Dengan nama Allah yang Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh
Allergy (alahan) susu lembu – lain sakit lain ubatnya
Hari ini saya menerima satu reply berhubung artikel saya di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/07/penyakit-keturunan-ibu-ayah-diabetes.html bertajuk Penyakit keturunan, ibu ayah diabetes - anak-anak juga diabetes???
Berikut adalah reply daripada sdr mikran:
mikran wrote on Jul 10
salam ustaz,
sudah lama saya mengikuti website ustaz ni...banyak ilmu yang saya perolehi..Alhamdulillah n terima kasih ustaz..Di sini saya ingin meminta pandangan ustaz berkaitan anak saya yang mengidap penyakit asma...anak saya berumur 2 tahun merupakan anak pra matang dan mempunyai byk masalah semasa kecil. Dia selalu mendapat ruam dan gatal2 di badan. Doktor mengatakan anak saya mendapat alahan susu lembu dan doktor telah menasihatkan saya untuk memberi susu soya..
sudah lama saya mengikuti website ustaz ni...banyak ilmu yang saya perolehi..Alhamdulillah n terima kasih ustaz..Di sini saya ingin meminta pandangan ustaz berkaitan anak saya yang mengidap penyakit asma...anak saya berumur 2 tahun merupakan anak pra matang dan mempunyai byk masalah semasa kecil. Dia selalu mendapat ruam dan gatal2 di badan. Doktor mengatakan anak saya mendapat alahan susu lembu dan doktor telah menasihatkan saya untuk memberi susu soya..
Pada umur 1 tahun 3 bulan, anak saya telah mendapat asma yg boleh dkatakan teruk. Setiap kali selepas menyusu, dia akan muntah bersama dengan kahak2. Sampaikan tidur mlm pun terjaga disbebabkan oleh muntah selepas menyusu.Saya telah berjumpa dgn pakar kanak2 dan dinasihatkan untuk memberi inhaler. 2 inhaler digunakan iaitu satu yg bewarna biru dan satu lagi yang bewarna jingga. Doktor menasihatkan saya untuk menggunakan inhaler ni selama 3 bulan berturut2 dan jka didapati masih lagi ada tanda2 asma tadi selepas 3 bulan dgunakan...terus sambung menggunakan selama 3 bulan lagi. Sekarang sudah hampir 5 bulan saya menggunakan inhaler tersebut dan masih lagi ada tanda2 penyakit asma tersebut. Apakah ada cara atau petua daripada ustaz untuk membantu anak saya ini.
Salam.
mikran
Berikut adalah jawapan saya:
Sekali lagi saya ingin memberikan peringatan bahawa berhati-hatilah dengan pandangan para doktor. Bukanlah semua pandangan doktor adalah benar dan bukanlah semua pandangan doktor adalah salah. Ada pandangan doktor boleh diamalkan tetapi memang ada pandangan dari doktor ini kena buang secara total.
Apabila doktor mengatakan bahawa diabetes tidak boleh diubati atau dipulihkan, pandangan ini boleh didengar tetapi tidak boleh dipakai. Sedangkan Allah SWT telah menyatakan bahawa setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati. Jikalau ada yang bersungguh-sungguh untuk pulih dari diabetes, datanglah ke JB, redhalah untuk menjadi orang Islam yang lebih baik, dengarlah dan amalkanlah nasihat dan insya-Allah diabetes boleh pulih.
Apabila doktor mengatakan anak sdr adalah allergy kepada susu lembu, pandangan doktor ini boleh didengar tetapi tidak boleh dipakai. Dalam bab allergy kepada susu lembu ini, Allah sebenarnya tidak pilih kasih kepada kanak-kanak. Allah menjadikan lembu yang bersaiz besar boleh menghasilkan susu yang banyak adalah untuk manfaat kepada manusia. Banyak khasiat Allah berikan melalui susu lembu ini untuk kesihatan manusia.
Dalam beberapa artikel yang lalu, seperti Susu penuh lemak tingkatkan peluang hamil , Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) saya ada bercerita tentang khasiat yang dijadikan Allah melalui susu lembu untuk merawat masalah berkaitan sistem pernafasan.
Berdasarkan pengalaman saya dengan kanak-kanak yang telah disahkan oleh doktor sebagai allergy kepada susu lembu yang akhirnya telah sihat walafiat, itulah sebabnya saya mengatakan bahawa apabila doktor berkata bahawa “anak tuan allergy kepada susu lembu”, dengarlah pesanan tersebut tetapi jangan dipakai.
