Tak cukup dengan garam, lada hitam dsb, haaa, kini ada tangkal moden yang dihasilkan dari kilang, tu dia!!!!!!!!!!
Makluman
Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Friday, 3 November 2006
Tangkal Alaf Baru
Tak cukup dengan garam, lada hitam dsb, haaa, kini ada tangkal moden yang dihasilkan dari kilang, tu dia!!!!!!!!!!
Labels:
tangkalalafbaru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum! Saya telah melawati laman web anda..link melalui tranungkite.net.Salah satu soalan saya untuk mendapatkan penjelasan yang lebih dari pihak tuan...bagaimana 'tangkal moden(produk calour vabration)" dikatakan sebagai tangkal...minta di jelaskan....
ReplyDeleteThanks.
Hamba Allah yang jahil...puterabukitputeri@yahoo.com.my
assalamualaikum wbt....saya pun nak tanya dan minta penjelasan mengenai produk yang ada di pasaran yang dibotolkan spt di tunjukkan cuma nama dia ada 'aura' gitu-gitu la lebih kurang...konon boleh meningkatkan keyakinan penampilan diri dan keyakinan belajar....
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteTafa’ul
Tafa’ul (fa’lu) pula ialah harapan akan datang kebaikan (ong dalam bahasa Cina) yang disebabkan oleh melakukan perkara tertentu. Contoh utama tafa’ul di Malaysia ialah pesta menuai yang dilakukan setiap tahun kerana mengharapkan rezeki dari tanaman tahun depan terus baik dan tidak mendapat kesusahan.
Contoh lain pula ialah kalau naik haji tak buat majlis tahlil dan berzanji kelak mendatangkan kesusahan sewaktu perjalanan.
Satu contoh yang kerap dilakukan oleh ramai keluarga Melayu kini ialah meletakkan surah Yaasin, guntung, paku dibawah bantal atau tilam bayi dengan mengharapkan kebaikkan dan perlindungan darinya.
Kaum Cina di Malaysia sangat gemar melakukan tafa’ul seperti:
• Mempercayai kebaikan dengan menggunakan nombor tertentu seperti pada nombor kereta dan rumah. Contohnya nombor 8888 pada kereta adalah nombor bertuah.
• Meletakkan objek dengan warna merah seperti kertas merah, kain merah, bunga merah pada hari sambutan Tahun Baru Cina akan mendatangkan ONG.
Produk yang dipersoalkan disediakan oleh bomoh moden yang belajar ilmu ini dari university tertentu yang mengajarkan ilmu sesat. Tersangat banyak ilmu sesat yang dijual di internet dan pasaran seperti kuasa minda yang dipelopori Prof Dr Ibrahim dsb. Sdr juga tidak berilmu dan tidak mengetahui bahawa adalah salah (haram) untuk kita berubat dengan tabib Cina secara akupuntur. Akupuntur adalah sejenis sihir seperti apa yang dibuat oleh sami hindu di hari thaipusam.
Holy water kalau dipasarkan airnya di pasaran juga tetap haram hukumnya.
Sekiranya sdr tidak menerima pandangan ini dan ingin menggunakan produk ini, sdr akan dihanyutkan sedikit demi sedikit oleh syaitan dan akhirnya ke jurang yang sangat dalam.
Bagi menjelaskan perkara ini dengan sejelas-jelasnya, saya lebih bersedia dan lebih mudah sekiranya anda memberikan nombor telefon anda untuk saya hubungi. Kalau anda boleh turun ke JB, itu lebih bagus dan bertamulah dirumah saya untuk belajar sedikit ilmu bagi menangkis serangan akidah ini.
Sekian, wassalam, wallahualam
Emjay
Assalammualaikum...
ReplyDeleteAura seri ni memang mendapat tempat di kalangan ramai wanita..yelah tngk khasiat yang dilabelkan pada botol produk tersebut.
Salam.saya sama sekali tak percaya yg produk colour vibration therapy adlh haram kerana ianya adlh halal.saya adalah pengguna produk cvt yg memang terbukti berkesan.cuba ustaz pergi CVT cawangan tmn teratai kat skudai utk mengetahui perkara sbnrnya.tmpt dia dekat jer dgn UTM.xbaik memfitnah berdosa besar!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteAwak ni kena pi menuntut lagi, pi belajar, gi jalan-jalan tambah ilmu, pi negeri China...belajar, jangan main hentam saja. Mat Pit SP
ReplyDeleteSaya akan tetap setia menggunakan produk CVT hingga ke akhir hayat
ReplyDeleteEloklah sdr hebat9, teruskanlah. Dua tahun lagi sdr tulis reply lagi di sini, adakah semakin bertambah rahmat dari Allah atau semakin banyak azab dari Allah.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya bertambah lagi sampel pengguna yang menggunakan tangkal ini.
