Objek perantaraan Cina & Hindu atas pintu rumah
Begitulah mereka orang mushrik (Cina dan Hindu kafir), mereka memohon kebaikan dari Tuhan-Tuhan mereka melalui perantaraan ini. Semoga konsep mempersekutukan tuhan ini tidak menjalar ke dalam kaumku umat Islam.
Berikut disertakan lagi objek-objek yang hampir sama.
Emjay
Cuba lihat tompokan darah bomoh Cina pada Cermin tu. Mereka percaya dengan mengelar lidah hingga luka lalu meludahkan darah pada cermin akan mengakibatkan perlindungan yang lebih hebat. Mereka memang bodoh tetapi orang Melayu yang percaya tangkal dan azimat juga sama-sama bodoh.
boleh tak klu sekadar hiasan kerana seni khatnya...? Ampun ya Allah...
ReplyDeleteMula-mula syaitan menggoda melalui beberapa ayat seperti "saya meletakkannnya agar memudahkan saya mengingatiNya", "saya meletakkannya membuktikan saya mencintaiNya" dan seperti apa yang saudara katakan di atas. Bila dah meletakkannya, sesudahnya ada proses rutin dari syaitan. Proses menggoda oleh syaitan agar kita menggantung ayat AlQuran ini adalah sama sebagaimana seorang perempuan cantik menggoda seorang jejaka. Ia bermula dengan perkara kecil dan akhirnya syaitan merancang agar berlaku zina.
ReplyDeleteNasihat saya, tutuplah segala peluang syaitan dari merosakkan kita, dan antaranya ialah dengan jangan menggantung mana-mana ayat Quran kecuali bila digunakan untuk belajar dan menghafal.
Wallahualam.
Ane setuju sama antum ustadz. Syaitan itu menggoda dari depan, belakang, kiri, kanan,atas dan bawah dengan berbagai macam cara.
ReplyDeleteterimakasih banyak atas tausyiahnya
Syarifuddin
Indonesia
Kalau ikut pandangan saya, elakkan saja. Membazir dsb.
ReplyDeletekat masjid banyak aku tgk ayat2 al-quran ni tergantung...Ayat2 al-quran terukir di dinding-dinding masjid.... dan byk lagi tempat merata-rata ada.. syirik ?
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, Maaf saya bertanya mengenai perkara "Objek Perantaraan ..." bagaimana ayat-ayat quran yang tergantung dan bertekat di Kaabah. Begitu juga dengan makam nabi s.a.w. yang kelambunya disulam dengan ayat-ayat quran.Apa pandangan tuan mengenai perkara ini. .......ingin tahu.
ReplyDeleteDOL NAPE TAK JAWAB SOALAN SAUDARA 131405?
ReplyDeleteJIKA WAFA' DIKATAKAN AJIMAT,DI BILAH PEDANG NABI MUHAMMAD SAW JUGA ADA WAFA'?NI APE CER PLAK NI?BUKANKAH BAGUS ADA DIGANTUNG AYAT SUCI DIRUMAH,SEKURANG2NYA BAGI ORANG YANG TAK ALIM MCM SDR EMJAY NI DPT JUGA MEMBACA AYAT SUCI AL QURAN BILA TERPANDANG,BEGITU JUGA PADA ANAK2 YANG AKAN BERTANYA PADA KITA,DAN PASTINYA AKAN MENARIK MINAT SAUDARA KECIL KITE TENTANG ISLAM,JIRAN YANG BERKUNJUNG MUNGKIN ADA YANG TAK PERNAH MEMBACA AL QURAN DAN BILA TERNAMPAK AYAT SUCI DI DINDING RUMAH MAKA AKAN TERBACA JIRAN ITU,INIKAH YANG DIKATAKAN MEMBAZIR?MGKIN RUMAH SDR NI TAKDA TELIBISEN EK?CIANNNNN
ReplyDeleteKhas untuk adiputragi
ReplyDeleteSaya ingin membuktikan apa yang diajarkan oleh arwah guru saya. Satu hari saya bertanya seorang hamba Allah yang meletakkkan ayat Quran atas pintu rumah. "Polan, apa tujuan engkau letakkan ayat AlQuran atas pintu rumah? saya menyoal.
