Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT yang mengurniakan pelbagai rahmatNya.
Alhamdulillah saya telah mula menulis semula semenjak sekian lama iaitu semenjak bulan April lalu tidak menulis di Laman Emjay. Sekali lagi saya ingin memaklumkan kepada pembaca sekelian bahawa saya juga amat memerlukan cuti rehat kerana keluarga dan diri saya juga memerlukan perhatian.
Mungkin selepas ini saya memerlukan seseorang untuk membantu saya menyediakan "mirror" sebagai backup kepada Laman Emjay kerana sekiranya ada sebarang masalah kepada Laman Emjay, pembaca sekelian bolehlah disalurkan ke laman "mirror" ini. Mungkin jikalau ada yang secara sukarela ingin membantu saya mewujudkan site mirror ini di Multiply, maklumkanlah kepada saya.
Baru-baru ini saya menerima satu reply daripada pembaca
salam ustaz...sy nak tanya, adakah keturunan mempengaruhi penyakit yg disebutkan?...masa sy kecik dulu, sy penah lelah...keturunan...atuk sy lelah teruk..pastu bila sy dewasa lelah dah tak ada cuma kalau demam atau batuk lambat la skit pulih...bila saya kawin, suami sy juga lelah..keturunan jugak...sebelah bapanya...bila dapat anak..kedua2 anak kami juga punya simptom nak lelah juga..kerap sgt batuk dan demam...lansung tak boleh silap makan..mmg tido pakai kipas pun.bila baca artikel tu, sy sedar bhw semua itu penyumbang keadaan jadi buruk.insyaallah sy akan ubah gaya hidup..terima kasih..moga dikurniakan ilmu yang sentiasa memberi manfaat kepada semua
Berikut adalah jawapan saya berkenaan soalan ini:
Para ilmuan barat yang kebanyakannya orang kafir mewar-warkan bahawa terdapat faktor keturunan dari aspek penyakit. Maksudnya, jikalau emak atau ayah ada penyakit jantung, anak-anak akan kena penyakit yang sama. Jikalau emak ayah menghidap penyakit lelah, anak bakal mewarisi penyakit ini melalui gene penyakit lelah yang terdapat di dalam DNA.
Terus terang saya sangat tidak bersetuju dengan pandangan ilmuan barat ini. Sewaktu arwah guru saya membawakan pandangan yang bertentangan ini dahulu, saya turut sama menentangnya maklumlah saya juga adalah salah seorang graduan biologi/kimia yang pada ketika itu memangnya sangat percaya dengan ilmu barat berkaitan gene penyakit yang diturun temurunkan oleh emak dan ayah melalui DNA. Namun lama kelamaan dengan ketabahan arwah guru mendidik saya dengan memberikan pelbagai hujahnya, kini saya adalah salah seorang penentang ilmu barat yang mengatakan bahawa penyakit boleh diwariskan melalui gen dari ibu dan ayah kepada anaknya.
Beberapa minggu lalu saya bertemu seorang rakan sekerja di UTM yang sebaya saya. Agak sudah lama saya tidak bertemu beliau. Beliau kelihatan sangat uzur. Apabila saya bertanya soalan tentang keuzurannya , barulah saya tahu bahawa beliau sudah mengidap penyakit diabetes semenjak berbelas tahun dahulu iaitu ketika usianya awal tiga puluhan. Apabila saya menyelidiki latar belakangnya, fahamlah saya mengapa beliau ini menghidapi diabetes. Punca diabetes ini antaranya ialah kerana beliau tidak makan sayur semenjak kecil. Saya namakan hamba Allah ini sebagai Amir.
Sebenarnya semakin ramai umat Islam di Malaysia yang mengamalkan amalan tidak sihat yang sama ini iaitu gemar makan lauk terutama sekali ayam tetapi tidak gemar makan sayur. Ada yang makan sayur tetapi sekadar makan taugeh, timun dan kobis. Jikalau sekadar makan 3 sayur ini, ia masih belum mencukupi untuk mengelakkan dari mengidap diabetes. Sepatutnya makanlah sayur yang berkualiti seperti daun ubi, sawi pahit, kailan, peria, kacang panjang, ulam raja, kacang botor, pegaga, tomato, tenggek burung dan yang sewaktu dengannya.
