Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Friday, 4 April 2008

Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)

Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)

Assalamualaikum wbh

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

  1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  2. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  3. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  5. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  6. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  7. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)”

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
  1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
  2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  7. Elakkan mandi selepas makan
  8. Amalkan amalan:  Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam


Emjay

63 comments:

  1. terimakasih atas informasinya pak ......... ini sangat membantu :)

    ReplyDelete
  2. syukron! nnti sy pesan kat kakak sy yg ketagih nescafe...
    Ustaz ada alternatif lain byk penggemar minuman sebegini?

    ReplyDelete
  3. bagaimana dgn kopi ? kopi asli cap peladang bukan kopi kapal api.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbh

    Bagi orang yang tidak mengalami masalah pada jantung dan buah pinggang, tidak menjadi masalah minum kopi sama ada cap peladang atau cap apa pun.

    Namun bagi Nescafe tu, elakkankanlah kalau nak sihat.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. nape la bende yang aku suke je bleh datangkan penyakit...
    Ape nak buat da nasib badan....

    ReplyDelete
  6. Lebih baik diketahui awal daripada terlewat

    Emjay

    ReplyDelete
  7. sejak 2 3 hari lps, urat kat belakang lutut kanan rasa macam ditarik2,ngilu,kejap datang,kejap pegi. hari ni macam lagi melarat bila urat kat kiri kanan lutut kanan rasa macam tu.. ape sebenarnya terjadi? ngilu tu sampai kat tulang pinggul belakang... saya rasa nak buang air besar tapi fel tu tak ada. saya takut nak teran, takut berdarah lagi. saya cuba minum air sebanyak mungkin dalam sehari. tapi buang air kecil je yang kerap..tolong...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tanda2 buasir, cadangan byk makan pisang, kalau tak de kencing manis makan 3 ke 4 biji sehari, kalai ada kencing makan sebiji satu hari, InsyaAllah Allah permudahkan

      Delete
  8. Urat kat belakang lutut kanan anda merasa sakit. Di mana kawasan yang sakit tersebut biasanya panas dan urat sarafnya yang menggelembung. Warna tapak kaki anda agak pucat yang menunjukkan ia kesejukkan saraf. Ini bermakna aliran saraf terhenti di lutut kanan anda menyebabkan saraf di kaki menjadi sejuk.

    Kitaran Aliran saraf dari pinggul hingga ke lutut terus ke tapak kaki pulang ke lutut dan berakhir ke saraf tunjang. Ini menyebabkan pinggul terasa tak seimbangan disebabkan aliran saraf terhalang. Kaedah aliveQi Uratan Saraf akan mengurut dikawasan yang terhalang di belakang lutut kanan agar ia tidak panas lagi dan urutan saraf pada tapak kaki bagi mengelakkan ia merasa sejuk. Ini bermakana kitaran saraf menjadi sempurna.

    Ini merupakan simptom kekurangan pengeluaran hormon kelenjar endorine ...................
    -sila lihat my blog di http://aliveqi.multiply.com/

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbh

    Bagi persoalan di atas ini saya cuma nak komen tentang satu perkara iaitu kesilapan tanggapan umum bahawa kalau minum air banyak dapat membantu melawaskan buang air besar. Tanggapan ini adalah sangat salah!!!

    Minum air tiada hubung kait dengan mudah buang air besar.Minum air banyak hanya akan menyebabkan kencing banyak, itu sahaja.

    Perkara yang membantu melawaskan buang air besar ialah:
    1. Makan buah
    2, Makan sayuran
    3. Minum madu
    4. Minum air teh misai kucing
    5. Makan habbatussauda

    Perkara yang menyebabkan sukar buang air besar.
    1. Makan daging semata-mata tanpa sayuran dan timun
    2. Makan cheese
    3. Makan ayam tanpa sayuran

    Waktu musim raya syawal memang banyak sekali orang yang mengalami masalah sembelit sukar buang air besar kerana banyak makan nasi ketupat atau lemang dengan sambal kacang dan daging rendang semata-mata tanpa sayuran yang mencukopi. Ini adalah formula untuk sembelit dan buasir yang amat sempurna.

