Surah Yaasin dibungkus dengan kertas minyak lalu dibungkus sekali lagi dengan plastik |
Surah Yaasin dibungkus plastik. |
Tangkal dari surah Yaasin - Jahilnya manusia
Surah Yaasin adalah sebahagian dari AL Quran yang diperintahkan untuk membaca dan memahami maksudnya dan seterusnya mengamalkan. Kalau dah berbungkus macam ini macam mana untuk dibaca.
Itulah konsep tangkal, SESUATU YANG HANYA PERLU DISIMPAN DENGAN HARAPAN MENDAPAT KEBAIKAN DARI USAHA TERSEBUT.
Emjay
itu dibungkus apa pak? maksudnya dipakai untuk jimat ya?
ReplyDeleteyang diatas kiri ialah surah Yaasin dibungkus kertas minyak dan kemudian dibungkus dengan plastik. Yang di atas kanan, surah yaasinnya dibungkus terus dengan plastik.
ReplyDeleteKedua-dua tangkal ini diambil dari orang yang berbeza. Bomohnya sudah menjadikan surah yaasin ini sebagai tangkal untuk maksud tertentu yang hanya diketahui oleh bomoh dan orang yang menerimanya.
Azimat (jimat) dengan tangkal adalah adek beradek dan fungsinya sama.
Ini adalah pekerjaan syirik.
syukron pak :)
ReplyDeleteAdakah jimak , azimat dan wadak adalah perkara yang sama? Apakah hukumnya kalau ianya ( jimak atau wadak ) hasilannya dari ayat Quran ?
ReplyDeletejimat, azimat, wadak dan tangkal adalah benda yang sama. Hukumnya juga sama.
ReplyDeleteTukang sihir atau bomoh memang telah jelas kesyirikan mereka dan Nabi Muhammad telah bersabda mafhumnya :
“Hukuman tukang sihir ialah dipenggal dengan pedang”
(Riwayat Tirmizi dari Jundub).
Mempercayai dukun atau bomoh atau astrologi hanya menjadikan kita kafir menurut hadis Nabi SAW mafhumnya :
Siapa yang mendatangi arraf, kahin (tukang ramal / bomoh) lalu membenarkannya (menyetujuinya), maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi & Abu Daud)
Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)
(1 Pada zaman Nabi SAW, wada’ah digantung di dinding rumah bila seseorang akan pergi dalam perjalanan yang diharapkan mendapat pertolongan dan perlindungan dalam perjalanannya.)
Dalam satu hadis lain Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melihat gelang tembaga di tangan seseorang , lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Orang itu menjawab, “Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda mafhumnya,
“Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”
(Riwayat Ahmad dari Imran bin Hushain)
Dalam satu hadis lain, mafhumnya:
“Dia (Nabi) masuk kepada orang sakit dengan maksud menziarahinya. Sewaktu menyentuh pundaknya (bahu), maka terasa di dalamnya benang. Maka Nabi bertanya : “Apa ini?” Dijawab : “Sesuatu yang telah dijampi padanya untukku.”
Maka berkata dia: “Kalau kau mati dan objek itu (tangkal) masih pada mu, maka aku tidak akan mensolatkan engkau.”
(Riwayat Waqi’e)
Mengapa Nabi SAW berkata demikian? Ini adalah kerana orang ini telah kafir dan orang kafir tidak boleh disembahyangkan. Mengenai perkara ini berkata Ibrahim bin Nakhi:
“Dari Ibrahim bin Nakhi berkata : Telah berkata Ibnu Masud: Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis tangkal, dari Al Quran atau bukan dari Al Quran.
Emjay
Terima kasih banyak2 kpd Usaz Emjay kerana sudi menjawap kemusykilan saya dlm masa kurang 2 jam. Maafkan saya sebab nak tanya 1 lagi soalan. Kalau seseorang itu terkena sihir , bagaimanakah cara pengobatannya dari segi Islam dan diredai Allah?