Apabila Amir mengamalkan amalan yang tidak sihat dengan tidak makan sayur, beliau telah menghidap diabetes semenjak muda. Insya-Allah oleh kerana suami tidak makan sayur, isteri Amir juga lama kelamaan juga akan mengikuti jejak langkah Amir dan akhirnya suami isteri ini akan tidak makan sayur. Akhirnya isteri Amir ini juga bakal menghidap diabetes kerana amalan permakanan yang sama.
Apabila Amir suami isteri tidak makan sayur, anak-anak mereka pastilah tidak makan sayur. Mendidik anak untuk makan sayur memang bukan satu perkara mudah. Bagi saya, untuk mendidik agar anak-anak makan sayur, saya hanya menggunakan pendekatan merotan. Tidak makan sayur rotan. Insya-Allah anak-anak ini akan makan sayur apa sahaja yang diberikan.
Bagi kes Amir ini, apabila beliau tidak makan sayur, amalan tidak sihat ini merebak kepada isterinya. Amalan ini seterusnya merebak kepada anak-anak Amir. Akibat dari amalan tidak sihat inilah yang menyebabkan Amir menghidap diabetes, kemudian isterinya juga bakal menghidap diabetes dan apabila anak-anak Amir menjangkau usia awal 30an, anak-anak ini juga bakal menghidapi diabetes. Anak-anak Amir menghidap diabetes bukanlah kerana faktor keturunan atau gene tetapi adalah kerana amalan permakanan yang sama. Sekiranya pembaca sekelian yang tiada kena mengena dari segi pertalian darah dengan Amir ini tetapi sekiranya mengamalkan amalan yang tidak sihat ini iaitu tidak makan sayur maka insya-Allah juga bakal menghidap diabetes.
Amalan tidak makan sayur ini selain mengakibatkan diabetes, ia juga bakal mengakibatkan penyakit tekanan darah tinggi. Akibat daripada diabetes dan penyakit tekanan darah tinggi ini, pelbagai penyakit sampingan lain bakal melanda seperti angin ahmar, cataract, paru-paru berair dan berbagai penyakit kronik lainnya.
Selain daripada amalan tidak makan sayur, ibu bapa yang gemar minum nescafe, sunquick, orang squash dan yang sewaktu dengannya juga insya-Allah bakal mengakibatkan penyakit diabetes. Seterusnya penyakit ini akan dialami oleh generasi anak-anak apabila mereka juga mengamalkan amalan yang sama.
Ada pelbagai punca lain penyebab penyakit diabetes dan insya-Allah saya akan menulisnya di kesempatan lain. Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah penyakit tidak diwariskan dari ibu bapa kepada anak-anak tetapi amalan permakanan yang sama akan menjadikan anak-anak mewarisi penyakit ibu bapa mereka.
Ibu bapa yang gemar tidur bawah kipas yang sangat laju bakal menghidap penyakit lelah/semput dan apabila amalan ini juga diamalkan oleh generasi anak-anak, insya-Allah anak-anak ini bakal menghidap penyakit yang sama iaitu lelah/semput. Sekiranya amalan ini ditambah pula dengan gemar minum air batu, lagilah parah penyakit lelah / semput ini.
Satu ketika dahulu saya telah menceritakan keburukan makan sardin kerana ia boleh menyebabkan kanser dan tumor. Pada satu ketika dahulu, seorang ibu sangat gemar makan sardin. Hampir setiap hari sepanjang beliau mengandung, ibu ini memasak ikan sardin. Dalam kes ini, anak perempuan yang dilahirkan sudah menghidapi tumor pada rahimnya dan pada ketika bayi ini berusia 2 bulan, doktor menjalankan pembedahan untuk membuang tumor ini. Ini juga menunjukkan bahawa penyakit tidak diturunkan oleh ibu melalui faktor keturunan atau gen. Kegemaran ibu ini memakan sardin mengakibatkan darah yang memasuki badan anak ini ketika di dalam rahim mengandungi bahan yang tidak sihat dan akibatnya tumor terbentuk sewaktu bayi ini masih didalam perut lagi.