Emjay
Saya juga ada menggunakan produk ini, berdasarkan pembacaaan pada sy ia bukan tangkal. ia berdasarkan konsep getaran cahaya dan warna, malah kajian juga menunjukkan bahawa warna dan cahaya mampu menyembuhkan manusia,
ReplyDelete(contohnya cahaya matahari dan bunga2an) secara fizikal dan emosional. Ia juga menolong menyeimbangkan keupayaan fizikal dan mental manusia supaya lebih yakin dan sukar di masuki benda asing. Ia nya terbukti secara ilmiah, Bukankah ciptaan Allah yg sebesar2 dan sekecil2 ciptaan itu ada menfaat nya? Bukankah Quran diturunkan untuk menggalakkkan manusia berfikir secara luas? bunga2 yg Allah cipta boleh menolong menyembuhkan penyakit. Ia salah satu usaha penyembuhan melalui ilmu cahaya dan warna, selebihnya urusan terserah pada Allah yg menentukan sembuh atau tidak penyakit tersebut. lagi pula bukan kah alam ini tercipta dgn cahaya dan warna2 yg pelbagai? cahaya dan warna tu ciptaan Allah, kenapa kita x boleh merawat diri kita menggunakan kurniaan Allah di muka bumi ni? Adakah pada pendapat emjay ciptaan Allah yg maha hebat itu adalag sia-sia semuanya? kalau kita boleh percaya rawatan menggunakan dadah, kenapa kita x boleh percaya rawatan yg lebih bagus?
emjay awak kena renungkan balik sedalam2nya apa yg ditulis oleh aimiyati. bangganya saya menjadi sampel pengguna produk cvt. sekurang2nya saya tidak menggunakan bahan2 terlarang iaitu dadah. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. janganlah kita menggunakan dadah untuk mengubati penyakit. DADAH ADALAH HARAM DISISI ISLAM. gunakanlah bahan2 yg semulajadi lagi suci utk mengubati penyakit.Adakah ALLAH akan redha jika kita menggunakan bahan2 terlarang dan haram disisi islam untuk mengubati penyakit sedangkan terdapat alternatif lain?
ReplyDeletekesian betul saya kat awak emjay.asyik memfitnah jer.awak tak siasat betul2.
cerita disebalik cvt dan ..........................................................
dulu2 sy jarang sangat pergi surau tetapi sekarang saya semakin rajin pergi ke surau.
semoga ALLAH membuka minda emjay seluas2nya untuk menerima rawatan alternatif.Amin.
Salam,
ReplyDeleteBukan niat sy untuk mengatakan emjay salah, prinsip berubat atau menggunakan ubatan untuk menyembuhkan penyakit kalau x kena gaya akan jatuh hukum lain pula, x kisah la jenis apa pun. contoh seandainya si pesakit muslim itu mendapatkan rawatan pakar convensional, kalau dia percaya ubat dan rawatan doktor itu yg akan menyembuhkan dia maka dia jatuh hukum syirik kepada Allah, ini termasuk rawatan yg menggunakan ayat2 Quran atau kita panggil ulama2 yg besar, sekiranya pesakit berfikir ayat Quran tu boleh menyembuhkan dia dan ulama tu yg menyembuhkan dia bukan Allah yg sembuhkan, maka dia sudah jatuh hukum syirik.
jadi hati dan fikiran perlu dijaga dalam berubat, yg menyembuhkan Allah , ubatan dan teknik rawatan yg lain tu hanya asbab terjadinya penyembuhan penyakit sebb penyakit tu datang dari Allah dan akan pergi dgn izin Allah, Tapi jangan sesekali itu kita jadikan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, fikiran tersebut sudah salah, sebbnya penyakit tu puncanya salah kita sendiri. pernah x kita terfikir si A tu penyakit dia sama dgn si B, cara mengubat juga sama, tapi si A x baik2, si B dah bleh baik, kenapa? mestilah ada kebaikannya kepada si A dan si B, antaranya mungkin Allah nak bg ilmu yg lebih pada si A kan?
Rasanya saya faham kenapa emjay boleh ada fikiran sebegitu, kita mengenal ubat dari pengamal ubat, malangnya ada segelintir pengamal CVT yang menjelaskan kepada kita ni, seolah2 ubat itu lah yg mujarab, x ada yg lain lagi, hanya ubat itu shj yg boleh membantu, kenyataan2 begini yg membuatkan kita menolak teknik rawatan sebegini. saya pernah jumpa orang yg mcm ni, oleh jadi sebal juga hati dan fikiran kita.
tapi saya x terus kondem ubat sebb kita tau manusia ni ada kekurangannya, yang salah bukan ubat tapi yg tukang menjelaskan tu tersilap dalam perkataannya. yg penting kita sendiri mau ada usaha nak tau kebenarannya.
sebagai manusia kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri dan dalam usaha itu kita perlu hati2 supaya x jatuh hukum syirik pula. maklum saja lah manusia ni kan x lepas dari godaan dan hasutan syaitan laknat.
kalau ada kekurangan dan terkasar bahasa, sila maafkan saya. Ini pendapat sy. Saya doakan Hebat9 dan emjay bahagia bersama keluarga tercinta kini dan selamanya. Amin.