Anak yang menghadapi Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) insya-Allah boleh dirawat hanya dengan mengamalkan pantang larang dan meminum susu lembu. Bagi kes anak mikran yang disahkan doktor sebagai allergy kepada susu lembu, sebenarnya anak sdr mikran ini juga telah menghidapi Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP). Insya-Allah jika diperhatikan hujung jari tangan anak mikran ini warnanya agak kebiruan sedangkan hujung jari orang yang sihat warnanya adalah kemerahan. Warna kebiruan mengesahkan bahawa mereka ini menghidap Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP). Warna kebiruan adalah disebabkan oksigen yang dibawa oleh darah kesetiap bahagian tubuh badan tidak mencukupi akibat dari paru-paru yang bermasalah.
Bagaimana atau mengapa paru-paru bermasalah? Persoalan ini telah saya kupas di dalam artikel saya yang lalu iaitu Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) . Saya rumuskan sekali lagi faktor-faktor yang merosakkan paru-paru atau sistem pernafasan iaitu:
- Minum air batu
- Mandi malam
- Tidur di bawah kipas yang laju atau aircondition
- Makan banyak makanan seperti belacan, udang, kerang, ketam, sotong, rojak petis, cencaluk, budu dan makanan yang sewaktu dengannya.
- Bekerja di kawasan yang banyak melakukan kerja kimpalan juga merosakkan sistem pernafasan.
- Bekerja di kilang yang menghasilkan printed circuit board (PCB) juga merosakkan paru-paru.
- Kerja shift malam
- Menghisap rokok.
Selain dari punca-punca sebagaimana di atas, menghidu barangan asbestos atau mendiami kawasan berhampiran kilang asbestos juga amat merbahaya kepada paru-paru.
Bagi kes anak mikran yang baru berusia 2 tahun ini, mengapakah paru-parunya sudah bermasalah? Jika di amati segala faktor-faktor merosak paru-paru sebagaimana 8 + 1 diatas, kemungkinannya segala faktor di atas tidak berlaku ke atas kanak-kanak ini. Bagi kanak-kanak, punca kerosakan paru-paru atau sistem pernafasan mereka selalunya adalah faktor nombor 3 di atas iaitu tidur di bawah kipas yang laju atau aircondition. Namun demikian, faktor ini hanya akan menyebabkan kerosakan pada paru-paru atau sistem pernafasan selepas satu tempuh waktu seperti usia kanak-kanak 3 – 4 tahun sahaja.
Bagi kes anak mikran ini, punca lain yang kerap menjadi penyebab kerosakan paru-paru atau sistem pernafasan bayi atau kanak-kanak pada usia awal ialah sebenarnya akibat air susu ibu atau susu formula yang memasuki paru-paru. Ibu-ibu selalu diajarkan untuk mengeluarkan angin (macam sendawa) bayi mereka selepas bayi ini disusukan dengan menggosok belakang dada sehingga bayi ini keluar angin dari mulut beberapa kali. Amalan ini adalah sangat penting kerana sekiranya angin ini tidak dikeluarkan, angin ini akan menyebabkan bayi ini muntah. Dalam posisi bayi yang terlentang, muntah adalah amat merbahaya kerana sebahagian muntah ini boleh memasuki paru-paru melalui hidung. Muntah yang memasuki paru-paru memanglah amat merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai masalah kronik seperti pneumonia selain kerap batuk dan selsema.
Itulah sebabnya sebahagian ibu bapa meletakkan bayi mereka pada posisi meniarap dengan mengiringkan mukanya sama ada ke kiri atau ke kanan. Pada posisi ini, sekiranya bayi muntah, ia akan dikeluarkan terus dari mulut tanpa takut muntah ini akan memasuki hidung.
Air yang tertumpah ke dada bayi mudah dikeringkan dengan mengelapnya tetapi muntah yang memasuki paru-paru bagaimana untuk mengeringkannya? Allah SWT yang menjadikan manusia amat mengetahui masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh manusia. Allah telah menjadikan susu lembu untuk membantu manusia menangani masalah paru-paru termasuk masalah muntah bayi yang memasuki paru-paru. Apabila terdapat sebarang bendasing di dalam paru-paru seperti muntah dan sebagainya, dengan meminum susu lembu, Allah SWT melalui sunnatullahNya (kelazimanNya) menyebabkan silia yang terdapat di permukaan sistem pernafasan / paru-paru menolak bendasing ini untuk dikeluarkan sebagai kahak berlendir yang boleh ditelan semula untuk masuk ke perut atau dibatukkan untuk keluar melalui mulut.
