Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 15 April 2008

Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya ……..

Anda bakal menghadapi masalah yang sama sekiranya ……..


Assalamualaikum wbh

Atas dasar membantu sesama umat, saya telah menyediakan kemudahan analisis kesihatan melalui artikel saya bertajuk “Ingin mengetahui tahap kesihatan kidney, lung and heart anda??” yang boleh diakses melalui http://laman-emjay.blogspot.com/2007/03/ingin-mengetahui-tahap-kesihatan-kidney.html. Didalam artikel ini saya menyediakan borang kaji selidik bagi membolehkan saya menganalisis tahap kesihatan.

Alhamdulillah ramai pembaca yang menghantar borang kajian untuk di analisis oleh saya. Pada peringkat permulaan, boleh dikatakan hampir kesemuanya dapat saya analisis namun apabila semakin banyak yang menghantar, saya memohon maaf kerana ada yang saya reply dan ada juga saya tidak dapat mereplynya kerana faktor kesibukan. Maklumlah saya ada tugas hakiki yang perlu saya laksanakan.

Kebanyakan pembaca yang menghantar borang kaji selidik adalah mereka yang memang sedar bahawa tahap kesihatan mereka adalah memang menghadapi masalah namun ramai dari mereka kecewa kerana apabila dibuat pemeriksaan doktor, masalahnya masih belum dapat dikenalpasti. Memang begitulah, kebiasaannya doktor hanya dapat mengenalpasti masalah apabila tahap kerosakan pada buah pinggang, jantung dan paru-paru sudah mencapai tahap kronik.

Melalui ilmu yang dipelajari dari arwah guru, saya mengucap syukur alhamdulillah diatas segala limpah rahmatNya dapatlah saya memantau tahap kesihatan diri saya, ahli keluarga serta mereka yang memerlukannya.

Pada hari ini selasa 15 April 2008, seorang pengunjung Laman Emjay yang mengenalkan dirinya hanya sebagai Ms Za iaitu seorang wanita berusia 28 tahun telah menghantar borang kaji selidik melalui email untuk saya analisis dan bantu mana yang termampu. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah bahawa sekiranya saudara pembaca Laman Emjay sekelian mengamalkan amalan sebagaimana yang telah diamalkan oleh Ms Za ini, insya-Allah sdr juga bakal menghadapi masalah yang sama.

Berikut adalah amalan seharian serta permakanan seharian Ms Za untuk iktibar pembaca sekelian:

Panduan
4: sangat kerap / favourite / sangat benar
3: kerap/ benar
2: sederhana
1: sekali sekala / sometimes
0: tiada / tidak pernah

1. Jumlah air diminum sehari ( mengikut ukuran botol air mineral 500 ml ): 2 botol
2. Kacang tanah - 2, kacang bergaram -1, mee kuning 1, roti canai -1, mee segera -1, makanan rapu dan namakan (Super Ring, Twisties, Double Decker ) - 4, cokelat-2, air bergas -1, jambu batu -1, jeruk kering(asam boi, buah kana dsb) -1, jeruk basah 1, telur masin -1, ikan masin -1, organ dalaman (hati, hempedal, paru-paru, telur ikan)1, pulut, ubi, keladi, keledek -3, tembikai -1, mangga siam -3, durian rambutan -3(ikut musim), oren sunkist -2, cendawan -1, petai jering -1, teh kedai -1, sunquick(orange squash) -1, limau kasturi -1, buah-buah dalam tin seperti laicee, longan -2, nescafe -1
3. Ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung -3
4. Margarine -1 , soft margarine -1, Buttercup -1, kek -2, krim kek -1, lemak daging (tetel) -2, kulit ayam -1, bontot ayam -1, makanan bergoreng -4, minyak jelantah -2, susu pekat manis -2, krimer -1.
5. Burger -3, Sosej -3, Nuget -3, KFC-3, Mc Donald -3, Pizza -3, kentang goreng -3
6. Tahan kencing -2
7. Mandi malam (selepas matahari terbenam) -4, minum air batu -2
8. Mandi selepas makan -1
9. Peria -1, sawi pahit -1, kailan -1, ulam raja -1, Pegaga -1, pucuk ubi -1, kacang botor -1, kacang panjang -1