Terima kasih byk2 di atas doa aimiyati
ReplyDeletebagi sy emjay ttp brsalah dlm hal ini
kesalahan memfitnah secara membabi buta
sblm nak mengatakn sesuatu benda itu sesat dan kemudian menghebahkannya kpd org ramai pulak tue kenala siasat betul2
sblm nak hukum penjenayah pun kena siasat betul2, ada bukti,saksi ......................
pd pndpt sy,emjay mengatakn cvt sesat scra hentam keromo
emjay mengatakn cvt sesat dgn mengaitknnya dgn agama hindu dan buddha
pendapat emjay sebegini sy xboleh terima sama sekali
bukankah rwtn konvensional mmpunyai kaitan dgn yahudi dan nasrani?
dahla tue mnggunakn dadah yg jelas haram sbg ubat
xkan emjay sikit pun xmerasa sangsi dgn rwtn konsional
saya rasa emjay nie xmeneliti betul2 setiap isi kandungn yg trdpt di lmn web cvt
dia mungkin xsinggah ke blog rawatan kesihatan walaupun sy sdh maklumkn kpdnya dulu2 spy ke blog itu
kalo emjay baca betul2 apa yg ader dlm blog rwtn kshtn mungkin dia akan brubah fikiran
lebih afdal lg kalo emjay sndiri pergi brjumpa dgn pngamal cvt
belum jumpa lg terus hukum cvt sesat
sebab tula sy akan tetap dgn pndirian bhwa emjay mmg brslh
xpatut sama sekali mngatakn seseorg itu tlh mlkukn jenayah tanpa ader bukti2 kukuh
kerana nila setitik rosak susu belanga
kerana trdpt segelintir rwtn alternatif yg xbetul, cvt menerima tempiasnya
kata org putih "don't judge book by its cover"
kata org tua2 "air tenang jgn disangka tiada buaya"
sblm mnjejakkn kaki ke klinik cvt, sy xtau pun aper2 brkenaan cvt
ReplyDeletetakder sesiapa yg prnh mmberitahu sy brkenaan cvt @ mnyuruh sy pegi ke cvt
sy pegi ke cvt dgn hanya menurut gerak hati
terbukti bhwa gerak hati sy mmg betul
pngamal di cvt tlh memberitahu sy sesuatu mengapa sy jd begini?
pd masa tue sy krg mempercayainya
ttpi skrg sy mmpercayainya
yg bagusnya, sejak sy pegi ke cvt, sy semakin rajin pegi ke surau
adakah itu petunjuk bhwa cvt itu sesat??????
sem berikutnya sy pegi ke suatu tempat
sy pegi ke tmpt itu dgn mengikut gerak hati
slps mmbaca artikel di kosmo, hati sy tertarik utk ke tmpt itu
jauh mmg jauh kat parit raja
ttpi sy sanggup utk pegi ke sana
paling sy xblh luper biler kali kedua pegi ke sana dgn hny menaiki motor
yg bagusnya, sy start melakukn solat sunat(kdg2 jer) sejak pegi ke sana
setelah bbrapa lama mnggunakn produk dr tmpt itu, hati sy seolah2 mengiakan apa yg dikatakn oleh pengamal cvt
apa yg diberitahu oleh pngamal cvt itu adlh benar
teringat sy kisah seorg remaja singapura yg sanggup susah2 pegi ke sana
mslh remaja nie ialah dia sgt pemalu
kenapa dia menjadi sgt pemalu???
adakah krna sifatnya yg mmg begitu @ kerana.............................................
cubala emjay brfikirn positif trhdp rwtn alternatif
semoga emjay sntiasa brfikiran positif trhdp anak sndiri
setiap manusia ader melakukan kesilapan
ReplyDeletesy sendiri byk buat silap
dah tahu benda tue salah tp msh buat lg
multiply id "hebat" adlh kesilapn sy
dlm islam tiada istilah aku hebat, aku power
tapi kesilapan yg dilakukan oleh emjay nie sgt2 bsr
kesilapan memfitnah org lain sbg sesat
byk sgt pihak2 yg xsesat difitnah sbg sesat
org lain sesat atau dia sendiri yg sesat
sy ader mndgr ceramah seorg ustaz di kmpg sy dibangi brkenaan ajaran sesat
katanya di johor trdpt banyak ajaran sesat
sy tahu emjay tidak tergolong didlm golongan yg dimaksudkan oleh ustaz itu
gerak hati sy tidak selalunya betul byk yg salah
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteKepada mereka yang nak guna juga TANGKAL MODEN sebagaimana dalam gambar di atas terpulanglah kerana akaun dosa pahala sendiri tanggung.