Keluarga yang gemar mandi malam akan mengakibatkan keseluruhan ahli keluarga ini menghadapi masalah yang sama iaitu masalah berkaitan paru-paru. Keluarga yang gemar makan produk margarine akan mengakibatkan keseluruhan ahli kelaurga ini menghadapi masalah berkaitan jantung. Sesiapa yang memakan margarine paling banyak bakal menghidapi kesan penyakit lebih awal dari mereka yang kurang mengambil sumber margarine ini.
Dari penjelasan saya di atas, nasihat saya ialah janganlah mengamalkan amalan tidak sihat ibu bapa. Dan untuk memutuskan amalan tidak sihat dari ibu bapa, ia bukanlah satu perkara yang mudah dan resepi penting agar penyakit dari ibu bapa ini tidak diwarisi oleh anak-anak ialah perlunya kita semua berilmu. Dengan ilmulah kita insya-Allah diberikan Allah rahmat kesihatan dan dengan ilmulah insya-Allah kita bakal memasuki syurga Allah.
Sekian semoga semua pembaca Laman Emjay diberikan Allah rahmat kesihatan.
Wassalam wallahuaqlam
Emjay

Salam Ustaz,
ReplyDeleteSaya tertarik membaca artikel ini. Penyakit kencing manis memang kita semua maklum boleh membawa kepada penyakit skunder, seperti buah pinggang, jantung, mata dan sebagainya. Dalam hal sakit mata contohnya, saya pernah terdengar daripada rakan boleh disembuhkan dengan mengunakan perubatan seperti amalan kepada bacaan ayat-ayat/surah al quran yang tertentu...boleh Ustaz bantu saya dalam hal ini, iaitu apa kah ayat/surah tertentu tersebut yang boleh Ustaz sarankan. Terima kasih banyak. Wassalam
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBagi penyakit mata akibat dari diabetes, saya memang tidak ada ilmu berkaitan soalan yang dikemukakan.
Bagi saya, penyakit mata yang berpunca dari diabetes, tak payah rawat matanya tetapi rawat diabetesnya. Apabila pulih diabetesnya insya-Allah pulihlah matanya.
Bagi diabetes yang belum sampai peringkat kronik, tempuh tidak sampai dua bulan memadai untuk pulih sekiranya bersungguh-sungguh dan diizinkan Allah SWT.
Tunggulah artikel saya berkaitan diabetes kelak.
Emjay
Insyaallah saya akan memantau subjek ini, dan looking forward untuk menatap mengenai artikel berkenaan dengannya terutama penemuan-penemuan yang tertentu dan rawatan yang disarankan kelak. Terima kasih. Wassalam.
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletesudah lama saya mengikuti website ustaz ni...banyak ilmu yang saya perolehi..Alhamdulillah n terima kasih ustaz..Di sini saya ingin meminta pandangan ustaz berkaitan anak saya yang mengidap penyakit asma...anak saya berumur 2 tahun merupakan anak pra matang dan mempunyai byk masalah semasa kecil. Dia selalu mendapat ruam dan gatal2 di badan. Doktor mengatakan anak saya mendapat alahan susu lembu dan doktor telah menasihatkan saya untuk memberi susu soya.. Pada umur 1 tahun 3 bulan, anak saya telah mendapat asma yg boleh dkatakan teruk. Setiap kali selepas menyusu, dia akan muntah bersama dengan kahak2. Sampaikan tidur mlm pun terjaga disbebabkan oleh muntah selepas menyusu.Saya telah berjumpa dgn pakar kanak2 dan dinasihatkan untuk memberi inhaler. 2 inhaler digunakan iaitu satu yg bewarna biru dan satu lagi yang bewarna jingga. Doktor menasihatkan saya untuk menggunakan inhaler ni selama 3 bulan berturut2 dan jka didapati masih lagi ada tanda2 asma tadi selepas 3 bulan dgunakan...terus sambung menggunakan selama 3 bulan lagi. Sekarang sudah hampir 5 bulan saya menggunakan inhaler tersebut dan masih lagi ada tanda2 penyakit asma tersebut. Apakah ada cara atau petua daripada ustaz untuk membantu anak saya ini.
