Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday, 1 March 2007

Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik!

Alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik!

Pada 30 Januari, saya telah meng “UPLOAD” sebuah artikel bertajuk GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif. Artikel ini juga alhamdulillah telah dihantar ke Laman TKO dan diterbitkan pada Jumaat 2 Februari 2007.

Ekoran dari artikel ini, saya telah menerima banyak juga email dari mereka yang ingin bertanya lebih lanjut berkenaan gastrik. Antara email tersebut saya terima dari sdr saya namakan XYZ. Berikut adalah email dari XYZ

 To: kangmasjb@hotmail.com (alamat email ini sudah kena hack, gunakan emjayjb@gmail.com)
Subject: Gastrik
Date: Fri, 02 Feb 2007 12:45:42 +0800

Assalamualaikum,
Saya amat tertarik dengan artikel tuan mengenai tajuk di atas kerana saya sendiri mengalami masalah gastrik. Apa yang sangat menarik minat saya ialah senarai makanan yang perlu dielakkan
sebagaimana yang tuan senaraikan. Daripada artikel berkenaan, saya dapat merumuskan bahawa tuan mempunyai kebolehan untuk membuat rawatan tradisional bagi pesakit gastrik. Jika boleh saya ingin meminta sedikit pandangan dan nasihat daripada tuan - apakah makanan harian bermula daripada sarapan pagi hingga makan malam yang amat sesuai untuk diamalkan oleh pesakit gastrik? Saya pernah dinasihatkan untuk mengamalkan habatul sauda. Namun begitu saya rasa kurang sesuai kerana ada rasa seperti kopi dalam habatulsauda. Apabila saya minum habatul sauda, rasa kopi menyebabkan perut kurang selesa dan sukar tidur malam, Sekian, Terima Kasih.
(XYZ)


Setelah menerima email dari sdr XYZ tersebut, saya telah menulis membalas email tersebut pada hari yang sama seperti berikut:

From:  <kangmasjb@hotmail.com>(alamat email ini sudah kena hack, gunakan emjayjb@gmail.com)
To: XYZ@hotmail.com
Subject: RE: Gastrik
Date: Fri, 02 Feb 2007 16:43:37 +0800

Waalaikumsalam wbt
Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream). Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa (atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik. Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat ini telah hilang.

Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah lebih baik.

Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Selain dari mengamalkan nasihat yang saya berikan di internet, saya mencadangkan :

  1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang)
  2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut
  3. tengahari  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.
  4.  pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.
  5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.
  6. Sebelum tidur minum susu lagi.
  7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
  8.  Elakkan makanan mengandungi cuka.
  9.  Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat sendiri (optional)
  10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia


InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan gastrik dah lega.

Hubungi saya sekiranya selepas mengamalkan amalan ini, penyakit sdr masih tidak berkurang.

Wassalam wallahualam.

Emjay

Selepas membalas email sdr XYZ, kami tidak berhubungan dan saya tidak tahu sebarang perkembangan dari XYZ. Alhamdulillah pada pagi ini, 1 Mac 2007 saya terlihat email dari XYZ yang saya lampirkan seperti berikut:

From: XYZ
To: kangmasjb@hotmail.com (alamat email ini sudah kena hack, gunakan emjayjb@gmail.com)
Subject: RE: Gastrik
Date: Thu, 01 Mar 2007 08:19:03 +0800

Assalamualaikum,
Terima kasih di atas panduan dan nasihat Tuan. Alhamdulillah ada perubahan yang baik. Disini saya ingin mendapatkan pandangan dan nasihat dari Tuan, jika tidak keberatan  tentang masalah gout. Sejak akhir-akhir ini saya sering menghadapi masalah gout walaupun saya amat jarang mengambil udang, sotong, daging dan sebagainya. Jadi boleh kah Tuan berikan sedikit panduan tentang permakanan yang perlu saya elakkan untuk mengatasi masalah gout ini. Sekian, terima kasih.

XYZ

Alhamdulillah di atas kurnia rahmat Allah kepada XYZ. Saya sekadar memanjangkan sedikit ilmu yang dikurniakan Allah, semoga Ia redha dengan apa yang saya lakukan.

