benjolan pada buah dada) dan pewangi ketiak.
·                     Penyakit berjangkit H1N1, apakah tindakan kita?
·                     AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANG PALSU DAN TULEN
·                     Kupasan tentang pusat rawatan AKRINE.
·                     Mengapa isteri kuat cemburu?? (Isu tentang keguguran)
·                     Syirik Moden Aura, Chakra,Kuasa Minda Dan Sewaktu Dengannya
·                     Polis tinggal bersama pencuri? Kes Ustaz Hadi Darussalam
·                     Keris bersalut emas
·                     Segala puji hanya bagi Allah dan …….?
·                     Persoalan arak haram dan tapai halal
·                     Tangkal kain persilatan *** di satu IPTA
·                     Dari tangkal ke kayu kokka hingga ke gelang magnet. Satu evolusi.
·                     Enam perintah Iblis kepada pasukannya
·                     PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI
·                     Tangkal pelik orang Melayu
·                     Bomoh bodoh @ umat Islam bebal??

Artikel 2008
·                     Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia
·                     Penipuan kepada umat manusia – kes susu rendah lemak
·                     Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
·                     Suami Hilang Seks...Kenapa
·                     Takuti perkara membatalkan Islam
·                     Siapakah Mustafa Kamal Attaturk Yang Sebenarnya?
·                     MENCARI RAHMAT ALLAH
·                     Sudah bersuami ada anak namun BERZINA!!!
·                     Tangkal pendinding rumah dll
·                     Berkopiah berserban tetapi mensyirikkan Allah SWT
·                     Bacaan penting kaum hawa!!!
·                     Ayat Kursi kehilangan Power??
·                     Histeria di SMK Tanjung Lumpur - satu kupasan
·                     Apabila Al-Quran dipijak-pijak
·                     Garam dll untuk kemusnahan keluarga!
·                     Rompakan terbesar di dunia!!!
·                     Allergy (alahan) susu lembu – lain sakit lain ubatnya
·                     Penyakit keturunan, ibu ayah diabetes - anak-anak juga diabetes???
·                     Lebih seminggu Laman Emjay menghilang
·                     AMALAN MENDAPATKAN KHADAM AYAT KURSI
·                     Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya ……..
·                     Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)
·                     Makanan asasi saya ialah buah (oren sunkist) + sayuran.
·                     KERASUKAN JIN DAN PENYEMBUHANNYA
·                     Azab disebalik nikmat, nikmat disebalik azab.
·                     Buasir, penyakit moden masa kini.
·                     Makanan "halalan toyyiba" dan antara kaedah bomoh menyesatkan
·                     Pengalaman menghidap Vertigo – sejenis migrain
·                     EBOOK Kitab Riyadhus Shalihin
·                     KUNCI-KUNCI REZEKI
·                     “MENYINGKAP WAHHABISME”
·                     Mufti tidak tahu menembak atau tiada peluru untuk menembak??
·                     E Book Prinsip Ilmu Usul Fiqih
·                     KEDUDUKAN QUNUT SUBUH
·                     Persoalan Allah melihat, mendengar dan bersemayam di Arash!
·                     Rasulullah SAW dan Pengemis Buta
·                     Produk babi dlm pepsi & coca cola
·                     ‘Duit saya habis, anak belum ditemui’
·                     Berhati-hatilah dengan saudara rapat (sepupu, pakcik dsbnya)
·                     MENYINGKAP RAHSIA DI SEBALIK KEJADIAN NUR MUHAMMAD
·                     Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin
·                     Laman Emjay Kena “Hack”
·                     Orang mengaruk di Laman Emjay

Artikel 2007
·                     Apa ada pada nama.
·                     FATWA-FATWA ULAMA AHLUS SUNNAH TENTANG JAMA’AH TABLIGH
·                     Mudahnya ikut sana dan sini, susahnya ikut sunnah!!
·                     Petua MENAMBAT HATI SUAMI
·                     99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN
·                     PELARIS HARAM DAN SYIRIK!
·                     Kempen berhenti/kurangkan makan ayam daging
·                     Adakah umat Islam boleh memiliki khadam??
·                     Jauhi maksiat dan Muhasabah diri
·                     Marilah sama-sama bantu sdr adiputragi
·                     Gun powder, bom tangan, bom ikan dan meriam karbaid. 
·                     Kisah terlebih makan ikan keli 
·                     Perkara-perkara bertentangan Islam dalam majlis Kenduri kahwin...
