Assalamualaikum wbh
Kali terakhir saya menulis ialah pada 11 Ogos iaitu 9 hari lalu. Inilah pertama kali saya membiarkan Laman Emjay terlalu lama kerana perbagai urusan termasuk urusan keluarga iaitu turut bergotong royong membantu ipar menyambut menantu pertama semenjak jumaat hingga ahad lepas. Rindu dengan laman emjay memang bukan kepalang, laman emjay tidak dapat saya buka langsung semenjak seminggu.
Peluang bertemu sanak keluarga di dalam majlis sambut menantu ini saya ambil untuk memanjangkan mana-mana ilmu kepada mereka yang redha.
Ipar saya ini menerima menantu seorang ustaz yang mengajar di Miri yang mengahwini anak sulungnya seorang doktor yang menuntut di Dublin Ireland. Doktor ini sedang melakukan housemanship juga di ireland.
Di dalam kesibukan melakukan pelbagai persediaan majlis pernikahannya, saya sempat bersembang sebentar dengan doktor muda ini. Perbualan kami ini berpunca kerana doktor ini melihat kipas di dalam bilik yang didiami keluarga saya berputar dengan amat perlahan sekali . Doktor muda ini berusaha memasang wire extension di bilik kami untuk memasang satu lagi kipas kerana menyangka kipas syiling dibilik saya telah rosak kerana tidak berputar laju.
Bertitik tolak dari sini, berlakulah perbualan antara kami. Saya bertanya kepada doktor ini mengapa perlu di pasang wire extension.
"Kipas syiling tu rosak, tak boleh pusing laju, ni nak pasang kipas satu lagi". Jelas doktor.
"Kipas syiling ni tidak rosak cuma saya yang perlahankan kelajuannya". Jawap saya.
"Ooooooo" jawab doktor malu kerana tidak bertanya lebih lanjut kepada saya sebelum memasang wire extension.
"Di rumah ni semua kipas terpasang laju", doktor memberikan penjelasan.
Daripada perbualan lanjut kami berdua, doktor menjelaskan lebih lanjut bahawa dia pernah mengalami penyakit lelah semput tetapi penyakit tersebut kini telah pulih secara sendiri. Penyakit ini di alami sejak kecil tetapi kini pulih dengan sendiri. Lalu saya bertanya "di Dublin sana, rumah engkau ada pasang kipas tak?"
"Rumah di sana sejuk jadi memang tiada kipas", jelas doktor
"Di Dublin sana engkau minum susu lembu tak?" soal saya menambah.
"Saya di sana memang minum susu segar hampir setiap hari" jawab doktor
Dari perbualan kami berdua ini sudah mencukupi untuk saya membuat rumusan. "Engkau dahulu kena penyakit lelah semput kerana tabiaat suka guna kipas paling laju. Ubatnya ialah mengelakkan kipas laju atau memperlahankan kelajuan kipas dan meminum susu. Engkau telah pulih dari penyakit ini kerana telah mengambil kedua-dua ubatnya".
Saya menambahkan ilmu ini lagi dengan menegur amalan doktor tidak membenarkan bayi meneruskan makanan formula bayi dari susu lembu kepada bayi yang bermasalah sukar bernafas lalu menukarkannya kepada makanan formula dari kacang soya. Amalan ini sebenarnya adalah hajat orang Yahudi yang tidak ingin melihat anak-anak kecil terus sihat. Kalau boleh di dunia ini hanya orang yahudi sahaja yang sihat dan bangsa lain lebih elok mati.
Amalan susu formula dari susu lembu akan terus mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan anak-anak secara semula jadi untuk membersihkan paru-paru dari segala bahan asing yang memasukinya seperti susu yang tersedak. Dengan menukar kepada susu formula kacang soya, sistem paru-paru dan pernafasan akan tidak mampu lagi untuk menolak keluar bahan asing seperti susu yang tersedak masuk ke paru-paru dan ini mengakibatkan kes yang lebih berat seperti jangkitan kuman dan peneumonia yang akan menyebakan kerap demam dan kesan negatif lainya.