Saya telah membalas email tersebut dan memberikan petua / tips mudah-mudahan sembuh dari penyakit gout.

Sekian wassalam wallahualam.

Emjay

45 comments:

  1. afwan pak, gout itu apa? alergi bukan? *kurang mahir bahasa melayu*
    jazakallah artikel utk resep penderita gastrik (gastrik = gastritis = maag?)

    ReplyDelete
  2. gastrik memang sama dengan gastritis sama dengan sakit lambung (kalau tak silap dalam bahasa indonesia)

    Gout ialah sakit pada sendi terutama sekali pada sendi berhampiran ibu jari kaki. Apabila ia menyerang, bahagian sendi tersebut membengkak berwarna kemerahan dan sangat sakit. Tempat sakitnya berubah-ubah dari semasa ke semasa dan tidak tetap di satu tempat sahaja. Ia boleh menyerang mana-mana sendi lain seperti jari dan buku lali kaki.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,
    Kalau tak keberatan, bolih tak Tuan terangkan tips dan petua untuk merengankan penyakit gout seperti yang Tuan emailkan kepada sdr XYZ tu?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh.

    Alhamdulillah dengan limpah kurnia rahmatNya, siap artikel lengkap tentang gout. Silalah membaca, fahami dan amalkannya.

    Insya-Allah mudah-mudahan Allah redha dan memberikan kesembuhan.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. Nape kena elakkan habbatussauda....bkn kah ia bagus....saya br je beli n amalkan..

    ReplyDelete
  6. Habbatussauda atau jintan hitam yang dijual kedai india adalah sama dan memang baik sebagai ubat. Habbatussauda telah terbukti dari beberapa hamba Allah dapat membantu gout.

    Sekian wassalam wallahualam

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Jangan percaya pada semua tu... berdoalah terus kepada Allah... InsyaAllah sembuh... makanan dan herba semua tu tiada kuasa. Allah Maha Kuasa. Syirik nanti susah. Kalau masuk neraka ...minta makanan dan herba tu selamatkan boleh ke? Sekadar renungan.

    ReplyDelete
  8. saudara antijumud:
    Saya kurang setuju dengan pendapat saudara supaya kita semua hanya berdoa saja.
    Untuk renungan bersama:
    Setiap ciptaan Allah di muka bumi ini adalah untuk kemudahan dan kegunaan hambanya (subhanallah). memang benar semua ciptaan itu tidak ada kuasa untuk menyembuhkan segala penyakit tapi kita mesti ingat bahawa kita sangat sangat di tuntut untuk BERUSAHA sedaya upaya. Seterusnya, BERDOA dan BERTAWAKKAL kepada Allah supaya dengan RahmatNya dan kasih sayangNya penyakit yang dihidapi itu terubat dan akhirnya kita mestilah REDHA dengan setiap ketentuannya - sekiranya sembuh penyakit yang dihidapi maka alhamdulillah. Tapi sekiranya penyakit masih lagi dihidapi (tidak sembuh lagi) maka alhamdulillah jugalah kita padaNya kerana itu adalah dugaan Allah untuk menguji keimanan kita sebagai hambaNya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    habbatussauda tu tak sesuai utk orang gastrik ke tak sesuai utk org gaout atau kedua2 sekali?....

    ReplyDelete
  10. Kepada sdr lyna1976, saya minta maaf, sebenarnya habbatussauda terbukti dapat membantu penyakit gout.

    Emjay

    ReplyDelete
  11. salam tuan. saya disahkn refluk esofagitis dan dispepsia. simptomnya gangguan pernafasan, sendawa keterlaluan, kembong dan senak perut sering berlaku. boleh tuan bantu saya.. terasa live sudah kurang/tidak berkualiti. tolong bantu saya dari segi perubatan atau petua. tolong.. terima kasih. email : r-manharis@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Salam, saudara. Mohon izin ambil artikel dalam ni mengenai ulser& gastrik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Salam, saudara ustaz emjay.saya juga Mohon izin copy paste petua dan amalan dalam artikel ustaz.sekarang dan bila2 terjumpa tentang keperluan yang berkaitan.Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. nik juga minta izin fw utk fb semoga mrk boleh link web prof dgn taufik&hidayah Allah.Amin