Polan menjawab "Emjay, kita ni kan orang Islam. Kita kenalah berusaha untuk mengelakkan agar jangan ada syaitan, jin dan hantu daripada masuk rumah kita. Jadi kita kenalah letakkan ayat AlQuran tersebut di atas pintu rumah kita agar syaitan, hantu dan iblis jangan masuk rumah kita."
Rupanya benar kata arwah guru saya bahawa ramai orang mensyirikkan Allah dengan menggantung ayat AlQuran.
Pada saya apapun terpulang pada niat individu.dan sesiapa pun tak berhak untuk membuat andaian tentang niat individu itu.Melainkan dia sendiri menceritakan niatnya pada kita.Seperti kawan "ustaz" itu katanya ayat2 dirumahnya untuk halau syaitan.Mungkin itu salah kerna niatnya.Saya juga setuju dgn saudara adiputra kerana niatnya berbeda.Kalau semua orang gantung ayat untuk halau hantu,kesian masjid2 di seluruh dunia ni dikatakan mensyirikkan Allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteKepada semua pembaca saya copy paste semula komen saya di atas :
Mula-mula syaitan menggoda melalui beberapa ayat seperti "saya meletakkannnya agar memudahkan saya mengingatiNya", "saya meletakkannya membuktikan saya mencintaiNya" dan seperti apa yang saudara katakan di atas. Bila dah meletakkannya, sesudahnya ada proses rutin dari syaitan. Proses menggoda oleh syaitan agar kita menggantung ayat AlQuran ini adalah sama sebagaimana seorang perempuan cantik menggoda seorang jejaka. Ia bermula dengan perkara kecil dan akhirnya syaitan merancang agar berlaku zina.
Nasihat saya, tutuplah segala peluang syaitan dari merosakkan kita, dan antaranya ialah dengan jangan menggantung mana-mana ayat Quran kecuali bila digunakan untuk belajar dan menghafal.
Wallahualam.
Apa salah nya org meletakkan ayat Di dinding rumah?macam mana pula ayat2 yg d gantung kan d KA'BAAh? QURAN ITU KAN KALAMULLAH.....!TIDAK KAH SAUDARA MEMBACA ATAU MENGETAHUI NABI MUHAMMAD JUGA PERNAH MENCERITA KAN TENTANG TINGKAH LAKU MALAIKAT YG GEMAR MEMASUKI RUMAH YANG TERDAPAT AYAT2 ALLAH.?BUKAN KAH BAGUS D GALAK ORG MELIHAT SELALU AYAT2 ALLAH.TERUTAMA ZAMAN SEKARANG INI.KEBANYAKAN NYA SIBUK SEHARIAN BEKERJA.DAN SAYA PERCAYA BILANGAN ORG YG MEMBACA D MEMBUKA AL QURAN SELEPAS MEREKA BEKERJA BOLEH D KIRA.
ReplyDeleteSEKURANG2 AYAT2 ITU BOLEH MENGINGAT KAN MEREKA DARIPADA TERUS LALAI DRPD MENGINGATI ALLAH.
ADAKAH SAUDARA BERFAHAMAN WAHABI?SAYA RASA GURU TUAN HAMBA JUGA WAHABI LAKNATULLAH...!SAMA TARAFNYA SEPERTI MEREKA YG MERUNTUHKAN KUBAH,RUMAH DAN BEBERAPA PENINGGALAN NABI YG MEREKA KATAKAN JUGA SYIRIK...!BETUL KAN LAH FAHAMAN SAUDARA.CARI LAH GURU2 TASSAUF DAN MURSYID.NASIHAT DARI LUBUK HATI SAYA DALAMI LAH ILMU TASSAUF.BUANG LAH PAKAIAN WAHABI ITU DAN FAHAMAN2 NYA.RENUNG KAN LAH KATA2 DARI
AL IMAM MALIKI INI.
