Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Tuesday, 30 July 2013

Sah Dr Azizan Osman Bomoh Sesat



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbth
(Telah dikemaskini pada 9 Desember 2019)

Alhamdulillah semalam ada seorang hamba Allah wanita berstatus janda datang belajar. Hamba Allah ini baru belajar dan semalam adalah kali kedua beliau datang. Kali pertama dia datang adalah pada minggu lepas. Alhamdulillah walau pun baru belajar jelas nampak kesan pelajaran minggu lepas dan seronok mendengar rahmat yang Allah berikan kepadanya. Begitulah janji Allah SWT, kita mendekati Allah sejengkal, Allah SWT mendekati kita sehasta.

Apabila banyak perkara yang disoal oleh hamba Allah ini maka itu sebenarnya menunjukkan beliau sudah mula mengapplikasikan pengetahuan agama yang dipelajari pada minggu lepas.

Perkara yang paling menggembirakan saya ialah apabila hamba Allah ini sudah mengenalpasti apa itu tangkal dan beliau membawa satu tangkal sebagaimana di dalam gambar berikut. 

Tangkal kayu bodoh. Berhala orang Melayu!


Tangkal tersebut diberikan oleh orang yang sangat dihormati dengan ilmu agamanya yang juga mengajar agama. Siap ada gelaran Haji. Kalau orang agama mengedarkan tangkal maka amat mudah sekali bagi orang awam untuk menerima kesesatan tersebut tanpa menyedari bahawa perbuatan menerima dan menyimpan tangkal tersebut adalah satu perbuatan syirik.


Pelajaran agama untuk hari semalam disambung dengan bab Rububiah Allah. Banyak perkara yang saya sentuh termasuk perkara penting iaitu :


  1. Ia membawa maksud mengaku dan mengiktiraf bahawa Allah adalah Tuhan Yang         Maha Esa, pencipta kepada seluruh alam dan pemiliknya. Allah yang mencipta, memberi rezeki kepada semua makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu yang ada di atas alam maya ini. Allah sahaja yang memberi mudarat, manfaat dan kesenangan kepada seseorang. Allah yang menerima permohonan doa hambaNya. Dialah yang mentadbir, mengurus perjalanan alam ini dan berkuasa melakukan sesuatu menurut kehendakNya dan tidak ada kuasa yang mampu menandingi kekuasaanNya.
  2.   “Apakah lawan tauhid rububiah? Lawan bagi tauhid rububiah ialah beriktikad adanya sesuatu bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, dalam mengadakan atau meniadakan sesuatu, menghidup atau mematikan, mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan atau beriktikad adanya sesuatu yang menandingi Allah dalam kandungan nama-namaNya dan sifat-sifatNya seperti mengetahui perkara ghaib, pemilikan keagungan, kebesaran dan sebagainya”.
  3.  Konsep rububiah Allah ini selari dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam iaitu  kalimah Hauqalah;
“La hawla wa laa quwwata illa billah”  (Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja)).
Kuasa, daya atau kekuatan adalah mutlak milik Allah tetapi apabila kita menafikan hak Allah lalu mengatakan bahawa kuasa itu milik nasib, milik tangkal, milik minda bawah sedar, milik manusia, milik bomoh, milik pengasih, milik pendinding, milik pelaris, milik wali yang sudah meninggal dunia maka kita telah meletakkan taraf Allah lebih rendah atau sama taraf dari semua perkara-perkara ini dan dengan itu telah menjadikan pelaku sebagai melakukan syirik.

Setelah membincangkan beberapa contoh kelihatan hamba Allah ini semakin mantap. Apa yang lebih menggembirakan saya ialah apabila hamba Allah ini menyelongkar beg tangannya lalu memberikan saya sekeping wang RM50 yang sudah ditulis dengan tulisan yang diajarkan oleh Dr Azizan di dalam satu kursus kendalian Dr Azizan yang dihadiri oleh hamba Allah ini iaitu pada 29 Julai 2010. 
Dr Azizan Osman


Berikut adalah gambar wang RM50 sebenar dengan nama serta tanda tangan hamba Allah ini telah saya padamkan.



Berikut saya tuliskan semula perkataan-perkatan yang terdapat pada wang tersebut:
 

29/7/2010


Saya (NAMA SEBENAR) telah memberikan komitmen saya untuk menguruskan duit dan seluruh kawan-kawannya untuk mendapatkan kebahagian, kesihatan, kejayaan, kekayaan dan keberkatan dan aku memberikan komitmen untuk menggunakannya membantu mereka yang memerlukan. DUIT, kau panggil semua kawan-kawan kau datang kepada aku kerana aku adalah MONEY MAGNET
Tanda Tangan
Nama Penuh.

Ayat yang diguna pakai oleh hamba Allah sebagaimana yang diajarkan oleh Dr Azizan yang terdapat pada wang RM50 tersebut adalah dinamakan MONEY MAGNET atau dalam bahasa Melayu dinamakan ibu duit. Dalam masyarakat Melayu kepercayaan sesat mengenai ibu duit sudah lama berakar umbi. Ada berbagai tangkal pemberian bomoh berperanan sebagai ibu duit yang berfungsi untuk mendapatkan lebih banyak duit. Oleh kerana lemahnya fungsi para mufti di Malaysia, orang ramai berani mengiklankan khidmat menjual ibu duit di internet siap dengan nama lengkap dan nombor telefon seperti iklan sesat di sini: 


Ibu duit dari http://mistik707corner.blogspot.com/

http://mistik707corner.blogspot.com/  dan http://indukwang.blogspot.com/p/pengenalan.html

Seandainya ibu duit ajaran Azizan Osman ini hebat boleh mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan, ternyata Azizan telah tidak berjaya dan tidak bahagia dengan bekas isterinya Madiha Mohammad yang telah diceraikan sebagaimana diceritakan di http://dewakebaikan.wordpress.com/2010/04/22/salah-tilik/

Mempercayai Money Magnet atau ibu duit ajaran Dr Azizan Osman adalah sesungguhnya merosak akidah kerana bercanggah dengan sifat rububiah Allah SWT iaitu sebagaimana saya nyatakan di atas dan ulang lagi sebagai :

“Lawan bagi tauhid rububiah ialah beriktikad / meyakini adanya sesuatu bersama-sama Allah dalam mengatur alam semesta, ....... mendatangkan kebaikan (manfaat) atau menolak keburukan .....”. 

