Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday 17 July 2007

Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)

Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP)

Assalamualaikum wbh

Pada 25 Jan 2007 alhamdulillah saya telah menulis artikel bertajuk Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru. Alhamdulillah artikel ini telah banyak beredar di alam cyber dan saya telah mendapat pelbagai respons dari artikel ini.

Saya juga telah mendapat pertanyaan melalui email oleh pembaca-pembaca Laman Emjay berkenaan pelbagai penyakit lain dan tidak kurang berkenaan penyakit lelah, semput, astma dan resdung . Lelah, semput, astma dan resdung  bolehlah saya kategorikan  di bawah penyakit  berkaitan sistem pernafasan  iaitu ia melibatkan hidung,  trakea,  bronkus dan paru-paru. Penyakit selsema juga sebenarnya  penyakit yang berkaitan dengan  sistem pernafasan.

Sekiranya kita melakukan kajian statistik,  insya Allah kita akan dapati bahawa penyakit lelah, semput, astma dan resdung (penyakit berkaitan sistem pernafasan, PBSP) semakin kerap dan semakin banyak menyerang manusia. Berdasarkan data statistik ini, satu persoalan wajar sekali dikemukakan dan dijadikan iktibar mengapa PBSP ini cukup gemar menyerang manusia moden di Malaysia kini dan bukan manusia zaman dahulu atau zaman saya masih kecil.

Di dalam AlQuran Allah SWT menyebutkan bahawa setiap yang buruk ada kebaikan dan Allah ulang semula pernyataan ini untuk menggambarkan penekanan yang Allah berikan. Pernyataan ini juga membawa maksud bahawa setiap yang baik juga ada keburukannya. Pernyataan ini membawa maksud bahawa pada zaman dahulu, kehidupan adalah kuno dan ketinggalan zaman namun disebalik kesusahan ini ada kebaikannya. Kini zaman moden yang serba canggih kelihatan baik namun banyak pula keburukannya sebagaimana radio, TV dan internet telah banyak merosakkan umat manusia. Kenderaan dan kereta juga adalah kelihatan baik sekali namun ia telah banyak merosakkan alam ini dengan membebaskan banyak bahan toksik serta meningkatkan suhu bumi.

Begitulah keadaannya dan kita semua perlu sekali sedar bahawa setiap yang buruk ada baiknya dan setiap yang baik ada buruknya. Bila diuji Allah dengan sesuatu musibah, janganlah mengeluh kerana disebalik musibah ini terdapat banyak sekali kebaikan.

Kembali kepada PBSP, dalam artikel yang lalu iaitu Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru , saya telah menyatakan bahawa tabiat mandi malam serta minum air batu merosakkan paru-paru. Air batu adalah anugerah kemajuan teknologi zaman moden yang banyak manfaatnya seperti boleh digunakan untuk mengawet makanan termasuk ikan dan daging namun di sebalik kebaikan ini ada mudharatnya kepada manusia sekiranya mereka gemar minum air batu ini.

Inilah yang ingin saya jelaskan melalui statistik mengapa zaman dahulu tidak banyak PBSP namun kini PBSP ini kelihatan sebagai penyakit yang bakal menyerang hampir setiap keluarga di Malaysia. Pernahkah pembaca Laman Emjay terfikir apakah unsur zaman moden kini yang menjadi salah satu faktor yang menyebabkan PBSP ini?

Zaman dahulu tidak ada kipas angin. Juga tidak ada peti sejuk. Selesa juga hidup saya waktu kecil dahulu walau pun tiada kipas angin jauh sekali set air condition. Namun rahmat Allah di sebalik tidak ada teknologi moden kipas angin dan peti sejuk pada waktu ini ialah tidak ada penyakit PBSP.

Kira-kira lebih 10 tahun lalu apabila arwah guru saya menceritakan kesan tidur di bawah kipas kepada satu keluarga Singapura yang ramai anak-anak termasuk ibunya menghadapi PBSP, saya sangat tersentak dengan penjelasan arwah guru namun cerita ini memangnya tidak dapat saya menafikannya. Keluarga Singapura ini diberikan Allah pelbagai PBSP kepada anak-anak serta ibunya kerana mereka mengamalkan satu tabiaat yang dikongsi sama iaitu "TIDUR DI BAWAH KIPAS YANG LAJU UNTUK SATU TEMPUH YANG LAMA".