"APA BILA SESEORANG ITU MEMPELAJARI ILMU FEQAH TANPA BERTASSAUF,MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH FASIK.DAN APABILA DIA MEMPELAJARI TASSAUF PULA TANPA BERFEQAH,KETAHUILAH OLEH MU BAHAWA
IA TELAH ZINDIK.DAN BARANG SIAPA YANG MENGGABUNGGKAN KEDUA NYA.KETAHUILAH OLEH MU WAHAI TAALIB (MURIDKU) BAHAWA DIA TERGOLONG DIDALAM GOLONGAN ARIFBILLAH IAITU ORG YG DAPAT MENGUASAI ILMU SYARIAT HAKIKAT TARIKAT DAN MAKRIFAT.
AN BERKATA AL IMAM SYAFI'E "BARANG SESIAPA YG TIDAK MEMPUNYAI SHEIKH (GURU YG MURSYID)MAKA SYAITAN LAH SYEIKH NYA."
DAN PESAN SAYA LG..JANGAN LAH SAUDARA MENGELIRU KAN LAGI FAHAMAN UMAT ISLAM DENGAN ILMU YG CETEK DAN SESAT SAUDARA ITU.KERANA INI AKAN MEMBERI KESAN PD GENERASI AKAN DATANG DAN KEPADA INDIVIDU YG KURANG ILMU MEREKA D DALAM MEMAHAMI ISLAM YG SEBENARNYA PENUH DENGAN KEBERKATAN INI.DENGAN NAMA ALLAH HENTI KANLAH DARIPADA MEMBINCANG KAN DAN MEMBERI KAN ILMU YG SAUDARA TIDAK ARIF AKAR TUNJANG NYA....!DALAMI LAH IA DRPD ORG YG ARIFBILLAH
Dalam rumah saudara tak de langsung ke tulisan khat atau ayat ayat alquran?? Dan bagaimana pula mesjid mesjid yang rata rata nya mempunyai tulisan khat (mesjid nabawi dan almukarramah pun??) Membazir ke? kata kata saudara semakin dalam dan jauh saya teliti semakin bertambah jauh dari "sifat kesederhanaan" dalam islam. Mungkin apa yang dikata kan hamba Allah tu kurang tepat, tapi tidak salah mengantung tulisan khat / ayat alquran di rumah...wallahuallam
ReplyDeleteSebaik-baik contoh untuk diikuti ialah zaman Nabi Muhamad SAW, zaman para sahabat Nabi dan zaman Tabiin. Merujuk pada ketiga-tiga zaman ini, adakah mereka melukis-lukis ayat Al Quran sebagai hiasan di masjid atau di rumah?
ReplyDeleteMemang di rumah saya tidak saya gantung ayat AL Quran untuk pengetahuan sdr.
Emjay
Assalamualaikum waeahmatullah..
ReplyDeletePernah tak tengok masjid di Negara China semasa pemerintahan Khalifah Omar Al- Khattab?
Syukran... ( Cadangan ana, kajilah sesuatu secara mendalam dan meluas, sebelum mengeluarkan fatwa)
Saudara Emjay, rumah saya juga tidak ada mengantung ayat AL Quran, tetapi menyamakan ayat suci AL Quran dgn simbol/kepercayaan Cina&Hindu amat melampau. Jangan memberi ajaran sesat, taubat segera.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteJikalau sdr baca semua tulisan saya di atas, saya sebenarnya tidak menghalang orang nak gantung atau tidak cuma saya merasakan lebih baik jangan kerana ditakuti memberi peluang kepada syaitan memainkan peranannya.
Jikalau sekadar manampal ayat Al Quran tertentu untuk dihafalkan, gantunglah dan saya merasakan bahawa ini adalah satu ibadah yang baik.