Untuk para pembaca membaca keterangan lebih lanjut berkenaan masalah yang diakibatkan oleh kipas yang berputar laju ini, bacalah artikel lalu saya bertajuk Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/07/penyakit-moden-penyakit-berkaitan.html.
Sebagaimana yang saya kerap sebutkan, bukan semua ilmu kedoktoran moden yang boleh diguna pakai. Ada di antara ilmu kedoktoran ini sebenarnya adalah perangkap untuk menjadikan umat manusia semakin lemah dan kerap sakit antaranya ialah:
1. Bila anak kecil demam panas dibawa ke hospital, anak ini akan dimandikan dengan air batu. Elakkan amalan ini kerana amalan ini menyelesaikan satu masalah tetapi menyebabkan timbul masalah lain iaitu masalah berkaitan saraf yang lebih serius.
2. Bila anak kena sakit kuning, doktor jemur bawah lampu kalimantang. Elakkan amalan ini dan gantikan dengan jemur awal pagi dan lewat petang di bawah matahari. Boleh ditambah dengan memandikan bayi dengan air ubat kampung tertentu. Anak yang pernah kena jemur bawah lampu kalimantang akan mengalami penyakit lain apabila besar.
3. Anak yang kerosakan hati akan akhirnya dilakukan pemindahan hati. Elakkan amalan ini. Penyakit ini mudah dirawat secara tradisional. Cuma kena elakkan memakan makanan rapu. Pemindahan hati hanya menyediakan kesembuhan sementara kerana hati yang baru dipindahkan ini juga akhirnya akan rosak kerana punca masalah ini ialah makan makanan rapu.
Sekali lagi saya rumuskan di sini bahawa amalan hidup kita termasuk cara permakanan harian mempengaruhi tahap kesihatan kita. Namun apakah sebenarnya faktor penting yang mempengaruhi tabiaat hidup dan amalan permakanan? Jawapannya ialah amalan agama seseorang. Seseorang yang mengamalkan amalan agama yang kurang lurus akan insyaAllah Allah susun suka tabiaat dan makan makanan yang merusak tubuh badan dimana akhirnya orang ini menerima penyakit. Orang yang amalan agamanya lurus insyaAllah akan disusun Allah tabiat dan suka makan makanan yang baik-baik dan akibatnya tubuh badannya lebih sihat.
Sekian wassalam wallahu'alam
Emjay
Dalam semburat jingga mentari sore yang kan tenggelam dan menghilang menuju ujung lautan. Hamba bersujud, mengharap ridho-Mu Allah.....
ReplyDeleteAssalamualaikum emjay,
ReplyDeleteMakanan rapu tu apa?
Terima Kasih didahulukan.
Waalaikumussalam
ReplyDeleteMakanan rapu adalah dalam bahasa Inggerisnya JUNK FOOD seperti twisties, chickedees, prezle, double decker, O ring dan pelbagai makanan ringan lain di pasaran.
Salam,
ReplyDeleteSaya agak tak puas hati dgn tulisan MJ yg ini...walau dibaca banyak kali pun sukar saya nak mengerti. Kenapa dikaitkan kipas angin dgn lelah. Dublin pun nak pakai kipas angin? Duk Cameron Highland pun dah tak tahan...ini pula Dublin.
Minum susu lembu pun jadi isu? Bukan minum susu ibu ker....??? Musykil...
Ada kawan2 saya yg tak minum susu lembu pun elok ajer... yg tidur berkipas pun elok ajer...
Apa yg menjadi saya lagi tak puas hati apabila KUASA PENYEMBUHAN tu digambarkan kpd KIPAS & SUSU LEMBU!!!!! Mana kuasa ALLAH????
Hebat sangat ke kuasa kipas & susu lembu tu???? Sehingga MJ mengagungkannya, siap buat topik sebagai bukti lagi.....tak faham...tak faham...
Walau apa pun, nasihat MJ mengenai "junk food" tu saya sokong...teruskan.