Kalau nak baca cerita tangkal moden yang sewaktu dengan gambar diatas tu, silalah baca artikel saya bertajuk Balasan Allah akibat menggunakan produk Aura Seri dan Lilin Terapi di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/72 serta jangan lupa juga baca artikel saya bertajuk Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, CVT dsbnya!!!! di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/152
Tak payahlah gunakan TANGKAL MODEN sebagaimana di dalam gambar di atas tu kerana amat MERUGIKAN di dunia dan akhirat.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam,
ReplyDeleteSemuanya hanyalah ilusi yang menguji keimanan, seb penyakit datang dari Alllah dan pergi dgn izin Allah jua. yg penting mesti usaha dan hati mau jaga jgn sampai jatuh syirik pada ubat2 yg jadi penyebab sembuh suatu penyakit.
Semua ilmu yg ada adalah milik Allah, sekiranya kita faham hakikat itu x ada yg pelik, malah semakin kita bg peluang untuk diri kita mengkaji, semakin bnyk bukti keagungan Allah yg boleh ditemui dan dibuktikan, malah memberi faham kepada akal manusia yg sentiasa berkembang dan memerlukan bukti2 yg sahih.
Lagi pun kebnyakan ilmu rawatan yg kita ada sekarang ni pun bukan semuanya dtg dari dunia islam, mungkin zaman jahiliyah, zaman firaun mungkin, Adakah patut kita tolak penggunaan sesuatu ubat semata2 kerana firaun yg menggunakannya, atau orang cina telah menemuinya dulu sebelum orang islam ? Adakah ilmu yg Allah bagi pada mereka itu hanyalah sia2 dan x perlu kita ambil tahu? Adakah kita perlu menjadi seperti penganut kristian dulu, yg kuat menentang ilmu dari dunia luar? (mungkin conton ni x la yg paling bagus, tp harap ianya boleh membuka hati dan minda yg lebih luas).
teknologi, sains, perubatan dunia sekarang yang asalnya berkembang dari ilmuan islam yang begitu ingin mengkaji alam ciptaan Allah, maka Allah berikan kekuatan kepada mereka untuk mengkaji dan membuktikan sesuatu yg tidak boleh diterima akal pada masa itu.
Malangnya sekarang ilmu dikembangkan org bukan islam, yang dah tentu orang kafir yg bertujuan menghancurkan umat islam. kenapa Allah bagi ilmu pada diorang untuk majukan diri mereka dan kita sebagai org islam hanya mampu jadi pengguna shj? Apa masalah kita sebenarnya?
Adakah otak kita berbeza dgn mereka? Atau kita terlalu bnyk berdosa sampai ilmu tu akhirnya Allah beri pada org bukan islam?
hanya dgn alasan mereka itu bukan islam, Adakah kita dianggap berdosa kerana menggunakan kepakaran dan ilmu yg mereka ada? Kalau begitu laman web ini juga tidak akan terwujud bukan :).
bukankah elok sekiranya ilmu yg mereka ada tu kita betulkan kepada acuan yg lebih islamik. bagi saya, CVT tu hanya ilmu kecil.... masih ada bnyk lagi ilmu yg Allah x dapat lg rungkai, kalau kita x bukakan hati kita dan asyik terperangkap dgn pendapat2 sempit, adalah sukar untuk mencari kebenaran, kita x akan dapat mengerti dgn sebenarnya hakikat kejadian dan keajaiban dunia dan serta keagungan Allah yang sgt dekat dgn kita.
mana mungkin kita hanya menerima sesuatu tanpa ada niat untuk mengkaji, Sedangkan quran itu diturunkan adalah sebagai rujukan untuk meneroka alam.
Salam untuk semua.Semoga diberkati Allah.
Assalamualaikum wbh
ReplyDeletePenicillin juga adalah datang dari Barat dari orang kafir. Adakah saya menolaknya?? Halba juga datang dari zaman sebelum zaman Nabi Muhamad SAW. Adakah penggunaan halba diharamkan?? Saya menggunakan penicillin dan juga halba.