Berkenaan menyamakan Al Quran dengan simbol kepercayaan Cina/hindu mengapa sdr marahkan saya?? saya sudah cukup marah dan sedih apabila ramai umat Islam menjadikan Al Quran sebagai tangkal!!!!!!! Itulah sebabnya saya menubuhkan Laman Emjay iaitu bagi mendidik antaranya jangan menjadikan Al Quran sebagai tangkal!!!
Cuba sdr lihat gambar alQuran yang dijadikan tangkal di sini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/24/Azimat#15 , http://emjayjb.multiply.com/photos/album/24/Azimat#16 , http://emjayjb.multiply.com/photos/album/42/Tangkal_dari_surah_Yaasin_-_Jahilnya_manusia#1 dan http://emjayjb.multiply.com/photos/album/42/Tangkal_dari_surah_Yaasin_-_Jahilnya_manusia#2
Jangan lupa juga melihat foto ini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/34/Objek_perantaraan_Cina_Hindu_atas_pintu_rumah?replies_read=15#18
Jikalau sebagai orang awam, melihat amalan syirik umat Islam di Malaysia adalah umpama melihat laut dari kapal terbang dimana seolah-olah tenang sahaja airnya manakala saya sememangnya terlibat dalam membanteras perkara syirik ini ibarat menaiki bot kecil di atas permukaan laut. Tidak sama pandangan sdr dengan pandangan saya.
Sudahkah sdr mebaca artikel Rumah engkau kosong, tu sebab syaitan masuk, gantungkan semula ayat Al-Quran http://emjayjb.multiply.com/journal/item/204 . Bacalah.
Adakah sdr masih mengatakan saya sesat dengan penjelasan ini. Sdr masih baru di Laman Emjay ini, bacalah kalau boleh semua artikel saya yang berkaitan akidah bermula dari bawa (tahun 2006) dan bukan bermula dari atas (2008).
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Sufi eva 4......RENUNG KAN LAH KATA2 DARI
ReplyDeleteAL IMAM MALIKI INI.
"APA BILA SESEORANG ITU MEMPELAJARI ILMU FEQAH TANPA BERTASSAUF,MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH FASIK.DAN APABILA DIA MEMPELAJARI TASSAUF PULA TANPA BERFEQAH,KETAHUILAH OLEH MU BAHAWA
IA TELAH ZINDIK.DAN BARANG SIAPA YANG MENGGABUNGGKAN KEDUA NYA.KETAHUILAH OLEH MU WAHAI TAALIB (MURIDKU) BAHAWA DIA TERGOLONG DIDALAM GOLONGAN ARIFBILLAH IAITU ORG YG DAPAT MENGUASAI ILMU SYARIAT HAKIKAT TARIKAT DAN MAKRIFAT.
satu persoalan yang habrashid yang nak sangat habrashid nak tanya....Betulkah Imam Maliki pernah berkata demikian...tolong bagi penjelasan dan bukti sumber dari mana-mana...dari kitab muktabar imam Malik yang mana satu...Jangan keluarkan fakta dari kitab-kitab tassawwur...habrashid tak suka...habrashid nak dari kitab imam Malik sendiri...kalu takde bukti...dari mana sumbernya....jelas di sini awak mengada-ngadakan fitnah kepada Imam Malik....habrashid nak lihat berapa jauh kata-kata awak tu...
ADAKAH SAUDARA BERFAHAMAN WAHABI?SAYA RASA GURU TUAN HAMBA JUGA WAHABI LAKNATULLAH...!SAMA TARAFNYA SEPERTI MEREKA YG MERUNTUHKAN KUBAH,RUMAH DAN BEBERAPA PENINGGALAN NABI YG MEREKA KATAKAN JUGA SYIRIK...!BETUL KAN LAH FAHAMAN SAUDARA.CARI LAH GURU2 TASSAUF DAN MURSYID.NASIHAT DARI LUBUK HATI SAYA DALAMI LAH ILMU TASSAUF.BUANG LAH PAKAIAN WAHABI ITU DAN FAHAMAN2 NYA.