ReplyDeleteApa masalah atau penyakit pun hatta penyakit sakit pinggang kerana kurang minum air, bila jumpa dukun atau bomoh dia akan kata sebagai perbuatan orang yang dengki sama ada saudara terdekat atau sahabat ang rapat. Itu memangnya kerja iblis syaitan agar kita buruk sangka dengan mereka. Kemudia bomoh ini akan mandikan dengan air limau serta berikan tangkal atau sebagainya agar kita di bawah penguasaan syaitan. Dalam banyak kes sebenarnya apa yang dikatakan oleh bomoh sebagai sihir perbuatan orang sebenarnya adalah penyakit normal.
ReplyDeleteKalau betul perbuatan sihir :
1. Perlu muhasabah kerana orang yang kena sihir ini selalunya ada dosa besar seperti pernah mengutip tangkal dsb. Tangkal azimat ini perlu kirimkan kepada saya untuk dilupus.
2. Banyakkan berdoa sewaktu solat lima waktu dan diluar solat.
3. Belajar ilmu akidah agar jangan mengutip tangkal lagi (paling penting ***)
Rawatan memulihkan akidah mereka-mereka yang bermasalah ini mudah iaitu hanya dengan belajar ilmu agama tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana masalah jauh, masa dan sebagainya. Belajar sampai mantap soal akidah memerlukan banyak jam mempelajarinya. Kes mudahnya adalah berguru. Kalau dekat boleh datang ke rumah di Johor Bahru.
Emjay
Alhamdulillah dan terima kasih ustaz telah menjawap persoalan saya. Menjadi tandatanya pada saya bila ustaz menjawap " Rawatan ini mudah tetapi sukar utk dilaksanakan." Berkenaan dengan belajar soal akidah sampai mantap tu, tidak bolih kah dipelajari hanya melalui pengiriman email sahaja , sebab saya tidak tinggal di JB , saya kini tinggal di Kelang .
ReplyDeleteSalammualaikum!
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteBelajar berguru bertentang mata tidak akan sama dengan bertelefon, berkirim surat, beremail dsbnya. Sedangkan ada hamba Allah tu ajak saya guma IM Yahoo pun susah berbanding telefon, inikan pula beremail. Guna email akan memakan masa saya yang terlalu lama yang mana masa kini amat mahal bagi saya.
" Rawatan ini mudah tetapi sukar utk dilaksanakan." membawa maksud untuk mengembalikan ke pangkal jalan orang yang mengutip tangkal seperti ini dan bentuk-bentuk lainnya sebenarnya sangatlah mudah iaitu perlu belajar datang ke rumah saya. Tiada fees dikenakan. Namun inilah yang paling sukar untuk dilakukan kerana masalah masa, jarak, kesesuaian masa, kesibukan dsbnya.
Bagi sdr insanbbd55, saya menawarkan penginapan 2 hari 1 malam beserta makan dengan percuma untuk sdr suami isteri di rumah saya semoga masa ini mencukupi untuk belajar asas akidah fasa 1. Mudah-mudah insya-Allah bayarannya akan dibayar oleh Allah swt.
Jemputlah datang ke JB tetapi saya free hanya sabtu dan ahad dan silalah anda naik bas ke JB dan saya akan jemput serta hantar semula ke setesen bus Larkin.
Lagi jauh lagi sukar untuk belajar lagi besar balasan dari Allah. Ada orang dekat saja tetapi susah untuk ambil kesempatan.
Sekian wallahualam wassalam
Emjay
Saya sangat terharu dengan tawaran dan jemputan ustaz diatas untuk mendapatkan pelajaran/pengajian peribadi ustaz. Insya-Allah , saya akan cuba melapangkan masa pada satu hari nanti.
ReplyDeleteTerima kasih, ustaz!
Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan anda
ReplyDeleteUstaz sekiranya kita minta pertolongan orang tersebut supaya mengubati penyakit kita.adakah kita dikira syirik?
