Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbth
(Updated 27 Disember 2019)
(Updated 27 Disember 2019)
Kira-kira 2 bulan lepas seorang pembaca Laman Emjay diizinkan Allah bertemu dengan saya. Hamba Allah ini saya namakan Mat sempat menceritakan masalahnya melalui email sebelum pertemuan ini. Berat juga masalah Mat ini sudahlah kesihatan terganggu sehingga terpaksa berhenti kerja. Mula berniaga namun bagai orang kata berniaga buluh kasap, hujung dapat pangkal lesap. Mencari pekerjaan baru masih belum dapat.
Di dalam pertemuan tersebut, Mat menceritakan masalah yang dihadapinya. Dadanya pada bahagian kedudukan jantung di rasakan sakit. Pada waktu sakit tersebut kadang-kadang dapat dilihat bahagian dada tersebut turun naik dengan laju. Apa lagi Mat terus ke klinik membuat pemeriksaan kesihatannya. Setelah selesai mengadu masalah dan melakukan pemeriksaan termasuk ujian electrocardiogram (ECG or EKG), doktor pun berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”
Baliklah Mat ke rumah dengan seribu persoalan. Doktor kata sihat tetapi perkara yang dialami adalah serius. Pening Mat memikirkan perkara ini.
Beberapa bulan selepas itu, Mat sakit dada lagi dan dapat dirasakan jantungnya mengepam dengan laju. Peluh keluar di dahi. Nafas dirasakan sesak. Terasa macam nak mati. Mat pergi lagi ke klinik membuat pemeriksaan termasuk ujian electrocardiogram (ECG or EKG). Sekali lagi doktor berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”. Mat sangat sedar bahawa beliau tidak sihat kerana apa yang dilaluinya adalah masalah serius namun doktor mengatakan beliau sihat. Adakah sakit yang dialaminya ini sekadar mainan perasaan?
Beberapa bulan selepas kes kedua berlaku, kes yang sama berulang lagi. Dan selepas berubah doktor, hasilnya tetap sama. Doktor pun berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”
Tidak puas hati dengan tiga keputusan analisa dari doktor, Mat membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui masalah sebenar yang sedang dialaminya. Pemeriksaan oleh doktor kali ini luar biasa. Doktor memasang electrode pada anggota tubuhnya namun kali ini electrode ini perlu kekal di tubuh Mat untuk tempuh 24 jam. Selepas selesai dipasang berbagai electrode dan peralatan lain, Mat disuruh balik dan datang semula selepas 24 jam untuk ditanggalkan electrode dan data yang terkumpul bakal dianalisa oleh doktor. Selama 24 jam ini Mat tidak boleh mandi.
Keesokan hari selepas 24 jam menjalani pengumpulan maklumat, Mat datang semula menemui doktor untuk memperoleh hasil kajian. Setelah dianalisis doktor pun berkata “MAT, JANTUNG ANDA SIHAT 100% DAN KALAU SAUDARA NAK KAHWIN SATU LAGI PUN BOLEH”. Keputusan pemeriksaan doktor kali ini lebih menyakitkan hati. Mat memang tahu dirinya ada menghidapi masalah kesihatan yang berat namun doktor masih mengatakan dirinya tiada sebarang masalah.
Puas berusaha dengan doktor tetapi tidak menghasilkan keputusan yang memuaskan mendorong Mat berusaha secara tradisional dan bermulalah episod syirik. Setengah pengamal perubatan yang mengaku melakukan rawatan secara Islam namun tetap memberikan tangkal termasuk garam dan lada hitam. Ada antara pengamal perubatan tradisional ini mengatakan bahawa “MAT, ENGKAU INI DAH KENA PERBUATAN ORANG ........”. Memang begitulah kebiasaannya apabila kita menemui bomoh. Apa jua segala penyakit pun yang dialami hatta batuk sekali pun, bomoh akan berkata “ini adalah perbuatan orang”. Bomoh adalah syaitan dan syaitan manusia ini berusaha memporak-perandakan manusia dengan membuat fitnah untuk mengapi-apikan sesama manusia.
Namun setelah berusaha menemui beberapa “BOMOH”, kes dadanya masih berulang. Akhirnya Allah meredhakan Mat untuk bertemu dengan saya. Setelah menceritakan sejarah masalah dadanya, saya mula menyoal Mat berkenaan tabiaat permakanannya. Alhamdulillah setelah puas menyoal, saya memperolehi jawapan yang dikehendaki.