Kepada sdr mienyak,
ReplyDeleteSebelum komen lebih panjang, artikel ini adalah artikel sambungan. Kenalah baca dahulu artikel awalnya iaitu bacalah artikel lalu saya bertajuk Penyakit moden - penyakit berkaitan sistem pernafasan (PBSP) di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/143 .
Mj ni putar belit byk.... sekejap kata kuasa Allah..Rubbubiyyah lah.... sekejap kuasa kipas dan susu lembulah..... artikel bersambung ke tidak.. sama aja... yang pastinya putar belit banyak sangat.
ReplyDeleteakubodo...jangan jadi bodo, benda tu kan kajian sahaja, dan ia adalah asbab, dimana didalam susu lembu itu banyak khasiatnya Allah himpunkan.Sama jugak dengan susu ibu,banyak khasiat terkandung didalamnya. Kita berfikir biar nampak apa disebalik ciptaan Allah itu. Tentang garam tu pun ramai yang tak faham. Garam Allah jadikan ia bermanafaat untuk penyedap kepada citarasa kita terhadap makanan,tapi kalau dah dijadikan ia sebagai penghalau hantu,tangkal apa cerita...?
ReplyDeleteTak pernah dengar pulak jin2 ni takut dengan garam. Tentang penggunaan abu tanah ketika S.A.W melintasi kaffir Quraisy untuk menyelamatkan diri dari kepungan mereka itu, itu adalah keistimewaan yang Allah berikan kepada S.A.W,
dan di perintah sendiri oleh Allah. Asalnya abu tanah itu tak ada apa2,tetapi dengan kuasa 'Kun fa ya kun' maka jadilah ia sebagai asbab untuk mengantuk kan tentera kaffir Quraisy.Maaf kalau terkasar bahasa...KALAU KITA KELIRU,JANAGAN NAK MENGELIRUKAN ORANG LAIN.
Assalamualaikum wbh sdr muaz2006
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih kerana turut mendidik sdr akubodo biar dia celik akal.
Saya minta izin nak copy paste ayat sdr muaz2006 "..KALAU KITA KELIRU,JANAGAN NAK MENGELIRUKAN ORANG LAIN."
Lagi banyak akubodo menulis lagi banyak menunjukan kebodoan. Kalau masuk Laman Emjay dengan niat yang baik untuk mencari ilmu atau berkongsi ilmu maka insya Allah itulah yang akan Allah berikan tetapi kalau ke Laman emjay untuk menunjuk lagak, insyaAllah kebodoanlah yang dipamerkan.
Semoga akubodo segera celik akal dan balik ke pangkal jalan.
Wassalam wallahualam
Emjay
Tapi di sini jelas..... dalam kisah nabi tersebut menunjukkan bahawa manusia perlukan sandaran untuk sampai kepada Allah berdasarkan kepada situasi.... manusia tidak boleh direct kepada Allah.. sedangkan Nabi s.a.w sendiri menggunakan abu sebagai asbab..... begitu juga garam... sememangnya garam itu tiada apa kuasa... tetapi adalah sebagai asbab... media kepada doa... bukan garam itu yang penting tetapi pengisiannya... doa yang dibacakan di rakam di dalam garam. Saya masuk ke laman emjay dengan niat yang baik untuk membetulkan kekeliruan umat dibawa oleh emjay. Kenapa nabi gunakan abu??? Apakah mj dan muaz2006 lebih dekat dengan Allah berbanding nabi s.a.w sehingga menolak penggunaan media???
ReplyDeletesetiap ciptaan Allah itu ada manfaatnya...contoh garam..bukan sekadar penyedap makanan...penggunaannya dalam bidang perubatan sudah diakui oleh saintis juga... terlalu sempit pemikiran orang yang memandang ciptaan Allah dengan satu khasiat. Menabur garam bukan bermakna menghalau jin dengan garam..tetapi ia adalah media kepada pengisiannya.... Menolak kelebihan sifat yang ada pada garam bererti menolak sifat ciptaan Allah s.w.t... apakah anda beranggapan bahawa Allah itu begitu terhad kemampuannya dengan menjadikan garam sebagai penyedap makanan.... yang menyatakan garam itu penyedap makanan adalah manusia juga... sebelum ia digunakan sebagai penyedap makanan maka ia sebagai apa???? Takkan penggunaannya hanya dihadkan kepada penyedap makanan sahaja setelah manusia mengetahui ia boleh menyedapkan makanan.... Tetapi ingat.... yang bagi sedap itu Allah s.w.t bukannya garam....