Apabila orang Cina kafir menggunakan batu jade hijau untuk pelbagai kegunaan rawatan yang dipakai di tangan dan leher, adakah boleh kita menggunakanya?? Kalau nak syirik, silalah gunakannya.. Bila orang kafir menggunakan magnet dalam bentuk gelang tangan, adakah kita sebagai orang Islam dibolehkan menggunakannya?? Bila orang kafir menggunakan pelbagai gelang kristal yang kononnya boleh merawat pelbagai penyakit, bolehkah kita umat Islam menggunakannya??
Begitulah dengan kaedah rawatan menggunakan objek sebagaimana di dalam gambar di atas. Penggunaannya adalah menyamai penggunaan air wafak iaitu air yang terdapat tulisan-tulisan tertentu di dalamya. Bagi sesiapa yang ingin melakukan eksperimen dengan menggunaan objek dari Dr Norhisham ini, silakanlah dan selepas dapat kesimpulan eksperimen kelak bolehlah reply di sini!!!! Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada yang melakukan eksperimen ini.
Emjay
Salam,
ReplyDeleteSaudara em jay apa khabar, semoga sihat bersama keluarga.
Berikut adalah pendapat saya. Setahu sy syirik tu menyekutukan Allah. x kisah la dgn cara apa pun kita x leh sampai syirik dgn Allah. Berbanding org kafir, kita org islam ada pegangan yg menyembuhkan tu adalah Allah. Sama seperti yg emjay selalu sebut. gantung ayat quran di rumah .. pada saya sekiranya yg menggantung fikir kalau x gantung maka syaitan akan masuk.. itu dah syirik.. sebb yg membenarkan syaitan masuk itu adalah Allah, walaupun gunakan ayat quran.Sama juga kalau gunakan lada hitam atau apa benda sekalipun. malah penicillin dan halba juga kalau terlintas dalam hati .. "kalau x gunakan benda tu x sembuh penyakit".. dah jatuh hukum lain.
Tentang jade...Adakah jade itu bg emjay adalah sia2 ciptaannya? hatta rumput kering yg juga ada manfaatnya bukan? begitu juga magnet, kalau terbukti magnet boleh menyihatkan , mengapa kita mesti tolak?
Bagaimana orang kafir boleh percaya keupayaan jade, magnet dan batu kristal dlm membantu proses penyembuhan? Adakah mereka salah? Apa yg menyebabkan mereka yakin dgn kebolehan benda2 tu?saya yakin, ini kerana mereka sendiri telah berjaya membuktikan keupayaan bahan itu sejak berkurun lamanya. adakah kerana mereka menggunakan nya di leher, tangan maka kita katakan jade itu tidak ada kebaikannya langsung?
Adakah wajar kita sebagai org islam yang percaya dengan sebenar-benarnya segala benda yg Allah wujudkan di alam ini adalah untuk kebaikan manusia, dgn sombong dan sewenangnya menolak kebaikan ciptaanNya hanya kerana manusia lain menunjukkan cara pemakaian yg kita kata dalam islam ia tidak boleh terima?
bukankah lagi bagus jika kita sendiri membuka minda dan mengkaji sendiri adakah benar jade/ kristal dapat membantu dan bertindak sebagai penawar penyakit, kalau betul ya, maka kenapa tidak kita gunakanya mengikut acuan kita yang berlandaskan islam. Bukankah bagus sekiranya ia dapat diproses untuk dijadikan sebagai satu benda yg boleh digunakan oleh org Islam?
berbalik kepada tajuk asal, bagi saya, untuk rawatan CVT, ia antara produk yg membantu kearah menyembuhkan penyakit dgn memberikan cara rawatan alternative dgn menggunakan konsep getaran, warna dan cahaya secara seimbang, orang yg sihat adalah org yg memiliki keseimbangan ini. Kalau x seimbang akan wujud penyakit.
Ttg CVT dan cara rawatan, mereka ada laman web yg boleh menerangkan secara panjang lebar. http://rawatankesihatan.blogspot.com/
Ini juga sama bg perkara2 dan isu2 yang lain. Bukanlah Allah menjadikan kita ini berbilang bangsa, agama, adat dan budaya supaya kita saling kenal dan saling memperbaiki antara satu sama lain. Islam agama yang syumul, mudah dan praktikal.
Perbincangan seperti ini bagus, perbezaan pendapat tidak bermakna salah seorang dari kita berada di lorong salah kerana yang sama2 mencari ilmu dan keredaan allah di dunia dan akhirat. Hati yang ikhlas dalam mencari ilmu akan Allah bantu dan tunjukkan kebenaran.
Sekarang, Allah memberikan kita yang membaca ni keupayaan untuk berfikir, cari lah kebenaran. Jangan la kita sekat diri kita dari mempelajari ilmu.