Salam.
mikran
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteJawapan kepada persoalan sdr mikran ini telah saya jawap sebagaimana di dalam artikel terbaru saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/201
Selamat membaca
Emjay
Salam.
ReplyDeleteBagus lah laman ni.
Boleh saya beri teori tentang penyakit diabetis ni. Kalau salah betulkan.
Kita lihat surah Al An aam: ayat 141.
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa(bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila ia berbuah, dan tunai (dengan dikeluarkan zakatnya). Dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan.
Dalam kajian sains kalau kita makan berlebihan/banyak dan berat badan BMI atas 26, ada satu bahan kimia akan di hasilkan oleh badan secara berlebihan yang akan memusnahkan sel legerhan pada pankreas yang mengkasilkan insulin. Penghasilan insulin akan berkurangan. Kesimpulan nya kita kena terbalikan tindakbalas tersebut. Jadi ikut aje le apa yang di nyatakaan dalam ayat ni. Insyallah diabetes boleh hilang, insulin akan normal. Dengan kata lain bahan ini mengalakan pengoksidaan berlaku/proses penuaan. Betul dalam sayuran dan buah banyak antioksia/anti-penuaan.
Assalamualaikum wbh
ReplyDeletePandangan sdr di atas boleh di terima tambahan pula ada hujahnya berdasarkan ayat 141 al An Aam. Namun kini semakin ramai orang kena diabetes dan sebahagian mereka mempunyai BMI bawah 26. Sebahagian pula semakin muda dalam lingkungan hujung 20an sudah kena diabetes. Itulah pentingnya selain dari tidak makan secara berlebih-lebihan, adalah penting makan makanan yang halalan toyyiba. Nescafe halal tetapi sangat merosak dan menjadi antara punca penting diabetes.
Emjay
salam kunjung...dapatkan penawar penyakit jantung,asthma ,kencing manis,turunkan berat badan dan macam2 penyakit kronik.juga herba khusus untuk lelaki dan wanita yang sudah berkahwin.InsyaAllah berkesan..
ReplyDeletehttp://hpajb.blogspot.com
Salam.
ReplyDeleteAde orang badan BMI bawah 26, kadar metabolisme nye tinggi, makanbanyak tapi tak gemuk, Kajian sains telah di buat walaupun orang itu kurus tapi makan banyak terutama lemak dan carbohidrat, kurang sayur dan buah, proses pegoksidaan adalah tinggi. bila proses pengoksidaan tinggi, sel kita cepat mati berbanding orang orang yang tidak makan banyak dan makan lebih sayur dan buahan, kurang bersenam. Sel pangkreas sel legerhan akan cepat mati dan menyebabkan pengurangan penghasilan insulin.
Salam,
ReplyDeleteBoleh beri tahu saya apa dalam Nencafe tu yang boleh menyebabkan ia boleh membunuh/mematikan sel pankreas atau meningkatkan proses pengoksidaan.
Bab kandungan dalam nescafe yang sangat merosak tubuh dan mengakibatkan gout dan diabetes adalah bukan bidang saya. Saya hanya mengetahui nescafe sangat merosak dan mengakibatkan gout dan diabetes itu sahaja.
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum. Saya muda lagi, apabila diberitahu saya ada diabetic, rasa bagai nasib ini sungguh malang. Mata juga kian kabur. Rasa banyak tanggungjawab saya nanti akan terabai apatah lagi saya seorang pendidik dan anak-anak masih kecil. Apabila terbaca blog ini, saya teringin mengetahui lebih lanjut lagi agar diabetic ini pulih sepenuhnya. t kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteDatanglah ke rumah saya di JB. Dapatkan No tel saya yang telah saya PM kepada sdr melalui Multiply.