Bagi orang dewasa, mengeluarkan kahak melalui batuk atau menelannya masuk ke perut adalah perkara mudah dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Namun bagi bayi dan kanak-kanak kecil, kahak ini memang menimbulkan masalah dan dalam kebanyakan kes kanak-kanak akan muntah untuk mengeluarkan kahak ini. Muntah sekali-sekala untuk mengeluarkan kahak adalah baik namun muntah yang kerap boleh menimbulkan masalah lain termasuk masalah kehilangan air dan makanan dari badan selain menyebabkan keadaan tidak selesa.
Bagi bayi yang terdapat banyak bendasing di dalam paru-paru / sistem pernafasan, apabila mereka minum banyak susu ibu atau susu lembu, kuantiti kahak yang dikeluarkan juga akan menjadi banyak. Di sinilah akan timbul masalah yang lebih kritikal dimana kahak yang banyak ini akan menyebabkan bayi ini sesak nafas. Keadaan kritikal ini akan menyebabkan bayi semakin kuat menangis. Kahak yang banyak di dalam paru-paru / sistem pernafasan mengakibatkan bunyi tertentu dan bunyi ini boleh mudah didengar menggunakan stetoskop doktor.
Bagi mengatasi masalah kahak yang banyak sehingga menyukarkan bayi bernafas, ramai doktor mengambil jalan mudah dengan mengisytiharkan bayi adalah alah / allergy kepada susu lembu lalu menasihatkan ibu bapa menggantikan susu formula berasaskan susu lembu kepada susu formula berasaskan kacang soya. Memanglah dengan menukar susu formula susu lembu kepada susu formula kacang soya dapat menyelesaikan sesak nafas bayi ini disebabkan kahak / lendir yang banyak namun adakah ini suatu perkara yang bijak?? Berhenti dari mengambil susu formula susu lembu akan menyebabkan silia di dalam paru-paru / sistem pernafasan berhenti menolak keluar bendasing dari paru-paru / sistem pernafasan. Lebih lama bendasing berada di dalam paru-paru menyebabkan lebih merbahaya kerana ini boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif termasuk jangkitan.
Kini timbul konflik, minum susu formula susu lembu menyebabkan kahak banyak sehingga sesak nafas, jikalau ambil susu formula kacang soya, banyak khasiat di dalam susu lembu tidak dapat dibekalkan kepada bayi dan kahak tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Jika di amati dengan lebih teliti, bayi yang mengambil susu formula kacang soya dalam tempuh yang lama memang jauh kurang sihat berbanding bayi yang mengambil susu formula susu lembu.
Jalan penyelesaian dalam konflik ini ialah teruskan memberi susu formula susu lembu kepada bayi namun kuantiti yang diberikan dikawal agar tidak terlalu banyak sekali gus. Memberikan susu formula susu lembu dalam kuantiti yang sedikit secara berterusan adalah lebih baik agar kahak dapat terus dikeluarkan dari paru-paru / sistem pernafasan. Dengan memberikan susu formula susu lembu yang sedikit menimbulkan masalah lain di mana bayi menangis kerana lapar. Susu formula kacang soya bolehlah diberikan antara pemberian susu formula susu lembu.
Kawallah kuantiti susu formula susu lembu sekadar kahak yang dikeluarkan mampu ditangani oleh bayi dan tidak menyesakkan pernafasannya. Bila kuantiti kahak sudah kelihatan berkurang, tambahlah kuantiti susu formula susu lembu dan kurangkanlah susu formula kacang soya. Apabila bayi boleh bertahan dengan pengambilan susu formula susu lembu semata-mata, maka situasi paru-paru / sistem pernafasan bayi ini alhamdulillah semakin pulih.
Terdapat satu kes dua beradik seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi 6 tahun disahkan kedua-duanya oleh doktor sebagai alergy kepada susu lembu semenjak sekian lama dan setelah mengamalkan amalan terus minum susu lembu, alhamdulillah kedua-dua beradek ini jauh lebih sihat berbanding dahulu.
