Sedap dimakan tetapi merosak kesihatan |
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum wbth sekalian Muslimin
Pada beberapa hari yang lalu, saya telah menulis mengenai tapak tangan yang lembap atau basah. Ingin saya menegaskan di sini bahawa saya tidak menolak sama sekali perubatan moden hari ini. Begitu banyak ilmu mereka namun hakikatnya ialah masih banyak ilmu yang mereka masih belum mengetahui. Sebagai contoh kalau menghidap GOUT memang mereka tidak boleh mengubatinya. Mereka hanya bertindak sekadar mengurangkan kesan penyakit ini tidak bertambah buruk namun mereka tidak dapat memulihkan penyakit ini. Insya-Allah sesiapa yang menghidap penyakit GOUT tu terutamanya yang berusia muda (dibawah 40 tahun) kalau berminat cara perubatan saya boleh email saya. Perubatan nya menekankan kawalan makanan terutama sekali makanan yang merosak seperti roti canai dan mee kuning selain dari kacang tanah dan kacang putih.
1. Elakkan makan ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung dsb.
2. Elakkan makan junk food spt twisties, o ring, double decker, Pringles, Mr Potato dan sebagainya
3. Elakkan makan mee segera seperti maggi mee
4. Elakkan makan fast food seperti Mc Donald, KFC dsb
5. Elakkan makan kentang goreng (french fry di Mc Donald dan KFC atau yang dibeli di pasar raya), burger, sausage, nugget dsb. Makan kentang goreng yang dibuat sendiri dengan mengupas kentang dan meraciknya masih boleh diterima.
6. Elakkan makan margerine atau soft margarine atau sebarang produk margerine
7. Elakkan kerap minum susu pekat manis dan krimer (dalam teh atau kopi dsb)
8. Elakkan makan kek dan krim pada kek kecuali kek yang dibuat dari mentega tulen
9. Kurangkan makan barangan bergoreng dan bersantan
10. Elakkan lemak daging (tetel), kulit ayam, bontot ayam.
11. Kurangkan makanan yang mengandungi krim seperti biskut yang ada krim ditengahnya atau biskut wafer cream kerana ia dibuat dari margarine.
12. Elakkan Suka minum air batu atau air sejuk dalam peti ais
13. Elakkan tabiat mandi malam iaitu antara waktu masuk maghrib hingga kira-kira 4.30 pagi walaupun mandi air panas.
14. Kurangkan makan telur kecuali telur ayam kampung (jangan ambil lebih 3 biji seminggu)
15. Elakkan mandi selepas makan
16. Makan sayuran yang pahit seperti peria, ulam raja, kailan, daun ubi, dsb
17. Elakkan minum semasa makan. Minum hanya selepas makan.
18. Elakkan tidur di bawah kipas yang laju.
19. Usahakan minum air suam atau panas
20. Usahakan minum susu lembu segar atau susu tepung fullcream (bukan susu anelene atau rendah lemak atau high low dengan sukatan ½ cawan sekali ambil 2 hinga 4 kali sehari. Boleh mencuba menambah kuantiti susu sekadar mampu ditangani oleh badan anda. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar untuk bernafas akibat banyak lendir keluar dari hidung atau tekak, ia adalah reaksi yang baik tetapi anda perlu kurangkan sukatan setiap kali meminum tetapi jangan kurangkan bilangan minum sehari.
21. Bagi yang sudah mula kalah panas (tidak selesa bila panas atau kena matahari) Elakkan atau kurangkan makanan pedas, lada hitam, buah pear, pisang dan daging.
22. Elakkan kopi, cokelat, nescafe dan MILO
23. Elakkan merokok. Ia adalah haram dan merosak.
24. Elakkan burger, naget, sosej dan yang sewaktu dengannya.
25. Elakkan sama sekali krimer seperti coffemate dsbnya.
Bagi yang telah merasai sakit di bahagian dada, ia menambah lagi simptom penyakit jantung.
Sekian wassalam wallahua'lam
Emjay
hmmm...mampu kah diri kita atau anak2 kita melakukan pantangan dari memakan makanan yg perlu dielakkan itu?...hehheee
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletemuskil tentang susu anelene, tak baik untuk kesihatan ke? minta penjelasan sebab saya selalu minum susu tu. Sekian,terima kasih
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTerima kasih memberikan pertanyaan.