Dr Azizan dalam kursus motivasi ini juga menyatakan bahawa wang kertas yang perlu digunakan untuk menulis jampi Money Magnet tersebut boleh menggunakan wang RM5, RM10, RM50 atau RM100. Lebih besar nilai wang yang digunakan untuk menulis jampi, maka lebih besar kesan kebaikannya. Ada peserta kursus yang mengharapkan pulangan lebih besar menulis di atas wang RM100. Hamba Allah ini tiada wang RM100 maka beliau menggunakan wang RM50. Puhhh jauhnya umat Islam di Malaysia tersesat dengan ajaran si Azizan ini. Nauzu billahi min zalik. Aku berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).

Orang kafir seperti Hindu mencipta patung berhala untuk mereka mohon pertolongan. Dr Azizan mengajar orang ramai yang menyertai kursusnya bagaimana untuk mencipta Money Magnet atau ibu duit yang sebenarnya juga adalah berhala baharu bagi mereka memohon pertolongan. Mengharapkan bantuan dari sesuatu yang mana hal tersebut adalah hak Allah semata-mata adalah satu perbuatan syirik. Orang Islam beriman apabila mengharapkan rezeki, mereka berharap kepada Allah SWT. Azizan mengajarkan pengikutnya agar berharap kepada Money Magnetnya.

Sebarang perbuatan menconteng wang kertas adalah HARAM sama seperti membakar wang kerana ia adalah perbuatan mensia-siakan rezeki dari Allah SWT. Lagi besar nilai wang kertas yang diconteng maka lebih besarlah dosanya. Mana mungkin perbuatan mungkar mampu mendatangkan lebih banyak wang.

Sebagaimana biasa orang-orang sesat macam si Azizan ini turut mengajarkan ilmu rahsia tarikh lahir dalam ceramahnya serta turut mengajarkan ilmu kuasa minda (mind power). Antaranya Azizan mengajarkan para peserta agar sebelum tidur mengamalkan bacaan sebanyak 21 kali “SAYA INGIN KAYA, BERJAYA DAN BAHAGIA”.  Allah SWT melalui rasulNya mengajarkan doa dan bacaan ayat-ayat tertentu dari Al Quran tetapi si Azizan mengajarkan sesuatu yang bertentangan melalui ilmu sesat kuasa minda.

Alhamdulillah saya telah menulis berkenaan Dr Azizan dan ilmu tarikh lahirnya di dalam artikel saya yang lepas di http://laman-emjay.blogspot.com/2009/07/malaysia-ghairah-ilmu-rahsia-tarikh.html

Sudahlah Azizan, bila nak bertaubat, mengajarkan orang ramai dengan ilmu sesat amat berat sekali kesalahannya disisi Allah SWT. Dosa setiap orang ramai yang mengamalkan ilmu money magnet pun engkau akau turut sama menanggungnya selain dosa diri sendiri. Begitu juga dengan ilmu rahsia tarikh lahir dan kuasa minda. Kau tak gunakan ilmu kuasa minda engkau tu  ke untuk mengelakkan bercerai dengan Madiha Mohammad???? Gunakanlah jampi serapah kuasa minda kau tu sebelum tidur baca sebanyak 21 kali "aku ingin bahagia bersama isteri ku Madiha Mohammad sampai ke jannah dan tidak bercerai dengannya"

Kepada orang ramai yang mempelajari ilmu money magnet ini dan masih menyimpan  RM50 ini eloklah bertaubat segera kerana kesalahan dosa ini adalah amat berat. Selepas bertaubat, bakarlah duit tersebut kerana duit tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi kerana duit tersebut telah diconteng.

Tentang apa jua pelaris, fahamilah gambar di bawah:




Meyakini tulisan Money Magnet ajaran Dr Azizan Osman ke atas wang kertas mampu mendatangkan lebih banyak duit adalah syirik. Ketua besar yang mengajarkan ilmu sesat syirik adalah BOMOH SESAT AZIZAN OSMAN.

Dengan bukti-bukti yang dijelaskan di atas jelaslah bahawa Dr Azizan Osman ini adalah bomoh sesat. Bukan ratusan orang yang disesatkan malahan ribuan.

Sekian untuk kali ini wallahua'lam

Emjay

95 comments:

  1. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  2. Saya tak minat sangat dengan dr azizan.tapi setakat yang saya baca di sini pun sama dengan proses kaunseling/psykologi yang ditulis dalam buku motivasi dalam pasaran.tulisan dan kata2 motivasi iTunes sama dengan orang yang sakit yang kuat semangat lain dengan lemah semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf.#tulisan dan kata2 motivasi itu sama dengan dalam buku motivasi orang lain.kata2 positif members kesan kepada semangat seseorang. Sama seperti seorang yang mempunyai semangat hidup yang tinggi mempunyai peluang lebih tinggi waktu ditimpa musibah seperti kemalangan

      Delete
    2. Maaf.tulisan dan kata2 motivasi itu sama dengan dalam buku2 motivasi dalam pasaran

      Delete
  3. Salam....bukan ke kaedah tu salah satu teknik "law of attraction???" Banyak lagi yg kita kene belajar dan ambil tahu..tak baik tuduh2..silap ari bulan kita yg malu sebab berkata benda yang kita tak tahu...saya tak menyokong mana2 pihak..cuma bagi pandangan...fikir2kan... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbh

      Law of attraction tu siapa yang buat? Nabi Muhamad SAW?

      Charles Darwin pun menghasilkan "Law" atau hukum. Nak ikut Charles Darwin atau Law of Attraction ke?

      Jadi, bagi buku Law of Attraction tu, buang sajalah.

      Lebih berat lagi, buku law of attraction serta buku motivasi lain dah baca berulang kali tetapi Al Quran bersama terjemahan dalam bahasa Melayu tak pernah baca.

      Tak menyokong mana-mana pihak tu bahaya, kerana orang yang tidak membenci kemungkaran tu sangatlah merbahaya kerana boleh membawa kerosakan iman. Selemah-lemah iman hendaklah membenci (bukan tidak menyokong). Lebih baik adalah mengubah dengan lidah dan sebaik baiknya adalah mengubah kemungkaran dengan tangan. Ini adalah mafhum hadis.