ReplyDeleteWahai sdr akubodo semoga cepat celik akal.
ReplyDeleteCara pemikiran engkaulah yang menyebabkan orang bertangkal dan berazimat. Orang guna tangkal seperti kemenyan dan berbagai objek lain adalah berlandaskan pemikiran macam kepala engkau. Mereka dok kata tangkal itu asbab juga. Mereka pun kata mereka percaya kat Allah macam engkau juga.
Mereka ini dok kata juga kalau Nabi boleh guna abu seperti kata engkau tu, apa salahnya mereka gunakan tangkal seperti kemenyan dan pelbagai tangkal lainnya.
Mereka yang guna tangkal seperti salah seorang rakan pensyarah saya juga berkata "saya hanya berusaha selebihnya terserah kepada Allah"
Engkau ni sdr akubodo, kononnya nak jadi pendekar menyelematkan orang dari syrik tetapi ingatlah:
" "Hakim itu ada tiga, dua orang di neraka dan seorang lagi di surga. Seorang yang tahu kebenaran dan ia memutuskan dengannya, maka ia di surga; seorang yang tahu kebenaran, namun ia tidak memutuskan dengannya, maka ia di neraka; dan seorang yang tidak tahu kebenaran dan ia memutuskan untuk masyarakat dengan ketidaktahuan, maka ia di neraka." Riwayat Imam Empat. Hadits shahih menurut Hakim."
Wallahualam
Emjay
Tangkal itu lain wahai mj... tangka dan azimat tiada khasiat jelas tiada elemen sains dan tidak logik kalau mj kata saintis akan buktikan tangkal ada unsur sains dan orang macam saya boleh terima.... garam ada khasiat.... garam tu selain dari penyedap makanan... boleh untuk rendam kaki... buat mandian... cuci kotoran.... apa punye sempit la pemikiran mj ni..
ReplyDeletemj pun sama kononnya nak jadi pendekar nak menyelamatkan orang dari syirik... tapi pemikirannya sempit. yang boleh pun dikatakan tidak.
Garam memanglah boleh untuk garam tu selain dari penyedap makanan... boleh untuk rendam kaki... buat mandian... tetapi yang hang belajar dari orang kafir ilmu garam halau negative energy dan juga halau hantu syaitan tu yang tidak betul. Kalau hang terus mengatakan garam boleh halau negative energy dan juga halau hantu syaitan, puak lain juga akan terus mengatakan tangkal itu pun sama boleh halau negative energy dan halau hantu syaitan wahai hulubalang sesat!!!!
ReplyDeleteKalau selepas ini ada malaun berkata asam jawa pun boleh guna untuk halau negative energy dan halau hantu syaitan, engkau nak benarkan ke????? Kalau selepas itu ada pulak saintis malaun pula berkata kari ikan boleh digunakan untuk halau negative energy dan halau hantu syaitan, engkau nak hujah macam mana??
Semoga segera celik akal.
Emjay
emjay tok sah layan bebudak ni, teruskan menghantar artikel selanjutnya itu yang lebih penting..... biar kasi lagi panas diorang.... hehehe
ReplyDeleteemjay tok sah layan bebudak ni, teruskan menghantar artikel selanjutnya itu yang lebih penting..... biar kasi lagi panas diorang.... hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum alhamdulillah dan terima kasih zulk72
ReplyDeletemj ni pun satu... garam itu berbeza dengan asam jawa.... macam tu juga bezanya awak dengan nabi... abi maksum ...hang tu tidak.... garam tu bukan halau hantu syaitan la mj.... garam tu boleh menyerap energi.... dan meneutralkan cas. Apa la hang sempit betul punya pengetahuan... hantar artikel pun tak guna.... mj duduk diam2 lagi bagus.. makin parah masyarakat ada mj ni. konsep energi pun dia tak paham.