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh arazaka, teruskanlah niat baik sdr tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum saudara, saya mengalami masalah gastroestrophagul reflux disease (GERD) a.k.a gastritis juga dan telah menderita selama beberapa bulan akibat dari penyakit ini .. untok makluman saudara, pada lewat tahun 2009 saya ada menjalani pembedahan di tapak kaki saya dan juga telah menghidap penyakit demam kepialu (awal 2010) .. ramai yg mengesyaki bahawa saya menghidap gastritis akibat daripada side effekt ke-dua dua peristiwa yg saya katakan di atas .. berat badan saya juga telah turun mendadak sebanyak 30 KG ..

    telah macam2 saya ikhtiarkan termasuk ulang-alik berjumpa doktor dan mengambil obat seperti PPI dan juga antacid .. saya juga dapati yg obatan seperti PPI itu hanya boleh digunakan selama 2 minggu sahaja, jika ambil terlalu banyak boleh akibatkan gangguan penyakit lain pula, tambahan gastritis ini tidak juga hilang2 (hanya hilang sewaktu memakan obat2 tersebut saja) ..

    saya juga ada pergi mengobat tradisional, mengurut (termasuk urut urat saraf) dan meminom obatan cina (yg diperbuat daripada herba, rasanya pahit2 dan manis) untok mengobatkan penyakit gastritis ini .. alhamdulillah serangan sekarang tidak lah "seganas" sewaktu mula2 saya menghidap penyakit ini, tapi tanda-tanda nya masih juga tidak hilang .. saya biasanya hanya rasa sihat pada waktu pagi sahaja, selepas makan pagi, keadaan perot rasa seperti normal dan tidak kembong, dan tidak ada sendawa .. tapi selepas saya makan tengahari saja (biasanya saya cuma makan bubur sahaja dan kicap kosong, terpaksa makan macam ini kerana khuatir makanan2 yg diambil akan mengakibatkan serangan gastritis) tanda-tanda nya terus datang iaitu sendawa yang berterusan dan kembong perot mula datang ianya akan berterusan sehinggalah waktu malam .. ini membantutkan setiap apa yg saya lakukan sepanjang waktu ..

    kebiasaannya waktu malam selepas saya makan malam (nasi suku dengan kicap dan ikan rebos) serangan gastritis datang sekejap .. dan menjelang tengah malam sekitar jam 11 malam ke atas ianya menjadi makin terok, rasa loya pada tekak, angin yg tersangkot dan susah nak sendawa dan kembong perot makin menjadi2 .. ini benar2 menganggui saya terutama sekali menyusahkan saya untok masok tidur ..

    INI ADA BEBERAPA SOALAN BUAT SAUDARA:

    1. PISANG .. Saya dapati yang Pisang dapat membantu melegakan perot dan melawaskan makanan serta dapat menurunkan kadar asid dalam perot (fakta2 ini diambil dari internet antaranya : http://ezinearticles.com/?Have-You-Tried-the-Acid-Reflux-Banana-Treatment?&id=960918 ) saya sendiri mengamalkan memakan pisang dan terbukti ianya berkesan, tapi apabila saya baca di blog saudara yg mengatakan pisang adalah antara makanan yg mengandungi asid, saya jadi terkejot dan was-was .. jadi bagaimana tu saudara??

    2. SUSU PENOH DAN JUS MENGKUDU - cara rawatan saudara yg melibatkan meminom susu penoh lemak dan juga jus mengkudu - saya tidak pernah cuba lagi dan insyallah saya mungkin akan mencubanya juga, soalan saya, selepas meminom susu penoh lemak ataupun jus mengkudu pada kali pertama adakah saya akan muntah? adakah cara rawatan ini melibatkan membuang angin dengan cara muntah? jika ya, bukan apa, kerana saya ini memang kurang gemar akan muntah. hehe..