      Kalau kemungkaran oleh Dr Azizan gila ini pun sudah tidak mampu menilai, bakal susah besarlah hidup ini. Bagai orang berjalan di malam hari tanpa kampu suluh. tak pergi kemana pun!! Sesat adalah.

      Berdoa dan belajarlah sehingga mampu menyanggah orang seperti Dr Azizan bomoh gila ini.

      Emjay

      Delete
    2. sy bekas staff azizan osman..apa yg sy boleh ckp di sini, sy setuju dengan en/cik Emjay 100%...teruskan usaha anda untuk membuka minda masyarakat malaysia..khusus nya org melayu yg obses dengan ajaran2 yang tak masuk akal tu..

      Delete
    3. sy pun bekas staff azizan osman bersama adiknya azmin osman. sy setuju dgn Emjay 100%!

      Delete
    4. saya pun pernah dengar sal dr.azizan dgan ilmu karut dia tapi xselidik plak..hehe..memg sngat berbahaya kpda umat islam sbb umat islam xsuka mmbca bku ilmu kurang..apa yg org ckap semua kita trima 100%...btol x?..bngsa yg xsuka mengkaji
      btw saya setuju dgan apa yg diberitahu..LAW OF ATTRACTION yang sbnarnya buat je apa yg ALLAH suruh...done..

      Delete
    5. bab 'bangsa yg tak suka mengkaji' tu saye sokong. hahahaha

      Delete
  4. tidak salah untuk bermotivasi selagi tidak bercanggah dengan hukum agama islam..untuk mengelakkan kekeliruan,elokla kita buat dan lakukan apa yang nabi sudah tinggalkan kepada kita..nak mudah dan murah rezeki banyak di ajarkan dan di huraikan ulama'2..nabi adalah utusan allah,apa yang dikatakannya semua benar dan tiada satu pun silap,nabi adalah manusia yang sempurna.jadi buat apa hati berat nak mengikut walhal hati dengan lebih senang dan selesa mengikut orang yang tidak lari dari melakukan kesalahan..sampaikan melompat2 ntah apa2 bercampur gaul antara laki dan perempuan..perasaan malu sudah hilang hari demi hari,lebih2 lagi dikalangan wanita yang sangat dijaga dan berharga disisi islam..nauzubillah..

    ReplyDelete
  5. Pandangan saya,
    Dr Azizan hanya mengaplikasikan teknik minda bawah sedar.

    Kita dapat apa yg kita percaya. STAY POSITIF. Solat dan doa itu pasti. Kawalan minda juga penting untuk mencapai apa yg dihajati. sebagai satu usaha.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous ini mungkin Dr Azizan sendiri untuk membela perbuatan sesatnya. Kalau tak dia mungkin orang kanan dia.

      Memanglah Dr Azizan ini sesat kerana mengamal teknik minda bawah sedar, ilmu rahsia tarikh lahir dan ilmu money magnet atau dalam bahasa Melayu ibu duit.

      Teknik minda bawah sedar ini adalah permainan iblis untuk menyesatkan umat Islam. Kalau benarlah ilmu bawah sedar ini memang hebat, maka tiadalah orang miskin di Malaysia. Amalkan saja ilmu kuasa minda lalu boleh jadi jutawan. Bullshit.

      Saya beberapa minggu lepas berhujah dengan seorang pengamal kuasa minda yang menggunakan teknik NLP (neuro linguistic programming). Dalam ceramah-ceramahnya orang ini mengajarkan bagaimana kononnya telur dipijak tidak pecah dengan kuasa mindanya teknik NLP. Yang kelakarnya, ilmu hebat NLP orang ini sekadar menipu orang ramai dengan pijak telur tak pecah. Saya berkata kepadanya "kalau betul ilmu kuasa minda engkau benar-benar hebat, mengapa engkau tidak mencipta satu bahasa untuk merawat kencing manis engkau yang sudah bertahun-tahun tak sembuh malahan bertambah parah?"

      Ilmu kuasa minda sekadar menyesat. Sama sesatnya orang yang mempelajari ilmu kebal sebagaimana amalan sebahagian besar pencuri perompak dari Indonesia. Apabila kena tembak dengan pistol tetap kojol. Samalah dengan Mat Kilau ke atau pahlawan Melayu lain yang kononnya kebal. Berperang dengan orang INGGERIS lalu masuk hutan.

      Elakkanlah kesesatan melalui teknik kuasa minda.

      Emjay

      Delete
  6. Teknik kuasa minda, kepala hotak hang, apa dengan minda boleh masuk syurga ker? Apa guna DOA dan IMAN?

    ReplyDelete
  7. Betul tu. Masalahnya ialah di Malaysia ini ramai yang sudah tidak boleh berfikir secara rasional berlandaskan ajaran Islam.

    Ramai yang nak segera kaya dan segera keluar dari masalah. Agaknya mereka selalu makan mee segera 2 minit agaknya.

    Jauhilah beramal dgn kuasa minda kerana ia merosak akidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. saya pun pelajar dr azizan.. nampaknya tuan mempunyai sifat kebencian yang amat mendalam terhadap dr azizan.. bukan saya nak bela dia.. dulu pun saya asyik ikut cakap orang.. ikut je apa org kata yg doc ni gila la apa la... tapi satu je.. kita ni manusia... ada fitrah... teknik yang kata kuasa minda itu salah itu ialah pandangan yang paling bodoh yang pernah saya dengar... dengan kuasa minda la kita boleh khusyuk dalam solat... kuasa minda itu ialah akal. akal tu dicipta oleh Allah... tapi manusia x tahu gunakan akal.. yang tulis kat duit ke apa.. tu bukan takal... ia cuma nak ingatkan diri kita.. sebab Allah dah kata yang apa yang disangka oleh hambanya itu la yang Allah akan berikan... yup segera kuar dari masalah sesiapa yang tak mahu? kuasa minda mampu buat doa kita lebih ikhlas sebab kita boleh kawal akal kita untuk fokus kat Allah semasa berdoa... ni ada juga berdoa tapi fikiran pikir kot lain... aduh... skrg zaman rasional... ia Alquran wujud... bahkan dalam Alquran pun dah ajar untuk reset kuasa minda sebab itu kita disuruh baca dengan tertib ikut segala hukum tajwid... nak bagi akal tenang seterusnya hati pun tenang... so ada otak leh fikir... idola aku ialah rasullullah... tapi aku cari juga idola manusia seperti aku leh ajar camne nak urus keduniaan dan akhirat... dua2 kena balance...