ReplyDeleteWahai sdr akubodo semoga cepat celik akal
ReplyDeleteInilah ilmu yang engkau pelajari iaitu dari orang kafir Kristian. Mereka ini memang dah gunakan garam untuk menghalau energies sejak lama dahulu:
http://www.paganlibrary.com/editorials/ghost_first_aid.php
Salt
Any kind of salt will do, but I have a liking for sea salt. This is for the tougher areas, the parts of the house where the energies were the most frightening or the most resistant, or you just felt that the attachment of the ghost or spirit was stronger.
Take some kind of small dish or even a paper bowl. Put some salt in it, and then place it in that area. Do not cover it. You want the salt to be exposed to the air. You can put little bowls of salt under furniture, in closets, in the cupboard under the sink, under the bed...anywhere that you feel residual haunting energy. You can sprinkle it on the floor if you have a very scary basement, but don't do this for an ordinary house floor, unless you are going to clean it up right away. Salt cleanses, but prolonged contact will corrode wood, tile, etc. Cement shouldn't be harmed by it at all.
Now let me tell you why you should use salt for the tougher areas: negative energy can't exist in the same place as salt. For thousands of years, salt has been used to ceremonially cleanse things, especially food (Orthodox Jews use it to help make meat kosher). Epsom salt is used for cleansing the body and healing aches and pains. Salt water is also used to cleanse objects for consecration in Wiccan rituals, and can also be used to set up a protective circle and establish sacred space. It is a very powerful substance!
Sila baca artikel saya bertajuk Asal usul menggunakan garam dalam rawatan orang Melayu di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/145
Semoga sdr akubodo tidak bodo lagi dan tidak menggunakan lagi tangkal dari garam!!
Wallahualam
Emjay
Sebaiknya ingat pada Allah, garam itu tiada manfaat dalam halau hantu... hantu mana takut dengan garam.... Syaitan atau jin hanya takut kpd orang yang beriman dan beramal. Buat kerja sia2 halau hantu dengan garam...
ReplyDeleteKalau iblis takut dengan garam, dah lama Nabi ajar. Dari mana Prof. Dr. Akubodo dapat ilham pakai garam? Mimpi? Atau wahyu? Campur telur dan garam jadi telur dadar takpun nasi goreng paprik, makan dan Alhamdulillah.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletehal penggunaan garam dalam rawatan telah lama digunakan oleh guru2, ustaz2, doktor2 dan ulama2 sekian lama.... permasalahan ini perlulah dirujuk kepada mereka yang arif dalam ilmu tersebut.... pasti mereka mempunyai hujah mereka
persoalannya di sini adakah sama penggunaan garam oleh paderi atau sami dengan orang mukmin yang merawat ikhlas kerana Allah?
penggunaan garam sekiranya sebagai tangkal (benar2 tangkal) adalah dilarang dan mengundang syirik kepada Allah..... semoga kita dijauhkan daripada syirik kpadaNya...
Sesungguhnya hanya Allah yang layak memberi petunjuk kepada hamba2nya sekiranya Dia menghendaki dan Dia Maha Mengetahui...
semoga kita semua diberi Petunjuk oleh Allah swt....
wassallam
Tepat kata2 rendahkosong.... jangan rasa diri dah pandai sangat... baru makan garam dah naik garam.
ReplyDeleteWahai radinsahid @ jihadin @ akubodo @ emjayib @ emjay2
ReplyDeleteKalau engkau ingin menulis reply, saya benarkan hanya menggunakan nama asal engkau iaitu akubodo. Sila gunakan akubodo atau kalau nak tukar sila gunakan akubododahpandai.
Jangan suka menyamar nama yang bukan-bukan terutama trademark saya emjay.
Biarlah seseorang tu ada integriti tentang apa yang dituliskan.