Masalah yang dihadapi oleh Ms Za ialah :
  1. kencing kotor, asthma(apabila demam selesema diikuti batuk berkahak,mudah kena asthma,dalam keadaan biasa tiada asthma)
  2. Migrain / sakit kepala: 
    Waktu kena:kiri kanan,sakit biasa,tapi kerap
  3. Bangun tidur: sakit belakang -4, lengoh-lengoh badan -4. Kekerapan -4 kali sebulan/seminggu
  4. Kerap batuk -1, batuk lambat untuk sembuh -1
  5. Kebas/cramp awal pagi: betis, tapak kaki, peha, tangan.
  6. sakit pinggang bila angkat beban berat atau kerja berat -3. Mudah kebas kaki bila duduk -4
  7. bengkak kaki -1.
  8. Mencungap  -4, mudah letih -4.
  9. kulit selalu gatal
  10. Alah kepada kesejukan (kurang minat sejuk) -2, alah kepada panas terik matahari -2
  11. Jari tangan ketar -1
  12. Dada sakit mencucuk -2  (chest pain)
Saya umur XX, belum berkahwin,mempunyai masalah haid(senggugut yg teruk pada hari pertama-ke2, sehingga setiap bulan mesti mengambil ponstan 2-3biji sehari, untuk mengelakkan sakit perut, muntah, sudah menjalani pemeriksaan di hospital, namun apabila di scan tidak ada apa2 tanda ketumbuhan/yg merbahaya. Namun masih sakit sejak sek menengah sehingga sekarang. Jadi, saya mengambil Evening Primrose utk mengurangkan, tapi masih belum nampak perubahan. Saya juga mempunyai masalah jerawat besar2 (bernanah), tak pernah baik, lalu ada pharmaciest cadangkan saya ambil Biolife Anti-FR-selenium utk membersihkan darah dan Milk Tistle, tonik utk hati. Namun masih juga jerawat belum hilang. Pada masa yg sama badan saya kerap gatal, sebelum tidur, puas menggaru sehingga timbul bintik2 dan bercalar, tapi keesokan tiada bekas pada gatal, jika saya makan suplement Biolife tersebut, tiada gatal lagi. Kalau tak makan Biolife tersebut gatal kembali.

Saya juga mengambil Spirulina, kerana sebelum ini pernah mengalami sakit kaki, bengkak bahagian atas tapak kaki, tak tahu punca, namun melalui pemeriksaan darah, urik acid tahap normal. Melalui ujian darah, doktor kata, saya mengalami anemia defenciensi, jadi badan selalu rasa sengal/sakit2 badan.hampir 2-3bulan sakit, akhirnya pulih. Atas saranan rakan2 saya ambil spirulina utk menguatkan badan dan menambah darah. Ini adalah kerana, saya juga mengalami masalah haid yg lambat, kadang2 kitaran nya sehingga 44hari, jadi apabila saya fikir, mungkin saya kurang darah, jadi saya ambil spirulina, jadi kitaran haid saya kembali normal 29-33hari..kalau saya termiss makan spirulina saya akan kembali lewat datang haid. Kelihatan badan saya amat bergantung pada supplemen2 yg saya sebutkan tadi.apa pandangan saudara?

Sekarang ini,saya sudah 3minggu sakit bahagian lutut, terutama belah kiri, kanan sakit sikit2..nak bengkok kaki sakit, sembahyang boleh tahan lagi, masih boleh sujud dan duduk antara 2 sujud boleh lagi, taklah sakit sangat, tapi rasa sengal, berdenyut2 dibagian lutut, dan peha bagian atas lutut.sehingga sakit satu kaki.Tidur pun termimpi2 pasal sakit kaki, kerap terjaga sebab nak beralih sakit lutut. Jadi saya terbaca artikel saudara. Sejak sakit ni, saya kurangkan makan benda yg saudara sebutkan, tapi sebelum ini memang saya boleh kata tiap2 minggu makan McD, keropok kentang, pizza..

