tag:blogger.com,1999:blog-1708552573309096741.post5965994244515701513..comments2024-03-21T10:37:56.292+08:00Comments on Laman Emjay: Aurat : Apa Sudah Jadi ?emjayjbhttp://www.blogger.com/profile/14135627337874667908noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-1708552573309096741.post-67254954637081008822009-01-14T17:47:18.000+08:002009-01-14T17:47:18.000+08:00Assalamuaalaikum Ustaz MJ,
Ada sedikit pertanyaa...Assalamuaalaikum Ustaz MJ,

Ada sedikit pertanyaan berkenaan dengan aurat..

Sepasang suami isteri yang saya namakan Omar dan Latifah telah berkahwin hampir 6 tahun, tetapi masih belum dikurniakan anak kerana masalah kesihatan. Kebetulan Kakak kepada Latifah pula mengandung anak yang ke-6, oleh kerana kasihan melihat keadaan adiknya, kakaknya menjanjikan untuk memberikan kepadanya anak yang bakal dilahirkan ini.

Setelah anak tersebut yang dinamakan Wahida berumur 3 tahun 6 bulan, Dengan kehendak Allah Latifah mengandung, dan lahirlah seorang bayi lelaki. Perbagai persoalan yang difikirkan ketika itu, bagaimana dengan aurat Wahida dengan anak lelakinya setelah dewasa nanti? Oleh kerana sayang sangat dengan Wahida, dia terus mengambil keputusan meminta Wahida minum susunya setiap hari.

Wahida pula tidak diberitahu siapa keluarga kandungnya yang sebenar kerana sebelum mengambilnya, mereka adik beradik termasuk atuk dan neneknya telah sepakat menyembunyikan status sebenar Wahida. Hinggalah ia tahu ketika ayah kandungnya meninggal dunia itupun ketika Wahida sudahpun dewasa..

Persoalannya,... Bagaimana dengan aurat antara Wahida dengan adik lelaki (anak kepada Latifah)?

terima kasih.effa mhttp://izan08.multiply.comnoreply@blogger.com