Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday 17 July 2013

Status Laman Emjay di Blogspot pada 17 Julai 2013



Assalamualaikum wbh

Segala puji bagi Allah yang memberikan begitu banyak rahmatNya. Ya Allah berikanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada Nabi Muhamad SAW serta semua keluarganya.

Alhamdulillah terima kasih Allah begitu lega sekali rasanya hari ini setelah dapat mengemaskini Laman Emjay setelah berbulan-bulan masa dan keringat dicurahkan. Apabila Multiply sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan khidmat laman sosialnya pada tahun lepas, saya bagaikan tiada upaya dan semangat untuk meneruskan Laman Emjay kerana begitu kecewa dengan cabaran tersebut. Maklumlah setelah sekian lama mengendalikan Laman Emjay semenjak penghujung tahun 2006, alhamdulillah Laman Emjay saya rasakan sudah begitu besar dengan banyak sekali artikel dan reply dari para pembaca. 

Apabila menerima pemberitahuan dari Multiply untuk menutup khidmat laman soailnya, ia bagaikan satu missile Amerika yang menghancurkan usaha sekian lama. Hancur luluh jiwa ini tidak terkira. Begitu banyak ujian yang dihadapi sepanjang mengendalikan Laman Emjay dengan sekian ramai penentang sehingga ke tahap Laman Emjay kena HACKED beberapa kali. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang bukan kecil semata-mata untuk menamatkan riwayat Laman Emjay. Mereka merancang namun Allah merancang juga sedangkan perancangan Allah adalah yang terhebat. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana menyelamatkan Laman Emjay. 

Memindahkan kandungan Laman Emjay dari Multiply ke laman-emjay.blogspot.com bukan satu kerja mudah. Tujuh kali saya berpindah rumah dahulu pun saya merasakan tidak seberat memindahkan Laman Emjay ke blogspot. Amat Perit sekali. Segala formatting setiap artikel perlu diperbetulkan semula. Segala gambar perlu dipindahkan juga namun banyak juga gambar yang tidak dapat diselamatkan. Segala link ke pelbagai artikel Laman Emjay di Multiply perlu ditukar ke link yang baru di blogspot. Aduhhhhh amat perit sekali. Hanya mengenangkan saham akhirat maka saya pohonkan kekuatan dari Allah SWT untuk memudahkan segala kerja.

Banyak attachment file dalam Laman Emjay lama tidak dapat diselamatkan. Saya redha dengan segala kesukaran. Semoga Allah SWT sahaja yang layak membalasnya.

Alhamdulillah hari ini saya baru sahaja tamat fasa 1 mengemaskini segala artikel dan gambar foto laman Emjay di blogspot ke satu tahap belum 100% namun sudah agak teratur untuk dilayari oleh pembaca Laman Emjay sekelian. Mungkin saya memerlukan masa yang banyak juga lagi untuk menyempurnakan semua artikel dan gambar foto ke tahap 100%. Doakanlah saya dan ya Allah permudahkan urusan saya mengemaskini Laman Emjay di blogspot ini.

Kepada para pembaca sekelian saya mohon bantuan apabila menemui sebarang format, link yang tak berfungsi, link yang salah atau segala bentuk kecacatan harap dapatlah kirana memaklumkan melalui ruangan comment atau boleh terus email saya di emjayjb@gmail.com. Email lama saya di kangmasjb@hotmail.com  lalu telah kena hacked dan saya telah lama tidak boleh memasukinya.

Itulah sebabnya sudah sekian lama saya tidak menulis sebarang artikel di Laman Emjay kerana terlalu banyak masalah dalaman di Laman Emjay di blogspot ini yang perlu diperbetulkan. Alhamdulillah semoga Allah memudahkan saya selepas ini untuk menulis artikel baru.

Sekian

Emjay

2 comments:

  1. jangan give up emjay...im open to ur opinion walaupun i dun agree everyting...tapi penjelasan anda jelas and some article jadi an eye opener for me and change me alot.....

    kepada yang ANTI-emjay ...jika anda tidak agree dengan pandangan beliau bcoz its against ur principle or against ur opinion, u cud just simply click away from this page lah.senang!!!...tak payah emotional, over sensitive, gaduh2 , caci maki hamun, sumpah menyumpah, or tercari time hack page sehingga menyusahkan emjay redo his page. dan anda pula mendapat dosa secara percuma.

    Daripada anda hack, baik anda buat solat tahajud, qada solat , baca quran, or tidor or simply open other page of ur interest..lagipun kerja sia-sia such as caci maki or hacking atas niat ntah apa?? bukan sifat seorang muslim yang soleh dan baik.

    so emjay teruskan writing ur article...saya akan jadi saksi di akhirat nanti that ur article have changed me to be a better person.

    ReplyDelete
  2. salam Prof, kalau dari awal saya tau boleh juga saya volunteer bantu prof terutamanya soal pengurusan blog yg guna platform blogspot ni

    ReplyDelete