Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 15 April 2009

Keris bersalut emas


Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah inilah kali pertama saya menerima keris bersalut emas bertatahkan berlian 5 butir. Inilah antara keris puaka yang diterima untuk dilupuskan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya bukan pengumpul keris atau senjata puaka lainnya tetapi saya menerima senjata-senjata berpuaka ini untuk di lupuskan.

Semoga Alah SWT redha dengan usaha saya ini dan semoga hamba Allah yang menyerahkan keris puaka ini diberikan Allah pelbagai rahmat dan semoga dimatikan Allah dalam iman.

Gambar di bawah menunjukkan gambar keris yang sudah dipotong kecil untuk proses pelupusan seterusnya.

Bagi pencinta keris puaka, mereka sanggup mengeluarkan beribu ringgit untuk membeli keris puaka seperti ini tetapi sebenarnya ribuan ringgit yang dikeluarkan adalah semata-mata adalah sebagai tiket untuk masuk ke NERAKA.



Jangan lupa klik pada mana-mana gambar untuk paparan yang lebih besar.

Sekian wassalam


Emjay

33 comments:

  1. Tak boleh ke jika keris ini dibersihkan dari anasir jahat kemudian disimpan sebagai koleksi?..
    Bukan apa, sayang pula rasanya jika barang seperti ini dimusnahkan.

    ReplyDelete
  2. Kerana tak bolehlah maka diperlakukan seperti di atas.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Salam!
    Pada saya tidak menjadi masalah jika disimpan hanya sebagai koleksi, sebagaimana kita menyimpan barangan koleksi lain seperti duit syiling lama, lencana dan stem. Saya sendiri ada menyimpan beberapa barangan tinggalan orang-orang tua, seperti syiling lama, tepak sirih, barangan tembaga dan senjata, termasuklah parang dan keris. Namun saya tidak pernah mengangapnya lebih dari sekadar kenang-kenangan dari mereka. Sesekali saya akan menyentuhnya sebagai melepaskan rindu terhadap meraka yang pernah hadir dalam hidup saya. Alhamdulillah selama lebih 20 tahun menyimpannya, saya keluarga tidak pernah mengalami sebarang gangguan. Pada saya kesemuanya itu tidak lebih dari sentimental value dan bahan sejarah, sekadar memberikan peringatan kepada diri dan anak-anak soal hidup dan perjuangan yang tidak akan pernah berakhir selagi dunia belum kiamat.
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. rugi dilupuskan...kn elok dijual, dapat duit...

    ReplyDelete
  5. semua bende ni makhluk allah, jadi sebenarnya kita tak perlulah sampai nak dihancurkan..... yang mengganggu adalah khadamnya, bukan bendenya....... oleh itu yang perlu diururskan adalah khadam nya........ renungkan......

    ReplyDelete
  6. semua bende ni makhluk allah, jadi sebenarnya kita tak perlulah sampai nak dihancurkan..... yang mengganggu adalah khadamnya, bukan bendenya....... oleh itu yang perlu diururskan adalah khadam nya........ renungkan......

    ReplyDelete
  7. Sdr entitiman ysng budiman

    Kalau berhala seperti ini tidak perlu dihancurkan, maka bodohlah Nabi Ibrahim yang satu ketika dahulu menghancurkan berhala. Bodoh jugalah Nabi Muhamad SAW apabila baginda menghancurkan berhala di sekitar Mekah sewaktu baginda kembali ke Mekah setelah menewaskan kafir Quraish?? Bodoh jugalah Taliban di Afghanistan apabila mereka menghancurkan berhala di Afghanistan satu ketika dahulu??

    Berat engkau kalau memberikan nasihat yang salah.

    Emjay

    ReplyDelete
  8. berhala tu diorang sembah, keris nie diorang meminta....

    ReplyDelete
  9. berhala adalah sesuatu bende si sembah sebagai tuhan, lan cerita nya ngan keris yang dipuja untuk kegunaan sendiri, mana ada zaman berhala dulu diorang tikam musuh gunakan berhala,

    ReplyDelete
  10. Dalam bab berhala ini, nak kata sdr entitiman pandai, memang tidak pandai. Apakah sebenarnya maksud berhala sebagaimana telah disepakati oleh ulamak?? Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut tentang konsep BERHALA, bolehkah sdr entitiman berikan definisi berhala mengikut persepsi entitiman??

    Saya sedang menunggu definisi berhala mengikut persepsi sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. baiklah begini, awak adalah seorang ustaz, saya ni hamba allah biasa jer, tak de ape2, kalau saya cakap pun , tentu pendapat saya ustaz kata salah, jadik lebih baik saya diam aja....... terima kasih atas nasihat dan pendapat yang ustaz telah berikan.... saya hargai terima kasih.... wassalam

    ReplyDelete
  12. Apa sangatla keris,jin,puaka,syaitan,emjay dll...orang lain dah canggih dah...keris tetap keris..jin tetap jin

    ReplyDelete
  13. Kenapa pedang Rasulullah S.A.W tidak dimusnahkan juga? Keris adalah warisan orang Melayu. Keris tidak salah. Yang salah ialah memujanya. Apa pun, kita boleh menyimpannya, tetapi jika kita takut barang yang kita simpan itu dipuja orang setelah ketiadaan kita nanti, eloklah ianya dimusnahkan.

    ReplyDelete
  14. salam..apa2 benda drp,melalui,melibatkan 'aaraf = syirik.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh

    Maaf sdr zzaile, saya tidak faham soalan maka saya tidak dapat memberikan ulasan.


