Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Saturday, 9 February 2008

Pengalaman menghidap Vertigo – sejenis migrain

Pengalaman menghidap Vertigo – sejenis migrain
 
Bismillahirrohmanirrohim (Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang)

Assalamualaikum wbh sekalian Muslimin

Alhamdulillah pada 23 Januari 2007 lalu saya telah menulis artikel berkaitan kesihatan jantung dan paru-paru di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/tapak-tangan-lembab-atau-basah-bahagian.html  sebagai ekoran dari artikel pertama saya iaitu  http://laman-emjay.blogspot.com/2007/01/tapak-tangan-basah-atau-lembab.html.

Artikel-artikel di atas adalah artikel yang saya tulis untuk mengongsikan ilmu untuk menjaga paru-paru dan jantung kita agar sehat. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, arwah guru saya juga sentiasa dirahmati Allah SWT di dalam kuburnya melalui ilmu yang dimanfaatkan oleh saya dan setiap orang yang mengamalkan ilmu ini. Saya juga bertekad semoga dengan setiap tulisan ini serta amalan dari pembaca Laman Emjay dapat sedikit sebanyak mengirim pahala sewaktu saya berada di dalam kubur kelak. 

Arwah guru pernah mengajarkan saya bahawa selain dari anak yang lahir secara menyongsang yang ingin mempelajari ilmu mengurut, insya-Allah akan mengalami situasi tangan atau mana-mana bahagian tulang lain patah. Sebenarnya pentadbiran Allah SWT melalui kejadian buruk patah tulang ini adalah sebenarnya rahmat yang sangat berharga kepada orang yang ingin mendalami ilmu mengurut ini semoga dengan kejadian tersebut beliau dapat mengutip berbagai ilmu berharga.

Alhamdulillah saya juga telah melalui pengalaman seperti ini untuk memperolehi ilmu berhubung masalah buah pinggang, gout dan kencing manis. Saya dahulu pernah kena gout teruk, kerap sakit pinggang bila bangun tidur, alah memijak simen (tapak kaki tidak boleh memijak simen, cramp pangkal peha, air kencing bernanah dan berdarah, makan makanan yang merosakkan buah pinggang, tidak cukup minum air  dan berbagai lagi pengalaman berharga kurniaan Allah. Semoga dengan musibah tersebut juga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan saya. 

Saya pernah satu ketika dahulu kira-kira lebih berbelas tahun lepas mengalami penyakit migrain yang teruk yang dikenali sebagai VERTIGO. Doktor kata bahawa penyakit ini hanya akan menyerang orang yang berusia 30 tahun ke atas. Sebabnya tidak diketahui oleh sains perubatan moden. Pesakit vertigo tidak boleh mengalami panas terik hatta duduk dalam kereta beraircondition di waktu tengahari. Mereka akan sakit kepala dan mabuk. Doktor juga mengatakan bahawa pada masa itu, tidak ada sebarang ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini dan kebiasaannya pesakit akan sembuh sendiri selepas satu tempuh waktu yang lama.

Untuk memahami lebih lanjut berkenaan penyakit vertigo ini, bolehlah melayari http://en.wikipedia.org/wiki/Vertigo_(medical)
 
Setelah saya merujukkan kepada arwah guru saya, beliau menceritakan punca vertigo ada dua iaitu: 
  1. Mengalami keletihan fizikal yang melampau
  2. Mengalami masalah serius yang buntu yang sukar diselesaikan    
Arwah terus menyediakan ubatnya dan meletakkan ubat tersebut di dahi saya macam ubat pilis bagi ibu yang baru melahirkan anak. Alhamdulillah setelah meletakkan ubat untuk beberapa malam sahaja, saya seolah-olah sudah sembuh namun untuk pulih saya terpaksa mengamalkan ubat ini untuk satu tempuh waktu. Walau pun alhamdulillah saya telah pulih dari penyakit ini namun saya tidak boleh memakan beberapa makanan yang saya gemari dahulu iaitu sayur pucuk manis, daun turi, pucuk meranti dan labu kuning. Pernah satu ketika saya memberanikan diri untuk memakan daun meranti dan labu namun akibatnya saya langsung tidak boleh berdiri dan terpaksa di bawa dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur ke kediaman arwah guru untuk mengambil ubatnya. Alhamdulillah setelah peristiwa degil tersebut saya tidak berani mengulangi peristiwa tersebut. 