Mat sememangnya dari kecil amat gemar makan margarine. Kalau makan pisang, pisang tersebut akan terlebih dahulu dibelah dua dan dimasukkan margarine ditengah-tengahnya. Pada diri Mat, pisang campur margarine ini amat sedap. Makan roti dengan margarine dan makan apa pun dengan margarine. Tabiaat ini berterusan sehingga waktu Mat bertemu saya.
Apabila Mat masuk kerja di tempat kerja yang lalu, tempat kerjanya menyediakan minuman dengan lengkap disediakan air panas, teh, kopi dan krimer. Apa lagi barang percuma, apabila ada kelapangan Mat akan membuat air teh atau kopi yang dicampur krimer. Beberapa minggu setelah memulakan tabiaat tambahan mengambil krimer inilah Mat telah diserang sakit dada di bahagian dada sebelah kiri. Tabiaat ini berjalan berterusan, margarine di rumah dan krimer ditempat kerja.
Seterusnya setelah puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Mat, saya pun mula memberikan hasil diagnosa saya:
Mat telah mengalami masalah jantung disebabkan permakanan yang merosak iaitu margarine dan krimer. Masalah jantung ini belum sampai ke tahap kronik. Apabila mencapai tahap kronik insyaAllah doktor dapat menemuinya namun pada tahap ini adalah sukar untuk doktor mengenalpastinya. Apabila doktor tidak dapat mengenalpastinya maka mereka mengatakan jantung tidak bermasaalah sedangkan hakikatnya ialah jantung Mat sudah separuh jalan bermasalah atau sudah mencapai tahap 50% atau lebih.
Untuk merawati masalah jantung Mat, saya menasihatinya seperti berikut:
- Elakkan makan margarine, krimer dan segala makanan yang mengandungi krimer dan margarine.
- Tukar minyak masak kelapa sawit di rumah kepada minyak jagung
- Elakkan makan makanan bergoreng, jika teringin gunakan minyak jagung.
- Elakkan makanan bersantan
- Elakkan makan pisang
- Elakkan mandi selepas makan
- Elakkan makan ais krim, burger, naget, sosej dan makanan segera / rapu lain.
- Elakkan makan kentang goreng terutama sekali French Fries sama ada yang dibeli di Mc Donald atau yang dibeli beku. Potato chip termasuk Pringles dll amat dilarang sama sekali
- Elakkan kacang goreng bergaram
- Elakkan kulit ayam, conet ayam
- Elakkan makan lemak daging (tetel). Lemak daging pada bahagian tengah satay daging juga perlu dielakkan. Setiap kali membuat sup tulang atau sup daging, pastikan minyak dilapisan atas sup tersebut dibuang dengan menceduknya.
- Kurangkan atau hadkan pengambilan daging. Tambahkan diet ikan.
- Elakkan nasi minyak dan nasi beriani kerana mengandungi margarine. Vanaspati juga dihasilkan dari minyak kelapa sawit.
- Elakkan pulut, ubi, keladi, keledek
- Makan sayur-sayuran terutama sayuran pahit termasuk pegaga, peria dan sebagainya dan jadikan kemestian setiap kali makan.
- Minum air misai kucing sekali sehari
- Makan kapsul habbatussauda mengikut aturannya.
- Ambil segenggam kacang hijau, dibasuh, direndam kira-kira 5 – 7 minit lalu direbus tanpa garam sehingga masak dan bukan sehingga lembut dan pecah kulitnya. Buang airnya dan makanlah setiap hari untuk kira-kira 3 bulan. Setelah tempuh ini boleh kurangkan kekerapan memakannya.
- Masukkan halba kira-kira kurang dari ¼ sudu teh untuk kira-kira keluarga yang sederhana – 4 dewasa 2 kanak-kanak pada setiap memasak beras.
- Ambil buah mengkudu yang sederhana besar yang sudah masak, basuh dan belah kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam blender. Minumlah waktu pagi. Ulang satu bahagian lagi waktu malam. Rehat satu hari pada hari kedua dan ulang perkara yang sama pada hari ketiga. Ulangi perkara yang sama iaitu satu hari makan dan satu hari rehat. Selepas 3 minggu lakukan perkara yang sama dengan 2 hari rehat (berbanding 1 hari rehat dahulu). Selepas dua bulan, bolehlah minum seminggu sekali.
- Elakkan minum minuman sejuk. Gantikan dengan air mati atau air suam.
