Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 3 November 2006

Garam & belerang ada kuasa halau hantu setan???


Tak cukup dengan kacang hijau dan lada hitam, garam  dan belerang seperti di dalam gambar ini disuruh simpan di rumah pula untuk menghalau hantu syaitan. Sama benar dengan orang Cina letak cermin yin yang depan rumah untuk halau hantu syaitan

Emjay

19 comments:

  1. sebenarnya garam dan belerang digunakan untuk menghalau binatang berbisa cth. ular kala jengking dsbnya lahhh.Sebelum ni tak pernah dengar pun yang garam dam belerang boleh halau hantu/syaitan.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan yuspy sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

    Betul cakap yuspy. Namun bomoh ini mengajarkan yang bukan-bukan tetapi malangnya ramai pula yang terpengaruh dengan kebodohan bomoh ini.

    Belajarlah ilmu agama yang Allah redha semoga menjadi berilmu dan dapat menagkis gejala jadi orang bodoh dan jahil berjumpa bomoh untuk disesatkan oleh mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. ustaz sebenarnya bodoh dan jahil kedua2. kaji dulu kejadian jin (bezakan Iblis, syaitan, dan jin) dan belajaq lah sains sikit apakah kandungan gelombang dan bahan garam dan belerang. kaji hadith penggunaan garam dalam perubatan islam. dah khatam ke ilmu hadith

    ReplyDelete
  4. Memang sahih bomoh30 ada menggunakan barangan ini dalam perubatannya iaitu garam dan belerang.

    Itu pasal die ni dok marah habis sebab kita menyentuh amalan sesatnya.

    Saya nak tanya bomoh30, minta tolong tunjukkan saya yang jahil ini hadis Nabi saw yang mana satu yang membenarkan garam dan belerang digunakan untuk menghalau syaitan??

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. apa kat akalu guna belerang gan garam ni sebagai ikhtiar saja... semua yang mengizinkan kan Allah... boleh ke Ustaz..... ana jahil bab2 ni

    ReplyDelete
  6. Jawapannya sahih tidak boleh dan haram.

    Inilah juga jawapan yang diberikan oleh orang yang menggunakan tangkal kemenyan dan perbagai azimat lain. Kata mereka ini kan ikhtiar, Allah yang menentukannya.

    Islam tidak membenarkan "matlamat menghalalkan cara". Ada pelbagai ikhtiar yang dibolehkan dan menggunakan garam dan belerang ini adalah sahih salah dan mensyirikkan Allah. Tunggu insyaAllah dalam sedikit masa saya akan tulis sejarah penggunaan tangkal garam untuk menghalau hantu syaitan.

    Sekian

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....

    Salam Ukhuwah buat semua. saye setuju sangat dengan madah "Matlamat tidak menghalalkan cara" .

    Bagi saye yang cetek ilmu ini mencadangkan supaya kite memahami sesuatu perkara itu dengan jelas bukan sekadar "tangkap muat" . Fahami dan pelajari sesuatu ilmu itu daripada " yang ahli @ pakar" .

    Sebagai contoh ramai doktor kat luar sane ada "pangkat doktor" tetapi kepakaran dan tahap pencapaian berbeza. Setiap pesakit yang datang ke klinik akan diperiksa dan kemudian diberikan ubat. Dengan izin Allah s.w.t penyakit itu sembuh. Bukan ubat itu yang menyembuhkan tetapi Allah s.w.t . Begitu juga kite makan @ minum . Bukan makan @ minum yang mengenyangkan kite , tetapi Allah s.w.t yang mengenyangkan kite. Same la juga dengan gelaran uztaz @ uztazah tetapi tahap pemahaman tentang sesuatu perkara tidak same.

    Saudaraku sekalian, apa yang anda perbincangkan ini melibatkan perkara-perkara seperti keimanan , tawasul , usaha dan tawakal . Cari la guru 'yang ahli' dalan setiap perkara ini , insa'Allah anda akan dapat jawapannya.

    So kalau nak tau rahsia perubatan islam cari la guru yang betul2 paham tentang rahsia alam jin . Bukan sekadar bole menghafaz al quran dan makna tetapi seelok-eloknya yang betul2 mahir tentang ilmu wahyu, sirah dan ashabul nuzul.