Diharapkan dengan penjelasan ini dapat mengungkap persoalan mengapa di awal artikel ini saya menyangkal apabila doktor mengatakan anak sdr adalah allergy kepada susu lembu. Pandangan doktor ini boleh didengar tetapi tidak boleh dipakai. Kahak berlendir yang dimuntahkan oleh bayi atau kanak-kanak kecil adalah antara pelbagai rahmat dari Allah SWT semoga bendasing di dalam paru-paru / sistem pernafasan dapat dikeluarkan dari tubuh. Proses pengeluaran kahak dari paru-paru / sistem pernafasan banyak dirangsang apabila kita meminum susu lembu.
Namun apa yang sangat perlu diambil perhatian ialah susu lembu yang dapat merangsang pengeluaran kahak adalah susu lembu dari jenis full cream, susu lembu segar dan yang sewaktu dengannya dan bukan susu rendah lemak (low fat milk, high low, no fat milk) dan bukan susu anlene kerana anlene dibuat dari susu rendah lemak.
Kepada sdr mikran, jika anak sekadar muntah selepas menyusu, biarkanlah kerana ia adalah mekanisme sihat untuk mengeluarkan lendir dari tubuh. Waktu malam dan pagi adalah waktu di mana banyak kahak dikeluarkan. Namun pastikan juga anak sdr tidak tidur di bawah kipas yang laju, aircondition, minum air batu atau air yang sejuk, aiskrim dan mandi malam kerana ini hanya bakal mengundang masalah berkaitan sistem pernafasan termasuk astma.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Emjay
Salam ustaz,
ReplyDeleteTerima kasih dengan penjelasan yang telah diberikan.
Memang x dinafikan yang kami sekeluarga selalu tidur di daam air cond. maklumla..cuaca di KL ni panas sangat..saya kesian kan bebudak tu..tapi..macam ni pulak jadinya...
Ustaz..
macam mana pula dgn asma tu yer..ada ke ubat @ petua selain daripada yang di atas..
sbb sampai ke hari ni anak saya masih lagi menggunakan inhaler tu...x nak pakai takut makin teruk...mcm mana yer ustaz...
terima kasih ustaz.
Wslm
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteEloknya usah gunakan inhaler tu.
Bagi menggantikan aircond tu, saya mencadangkan pasang kipas ekzos di dinding dan apabila malam, pasanglah kipas ekzos tersebut dan pasanglah satu lagi kipas berdiri (bukan kipas syiling). Halakanlah kipas berdiri tersebut ke arah atas dan bukan ke arah tubuh.
Untuk permulaan, jangan pakaikan selimut dan pakailah baju dari kapas yang nipis waktu tidur.
Berikan susu lembu lebih pada waktu siang. Lebih baik sekiranya sdr gunakan susu lembu segar. Di Pusat pengumpulan susu Di Pejabat Haiwan selalunya mereka ada menjual susu lembu segar dengan pelbagai perisa. Kanak-kanak memang suka. Bekalkan susu ini kepada anak-anak sdr.
Susu segar yang di jual di pasar raya pun boleh juga diberikan kepada anak. kurangkan memberi susu lembu waktu malam agar kahak yang dikeluarkan waktu malam berkurangan.
InsyaAllah anak sdr akan sembuh. Semoga anak sdr cepat sembuh, petua termahal sekali ialah jadikanlah diri mikran hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Assalamualaikum..
ReplyDeletePenjelasan tentang masalah anak encik mikran amat menarik perhatian saya.Dalam masa yang sama anak saya yang berusia 4 bulan juga telah diisyhtiharkan oleh doktor mengalami alahan susu lembu. Ini kerana dalam tempoh setengah jam selepas penyusuan dengan susu lembu, seluruh tubuh badan anak saya timbul kemerah-merahan dan gatal-gatal.Namun, tiada masalah pernafasan yang berlaku.Lantas susu soya menjadi pilihan doktor. Jadi pada pendapat ustaz, adakah anak saya juga perlu diberikan susu lembu selain daripada susu soya?
Puan Yuslinda
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBerikanlah anak sdr tersebut susu lembu fulcream atau susu segar. Anak-anak lebih suka susu segar berperisa dan manis dan ini juga boleh diberikan. Cuba beli susu segar magnolia manis pelbagai perisa dalam kotak 250ml. Namun sebagai permulaan, jangan berikan terus banyak. Mulakanlah kira-100ml - 150 ml dan sekiranya tidak balas badannya boleh bertahan, berikanlah 100ml -150ml lagi selepas 4-5 jam kemudian. Sekiranya tindakbalas badannya terlalu drastik, berilah susu untuk kali kedua dan berikutnya sekadar 75ml sahaja.
Selepas badannya boleh bertahan (mungkin selepas beberapa minggu), kuantiti susu yang diberikan bolehlah ditingkatkan secara perlahan-lahan.