Semoga kita senantisa di lorongkan Allah untuk dipermudahkan kehidupan didunia dan diakhirat. Amin
Salam.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada sdr aimiyati
ReplyDeleteJikalau kita boleh menerima batu jade hijau, gelang magnet dan gelang kristal menurut pandangan orang kafir, kelak kita akan menerima penggunaan tali tangkal sebagaimana yang kerap di ikat pada lengan orang hindu dan budha pemberian sami mereka serta gambar di sini http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Contoh_tangkal_dalam_masyarakat_melayu#21.
Jikalau kita boleh menerima batu jade hijau, gelang magnet dan gelang kristal, maka adakah kita boleh menerima gelang ini di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Contoh_tangkal_dalam_masyarakat_melayu# . Dan seandainya objek-objek di dalam gambar di atas dibolehkan, maka pelbagai tangkal lain sebagaimana di dalam http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Contoh_tangkal_dalam_masyarakat_melayu# adakah dibenarkan??
Adalah jelas berbeza antara ubat dan tangkal. Halba dan habbatussauda adalah ubat manakala produk CVT di atas serta batu jade hijau, gelang kristal (yang dikaitkan dengan rawatan kesihatan) serta gelang magnet adalah tangkal!!!
Kalau menurut orang yang memakai gelang kuning sebagaimana dalam gambar http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Contoh_tangkal_dalam_masyarakat_melayu#, mereka juga meyakini bahawa gelang ini dapat merawat tubuh yang sakit serta menjauhkan gangguan. Inilah yang dilarang oleh Nabi Muhamad SAW melalui mafhum hadisnya iaitu :
Dalam satu hadis Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah (Rawatan penyakit).” Lalu beliau bersabda mafhumnya,
“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)
Semua orang yang bertangkal adalah berharapkan kesembuhan dan merawat penyakit serta menyelesaikan pelbagai masalah namun Islam tidak membenarkan usaha mengikut kaedah ini - KERANA IA ADALAH SYIRIKK!
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
salam saudara emjay,
ReplyDeleteSemoga sihat selalu.
Seperti sebelumnya, saya berpendapat, seorang muslim boleh jatuh syirik sekiranya beliau berpendapat bahawa dgn percaya menggantung, memakai sesuatu, menggunakan lucky numbers, lucky shirt beliau akan mendapat apa yg dihajati dan kalau tak buat maka gagallah rancangan mereka maka... hukum pemakaiannya adalah haram kerana mampu menyimpang hati kepada menyekutukan Allah.
Malah bagi saya itulah maksud tersirat hadith yang saudar emjay tulis di atas, jawapan si pemakai yang mengandaikan bahawa kalau pakai gelang tu maka dia akan sihat, sebb tu Rasulullah kata jgn pakai, sebb ia mampu menyimpangkan hati pemakai kepada menyekutukan Allah .
Ia adalah berlainan sekali dgn pemahaman bahawa semua benda di dalam dunia ini Allah ciptakan untuk kemudahan manusia untuk beribadat kepada Allah. dalam soal ini maksudnya dalam hati perlu ada iktikad bahawa segala usaha yang dilakukan hendaklah dikawal, jgn sampai terjadi perbuatan yang mengharap selain daripada Allah. malah bagi saya sekiranya ada org memakan habbatussauda kerana percaya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit, saya boleh kata hukumnya syirik jugak. Betul x ?
Begitu juga kalau kita boleh memahami kebaikan jade pada tubuh badan seperti mana kita memahami kenaikan halba dan habbatussauda pada manusia, mengapa perlu jatuh hukum syirik?. Sejauh mana pemahaman kita dalam menilai pandangan terhadap sesuatu amat penting disini.
Berkenaan CVT, saya ingin bertanya, adakah saudara emjay pernah membaca dan mengetahui produk2 CVT sebenarnya.Adalah tidak adil sekiranya hanya menuduh melulu mengatakan CVT itu tangkal seperti batu jade dan magnet. Ia adalah berbeza. sangat2 berbeza.
Menuduh sesama islam sebagai syirik, tanpa ilmu yang cukup adalah berdosa bukan?
Ada antara produk nya adalah berasakan habatusauda (black seed) dan ia lengkap dgn penjelasan mengenainya mengikut ilmu CVT sendiri. Malah ia lebih menjelaskan lagi pemahaman anda sekiranya anda mahu memperluaskan lagi ilmu dan menguatkan lagi keyakinan anda terhadap keagungan Maha Pencipta.
Saya sangat berharap agar saudara emjay datang sendiri ke pusat rawaan CVT dan melihat sendiri produk2 yang dihasilkan. Saya bukanlah egen CVT atau menjual produk CVT, tetapi pemahaman tentang sesuatu ilmu amat penting. Jangan menuduh melulu, itu bukan la perkara yang di tuntut dalam Islam.
sekian.