Susu baru2 ni saya minum, sbb sakit kaki, takut kurang calcium(itupun yang hi calcium low fat) taktahu pula saya kena ambil yg full cream(berat badan saya mencecah 70,tinggi 158cm). Sejak sakit kaki, saya cuba kurangkan makan Biolife yg saya sebutkan, jerawat ada kurang, mungkin sbb dah kurang mkn McD/piza. Takut buah pinggang tak larat proses ubat-ubatan. Saya kerap sakit belakang, kaki(kalau banyak berjalan), sakit pinggang. Saya teramat jarang buat exercise.dahulu ada, sekarang takda. Saya juga setiap malam kipas mesti pasang, dan mandi malam. Banyak tabiat tak sihat yg saya sedar.Sekali lagi apa pandangan saudara? Terima kasih saya dahulukan.


Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Ms Za di atas, berikut adalah jawapan yang saya berikan kepada Ms Za melalui email saya:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbh

Melihat data yang sdr berikan, saya mengucap astagfirullah hal aziem!! Banyak sekali sdr perlu bertaubat dari segala dosa yang pernah dilakukan. Mudah-mudahan sdr diberikan rahmat kesihatan oleh Allah SWT.

Berikut adalah analisis saya.

1 Sdr menghidap masalah pada buah pinggang yang agak serius. Pada tahap ini selalunya hospital masih tidak dapat mengenalpastinya dan kebiasaannya hospital hanya dapat mengenalinya apabila tiba tahap kronik

a) Punca masalah sdr ialah kerana

i) Minum air amat sedikit iaitu sekitar 1 L sehari
ii) Kacang tanah -2, kacang bergaram -1, mee segera -1, makanan rapu dan namakan (Super Ring, Twisties, Double Decker ) -4, cokelat -2, pulut, ubi, keladi, keledek -3, mangga siam -3, durian rambutan -3(ikut musim), oren sunkist -2, nescafe -1
iii) Kurang makan sayuran berkhasiat seperti daun ubi, sawi pahit, kailan, peria dan sebagainya.
iv) Gemar menahan air kencing
v) Gemar makan fast food

b) Rawatan mengatasi masalah

i) Perlu minum air dengan jumlah kesemuanya adalah melebihi 2L sehari. Pastikan minum segelas air suam sebelum tidur. Adalah baik bangun sekitar 2- 4 pagi untuk terkencing.
ii) Elakkan minuman bergas dan teh kedai
iii) Perlu kerap kencing dan jangan lagi menahan kencing.
iv) Elakkan kacang tanah, kacang bergaram, mee segera, makanan rapu, cokelat, pulut, ubi, keladi, keledek, mangga siam, oren sunkist dan yang sewaktu dengan nya, nescafe, minuman sunquick dan orange squash atau perasa minuman lainnya, jeruk kering, jeruk basah, durian, tembikai
v) Makanlah apel hijau 2 biji seminggu
vi) Minum teh misai kucing 2 paket sehari selama 4 bulan dan selepas itu makan 1 paket sebulan seterusnya.
vii) Makan kapsul habbatussauda 2 biji sehari selama 2 bulan dan 1 biji sehari selepasnya.
viii) Makan sayuran yang berkhasiat tetapi elakkan bayam, petola, buncis, cendawan, cauliflower, petai dan jering.
ix) Jangan makan kerap dan banyak ubi, kentang, keladi, pulut dan keledek.
x) Elakkan makan ikan berbisa seperti keli dan pari
xi) Kurangkan pengambilan dan kekerapan udang, kerang, sotong dan ketam. Kalau makan udang, setakat 2 ekor sahaja.
xii) Kurangkan pengambilan supplement tetapi spirulina boleh
xiii) Kurangkan kopi

2 Sdr menghadapi masalah dengan jantung sdr. Sama seperti buah pinggang, hospital dan doktor insyaAllah hanya dapat mengenalpastinya apabila tahapnya sudah kronik. Tahap jantung sdr sudah agak serius juga.

a) Punca masalah sdr ialah

i) Ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung_3_
ii) Margarine -1, soft margarine -1, Buttercup -1, kek -2, krim kek -1, lemak daging (tetel) -2, kulit ayam -1, bontot ayam -1, makanan bergoreng 4, minyak jelantah -2, susu pekat manis -2, krimer -1.
iii) Burger -3, Sosej -3, Nuget -3, KFC -3, Mc Donald -3, Pizza -3, kentang goreng -3
iv) Mandi selepas makan.