Kira-kira tiga bulan yang lalu, satu pasangan yang alhamdulillah telah banyak belajar dari saya datang ke rumah membawa salah seorang anak kecilnya yang berusia sekitar 4 tahun. Isterinya mengadu bahawa anak lelaki ini telah demam panas lebih dari 4 hari dan apabila di bawa ke doktor, apabila anak kecil ini bernafas, paru-parunya berbunyi seperti saluran pernafasannya tersekat kerana banyak lendir. (Bunyi ini dapat didengar jelas dengan menggunakan stetoskop yang digunakan oleh doktor). Saya menyoal si ibu ini "anak kecil awak ini tidur malam bawah kipas nombor berapa?"

Si ibu menjawab ringkas "paling laju iaitu nombor 5".

Astaghfirullahal'azim!. Inilah antara pelbagai musibah dari Allah kerana ibu  bapa ini dahulunya sememangnya sangat jahil. Selepas lebih setahun ibu bapa ini memperbaiki diri (alhamdulillah banyak sekali), pelbagai rahmat Allah berikan termasuk rahmat tidak lagi sesak duit sehingga sudah mampu menabung setiap bulan. Kini Allah menambah lagi rahmatNya dengan memberikan penyakit PBSP. Allah memberikan PBSP kepada anak kecil ini agar seluruh keluarga ini diberikan rahmat yang lebih banyak lagi dengan cara mengelakkan amalan tidur malam di bawah kipas yang laju.

2 minggu selepas itu,  si ibu datang lagi ke rumah saya dan kali ini emaknya pula sudah kena PBSP. Hujung jari tangan sudah berwarna kebiruan iaitu tanda bahawa paru-paru si ibu sudah bermasalah. Macam mana tidak bermasalah, sudah sangat lama tidur bawah kipas yang laju (speed 5) di samping kerap mandi malam dan minum air batu.

Kini taraf hidup penduduk di Malaysia telah meningkat dan ramai antaranya kini telah mampu memasang set air condition di rumah walaupun berharga ribuan ringgit. Namun di sebalik kebaikan ini terdapat keburukan iaitu mengundang pelbagai PBSP. Baru-baru ini saya mendapat email dari pembaca Laman Emjay menceritakan anak sulung berusia lebih 3 tahun sudah kena astma dan anak yang kedua berusia 11 bulan sudah menghadapi simptom macam abangnya iaitu setiap bangun pagi lendir kahaknya pekat dan banyak. Insya Allah anak kecil 11 bulan ini bakal mengikuti jejak langkah abangnya iaitu bakal kena astma sekiranya amalan buruk ini diteruskan.

Sebaik-baik kelajuan kipas sewaktu tidur adalah speed 1. Kalau menggantikan kipas syiling dengan kipas ekzos lagi baik. Menggunakan kipas berdiri dengan mengarahkan arah angin ke syiling juga dirasakan satu usaha yang baik.

Orang di kawasan musim sejuk memang semua persekitarannya sejuk dan ini kurang mengundang masalah. Masalahnya kita di Malaysia ialah apabila masuk bilik terus sejuk akibat penggunaan aircond dan apabila keluar bilik terus panas. Situasi ini adalah tidak normal dan ini mengundang masalah PBSP. Alhamdulillah saya serta isteri dan anak-anak sudah agak lama tidak kena demam, batuk atau selsema. Pada 21 Jun 2007 sehingga 24 Jun 2007, saya seramai 6 orang termasuk isteri dan anak-anak tinggal di Somerset Rompin dan kami tinggal selesa di villa dua bilik. Villa ini ada 2 living room dan satu dapor. Ada urusan fakulti. Pendek kata semua bilik dan ruang living room sentiasa sejuk dan beraircon. Memang seronok makan, minum bermain dan berehat di tepi pantai nan indah. Bermula selepas kembali ke JB pada petang Ahad, hari Isnin keesokannya, saya dah mula kena selsema dan batuk. Beberapa hari kemudian saya demam agak lama juga. Isteri dan anak-anak saya juga selsema, batuk dan demam. Begitulah penangan air condition villa di Somerset yang sentiasa on.

Selain air batu, mandi malam dan tidur bawah kipas yang laju serta tidur dalam bilik air condition, makanan juga menyumbang kepada PBSP. Orang yang menghidap penyakit resdung adalah disebabkan amalan dan tabiat permakanan yang kurang sihat. Makanan yang menyumbang penyakit resdung selalunya adalah belacan, udang, kerang, ketam, sotong, rojak petis, cencaluk, budu dan makanan yang sewaktu dengannya . 