    Sekian


    Emjay

    ReplyDelete
  10. Astagfirullah....
    Mcmana nie...??? Suami saya sangat suka minum Nescaffe tak kiralah waktu dan tempat bila dan di mana tetap Nescaffe jualah minuman pilihannya, O kaw plak tu... Pernah juga saya menasihati 'beliau' agar mengurangkan tabiat meminum Nescaffe nie sebab ianya mengandungi banyak kafein tp 'beliau' kata, "Dunia sekarang semua makanan dan minuman ada kesan buruknya, tak macam dulu. Kalau nak diikut nak kena makan dan minum apa kita nie"?
    Setelah membaca informasi di atas, saya menjadi serba salah... Rasa-rasanya apakah minuman yang patut saya hidangkan sebagai ganti Nescaffe pada suami? Kalau minuman bersusu lagilah 'dia' tak mou!

    ReplyDelete
  11. Biarkan suami diazam melalui kedegilannya. Bila dah merasa kesannya mudah-mudahan dia akan tersedar.

    Dalam banyak situasi, apabila suami semakin banyak silap dan cuai dengan Allah, tabiaat permakanannya akan menjadi semakin buruk dan selepas sekian waktu, diberi oleh Allah berbagai penyakit sebagai kafarah dan musibah agar kembali semula kepada Allah SWT. Begitulah kasihnya Allah kepada hambaNya.


    Emjay

    ReplyDelete
  12. nescafe memang faverit saya.3 kali sehar.patutla simptom2 yang tuan cakap tu ada kat saya.power malam pun makin slow

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah memberikan rahmat sihat kepada sdr golokbom

    Emjay

    ReplyDelete
  14. dulu sy jarang minum kopi tp sejak tinggal dgn kwn2 tabiat minum kopi mcm alicafe jd kgemaran saya...bila sy tgk kt bahan2 dia ada non dairy creamer...ada tak kopi yg bebas dr bahan tu?

    ReplyDelete
  15. Memang ada kopi yang tiada krimer, carilah.

    Satu perkara lagi, elakkanlah sebarang kopi tongkat ali, membahayakan buah pinggang.

    Emjay

    ReplyDelete


  16. STATEMENT

    Mula-mula Dia. Selepas itu kita. Selepas itu Dia bagi kepada kita nafsu untuk membezakan di antara kita dengan malaikat. Selepas itu Dia bagi kepada kita akal untuk membezakan di antara kita dengan haiwan. Selepas itu Dia bagi kepada kita ilmu untuk membezakan di antara kita dengan iblis. Selepas itu Dia bagi kepada kita hidayah untuk membezakan di antara kita dengan Dia. Selepas itu Dia membahagikan di antara Dia dengan kita untuk menyatakan Allah Muhammad. Selepas ini kekallah Allah Muhammad. Maka nyatalah dengan ini Laailaahaillallah Muhammadurrasulullah itu di dalam solat. Maka barang siapa yang meninggalkan solat kufurlah ia.

    Daripada Umrullah Imam Mahdi Al-Hakim Billah Sultan Auliya’ piakhirzaman ilayaumilqiamah

    rahsia Rahim = Rahsia Allah Harun Imam Mahdi
    rahsia Harun = Hidayah ALLAH Rahmat Untuk Nikmat

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, Ustaz macam mana pulak dgn teh tarik, milo atau horlicks. Apa makanan yg terbaik untuk saya makan bg meningkatan kesuburan.

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam wbh

    Teh tarik: Tehnya adalah mendatangkan mudarat kerana teh recycle bukan daun teh asli. Ia mengandungi krimer yang sama yang dibuat dari minyak kelapa sawit, merbahaya bagi jantung.

    Milo kurang mudharat berbanding teh tarik namun bagi pesakit buah pinggang, gout dan diabetes, Milo mendatangkan kesan negatif yang jelas.

    Horlick paling tidak mendatangkan kesan negatif.

    Bagi kesuburan wanita, minum susu fullcream lebih berfaedah.

    Emjay

    ReplyDelete
  19. Terima Kasih, atas info yg ustaz berikan. Disini saya ingin menceritakan yang saya sudah 14thn berkahwin tp masih belum mempunyai zuriat, tahun lepas saya disahkan mengandung alhamdullilah dan syukur yg tak terucap pada pencipta tp sesungguhnya Allah maha berkuasa pada usia kandungan saya 7 bulan (feb) baby saya telah meninggal di dlm perut. Sedih nya tak terkata hanya Allah saja yg tahu. Saya redha dia adalah pengatur segalanya. Kita hanya mampu merancang allah juga menentukan segalanya. Puncanya uri terlucut, doctor bertanya kpd saya, samaada saya terjatuh atau tidak, saya memang tak jatuh. Doctor beritahu punca uri terlucut disebabkan jatuh, darah tinggi, perokok dan peminum, dimana semua gejala tersebut tiada pada saya. Doa dan harapan saya hanya pada Allah agar dia memakburkan doa saya.

    ReplyDelete
  20. Sdr doraridz

    Eloklah sdr email saya di kangmasjb@hotmail.com kerana cerita yang saya nak ceritakan berkaitan kes sdr tak manis dituliskan di sini.

    Emjay

    ReplyDelete
  21. patut la pun. Dulu waktu saya masih keje,waktu minum pagi dan petang saya kerap sangat buat air minuman guna coffemate kat ofis.lagi banyak lagi sedap.memang hari2 lah buat milo,nescafe dan teh guna coffemate. masa tu tengah sarat mengandung.tetiba je rasa berdebar debar dan sejuk kakitangan.ingatkan sebab ragam org mengandung.bila buat checkup jantung takde la masalah.kini baru saya tahu coffe mate tu effect kat jantung.sekarang ni bila dah resign(sebab nak jaga baby sendiri) kat rumah saya tak pakai coffemate,guna susu pekat manis shj dan masalah berdebar2 cam dulu memang takde dah.tapi susu pekat manis tu ok ke?ke susu tepung lagi baik untuk kesihatan?

    ReplyDelete
  22. Susu pekat manis adalah adik beradik coffe mate, elakkanlah.

    Minumlah susu tepung fullcream bukan susu HL atau susu rendah lemak.

    Emjay

    ReplyDelete
  23. ok.kalau camtu saya kena tukarla pada susu tepung lak pas ni.bila guna susu tepung,saya suka tambah gula sikit biar manis sikit(susu tepung tawar sikit rasanya bila buat air teh atau kopi).mungkin better than susu pekat manis...thanks atas pandangan ust mj

    ReplyDelete
  24. abg emjay.....mcm mane kalau sy ckp? (makan je semua tu? jgan percaya semua itu boleh bawa mudarat! syirik tu! tu semua terjadi atas kehendak Allah!) ape pendapat abg emjay...sbb abg emjay mengatakan yang rawatan pinggan putih tu sesat...so kalu abg emjay percaya makan sume benda diatas leh bawa mudharat, tidak samakah hukumnya syrik kpd Allah?

    ReplyDelete
  25. Beratlah kau ni solgambut. Jauhnya tersasar.

    Emjay

    ReplyDelete
  26. ape yang tersasarnya? salahkah pertanyaan sy.....?

    ReplyDelete
  27. Azami,
    Assalamualaikum Uztaz, Saya baru di kesan mempunyai gula dalam darah bacaan 14, selepas berpuasa bacaan turun kepada 4.7, tetapi selepas makan nasi 2jam bacaan naik kembali kepad 12.3!, Saya diberi ubat metformin 500mg makan sebiji pagi dan malam.Saya tidak memakan ubat tersebut dan keesokan harinya saya mengawal pemakanaan saya dgn mengambil sarapan bihun disebelah pagi dan tengahharinya cuma mengambil secawan nasi, seekor kembung bakar dan sayuran. sebelah petang saya keklinik dan membuat pemeriksaan darah dgn bacaan 5.6! Saya ada mengambil pil herba hyponidd tablets.Saya ingin bertanya uztaz betulkah langkah yang saya ambil ini?

    Sekian! assalamualaikum,
    Azami, Langkawi.

    ReplyDelete
  28. Waalaikumussalam wbh

    Alhamdulillah semoga ujian dan musibah dialami sdr menjadi pencuci dosa-dosa sdr yang lepas.

    Saya amat bersetuju sdr tidak mengambil ubat metformin 500mg. sebenarnya dengan mengawal permakanan insya-Allah sdr boleh mengawal dari diabetes. Jangan lupa membaca artikel saya disebelah kanan tu iaitu penjagaan buah pinggang. Sdr kalau makan roti canai, roti putih, nescafe atau mee kuning, insya-Allah cepatlah paras gula dalam darah sdr naik. Makan pulut dan kentang maka insya-Allah naiklah paras gula.

    Makan habbatussauda dan minyak kelapa dara insyaAllah membantu. Tentang hyponidd tablets tu saya tiada ilmu. Kalau elok teruskanlah.

    Lebihkan sayuran berkualiti insya-Allah membantu seperti sawi pahit, kailan, peria, peria katak, ulam raja, pegaga, jantung pisang, tenggek burung, kacang panjang, daun selon, daun ubi dsbnya. Makan beras perang atau beras organik atau beras india atau faiza herba poni taj mahal insya-Allah juga membantu.

    Emjay

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum ustaz.

    Saya ingin mendapatkan nasihat dari ustaz setelah saya puas bertemu dengan doktor. Sebagai makluman ustaz, saya berumur 37 tahun. Semenjak bulan may 2010 lepas, kesihatan saya menjadi merosot. Jantung saya tiba - tiba berdegup laju tanpa sebarang sebab, kadangkala sesak nafas, berat badan merosot dalam 10 kg. Doktor yang saya temui menyatakan saya menghidap gastrik lalu saya diberikan ubat gastrik namun simptom diatas masih berlaku hingga kini. Berdasarkan ECG yang dibuat , doktor tidak bersetuju yang saya menghadapi sakit jantung. Tapi doktor tetap menyatakan bahawa heartbeat saya rendah walaupun masih dalam range NORMAL. Kini saya dapati pula bahawa tapak kaki kiri dan kanan saya sentiasa terasa sejuk. Apakah terdapat saluran darah dikaki saya tersumbat atau ada benda lain yang menyebabkannya. Berdasarkan pemeriksaan doktor, saya sihat dan hanya perlu berehat, tenang, elakkan stress dan jangan berfikir bukan - bukan. Saya ingin bertanya ustaz, apakah masalah yang saya hadapi. Saya benar - benar perlukan nasihat ustaz.

    Sekian. Assalammualaikum.
    Pian, Tawau.

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam wbh

    Call saya untuk penjelasan lebih lanjut.. Sayta sudah berikan no telefon saya melalui PM Multiply. Sila buka PM Multiply sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. salam .. kacang hijau + susu .. macamana

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum Ustaz,
    Alhamdulillah banyak info yang telah diperolehi dari ustaz dan yang bertanya, terima kasih.
    Ustaz, bagaimana pula dengan masalah saya yang pundi kencing dan saloran kencingnya dihinggapi barah? kata Dr sekarang barahnya tahap 3, Dr mahu buang pundi kencing, saluran dan postat dan menggantikannya dengan saluran terus ke plastik bag di rusuk perut bagi menampung air kencing. Tolong ya ustaz, terima kasih.
    Drp. nurhas pulau pinang.

    ReplyDelete
  33. Assalammualaikum ustaz.

    Saya ingin mendapatkan nasihat dari ustaz setelah saya puas bertemu dengan doktor. Sebagai makluman ustaz, saya berumur 30 tahun. Semenjak bulan may 2010 lepas, kesihatan saya menjadi merosot. Jantung saya tiba - tiba berdegup laju tanpa sebarang sebab, kadangkala sesak nafas,sendawa kerap, berat badan merosot dalam 5 kg. Doktor yang saya temui menyatakan saya menghidap gastrik lalu saya diberikan ubat gastrik namun simptom diatas masih berlaku hingga kini. Berdasarkan ECG yang dibuat , doktor tidak bersetuju yang saya menghadapi sakit jantung. Tapi doktor tetap menyatakan bahawa heartbeat saya rendah walaupun masih dalam range NORMAL. Kini saya dapati pula bahawa tapak kaki kiri dan kanan saya sentiasa terasa sejuk. Apakah terdapat saluran darah dikaki saya tersumbat atau ada benda lain yang menyebabkannya. Berdasarkan pemeriksaan doktor, saya sihat dan hanya perlu berehat, tenang, elakkan stress dan jangan berfikir bukan - bukan. Saya ingin bertanya ustaz, apakah masalah yang saya hadapi. Saya benar - benar perlukan nasihat ustaz. tlng lah
    ustaz.

    Sekian. Assalammualaikum.
    ahmad firdauze sallih

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam wbh

    Kalau sdr tinggal sekitar johor, elok datang ke rumah saya di JB.

    Emjay

    ReplyDelete
  35. sy tinggal di kuala lumpur boleh ke sy hubungi ustaz emjay tlng sy ustaz ni nombor fon sy 0102000558

    ReplyDelete
  36. ustaz sy tiggl di KL boleh ke ustaz berikan alamat rumah dan no telefon ustaz

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum wbh

    Saya sudah SMS kepada sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  38. Salam Ustaz, saya dulu penggemar nescafe dlm tin kecik tu sebelum kena penyakit jantung bedebar2 nih.. saya juga perokok tegar.. bila cek doktor, dia kata mungkin kencing manis.. bacaan 11. Lepas tu takut nak jumpa doktor dah, takut kena makan ubat melambak2 sampai bila2 mcm mak saya sekarang ni.. So saya stop minum neskefe tin tu, sekarang dah kurang, tapi masih ada lagi kadang2.. insya Allah saya akan ikut cadangan diet ustaz ni.. terima kasih..

    ReplyDelete
  39. Waalaikumussalam wbh

    Bacalah artikel-artikel berkenaan penjagaan buah pinggang dan penyakit jantung di ruangan sebelah kanan warna cokelat di Laman Emjay tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  40. Salam..
    Saya nak mintak pendapat ustat..
    Lately ni saya slalu mengalami maslah pening2,angin dalam badan selalu sendawa,dada kurg selesa kbykan d rasa belah kiri.kdg2 bila balik dari kerja waktu petang bdn pnat sgt BP akn naik..yg saya tak bole tahan pening ni..kepala rasa ringan,badan tak balance.slalu kena time kerja..pagi,tghari dn petang..
    Kadang2 bila ptg balik kerja jantung berdebar2 pada masa tu diikuti dgn kpala pening dan BP saya jadi tinggi mencecah 140/100...
    Mengenai sakit dada pulak saya tak la rasa menyucuk tp mcm kurg selesa tp kdg2 bila terasa smpi berpeluh la jugak d buat nya..adakah saya mmpunyai msalah jantung?tp saya tak pernah sesak nafas pun..kpala da pikir mcm2 tu yg buatkn saya lagi takut ni..
    Dgn tnda2 diatas adakah saya mengalami darah tinggi?mslah jntung?mntak pndapat dr ustat..
    T.kaseh
    azfar/29thun/n.sembilan

    ReplyDelete
  41. Waalaikumussalam wbh

    Anda jaga minum pagi dan makan tengahari atau tidak? Jawap dulu perkara ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  42. untuk makluman ustat saya mmg minum pg dan makan tghari mengikut masa...saya stat kene begini dalam julai yg lepas..terus saya stat berpantang..yg saya pantang stop nescafe,mkn daging,kurgkn mknn yg bergaram,merokok mmg dah stop 5 thun yg lepas...da bbrapa kali mc disebabkan BP tinggi...da 2x cek darah suma ok...kolesterol pun ok..last dapat result darah selasa lepas suma ok...cuma BP je tinggi 130/100...so doktor suh stat makan ubat darah tinggi...tapi bapak saya tak kasi saya makn ubat..dia suh saya pantang...masalahnya saya da pantang lebih 3 bulan...tapi masih tak kurang pun...slalu pening dan banyak angin (sentiasa sendawa) kadang2 dada rasa kurang selesa sikit...harap ustat dapat membantu..

    ReplyDelete
  43. Sdr cukup ke minum air sehari lebih dari 2 L??
    Suka makan mee kuning ke?
    Kerap minum Milo ke?
    kerap ambil non dairy creamer seperti coffee mate?
    Kerap mengambil nasi lemak ke??

    Sekiranya sdr memang kerap mengambil benda-benda ini walau pun sudah berhenti baru sebulan, ia dikira masih mengambil.

    Emjay

    ReplyDelete
  44. tabiat makanan saya sebelum ni:
    1.hampir setiap hari mkn nasi lemak
    2.telor purata 2 biji sehari tiap2 hari.
    3.nescafe 3 in 1 2x sehari.
    4.penggemar mee goreng tp tak lah setiap hari...
    5.suka minum ais kosong..
    6.setiap hari makan luar cth:mkn malam mkn di kedai mkn..suka mkn n,goreng u.s.a...
    7.suka makan ayam goreng trutama KFC..suka kulit ayam nya juga..
    8.setiap kali mkn msti nak kene ada telor..paling suka telor dadar...
    9.suka makan megi tp bukan la setiap hari...
    10.satu yg bgus saya tak suka minum air manis ketika mkn..saya suka minum air kosong yg sejuk jer...

    Tapi suma ni saya dah kurangkan sejak julai lepas smpi sekarang..adakah ini long term effect walau pun saya dah pantang hampir 4 bulan?

    cara pemakanan saya sekarang:
    1.pg2 mkn oat 3 sudu dengan susu rendah kolesterol nesvita..
    2.kat kilang sarapan mkn mi,nasi grg + kueh...
    3.mkn tghari saya mkn nasi+ayam tapi tak makan kulit+sayur sawi,bayam..
    4.ptg mkn kueh jer cth.grg pisang,kueh karipap minum dgn teh cina produk tasly.
    5.mkn mlm nasi lauk ayam/ikan +sayur kdg2 nasi grg jer...suma masak sendiri.
    6.kdg2 mkn oat 3 sudu dgn susu rendah kolesterol nesvita..

    cuma saya tak buat lagi senaman..sebab selalu pening dan bdn tak stable...padahal sebelum ni saya sorg yg aktif main futsal...

    mengenai sakit dada,bila sakit dada saya cek nadi jantung saya tak la berdebar2 time sakit tu..snang cita saya tak penah rasa sakit bila time jntung berdebar...
    sakit pun bukan yg menyucuk cuma mcm tak selesa la..bila dada saya sakit saya akn risau dan pikir bukan2..tu la masalah saya sekarang.

    mengenai minum air saya rasa mmg tak cukup la 2L tu..

    harap ustat dapat membantu...saya nak ke masjid....

    ReplyDelete
  45. Salam saya dah emelkan soal selidik saya kepada ustat..diatas alamat emel saya:denespha@yahoo.com.my..
    Saya send ke emel ustat kangmasjb@hotmail.com...Diharap ustat dapat membantu saya...

    ReplyDelete
  46. Waalaikumussalam wbh

    Maaf kerana email kangmasjb@hotmail.com sudah tidak boleh digunakan lagi kerana kena hacked / ceroboh dan saya tidak boleh masuk ke sana lagi.

    Gunakanlah email address saya yang baru iaitu emjayjb@gmail.com

    Emjay

    ReplyDelete
  47. slm us...kenapa tapak kaki dan tapak tangan saya selalu menjadi putih lesi atau pucat?tambah-tambah jika semasa mbasuh tgn dan kaki tapak tgn kelihatan pucat kebiruan

    ReplyDelete
  48. kemungkinan sebab sdr suka minum air batu atau dan suka mandi malam

    Emjay

    ReplyDelete
  49. assalamuallaikum pak ustad tentang bahaya cremer mungkin pak ustad bisa liat videonya di youtube dengan judul --> Mythbusters - Creamer Cannon saya jika ngopi biasa pake tambahan susu full cream tdak suka pake non dairy creamaer pernah saya coba sepertinya creamer meninggalkan rasa pahit disekitar mulut

    ReplyDelete
  50. ASSALAMUALAIKUM,
    ustaz, saya penghidap sakit buah pinggang dan sedang jalani rawatan hameodialisis. adakah tip tip utk penjagaan kesihatan utk saya?

    ReplyDelete
  51. Waalaikumussalam wbh

    Kes sdr adalah kes berat. Saya hanya membantu kes seperti ini sekiranya sdr mampu datang ke rumah saya di JB.

    Emjay

    ReplyDelete
  52. assalammualaikum ustaz.. terima kasih atas info ini.. sy memang suka sgt minum coffe mate tp saya baru tahu yg iya xbagus untuk kesihatan...mungkin ini penyebab kenapa kepala dekat tengkuk saya selalu terasa berat.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbh

      Kalau tengkuk dah terasa berat tu menunjukkan coffee mate yang anda minum selama ini sudah meninggalkan kesan negatifnya.

      Berhentilah minum coffee mate dan bertaubatlah dari mengerjakan sebarang dosa kerana dosa akan menjerumuskan kita mengambil makanan minuman yang merosak.

      Emjay

      Delete
  53. Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya perihal supplimen sekarang contoh herbalife dengan shaklee. Adakah ok ambil semua vitamin tersebut sebagai supplimen

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum. saya nak tanya, anda ni lulusan MEDIC universiti mana? it takes 6 years to finish medic~~ kalau bukan belajar medic,jangan nak suka hati buat assumption sendiri pasal any diseases."dr google" kn"..

    p/s: kesian kat org yg xtau bab medic percaya kat anda bulat2..

    ReplyDelete
  56. Saya pun tak percaya dkt ustaz bulat2..yang mana elok, kita ambil...tapi tak semua lulusan MEDIC tu cakap semuanya betol kan? Doctor is not always right dear

    wallaahua'lam

    ReplyDelete
  57. Ustaz bagi no telefon ustaz, saya memerlukan nasihat no saya: 013-3333508

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbh

      Pelik manusia ni. 24 June dia minta nombor telefon saya.Pada 25 June pukul 9.01 malam saya hantar 3 mesej. Sampai sekarang tak berbalas.

      Emjay

      Delete
  58. http://srnk.co/i/hw2O2
    Ular Sawa masuk di dalam reban

    tq segala info diatas

    ReplyDelete