      Delete
  8. apakah yang cuba dikatakan emjay mat kilau sesat jgk? mereka itu pahlawan, ada pengikut... bukan pahlawan minda la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbh

      Ramainya pengikut tidak boleh dijadikan hujah untuk membenar atau menyalahkan sesuatu amalan. Azizan ini pengikutnya pun ramai. Adakah amalannya betul? Darul Syifak tu pengikutnya ribuan adakah mereka betul?

      Al Arqam pun ramai pengikut dan bilangan mereka terus berkembang. Adakah mereka betul.

      Semaklah sama ada amalan persilatan Mat Kilau tu benar atau salah.

      Emjay

      Delete
    2. Salam,

      Darul Syifak tu sesat ke tuan?
      boleh huraikan?

      Delete
  9. Waalaikumussalam wbh
    Sesiapa yang dalam rawatannya menggunakan garam untuk halau hantu syaitan maka khurafat dan sesatlah amalan tetsebut. Lihatlah samada Darul Syifak ada gunakan kaedah ini.

    Sesiapa yang kaedah rawatannya ada gunakan lada hitam untuk halau hantu syaitan maka khurafat dan sesatlah amalan tersebut. Semak Darul syifak ada buat amalan ini atau tidak.

    Sesiapa yang dalam kaedah rawatanya ada menggunakan selawat syifak atau selawat tafrijiah maka mereka sudah menyerupai orang kristian yang berdoa kepada Isa kerana selawat syifak dan tafrijiah berdoa kepada Nabi Muhamad.

    Sila semak sendiri sama ada Darul Syifak ada buat perkara perkara tersebut.

    Jangan lihat orangnya tetapi lihat apa yang dia buat. Kalau orang tersebut buat benda sesat maka tolaklah orang ini.

    Emjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya guna garam utk halau binatang berbisa/buas. depa tak suka ngan garam. garam boleh juga dibuat baja tanaman.

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat hang pi REMOVE komen ni??? Jujurlahh BRO jika niat kau tu baik. ada pahammmm????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
  11. engkau ni BETOL ka EMJAY?? Nampak semua yg orang buat semuanya engkau kata TakBetol takbetol. Aku taknampak pun yg engkau ni betol. BiOL adalah!! sampai ke rukyah / darul syifa' pon engkau hentam. SEDARsedarSEDAR Lahhhh..... insaflah!! Sia sia hidup engkau bro. Pakai "Lebai" tapi HaTi BERSEPAI!!!

    ReplyDelete
  12. Hi...sorry to say tat people like u are the one who always mix everything with religion or god.....use some god given common sense before even saying anything......read books like think and grow rich or law of attraction then maybe u will understand tge diffrence.....maybe u dun even know what is motivation true meaning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Can u even argue with valid facts?? Dont u even read the entry ? U cant even provide a relevant counter argument,so save ur time n ur effort to write a comment anonymously (i know i did it too but because im replying to an anonymous too)..

      Delete
  13. Nmpknye encik ni lagi tahukan dari semua. Ye la dr azizan and yg lain pun kita label sesat dan tak tau ni dan itu....so mesti la encik lg hebat dan x sesat.....tp i wonder why are they recognized by the comunity and country or maybe even world wide? Why they are on tv? Why even d heck the malaysian goverment even allow them in d first place to be on tv or seminars or even publish books? They are almost or already top in wat they do......now soalanya if u are mr know it all and u know the right way then how come u are still only on this blog? Why not be like them or even teaching them! Rather than juz sit here and condemn and blame people for being sesat.......have u ever spoken to them personally and ask their opinion before even saying wat u feel like? I doubt it...tats why they are there and u are here only on ur blog....it is a sin before confronting the other party and u condemn him. Maybe u just cant take it others being better than u. If ur so right then be in their place and teach people rather than just beibg on ur blog..........action speaks louder than words.....anybody can just sit here and condemn others but only a few can be like them

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lepas pergi seminar Dr Azizan, bulan lepas, saya sokong Emjay selepas mengikuti seminar beliau. sekian. Maaf. Wallahua'lam.

      Delete
    2. Xpayahla taksub sgt,dr azizan bukan nabi,u didnt even read the blog entry, u just came here to drop a comment like a swarm of bees whistled by ur captain, i know that's what most of ur guys do, some of ur member found this blog entry n said,weh dia ni kutuk sifu kita la,attack, n here u guys came n comment anonymously, like come on, wake up already

      Delete
  14. Yang sesat sebenarnya ialah orang yang mudah menghukum orang lain itu sesat.

    ReplyDelete
  15. Law of attraction itu adalah kajian manusia.. ia semestinya ada cacat cela kerana manusia jugatidak pernah sempurna.. inikah orng melayu??yg cuba menjatuhkan sesama bangsa malah sesama islam.. mendalami ilmu lain juga perlu supaya kita seiring dngn perkembangan dunia.. zaman makin moden.. jadi kita perlu mengikutinya.. ikutlah dngn baik berpandukan agama.. menghukum orng lain itu saya rasa lebih teruk sbb tiada manusia sempurna.. enth2 orng yg menghukum itu lebih mempunyai cacat cela daripada prng yg dihukum..

    ReplyDelete
  16. menuduh org sebagai sesat tanpa usul periksa dan bukti sahih adalah lebih menyesatkan rasanya. pak lebai, sila la balik bertaubat sebelum suka-suka kategorikan org sebagai biol, gila dan sebagainya... u r so damn pathathic man..antara manusia yang semakin mundur adalah manusia seperti kamu. oh btw, sy bukan lah Dr.Azizan atau org kanannya hatta bukan pengikutnya pun. tapi cara kamu kondem org lain yg berjaya adalah sgt menyedihkan. lohat di mana diri kamu sekarang. berjayakah kamu? cermin diri sendiri dulu dan buang semua prasangka negatih yang ada dalam hati kamu tu. Saya doakan moga Allah membuka pintu hati dan memberi hidayah kepada kamu. InsyaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat jarang ada yg sepertimya dizaman ini, Sgguh brpegang kpd prkara bnar seperti mnggenggam bara api pd akhir zaman...