Beberapa orang rakan setugas saya juga ada yang pernah mengalami penyakit vertigo ini dan mereka terpaksa mengambil satu tempuh masa yang lama untuk pulih dari kesan penyakit ini. Vertigo menurut arwah guru adalah kerana terdapat beberapa saluran darah di otak yang telah rosak atau pecah akibat daripada dua punca yang saya nyatakan di atas. Kebanyakan orang bersalin juga sebenarnya mengalami masalah yang sama iaitu kepenatan melampau dan kerisauan yang hebat sewaktu melahirkan anak dan ini juga menyebabkan terdapat salur darah halus di otak yang rosak dan pecah. Itulah juga sebabnya orang lepas bersalin ini digalakkan untuk berpilis di kepala (di dahi) semoga dengan usaha tersebut Allah SWT memberikan kesembuhan.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, bolehlah email kepada saya di emjayjb@gmail.com . Saya masih belum tahu membuat ubatnya dan segala ubat akan disediakan oleh isteri arwah guru saya di Kampung Cheras Baru Kuala Lumpur.
 
Sekian wassalam wallhuaqlam

Emjay  

32 comments:

  1. apa yang saya alami ialah pening kepala di sebelah muka,yang paling kerap ialah sebelah kanan. kadang2 mata seakan terasa hendak terkeluar dan otak saya seperti dihentak-hentak. keadaan ini berlaku kalau saya sedang stress dan penat. ia akan berlarutan sampai berhari-hari saya perlu mengambil panadol untuk meredakannya. adakah ini dikatakan vertigo..

    ReplyDelete
  2. Macam bukan vertigo. Cuba sdr leron02 imbas semula adakah sewaktu sakit kepala tu, sdr tidak ikut waktu makan sewajarnya sama ada lewat makan atau cepat makan. Sekiranya sdr tidak jaga jadual waktu makan sewajarnya, kemungkinan sakit kepala ini adalah disebabkan peringkat awal gastrik.

    Memang pun bila stress dan penat, selalu terlupa waktu makan atau melengah-lengahkan makan.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  3. apa yang saya alami ialah sakit kepala di sebelah belakang kepala dan sisi. ia berlaku tak kira masa dan berhari2.

    ReplyDelete
  4. Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang penyakit yang saya alami.
    Secara luaran saya kelihatan sihat dan ceria. Tapi satu penyakit ini yang saya malu untuk ceritakan pada sesiapa telah menybabkan say derita dalam diam.
    Penyakit ini ialah buasir.

    Pada mulanya memang saya rasa biasa sahaja, Cuma sangat jarang saya sakit perut dan berhajat. Bila berhajat, rasa sakit dan susah nak keluar. Itu takpe lagi, mula2 ok je tapi pastu berdarah. So saya buat research sikit,knp jd gitu. Rupa2nya sebab saya suka makan jajan.so saya berenti makan dan sakit saya tu baik. Tapi sekejap je. Bila saya kerja, ia kembali lagi. Tapi saya tak ambil kisah sangat. Masa tu saya banyak makan burger. Asal rehat je burger. Sebab itu mknn yang paling murah saya blh dapat dan mengenyangkan. Tak pun kentang goreng.masa tu tahun 2005. penyakit tu berlanjutan sampai 2007. saya dah kerja di tempat lain dan dah tak makan fast food tu sume. Penyakit tu masih ada walaupun sgt mudah buang air. Bila saya ceritakan pada kawan saya, dia gesa saya jumpa dokter. Saya g jumpa, tapi takut bila dokter kata nak masukkan kamera kat dubur. Mase tu puasa, jadi dia suruh datang esok malam, tapi saya tak datang pun. Saya dapat tau ada ubat herba yang boleh bantu pulihkan penyakit ni,jadi saya pun beli ubat tu dari seorang yang saya kenal baik. Cuma saya kene tunggu sehingga dia balik kg dan dptkn ubat tu. Memang saya benanya tak ingat bila ia mula masa saya dapatkan ubat untuk penyakit ni. Dalam tempoh saya tunggu tu,sakit saya dah menjadi2, perit pada bahagian dubur sampai tak boleh nak buat kerja. Sakitnya Masya Allah. Saya usaha juga beli teh misai kucing spy lawas. Alhamdulillah, sekarang dah baik : Makan ubat herba (dlm kapsul), banyakkan minum air, tak makan banyak ayam, banyak makan sayur dan buah-buahan.Paling penting, ini semua Rahmat dari Allah.

