Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 23 July 2013

Pijak nama Allah lawan Pijak Allah



Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu ala asyrafilanbiya iwal mursalin waala alihi waashabihi ajmain
Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Assalamualaikum wbh

Gambar di atas adalah gambar yang saya scan dari akhbar Harian Metro  bertarikh 7 Jun 2013 mukasurat 43.

Bukan main lagi pegawai JAJ iaitu ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Halal Jabatan Agama Johor (JAJ) mengadakan operasi di beberapa kedai di bandaraya Johor Bahru selepas menerima aduan dari orang ramai. 

Katanya, (En Yosree Ikhsan) apabila diminta penjelasan, pemilik kedai berkenaan menyatakan dia tidak sedar perkara itu.

“Bolehkah anda bayangkan seseorang memijak kalimah Allah”

“Perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana menjejaskan sensitiviti umat Islam” katanya.

Yosree berkata, susulan serbuan berkenaan, pihaknya merampas barangan berkenaan.
Wahhh bukan main marah pegawai JAJ Yosree ini apabila kalimah Allah dipijak-pijak. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen awal tentang isu pijak kalimah Allah pada selipar. Insyaallah saya akan komen dipenghujung artikel ini. Saya memulakan perbincangan isu kali ini dengan persoalan “Dimana Allah SWT”.

Soalan ini adalah satu soalan yang amat mudah dan jawapannya juga amat mudah. Buka dan semak Al Quran dan dapatlah jawapannya yang tepat  iaitu Allah bersemayam di Arasy. Tetapi mengapa persoalan ini menjadi rumit? Inilah hasil kerja fahaman orang-orang tareqat yang tak habis-habis mengubah Agama Islam. Al Quran dan Al Hadis mengajarkan Allah di Arasy tetapi mereka golongan tareqat mengajarkan pula perkara yang bertentangan iaitu :

  1. Allah berada di mana-mana
  2. Allah berada di dalam hati.
  3. Allah tidak bertempat

Apabila kita semak persoalan ini kepada orang awam di Johor, majoriti mereka menjawab menggunakan ajaran fahaman tareqat ini iaitu sama ada Allah di mana-mana atau tidak bertempat atau Allah berada di dalam hati mereka. Bila saya menyoal perkara yang sama kepada ustaz ustazah yang mengajar di sekolah agama Negeri Johor, majoriti mereka juga menjawab dengan jawapan yang sama . Hanya segelintir dari mereka yang menjawab Allah di Arasy.

Untuk membaca penjelasan lanjut persoalan di mana Allah ini bolehlah pembaca membaca di http://laman-emjay.blogspot.com/2010/01/persoalan-di-mana-allah-swt.html 
Allah SWT telah menyatakan bahawa Alah berada di arasy berdasarkan banyak ayat-ayat dari Al Quran berikut seperti:

[7:54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy........

[10:3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. …………

[13:2] Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; ............

[20:5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

[25:59] Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, ……..

Kalau tak faham juga penjelasan Allah SWT sebagaimana di dalam ayat-ayat Al Quran di atas, bolehlah semak kitab tafsir Jalalain. Kalau nak kitab tafsir yang tercanggih bolehlah merujuk ke kitab tafsir Ibnu Katsir. Kalau masih tak reti dan tak faham juga bolehlah belajar bahasa Arab apa makna “”astawa a’lal arsy”.

Maka dengan ini umat Islam tidak sepatutnya mempercayai bahawa Allah SWT berada di mana-mana atau tidak bertempat atau di dalam hati kerana kepercayaan songsang seperti ini merosak akidah kerana bertentangan dengan kenyataan dalam Al Quran. Amalan songsang seperti ini hanya layak diguna pakai oleh orang-orang tareqat sahaja.

Orang tareqat memang amat ramai di Malaysia dan mungkin merupakan golongan majoriti dan sebab itulah ramai juga orang tareqat yang menjadi mufti.