Sejak akhir2 nie biler nak surf internet rasa mcm ader sesuatu jer
ReplyDeletemacam ader spyware
kat henset ader spyware
kat utm ader banyak spyware
kat luar utm pun ader spyware
setiap hari akan ader perubahan A... lebih hebat drpd cvt
sayangnya ia tidak dikenali ramai
aper2 pun perubahan ini adlh izin ALLAH
emjay, kalo setakat fitnah cvt dlm online ianya tidak akan membawa apa2 mudarat kepada cvt
kalo awak nie bnr2 seorg ustaz dan hendak tolong org islam
awak kena tunjukkan identiti awak yg sbnr
sy tidak akan percaya awak nie ustaz dan akan menganggap awak sebagai org yg sesat selagi awak tak tunjukkan identiti sbnr awak
TUNJUKKAN IDENTITI SEBENAR AWAK
SAYA CABAR AWAK
Kepada pembaca Laman Emjay sekalian, berkenaan perkara ini, silalah baca artikel saya bertajuk Penjelasan haram menggunakan aura, chakra, kuasa minda, CVT dsbnya!!!! Di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/152
ReplyDeleteThe most general set of characteristics facilities associated with the chakras (Western system) is as follows (also called as Primary Chakras):
CHAKRA, COLOR FACULTY
Violet Imagination
Indigo Intuition
Blue Conceptual; spiritual
Green Love; emotional; acquistion
Yellow Intellectual, rational
Orange Social
Red Physical, survival
FAKTOR YG MEMPENGARUHI AURA
~ Pencemaran alam sekitar, jerebu, dadah, arak, penyakit hati, perubahan emosi, fizikal, mental, rohani, dan keadaan sekeliling. ~ Aura berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan dibahagian bawah dan paling laju dibahagian Crown Chakra). ~ 7 pusat chakra ini akan mencerap tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian, kerohaniah & juga kesihatan kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat, bocor & aura tidak seimbang, maka individu berkenaan akan cenderung terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita dan kesihatan diri. Kesemua ini ada kaitannya dengan AURA, CHAKRA & kehidupan kita.
Ajaran agama selain Islam akan memutuskan hubungan makhluk dengan penciptanya Allah, Peranan Allah sebagai Tuhan yang mempunyai rububiahnya dihapuskan sama sekali. Lihat sajalah petikan ini “~ Kesan fizikalnya sekiranya tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit nyanyuk , histeria, down syndrom, epilepsi, sakit kepala, migrane, darah tinggi”. Ia berlawanan sekali yang diajarkan Islam bahawa segala musibah berlaku akibat dosa-dosa manusia Lihatlah Ass Syura:30.
dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Kononnya menurut Dr Norhisham, pengambilan tablet flower energy (tenaga dari bunga) akan memulihkan aura chakra seseorang sehingga menghasilkan keseimbangan yang akan mengakibatkan kestabilan emosi dan fizikal. Itulah juga peranan jam tangkal yang berpusing terbalik jarum saatnya agar menseimbangkan aura chakra pemakainya.
Penggunaan tablet Flower energy ibarat mandi bunga mengikut ajaran agama hindu yang banyak diamalkan bomoh sesat di Malaysia. Sila rujuk artikel MANDI BUNGA SEBENARNYA BERASAL DARI AJARAN AGAMA HINDU?? Di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/47 Penggunaan jam produk CVT ini juga adalah sehjenis tangkal kerana fungsinya juga adalah sama.
Sebenarnya penggunaan produk ini samalah seperti amalan mandi Safar satu ketika dahulu di mana pengamal mandi Safar ini berharap dengan amalan mandi tersebut, segala bala atau perkara negative menurut CVT akan dapat dihindari.
Sekian eassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam emjay.
ReplyDeleteSaya dah letakkan nama sendiri.
Emjay biler lagi.
Takkan letak nama sendiri pun nak takut sangat.
Fitnah org dlm online berani tp letak nama sendiri pun takut
ADAKAH EMJAY BERANI MENYAHUT CABARAN SAYA UNTUK MENDEDAHKAN IDENTITI YANG SEBENAR!!!!!!!!!
Saya mencari redho Allah SWT dengan menasihati orang Islam awam dari tersesat berdasarkan ilmu saya yang sedikit. Dapatkah sdr huzaimi9 berhujah secara akademik untuk mematahkan hujah saya dan bukan sekadar mengatakan saya memfitnah CVT!!