Emjay
diri sendiri pun tidak tahu siapa diri sebenarnya.... sebab itulah menggunakan nama bukan-bukan... termasuk juga emjay.. sesiapa boleh menggunakan nama emjay dan gambar emjay kerana ia bukan diri yg sebenar.
ReplyDeleteIlmu pasal garam adalah ilmu dunia bukan ilmu agama..... sebab itu nabi tak ajar... sdr anajahil.. baik tukar nama agar tidak terus jahil sampai habis nyawa.
ReplyDeleteMungkin anda pernah mendengar atau membaca kata-kata istilah MEDITASI DAN KOSENTRASI yang membawa erti dalam bahasa kita, lebih kurang ialah: Penghayalan dan penghayatan untuk mencapai sesuatu melalui alam ghaib.
ReplyDeleteDan ada pula yang mengatakan satu daripada pelajaran ilmu kebatinan, kerana ia lebih menumpukan pergerakan tubuh badan yang digerakkan oleh kekuatan dalam hati sanubari seseorang disamping mental yang kukuh. Kerana mengikut pelajaran ini, hanya bagi mereka yang mempunyai kekuatan mental dan pemusatan pemikiran yang jitu saja dapat menguasai, kalau tidak akan sia-sia saja mengikuti pelajaran yang akan disampaikan melalui ruangan ini.
Ia bukan ilmu sihir, bukan juga silap mata, tetapi setiap diri manusia itu mempunyai magnet dan elektrik yang dapat memancarkan keajaibannya untuk penyembuhan dan memberikan tubuh badan jadi sihat dan kuat.
Ia tidak boleh digunakan untuk trujuan jahat atau cuba menguji kebolehan orang lain, ia hanya satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan seseorang kerana semakin kita bertambah umur, semakin kurang tenaga dan kesihatan kita, justeru itu untuk terus sihat kenalah kita mengatur hidup dan mengamalkan sesuatu ilmu yang boleh menambahkan kekuatan tubuh, biarlah kita hidup yang dihidupkan dan bukan sebagai hidup-hidupan.
Kejayaan atau tidaknya pelajaran ini anda ikuti, adalah tergantung pada keyakinan, tekun dan mengamalkan mengikut peraturan yang diterangkan disini.
Apakah persediaan yang perlu anda kendalikan? Jawabnya, tidak ada apa-apa yang diperlukan, hanya kesungguhan dan meneruskan pelajaran ini tanpa di selang seli. Sekali kita lakukan, kemudian berhenti, bila teringat baru nak buat latihan, kalau macam ini akan sia-sia sajalah pelajaran yang anda ikuti. Cuba dan latihlah hingga berjaya, kalau ada sesuatu yang kurang faham, sila hubungi kami, Semuga Anda Sihat.
Untuk permulaan ini cubalah yang mudah dan senang difahami, kerana latihan ini sangat berguna untuk meneruskan lagi latihan-latihan yang lebih sukar, sebagai asasnya ia perlu dipelajari dengan teliti agar tidak keliru.
Sebagai asas latihan ia memerlukan ketekunan dan penuh kesabaran ibarat menebuk ruyung mahukan sagunya. Untuk ini kita perlu mempelajari bagaimana cara untuk mengambil ASABAT atau Prana yang membangunkan tenaga dalam sebagai kekuatan batin dalam diri kita sendiri.
Asabat banyak terdapat di alam ini, terutama dalam udara, lebih-lebih lagi cahaya matahari. Kerana itulah kita mencari Asabat untuk mendapatkan kesaktiannya melalui pernafasan dan pandangan MATA ke arah matahari yang menjadi sumber Asabat.
Cara untuk latihan ini ialah: Dengan duduk bersila, tenangkan fikiran, kaki jangan dilipatkan seperti duduk bersila biasa, bebaskan sahaja jangan bertindih antara satu sama lain. Tangan letakkan dikedua-dua lutut pun dengan secara bebas, jangan tekan atau kaku - rilek sahaja.