·                     Bukti bahawa penyakit lelah semput insya-Allah boleh sembuh
·                     Sayangnya “aku” dengan keris puaka
·                     Manusia dalam perut buaya 
·                     Memalukan atau memang tidak tahu malu 
·                     Lagi tentang email berantai
·                     Pemimpin bagai pokok dedalu 
·                     Meninggal Di Masjid Nabawi
·                     Mesej dari Allah yang tidak mahu difahami!!! 
·                     SABAR DENGAN UJIAN 
·                     Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu
·                     Siapa Lelaki Dayus ? 
·                     Cara tengok kasut kulit BABI 
·                     Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan
·                     Jampi boleh bawa syirik 
·                     Petua untuk menjatuhkan hati orang lain (jatuh cinta)
·                     KISAH BENAR....Astaghfirullah hal azim!
·                     Jemputan untuk merawat orang kerasukan dari pembaca Laman Emjay
·                     Kreatif, bagaimana mendidik anak ke arahnya? 
·                     ASPARTAME (NutraSweet, Equal)- Pembunuh senyap 
·                     SEBAB BERLAKUNYA SYIRIK DI MUKA BUMI 
·                     Anak dilahirkan sebagai raja, jangan biarkan ia terus menjadi raja
·                     Menjawab godaan syaitan 
·                     Antara punca penting KEGEMUKAN 
·                     #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat... 
·                     Kisah rama-rama dan bunga 
·                     Inilah Aqidah kita Wahai Sahabat! 
·                     Email berantai terbaru. Jangan mempercayai dan memanjangkan email ini 
·                     Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah
·                     Pengalaman mahal AZAB berbomoh dari pembaca Laman Emjay
·                     AIS di Padang Pasir Bard Harimla 
·                     Latihan menajamkan ilmu - menilai bomoh 
·                     MEMBERSIHKAN PERIGI BUTA - ilmu penting untuk dihayati
·                     Laman untuk mengelirukan umat Islam. Begitulah dengkinya Yahudi
·                     Isteri aku dilarikan orang 
·                     Sai Baba - Tanda akhir zaman?????? 
·                     Bilal Rabah muazin pertama laungkan azan 
·                     Batu kristal ada nilai spiritual? 
·                     Tasawuf sepintas lalu. Sufi, Tareqat, Wahdatul Wujud dll
·                     Agar gigi anak-anak tersusun rapi 
·                     Amalan yang terbalik 
·                     JANGAN MAKAN SARDIN
·                     Penulisan Al-Qur'an dan perkembangannya
·                     Hukum mengamalkan doa KANZUL ARASY dari Majmu' Sharif.
·                     Amalan memberikan anak kecil makan cheese
·                     Email dari pembaca Laman Emjay - zikir untuk sihat kuat ...
·                     Rawatan cagu atau cengkam pada ibu jari kaki.
·                     7 Tahun selang Seli?
·                     LAMAN ANTI HADIS
·                     Mari belajar mengenali sunnatullah
·                     Mudahnya nak jadi kafirrrrr, dan cerita orang berpoligami
·                     Syirik oleh orang "ISLAM"??
·                     Mari tolong bantu orang ini!!
·                     Iblis, syaitan dan jin
·                     Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam
·                     APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!...
·                     Kekasih lama datang kerumah, masih bersuami anak dah dua
·                     Bila ulamak dan mufti nak bertindak kepada laman seperti ini??
·                     ARTIKEL-ARTIKEL BERKAITAN MAULID NABI
·                     SAMBUNGAN CERITA 6 KALI BERANAK ..... Isteri benci berjimak
·                     SAMBUNGAN CERITA 6 KALI BERANAK ..... KENA TINDIH .WAKTU TIDUR.    
·                     6 KALI BERANAK, 6 KALI MENGANDUNG, 6 KALI MABUK TERUK.
·                     Kisah Wahyu Terakhir Kepada Rasulullah s.a.w.
·                     Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda
·                     PENJELASAN MUJARROBAT SESAT & MENGAMALKANNYA JUGA SESAT.
·                     Bagaimana berniat solat
·                     MENYEDIAKAN MAKANAN / JAMUAN SELEPAS KEMATIAN
·                     Hukum Berdoa Selepas Solat
·                     Artikel menarik tentang bidah
·                     INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH
·                     GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs...
·                     Adakah membaca Yaasin malam Jumaat satu tafa'ul?
·                     AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN JAKIM & LATIHAN TAUHID.