Bagi mereka yang kerap gemar makan makanan ini, berhati-hatilah.  Rojak petis dan otak udang adalah makanan yang sangat diragui. Adakah otak udang ini dibuat dari otak udang 100% ? Rojak petis pula mengandungi banyak kandungan otak udang.

Apabila dah kena PBSP, antara kaedah penting merawatnya ialah dengan mengelakkan segala pantang larangnya seperti kipas angin, air condition, air batu, mandi malam serta merokok dan kerja malam (tidur siang). Bekerja di kawasan yang banyak melakukan kerja kimpalan juga merosakkan sistem pernafasan. Bekerja di kilang yang menghasilkan printed circuit board juga merosakkan paru-paru. Seterusnya untuk merawat masalah PBSP ialah dengan meminum susu lembu segar atau susu tepung fullcream. Susu lembu segar atau dalam bentuk susu tepung fullcream akan menggalakkan pengeluaran bahan asing daripada paru-paru. Sekiranya pengeluaran bahan asing samaada dalam bentuk hingus, lendir atau kahak dari sistem pernafasan ini terlalu banyak sehingga menyusahkan pernafasan, kurangkan kuantiti susu yang diambil ini. Anda semua kena trial and error untuk mengetahui kuantiti susu yang paling sesuai dimana hingus, lendir atau kahak terus dikeluarkan dari paru-paru. Pada kebiasaannya, minum susu setengah cawan empat kali sehari adalah memadai.

Berjaga-jagalah dengan kipas angin yang laju serta aircondition serta amalan makanan yang tidak baik disamping air batu, mandi malam dan yang kena kerja shift malam tidak ketinggalan juga menghisap rokok. PBSP menghampiri anda.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay.  

34 comments:

  1. Ustaz, ada iklan yang saya terbaca, 'Kelas Swimming Dewasa - tiga kali seminggu, dua jam sekali sessi bermula jam 8.30malam untuk kesihatan jantung'.....saya rasa lain yang sihat, lain pulak yang sakit.

    ReplyDelete
  2. Betullah tu. Pandailah tu. Kalau nak sehat, banyakkan solat sunat, insyaAllah sehat tubuh badan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,terima kasih ustaz atas artikel ini.Insyaallah akan saya amalkan untuk kebaikan kami sekeluarga

    ReplyDelete
  4. nk tny sikit kat tuan emjay yg luas sungguh pengalaman MASYAALLAH..

    ada org skrg yg beraircond 24 jam.dh la ofis pn aircnd, blk rumah pn aircnd..kalu ada yg berkata saya dh guna aircn bertahun2 x de masalah pn?camne nk jwb tu tuan? ada rumah yg mmg panas. x tahan kalu x guna aircnd.camne pulak kalu guna aircnd, tp amalkn pemakanan sihat mcm mkn herba, minum susu berpantang dll, adakah blh elak penyakit ini walau pn 24 jam ber aircn?

    lg 1,blh x guna aircon tp setting 'fan' je la..bkn 'cool' yg blh keluarkn gas tu..tp kalu pakai 'fan je x la sejuk sgt...blh x?apa pendapat..

    wassalam..

    ReplyDelete
  5. Aircon siang di pejabat dan aircond malam di rumah, pada pandangan saya kalau rajin minum susu lembu dan rajin makan sayuran berkhasiat lainnya mungkin boleh membantu menangani penyakit berkaitan sistem pernafasan ini.

    Setengah rumah tu memang panas waktu malam dan antara puncanya ialah kerana kurang sistem ventilation. Eloknya tingkap dirumah batu sekarang ini, bila maghrib tutup tetapi masuk pukul 10 malam biar buka (pastikan ada grill) dan pasanglah kipas speed 1, insya Allah kurang panas sikit.

    Kalau 24 jam beraircond, antara masalah utama yang menanti ialah masalah buah pinggang kerana tidak cukup minum air. Orang dalam aircond ini selalunya tidak suka minum air banyak kerana sejuk sedangkan udara aircond adalah kering dan banyak menyejatkan peluh dan perlu diganti dengan air secukupnya. Kalau nak tahu kesan ke atas paru-paru, ini kena tunggu hasil eksperimennya dan nanti kisaie82 beritahu saya hasil eksperimennya. Kalau tengok jari dan tapak tangan sudah kebiru-biruan (tidak kemerahan sebagaimana pada orang sehat), berhentikanlah eksperimennya dan beritahulah saya.