Badan hendaklah duduk tegak dan lurus. Pejamkan mata, kendurkan semua urat saraf, fikiran terus tenang jangan mengingatkan sesuatu melainkan Allah.
Ketika itu hilangkan semua fikiran yang negatif atau sesuatu yang menganggu fikiran, tenang setenang-tenangnya. Tumpuan hanya kepada Allah. Sesudah tenang, mulakanlah menarik nafas secara teratur atau berirama sekiranya fikiran masih kusut atau belum tenang jangan lakukan kerana sia-sia saja membuat latihan.
Setelah semuanya tenang dan nafas teratur ikutilah arahan ini:
1. Tarik nafas melalui lubang hidung selama lapan (8) detik atau lapan denyutan
nadi kita.
2. Udara ditahan dirongga dada selama empat (4) detik atau empat denyutan nadi.
3. Lepaskan udara yang ditahan didada tadi selama lapan (8) detik atau lapan
denyutan nadi.
Sewaktu menarik nafas, perut kita hendaklah dikempiskan rongga dada kita kembangkan. Sewaktu mengeluarkan nafas janganlah tergesa-gesa, aturlah tarikan / turunnya nafas, jangan seperti nafas orang yang lepas lari 400 meter.
Hembusla
Jelas hari ini saya mulai mengenali siapa dia anakkerak. Sejak hari itu saya hanya mendiamkan diri di atas segala penulisan reply oleh anakkerak. Rupanya anakkerak ini adalah suku sakat prof dr Ibrahim, sir prof dor norhisyam dan akubodo (profesor tenaga)
ReplyDeleteLihatlah tulisan anakkerak di atas yang mengajarkan ilmu meditasi, tenaga sakti, Asabat dan prana.
Kalau anakkerak menggunakan Laman emjay untuk memanjangkan semua ilmu ini, saya rasa sdr sudah tersesat jalan. Laman Emjay adalah laman yang menentang tenaga dalaman, aura, chakra, prana, tenaga sakti, kundalini, reiki dan yang sewaktu dengannya.
Saya akan mendelete segala penulisan yang mengajarkan ilmu-ilmu ini di Laman Emjay.
Sekian wallahuaqlam
Emjay
Itu bukan tulisan saya.... saya cuma copy paste dari laman web suku sakat meditasi... untuk dilihat dan dinilai.
ReplyDeletesdr mj.. adakah sdr rasa sdr yg terbaik??
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh sdr anak kerak
ReplyDeleteSekiranya ini benar bukan dari tulisan anakkerak, alhamdulillah dan oleh itu saya pohon jutaan kemaafan dari anak kerakdi atas kesilapan saya.
Namun saya minta kerjasama dari anakkerak dan pembaca lain, kalau tulisan berbentuk copy paste, sebutkanlah ianya dari copy paste agar saya tidak membuat kesilapan berdasarkan hanya kepada tulisan tersebut.
Emjay
Assalamualaikum wbh sdr anakkerak
ReplyDeleteSaya tidak boleh sama sekali merasakan saya yang terbaik. Saya dalam usia ini masih terus belajar agama insyaAllah setiap hari selasa malamnya. Saya adalah hamba Allah yang lemah.
Namun saya mempunyai rasa kasih sayang yang mendalam kepada semua pembaca laman emjay dan kaum islam semuanya. Dari rasa kasih sayang inilah timbul rasa tanggung jawab untuk membantu umat Islam dari terjebak kepada perbuatan yang sesat.
Sekiranya sewaktu saya bermain meriam karbaid atau gun powder dahulu saya tercedera dan cacat, sudah tentunya saya akan sentiasa berpesan kepada kanak-kanak agar jangan bermain meriam karbaid atau gun powder kerana berat akibatnya.
Setelah melihat berbagai akibat burut dengan mata kepala saya sendiri hamba Allah yang bermasalah akibat penggunaan amalan dan produk aura, chakra, prana, CVT, tenaga dalaman dan yang sewaktu dengannya, itulah sebabnya saya bersungguh-sungguh untuk menghalang umat Islam dari mengamalkan dan menggunakan produk tenaga dalaman, kuasa minda, aura, chakra, CVT dan yang sewaktu dengannya.