    3. BISKOT CREAM CRACKER - adakah ini biskot kering yang ada krim ataupun biskot tanpa sebarang krim?

    4. ROTI - ini ramai juga yg memberitahu bahawa makanan yg mengandungi yeast boleh mengakibatkan serangan gastritis berlaku, tapi saya agak selalu juga memakan roti ini kadang2 tapi saya dapati selepas memakan roti tiada sebarang serangan yg berlaku .. apakah allergik badan orang lain2 bagi setiap individu berhubung penyakit gastritis ini??

    Saya rasa ini sahaja soalan saya setakat ini saudara, diharap saudara dapat berkongsi tips berhubung perkara ini.

    Terima kaseh.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Sewaktu sdr menghidap gastrik kali ini, eloklah sdr manfaatkan untuk memperoleh ilmu. Ilmu mudah yang sdr insya-Allah perolehi ialah disamping makan bubur nasi dengan ikan rebus, makanlah kueh dibuat dari pulut, lihatlah kesannya. Inilah kaedah memperoleh ilmu yang mudah untuk mengetahui pantang larang orang yang kena gastrik. Sdr juga boleh disamping makan bubur nasi dan ikan rebus, makanlah pula roti atau produk lain yang mengandungi yeast, lihatlah kesannya.

    Apa yang saya sediakan di dalam artikel di atas adalah pantang larang untuk pesakit gastrik. Jadi saya nasihatkan ikutilah saja nasihat saya, jauhilah segala pantang larang termasuk pisang. Sdr pun sudah menghadapi azabnya apabila makan pisang.

    1. Kalau nak terus kembung dan berangin (makan angin percuma), makanlah pisang. Kalau nak kembung yang paling best, makanlah pisang nangka atau pisang tanduk, boleh rasa kembung istimewa.

    2. Susu fullcream adalah wajib dalam rawatan gastrik manakala mengkudu sebagaimana saya tuliskan di atas sekadar optional (boleh ambil atau tidak ambil. Kalau takut muntah tak payahlah ambil jus mengkudu tu. Muntah bukan satu rawatan gastrik.

    3. Biskut cream cracker berbentuk empat segi dan tiada sebarang krim. Nama saja crweam cracker.

    4. Sdr kata makan roti tiada kesan tetapi dalam pada itu sdr tulis di atas "kembong perot mula datang ianya akan berterusan sehinggalah waktu malam .. "

    Bacalah berulang kali artikel di atas serta satu lagi artikel berkaitan pantang larang pesakit gastrik di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/44

    Emjay

    ReplyDelete
  18. 'Assalamualaikum... saya ingin bertanya bagaimana menghilangkan perut yang sentiasa kembung. Pada mulanya saya kena gastrik kemudian beransur pulih. Didalam bulan puasa baru-baru ini saya hanya dapat berpuasa hanya seminggu, selapas seminggu perut saya mula kembong sehingga sekarang perut saya saperti orang yang mengandung 5-7 bulan. Saya telah mengamal minum susu fullcream dan gastrik saya sudah beransur pulih tetapi yang membimbangkan saya perut tidak bolih kempis. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Sekian wasallam.

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbh

    Apabila perut sentiasa kembung, itu tandanya gastrik belum pulih. Jadi apabila sdr makan roti atau produk mengandungi yeast, insyaAllah sdr akan kembung. Makan pisang pun kembung. Apatah lagi makan pulut, ubi dan sebagainya. Jagalah pantang larang orang gastrik sebagaimana dalam artikel saya http://emjayjb.multiply.com/journal/item/44.

    Bagi mengelakkan kembung, antaranya, elakkan minum air manis atau air susu bersama makan tengahari dan makan malam. Nak minum susu kena tunggu sampai 45 minit selepas makan tengahari atau malam.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. as salam. saya disahkan mengalami hetas hernia iaitu perut bukan berada dalam keadaan sebenar.ia menyebabkan rasa menyucuk dan sakit sepanjang masa. gastrik juga berada dalam keadaan yang amat teruk. rawatan seperti tuan sarankan telah saya lakukan tapi masih juga berada dalam keadaan yang sama. adakah cara untuk mengubatinya? bagaimana untuk saya hubungi tuan. email saya hanizan_81@yahoo.com. tq

    ReplyDelete
  21. azmiwan53@yahoo.com
    Assalamualaikum tuan....saya adalah pesakit gastrik. Izinkan saya mengamalkan petua tuan di dalam alhamdulillah, rawatan melalui internet berkesan bagi kes gastrik.