      Delete
  17. kenapa perlu letak anonymous ni? ke encik emjay yang komen sendiri? suka hati je nak hukum manusia lain berdosa ye. menghukum tu kerja Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah korang pentaksub azizan pon datang beramai ramai komen anonymously, bengong

      Delete
  18. Tuan blogger aka keyboard warrior..kawan makin teruja la baca entri2 tuan ni...asalnya dari entri milo, terbawa2 hingga ke entri2 lain..

    Hikmahnya..bagus la hit blog ni naik sikittt..sebab ada org tengok; keduanya, seronok juga kot sbb bila tuan buat sesuatu, ada yg baca, komen, kena remove komen, dsbgnya..surely it feels good, exciting, authoritative..

    Dr azizan tu salah, kan bagus tuan pensyarah aka blogger contact dia, cakap bil hikmah, ajak mengeteh, sembang sesama saudara seagama, memudahkan yg mudah...tidak mengapa jika tuan keyboard warrior tiada sebarang sijil akademik standing dr azizan, lagipun bukan sijil penentu kejayaan dunia akhirat..kawan sarankan tuan pi la bersemuka dgn dr azizan tu, sembang baik2..qulil haq walau qana murra..mungkin pahit nak cakap kat dr azizan tu, tapi tetap benar..

    Tak usah la tuan blogger aka pensyarah utm cakap sampai tahi lembu (lupa pulak sebutan dlm bahasa taman ungku tun aminah)..kelak memakan diri nanti...

    Bil hikmah tuan, bil hikmah...baru boleh entri dlm jiwa dan amalan, baru boleh exit dunia ni dgn kehebatan seorang muslim..

    Kalau nak teman, kawan pun boleh temankan jumpa dr azizan tu..

    Azlanjabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIJIL PALSU daaaa ....aku update ni 3 oktober 2016

      Delete
  19. I suggest u mr.know it all pergi dl seminar2 dr.azizan especially lMKK , then baru u buat penilaian

    ReplyDelete
  20. So smart mr Harry u just like evil satan. Based on your suggestion, to investigate liqour is good or not than try it! To know ectasy is good or not than try it? To know smoking is good or not than try it? I'm not stupid like u as a warrior for evil and mad dr Azizan.

    May god show u the right path and give u taufiq & hidayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Teruskan pembongkaran tuan Emjay. Umat Islam yang menyertai kursus Azizan Osman ni adalah orang awam yang tidak memahami Islam berdasarkan Al Quran & sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap baik2 skt sblm nk komen. Kami student dr azizan smuanya mngejar akhirat.

      Delete
  22. Emjay, u nak hentam orang tp bila tgk u punya penerangan dan ayat2, bahasa2 u pun x btul jgk..as u r perfect enough...get a life!

    ReplyDelete
  23. Kesian sgt dengan manusia2 yang belagak pandai dan belagak tuhan..kesian,kesian,kesian
    Sesuka hati menjatuhkan hukum!! Kalau pandai sangat terer sangat kenapa xmembantu umat2 islam yang ditindas di mesir,iran,dan lain2 negeri islam? Kat blog pandai dok menghentam org sana sini..tapi pokett hubukk taraaa... so pity on u peopel!!

    ReplyDelete
  24. apa kata kalau u, emjay, hadir ke salah satu seminar dr azizan ni, dan saya cabar anda utk buktikan dr azizan sesat brdasarkan ajaran dye dlm seminar tu. sebab saya sendiri dh hadir ke seminar dr azizan ni, dan alhamdulillah bukan saya shj, malah ramai sangat yg mula menjaga solat, mendekatkan diri dgn Allah, dan mula mengejar ilmu dunia akhirat. anda tak faham konsep ilmu yg diajar dr azizan ni,tapi anda asyik duk kondem jer. emjay, apa pencapaian anda stakat hari ni? dh brapa byk anda mmbantu masyarakat? bila ada pusat tahfiz trbakar brapa ringgit anda sumbangkan? renung2 kan. anak didik dr azizan semua nya mengejar akhirat,. anda takkan faham selagi anda tak cuba fahami dulu apa yg dr azizan sampaikan. ap yg dia ajar membuka mata kita betapa alquran lebih maju dari sains. apa yg sains selidik, semua al quran dah sebut. jadi dr azizan membuktikan kebenaran alquran dari segi teori sains yg dikaji. termasuk law of attraction. kalau anda buka hati dan belajar, anda akan tahu. saya doakan anda trbuka hati utk menerima ilmu Allah yg hebat ini melalui seminar dr azizan ini, sebab sy sedih melihat betapa byk fitnah yg anda buat kpd beliau, yg tanggung dosa adalah anda. beliau tak rugi apa2. salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...u mr.emjay kena masuk dlu seminar2 dr.Azizan...bnyk sgt aura negatif kt cni..Allahhuakbar...kami dr puak kaya dan berjaya ni doakan awk berjayabbwk diri awk ke seminar2 dr.azizan..kesian..kesian...bnyk sgt aura negatif awk dlm blog ni..huh.. :/

      Delete
  25. Replies
    1. memang kesian, dia tak tau. belajar ilmu tauhid dulu baru
      boleh tau. Innalillahi wainnailaihi rojiun.

      Delete
  26. Cakap dengan org sebelah...kesian.
    Ok nak lari...byk aura negatif disini!!!!

    Emjay.
    Saya doakan awak masuk syurga bersama dr azizan. Saya doakan awak dapat berbual dgn dr azizan di dalam syurga.

    Amin.
    Allah mengikut sangkaan hambaNya.

    ReplyDelete
  27. Emjay...ramai doakan anta masuk syurga sekali dgn dr azizan...alhamdulillah...bila nak komen ni...post bab milo lama terbior tu..hehe...kenkadang kawan kesian jugak kat awak, tapi awak lecturer...patutnya bijaksana dan bijaksini...