ReplyDeleteLagi satu..persolan....mana bukti wahabi...dilaknat oleh Allah...setakat kata-kata guru-guru pondok tak payah...tolong adili perkara ini....apa pandangan Ulama dengan Wahabi....! dan apa kata jakim tentang Wahabi...dan Apa kata Ulama sedunia tentang wahabi....!!!!!!. Orang yang banyak membersihkan syirik itu yang awak kata wahabi.... dilaknat Allah...setiap kata-kata perlu ada dalil....dan keterangan yang jelas...
jangan risau saudaraku...ust Emjayb...kita sama-sama tunggu jawapan yang diberikan .....habrashid harap teruskan usahamu...memerangi khurafat! dan Bida'ah!...
ReplyDeletesdre,xbleh ke gantung ayat cmni kat rmah??
ReplyDeleteklw cm2 cmne pngukir sni khat nak cari dt???
tu la minta terus pada tuhan..buat pa nak ada perantaraan..sakit tuhan bagi sihat tuhan bagi..sakit pun minta terus dengan tuhan..jangan mensyirikan allah dengan ubat. ubat tu perantaraan dengan allah..syirk.
ReplyDeleteBahaya betul budak meribut ini! Ada ke makan ubat syirik?? Berat berat!
ReplyDeleteEmjay
Assalammualaikum semua :
ReplyDeleteSekadar memberi pandangan dengan ilmu yang cetek dan betulkanlah jika tersalah kata.
1. Soal fahaman muncul selepas kewafatan Baginda Rusullullah S.A.W, bukan kah tunjang ikutan pada Al_quran dan sunnah wal jamaah. Bilamana para alim ulama(4 mazhab) bersetuju dan bersepakat dengan sesuatu keputusan maka itulah yang diikuti(mengikut mazhab masing-masing) kerana ia hasil dari perbincangan/musyawarah para alim. Soal salah atau tidak penggunaan ayat untuk digantung tidak timbul kerana ia juga merupakan salah satu cara(metologi) dalam usaha dakwah dan mendidik/menyemai hati betapa dekatnya tuhan dengan hambanya kerana kita manusia yang sentiasa sibuk dan lalai sering terlupa dengan Tuhan yang mencipta. Bagi diri saya sendiri yang sentiasa terlupa dan terlalai sering diingatkan secara tidak langsung apabila terlihat kalimah seperti "Bismillah".
SALAM,
ReplyDeleteBILA AKU TGK GAMBAR TNTG TOPIK NI...AKU TERKEJUT...TERPIKIR SAMADA BETOL KE SYIRIK MENGGANTUNGKAN AYAT2 AL-QURAN DIRUMAH2, DIMASJID N DLL???????PASTU AKU TERPIKIR...SI EMJAY NI PEGI KE TAK SOLAT KAT MASJID...KALU DIE PERGI DIE PON BODOH SOMBONG LA JUGAK..SEBAB KAT MASJID BNYK AYAT2 SUCI AL-QURAN DI TULIS DI DINDING2...
AKU MUYSKIL...........................
AKU PON BALIK KELANTAN DAN CUBA SEDAYA UPAYA CARI TUAN GURU NIK AZIZ...AKHIRNYA AKU JUMPE DIE MASE DIE BUAT CERAMAH DEKAT MASJID KOTA BHARU..DIE KATE "JAUHKANLAH DIRI AWAK DARI ORANG YG MENGAJAR BEGITU(MR. EMJAY)..SO...HARAP PEMBACA2 SEMUA BOLEH PAHAM DNG APE YG TUAN GURU NIK AZIZ MAKSUDKAN...
AKU INGAT NAK AJAK MR. EMJAY NI BERSEMUKA LA...KITA JUMPE ULAMA2 MACAM HARON DIN, NIK AZIZ, ISMAIL KAMUS DLL TGK SIAPA BENAR SIAPA YG SESAT...