Suku anelene bukan tidak baik tetapi ia dibuat daripada susu rendah lemak. Dengan ini melalui pengamatan saya, ia tidak memberikan kesan perubatan seperti yang sepatutnya bagi susu lembu asli atau susu tepung fullcream biasa. Dari pengamatan ini dan dari nasihat arwah guru, maka rumusannya segala susu rendah lemak atau susu highlow (HL) gantila dengan susu tepung biasa fullcream tambahan pula susu ini lebih murah dari susu anelene.
Wassalam wallahualam.
Emjay
Assalamualaikum..
ReplyDeleteBagaimana pula dengan susu untuk ibu mengandung?elok tak sekiranya ia diminum semasa mengandung dan selepas mengandung?
Waalaikumussalam wbhsyafiza312
ReplyDeleteMemanglah ibu yang tak mengandung, mengandung dan selepas mengandung kena minum susu lembu segar atau susu tepung fullcream. Bila mengandung dan sewaktu menyusukan anak, kepentingan susu lembu ini semakin bertambah.
assalamualaikum, abang emjayb saya mahu bertanya kenapa ayat ayat al quran tidak dibenarkan digantung di dalam rumah
ReplyDeletewaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBagi kebanyakan kes (bukan semua) perbuatan ini mengundang kerosakan akidah.
Sebagai contoh, seorang pensyarah sebaya saya menggantung ayat Al Quran di atas pintu masuk rumahnya. Apabila saya tanya tujuan beliau menggantung ayat Al Quran tersebut, jawapan beliau ialah "Emjay, kita ni kan orang Islam. Kita gantunglah ayat-ayat tersebut semoga dapat menghalau hantu syaian daripada memasuki rumah kita".
Mengantung ayat Al Quran dengan keyakinan / iktikad seperti ini adalah menyalahi akidah kerana sebenarnya ayat Al Quran tiada kuasa untuk menghalau hantu dan syaitan. Hanya Allah swt berkuasa untuk menjauhkan hantu dan syaitan.
Begitu juga orang yang baru membuka perniagaan. Ramai dari mereka akan menggantung ayat seribu dinar untuk membanyakkan rezeki, ayat kursi untuk menjauhkan hantu syaitan dan juga ayat-ayat lain yang hanya mereka sahaja yang mengerti. Perbuatan ini semuanya merosak akidah kerana ayat Al Quran tidak boleh mendatangkan rezeki dan menjauhkan hantu syaitan. Inisemua adalah pekerjaan Allah SWT.
Itulah sebabnya dalam banyak kes seperti kes anak perempuan orang ini kena kerasukan serta rumahnya terdapat pelbagai gangguan lainnya, bila saya pergi kerumahnya, hampir setiap ruang dinding ruang tamunya dipenuhi dengan pelbagai ayat Al Quran. Saya pun memungut semua ayat Al Quran ini untuk dimasukkan ke dalam kereta saya serta memungut semua tangkal azimat yang banyak tersimpan di dalam rumah ini.
Berharap kepada ayat Al Quran seperti ini samalah seperti berharap kepada berhala. Ia merosak akidah.
Berharaplah semata-mata hanya kepada Allah SWT. Inilah Islam yang sebenar.
Semoga dipermudahkan Allah swt sdr dapat berkunjung ke JB
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
assalamualaikum...abg Emjay sy nak tanyer tentang ape sebenarnya punca tapak tangan selalu basah atau lembap pada waktu tertentu???terima kasih..
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteKalau tapak tangan kering tetapi pada waktu-waktu tertentu sahaja ia basah, maka sama ada jantung atau paru-paru atau kedua-duanya sekali sudah bermasalah.
Kalau nak tahu lebih lanjut tahap kesihatan sdr, silalah isi borang pada http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82 iaitu pada tajuk Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Assalamualaikum...