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam wbh

    Silakanlah azmiwan53. Semoga Allah SWT sembuhkan

    Emjay

    ReplyDelete
  23. azmiwan

    Assalamualaikum tuan....terima kasih di atas keizinan tuan untuk saya mengamalkan petua tersebut. Sebenarnya penyakit gastrik saya semakin teruk sejak akhir-akhir ini. Saya telah menjalani pembedahan batu karang di hempedu pada tahun 2003 dan saya tidak mempunyai hempu sejak itu. Mulai pertengahan April 2011 hingga sekarang saya tidak dapat tidur disebabkan sakit gastrik dan keadaan menjadi teruk mulai jam 5.00 pagi. Adakah saya mengalami sakit kanser perut atau ulser? Doktor menasihatkan saya supaya tidak memakan makanan berminyak dan meminum teh dan kopi.
    Apakah pandangan tuan mengenai penyakit saya ini?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum tuan saya nak tanya....mak saya adalah pesakit gastrik apabila dia lambat makan perutnya akan sakit adakah dia boleh berpuasa.dan bagaimana tip untuk megurangkan penyakit ini

    ReplyDelete
  25. salam..bagaimana cara nak tingkatkan tekanan darah kerana saya mengalami masalah tekanan darah rendah

    ReplyDelete
  26. Waalaikumussalam wbh

    Orang yang selalu skip breakfast atau breakfast lewat seperti pukul 10 pagi memang kerap mengalami tekanan darah rendah. Tetapi dalam bulan ramadan ini jangan pula tak berpuasa.

    Emjay

    ReplyDelete
  27. Salam... tuan, saya ingin tahu apakah sesuai jika merawat gastrik dengan mengamalkan pengambilan madu ( madu tualang) setiap pagi dan malam. Saya juga ada terbaca artikel tentang keberkesan buah tunjuk langit ( skyfruit) dan minuman air tapis beralkali dalam merawat byk penyakit gastrik. Apa pendapat Tuan?

    ReplyDelete
  28. NK DOA JE KE?KLAU MCM TU DOK KAT MSJID JE LA..DOA SUPAYA PRUT KNYANG..XPYAH MKN!!BODOH PUNYA OLANG..SIAL CM ANJING..

    ReplyDelete
  29. antijumud..bcakap mcm org bodoh..lain prkataan jahil..klau mcm tu nko pg msjid je la..jgn bt keje ap2 lps tu doa supaya kenyang..bodoh punya olang..ckap cm cibai

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum, sy first time kene gastrik pd bulan puasa lepas..dah ok dah, pastu sy naik cuti sem, sy mula sibuk, dan satu mlm tu sy stay up perut rase lapar sgt. tp sy tak mkn pon sebb rase malas.. esoknya kene gastrik. sy pergi klinik, doc kasi maalox n histac..lepas mkn ubt, pedih ulu hati n senak dah kurg..pastu sy try lah cara ustaz ni, minum susu fullcream tepung..tp sy rase lepas sy minum susu tu perut sy mula tak selesa dan cirit birit..sy jumpa doc, doc ckp certain org gastrik tak thn susu ni..pastu sy pon stop sebb sy takut makin teruk..sekrg ni mcm dah sebulan lebih gastrik sy tak hilg2..sy rase makin tak selesa, dan mula fikir yg bukan2..lately, rase pedih kt ulu hati dah kurg tp rase pedih2 ckit kt perut..sy jumpa doc, doc kasi ubt pariet ubt gastrik yg kuat ckit utk 2 minggu..lepas 2 minggu, klu tak baik lg, doc tu suruh sy gi hospital utk rawatn lnjut..sy risau sgt klu sy kene ulcer sebb sy dah pantang semua..tak mkn pedas, kurg mkn berminyak..mkn ikut waktu..2jam sekali mkn tp ckit ckit..ade juga kelas lmbt habis, tp sy akan makn roti dulu utk alas perut..bile kt kelas tu, sy akan mkn roti, tp still perut rase tak selesa n pedih..