    Punca dari segi pemakanan: Saya sangat suka makan ayam. Boleh dikatakan saya maka apa saja selagi ia halal, tapi ayam, tak kira lah masak apa pun, menjadi favorit saya. Secara kontras, saya kurang makan buah-buahan dan ikan walaupun saya suka makan sayur. Disamping itu, saya sangat suka menjajan. Mcm2 jenis saya makan. Saya tahu semua tu banyak bahan perisa tapi saya tak tahu apa kesannya terhadap diri saya. Saya juga jarang minum air masak.Banyak makan mknn sgera spt kentang goreng, burger, nuget, sosej dll (semua makanan yang disejukbeku sebelum dimasak memang tak bagus especially burger-ada plumbum.)

    ReplyDelete
  5. Bagi saya menganalisa terus, boleh saya tahu sdr lelaki atau wanita.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Reply dari sdr qusyairy di atas telah saya jawab dalam artikel terbaru saya berjudul Buasir, penyakit moden masa kini di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/186 .

    Sekian

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Saudara, suami saya mengalami sintom2 seperti pening2 kepala yg menjadikan dia seperti berjalan melayang2... Pandangan dia pun sedikit kabur, dan yng paling dia tidak tahan ialah telinga dia berdesing.. Dia sudah mengidapinya hampir 5 bulan kebelakangan ini.. Dia sudah pergi menjalani berbagai scan di hospital pakar dan juga rawatan alternatif tetpi jawapannya belum ketemui dan penyakitnya masih membelenggu hidup dia.. Lanngsung tidak ada pengurangan. Dia sekarang seperti org yg hilang semangat utk bekerja.. tolonglah saudara bantu apa yg termampu dgn penyakit suami saya ini...saya dan keluarga sudah buntu untuk mencari penyelesaian dan punca penyakit yg dihidapi oleh suami saya ini...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....sejak 8 januari lalu...saya telah diserang sakit kepala yang berterusan di bahagian belakang dan sisi kadang2 sehingga dibahagian tengah kepala...mata saya kadang2 kabur dan tidak dapat tunduk..sekiranya saya tunduk...saya akan merasa mata dan otak seperti hendak terkeluar....kadang2 dibahagian pipi sblh kanan saya akan merasa sakit yang tidak terhingga...apakah sebenarnya penyakit saya ini??

    ReplyDelete
  9. salam, saya mengalami vertigo selepas kelahiran anak sulung 12 tahun yg lalu, sekarang ni makin kerap berlaku...bolehkah saya tahu bagaimana nak dapatkan ubatnya, saya di taman keramat, kl. email saya gee_delight@yahoo.com. terima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
  10. Saya amat berminat untuk mencuba ubat yang dinatakan oleh kangmasj/EMJAY untuk rawatan vertigo. Boleh berikan panduan untuk membelinya?

    ReplyDelete
  11. Salam,kebelakangan ini saya sering mengalami sakit kepala terutama bahagian atas kepala ketika tunduk atau sujud...rasa macam hendak terkeluar otak dan mata...selain itu juga mata sering terasa macam 'senak' dan melarat sakit hingga ke kepala.Belakang leher pun rasa berat..bila diurut..mulalah hendak muntah...saya memang terdapat masalah resdung...mohon saudara membantu..tq!

    ReplyDelete
  12. saya afzan dr srawak..sy mengalami pandangan yg sering berputar, rasa melayang2...x dpt melakukan pergerakan secara mengejut..jika x akan rasa pitam,nk tdo mlm je bantal kena tinggi dan sukar tdo mengiring ke kiri dan kanan..nk drive pun was2..dh 4 bln keadaan sy mcm ni & skrg masih duduk rumah sbb xpt turun kerja.prnah wat scan di otak tp masa scan tu terpaksa dilakukan dgn cara mengiring ke sbelah kanan sbb xpat baring secara melentang ke depan dan xpat tukar posisi mengring belah kiri.itupun kena alas dgn bantal dan tuala yg membolehkan kedudukan kepala tinggi sdikit..hasil scan xde ape2 ketumbuhan dlm otak.doktor mengesahkn sy vertigo dan memberikan ubat betaserc 24 mg pd sy namun keadaan sy masih belum sembuh spenuhnya.setiap hari juga sy buat terapi pemulihan namun xpat buat terapi yg berat krn bimbang akan jd pitam jika dilakukan mengejut.tolonglah sy dalam permasalahan sy ni sbb sy dh jd murung dan x ceria spt dulu lg.minta dibantu.terima kash.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Saya sedang alami.skrg nak pi keja pun takut