    Azlanjabar..

    ReplyDelete
  28. Encik emjay.
    cakap kat org sebelah kesian!haha.. kesian sekali dgn org2 yg pecaya kata2 encik ni. Sy student dr azizan osman.dia xpenah ajar ajaran mcm ni. Encik kena ingt, the more u give the more u get back. Klu dr azizan osman bg ajaran sesat, dia xkan kaya raya dan program dia xkan skses smpai hari ni la. Kau ada?kesian. Dr azizan osman terbaikkkk!!

    ReplyDelete
  29. Sekurang kurangnya dr azizan osman ada seminar hebat, ada program sampai buat graduation program dia sendiri. Dpt liputan media.Klu awk ni berilmu sgt, napa xmampu buat mcm dr azizan? Mampu? Xmampu kan? So diamm klu xtau benda. Cakap kat org sebelah; Sedihh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sound stupido anymous yg tulis kat atas ni.. maaf ayat kurang sopan. think with brain...jgn think pkai hidung

      Delete
    2. BetulX3 setuju!!!! Sama mcm Abu lahab, Firaun, Qarun n Hamman!!!! X kesah sesat n syirik!!! yg penting boleh buktikan mereka hebat n luarbiasa !!!! Nabi saw pon X hebat mcm dia, kan?!!!?!!! Ramai yg sembah n puja!!!! Tu lah hebat nama nya??? salute!!!

      Delete
  30. just finish IMKK june,ape yg saya dapat...ilmu dan makin dekatkan diri utk jutawan dunia dan jutawan akhirat as the same time beramal dan belajar menyumbang.semangat berganda2 utk improve kan diri dan membuang sikap negative diri yg bersarang dlm diri selama ni. supaya memandang kehadapan sentiasa ada peluang utk Berjaya dan melihat semua yg berlaku ada kalanya sbb yg simple....lupa ALLAH.sya x Nampak kesesatan yg di bgtau....dr hari pertama hingga hari akhir saya join....its full of mengajak utk kaya dunia dan akhirat...mengajak dan mengajar semua yg masuk dlm seminar jgn lupa ALLAH dan SOLAT...jgn lupakan hubungan sesame manusia dan menyumbang dan membuang sikap buruk sangka dan lain lain lagi yg pada saya setiap manusia perlu mendoakan dan perlu dibantu utk Berjaya..Don't blame but join the focus of program tu.menghentam bukan cara penyelesaian.if you are successful person,anda x mengajak org membenci sesame manusia dan buat tuduhan negative without see the truth.betul,setiap manusia ada melakukan kesilapan,but give opportunity for them to learn from mistake dan doa kan mereka.kebanyakan kami yg berada di dlm program amat seronok dan belajar byk ilmu marketing,basic kenapa solat dan Allah serta suruhan nya perlu sblm alahkan rezeki tersekat sana sini.TUAN,ajaklah kearah kebaikan...bukan kearah yg begini.tq

    ReplyDelete
  31. Tak payah la nak beriya benar bayar ribu riban kalau diri sendiri tak mampu berubah utk menjadi lbh baik. Tak pergi program azizan osman pun blh jd kaya kalau btl strateginya.akhir zaman..umat digula2kan dengan kekayaan..masa banyak dihabiskn utk cari duit..bisnes sana sini.tp sembang nk mengejar dunia akhirat.

    ReplyDelete
  32. kepala jimbet la kau ni.......muka pun sorok2 bagi ceramah nak berlagak jaguh agamawan pula!!!!

    ReplyDelete
  33. yang kau CEMBURU BUTA dengan kekayaan yang ALLAH SWT beri pada DATO AZIZAN apasal...??? Inilah MELAYU, tak ubah perangai BUSUK HATI tu.....baik orang CINA la, pasal melayu cam kau ramai la rosak BANGSA dan AGAMA.............

    ReplyDelete
  34. bodoh betul kau ni....kau tak tau ke MINDA POSITIF tu sentiasa PAKAIAN AMALAN NABI SAW......pasal tu baginda selalu dimenangkan ALLAH SWT.....BODO betul la manusia2 busuk hati ni........

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Tuan Sidi...tapi kita jangan bodo kan orang yang bodo ini...nanti bertambah marah dia nanti...banyakla "fatwa" dia kuar nanti

      Delete
  35. semua orang buat tak betul...apa yang betul wahai Emjay....dengan Mat Kilau pun kau peril....Emmm...InshaAllah satu masa nanti kau akan faham...jangan mudah nak menuduh orang sesat

    ReplyDelete
  36. Firman ALLAH Taala dan Hadis:
    "Sesiapa dikalangan hamba-Ku yang inginkan kemuliaan hidup didunia ini dan kemegahan, Aku akan memberikannya TETAPI tidak ada bahagiannya diakhirat untuk mendapat kemuliaan kerana dia sudah pun memperolehi kemegahan didunia. Tidak boleh berhimpun kedua-duanya (kemuliaan akhirat dengan kemuliaan dunia)

    ReplyDelete
  37. Daripada Hadis Rasulullah s.a.w:
    "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia sebahagian daripada kaum itu".

    ReplyDelete
  38. Sabda Rasulullah s.a.w mahfumnya:
    "Sesiapa yang kaya didunia ini, papa diakhirat. sesiapa yang mendapat kemuliaan didunia, hina diakhirat (rujuk Firman ALLAH diatas: " sesiapa dikalangan hamba-Ku yang ingin kemuliaan didunia") . "Sesiapa yang ingin terkenal namanya didunia, tercorot namanya diakhirat, seperti semut yang kecil, dipijak manusia diatas badannya kerana dia bersifat besar diri sewaktu hidup didunia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabda Rasulullah kah atau Firman Allah ?? jgn main hentam kalau bercakap bab agama. bahaya tu.

      Ikang

      Delete
  39. Owh.mmg Akhir Zaman Manusia Akan Bersungguh2 Nak Halal kan Yg Haram Demi Menuruti Hawa Nafsu mereka...Mereka akan guna kan pelbagi alasan n manipulate dgn apa cara demi 'Kerakusan n ketamakan mereka'? Syirik Sesat Letak Tepi...

    ReplyDelete
  40. Benda yg Nabi saw X buat Pun Sanggup Semua org buat?

    ReplyDelete
  41. Kahkahkah...x semua yg dtg program dao tu org bijak. Ni kes duit rm50 ni nmpk sgt org tu yg bodoh. Rasanya x diajar pun. Law of attraction ni apply mcm yg dlm alquran landaskn la. X slh pun

    ReplyDelete
  42. Akhir Zaman ini Tuhan Kekayaan Akan Taksub Di Sembah Kembali Oleh Umat Manusia Sebagaimana Abu Lahab, Abu Jahal...Mereka Di Waktu Itu Khuatir Untuk Mengikut Muhammad Saw Kerana Takut Melihat Semua Sahabat Menyerahkan seluruh Harta Kekayaan Kepada Allah Demi Cinta Allah? Mereka Akan Pasti Bersungguh2 Mempertahan Kan TUHAN Wang Ringgit, Tuhan Harta Kekayaan Yg Mereka Cinta? Adakah Muhammad Saw Sedemikian?

    ReplyDelete
  43. Kalau saya sponsor seat kelas IMKK Dr.Azizan nak ? Hanya perlu duduk dan dengar. Dan tulis di mana kesesatan beliau, dan balik dari kelas. Boleh share di blog TUAN EMZAY

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmbazir seminit baca. Org penuh hasad dengki akn korek salah org. Penuhkan ht dengan pkara negatif. Then nk salahkan law of attraction. Tu hukum fizik. Hukum tu jugak ada dlm quran. Even cari pasangan pn adlh law of attraction "pmpn baik utk lelaki baik, pmpn jht utk lelaki jht" korg pk benda elok, benda elok akn dtg. Korg pk negatif, negatif lah yg dtg.

      Delete
  44. Mereka akan bermatia-matian mempertahankan tuhan 'kekayaan' mereka dgn pelbagai hujah sdgkn kaya bukan sunnah Nabi saw?

    ReplyDelete
  45. Oh ya.sebenar2 kaya, kaya jiwa?

    ReplyDelete
  46. Betul ke bila Dr Azizan bercerai dengan isteri tu maknanya itu hukuman Allah Taala kerana dosa2 Dr Azizan...? Mana tuan "penjatuh hukum" tahu yang itulah maksud Allah sebenarnya..?

    ReplyDelete
  47. Sempitnya pandangan...!! Apa sahaja yang Nabi SAW tak buat, maka jangan dibuat..? Asalkan ada perkataan sains je, nama si Darwin tu digunakan untuk jadi tebusan sambil pegang tombak pengkafiran untuk menujah siapa saja yang berhujah sains walaupun orang tu bukan penyokong Darwin...same old lame tactic para pengkafir tegar...sains dan Al-Quran berpisah tiada la woit...ke kau ada fobia pada perkataan sains tu sendiri...?

    ReplyDelete
  48. Money magnet? Menarik. Akan saya buat sedikit pencarian tentang konsep ini.
    Pada pendapat saya, (tersasar sikit dari topik asal) kekayaan boleh menjadi kekuatan umat Islam. Bayangkan jika suatu komuniti Islam punyai kekuatan ekonomi yang sangat kukuh, setiap daripada kita hidup senang, dan wang zakat boleh digunakan untuk disalurkan dalam pembangunan, atau membantu komuniti dan negara yg lain.

    Dari segi law of attraction, saya juga ada membacanya. Pada pendapat saya ianya suatu ilmu yg berguna. Tapislah bahagian yang tidak relevan, misalnya sudah tentu golongan kristian akan mengambil contoh dari petikan ayat dalam kitab Injil.

    Konsep law of attraction masih sangat relevan dengan kita, malahan ada buku law of attraction yang berkenaan dgn alQuran, ditulis oleh orang Islam. pada asasnya law of attraction ialah gabungan sikap bersangka baik, berfikiran positif, dan berkeyakinan tinggi.

    Apa apa pun... money magnet? menarik. akan saya tanya lebih lanjut pada orang yg lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  49. Nabi saw sendiri kalau gila nak kaya kan diri. keluarga nya, beliau dah buat!??? tapi zaman beliau Islam Kaya, individu X kaya??!???? Cuba gi bca sirah nabi, jgn sibuk beryahanana. tapi X ikut Nabi saw!!!!!! kalau ada Kisah nabi muhammad saq kaya raya n sibuk money magnet. kira tarikh lahir nnti bg taw semua???? kita org pon nak tau gak? bukan ramai mentor kekayaan ni beli doktor. buat itu ini hnya alasan utk kaut duit drp org2 yg bodoh n x percaya pd allah? mer:ka percaya manusia ? mentor? X syirik?? Nabi muhammad saw pun nak bermentor dgn dia kot???

    ReplyDelete
  50. Bahayanya sebar perkara yang x pasti... Jalankan siasatan & buktikan.

    ReplyDelete
  51. Bahayanya sebar perkara yang x pasti... Jalankan siasatan & buktikan.

    ReplyDelete
  52. Org melayu yg mengaku islam patut bangga sbb lahir seorg yg sanggup syirik, sanggup sesat n menyesat kan!! susah payah beli dokter n sanggup susah payah cedok semua buku mentor2 yahudi demi utk collect duit org ramai yg mmg jiwa kosong n x yakin lagi pd allah semi utk kaya!!!!??? kalau kursus tarikhlahir dia X syikir knapa dia stop? sambunglah boleh menelek n jadi tuhan utk mengubah lagi ramai?!!! kan???hahahahaaa

    ReplyDelete
  53. kesian sungguh emjay ni.

    mmg betul banyak aura negatif kat sini..

    sebelum nak ngata dan menghukum orang.. fikir2kan renung2kan.. apakah sumbangan anda kepada umat islam yang memerlukan..?
    orang yang awak ngata tu dok pulun buat duit dok bantu orang.. awak ni dok pulun apa?? ni sah hidup awk tak bahagia tgk org lain 100x ganda hidup bahagia dari awak niii....
    mungkin ni lah wakil tuhan tu.. hukum sana..hukum sini.. sedang diri masih cetek ilmunya..
    kesian... hati awak ni sgt kotor...