- Minyak ikan kod dalam bentuk kapsul boleh diambil sebiji sehari.
Semalam pula seorang suri rumah menelefon untuk menceritakan masalah baru suaminya. Suaminya tahun lepas mengalami masalah berkaitan buah pinggang yang agak serius. Alhamdulillah tanda / simptom gangguan masalah buah pinggang tidak ada lagi namun kini menghadapi masalah baru iaitu masalah mirip Mat di atas. Dadanya berdegup pantas, sakit dada, sesak nafas dan pada waktu serangan ini tapak tangak dan tapak kaki berpeluh basah. Suaminya sudah menemui doktor namun doktor mengesahkan tiada sebarang masalah berkaitan jantung. Alhamdulillah suami suri rumah ini terus berhubung dengan saya dan minta izin untuk datang ke rumah saya.
Setelah sesi soal jawab bersama suami suri rumah ini, punca masalah jantungnya alhamdulillah telah dikenalpasti iaitu disebabkan pengambilan daging yang mendadak meningkat akibat musim korban Eidul Adha pada awal Desember lalu. Di rumah banyak makan daging dan tulang korban lembu manakala di tempat kerja kerap makan daging dengan cendawan. Akibat pengambilan daging yang mendadak kerap dalam tempuh sebulan, jantung hamba Allah ini sudah bermasalah. Minyak dan lemak dari daging lembu memang merbahaya untuk jantung. Itulah sebabnya kalau mengikut sunnah Nabi Muhammad, beliau kerap makan daging yang berpanggang. Apabila dipanggang, minyak dan lemak dari daging akan keluar dan ini dapat dielakkan dari dimakan manusia dan menimbulkan masaalah kesihatan. Namun apa yang menyedihkan, orang putih non-muslim banyak mengamalkan amalan sunnah ini dengan makan daging STEAK (panggang) yang menyihatkan manakala orang Melayu sudahlah tidak dibuang minyak dan lemak daging, ditambahkan pula lemak minyak dari santan kelapa – amat tidak sihat sekali.
Arwah guru saya mengajarkan apabila membeli daging, lakukan perkara berikut:
- Basuh daging (jangan dipotong)
- Masukkan ke dalam oven (letrik / gas) dan letakkan pada jaring besi.
- Pastikan dulang minyak dan segala lelehan dari daging dipasang untuk mengutip segala minyak dan lemak.
- Panggang pada suhu 170 -200 Celcius selama kira-kira 1 jam 30 minit
- Setelah sejuk simpan di dalam peti sejuk beku
- Apabila nak masak daging seperti masak kicap, mee hoon dsbnya, ambil daging yang sudah dipanggang ini, defrost dalam microwave, dipotong dan masaklah. Bakinya disimpan semula ke dalam peti sejuk
- Melalui kaedah ini, segala minyak / lemak daging yang tidak diperlukan oleh tubuh dapat disingkirkan
Alhamdulillah saya telah menulis artikel tentang krimer bertajuk Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer) di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/04/kalau-nak-sihat-elakkan-makan-krimer.html
Satu ketika saya dan isteri berjumpa dengan seorang budak lelaki darjah 2 (8 tahun) duduk dalam wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah HSA Johor Bahru ditemani oleh ibunya yang juga bekerja sebagai staff nurse di HSA. Bapanya seorang guru. Anak kecil ini sakit akibat sesak nafas dan ketika mengalami kesakitan ini dia akan berkata "Emak, saya rasa nak mati". Siapalah yang tidak sedih apabila anak kesayangan mengalami sakit seperti ini.
Setelah disoal jawab, aduh kasihan, budak sekecil ini sudah mengalami masalah berkaitan jantung. Ketika sakit, jantung akan mengepam dengan laju, peluh di dahi dan kesesakan nafas. Antara punca utamanya ialah anak kecil ini kerap diberikan makan roti gardenia seperti gambar dibawah sebagai makanan breakfast dan bekalan makanan di sekolah. Maklumlah ibu bapanya sentiasa sibuk, mana sempat untuk menyediakan makanan breakfast yang berkualiti.
Roti seperti gambar dibawah ini memangnya amat popular sekali, baik kanak-kanak atau orang dewasa memakannya. roti ini di isi dengan krim pelbagai perisa yang dibuat dari campuran margarine, gula, pewarna dan perisa. Kasihanilah jantung dan salurdarah anda. Elakkanlah segala macam makanan yang dibuat dari margarine. Sekiranya anda mengambilnya dan masih belum menghidapi sebarang masalah, sabarlah dan tunggulah, ia insyaAllah bakal datang menyerang anda.