Emjay
Assalamualaikum.anak saya sering batuk berkahak .dr kata ada jangkitan paru-paru dah makan mati kuman sembuh kejap.balik kg masa cutii rumah tu tak ada kucing dan tak guna racun nyamuk ok pula bila balik rumah ada kucing penyakit batuk datang semula.adakah batuk tu disebabkan kucing dan penggunan racun nyamuk?
ReplyDeleteSalam, Anak saya berusia 10 tahun telah disahkan mengidap diebetes type 1. Sekarang dia bergantung pada suntikan insulin setiap hari. Adakah cara untuk menurunkan kadar gula di dalam badan beliau. Terim kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBacalah artikel-artikel yang saya kumpulkan disebelah kanan Laman Emjay atas tajuk Penjagaan Buah Pinggang. Sdr punya anak tu sudah rosak buah pinggangnya. Amalkan saranan saya sebagaimana dalam tajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75 .
Dalam kesempatan ini elok juga rasanya kalau sdr yatimushahar ceritakan serba sedikit permakanan anaknya itu sehingga Allah SWT menganugerahkan dibetes. Mungkin anaknya gemar minum air Sunquick ke, kentang goreng ke, Nescafe ke atau apa apa sahaja, cerikanlah untuk iktibar kita semua.
Emjay
produk drp pokok herba stevia.herba paling manis.amat sesuai untuk alternatif pengganti gula tebu sekarang.produk 100% ekstrak daun stevia yang dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah,tekanan darah tinggi,melawaskan kencing dan amat sesuai untuk mengurangkan penyakit yg disebabkan oleh gula tebu sekarang.info lanjut boleh layari website www.eastevia.com dan blog kami di www.easteviasweet.blogspot.com @ boleh berhubung dengan kami di talian 010-4288248.drp saimi
ReplyDeleteproduk drp pokok herba stevia.herba paling manis.amat sesuai untuk alternatif pengganti gula tebu sekarang.produk 100% ekstrak daun stevia yang dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah,tekanan darah tinggi,melawaskan kencing dan amat sesuai untuk mengurangkan penyakit yg disebabkan oleh gula tebu sekarang.info lanjut boleh layari website www.eastevia.com dan blog kami di www.easteviasweet.blogspot.com @ boleh berhubung dengan kami di talian 010-4288248.drp saimi
ReplyDeleteasalamualaikum ustaz ?
ReplyDeletesaya ada tongsil macam mana nak berubat , bila kurang minum air rasa sakit . saya takut puasa kalau dah dekat ? saya nak puasa ? macam mana cara cepat sembuh?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteElakkan sama sekali minum air batu atau air sejuk dari peti sejuk. Kalau dapat tetapkan minum air suam sahaja. Lepas itu elakkan belacan, udang, sotong, kerang, ketam, petis, pedas.
Lepas tu belilah kesembuhan dari Allah SWT dengan membayar melalui peningkatan keimanan dan amal ibadah serta taubat dari dosa-dosa.
Emjay
salam ustaz,saya masih di awal 20-an tapi saya semakin runsing memikirkan ttg penyakit diabetes ni sbb kedua ibu bapa saya menghidapnya. Saya seorang yg suka mknn manis terutamanya coklat,aiskrim dan kek. Saya juga gemar minum susu fulllcream coklat kerana saya sgt menggemari susu coklat dari susu putih. Macam mane ye ustaz?bgaimana nk mnghalang diri dari mkn bnda2 manis ni.Adkh thp pmaknn saya mmg x sihat?
ReplyDeleteSalam Ustaz.....