    ReplyDelete
  54. Mmg waktu nabi saw dtg bgtau semua yg mereka sesat pon Abu lahab, Abu jahal, Abu mutalib cakap:"Ko gila ke Muhammad,kami hnya ikut moyang kamu nabi ibrahim, bukan kah kami semua beriman dgn allah yg sama? Kenapa ko kata kami sesat? Dah lah, ko berhenti lah mengarut, ko nak APA kami bagi, nka kaya? Nak pangkat? Nak di sanjung? Nak kemuliaan? Nak wanita? Berhenti lah menyeru konon kmi sesat!!!".. Tapi last2 betul X terbukti yg Muhammad benar???? Syaitan nak menyesatkan manusia pon pakai Serban jubah gak!?!! PD half ilmu cedok sana sink, dia meniaga pa selain menipu? Beli dokter? Curi ilmu yahudi t Harv ekar, n semua capitalist dajjal yg mmmg nak jhnm km umat Islam dgn cara halus??

    ReplyDelete
  55. Owh! Ya ek!! Mana ada org sesat nak mengaku dia sesat??? Hahhaaaa..Abu jahal! Abu lahab! Firaun!! Sama??? Demi pertahankan kepentingan nafsu kekayaan masing2 takut nak ikut Muhammad SBB tgk waktu hijrah nabi saw semua sahabat yg ikut nabi Sarah selurih kekayaan PD nabi? Hari no semua no hnya SBB na pertahn kn tuhan nafsu nak kaya sdg kan lip bhw nabi saw pon X kaya sehingga wafat! Sebgai individua mmg beliau X kaya n sahbat semua X kaya! SBB mereka serah kan seluruh kekayaan kembali kpd allah !!! Tapi yg Kaya n kuat waktu tu adalah Seluruh umat Islam yg serah kan kekayaan mereka DLM baitulmal?? Sistem kapitalis mmg sibuk nka kejar kaya!! Bukan nak kejar redha Allah???!? Kan?saya faham knapa ramai yg mcm Abu lahab n Abu jahal!!! SBB mereka X ikut Muhammad!!!

    ReplyDelete
  56. Assalamulaikum WBT
    Setelah membaca post ni, sy terpanggil nak buat pengakuan. Saya pernah pergi ke seminar program Dr Azizan Osman pada tahun 2013. Alhamdulillah, suami saya daripada tak pernah solat, dah pandai jaga solat 5 waktu. Dhuha sentiasa ikut. Malam sebelum tidur, saling bermaafan. Sedekah setiap hari dijaga. Suami saya berubah 100%. Istighfar x pernah tinggal. Alhamdulillah. Saya syukur. Dr Azizan bukan ajar kita tentang kesesatan. Tapi lebih kepada bagaimana nak jaga connection kita dengan Allah SWT. Bagaimana nak menghargai Rasulullah SAW. Bagaimana nak jadi manusia yang sentiasa memberi.

    Jadi, pesan saya. Jangan menilai sebelum anda betul2 kaji situasi sebenar. Takut menjadi fitnah yang lebih besar dosanya.

    ReplyDelete
  57. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  58. Ni la biawak besar sy ! Xmo la bg negative dari hati nanti semua negative..anda kaya dan berjaya

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum wbt, saya tak menyebelahi mana2 pihak. Tapi pada saya, mana ilmu yang baik (selagi tak bertentang syarak) boleh digunapakai. Ilmu yang kite tak pasti, jgn amal. About mind power tu, kite semua ada akal, gunakanlah sebaiknya. tak perlu bertelagah.

    as muslim, kite doa, ikhtiar and tawakkal. make life simple. Apa2 pun kursus motivasi/seminar, yang penting adalah ilmu and tindakan. Just pastikan jgn amalkan ilmu tak bermanfaat. takrifan manfaat, back to basic agama masing2.

    ReplyDelete
  60. Kalau nak sembang pasal bisnes kena la berguru dengan orang yang bisnes. Kalau nak pandai sembang air mambang pumpang2 juta2 la bilion2 la kedai kopi kedai mamak banyak.. sile meninggal.. huhu

    ReplyDelete
  61. Akhir nya jijan Kantoi Menipu...Ini adalah jawapan rasmi Azizan Osman mengenai phd2 palsu dia.

    Ini pula ulasan saya.
    1. Phd dari Gordon University - Gordon University ialah diploma mill. Maka, phd dari Gordon University adalah phd palsu.

    2. Memenuhi syarat phd di Universiti Hertfordshire. Belum dianugerahkan phd lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada phd. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang phd tersebut nanti kerana mmg ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual. (link: http://thecourieronline.co.uk/degree-fakes-going-for-a-grand/ )

    3. Berkenaan phd UM. Wakil? Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang takde la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg takde la. Macam mana boleh guna "phd" tu? Kata banyak phd, takkan tu pun tak tahu?

    4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Phd dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia.

    Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran "Dr." kerana dia masih belum memiliki sebarang phd yg sah.

    -VN-

    ReplyDelete
  62. Akhir nya jijan Kantoi Menipu...Ini adalah jawapan rasmi Azizan Osman mengenai phd2 palsu dia.

    Ini pula ulasan saya.
    1. Phd dari Gordon University - Gordon University ialah diploma mill. Maka, phd dari Gordon University adalah phd palsu.

    2. Memenuhi syarat phd di Universiti Hertfordshire. Belum dianugerahkan phd lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada phd. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang phd tersebut nanti kerana mmg ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual. (link: http://thecourieronline.co.uk/degree-fakes-going-for-a-grand/ )

    3. Berkenaan phd UM. Wakil? Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang takde la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg takde la. Macam mana boleh guna "phd" tu? Kata banyak phd, takkan tu pun tak tahu?

    4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Phd dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia.

    Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran "Dr." kerana dia masih belum memiliki sebarang phd yg sah.

    -VN-

    ReplyDelete
  63. Jelas... Apa yg tuan tulis bertepatan dengan apa yg saya faham... Perkara tauhid mmg ramai yang fail di kalangan bangsa melayu... Ustaz ruqyah tumbuh mcm cendawan lepas hujan...makin ramai yg fail tauhid makin ramai yg kena gangguan setan... Makin mudah kerja iblis sesatkan manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

      Emjay

      Delete