Sekian semoga anak sdr semakin sihat.
Emjay
Salam..ustaz, apa yang perlu saya lakukan untuk mehilangkan batuk berkahak pada bayi saya? Susu formula jenama apakah yang bagus untuk bayi new born? adakah berbahaya jika kahak disedut pada bayi and kesan ubat batuk pada bayi?
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSusu ibu pasti tak elergik(kemerah-merahan atau gatal). Sama macam juga susu lembu segar dari ladang yang belum proses penstrilan. Tapi kalau dah melalui proses penstrilan kemungkinan besar akan akan elergik. kerana ada sesuatu dalam susu itu akan rosak.iaitu yang sejenis bahan yang tidak mengalakan bengkak/radang/kemerahan telah dimusnahkan semasa proses penstrilan. Kita tidak pasti bahan itu ade lagi atau tidak. Orang jepun dah buat kajian, dari pada 7 susu segar yang distrilkan, 1 aje jenama yang masih ade benda tu(anti-pembengkakan). Jadi conclusion nye minum susu ibu. Perah simpan dalam freze/peti sejuk, itu budak kecik.Budak besar kena susu segar dari ladag yang belum di strilkan.Insyallah
Assalamualaikum...Menarik sungguh perbincangan ini. Nyilorokindul, boleh tak saya hendak mengetahui 1 jenama yang masih ada anti pembengkakan itu? atau boleh tidak saudara beritahu saya dimana saudara membaca artikel tersebut. Saya dahului dengan terima kasih.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSusu lembu segar, boleh diberi kepada bayi seawal umur berapa? Berbezakah susu lembu segar dan susu lembu formula?
Terima Kasih.
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSusu formula adalah campuran susu lembu dengan berbagai makanan lain yang kononnya baik untuk bayi manakala susu lebu segar hanya mengandungi susu lembu sahaja. Memanglah ianya berbeza.
Tentang soalan bila susu lembu segar tu bila ia boleh diberikan kepada bayi, saya kurang pasti namun saya kira umur setahun setengah sudah boleh diberikan.
Wallahuaqlam
Emjay
Assalamualaikum..
ReplyDeletePenjelasan tentang masalah anak encik mikran amat menarik perhatian saya. Dalam pada masa yang sama juga anak saya mengalami muntah dan berak-berak..Setiap hari mesti anak saya akan muntah.tak kira tengah malam atau siang..Anak saya memang dari lahir minun susu lembu..sampai setahun 3 bulan tapi dia muntah2 dan berak2 baru-baru ini. Dah seminggu..dia macam itu..tak lalu makan..minum nak tapi bila minum susu, dia akan muntah susu mcm susu basi..bila dia muntah kesian saya tengok kerana cara dia muntah mcm angin tak keluar..lepas tu dia menanggis..badanya pun semakain lemah kerana tak makan..saya ada pergi klinik..Doktor kata usus anak saya berbunyi laju..dia kata munkin susu yang dia minum tak sesuai. Doktor cadangkan agar anak saya tukar susu lain..saya ada juga tukar susu soya..tapi tetap tak ada perubahan dan dia tak nak langsung minum susu soya..dan doktor ada bagi ubat tahan muntah dan berak-berak. Anak saya tidak pula demam..tapi najisnya cair bercampur air warna kuning sangat...saya risau sangat..apa pendapat ustad tentang anak saya. Saya amat memerlukan penyelesaianya.
Pn. Eja
Assalamualaikum....
ReplyDeleteustaz saya mempunyai penyakit alahan kpd makanan laut, ayam... jika saya cuba untuk makan, tiba2 di muka saya tumbuh bintik2 merah di muka saya dan bdn saya kemudian menjadi gatal... bolehkah ustaz beritahu saya bagaimana untuk sembuhkan penyakit allergik saya ini.
giler betul ada ke susu soya buat ganti susu untuk bayi nak membesar. soya kan tinggi kandungan kaffein. kebelakangan ni kalo diamati betul2 ada bnyk kajian menafikan soya ini baik untuk kesihatan seperti yg kita dah lama percayai, sebaliknya memudaratkan.
ReplyDeleteKalau anak selalu muntah ,setiap hari, kahak memang keluar tapi apa kesan muntah kpd anak tersebut?Letih dan lesu. Nak bg minum susu dan makan tapi nanti muntah lagi, camna tu doktor?Berat badannya susut serta merta.
ReplyDelete