    Kebanyakan guru-guru ini tidak menunjuk2 akan kepandainya mereka tetapi tidak pula kedekut atau takut menegur dan memperbetulkan perkara yang salah. Ini kerana " Ilmu itu mesti ciri bukan ilmu cari kite" . So usahlah bertelagah dengan mereka-mereka yang "bukan ahli" dalam sesuatu perkara.

    Ketahuilah 'matlamat tidak menghalalkan cara' tetapi ada jawapan bila dan macam mane bole @ tidak bole tentang sesuatu perkara dalam perubatan islam.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. emkay, saudara patut belajar lagi tentang ilmu kejadian manusia, ilmu ketuhanan, ilmu sains yang semuanya menunjukkan kehebatan tuhan yang esa.. jangan berfikiran cetet, ego, tunjuk pandai sedangkann fikiran tertutup dan dipengaruhi oleh syaitan yang direjam.
    jangan buat ulasan kalau tak faham dan mengelrirukan orang ramai tentang chakra dan aura. jangan kata orang sesat sedangkan sendiri yang bangang.

    ReplyDelete
  9. Oklah sdr mohd61

    Saya mengaku memang saya tidak pandai tetapi saya mohonlah sdr mohd61 ajarkan saya melalui ruangan ini bagaimana dan mengapa objek seperti gambar di atas boleh dibenarkan di dalam Islam??

    Memang tidak dapat dinafikan ramai bomoh dan pengamal dari setengah Pusat rawatan yang kononnya "Islam" ada menggunakan objek sebagaimana di dalam gambar diatas.

    Bagi mereka yang memang menggunakan objek-objek di atas untuk diberikan kepada pesakit, memanglah mereka amat tidak bersetuju dan amat marah kepada tulisan dan komen saya di atas. Gaya penulisan sdr mohd61 seakan-akan sdr memang ada mengamalkan penggunaan objek-objek diatas di dalam rawatan sdr. (jikalau silap hipotesis saya ini saya mohon keampunan).

    Sekan wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Sebab ramai sangat orang Melayu yang terlalu kuat Ugama selalu melakukan perbuat keji seperti Sumbang Mahram. Apa sumbangn Emjay selain dari mencari kesalahan.Sama2 menyumbang Mahram ke?

    ReplyDelete
  11. Orang-orang seperti sdr parakuda di atas sebenarnya adalah aset kepada saya.

    Apabila orang seperti ini sudah mula marah, itulah tandanya dakwah sudah mula berjalan. Mungkin sdr parakuda sangat marah apabila kesalahannya ditonjolkan di Laman Emjay ini. Mudah-mudahan sdr parakuda dilimpahi rahmat untuk bertaubat.

    Selain itu, saya juga mudah-mudahan mendapatkan keuntungan dimana di akhirat kelak akaun pahala parakuda akan ditransfer kepada saya sekiranya beliau mebuat fitnah dan bersangka buruk terhadap saya.

    Sekian

    Emjay

    ReplyDelete
  12. salam...boleh x beri sedikit pendapat dari mane kepercayaan tangkal ini datang??? sy nak tau sangat2...

    ReplyDelete
  13. Mana yang tak tahu hal ini jadi syirik diteruskan amalannya sampai bila-bila..nauzubillah takut mati x sempat taubat , taubuat ada la..

    ReplyDelete
  14. Semoga aieydda dan saya dimatikan Allah SWT dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. jangan lah bertelagah, ilmu Allah tu luas dan tiada apa yang berkuasa melainkan Allah. hihi

    ReplyDelete
  16. ustaz cuba ustaz buka blog:AKEDEMI PERUBATAN NUR SYIFA'.Artikelnye tentak syirik.saya dah jadi keliru nie.pening memikirkan.tolong.

    ReplyDelete
  17. silap2:AKEDEMI PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA'

    ReplyDelete
  18. ini lah perbezaan antara tahu dan faham.

    ReplyDelete
  19. Kalau boleh ustaz jgn semudah mudahnya tuduh orang syirik... hanya allah saja yg boleh menghakimi kita... walaupun mungkin takde hadis yg membenarkan penggunaan garam dan belerang itu tidak bermakna bila kita gunakan beperang dan garam terus jadi syirik dan sesat... zaman rasul dulu takde hp, takde tv, takde washing machine.. so ustaz kalau boleh buang semua benda tu dalam rumah ya... sebab kalau takde hadis tak boleh pakai benda tu semua... renung renungkanlah ya..

    ReplyDelete