ReplyDeleteDalam islam "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"
ReplyDeleteKalau bercita-cita hendak kaya bagus tetapi mencuri untuk kaya tidak boleh.
Bila sakit teringin berubat adalah disuruh Allah. Bila jumpa doktor tidak salah. Bila jumpa bomoh untuk berubat tetap salah kerana cara berubat menyalahi agama Islam.
Bila sudah jumpa bomoh dan mengutip pelbagai tangkal dan air jampi sesat dari mereka, maka bermulalah penghidupan neraka di dunia. Sentiasa dirundung malang dan Tuhan memberikan azab agar kita kembali ke pangkal jalan.
Masalahnya di Malaysia ni, terlalu ramai orang yang mengaku mengamalkan perubatan menurut Islam namun hakikatnya mereka sesat lagi menyesatkan.
Cara menangani mereka bomoh sesat ini ialah dengan belajar asas akidah sewajarnya. Susah tetapi inilah sahaja usaha pasti untuk kesyurga. Islam tidak boleh diwarisi, hanya boleh dipelajari.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
kalau ada yg meniupkan ke dalam air( membaca ayat suci Al-Quran )... kemudian. bawak balik rumah minum.. atau buat mandi..dsb..tetapi dengan kuasa ALLAH... sekadar ikhtiar.... macam mana itu USTAZ....
ReplyDeleteKalau dibuat mengikut sunnah, boleh. Sila baca artikel INGAT ALLAH DAPAT RAHMAT, INGAT AYAT KURSI AZAB BERTAMBAH untuk lebih memahami kaedah membacakan jampi ke atas air.
ReplyDeleteKalau menjampi ke atas air tidak mengikut sunnah, insya-Allah air tersebut menjadi mirip air HOLY WATER yang penuh dengan syaitan.
Wassalam wallahualam.
Ustad' ingin saya bertanya..berkenaan air yang telah dibacakan doa & air yaasin nie..kerana Sunnahtullah memang kita manusia biasa nie bila sakit diperintahkan berubat.Tapi dalam kes nie, pada mulanya air itu air biasa, tapi setelah di bacakan doa, tetiba menjadi air yang boleh menyembuhkan dengan izin Allah. Seolah2 ada kuasa yang telah masuk ke dalam air itu dengan izin Allah.Air itu kan hanya penghilang dahaga dengan izin Allah. Mengapa tidak terus berdoa kepada Allah,mengapa harus ada air sebagai bantuan??
ReplyDeletemaksud tuan: kalau sakit tak yah jumpa doktor sebab sakit tu azab dan siapalah doktor itu untuk membuang pesakit nanti taraf tuhan pulak doktor2 tu. ajar lah tauhid kepada sakit barah, buang pinggang, hati dan sebagainya supaya kalau mati boleh masuk syurga. tuan tak kena sakit pun ujian tau tak? sakit pun ujian. hidup didunia ni kena hasanah sebab tu kena ikhtiar, tuhan bagi akal...sama juga sakit roh kena ikhtiar. kalau dah ajal itu dah ketentuan. Tuan kena pi mengaji bab ni baru komen ok. maaf kan saya.
ReplyDeleteWahai bomoh30, memanglah Islam suruh berikhtiar, tetapi dalam Islam MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!
ReplyDeleteMenggunakan surah Yaasin tu memang cara yang sesat. Awak tu memanglah marah sakan kerana awak tu bagai orang yang kepedasan kerana makan cili. Mungkin awak juga ada membungkus surah Yaasin untuk diberikan kepada pengunjung persembahan sihir awak tu. Tu yang awak marah sakan saya menegur perbuatan sesat ni.
Ikhtiar awak memang tidak sama dengan ikhtiar saya. Awak ni dah kena ayat AlKafiruun:
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Wahai bomoh30 zulfikar yang berasal dari Kelantan, bertaubatlah di atas segala kerosakan yang engkau lakukan dimuka bumi ini. Engkau seorang sesat saya tidak kisah langsung tetapi janganlah sesatkan orang lain. Janganlah tunggu Allah memberikan azab yang lebih berat kepada engkau dan keluarga engkau!!!