ReplyDeleteEmjay..kalu ada masa terluang...diizinkan Allah..boleh tak buat article ttg berpantang selepas bersalin....
saya ni kategori berpantang jugak...tapi bukan lah taat sgt kott....bersalai..bertungku memang ada..tapi tak taat sangat...makan ubat pun culas gak..ada la lubang ( ponteng ) .....huhuhu...
tentang pemakanan pulak...masa anak pertama..saya amat kurang minum air makan pun betul2 ontime...cuma saya banyakkan makan kurma saja...saya makan nasi lauk ikan masak dgn lada hitam ngan halia ( wajib ) tak kiralah cemana masak pun ikan tu...cuma saya tak boleh makan sembarangan masa tu sbb anak saya mudah sgt kembung....berak tak berhenti saja sampai 2 bulan....sehingga umur 6 bulan pun masih ada lagi masalah kembong dan gatal2 kulit ( eczema)..masa dlm pantang tu..saya jadi tension sbb itu takleh makan...ini takleh makan...air takleh minum byk..jus pun takleh minum...badan saya sampai kurus kering....melayang - layang rasanya...
masa anak kedua, masih jugak berpantang seperti anak pertama..cuma saya lebihkan skit air dan jadual pemakanan saya tidak diketatkan sgt...masa ni saya kurang skit tension malah lebih tenang skit ..mungkin sbb anak sy yg kedua ni tak byk sgt ragam dan masalah..cuma gatal2 kulit saja ( pun eczema gak )...ayam sy takleh mkn sbb gatal baby saya ketara sgt lepasa sy mkn ayam...saya byk buat eksperimen masa anak kedua ni...
ubat saya makan dari prduct HPA...berunsur herba..campur ngan ubat akar kayu yg mak saya buat..dan Alhamdulillah.. saya tak tension sgt..sbb jadual pemakanan dilonggarkan sdkt...
slps pantang anak pertama, saya mengidap sakit lutut ( ketat ) yg meyiksakan..slps pantang anak kedua say mengidap sakit belakang yang agak tak menyelesakan sbb saya kerja byk duduk....jadi tak selesa....
saya minta jika ada kelapangan dan keizinan Allah...dapatlah Emjay buat satu article berkenaan garis panduan pemakanan semasa bersalin....InsyaAllah..
terima kasih....
slm,sy ade gtg ayat iaitu perjanjian Rasulullah SAW dgn jin utk sy baca n amal kan tp kerana terlalu sibuk sy x pernah baca pun,dah lama tergtg kat dinding...ape hukum nye...
ReplyDeletesatu lg sy n kga mmg suka mandi mlm utk mbersihkan bdn dr kotoran,sementelah sy sbgi istri yg perlu sentiasa harum n segar...so mcm mn ye?xkan bdn kotor n baru pulang dr tpt2 d luar sana,blik trus tukar pakaian n tdo?n xkan sy nk solat dgn bdn yg kotor?ape yg perlu sy buat coz sy mmg dah ade simpton2 spt yg sdr nyatakan tu,n tgn jg semakin kerap kebas..tq
salam...
ReplyDeleteanak saya yg berumur 11 tahun kerap berdarah hidung... kadang2 bangun tgah malam pun berdarah kadang2 dalam seminggu kerap jadi..... apakak benar ada kaitan dengan paru2 atau jantung.... kalau pergi chek dihospital doktor tak kesan ape2... apakah masalah sebenarnye... dan bagaimana rawatan yg sesuai...... ??????
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteTanda ini menunjukkan masalah dengan jantung. Doktor insyaAllah hanya akan dapat mengesan apabila jantung pada tahap kronik.
Kes anak ini mungkin kerana suka makan aiskrim, junk food, naget, sosej serta makanan merosak lainnya.
Bacalah artikel berkaitan penyakit jantung disebelah kanan laman Emjay.
Emjay
Salam saudara,
ReplyDeleteKebanyakan amalan di ats tidak di amalkan oleh saya, tetapi kadang2 tapak tangan saya berpeluh,.
apakah cara lain selain pantang seperti yg di ats utk mengatasi masalah ini dgn izin Allah?
Terima Kasih.
Assalamualaikum ,
ReplyDeletekebanyakan susu tepung yg dijual kdg2 tidak sesuai dgn usia seseorg..bg remaja atau kanak2 , apakah contoh susu tepung yg terbaik yg dijual di pasaran ?
Bgmana pendapat saudara tentang tangan yg sering berpeluh ? Adkh same dgn tangan yg lembap atau basah ?
ReplyDelete