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum ..saya dah 2 tahun mengalami rasa perut kurang selesa seperti kembung dan angin tak lepas, selalunya berlaku pada waktu pagi sahaja..malam ada juga tapi tak selalu, perut saya tak rase sakit tapi rase nak muntah tak pula muntah memang seksa sangat bila rasa tu menyerang. bila pergi klinik pakar gastro dia bagi ubat antaranya MOTILIUM 10mg, METEOPLASMY dan PARRIET. adalah kurang sedikit tapi sejak akhir2 ni dia mula balik..adakah ini GASTRIK atau GERD sindrom? tolong beri tahu saya apa yang perlu saya buat untuk merawat penyakit ini..t.ksh. dari hamba allah / tel 0163464775

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum.. saya nk minta no talifon untuk berhubungan dengan tuan.

    ReplyDelete
  33. Waalaikumussalam wbh

    Amalan mengambil madu boleh membantu pesakit gastrik. Tentang buah tunjuk langit tu saya tiada ilmu

    Air beralkali memang membantu orang yang darahnya asidik (berasid). Darah adalah secara natural sedikit beralkali. Mengambil air beralkali boleh membantu tetapi tidaklah memulihkan punca masalah.

    EMjay

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam wbh

    Membiarkan perut kosong / kelaparan memang boleh menyebabkan gastrik.

    Mengambil susu sebagaimana saranan saya perlu ikut dengan tepat. Saranan saya minum susu 4 kali sehari adalah perlu tetapi minum sedikit sahaja kira-kira 1/2 cawan. Kalau ambil berlebihan memang terceret. Tetapi tiada masalah lain sekadar terberak sahaja.

    Dalam saranan saya pesakit gastrik perlu elakkan roti tetapi sdr semakin ambil roti, memanglah tambah sakit gastrik tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  35. semua penyakit ada ubatnya .........IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah: www.produksne.com.my
    1. Lumpuh/Strok/Saraf
    2.Jantung/Darah tinggi
    3.Koma/Patah Tulang
    4.Buah Pinggang/Gastrik
    5.SakitPinggang/Sendi
    6.Buasir/Haid/Sembelit
    7.KencingManis
    8.SLE/Luekimia/Thalassemia
    9.Gout/Sakit Lutut
    10.Asma/Lelah/Resdung
    11.Thyroid/Bisul/Jerawat
    12.SukarMengandung/Keguguran
    13.Kanser/Fibroid
    14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
    15.Prostat/Hati/Paru-Paru
    16.Masalah Seksual/Berat Badan
    17.Batu Karang/Tidak Lawas
    18.Penyakit yg sukar di ubati......

    ReplyDelete
  36. Aslmkm.sy nk tanya ustaz.dkt kwsan ulu hati terasa mcm bengkak..perut kembung.loya...berpeluh..rasa nk tumbng..pucat..kaki sejuk adakh itu tanda gastrik yg teruk?

    ReplyDelete
  37. Assmkum.... nak tanya mengamal rawatan diatas tidak perlu ubat dr doktor sebab sekarang ubat yg diberi doktor tidak dpt ambil sebab bila mkn ubat tersebut sy akan mengantuk dan akan timbul lebam ubat yg berkesan dgn saya sekarang cecair mixture magnesium trisilicate yang cecair warna putih

    ReplyDelete
  38. Maksud saya tidak perlu makan ubat dari doktor langsung. ...terimakasih

    ReplyDelete
  39. Maksud saya tidak perlu makan ubat dari doktor langsung. ...terimakasih

    ReplyDelete
  40. Saya sakit gerd boleh makan biskut 4 segi ka susu tepung omega 3 boleh minum untuk sakit gerd

    ReplyDelete
  41. Tuan, kalau minum susu yg dicampur dgn kurma boleh ke? Macam saya bila minum susu rasa macam pening2.

    ReplyDelete