    Kalau pakai aircond dengan setting fan, ia bertindak macam kipas angin sahaja. Tidaklah ia merosak macam aircond setting "cool".

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. salam ustaz..sy selalu jg baca artikel kt blog ustaz ni..dan ada byk yg berkait dgn sy.. sbnrnya sy juga mengalami kuku biru bila berada dlm bilik kuliah beraircond ..pe yg patut sy lakukan? berat bdn sy makin menurun.
    thanks &regards

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbh

    Kalau kuku biru dan jari juga biru atau kebiruan atau tidak lagi kemerahan, itu dah tanda paru-paru bermasalah. Paru-paru bermasalah selalunya disebabkan minum air batu, mandi malam, tidak minum susu lembu, terdedah kepada bahan kimia atau asbestos dsbnya.

    Bacalah artikel saya bertajuk Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/42

    Semoga Allah memberikan rahmat kesihatan kepada sdr.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  8. salam ustaz, sy xpnah tpikir psl smua ni - sy bkje dlm blk yg bhawa dingin. oleh krn skg musim hujan, sy redah je bawa moto wlaupun hujan dan angin yg sjuk. slpas brehat seketika, sy akn mandi ari suam. apa pndapat ustaz, adakah amalan sy mndi air suam boleh membantu kesihatan sy???

    ReplyDelete
  9. salam ustaz...sy nak tanya, adakah keturunan mempengaruhi penyakit yg disebutkan?...masa sy kecik dulu, sy penah lelah...keturunan...atuk sy lelah teruk..pastu bila sy dewasa lelah dah tak ada cuma kalau demam atau batuk lambat la skit pulih...bila saya kawin, suami sy juga lelah..keturunan jugak...sebelah bapanya...bila dapat anak..kedua2 anak kami juga punya simptom nak lelah juga..kerap sgt batuk dan demam...lansung tak boleh silap makan..mmg tido pakai kipas pun.bila baca artikel tu, sy sedar bhw semua itu penyumbang keadaan jadi buruk.insyaallah sy akan ubah gaya hidup..terima kasih..moga dikurniakan ilmu yang sentiasa memberi manfaat kepada semua

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Perubatan baratlah yang mewar-warkan bahawa keturunan atau gen ada mempengaruhi penyakit.

    Doakanlah semoga saya menulis artikel berkenaan perkara ini dalam waktu yang terdekat.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. En. Emjay,

    Saya berpendapat susu segar dari kotak (spt produk Dutch Lady dan lain2) sama kebaikannya dengan susu tepung full cream seperti yang telah disebut dlm artikel ini. Adakah pendapat saya benar? Terima kasih..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wbh

    Susu kotak jenama Dutch Lady dalam kotak 250ml dengan perasa strawberry, chocolate dan coffee bila disemak pada bahan-bahannya yang terpapar dikotak tersebut ada menyatakan pepejal susu tanpa lemak dan lemak susu. Saya mengandaikan ia seolah-olah kembali menjadi susu fullcream sekiranya kadar nisbah campuran pepejal susu tanpa lemak dan lemak susu adalah mengikut kadar yang sepatutnya. Saya menjangkakan bahawa susu ini telah menjadi susu fullcream semula kerana kalau susu rendah lemak, sudah pastinya dituliskan dengan besar di kotak tersebut.

    Saya sangat suka menasihatkan pembaca sekelian kalau inginkan manfaat terbaik dan mudah, belilah susu segar jenama Dutch Lady yang di jual dalam kotak 250ml. Ini adalah kerana susu segar dalam kotak ini tidak perlu sama sekali untuk disimpan di dalam peti sejuk. Warna kotaknya ialah warna hijau. Kalau susu rendah lemak Dutch Lady dalam kotak 250ml, warna kotaknya adalah biru muda. Namun masalah besar di sini ialah untuk mendapatkannya kerana hanya pasar raya besar sahaja yang menjual susu segar dalam kotak jenama Dutch Lady bersaiz 250ml ini.