ReplyDeletesaya cuma nak bg pendapat.....mengikut bidang perubatan, penyakit diabetes mempunyai berbagai punca atau kata nama lain 'multifactorial'.... antara puncanya masalah pemakanan, gaya hidup x sihat n byk ag...... diabetes ada 2 jenis, Diabetes mellitus dan diabetes insipidus...... D. insipidus slalunya melibatkan budak2 yg disebabkan oleh langerhan cell kat pancreas x dpt hasilkan insulin yg cukup tuk badan dan sering dikaitkan dgn masalah genetic.... D.mellitus pulak yg slalu org tua2 dpt, yg puncanya dari pemakanan, cara hidup x sihat..... Mengenai Asthma, asthma kebanyakannya puncanya dari gabungan genetic dan persekitaran yg berhabuk...... kadang2, org yg allergic pada habuk slalu akan dpt asthma, tp slalunya asthma akan hilang bila umur meningkat....... wallahua'lam
Assalamualaikum..saya baru terbaca halaman artikel ini.emak mertua saya mghidap penyakit kencing manis,dan tidak blh bjalan,kulit2 tlalu kering dan semut sntiasa melekat dikulit emak mertua saya??blh ke tlg saya,bagaimana cara supaya emak mertua saya sihat sperti biasa..terima kasih..len
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt
ReplyDeleteDalam kes diabetes ini, sdr tidak boleh sama sekali berpendirian bahawa apabila ibu mertua sdr ambil ubat, diabetesnya terus sembuh!!
Penyakit disbetes adalah penyakit berat dan ia adalah satu musibah dari Allah SWT atas dosa-dosa yang dilakukan emak mertua sdr. Antara dosa berat yang selalu dilakukan oleh pesakit diabetes ialah kes mensyirikkan Allah SWT.
Itulah sebabnya dalam kes diabetes ini, saya minta pesakit untuk datang ke rumah untuk beberapa kali dimana kali pertama adalah untuk menganalpasti punca sebenar penyakit. Sekurang-kurang 4 sesi selepas itu adalah untuk mempelajari asas tauhid.
InsyaAllah apabila pesakit mengenalpasti antara punca mengapa Allah SWT memberikan diabetes lalu mereka bertaubat lalu mengerjakan amal soleh, InsyaAllah ubat yang diberikan diredhai Allah lalu disembuhkan oleh Allah SWT.
Ubat tanpa redha Allah adalah sia-sia belaka. Ingatlah bahawa penyakit adalah satu rahmat dari Allah SWT agar umatnya kembali kepada jalan lurus jalan yang diredhaiNya.
Emjay
Makan ubat harga RM1.000,000 kalau Allah tak redha, memang tidak akan sembuh. Sesungguhnya apabila aku sakit, Allah lah yang menyembuhkan.
"Itulah sebabnya dalam kes diabetes ini, saya minta pesakit untuk datang ke rumah untuk beberapa kali dimana kali pertama adalah untuk menganalpasti punca sebenar penyakit"
ReplyDeletebleh bg penerangan mcm mn anda mengenal pasti punca mengapa Allah SWT memberikan diabetes? ada x rujukan dari mn2 yg menyatakan serta support statement anda - "Penyakit disbetes adalah penyakit berat dan ia adalah satu musibah dari Allah SWT atas dosa-dosa yang dilakukan emak mertua sdr. Antara dosa berat yang selalu dilakukan oleh pesakit diabetes ialah kes mensyirikkan Allah SWT.". kata la di takdirkan Allah anda kena diabetes, bleh x sy katakan bahawa itu adalah musibah dr Allah atas dosa-dosa yang dilakukan anda, Antara dosa berat yang selalu dilakukan oleh pesakit diabetes iaitu anda ialah kes mensyirikkan Allah SWT??
apa pun.. sila la terangkan mcm mn anda mengenal pasti punca PENYAKIT DIABETES @ MENGAPA ALLAH MEMBERIKAN DIABETES KPD PESAKT. ayat ni semacam anda sangat hebat smpi bleh tahu knp Allah SWT memberikan diabetes kpd seseorang pesakit yg dtg berjumpa anda.... p/s: jgn la kondem sy plak yer.. tnya ja ni. xslh tnya klu x tau.