·                     Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan lilin terapi
·                     Memanjangkan surat berantai haram - contoh surat berantai
·                     Senarai laman web sesat lagi menyesatkan
·                     MENGAPA KANDUNGAN KITAB MUJARROBAT SESAT DAN MENYESATKAN
·                     Mampukah kita menghukumkan pelbagai amalan sesat dI Malaysia
·                     Perbahasan menarik berkaitan menggantung gambar
·                     Kalligrafi & gambar menarik.
·                     Hidup sesat, mati disusahkan dan dimalukan Allah
·                     ANTARA PUNCA ISTERI SUKAR MENGANDUNG. PERKONGSIA Tips
·                     Susu penuh lemak tingkatkan peluang hamil
·                     Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik
·                     Tangkal dari surah Yaasin
·                     IKTIBAR ALLAH SUSAHKAN ORANG TERTENTU KETIKA NAK MATI
·                     Penyelewengan Halus Terhadap al-Quran di Internet
·                     Penyakit kuning, sembab, bengkak hati pada kanak-kanak
·                     Isu cawat besi oleh Datuk Abu Hassan Din
·                     Tabarruj
·                     Terjemahan Al Quran lengkap dalam fail Ms Word tunggal
·                     Hantu & Bolehkah Roh Kembali ?
·                     Aurat : Apa Sudah Jadi ?
·                     MEROKOK DAN BALASAN LUMRAH DARI ALLAH serta cara berhenti
·                     Latihan mengenalpasti amalan SYIRIKKK
·                     MANDI BUNGA SEBENARNYA BERASAL DARI AJARAN AGAMA HINDU
·                     Lambat atau tiada jodoh
·                     MENGAPA GIGI MUDAH ROSAK / BERLUBANG?
·                     GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif
·                     MENGAPA ORANG EROPAH LEBIH TINGGI BERBANDING ORANG ASIA?
·                     Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru
·                     TAPAK TANGAN LEMBAB ATAU BASAH bahagian 2
·                     Hukum bermain muzik dan nyanyian menurut Islam
·                     Tapak tangan basah atau lembab
·                     IKTIBAR DARI KEPIMPINAN FAM DI MALAYSIA
·                     JUDI
·                     Rasuah

Artikel 2006
·                     Pembunuhan Kalangan Orang Atasan Ala Malaysia 
·                     Hukum Kenduri Arwah Fatwa dari Imam As Syafiee
·                     Hukum2 berkaitan haid wanita & membaca AlQuran sewaktu haid
·                     Isteri2 Nabi & Umur Aisyah ketika kahwin Nabi Muhammad saw
·                     PANDUAN MENGENAL PASTI BOMOH
·                     Kezaliman manusia ke atas bayi!!
·                     Mengapakah setengah perempuan diusik lelaki??
·                     Panduan masuk rumah baru
·                     HUKUM MUZIK DAN LAGU
·                     Berusaha melalui bomoh / dukun / para normal
·                     AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN JAKIM
·                     Mandi bunga menghilangkan sial dan sebagainya
·                     Hormon ayam daging undang komplikasi
·                     BAGAIMANA YAHUDI MELEMAHKAN UMAT ISLAM?
·                     BELITAN IBLIS DALAM AJARAN TARIQAT
·                     Pengalaman bersama orang yang kerasukan ()
·                     Penilaian ke atas web Penawar.com
·                     Barzanji / Berzanji (Marhaban). Kitab syirik dan cerita karut.
·                     Azimat dari Ayat Kursi ()
·                     Perhiasan bagi perempuan – kisah dan tauladan.
·                     Album senjata syirik orang Melayu yang dipungut da...
·                     Bomoh artis
·                     Objek perantaraan (tangkal) org Cina & Hindu
·                     Kayu kokka??
·                     Akidah Bahagian 6
·                     Akidah Bahagian 5
·                     Akidah bahagian 4
·                     Panduan untuk ibu bapa menerima anak ()
·                     Simpan tangkal tanpa sengaja ()
·                     Sayang benor dengan tangkalnya
·                     Jangan makan kubis bulat ()
·                     Akidah Bahagian 3
·                     Akidah bahagian 2
·                     Akidah Bahagian 1
·                     Tangkal masyarakat melayu
·                     koleksi azimat
·                     Azimat Pelaris
·                     Tangkal Alaf Baru
·                     Kayu sesuai untuk api dipercayai ada kuasa halau s...
·                     kacang hijau melindung dari syaitan???
·                     Garam & belerang ada kuasa halau hantu setan???
·                     Tangkal dari Pusat Rawatan "Islam Darul *Sy***"
·                     Nak pandai tetapi semakin tak pandai
·                     album senjata (SYIRIKK!!)