    Susu segar jenama Dutch Lady yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk ini juga dijual dalam pek 1liter dan ada juga dalam pek botol plastik 900ml dan kesemuanya berwarna hijau. Ingat biru adalah rendah lemak dan hijau adalah susu segar.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  13. Sebelum ini, izan, suami dan anak2 tidur bawah kipas yang agak laju, kebiasaanya izan akan buka kipas 2@3 tetapi suami jenis tak tahan panas dia tambah pula kelajuan sampai 5 bila kami semua dah tidur, setiap hari keadaannya begitu, akibatnya.. anak sulung izan kerap astma, sering sgt guna inhaler dan kerap ke klinik untuk dapatkan rawatan astma, kadangkala 1 malam tu 2-3 kali pergi klinik untuk dptkan ventolin.

    Bila izan cuba beralih tempat dah cuba apa yang disarankan ustaz mj nih dari 4-5 bulan yang lepas, anak sulung izan dah takda kena astma lagi, izan pun kerap bagi dia madu.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT

    Semoga izan08 sekeluarga sentiasa diberikan rahmat berkat taufik dan hidayah dari Allah SWT.

    Nasihat saya ialah jangan sekali pun menggunakan ventolin.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. salam...ustaz...saya berterima kasih kerane dapat maklumat minum susu lembu penuh krim akan mengasingkan benda asing dalam peparu...saya dah seminggu batuk dan baru nak smbuh..itupun lambat sebab bila tidur dngar ada kahak dlam dada...saya akan acuba minum susu...dan kurang kelajuan kipas...terime kasih dan alhmdulillah atas informasi...

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah merahmati sdr ummi5858 sekeluarga

    Emjay

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum ustaz. Terima kasih diatas informasi yang berguna ini...

    ReplyDelete
  18. Assalamualiikum ustaz. Saya memang telah menghidap asma lebih 15 tahun yang lalu. Soalan saya boleh tak susu lembu digantikan dengan susu kambing. Sekarang dipasaran terdapat banyak yang menjual susu kambing dlm bentuk serbuk. Apa pendapat ustaz?

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbh

    Untuk rawatan masalah berkaitan pernafasan ini, hanya susu lembu dalam bentuk susu lembu segar atau susu lembu tepung fullcream yang mempunyai khasiat rawatan dan bukannya susu kambing.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ustaz.
    Maaf saya nak mencelah dengan soalan yng mungkin x de kaitan dengan artikel ustaz ni. Harap ustaz boleh komen.
    Saya seorang yang alah dengan suhu sejuk. Pada suhu 24°C, saya hanya boleh bertahan selama 15-20 minit tanpa baju sejuk. Dan saya cepat mengah terutamanya bila naik tangga. Boleh tak ustaz komen masalah saya ni?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Waalaikumussalam wbh

    Simptom yang sdr jelaskan menunjukkan sdr mengalami masalah berkaitan sistem pernafasan atau paru-paru.

    Mungkin sdr kerap mandi malam, gemar minum air batu dan tidur bawah kipas yang laju.

    Emjay

    ReplyDelete
  22. salam ustaz.....
    sy seorang penggemar kerang....selera sy bertambah sekiranya mkn nasi berlauk kerang...tak kira kerang tu masak ape sekali pun....
    Yang buat sy tertanya2...apakah kerang mempunyai keburukan yg boleh memudaratkan diri sendiri....
    sbb ape, badan saya selalu berase letih, tak cukup tido, selera makan kurang(kecuali mkn kerang),bandan selalu sakit2....ape penyababnyer...???

    ReplyDelete
  23. Waalaikumussalam wbh

    Menurut simptom sdr, kemungkinan buah pinggang sdr sudah merosot akibat pengambilan kerang yang berlebihan. Elakkan dari mengambil udang kerang ketam sotong secara berlebihan kerana boleh mengakibatkan kemerosotan buah pinggang dan kelak membawa kepada gout.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. assalammualaikum wtb,
    nk tanya ust.anak sy 2thn, baru menunjukkn symtom2 asma (doktor telah sahkn asma dn alegry susu lembu).sy telah gunakan isomil hampir setahun. tapi baru2 ini dia makin kerap demam sehingga 39'.bila sakit demam,selesma&batuk sgt lambat nak baik..dia suka makan sayurandan sy berikan dia minum vitagen dan rebiena(saranan dok)..pasang kipas pun dalam 1@2 je..tapi kerap sgt dia sakit.seminggu bleh katakan 2 hari sihat 2 hari sakit.3 hari kurang sihat..saya dah tak tau nak buat apa..apa pandangan ust...lagi satu..mengapa ust tidak menggalakkan pengambilan ventolin?wassalam..rye_7980@yahoo.com.