      Delete
    2. Sama lah. Saya sedang alami.skrg nak pi keja pun takut

      Delete
  13. asslamualaikum..
    saya sering kali saket kepala yg teramat sgt skrg..
    saya mmg ada migrain sejak kecil sampai skrg umur sya 21 thun
    boley x bg tau cara utk ilangkannya
    saya x tahan bila panas n terlalu bnyk mslh

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbh

    Berdasarkan simptom yang minima tersebut, sdr mungkin ada masalah tekanan darah tinggi. Kalau sdr suka makanan mengandungi margarine atau sdr suka minumam mengandungi krimer seperti 3 in 1 coffee atau sdr suka nescafe, gejala ini boleh berlaku.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. Untuk mendapatkan ubatnya, sila hubungi Kak Ida Kampung Cheras bahru, 03 42940153

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Untuk mendapatkan ubatnya, sila hubungi Kak Ida Kampung Cheras bahru, 03 42940153

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Untuk mendapatkan ubatnya, sila hubungi Kak Ida Kampung Cheras bahru, 03 42940153

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Mungkin salah satu penyebabnya ialah sdr mengamalkan waktu makan yang tidak menentu, tanda ke arah gastrik.

    Elakkan nescafe dan milo. Makan ikut jadual dan jangan skip breakfast, lunch dan dinner.

    Jaga buah pinggang sdr dan bacalah artikel penjagaan buah pinggang yang saya tempatkan di ruang kanan Laman Emjay

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Soalan saya sila jawab dulu:

    1. ada gastrik?
    2. Suka skip breakfast dan tak jaga waktu makan yang tetap?
    3. Suka kentang goreng dan fast food?
    4. suka makan sayur?
    5. Suka aiskrim dan krimer?
    6. Suka ambil barangan mengandungi margarine seperti kek?
    7. Ambil Nescafe?
    8. Ambil Milo?
    9. Ambil mee segera seperti mee maggi?

    Jawab dahulu sebelum saya menjawab perkara selanjutnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Soalan saya sila jawab dulu:

    1. ada gastrik?
    2. Suka skip breakfast dan tak jaga waktu makan yang tetap?
    3. Suka kentang goreng dan fast food?
    4. suka makan sayur?
    5. Suka aiskrim dan krimer?
    6. Suka ambil barangan mengandungi margarine seperti kek?
    7. Ambil Nescafe?
    8. Ambil Milo?
    9. Ambil mee segera seperti mee maggi?

    Jawab dahulu sebelum saya menjawab perkara selanjutnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  21. Saya mengalami sakit vertigo.Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ubat bagi mengubati penyakit vertigo.

    ReplyDelete
  22. Saya sedang mengalaminye sekarang.. apa perlu saya buat.. tlglah sy... tq

    ReplyDelete
  23. Saya sedang mengalaminye sekarang.. apa perlu saya buat.. tlglah sy... tq

    ReplyDelete
  24. Saya disahkan menghidap vertigo ni bulan 9/2013 dan sekrg mkn ubat betaserc 24. Tp saya mencari perubatan tradisional kalo ada sbb saya takut kesan drug ni jk diambil dlm jangka pjg

    ReplyDelete
  25. assalam. saya kerap juga kena vertigo ni sekarang.skrg saya mkn betaserc yg dah lama saya mkn.bila mkn ni rasa mcm sakit pinggang pula. adakah betaserc ada side effect mcm tu? kemudian bagaimanakah nk sembuhkan vertigo ni? nak drive pn kadang rasa mcm tak boleh je.

    ReplyDelete
  26. AsSalam. Jadi makan tak ikut waktu yg tetap penyumbang kepada Vertigo la ya. Tp klu selepas makan kita masih terasa pusing2 dan susah untuk bernafas.. apa pendapat saudara?

    ReplyDelete
  27. Assalam , pernah tak ponteng kuliah atau kerja hanya disebabkan oleh masalah migrain ?Setiap kali kena migrain je mesti kena ambil MC .Ish3.Apa kata anda cubaCara Untuk Menghilangkan Masalah Migrain Anda Supaya Tak Perlu Ponteng Kuliah Lagi
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  28. Sya mngalami vertigo skrg..mcmana utk mngubatinya?

    ReplyDelete