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
nampaknya sdr MJ ni mudah juga naik angin dan begitu mudah menjatuhkan hukum dan menidakkan yang benar...
ReplyDeletesdr MJ ni keturunan hape ha..? datuk nenek MJ ni keturunan Melayu ke? keturunan para Wali ke?
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteDalam kes surah Yaasin dijadikan tangkal ini, apa yang belum jelas lagi? Ia sudah jelas sesat dan syirik!!!!
Hanya orang yang terasa pedas kerana makan cili sahaja yang akan menidakkan hukum ini.
Kalau belum cukup power tangkal surah Yaasin ini, elok ambil Al Quran bungkus dengan plastik gantung kat penjuru rumah, kan lagi power tangkal baru ini.
Apa yang "saya menidakkan yang benar?"
Saya ni keturunan sahihnya dari Nabi Adam.
Sekian wassalam wallahualam
Emjay
KENAPA TAK PEGI PENGGAL JE SEMUA TUKANG SIHIR?SELESAI MASALAH?NAK TANYA PLAK NI,PENGGUNAAN WAFA' APA PULA HUKUMNYA?PEDASNYA SAMBAL MCMANA PULA JALAN HUKUMNYA?
ReplyDelete. (Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (al-Baqarah, 2:75)
ReplyDeleteDari penulisan-penulisan sdr di atas dan di beberapa thread lain, seolah-olah sdr adalah salah seorang yang menggunakan azimat seperti ini. Itulah sebabnya sdr menyokong penggunaan azimat seperti ini.
ReplyDeleteOrang menasihatkan agar anda diberikan rahmat oleh Allah tetapi sdr menggalakkan terus penggunaan azimat seperti di atas dan yang lain-lain.
Rasulullah bersabda dalam dua hadis berikut mafhumnya:
“Sesungguhnya tangkal, azimat dan guna-guna itu adalah syirik”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
“Barangsiapa menggantungkan azimat (tangkal) maka Allah tidak menyempurnakan kehendaknya dan barangsiapa menggantung “wada’ah1” (sebagai tangkal), maka Allah tidak memberikan perlindungan kepadanya”
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan Hakim dari Uqbah bin Amir)
Emjay
emm
ReplyDeleteUstaz saya nak tanya dan nak konfom dgn ustaz samada gelang magnetik yg digunakan kononnya untuk perubtan tergolong dlm tangkal spt mana yg ustaz terangkan kepada insanbbd55
ReplyDeleteElakkanlah dari menggunakan gelang bermagnet tu.
ReplyDeleteEmjay
tangkal memanglah ada yang macam benda2 tu sudah semesti karot-marot
ReplyDeletetetapi ianya bergantung
kalau lah azimat itu terletak di situ keagungan ALLAH apa itu pun haram ke?
apa yang penting adalah niyyat
kita harus niyyat bahawa semua pertolongan itu datang dari ALLAH
Bertangkal sama ada dengan kemenyan atau dengan surah Yaasin ini tetap syirik walau pun dengan sebarang niat apa pun.
ReplyDeleteKalau tahu pertolongan itu datang dari Allah, tak payahlah lagi bertangkal, teruslah kepada Allah kan mudah.
Emjay
Di Indonesia, (mungkin malaysia juga) kebanyakan orang mengkhususkan surah Yaasiin, dibandingkan surah2 Qur'an yang lainnya. seakan-akan, Al-Qur'an hanya berisi surah yaasiin untuk dibaca. Mereka biasanya mengkhususkan membaca surah yaasiin di hari Kamis (malam Jum'at). Ajaran dari mana ya? padahal Rosulullah tak pernah mngajarkannya. (tak ada dalil yang Shohih).