    Emjay

    ReplyDelete
  16. Pedang yg sya pegang ini bukan untok membunuh tp untok mempertahankan maruah dan agama..apakah salah dari segi Islam....

    ReplyDelete
  17. Kalau pedang tersebut tidak pernah digunakan sebagai alat mensyirikkan Allah SWT, manfaatkanlah ia.

    Kalau pedang tersebut kerap diperasapkan, dimandikan dan perbagai amalan sesat, lupuskanlah sahaja.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Salam. Diperasap menggunakan kemenyan bertujuan utk mengelakkan karat, dimandikan bilah senjata atau dibasuhkan dengan bahan semulajadi yg bersifat acidic ph<7 seperti limau,nenas,air kelapa untuk menanggalkan karat pada bilah. Perbuatan itu semua dispesifikasikan atau dijatuhkan hukum syirik?

    ReplyDelete
  19. ooo...ustaq ni tukang lupus keris nyee....dh byk ke dilupuskan???...sayang lah, warisan kesenian dilupuskan bgitu shaja. dlm pemahaman saya....keris yg 'BER ISI" hnya la rumah @ sangkar khadam nya.Namun wlau dilupuskan ianya tidak bermakna krn yg perlu dihapuskan ialah khadam nya. keris = zahir ! Khadam = ghaib.


    Kalau pedang tersebut kerap diperasapkan, dimandikan dan perbagai amalan sesat, lupuskanlah sahaja.<---bleh saya tau, dlm ayat mana...dlm surah mana yg menerangkan hal ini.

    ReplyDelete
  20. Askm Ustaz, pada pendapat saya ustaz keris ni senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri. Jika keris itu tidak dipuja atau mempunyai kadam atau sewaktu dengannya saya rasa tidak ada masalahnya kan ustaz
    mohon tunjuk ajar ustaz

    ReplyDelete
  21. ai..nak lupuskan pun kena bagi kat mj?? aku pun buleh.

    ReplyDelete
  22. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  23. ini bukan keris salut emas, kamu ditipu oleh syaitan.

    ReplyDelete
  24. hehehe nampak sangat kejahilan emjay ni...kata berilmu tinggi, pakar keluar fatwa...hahahaha...kenapa la bodoh sangat nak berperang dengan besi buruk tuh....bukan besi buruk tu yg jadi masalahnya....hehehehe...itu la bila kita rasa ilmu kita lah yg paling betul macam ni lah jadinya...umpama seorang doktor gigi tapi nak operate jantung!!!! hahahaha kesian betua kat kau nih!!!

    ReplyDelete
  25. hehehe nampak sangat kejahilan emjay ni...kata berilmu tinggi, pakar keluar fatwa...hahahaha...kenapa la bodoh sangat nak berperang dengan besi buruk tuh....bukan besi buruk tu yg jadi masalahnya....hehehehe...itu la bila kita rasa ilmu kita lah yg paling betul macam ni lah jadinya...umpama seorang doktor gigi tapi nak operate jantung!!!! hahahaha kesian betua kat kau nih!!!

    ReplyDelete
  26. kerispun kamu tak kenal, macam mana nak kenal syaitan dalam keris ni. Ini keris salut tembaga jenis baru. banyak dijual ditoko-toko barangan cerderahati.

    ReplyDelete
  27. kdg2 sy melihat antum MJ ni kena HALUSINASI DGN BERMONOLOG SENDIRIAN..tu yg bermasalah...semuanya kata tak betul..ini tak betul itu tak betul terlampau taksub sangat...knp shabat2 rasullullah tidak mahu belajar ilmu kebatianan sedangkan mereka sudah tau...mengapa khalid akhirnya meninggal diatas katil itu kena rungkai antum MJ...

    ReplyDelete
  28. sebagai rumusan, pendek kata kalau senjata tu tak mendatangkan keburukan kepada penyimpannya, hanya untuk koleksi tinggalan sejarah lama apalah salahnya, sebagai ingatan untuk generasi yang akan datang, Syurga atau neraka Allah yang tentukan, cerita "Sundal yang memberi makanan dengan anjing kelaparan pun boleh masuk syurga" kita cuma hamba hina tak layak nak menentukan soal syurga dan neraka...

    ReplyDelete
  29. Kisah Nabi Ibrahim runtuhkan berhala dulu jauh berbeza. Harap tuan punya blog buat rujukan.

    ReplyDelete
  30. tidak ada salahnya dengan keris itu....yg salah ialah kedangkalan kita tentang ilmu Agama, ilmu ketuhanan, ilmu akidah/tuhid....
    semua apa yg dipersembahkan segala perkara dalam dunia ini semuanya dalam ilmu Allah....bukan dalam ilmu manusia.....

    yg sesat atau keneraka itu adalah diri kita sendiri....
    sedalam mana ilmu kita tahu tentang kesesatan, syurga dan neraka...

    sasaorang yg ada ilmu buat basikal mana bisa menolak kapal terbang yg mereka tidak tahu langsung tentang hal kapal terbang....

    ReplyDelete
  31. banyak orang nampak berilmu beragama dan bersyariaat...sabenarnya merugikan umat...mereka itu sabenarnya kosong....
    mereka itu hanya saperti harimau, tapi hanya spt sabuah gambar, rohnya dan jasad kosong...mereka itu tidak berdaya walau disiat2 gambar itu...

    ReplyDelete