b) Rawatan
i) Elakkan sama sekali punca masalah seperti di atas
ii) Ambil segenggam kacang hijau, rendam kira-kira 10 minit, rebus sehingga masak tetapi tidak pecah kulitnya. Bukan direbus sehingga lembut seperti buat bubur kacang. Jangan bubuh garam. Selepas masak, buangkan airnya. Makanlah sepanjang hari. Lakukanlah setiap hari selama 2 -3 bulan

3 Paru-paru sdr juga sudah bermasalah.

a) Punca ialah

i) Mandi malam iaitu antara masuk maghrib hingga 5 pagi
ii) Ais krim
iii) Air batu
iv) Tidur bawah kipas yang laju (kelajuan 3)

b) Rawatan

i) Elakkan segala punca yang dinyatakan di atas
ii) Minum susu segar atau susu fullcream
iii) Elakkan merokok


Segala amalan yang saya sebutkan di atas sebenarnya adalah mudah untuk dilakukan sekiranya diizinkan oleh Allah SWT tetapi ramai yang sukar melakukannya kerana Allah SWT tidak mengizinkannya. Bagi memudahkan amalan ini dilakukan, elakkan dari melakukan segala dosa dan kerjakanlah segala perintahNya. Semoga sdr diberikan rahmat oleh Allah SWT.

Dalam situasi sekarang, kalau sdr berkahwin pun banyak mendatangkan masalah kepada suami dan anak-anak dengan situasi kesihatan sdr.

Sekian

emjay
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jikalau saya melalui lebuh raya dari Skudai, insya-Allah saya akan sampai ke kuala Lumpur, begitulah lazimnya. Jikalau seseorang melalui jalan hidup dan permakanan yang serupa dengan Ms Za, apabila cukup tempuhnya insya-Allah bakal mendapat masalah yang serupa.

Berdasarkan ini jugalah maka arwah guru mengajarkan saya bahawa tidak ada penyakit keturunan iaitu penyakit yang diwariskan daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun apa yang diajarkan sebagai pengganti ilmu ini ialah, sekiranya seorang ibu atau bapa menghidap penyakit seperti diabetes, jikalau anaknya mengamalkan cara hidup dan permakanan yang serupa dengan ibu bapanya, insya-Allah anak ini bakal mendapat penyakit yang serupa iaitu diabetes.

Sekian untuk kali ini semoga pembaca Laman Emjay sekelian diberikan Allah SWT rahmat kesihatan.

Wassalam wallahuaqlam

Emjay


19 comments:

  1. Saya punya dah lama hantar tp Emjay tak jawab lg pun melaui email saya. moza5067@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  2. perut saya berangin, rasa loya, sakit belah kiri perut/pinggang...period usually 5hb..tanda2 apakah ini?

    ReplyDelete
  3. kalau tidur dalam bilik berhawa dingin pulak macam na tuan?

    ReplyDelete
  4. sy menghadapi simptom jantung dan penafasan berteptan dengan penerangan tuan,,adakah sy perlu melakukan rawatan segera??
    harap maklum balas secepat mungkin~
    emel: syaz_zz@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Ikutlah rawatan sebagaimana yang saya sarankan di atas. Bacalah dan fahami serta amalkan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. bukan ais krim cornetto takde Halal Jakim ke?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ustaz..

    saya mempunyai masalah semput, sakit pada buah pinggang sebelah kanan dan kencing tak lawas dan ketiga2 penyakit ini saya rasa ada kaitan antara satu sama lain.

    saya ingin mencuba rawatan yang ustaz sarankan di atas.. apa yang menjadi kebimbangan saya ialah untuk minum air sebanyak 2 liter sehari.. untuk pengetahuan ustaz, saya kalu minum lebih air akan mengundang semput dan saya terpaksa makan pil frusemide untuk melawaskan kencing.. barulah semput saya akan hilang.