ReplyDeleteMemang benar sekali kenyataan sdr masrizqon
ReplyDeleteEmjay
walaupun tidak terdapat amalan di dalam hadis,apakah amalan itu salah? pastinya tidak...biarkanlah apa orang lain hendak buat asalkan yang mereka buat tidak melanggar hukum.
ReplyDeletekita siapa untuk mengadili dan menghakimi orang lain sedangkan kita lebih banyak dosa dari mereka jikalau kita bersangka dan berbual buruk tentang mereka.
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteSaya copy paste reply sdr nash697 berikut : "walaupun tidak terdapat amalan di dalam hadis,apakah amalan itu salah? pastinya tidak...biarkanlah apa orang lain hendak buat asalkan yang mereka buat tidak melanggar hukum."
Allah dan rasulnya menyuruh umat Islam membaca memahami dan beramal sesuai dengan kandungan keseluruhan Al Quran tetapi umat nusantara hanya mengkhususkan surah Yaasin, itu adalah satu keingkaran dan satu kesalahan yang jelas. Apakah sdr nash697 ingin mewujudkan agama baru? Apakah perlu diteruskan amalan yang INGKAR ini?
Sekian wassalam wallhuaqlam
Emjay
tidak semestinya mereka itu baca yasin sahaja...mana lah tahu kalau mereka ada amalan yang lain ataupun wirid sendiri seperti Ratib Al-Haddad ataupun al-Attas.
ReplyDeletejanganlah sangka buruk terhadap muslim yang lain.
awak ni kalau nak cakap boleh tak beradab sedikit.awak mahu kata saya ini kafir ke,ingatlah baik2 hukum orang yang mengata lain kafir,maka orang itu lah yang kafir.Ada saya kata nak buat agama baru ? jadi nak katakan orang yang khusus baca surah Yasin itu salah ke? sangka baik mungkin mereka suka dengannya ataupun lain2.
kalau lah awak nak berhenti orang dari amalan tersebut,apa yang awak buat sebagai amalan harian?kalau tak ada...mereka itu lebih baik dari awak
siapa awak untuk menghukum atau mengadili perbuatan orang lain? lihat diri dulu sebelum kata orang lain
salam...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh af7 slash
ReplyDeleteiemjay ni wahabi ke?Semua amalan kebatinan Islam dikatakan syirik...Itu semuakan adalah asbab. Seperti panadol,kalau orang yakin panadol boleh sembuhkan pening kepala,itu juga syirik. Sebab yakin makhluk penadol ono yang sembuhkan penyakit,bukan Allah s.w.t...Yang penting sentiasa jaga niat....Johan Mokhtar
ReplyDeleteKalau nak belajar agama itu bagus,tapi kena tengok juga siapa gurunya.Jangan sebarangan guru aje,macam di tempat saya di Muar.Ada guru agama di tempat bernama R#^*)&(nama terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan kontroversi) mengajar banyak ajaran yang tidak mengikut ajaran semasa. Misalnya mereka puasa dan raya(aidilfitri&aidiladha) tidak sama dengan majoriti umat Islam Malaysia. Haram menderma darah,haram makan daging kuda dan seumpamanya.Ustaz yang mengajar di situ tidak dapat saya pastikan apa kelulusannya. Saya pernah dan selalu mengikuti pelajaran agama dengan mereka.
ReplyDeleteAjakan saudara emjay supaya orang ramai datang belajar dengan saudara
ajakan saudar emjay supaya orang ramai datang belajar agama dengan saudara memang baik,tapi kalau saudara sekadar lulusan belajar sekolah agama sahaja @belajar pondok aje(bukan niat saya nak menghina lulusan pondok sebab ada juga guru yang saya hormati juga lulusan pondok)tanpa belajar di institusi pengajian yang ulung.Saya juga boleh mengajar saudara,.Pengalaman belajar agama dengan ustaz.....( nama terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan kontroversi )di tempat belajar bernama R#^*)& ,memberi satu pengajaran berguna bagi saya iaitu kalau nak betul-betul belajar dan memperdalami agama,carilah guru-guru yang bertauliah dan ajarannya mengikut aliran majoriti umat Islam Malaysia,Jadi kalau sekadar emjay nak mengajar agama kepada saya baik tak payah le. Buat penilaian dulu ilmu saudara tu sampai rasakan ilmu mufti Perak lebih rendah daripada saudara emjay. Cermin dulu diri anda.Mungkin salah satu guru emjay adalah mufti perlis darul wahabi kot....(sekadar andaian sahaja)
ReplyDeleteoklah saudar emjay....saya undur diri dulu,ada masa kita jumpa lagi.wassalam...........................