ADA BERANI MR. EMJAY????..SEBAB AKU LIHAT KO NI DAH TERLAMPAU TAKSUB DGN GURU KO TU..KO PUNYER ARTICLE PON SUMER BNYK MENCACI ULAMA2 ULUNG TANAHAIR YG DAH TERBUKTI KEILMUAN DIORANG...KO TU NAME PON AKU XPENAH DENGAR...TAPI KONDEM ULAMA2 KAW2 PUNYER KO KASI...
CUBA BTAU NAME ALLAH YARHAM (BUKAN ARWAH EA, ARWAH TU NAME SALAH 1 NAME JIN BANG EMJAY OI) GURU KO TU????KALU TERSOHOR LAGI PADA ULAMA2 YG SEDIA ADA MUNGKIN AKU LEH KONSIDER LA ILMU KO NI...
KALAU X....KE NERAKA JAHANAM LA KO...
lagi 1 la bro....wa nak tau gak sape yg bagi gelaran ustaz ni kat lu????lu dapat ijajah ker lu sajer2 ngaku diri ustaz??????
ReplyDeleterasanya gantung sekadar untuk dibaca dan peringatan boleh kot..tp kalau diniatkan jadi tangkal tu yg x leh kot...any comment?
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSaya menggunakan kaedah sdr 99asma berfikir!
Orang Kristian menggunakan rantai salib juga antara sebabnya adalah untuk usaha dakwah dan mendidik/menyemai hati mereka betapa dekatnya tuhan dengan hambanya kerana kita manusia yang sentiasa sibuk dan lalai sering terlupa dengan Tuhan yang mencipta. Namun disamping itu mereka juga mempercayai bahawa rantai salib ini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka. Inilah membawa kepada SYIRIK.
Samalah juga dengan ramai umat Islam yang menggantung mana-mana ayat Al Quran asalnya untuk mendidik hati tetapi lama kelamaan datang pula kepercayaan lain di mana ayat tersebut mampu mendatangkan kebaikan.
Emjay
Assalammualaikum,
ReplyDeleteSaya baru disini tapi telah lama juga saya mengikuti artikel2 dan komen2 dari saudara Ust. Emjay serta yang lain2. Banyak yg saya dpt, faham dan kenal. Alhamdulillah saya syukur pd Allah S.W.T kerana dpt semua ini hasil dari pemerhatian selama mengikuti blog Ust. Emjay ni.
Yg baik saya jadikn tauladan dan yg mana tak baik saya jadikan sempadan. Saya bermohon pada Allah S.W.T moga2 ditambahi ilmu kpd saya yg lemah dan tidak mengetahui serta tak berilmu ni krn hanya Allah S.W.T saja yg Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Berilmu.
Saya tidaklah berilmu atau bijak untuk mengatakan Ust.Emjay ni betul atau salah, kafir atau sesat, alim atau ulama begitu juga pada pengkritik2 yang lain dan semua yg memberi komen atau pendapat mereka dilaman web ini cuma yg saya harapkan Ust. Emjay berdakwah atau tegurlah dengan hikmah begitu juga pada yg lain termasuk diri saya.
Setiap pendapat biarllah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah jgn sampai tuduh-menuduh, tunding-menunding, KAFIR-MENGKAFIR, SYIRIK-MENSYIRIK, WAHABBI-MENGWAHABBI dan hina menghina krn yg menentukan semuanya adalah Allah jua dan hak Allah jua, marilah kira muhasabah diri kita sendiri berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Bagi yg menyokong atau bersetuju dgn Ust. Emjay, pakailah ilmu kefahaman tu utk diri sendiri stelah mengkaji betu2 bagi yg menentang atau menolak pula biarlah dengan dlm berhikmah stelah dikaji dan dirujuk pada Al-Quran dan As-Sunnah serta guru-guru yg berilmu pengetahuan yg dalam. Jgn terus terima jgn terus kutuk. Jgn sampai kita yg keneraka akibat perbutan kita sendiri dlm berdakwah, menegakkan kebenaran dan meyampaikan ilmu.