    bagaimana pandangan ustaz tentang masalah saya itu.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ustaz..sy slalu bgkak kaki dan jari tgn..xtau kenapa..xsakit..cme xslesa sbb tegang mcm belon yang dipam angin..kaki tu klo bgkak smpai betis..tegang smpai xblh cubit..malu plk kdg2..lawak pon ade..
    sy student IPTS.. jrg dpt mkn y sehat..bse la duit pon limited..menu y kerap= roti..magie..kdg2 baru dpt mkn nasi..tp da lame sy stop magie..skg sem 4.start mkn magie dr sem1.tp xkerap ... adekah tu slh satu punca bgkak y sy alami.?? fast food y lain jarang sgt2 dpt mkn..dan sy minum air dlm kategori sederhana..tapak tgn dan kaki slalu berpeluh..tu simptom dari kecik sy alami..sy ada masalah rabun jauh dari sekolah menengah..sy slalu rasa lesu..berat badan dlm 60..tinggi antara 163-165..last ukur tinggi masa menengah 5..sy agak2 je..ustaz,,sy rsau..mgkinkah sy ada masalah yg mggerunkan tu??? -student from seremban-

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam wbh

    Bengkak-bengkak tu menunjukkan gangguan pada buah pinggang sdr. Hentikanlah makan mee maggi. Rawatlah buah pinggang sdr melalui artikel-artikel di dalam bab penjagaan buah pinggang di sebelah kanan Laman Emjay tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ustaz.."setiap penyakit pasti ada penawarnya". Bagaimana dengan penyakit Hepatitis C.
    Saya telah disahkan oleh dokter positif Hepatitis C. Apa nasihat Ustaz. Wassalam.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbh

    Nak tahu dahulu apa kegemaran makanan sdr. Adakah sdr suka mee maggi, makanan berminyak / margarine dan makanan rapu lainnya?

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum wbt EMJAY.....salam syahwal buat saudara dan keluarga.
    Saya ada nak tanya apakah makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit yang mempunyai masalah darah pekat > Dan apakan jenis makanan yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah darah pekat?. Untuk pengetahuan EMJAY nenek saya ini mempunyai sakit gout, bekas pesakit kanser rahim.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh

    Darah pekat adalah darah yang mengandungi kurang air dan mengandungi kandungan toksik dan mineral yang tinggi. Juga kadang-kadang mengandungi tahap glukos yang tinggi. Ini berpunca dari kegagalan fungsi buah pinggang akibat pesakit mengambil tabiaat permakanan yang tidak baik seperti mengambil kurang air minum, mengambil makanan minuman merosakkan sebagaimana saya sebutkan dalam artikel saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75.

    Memandangkan nenek anda penghidap gout, buah pinggangnya memang bermasalah akibat tabiaat permakanan yang saya nyatakan dalam artikel tersebut.

    Kanser rahim adalah akibat permakanan yang mungkin banyak mengambil sardin, makanan dalam tin, mee segera, junk food, dan makanan fast food.

    Jagalah pengambilan makanan kerana Allah SWT menyuruh kita makan makanan yang halal DAN baik. Sebagai contoh minuman Nescafe dan Milo adalah halal tetapi tidak baik untuk diminum.

    DAN untuk kita mudah mengambil makanan yang halal DAN baik, jagalah hak Allah SWT semoga Allah sentiasa melindungi kita dari mengambil makanan yang tidak baik.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. salam saudara emjay...boleh sy dapatkan alamat saudara?

    ReplyDelete
  15. akum...umur saya 30 thn....saya ada kencing manis selama 4 thn....badan say ajadi teruk selepas saya melahirkan anak pertama saya....badan saya selalu sakit je...dr pinggan hingga ke kaki.....tapak kaki saya sentiasa sakit....selama 4 thn saya merana...saya dah cuba mcm2 ubat tapi x berjaya.....kaki yang bengkak...sampai nak bersama dgn suami saya pun susah...tak larat, sakit kaki teramat saya....

    ReplyDelete
  16. salam
    apakah punca rasa tekak spt ada benda yang sangkut?

    ReplyDelete
  17. Kalau dapat datanglah ke rumah saya di Johor Bahru.

    Emjay

    ReplyDelete