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum w.b.t.,

    Ustaz,
    Sy pengidap asma (stanby ventolin), tak tahan sejuk, klu tdo pun x on kipas/buka tingkap & pakai stokin, x mandi malam (biasa smpi rmh kul 7), x mkn mknan sejuk (tembikai, oren, anggur), minum susu DL fullcream (wlupun badan naik)... tpi purata 2 bln sekali akan dihinggapi penyakit ni.. Dah jangkit kt anak, sy sdg cuba praktikkan apa yg sy buat (berpantang..) utk anak pula..moga diberi nikmat kesihatan..
    Dah x tau nk wat apa & masih berikhtiar.. wlubgmabapun syukur diberi peluang kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  26. salam ustaz....sya ade seorg ank lelaki berusia hampir 3 thn...mslh ank sy ni ade asthma...strat dr 9 bln smpi setahun stgh ank sy 4 kali keluar msuk hsptl..skrg ni sy bw dia berubat kg je dgn berurut di urat blkg n alhamdulillah semakin baik ....cuma sesekali tu dia kena bergantung kpd cuaca...skrg ni kawalan utk dia dr asthma dgn menggunakan gas ventolin n ade 1 lg gas utk mencegah....itu pn tdk mengikut sebagaimana arahan dktr sbb sy nk elakkan dia dr terbiasa menggunakan gas...bl dia batuk x berhenti br sy gunakan gas ventolin...cuma keadaan skrg ni ank sy tdo msh menggunakan kipas dgn kelajuan yg sederhana/plg perlahan n tdk terus menghala ke arah dia...sblm ni sy bg dia susu pediasure..hampir setahun n skrg sy dh tkr kan semula kpd susu enfapro berasaskan susu lembu...sblm ni ank sy klu batuk2 dia sk muntahkan,sejak dh besar ni je agak pyh sikit sbb dia lbh sk telan kahak nye..selain dr tu jg,ayahnye merupakan seorg perokok....keadaan ank sy skrg adalah lbh baik dr sblm ni selain berpantang mkn n byk bnd yg d jg...ustaz ade x idea2 lain utk boleh sy jd kan amalan supaya kesihatan ank sy bertambah baik?

    ReplyDelete
  27. klu sy duduk atas kerusi lama2 selalu kaki saya rasa kebas2 bila nk jalan dan rasa bengkak...nape ustz yerk!!tlg sy blh tak bg jawapan

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbt

    Buah pinggang sdr sudah semakin merosot. Dalam situasi begini selalunya kalau sdr buat medical check up, doktor masih belum boleh mengenalpasti masalah buah pinggang sdr. Selalunya doktor mampu kenalpasti apabila buah pinggang sdr berada pada tahap kronik.

    Bacalaj artikel-artikel berkenaan penjagaan buah pinggang di sebelah kanan laman emjay tu.

    Selamat membaca

    Emjay

    ReplyDelete
  29. salam,
    Berkenaan kipas.Arwah ayah saya dulu,asma yg tahap amat teruk.Doktor menasihat kan waktu tidur untuk pasang kipas kuat,hala kat dia bagi membantu pernafasan.Mula2 saya pelik juga.Tapi saya agak,mungkin konsep tekanan udara yang boleh membantu ayah saya bernafas lebih baik..Komen sikit sdr emjayjb..
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..

    Berkenaan dgn Sistem Pernafasan, suka saya nak berkongsi website ni normalbreathing

    Doctor dr website ni claim, "normal breathing can defeat chronic diseases", beserta dgn experiment and studies untuk support claim nye tu.

    Harap bermanfaat..
    Wassalam.

    ReplyDelete
  31. * www.normalbreathing.com/learn.php

    ReplyDelete
  32. Assalamualikum ustaz.. saya berumur 15 tahun dan bercita cita menjadi doktor pakar bedah... saya sebenarnya nak tanya klau doktor tu tgh bedah pesakit die and ambil masa yg agak lama.. mase tgh bedah tu tetibe azan.. so mcm mane die nak buat ustaz? Harap ustaz dpt membantu saya.. terima kasih..:)

    ReplyDelete