Saya mewujudkan Laman Emjay tanpa sebarang ganjaran material adalah sesungguhnya kerana sifat kasih sayang dan bertanggung jawab kepada umat Islam.
Sekali lagi saya saya pohon kemaafan kepada anakkerak.
Sekian wassalam wallahualam
Semoga sdr anakkerak sentiasa dijauhi Allah dari amalan berkaitan aura chakra, tenaga dalaman, kuasa minda, CVT dan yang sewaktu dengan nya semoga sdr memperoleh berbagai rahmat dari Allah swt.
Emjay
wahbi betul mj ni
ReplyDeletekipas angin..ermmm...hehehe ..uikkk delete lagi..
ReplyDeletecukup la wahai semua umat Islam..Sedarlah tiada siapa dari diantara kita bijak dan pandai ..kerana yang lagi MAHA BIJAKSANA IALAH ALLAH S.W.T..andai kata kita belajar sana sini,itu dan ini tidak bermakna kita sudah mengetahui segala galanya..malah semakin jahil sebenarnya...Kita hanya makhluk kecil ...sedar lah kita semua ni dapat ilmu , belajar semua ini adalah rahmat, hidahyah, rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T Yang Maha PeMurah, Maha Pengasih, Maha Mengetahui Maha BiJaksana, Maha Kekal, Maha Perkasa.... Sifat Allah S.W.T ada 99 telah mengalahkan kita semua..wahai kesemua yang berakal waras..untunglah kerana berilmu namun bersyukurlah ilmu yang Allah berikan , jgn lah kita semua bangga dengan ilmu yang sedia ada bagi menunjukkan siapa lebih pandai walha tiada siapa pun diantara kita ni pandai ...makin tinggi ilmu yang kita ada wajib kita merendahkan diri bukan kita nak berbahas kamu salah atau aku salah..sebaliknya kita wajib nafikan segala kuasa makhluk dan letakkan Allah S.W.T sahaja berkuasa ..tanpa asbab dan perantaraan Allah S.W.T boleh melakukanNya...Allah Buat apa saja yang Dia Kehendaki dan seadanNya Dia(Allah S.W.T Yang Lagi Maha Agung dan Berkuasa ) mahukan terjadi maka tiada diantara kita boleh menghalangiNya...Allahuakhbar..Sujudku padaMu Ya Allah..S.W.T ..Mudah mudahan kita semua sedar kita tidak ada keupayaan apa apa pun kerana khazanah Allah Yang Maha Kaya tidak akan terjejas sedikit pun atau berkurang sedikitpun.
ReplyDeletePandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
ReplyDeleteassalamualaikum wahai saudara-saudara seislam,mengapakah kalian memburukkan antara satu sama lain?kenapa sampai mencaci antara satu sama lain?tidakkah didalam khutbah terakhir Rasulullah telah mengingatkan supaya umatnya memegang sunnah dn merujuk al-hadis dan al-quran sebagai tali agama ad-din ini? andai kalian memegangnya hingga ke liang lahad nescaya kalian tidakkan sesat selamanya.hidup islam itu mudah,jangan disusahkan.solat ikut Rasulullah,hidup cara Rasulullah dan ingat mati satu hadiah
ReplyDeletepertelingkahan itu adakalanya baik, tp kdg2 jd tak baik...jgn smpi pecah belah umat sudah.. kerana bila matinya anak adam itu terputus segala amalnya kecuali 3: sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat,doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya... elok dipastikan perkara ini sebaik2nya wahai kaum muslimin/muslimat sekelian
ReplyDeleteugama untuk kebaikan-cari yang terbaik-jangan sulitkan yang telah dimudahkan-ALLAH SEGALA-GALANYA
ReplyDeleteKlau minum susu kambing ganti susu lembu, ok x?
ReplyDeleteUntuk tujuan perubatan, gunakan susu lembu sama ada segar atau fullcream sahaja.
ReplyDeleteEmjay