Kali ini saya ingin membawa para pembaca sekelian melihat kebatilan kepercayaan orang-orang tareqat dalam isu persoalan dimana Allah SWT menggunakan dalil aqli iaitu dalil yang bersumber dari akal fikiran yang rasional.

Orang tareqat mengatakan Allah dimana-mana!!! Berdasarkan fahaman ini maka dengan itu berdasarkan dalil aqli, Allah berada dimana-mana termasuk di dalam tahi, air kencing, dalam lubang tahi, dalam babi, dalam anjing, di atas tanah , di selipar dan kasut. Maka berdasarkan dalil aqli ini, adalah tidak wajar kita berjalan kaki kerana kelak kita akan memijak Allah?? Tidak wajar kita kencing dan berak kerana kelak kita akan berak dan kencing kepada Allah? Tidak wajarlah kita minum air kerana kelak kita meminum Allah?? Tidak wajarlah kita makan sebarang makanan kerana kelak kita akan memakan Allah SWT?? Tidak wajarlah kita membunuh dan menghina babi kerana di dalamnya ada Allah??

Begitulah dahsyatnya implikasi kepercayaan karut orang tareqat yang mengajarkan bahawa Allah SWT berada dimana-mana. Pijak nama Allah yang terdapat diselipar tahu pulak JAJ marah, tetapi apabila umat Islam pijak Allah SWT yang terdapat dimerata-rata tempat tak marah pun!! Walhal yang dipijak di selipar tu bukan Allah SWT cuma sekadar namaNya sahaja sedangkan kalau berdasarkan ajaran tareqat, Allah berada di mana mana akan membawa implikasi bawa setiap saat kita akan memijak Allah, berak kencing kepada Allah, memukul Allah, apabila kita menyembelih ayam kita sembelih Allah dan apabila kita makan minum maka kita akan minum Allah. Amat buruk dan hodoh sekali ajaran orang tareqat ini. Itulah akibatnya bila manusia merubah maksud Al quran. Dalam Al Quran Allah menjelaskan Allah berada di arasy tetapi orang tareqat merubah maksudnya kepada seperti “kekuasaan”. Seolah-olah kekuasaan Allah hanya berada di arasy sahaja.

Orang tareqat mengatakan Allah berada di dalam hati!!! Dalam ajaran orang tareqat, mereka perlu bersolok dengan melakukan pelbagai ritual khas sehingga akhirnya Allah SWT akan turun bertemu mereka untuk mengampunkan segala dosa dan seterusnya Allah yang ditemuinya itu akan bergerak masuk ke dalam hatinya. Pada peringkat inilah yang dikatakan “dalam aku ada DIA dan dalam DIA ada aku” sebagaimana lagu yang dinyanyikan oleh M Nasir. Maka bersebatilah pengamal tareqat itu dengan Allah SWT dan pada tahap itu Allah SWT berada dalam hati-hati mereka.

Sesungguhnya menolak Al Quran atau mengubah Al Quran adalah satu perbuatan merosak akidah. Allah menyatakan DIA berada di Arasy dan ajaran tareqat telah menolak ayat Al Quran ini dan merubahnya pula bahawa Alah SWT boleh berada didalam hati hati mereka. Nauzubillahiminzalik!! (“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami)).”

Menjual dan menggunakan selipar yang bertuliskan Allah adalah sesuatu yang tidak wajar namun apa yang lebih buruk dari perkara ini ialah apabila umat Islam mempercayai bahawa Allah berada dimana-mana. Kepercayaan ini sesungguhnya merosakkan akidah kerana bertentangan dengan Al Quran dan al hadis. Begitulah juga dengan kepercayaan bahawa Allah SWT berada didalam hati adalah juga merosak akidah. Kepercayaan Allah tidak bertempat juga telah merosak akidah.

Sekian wallahua’lam

Emjay

2 comments: