Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 1 January 2009

Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia

Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia

Assalamualaikum wbh
Lama sungguh saya tidak menulis semenjak 28 November. Sudah lebih sebulan. Hujung tahun kali ini sangat berbeza. Banyak sungguh saya bercuti dan untuk tahun ini saya menghabiskan hamper 60 hari bercuti. Banyak sungguh aktiviti hujung tahun kali ini, Alhamdulillah.

Email dari pembaca Laman emjay, reply dan PM banyak sekali dan untuk membalasnya terutama email memang memerlukan beberapa hari. Semoga Allah memberikan kemudahan berkaitan segala urusan ini.

Pagi ini sewaktu saya melayari laman marhaen di http://www.marhaendaily.net/v1/ saya terbaca berita Misbun masuk hospital diserang jangkitan paru-paru sebagaimana yang saya copy paste di bawah.

Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan jangkaan andaian secara lumrah kerana saya sememangnya tidak mempunyai ilmu ghaib kerana ilmu ghaib hanya milik Allah. Nabi Muhamad SAW pun tidak mempunyai ilmu ghaib. Seandainya Nabi Muhamad mempunyai ilmu ghaib, perang Uhud akan dimenangi oleh umat Islam namun kerana ketiadaan ilmu ghaiblah menyebabkan umat Islam tewas kepada tentera kafir pimpin Khaled Al Walid kerana ingkar pesanan Nabi kepada tentera pemanah yang berkubu di atas bukit Uhud agar jangan turun dari bukit Uhud walau apa pun yang terjadi.

Menurut kebiasaannya, orang seperti Misbun ini tidak akan dapat lari daripada mandi malam iaitu mandi selepas masuk maghrib sehingga kira-kira 5 pagi kerana rutin hariannya yang melibatkan melatih anak buahnya di Nusa Mahsuri tidak kira pagi petang atau malam. Selepas tamat latihan sebelah malam selalunya akan sampai ke rumah pada pukul 11 malam atau lebih lewat lagi. Apabila sampai ke rumah, badan berbau busuk akibat banyak berpeluh dan pada kebiasaannya mereka akan mandi terlebih dahulu sebelum tidur. Selepas mandi barulah lena tidur.

Amalan mandi malam sebagaimana saya ceritakan di atas adalah satu amalan yang amat tidak sihat. Setiap kali seseorang mandi malam, mereka akan mengumpul sedikit air ke dalam paru-paru mereka akibat kondensasi wap air di dalam alveolus paru-paru mereka. Semakin banyak mandi malam, semakin banyak air kondensasi terkumpul di dalam paru-paru mereka dan apabila memasuki satu peringkat, symptom berikut akan di rasai:

1.      Tapak tangan akan mulai lembab
2.      Mudah mengah atau nafas pendek dan amat ketara apabila membuat kerja keras atau naik tangga
3.      Lebih mudah alah dengan kesejukan seperti bilik air cond
4.      Tapak tangan dan hujung jari lebih kebiruan dan kurang warna merah

Apabila semakin banyak air kondensasi terkumpul di paru-paru, symptom di atas akan semakin ketara dan tapak tangan akan semakin lembab atau basah. Pada peringkat yang lebih parah, orang ini akan mudah mengalami masalah berkaitan paru-paru sebagaimana kes yang dihadapi oleh Datuk Misbun Sidek ini.

Masalah kondensasi air di paru-paru ini akan dipercepatkan lagi apabila orang bermasalah ini gemar minum air batu. Ahli sukan dan jurulatih seperti Misbun ini memang selalunya gemar minum minuman tin seperti 100Plus yang sejuk. Tabiaat ini amat mempercepatkan kondensasi air di dalam paru-paru. Pengumpulan air kondensasi inilah yang mengakibatkan kes yang dikenali sebagai paru-paru basah atau berair. Paru-paru basah atau berair ini akan amat mudah dijangkiti oleh kuman menyebabkan masalah berkaitan paru-paru seperti pneumonia.

Selain mandi malam dan minum air sejuk/air batu ini, tidur dibawah kipas yang laju atau tidur dalam bilik air cond yang sejuk akan menjejaskan lagi masalah pada paru-paru ini.
Bagi pembaca sekelian, jangan lupa membaca artikel yang berkaitan iaitu 


Di dalam artikel nombor 2 di atas, saya telah jelaskan pantang larang bagi mengelakkan masalah berkaitan paru-paru ini  dan apa yang paling penting ialah

1. elakkan dari mandi malam
2. elakkan minum air batu atau air sejuk dalam peti sejuk
3. elakkan tidur bawah kipas yang laju
4. elakkan tidur dalam air cond yang sejuk

Bagi merawat masalah berkaitan paru-paru ini bolehlah usahakan perkara berikut:
1. Minum susu segar atau susu fullcream 3 kali sehari
2. Makan kapsul habbatussauda mengikut aturannya
3. Makan halba, paling mudah dengan mencampurkan beras yang dimasak dengan sedikit halba.
4. Sentiasa minum minuman yang suam atau panas.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada Datuk Misbun, semua atlet negara terutamanya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David serta semua pembaca Laman Emjay agar mengelakkan tabiaat mandi malam, minum air batu, tidur dengan kipas laju dan tidur dalam bilik air cond yang sejuk semogaAllah memberikan kita semua kesihatan yang baik serta dijauhkan dari pelbagai gejala negatif.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
30 December 2008

PENASIHAT Nusa Mahsuri dan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek dimasukkan ke Hospital Tawakkal Kuala Lumpur malam tadi selepas diserang jangkitan paru-paru hingga menyebabkan seluruh badannya tidak bermaya.

Misbun yang ditemui di hospital berkata, setakat ini pihak hospital telah mengambil kahak dan darah untuk tujuan ujian bagi mengenal pasti kedudukan sebenar masalah yang dihadapi.

“Syukur alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil setelah menerima rawatan. Cuma badan saya masih lesu. Saya kini menanti keputusan ujian daripada pihak hospital. Setakat ini, pihak hospital hanya memaklumkan bahawa badan saya diserang jangkitan paru-paru” ujar beliau yang ditemani isteri tersayang, Datin Latifah Sidek.

Sementara itu, bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Wong Mew Choo, Hafiz Hashim, Roslin Hashim, Arif Latif dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar adalah antara personaliti yang sempat mengunjungi Misbun di hospital tersebut sebentar tadi.

Chong Wei ketika mengulas perkara itu berkata, beliau menerima berita sifunya dimasukkan ke hospital pada sebelah pagi tadi.

“Saya menerima berita pagi tadi, kemudian saya mengambil keputusan untuk mengunjungi pada sebelah petang sebaik sahaja selesai menjalani latihan. Semasa menemuinya tadi, saya cuma berharap beliau akan segera sembuh. Maklumlah sejak pulang dari mengerjakan haji, kesihatannya masih tidak stabil.
Sepanjang ketiadaan Misbun katanya, beliau kini gigih menjalani latihan dibawah kendalian Ketua Jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock sebagai persiapan menghadapi kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung mulai 6-11 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Dapatkan berita-berita terkini badminton di NUSA MAHSURI BC

18 comments:

  1. assalamualaikum tuan,

    bagaimana sekiranya mandi malam mengunakan air panas/hangat.

    ReplyDelete
  2. assalamualikum ustaz,spt mana yg kita semua sedia maklum isteri misbun sedang menjalani rawatan dialisis, berdasarkan ilmu dan pengalamn ustaz adakah rawatan itu boleh dihentikan dan diganti rawatan yg lain(tradisional), jika ada ini akan memberi faedah yg amat berguna kepada umat islam yg mengalaminya,sekian terima kasih wasalam

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbh

    Untuk menjadikan fakta perbincangan ini lebih menarik, marilah kita cari Misbun dan tanya dia sama ada dia mandi malam guna air panas. Kalau Misbun mandi malam guna air panas dan masih kena masalah pada paru-paru, ini membuktikan bahawa mandi malam walau pun menggunakan air panas masih merosakkan paru-paru.

    Kalau mengikut saya, elakkan mandi malam walau pun guna air panas atau sejuk.

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh

    Kalau saya mengatakan penyakit isteri Misbun ini tidak boleh disembuhkan maka saya sudah menentang Allah kerana di dalam Al Quran disebutkan setiap penyakit ada ubatnya dan ini boleh merosak akidah.

    Isteri Misbun perlu dialisis kerana fungsi buah pinggangnya telah gagal. Apabila makan ubat yag betul dan Allah redha insya-Allah boleh sembuh. Ubat boleh diambil dari Kg Cheras Bahru Kuala Lumpur. Tetapi kalau makan ubat hari ini dan harapkan kesembuhan esok, berubatlah dengan orang lain.

    Namun yang paling penting dalam kita berubat semoga Allah redha dan memberikan kesembuhan ialah pendidikan agama untuk merubah hidup ke arah jalan yang Allah redha. Kalau nak sembuh tetapi tidak hendak merubah gaya hidup, berubatlah dengan orang lain.

    Sekian wassalam

    Emjay

    ReplyDelete
  5. salam, izan pun ada la kadang2 mandi malam.. lebih2 lagi kalau terbalik lewat malam pastu kena masak la pulak, jadi nak elakkan diri dari tak selesa nak tidur dengan bau bawang atau ikan, biasanya izan mandi la jugak, tp takde la lama, hanya nak badan berbau segar..

    Ustaz MJ, betulke orang tua2 kata, ibu mengandung tak boleh mandi malam dan basah rambut kerana ditakuti kena kembar air la, kembar darah la, macam2 pantang larang lagi..??

    ReplyDelete
  6. Elakkanlah mandi malam. Kalau perlu membersihkan badan yang terlalu berbau, ambillah semangkuk air suam dan laplah badan menggunakan tuala kecil dan dilakukan di luar bilik air.

    Orang-orang tua memang tak bagi mandi malam dan untuk menakut-nakutkan orang agar jangan mandi malam maka mereka buat cerita karut.

    Sekian

    emjay

    ReplyDelete
  7. Apakah premis Ust secara kajian klinikal yg membuktikan secara tepat mandi malam dapat mengakibatkan kondensasi udara didalam paru2 ?

    ReplyDelete
  8. Doktor dan mereka yang sewaktu dengannya selalunya akan tetap berkeras dengan kajian klinikal. Saya ini bukannya doktor dan saya sekadar pensyarah.

    Dalam bab pertikaian pendapat seperti ini, apa kata sdr fazhaiman mandi setiap hari pukul 10.30 malam dan lakukan berterusan selama dua tahun. Bulan Mac tahun 2011 nanti kalau saya panjang umur, sdr fazhaiman boleh beri tahu saya keputusan kajian ini.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. Saya bekerja jauh dari rumah. Jarak ke tempat kerja memerlukan saya keluar seawal 6 pagi dan selalunya pulang dari kerja dan sampai di rumah pada waktu maghrib. Rutin ini tidak mengizinkan saya mandi awal (sebelum maghrib). Memang saya ada beberapa rakan yang sakit berkaitan paru-paru malah seorang telah meninggal dunia kerana paru-paru berair. Kesemua mereka mempunyai tabiat mandi malam. Article ustz meyakinkankan lagi saya dengan kepercayaan ini. Tips yang ustz sgt berguna kpd saya.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Alhamdulillah dengan kefahaman yang sdr sdr perolehi.

    Mandi 5 pagi still OK tetapi mandi selepas maghrib memang tak OK. Mungkin apabila balik rumah, lap saja badan tu dengan tuala dan air panas di luar bilik air.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. salam..
    bagaimana pula dengan mandi junub?dari apa yang saya tau,tidur dalam berhadas besar makruh.jadi sebab tu saya selalu juga mandi malam selepas bersama isteri.

    ReplyDelete
  12. Selepas bersama isteri, sebaiknya ialah ke bilik air bersihkan kemaluan dan seterusnya berwudhu' (wudhu ini tidak membolehkan solat) sekadar mengikut sunnahnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  13. salam..betul ke kalau kene paru-paru air, kene mandi lepas pukul 6 pagi dan petang sebelum pukul enam petang?

    ReplyDelete
  14. Kalau kena paru-paru berair, boleh mandi sebelum subuh dan seterusnya maksudnya mandi pukul 5 pagi ok, 6 pagi pun OK, pukul 7 pagi pun OK. Pada sebelah petanbg pula, mandilah sebelum masuk waktu maghrib.

    Emjay

    ReplyDelete
  15. salam...mandi selepas jam 12 tgh mlm ok x?

    ReplyDelete
  16. salam... saya pergi kerja keluar waktu subuh untuk kerja. Balik dah malam baru sampai rumah baru nak mandi. Apakah nasihat yang tuan boleh berikan untuk saya.

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Ini nampaknya macam tak puas hati dengan artikel ini??

    Mandi lepas pukul 12 tgh malam ini memang nak cari penyakit. Inilah yang saya cuba sampaikan agar kita tidak mandi malam. Mandi lepas kira-kira 5 pagi tu oklah.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam wbh

    Mandilah di pejabat sebelum balik rumah. Di rumah tu dah malam tak payahlah mandi lagi.

    Emjay

    ReplyDelete