Roti Gardenia berisi krim pelbagai perisa |
Biskut inti krim |
Doktor tidak wajar disalahkan dalam isu ini kerana ilmu mereka belum sampai ke tahap sebagaimana diharapkan oleh pesakit. Bomoh pula memang sentiasa berharap lebih ramai mereka yang bermasalah datang mengunjungi mereka agar dapat mereka sesatkan dan menyertai mereka masuk neraka kerana ini memang sudah menjadi ikrar mereka kepada Allah. Terdapat pula perawat yang meyakini mereka menjalankan rawatan “secara Islam” namun hakikatnya sesat dan memberikan tangkal garam dan lada hitam kepada pesakit. Mereka dari golongan ini juga kerap mengatakan “awak sudah terkena perbuatan sihir” . Umat yang lemah akan mudah mempercayai kata-kata bomoh seperti ini namun kepercayaan kepada bomoh tidak membawa kemana-mana, masalah penyakit tidak juga berubah malahan mungkin semakin parah. Semuanya sekadar menjanjikan tiket untuk masuk ke neraka.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Alhamdulillah...saya ambil ilmu dari tuan yg baik sahaja disisi Allah..
ReplyDeleteTeringat masa sekolah2 dulu... satu badan kulit abah merah menggelupas dan pedih2, dah pergi ke klinik berkali2 tak baik2. pergi ke hosp pula smpi daging abah pun diambil untuk buat research kerana sakit kulit tu pelik sangat.. mak nih yg bingung kerana kesiankan abah pergi la cari ubat2 tradional dgn menggunakan segala pokok2 herba.. kesian abah mcm2 bende ditempek kat badan.. kejap dier rasa perit, sekejap dier rasa panas, sejuk, pedih dan macam2 lagi.. KEBETULAN mak pernah bekerja di unit pokok herba suatu masa dulu.
ReplyDeletekawan2 abah yg dtg berkunjung pula tak abih2 suruh abah pg jumpa tok moh.. abah nih jenis yg tak percaya bomoh.. kata dier bomoh dier doktor kat spital tu je. Kwan2 abah yg prihatin ni tak putus asa, dibwknyer segala tkang ubat dtg ke rumah.. mcm biasa lah seperti yg dpt diteka abah.. tukang ubat nih kata kena sihir la, kena sembur pontianak la, tukang ubat lain kata terpijak org punya la, ada yg kata kena jembalang tanah la.. uih mkin byk yg dtg makin byk pulak jenih hantu yg bertenggek kat abah katanya..
tak pi jumpa tok moh pun.. ramai pulak yg menawarkan perkhidmatan smpi dtg kerumah.. nasib baik abah tak ikut.. lgpun mcm2 pulak yg diminta tok moh nih, tak cukup dgn pengeras..
tak lama lepas tu baru la tau penyakit kulit yg kena kat abah tu rupanya berpunca dari kegunaan racun serangga dulu2, ye lah dulu2 abah dan atok ada ladang kelapa sawit di dengkil, mana ada pakai baju2 sarung tangan, tutup kepala khas mcm sekarang.. dulu sekadar t-shirt/jacket, tutup mulut dgn kain tuala gudmonin, kasut panjang hitam dgn sarung tgn kain je.. lepas tu lah baru kluar kat tv, berita2 dan surat khabar, rupanya dah ada org kena sakit kulit ni.. yg kena adalah dikalangan pekerja2 ladang atau kebun2 yg menggunakan racun serangga tanpa menggunakan pkaian yg sesuai..Alhamdulillah.. abah sihat lepas tu sampai skrang...
Alhamdulillah terima kasih kerana info yang menarik oleh izan08.
ReplyDeleteBegitulah senarionya di Malaysia ini. Bila kita sakit memang banyak sekali sukarelawan di kalangan jiran atau sedara mara nak jadi introducer untuk bomoh sesat. Kelak ada yang kata terpijak denahlah, terkena sampuklah, terkena perbuatan oranglah dan sebagainya. Masing-masing berlumba untuk sebenarnya turut sama mendapat tiket percuma ke NERAKA.
Emjay
salam ustaz..kalau sesekali rasa pedih di dada kanan kenapa pula ye? mohon penjelasan...tq
ReplyDeleteKalau pernah hisap rokok, perkara seperti ini pun biasa. Kalau duduk dekat kilang asbestos pun biasa seperti ini juga. Kalau suka mandi malam dan minum air batu pun macam ini juga. Saya tak tahu sejarah sdr. Lebih selesa bertaya melalui telefon. Email saya atau PM untuk dapatkan telefon saya.
ReplyDeleteEmjay
Assalammualaikum.... saya ucapkan terima kasih banyak2 tentang artikal nie...
ReplyDeleteAssalammualaikum....
ReplyDeletesaya sering juga melawat blog saudara utk mencari informasi ttg kesihatan...
Syukur Alhamdulillah apa yang saya hajati sudah pun diketemui. Saya berharap usaha-usaha murni diteruskan tanpa jemu-jemu. Sekian.
majnun98, KL
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteEmjay
boleh saya dapatkan contact no saudara emjay. saya mempunyai banyak penyakit. saya jadi stress tak tau nak buat apa. boleh email saya kat razliana2009@yahoo.com
ReplyDeleteSaya sudah email sdr.
ReplyDeletesalam. Nak tanya, ada tak penawar utk sakit buah pinggang kronik? kalu boleh tak nak cuci@tebuk. terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum, ustaz saya ingin bertanya kakak ipar saya selalu mengadu sakit tangan kiri hingga ke dada dan beliau telah pergi berjumpa doctor seperti mat didalam cerita diatas doctor kata semua nya ok. Adakah itu satu gejala sakit jantung?
ReplyDeleteSalam ustaz...memang betul kata dan petua ustaz. Saya tinggal di NZ dan suami org NZ. Berkenaan oenggunaan microwave ni utk thawing frozen food atau memanas sebenarnya tidak elok. Peratus rakyat barat terutama NZ dan Aussie mengidap barah amat tinggi...saya berpendapat amat berkaitan dengan penggunaan microwave yg menukar sel2 didalam sesuatu makanan kepada sel2 yg berubah/mutasi dan tidak dapat diproses oleh badan. kajian ini telah lama terutama di Jerman dan rusia tapi disebabkan agenda tertentu diabaikan.. Ada satu kes di US dimana pesakit menerima transfusi darah mati setelah nurse menggunakan microwave utk memanaskan darah ke paras normal/biasa.Memang mudah guna microwave ni tapi kesan jangkamasa panjang parah...sekadar pandangan
ReplyDeletesalam
julia
http://hatikumiliktuhan.blogspot.com/2009/12/bahaya-penggunaan-microwave.html
ReplyDeleteSaudara emjayjb boleh tahukah apa email sdr emjy, sebab saya mau tahu apa penyebab kepada jantung saya yg bedebar2 tiba2 saja bila bangun pagi....
ReplyDeleteBoleh tau apa email sdr emjb...?
Email saya emjayjb@gmail.com
ReplyDeleteEmjay
salam ustaz ! saya ade masalah dengan peha kiri saya! kalau saya bersila lama atau duduk lama atas kerusi, rasa kebas dan perit pada peha ni akan datang ! utk. pengetahuan ustaz saya selalu letak HP saya dlm kocek seluar sebelah kiri! adekah masalah ni ade kaitan dengan Hp yang saye letak di kocek tu atau masalah lain? mohon ustaz dapat menjawabnya dan bagaimana nk mengetasinya . terima kasih. email, saya mzzali@yahoo.com.sg
ReplyDeleteWaalaikumusalam wbh
ReplyDeleteKalau sdr tukar letak HP dikocek sebelah kanan pun insyaallah peha kiri sdr akan kerap kebas macam selalunya. Sebenarnya buah pinggang sebelah kiri sdr sudah mula bermasalah disebabkan diet dan habit sdr. Makin lama peha kiri bakal semakin kerap dan makin teruk kebasnya.
Bacalah artikel sebelah kanan saya bertajuk "Penjagaan buah pinggang."
Emjay
Salam
ReplyDeleteBolehkah kite gantikan minyak jagung dengan minyak kanola....
Terima kasih
WAALAIKUMUSSALAM WBH
DeleteMinyak canola tidak boleh menggantikan minyak jagung. Sekiranya sdr tidak suka minyak jagung, boleh gantikannya dengan minyak zaitun tetapi minyak zaitun lagi mahal.
Emjay
Assalam.saya mohon bantuan saudara emjay.mohon sudi berikan no utk saya hubungi...emel zdien1977@yahoo.com..tqvm
ReplyDelete