ReplyDeleteMaaflah mencelah lagi,lepas ini kalau saudara jatuh sakit seperti demam ke atau batuk ke.Terus minta denganAllah sembuhkan penyakit,jangan beli panadol ataupun ubat batok takut syirik kerana percaya panadol boleh sembuhkan penyakit bukan Allah swt....Wassalam
ReplyDeleteBertangkal sama ada dengan kemenyan atau dengan surah Yaasin ini tetap syirik walau pun dengan sebarang niat apa pun.
ReplyDeleteKalau tahu pertolongan itu datang dari Allah, tak payahlah lagi bertangkal, teruslah kepada Allah kan mudah.
(rujuk tulisan saudara emjay)
pada emjayjb,saya sentiasa menyokong percakapan anda.Bukan kerana anda adalah guru,sahabat,saudara mahupun pernah bersua muka.Tapi kenyataan bahawa dalam dunia melayu islam di negara kita amat sensitif bila disuruh berubah bnda yang menjadi amalan turun temurun. Takpe la emjayjb,kita masih berpegang pada al quran dan hadis..Imam Syafiie dan nabi Muhammad s.a.w pun berpegang pada bnda yg sama..apa yg mereka tak buat,kita tak buat.Apa yg mereka buat,kita buat..kita buktikan sapa yg sebenarnya ikut ajaran nabi muhammad..itu sahaja
ReplyDeleteJika amalan yang kita buat tidak dibuat Nabi Muhammad,adakah kita nak menunjukkan kita jauh lebih pandai daripada nabi muhammad?? Nabi Muhammad yang comfirm masuk syurga pun masih melakukan ibadat berdasarkan kepada wahyu Allah.Tak tokok tambah pun amalan yg sedia ada..So jgn pandai2 kita nak buat amalan sendiri sedangkan Nabi Muhammad sendiri tidak buat..kalau dah pandai sgt baik korang tambah je 2 rakaat pada setiap solat 5 waktu..4 rakaat jadi 6 rakaat..baru afdal(kata orang melayu).. kan prinsip orang melayu ialah "Benda baik akan diterima allah"....astagfirullah
ReplyDeleteBetullah tu rusydi87
ReplyDeleteApabila sdr berkata benar, mengapa saya tidak boleh mempersetujuinya?
Gua caya sama lu rusydi87
Emjay
kalau kita sedar buruknya menyimpan tangkal dan menelek ramai yag tidak mahu pergi'berubat' sebab rata-rata yang 'berubat' samada bergelar ustaz2 ataupun kiai2 suka menelek walaupun jalan yang diguna tidak sama lalu pesakit akan sentiasa pergi kepada mereka. masalahnya mereka ada gelaran dan mengaku ada wali
ReplyDeleteItulah yang banyak berlaku di Malaysia. Mereka dari golongan ini adalah sesat dan menyesatkan.
ReplyDeleteEmjay
hm knapela dgn hangpa ni,..kalau xpcayakn ustz2 or bomoh tsebut, xpyhlah pg jumpe..tp mmg bnr bnyk yg pembohong.tp jgn lupa ada juga yg benar..ya mmg pd zmn rasul dlu xda amlan mcm tu..tp slagi ea tdk btentangan dgn akidah,xslh kn?semua pkara bmula dgn niat..mmg bnr if kita buat jaht tp dgn niat yg baik pun dikira slh,tp if kita buat sesuatu yg baik dgn niat yg baik, adakah jd slh ustaz mj? sy xmembangkang ustz.cuma nk btnya je..