ReplyDeleteSilalah berhujah secara ilmiah
Wassalam wallahuaqlam
Emjay
BERANI KERANA BENAR
ReplyDeleteTAKUT KERANA SALAH
Orang yg menyampaikan kebenaran tak perlu takut2 untuk mendedahkan identitinya yg sebenar
Hanya orang yg bersalah sahaja takut untuk mendedahkan identitinya yg sebenar
Hujah2 yg dikemukakan oleh emjay bahawa cvt sesat tak masuk akal langsung
Emjay nampaknya seperti mempermainkan ayat2 suci al-quran dan hadis2 nabi
Emjay seperti mempunyai motif JAHAT yg tersembunyi dengan memfitnah cvt, darussyifa dan lain2 lagi
Saya akan berhujah secara ilmiah apabila emjay telah mendedahkan identitinya yg sebenar
Baca aturan pakai, bila sakit berlanjut hubungi dukun,,, !
ReplyDeleteSegeralah Tobat sebelum terlambat ,,,,,,,,
hmm..... marah & emosi betul si huzaimi9 tu....... kepada saudara emjay, ada pendapat saudara saya setuju, ada yang tak setuju (sebenarnya tengah dalam consideration).. tapi saya tetap respect mentaliti n pendapat saudara. Saya harap anak2 saya tak ada yang bersikap macam huzaini9 kalau pendapat mereka tak selari dengan orang lain. Semoga anak2 saya, saudara2 saya n student2 saya tak ada yang bersikap macam huzaini9. Mencabar orang, melenting macam kena histeria. Sabar ajelah saudara emjay...
ReplyDeletekalau tak tahu jangan belagak pandai, macam lah dia arif sangat tentang agama, tuan buat agama macam bapak tuan punya, alif pun tak kenal lagi nak menghukum orang.... silap2 menghukum lebeh besar dosa orang yang memakai, siapa awak di sisi tuhan.....? yang nak menghukum orang. bodoh bin bangang bin bahalol bin jahil.
ReplyDeleteKepada yang marah melenting-lenting macam ulat nangka tu biarkanlah mereka. Mereka mungkin orang-orang dari CVT yang marah kerana perniagaan menjual tangkal mereka sudah terjejas.
ReplyDeleteKalau nak tengok lebih banyak tangkal alaf baru yang lagi sesat berbanding tangkal yang saya pamerkan di atas, silalah sdr semua pergi ke http://hidrotherapyice.blogspot.com/2007/08/jam-konsep-cvt.html untuk melihat Jam Konsep CVT . Ini adalah TANGKAL dan jauhilah produk ini.
Kepada sdr 5814598, bolehlah mula memesan 10 jam tangkal ini semoga sdr memperoleh berbagai rahmat???????
Emjay
jangan layan ustaz bangang,aku nak cari dia kat jb, aku dah pasang kaki kat jb.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteAt-Talaaq ayat 3: bermaksud
[3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Wassalam wallahuaqlam
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteEmjay
Mungkin ilmu ini dapat membantu saudara/i lebih memahami.
ReplyDeletehttp://www.rawatankesihatan.com/search/label/Hukum%20Keseimbangan
Walau di jalan mana kita semua berada, mudahan semua kiat sentiasa mendapat reda dariNya. Amin
salam
ReplyDeleteklu dulu ayahpin berdakwah sesatkan umat islam,xde sapa yg mengetahui ayah pin guru ajaran sesat ...siap ade kg lg..tp kini bertmbah maju dunia IT..mereka menyesatkan umat islam melalui teknologi moden..maka kini..berpaksikan ilmu islam yang mereka ada serba sedikit..mereka menyesatkan manusia dengan menggunakan islam..untuk mendapat nama,pangkat,dikagumi,mereka sanggup memfitnah sesama islam yang lain demi mencapai hajat hati mereka..mereka berlindung disebalik nama.alim ulamak berdakwah tanpa berselindung..tiada penyamaran diri...dan inilah yang terjadi kini...guru dakwah terkini era 09 berteknologi tinggi.."emjayjb"...
ReplyDeleteemjay bertaubatlah anda. kita hidup sekejap je di muka bumi ni, jangan jadi munafik dan jaangan orang yang suka memecahbelahkan kita sesama islam. daripada suka fitnah, kelemahan, kesillapan orang baik cari benda kebaikan. Bende yang ko gelar tangkal moden tu adalah seri wajah dan functionnye bukan tangkal moden, bongok juga ko ye. masalah betul. tak paham aku orang macam ni pun ade juga ye di muka bumi ni. neway aku harap ko stdudy bebanyak dulu pastu br kuar statement. jangan nak main tebas je.
ReplyDeleteaiii.. ngokk. aku tension betul dengan ko ni emjay. chakra ape yang jelaskan dalam pdf tu? ko amik dari website mane? kalw stakat nak copy paste maklumat dari website baik tak payah k, kucing nenek aku pun bleh buat. ilmu cvt tu dia buat kajian bertahun-tahun dalam fizik quantum pastu senang je ko nak tabur fiitnah itu iini. please repent.
ReplyDelete