Kebenaran tetap hak Allah, hukum tetap hak Allah, ilmu tetap hak Allah, bijaksana tetap hak Allah jgn sampai kita menandingi Allah atau menyamai Allah dengan mengambil hak Allah.
Moga kita semua dilimpahi ilmu pengetahuan dan sentiasa dlm jagaan dan rahmat Allah jua hendaknya.
Sekian wassalam walahuaqlam Alhamdulillah segala pujian untuk Mu Ya Allah.
MEMPAMIRKAN AYAT2 ALQURAN didinding rumah mengajak si pemandangnya "SENTIASA BERTASBIH MEMUJI KEAGUNGAN ALLAH....."
ReplyDeleteMENEGAH dan melebelkan perbuatan itu MEMBAZIR adalah pendapat orang SINGKAT AQAL...
jika trsalah KONSEP sila perbetulkan dan kekalkan manfaat asalnya.....
SILA KAWAL GHAIRAH MENEGUR ANDA....
KEBENARAN datang bersama HIKMAH bukan KEKERASAN..... wallahhuaklam
kalo betul la malaikat suka berkunjung ke dalam rumah orang Islam yang mempunyai kalimah-kalimah Allah. Apa salahnya kita menghias rumah dengan kalimah-kalimah Allah. Salah ke kita muliakan kalimah-kalimah Allah. Disamping kita baca, hayati dan amalkan. Juga untuk membezakan rumah orang kafir dan Islam.
ReplyDeleteKalo betul la hantu syaitan dan jin kafir xsuka masuk rumah yang ada kalimah-kalimah Allah. Apa salahnya kita hias rumah dengan kalimah-kalimah Allah.
kesimpulannya.. terpulanglah pada individu itu sendiri. nk letak ke tidak. xder nas dalam Al Quran dan Hadith yg kate perbuatan tu salah. Yg penting jangan jadi macam kedai mamak yang jual agama. gantung macam-macam ayat Quran tetapi kedai kotor dan pekerja ada yg bukan Islam.
semua agama ajar ajaran yang baik..cuma setengah orang perangai yang lain.....bangsa melayu/cina/india semua ada cara masing masing....gambar diatas tu bukan penangal. i think u r mistaken. same like your u have ayat kursi right....same like us . cara je lain tapi semua sama. its nt penangkal. pls dont get it wrong.
ReplyDeletepenangal cuma orag hindu guna is limau n kain merah je....yang lain semua gambar suci / ayat sanskrit. macam ayat kursi. so i hope now u are nt mistaken . if u r nt sure pls ask me.
ReplyDeleteyang penting hati kena bersih!!!!! cara pun akan automatic betul. kita tidak boleh bezakakan kafir atau non kafir.manusia semua sama.
ReplyDeletesetahu saya mana mana bangsa.....kalau mereka faham what is religion all about. they are not kolot. as what i know.
ReplyDeleteorang yang sembayang salah kalau nak hina bangsa lain. mereka patut respect all religion not pandang hina.
ReplyDeleteso apa salah kalau orang islam nak letak ayat kursi di depan rumah ....saya rasa tak salah. ayat suci tak salah. angin kotor pun takkan masuk. ayat suci bagus kalau kita letak di pintu masuk dan pintu belakang. tak maksud mereka letak ayat kursi maksud tu penangkal.
ReplyDelete"saya rasa tak salah. ayat suci tak salah. angin kotor pun takkan masuk" <=== dh jadi lain lar tu, xpaham2 lagi?
ReplyDeleteSaya pun org Islam melayu jugak, tahu juga pemikiran org kampung dan bandar. Yg Ustaz Emjay ni cuba sampaikan adalah lebih kurang macam ni:
1. Mula2 beli sebab kalimah tu cantik, frame die cantik atau lillahitaala sbb nk hafal ayat kursi mgkin. Sbb yg lain yg common, nk ingatkan kite pada Allah (Bagi ak kalo solat 5 waktu, tu je dh bukti yg cukup ko igt kat Allah).