ReplyDeleteIslam adalah satu agama yang cantik. Ia mengajarkan satu ilmu iaitu "matlamat tidak menghalalkan cara".
ReplyDeleteSetiap perkara yang tidak bertentangan dengan akidah dan syariaat adalah dibenarkan. Buat jahat dengan niat yang baik tidak dibenarkan dalam Islam. Kalau buat benda baik dan dengan niat yang baik tu memanglah Islam menggalakkannya.
Surah Yaasin adalah sebahagian dari Al Quran. Ia bukan makhluk tetapi adalah kalam Allah. Al Quran dan Yaasin tidak boleh dijadikan tangkal kerana membawa kepada kerosakan akidah.
Emjay
ITU SESAT INI SESAT SANA SESAT SINI SESAT..PENING-PENING. YG MANA BOLEH TERIMA AKAL BERSANDARKAN AL QURAN DAN HADITH IKUTLA. YG MANA NABI BUAT TU IKUTLA..YG MANA NABI TAK BUAT TAPI MEMBERI BANYAK MANFAAT DAN TAK MELANGGAR AL QURAN DAN HADITH DAN IJMAK ULAMAK IKUTLA..
ReplyDeleteINI BUKAN TEMPAT NAK CAKAP FAHAMAN AGAMA SAPER SALAH SAPER BETUL. NK KEFAHAMAN YG LEBIH DALAM PASAL ISLAM MAKA BERGURU LAH BACA KITAB LA BACA AL QURAN DAN HADITH LA..JGN AMBIL BULAT-BULAT. JGN TAKLID JGN JUMUD.
ISLAM ITU AGAMA YG INDAH..ISLAM ITU AGAMA YG SUCI..
salah ker buat air yasin untuk penerang hati dan sebagai ikhtiar syifa'???kita yakin bahawa hanya allah yang mengizinkannya...bukan yakin pada air yasin i2...tapi yasin itu sebagai ubat yang allah turunkan kepada kita...ustad tolong terangkan tentang hal ni...tentang air yasin...
ReplyDeleteSaya menggunakan kaedah sdr berfikir.
ReplyDeleteSaya ambil 10 biji Al Quran masukkan dalam periuk, masukkan air zam-zam dan rebus selama 10 hari sepuluh malam. Saya gunakan air rebusan Al Quran ini sebagai untuk penerang hati dan sebagai ikhtiar syifa. Saya yakin bahawa hanya Allah SWT yang mengizinkannya .... bukan yakin pada air rebusan Al Quran.... tapi air rebusan tu sebagai ubat yang Allah turunkan kepada kita.
Soalan saya ialah bolehkah kita semua minum air rebusan Al Quran tersebut?? jawapannya adalah satu khurafat yang berat yang boleh merosak akidah. Itulah sebabnya kalau nabi Muhamad SAW tak buat dan para sahabat tak buat, usah menggatal!!
Saya yakin selepas ini ada orang tempah Al Quran dengan tulisannya dicetak dengan dakwat Zaafaran dan kemudian direbus dengan air zamzam lalu dijual satu botol RM100. Adakah usaha seperti ini dibenarkan dalam Islam?? hanya merosak akidah.
Dalam amalan jahiliah di Malaysia, sudah sangat ramai orang minum air kemenyan berjampi, adakah ini dibenarkan dalam Islam?? Buat merosak akidah sahaja.
Orang Islam guna air jampi dari surah Yaasin untuk menerang jampi, apa bezanya orang hindu dan cina gunakan benang pemberian sami mereka yang di ikat dilengan mereka untuk menerang hati??
Lagi elok pasang lampu 50watt di dada untuk menerang hati sebagai satu usaha!!
Anti khurafat.
Emjay
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete