Tak cukup dengan berbagai tangkal yang di bawa balik, yang ini disuruh pula gantung dirumah untuk halau hantu syaitan. Subhanallah. Lemahnya pemikiran manusia.
Astagfirullah. Kacang hijau kan molek buat bubur kacang. Macam mana perawat ini guna kacang hijau untuk mengelak syaitan?????? Para ustaz dan Ustazah ramai yang terpedaya sudah tidak boleh berfikir secara rasional menjadi agen Iblis mengedar garam lada hitam dan kacang hijau kepada pesakit. Buat malu agama Islam!!!!!
Emjay
saya juga pernah dengaqr mengenainya..tetapi kalau kacang hijau itu dibaca bersama-sama ayat2 suci al-quran macam mana?
ReplyDeleteBagi soalan kacang hijau ini, eloknya baca bismilah, Allahummabariklana fimarazaktana.... lepas itu ngap masuk mulut.
ReplyDeleteKalau kacang tanah atau kemenyan atau kulit dubuk dan tahi besi sekalipun, dibacakan ke atasnya ayat Al Quran 30 juzuk lalu disimpan sebagai perlindungan, ia sudah jadi tangkal yang mensyirikkan Allah.
Sekian wassalam wallahualam
Selamat datang ke Laman Emjay kepada halyfa
Emjay
he..he...gelak jugak baca komen engkau orang ni...asyik tau makan aje...kaji la sikit pasal apa guna kacang hijau di sudut sains..jangan malukan agama islam dan bangsa melayu pada kaum lain...tapi kalu dah sampai kacang hijau gantung kat umah...he..he..betul jugak..buat bubur lagi sodat..
ReplyDeleteBukan sodat tetapi sodappp!
ReplyDeleteKacang hijau, kalau buat bubur bila makan memang ssodapp, tapi awas banyak sangat bolih pula menyebabkan gout. Ini pengalaman saya.
ReplyDeleteyer lah tu....bergurulah pada ustaz syok sendiri ni dan rasakan dirinya alim, quran dah hafal ke? atau tengok tafsir ye? belajaq kat mana?
ReplyDeleteSemalam ada hamba Allah mengaku guna cincin kayu kokka dan ingin menegakkan benang basahnya. Alhamdulillah hari ini ada pengamal bomoh di laman emjay (bomoh30) yang melakukan kerja yang sama iaitu menegakkan benang basah,
ReplyDeleteOrang yang memakan cili memang rasalah kepanasannya. Orang macam ini lebih sesat dari orang yang pungut kacang hijau kerana sesungguhnya orang seperti ini sesat dan menyesatkan.
Wassalam wallahualam
Emjay
Ass..
ReplyDeleteThx utk ilmunya
yang saya tau kacang hijau kalau ditambah gula dan "Santan Kelapa" direbus bisa jadi bubur, tapi kalau ditambah "Setan Kepala" bisa jadi resep baru dari neraka.
ReplyDeleteEnak gak yah ,,,,,,,, ?
Inilah Laman MENGUTUK YANG ORANG MELAYU SUKA.Dasar keturunan MENGUTUK.
ReplyDeleteSewaktu Nabi Muhammad berdakwah kepada kaum Quraish dahulu agar jangan menyembah berhala dan mensyirikkan Allah, adakah Nabi mengutuk? Nabi hanya menjelaskan duduk sebenar perkara sesat ini.
ReplyDeleteSaya sekadar menyatakan dan menjelaskan bahawa gambar di atas adalah satu tangkal dan perlu dielakkan oleh umat Islam semua kerana ia boleh membawa kepada syirik.
Bagi sesiapa yang merasa pedas dengan komen saya diatas, alhamdulillah semoga sdr segera bertaubat dari terus-terusan mengerjakan kesyirikan terhadap Allah SWT.
Emjay
salam,
ReplyDeletesahaja ingin bertanya.
setiap perkara yg Allah swt jadikan itu ada kelebihan dan kekurangannya.
Seperti belerang,Allah swt telah memberi kelebihan kepada belerang untuk menghalau ular, ular tidak suka pada belerang.