2. Kemudian sbb manusia mudah lupa (bukan melayu je) niat asalnya akan hilang ditelan masa. Ayat kursi tu, sama ada dh dihafal atau tak akhirnya dilupakan tujuan asalnya. Tinggallar frame tu di dinding sbg hiasan.
3. Lps tu bila anak2 tanya, kalo igt tujuan asal mst lar akan disampaikan mesej yg asal. Kalo tk, jawapan paling senang sbb nmpk cantik.
4. Akhirnya, tinggal lar kalimah tu dinding ibarat Al-Quran yg dibeli utk mengumpul habuk. Sekadar bukti yg org rumah tu Islam, tk lebih dari itu.
tp slalunya org akan beli sbb cantik jer, kalo nk hafal ayat kursi mst dh dibuat dalam bentuk kertas yg senang dibawa ke mana2. Kalo nk igt Allah, dngr ceramah kat komputer slalu atau baca buku agama di waktu lapang.
Mustahil pula semua yg dtg ke rumah, bila nampak kalimah di dinding akan bertasbih memuji Allah. Jgn di nafikan, kalo kak kiah yg dtg, die bertasbih memuji frame atau kualiti tulisan, bukan maksud tulisan.
Kesimpulannya, tujuan asal yg baik tp disebabkan usaha tak berterusan boleh menjadikan sesuatu tu tak baik. Mula2 gantung sbb nk igt Allah, lama2 brgantung pula kat kalimah tu nk menghalau syaitan. Kan ade cite2 dongeng org melayu, Iblis pun boleh baca Al-Quran, siap boleh betulkan tajwid lg. Kalo stakat gantung kat dinding, yg igt kat Allah ialah iblis bknnya manusia. Hanya Allah je yg maha mengetahui.
ada lojik disitu.....
DeleteSemoga Allah memberkati merahmati sdr yugimudo
ReplyDeleteEmjay
saya pun musykil jugak pasal gantung ayat al-quran depan pintu nie... sebab kat umah nie pun mak mertua ade gantung ayat depan pintu... nak tegur tapi tak berani, takut kecik hati mak mertua... macam mana nak terang kan kat dia... tolong...
ReplyDeletejangan cuba nk pening kan org muslim... mengaji betol2... apa salahnya gantung ayat AlQuran pada dinding umah... bukannya diletak kan dalam tandas atau tempat yg jijik. itu baru haram.. jangan sama kan ayat suci Al Quran dengan konsep budha dan hindu
ReplyDeletekita mohon pada Allah dalam setiap nadi kehidupan kita.. kalimah diatas juga merupakan doa doa yg kita pohon pada Allah.. bukan kita mintak dekat frame gamba... jangan berfikir cetek sangat... moga Allah lindungi kita dari fahaman mujasimmah,qadariah,syiah,mutasyabihah,muktazilah,najariah,mujriah,khawarij,wahabi,ideologi2 sendiri yg xberasas,,,
ReplyDeleteYa Allah...... save our faith n islam...
Salam.. Mohon pencerahan, memandang dan membaca ayat al quran yang dijadikan hiasan pintu atau dinding adakah mendatangkan pahala?
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt
ReplyDeleteBagi orag yang memandang / membaca ayat Al Quran walau dalam apa bentuk, semoga Allah SWT memberikan balasan pahala. Tetapi kalau baca Al Quran dalam tandas, tak betullah.
Bagi orang yang menjadikan ayat Al Quran di atas pintu ke, bawah bantal ke, tepi katil ke untuk sebagai pendinding atau pengamal bertawakkal kepadanya, maka syiriklah tu. Contoh lain adalah orang yang meletakkan surah Yaasin di bawah bantal bayi sebagai usaha perlindungan dari gangguan syaitan, ini adalah satu amalan khurafat dan membawa kepada kerosakan akidah.
Emjay
apakah yang saudara em jay ingin sampaikan?
ReplyDeleteanalogi?
jika sekadar pandangan peribadi, maka nyatakanlah agar pembaca blog ini tidak keliru.