Seperti baju, gunanya untuk menutup aurat dan memanaskan badan. Itu ialah kelebihannya. Ada juga ustaz yang menggunakan lada hitam yg sudah dibaca ayat suci Al-Quran.
Saya percaya bahawa Allah telah memberi kelebihan pada sesuatu benda dari KuasaNya sendiri.
Maka kelebihan itu datangnya dari kuasa Allah swt.
setiap dari kita mmg ada perasaan tidak suka pada sesuatu.
Jadi seperti tahi besi itu,bukan ke makhluk halus pun tak suka? sy rasa dah lama dengar. dan manusia belaja sesuatu dari pemerhatiannya.
Jadi, saya minta pandangan anda pula. no offense ya, just ingin belajar.
Saya berhujah mengikut cara sdr berfikir:
ReplyDelete1. Orang menyimpan kemenyan pemberian bomoh dengan hujah bahawa Allah telah memberikan kelebihan kepada kemenyan untuk menghalau hantu syaitan??
2. Orang yang mandi bunga sebagaimana artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/47 ajaran orang Hindu dengan hujah bahawa Allah telah memberikan kelebihan kepada bunga untuk menghalau sial dan hantu syaitan??
3. Orang menyimpan pelbagai tangkal termasuk ladam kuda, garam dan pelbagai objek lain seperti di http://emjayjb.multiply.com/photos/album/27/Tangkal_masyarakat_melayu dengan hujah bahawa Allah telah memberikan kelebihan kepada objek-objek tangkal tersebut untuk menghalau syaitan??
Kalau kita semua berfikiran seperti di atas, maka tidak adalah manusia dibumi ini yang boleh dijatuhkan hukum mensyirikkan Allah. Semuanya boleh belaka.???
Emjay
Assalamualaikum Ustaz, bagaimana pulak minyak wangi kasturi As-Syifa? Niat pemakaian minyak itu di jadi kan asbab terlindungnya dari kejahatan Jin & Manusia. Apakah hukum nya? Sekadar ingin tahu. Mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita semua amin amin.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
DeleteProduk minyak wangi kasturi As-Syifa boleh di lihat di http://www.kasturisyifa.biz/.
Produk ini adalah satu bentuk tangkal. Produk seperti ini sudah lama digunakan para bomoh sebagaimana saya telah paparkan di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/01/tangkal-pelik-orang-melayu.html. Sebahagian lagi ada saya paparkan di http://laman-emjay.blogspot.com/2006/11/tangkal-masyarakat-melayu.html
Produk ini hanya sekadar menambah dosa, azab dan membeli tiket ke neraka.
Kalau produk ini kita boleh menerima dari sudut agama Islam maka kita kena terima kalau satu masa nanti orang buat air rebusan Al Quran selama 10 hari menggunakan air zam zam untuk diminum??
Elakkanlah perkara karut dan khurafat ini. Nabi Muhamad SAW tidak pernah melakukannya.
Orang kalau dah terima penggunaan garam lada hitam dalam kaedah rawatan mereka, mereka akan mudah menerima perkara karut marut lain seperti penggunaan minyak As Syifa ini. Mereka juga akan menerima Air Musoffa. Memang begitulah lalat memangnya rindukan tahi!!
Jauhilah perkara syirik seperti ini iaitu penggunaan minyak wangi As Syifa.
Emjay
Salam.... Hmmm sikit je nak komen...mustahil syaitan takut pada kacang hijau...yang saya tau kacang hijau tu makanan hantu raya...hantu raya salah satu dari golongan syaitan raja nya iblis yang Allah laknat...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbth
DeleteMenurut kata sdr, kacang hijau tu makanan hantu raya!!!!. Betul kah??? Sahih kah??? Atau sekadar tanggapan sahaja.
Orang Cina pun meletakkan pelbagai makanan termasuk kuih muih dan buah-buahan ditempat penyembahan mereka dengan kepercayaan sebagai makanan untuk tuhan mereka. Boleh percaya kah??? Kasihan sungguh tuhan mereka makan makanan tersebut tetapi tak habis habis. Tuhan mereka tak ada gigi kot!!
Emjay
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete