Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Saturday, 29 March 2008

Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang.

Mudarat makan telur, merosak jantung, tembikai merosak buah pinggang.

Assalamualaikum wbh

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang

Sepanjang saya menguruskan makmal-makmal di JPSM Fakulti Pendidikan semenjak tahun 2003/4, saya kerap bermain untuk membiasakan diri dengan peralatan-peralatan Pasco dari Amerika yang menjadi sebahagian dari peralatan untuk “computer based experiment” di dalam makmal. Diantara peralatan yang saya kerap saya “bermain” ialah heart beat sensor. Peralatan ini akan memaparkan graf denyutan jantung.

Semakin kerap saya bermain peralatan ini dengan menguji kepada ramai pelajar-pelajar saya, semakin saya tertarik dengan peralatan ini kerana timbul pertanyaan, “mengapa bentuk pola denyutan jantung pelajar-pelajar ini berubah-ubah dan terdapat pula perbezaan yang sangat tidak masuk akal!”. 

Apabila terdapat perbezaan yang menunjukkan bahawa pelajar ini seakan-akan mempunyai “irregular heart beat” atau dalam bahasa Melayunya ialah denyutan jantung yang tidak menentu dimana perbezaan perubahan denyutan ini kadang-kala melebihi 25% dan ada kalanya melebihi 50%, saya semakin tertarik. Bagi kes pelajar seperti ini, berlatarbelakangkan pengetahuan ilmu perubatan secara tradisional yang di ajarkan oleh arwah guru, saya menyambung ujian ke atas pelajar ini dengan mengajukan  pelbagai soalan untuk mencari simptom penyakit dan seterusnya menentukan masalah penyakit pelajar ini. Dengan cara ini saya dapat mengenalpasti masalah penyakit pelajar ini. Alhamdulillah, sememangnya terdapat korelasi yang amat kuat diantara penyakit dengan pola bentuk graf di peralatan Pasco tersebut.

Bermula dari saat ini, minat saya ke atas peralatan Pasco ini semakin mendalam. Semakin ramai pelajar yang saya uji denyutan jantungnya menggunakan heart beat sensor ini. Semakin ramai pelajar diuji semakin menarik. Berbagai pameran di UTM seperti pameran sempena Pesta Konvokesyen yang saya turut serta untuk mengambil lebih banyak sampel disamping mempromosikan Fakulti saya. Semakin ramai pelajar yang menjadi sampel, semakin bertambah menarik kajian tidak rasmi saya ini.

Diantara berbagai sampel yang saya uji ini, termasuklah anak-anak saya dan diri saya sendiri. Kajian memang semakin menarik. Namun satu masalah timbul dimana ada kalanya sampel didapati mempunyai masalah buah pinggang apabila disiasat melalui kaedah tradisional arwah guru saya tetapi tidak dapat ditunjukkan oleh peralatan Pasco tersebut. Ini menjadikan kaedah pengesanan penyakit melalui heart beat pattern menggunakan peralatan Pasco ini menjadi kurang tepat dan tidak konsisten. Untuk tempuh lebih dari setahun saya menghadapi masalah ini namun kajian saya tetap diteruskan.

Segala pujian hanyalah untuk Allah SWT akhirnya Allah memberikan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah saya ini. Melalui kaedah ini, segala penyakit berhubung buah pinggang, jantung dan paru-paru dapat dikesan dari peringkat awal sehinggalah peringkat yang kronik. Saya menyambung kajian dengan mendapatkan sampel piawai yang bermasalah di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk mendapatkan keputusan sama ada peralatan Pasco saya ini dapat mengesan dan mengesahkan penyakit tersebut melalui heart beat pattern atau pola denyutan jantung. Keputusan kajian ini mengesahkan 100%. Setiap pesakit yang telah dikenalpasti tersebut sememangnya mempunyai pola denyutan jantung yang mengesahkan bahawa mereka mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka. Alhamdulillah terima kasih ya Allah ya Tuhan ku.

Bermula dari saat tersebut penyelidikan saya semakin mantap dan lebih ramai menjadi sampel kajian saya yang terdiri dari orang awam, pensyarah, staf UTM dan para pelajar. Namun disebalik kejayaan kajian saya, ramai orang yang marah saya. Setelah saya menyatakan bahawa buah pinggang atau jantung mereka sudah terdapat gangguan, sampel ini telah pergi menemui doktor untuk mengesahkan apa yang saya katakan dan didapati bahawa hasil dari siasatan, doktor mengatakan bahawa buah pinggang atau jantung mereka adalah sihat. Kini terdapat percanggahan keputusan siasatan doktor dengan hasil kajian saya berdasarkan pola denyutan jantung ini.

Kepada mereka yang bersemuka kembali dengan saya, penjelasan saya ialah sistem pengesanan menggunakan peralatan Pasco ini adalah sistem yang amat sensitif yang mengesan masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru semenjak peringkat awal sedangkan sistem pengesanan oleh doktor di hospital atau klinik hanya dapat mengesan masalah buah pinggang jantung dan paru-paru apabila masalah ini sudah menjadi serius. Fakta ini memang pun telah disahkan oleh beberapa doktor yang saya temui. Sebagai contoh, kehadiran batu didalam buah pinggang hanya dapat dikesan menggunakan ultra sound atau X Ray apabila saiz batu tersebut sudah mencapai saiz sebesar kacang hijau. Maknanya kehadiran batu buah pinggang yang lebih kecil tidak dapat dikesan oleh doktor sedangkan kesan kehadiran batu di dalam buah pinggang yang halus sudah dapat dikesan melalui simptom secara tradidional dengan menyoal beberapa soalan dan juga dapat dikesan menggunakan peralatan Pasco ini.

Dengan menggunakan peralatan Pasco ini, saya telah menyiasat seorang pelajar saya pada Mac 2006 iaitu seorang sampel yang menghadapi “serious irregular heart beat” / denyutan jantung yang tidak menentu secara sangat melampau. Pelajar ini saya namakan Hasmah. Hasmah sangat kurus, kecil dan pendik. Susuk tubuhnya sudah dapat menjelaskan bahawa Hasmah memang tidak sihat. Apabila saya soal secara ilmu pengesanan penyakit secara tradisional yang diturunkan arwah guru, mengesahkan bahawa pelajar ini memang menghadapi gangguan jantung yang serius. Namun apabila disiasat doktor, para doktor mengatakan tiada masalah jantung.

Setelah menyiasat permakanan Hasmah ini, saya mendapat petunjuk yang sangat menarik iaitu Hasmah makan telur secara berterusan sekurang-kurangnya sebiji telur sehari semenjak kecil. Graf denyutan jantung Hasmah yang terlalu teruk menghalang saya untuk mengenalpasti penyakit lain kerana agak mustahil kerana graf tersebut sukar menentukan penyakit lain oleh kerana terlampau teruk “irregular”nya. Saya menasihatkan Hasmah untuk mengambil makanan tertentu bagi merawat jantungnya termasuk jangan lagi makan telur, elakkan margerin, elakkan creamer, kurangkan ayam daging dan mengelakkan makan burger, naget dan makanan rapu lainnya.

Saya tidak membuat siasatan susulan ke atas Hasmah semenjak hari tersebut. Ditakdirkan Allah bebarpa hari lalu saya bertemu semula dengan Hasmah dan seterusnya kami membuat temujanji untuk saya menyiasat tahap kesihatan beliau pada hari semalam 28 Mac 2008. Setelah diuji dengan peralatan Pasco, saya cukup gembira apabila mendapati tidak ada lagi irregular heart beat pattern yang menggambarkan jantung beliau masih bermasalah. Ini juga telah disahkan oleh Hasmah apabila beliau mengatakan bahawa tahap kesihatan beliau kini adalah amat positif sekali berbanding 2 tahun lalu. Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah SWT.

Namun apa yang saya tidak gembira apabila melihat pola denyutan jantung Hasmah ini ialah bahawa pola ini menggambarkan Hasmah menghadapi gangguan buah pinggang yang agak serius. Namun Hasmah menyatakan kepada saya bahawa siasatan doktor baru-baru ini tidak mendapati sebarang masalah kesihatan. Setelah menyoal beberapa soalan, saya mendapati memang tahap buah pinggangnya agak serius. Sewaktu tidur, kerap Hasmah mengadu sakit di bahagian pinggang disamping tapak kaki Hasmah yang alah tidak boleh memijak simen. Hasmah sentiasa berselipar apabila memijak simen. Ini adalah antara petanda jelas menunjukkan gangguan pada buah pinggang yang berada pada tahap agak serius.

Setelah mengkaji permakanan Hasmah, alhamdulillah makanan yang dimakan oleh Hasmah jauh lebih baik setelah saya menasihati beliau pada tahun 2006 lalu. Hasmah sudah memastikan beliau minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tiada lagi makanan rapu dan tiada lagi minuman Nescafe, Sunquick dan orange squash, tetapi mengapa buah pinggangnya bermasalah? Akhirnya Allah memberikan rahmatNya, Hasmah gemar sangat memakan tembikai dan tembikai susu dengan kadar yang banyak kerana pada pendiriannya, kandungan air dan garam mineralnya boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau.  Sememangnya pada asalnya tembikai / tembikai susu itu baik untuk manusia tetapi petani yang menggunakan racun serangga Furadan 3G sewaktu menanam tembikai /tembikai susu ini menyebabkan racun serangga ini terus berada di dalam isi / flesh buah tembikai (bukan di permukaan buah tembikai) dan racun inilah yang menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Dari bahan yang saya ceritakan di atas, berikut adalah intipati penulisan ini:

  1. Peralatan Pasco di makmal saya mampu mengesan masalah buah pinggang, jantung dan paru-paru walau pun pada peringkat awal. Peralatan pengesan doktor di hospital hanya dapat mengesan masalah ini apabila tahapnya sudah mencapai tahap serius.
  2. Sesiapa yang ingin mendapatkan scanning/pengesanan tahap kesihatan buah pinggang, jantung dan paru-paru, boleh datang menemui saya secara percuma dan seterusnya insya-Allah akan diberitahu punca masalah tersebut dari hasil soal jawab. Kaedah rawatan masalah atau masalah-masalah akan diberitahu.
  3. Makan telur sekadar minima sehari satu biji secara berterusan untuk tempuh yang lama adalah merosak jantung.
  4. Masalah jantung sebagaimana dihadapi oleh Hasmah insya-Allah dapat dirawat menggunakan kaedah pantang larang makanan serta memakan ubat yang mudah diperolehi di kedai seperti kacang hijau yang direbus.
  5. Elakkanlah dari memakan buah tembikai / tembikai susu kerana mengandungi racun Furadan 3G di dalam isi buah tersebut yang merosak buah pinggang. Racun Furadan 3G ini adalah dalam bentuk butir dan penggunaannya adalah dengan menabur butir-butir racun ini di sekeliling pokok tembikai. Racun yang melarut akan diserap melalui akar pokok tembikai ini. Kesannya ialah segala daun, pokok dan buah tembikai ini tidak akan diserang oleh serangga. 


Sekian  wassalam wallahuaqlam

Emjay

50 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Pernah dahulu bergaul dengan penanam sayur terutama kaum cina , memang Furadan 3G ini penggunaanya amat meluas dan memudahkan kerja, bayangkan biji benih disemai bersama butiran furadan dan semestinya hasil amat menarik sekali kerana tiada gangguan dari ulat dan hama. Penggunaan bukan hanya untuk sayuran malah buah-buahan turut digunakan dengan racun sebenarnya meresap terus bersama zat-zat yang terdapat dalam buahan tersebut , mana mungkin untuk dibersihkan. Antara buahan dan sayuran yang sering digunakan ialah jagung,timun,labu,jambu ,mangga, pisang dan banyak lagi. Oleh yang demikian amatlah sukar sekarang untuk menjaga kesihatan melalui pemakanan terutama sayuran dan buah-buahan yang pada zahirnya amatlah baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  2. cuma nak bertanya...mana lagi elok dimakan sepanjang masa..telur atau nasi?? knapa?? sebab saya ade terdengar ade orang cuba untuk diet dgn mengelakkan nasi tapi makan telur..pelik betul

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas penjelasan pencerahan yang baik sekali dari sdr bhmn. Sememangnya penggunaan racun furadan ini sudah sangat meluas kini di Malaysia. Satu ketika sewaktu mengadakan pameran di Felda Bandar Mas Kota Tinggi, seorang peneroka Felda di sana memberitahu saya bahawa beliau menggunakan racun furadan ini untuk tanaman sawi yang diusahakannya. Bagaimanalah pembeli sawi ini dapat mengelakkan kesan racun furadan ini.

    Bagi menangani kes racun furadan ini, sewajarnyalah pemerintah menjaga kebajikan rakyat sebagaimana pemerintah Singapura menjaga kebajikan rakyatnya dengan tidak membenarkan sayuran dan buah-buahan beracun dari dibawa masuk ke Singapura.

    Berkenaan reply rusydi87, memanglah jelas memakan telur sepanjang masa membawa mudharat. Nasi amatlah wajar untuk dimakan berterusan dalam kuantiti banyak pun tak mengapa.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  4. Tn haji saya ni yati, lama tak datang sebab kereta kena langgar (skrg kat workshop), handphone pula hilang, mungkin ada hikmahnya segala yang berlaku ni, jika kereta saya dah dibaiki saya dan keluarga akan datang ke rumah tn haji. pertanyaan saya merujuk kepada masalah saya yang berlaku baru2 ni. sekarang ni alhamdulillah dan sembuh tapi sejak dua menjak ni bahagian operation tu sakit seperti dulu, nak jalan dan bangun pun sakit, adakah ni berpunca dari kekerapan saya naik turun tangga ke kelas atau pun corak pemakanan saya, jika tak keberatan tn haji boleh terangkan di sini makanan apa yang perlu saya ambil dan boleh di kongsi bersama yang lain di sini.

    sekian, kirim salam pada kakak dan keluarga. wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Jikalau sakitnya macam dahulu maknanya situasi luka adalah seperti dahulu. Ini menunjukkan bekas luka bersalin dan jahitan masih ada yang belum sembuh. Ini yang menjadikan sakit berjalan dan naik tangga. Inilah antara akibat apabila tidak berpantang waktu bersalin.

    Cara mengatasinya ialah teruskan berpantang lagi sehingga betul-betul sembuh. Elakkan makan ayam sama sekali. Makanlah sayuran yang baik sebagaimana orang perempuan lain berpantang sewaktu bersalin dan bukannya makan semua sayur. Kurangkan berjalan dan naik tangga.

    Belilah ikan haruan hidup di Pasar Best Mart dan masak air vukannya goreng dan masak gulai bersantan. Hanya masak air. Jangan basuh ikan ini terlalu bersih. Buang sisik dan darah ala kadar sahaja. Jika dimasak dengan betul, kelak ikan ini mengeluarkan banyak lendir dan lendir ini adalah baik sekali untuk mengubat luka termasuk luka bersalin ini.

    Elakkan makan buah oren serta buah-buah lain. Makanlah buah kurma sahaja sehingga luka ini benar-benar sembuh.

    Banyakkan beristigfar maklumlah sedangkan Nabi SAW banyak beristigfar. Ujian orang dah senang dengan ujian orang susah tidak sama tetapi mereka semua tetap diuji Allah swt.

    Sekian wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. artikel yg menarik.... tima kasih Ustaz Emjay,,,...

    ReplyDelete
  7. adeke patut di katakan rezeki yang di turunkan Allah tu boleh mengundang penyakit?
    Bersyukurlah dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
  8. bukan rezeki yang Allah turunkan mengundang penyakit. tapi kan makanan (rezeki) yang Allah sediakan untuk kita ni ada yang halalan toyyiban dan ada juga yang halalan la toyyiban.haram kan dah jelas. yang kita disuruh mencari yang halalan toyyiban. jadi kita kena juga tau makanan yang halal, tapi memudaratkan kesihatan. bukan la suruh terlalu ekstrem, sume tak makan, tapi ambil yang sederhana.
    kata lah pergi rumah orang dan kita dihidangkan makan yang kebanyakannya kita tau merosakkan organ2 dalaman badan, takkan kita tak makan langsung atau makan yang kita tau betul2 ok je...? mesti tuan rumah kecil hati, fikir yang masakan mereka tak sedap atau tetamu tu sombong. jamah la sikit untuk menjaga hati tuan rumah.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    Alhamdulillah...menarik sungguh fakta yg d utarakan..byk manfaat utk kita org islam..di sini saya ada beberapa persoalan, harap tuan mj dpt respond

    1.adakah amalan mkn buah jambu batu jg tidak elok spt d atas? sy pernah dngar a.samad said mengamalkan mkn jambu batu setiap hari..tp kurang pasti kbenarannya..
    2.btolkah mkn oat blh mengurangkn kolestrol spt y di uar2kn?? adakah elok jika di jadikn amalan harian..??
    3.blh x tuan mj bg amalan pemakanan supaya mudah buang air besar stiap hari.. kalau pagi2 x buang air, mmg x selesa 1 hari tu..sakit perut naik ke dada..

    wassalam..

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam wbh

    Berikut adalah respons saya

    1. Memang makan buah jambu batu menurut pengalaman saya serta nasihat dari arwah guru perlu dielakkan oleh kita semua terutama sekali orang perempuan. Orang perempuan yang makan buah jambu batu ini boleh merosak peranakan. Kajian korelasi saya juga menunjukkan kaitan yang kuat antara amalan memakan buah jambu batu ini dengan penyakit kencing manis.

    2. Tentang oat tu saya tidak ada ilmu so no comment

    3. Bagi mengelakkan sukar buang air besar:
    a. Jadikan tabiat makan sayur sebagai amalan wajib harian
    b. Elakkan diet yang banyak daging (ayam dan lembu) dan seimbangkan dengan diet ikan.
    c. Amalan minum teh misai kucing dan / atau makan habbatussauda dapat membantu melawaskan buang air besar sehingga 2 kali sehari. Buah prune juga boleh digunakan untuk melawaskan buang air besar. Madu lebah juga amat mujarab untuk melawaskan buang air besar. Buah prune / jus prune atau madu lebah boleh digunakan untuk melawaskan buang air besar atau untuk mengatasi segera mereka yang sukar buang air besar.
    d. makanlah buah seperti buah betik dan buah-buahan lain yang halal dan baik (bukan tembikai) secara kerap.
    e. elakkan makan makanan yang menyebabkan sukar buang air besar seperti cheese.

    Sekian

    Emjay

    ReplyDelete
  11. terima ksh tuan..

    ada 1 lg persoalan, mengapa buah epal hijau x elok jika dmkn hari2 sedangkn byk khasiatny??

    harapan saya, adalah bagus kalau tuan dpt senaraikn buah2han yg elok,yg x elok & y elok djadikan amalan harian kita, mengikut ilmu dan pengalaman tuan agar kita semua blh dpt manfaat dr segi kesihatan..

    wassalam..

    ReplyDelete
  12. Assalamu a'laikum...

    Saya difahamkan bahawa buah tembikai merupakan antara buah kesukaan Rasulullah SAW. Adakah semua tembikai tidak boleh dimakan termasuk yang tidak menggunakan racun furadan. Kenyataan tuan mengenai makan tembikai adalah mengelirukan. adakah kerana terdapat tembikai yang menggunakan racun dan boleh merosakkan buah pinnggang membolehkan tuan membuat kesimpulan semua tembikai tidak boleh dimakan. Seperti ayam, secara am nya halal dan baik untuk dimakan, tetapi ayam yang disuntik dengan hormon tertentu sahaja yang kurang elok untuk dimakan.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh

    Memanglah kalau tembikai yang tidak mengandungi racun furadan elok dimakan. Kalau ada dijual dipasaran buah tembnikai yang tidak mengandungi racun furadan atau racun lain yang sewaktu dengannya, tolonglah beritahu saya kerana saya juga dah lama rindu nak makan banyak buah tembikai.

    Saya sekarang memang makan ayam organik dari kuala Lumpur tu seekor RM17 hasil ternakan Dr Zainal.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas penjelasan tuan. Sekurang-kurangnya ia mengesahkan bahawa tidak semua tembikai tidak elok dimakan. Untuk makluman tuan, saya sekeluarga menanam sendiri tembikai sekadar untuk makan saya sekeluarga. Alhamdulillah, ianya tidaklah sesusah mana pun untuk menanam tembikai dan saya tidak menggunakan sebarang racun untuk tanaman tembikai saya. Baja yang digunakan pun adalah baja organik.

    ReplyDelete

  15. Sdr nazarudt, kalau ada buah tembikai yang lebih tu, juallah kepada saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Saudara Emjay,

    Setakat ni saya cuma tanam secara kecil2an kat belakang rumah sahaja. Mungkin satu hari nanti saya akan tanam secara besar2an. Baru2 ini saya telah membeli sebidang tanah untuk bercucuk tanam. nsya Allah akan saya usahakan juga untuk tanaman tembikai secara organik. Masalah nya saya di Sarawak.. sukar sedikit nak hantar kepada saudara emjay. Kalau boleh saudara emjay sendiri cuba mengusahakan tanaman tembikai organik dan tanpa racun perosak. Saya rasa ianya berpotensi memandangkan kesedaran masyarakat kita mengenai bahaya racun2 perosak dan mutu buah2an yang ditanam secara organik. Seperti juga ayam organik yang diusahakan oleh Dr. zainal, walaupun harga nya agak tinggi namun masih mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  17. Sdr nazarudt

    Walau pun saya tinggal di Johor Bahru rumah teres dua tingkat lot corner, alhamdulillah saya ada menanam beberapa sayuran seperti keledek (untuk makan daun sebagai sayur), pegaga, serai, ulam raja, kacang botor dan pokok buah naga. Alhamdulillah dapat makan sayur-sayuran ini yang bersih dari insecticide fungicide.

    Semoga usaha nazarudt dimudahkan dan diberkati Allah

    Emjay.

    ReplyDelete
  18. asalamualaikum..saya ada masalah bapa saya mengidap peyakit buah pinggang,apakah diet yang sesuai dan makanan yang tidak boleh dia makan?

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbh

    Sila amalkan saranan sebagaimana nasihat saya di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/75.

    Pantang larang dan rawatan bagi kedua-dua penyakit ini adalah sama.

    Sekian


    Emjay

    ReplyDelete
  20. asalamualaikum..

    saudara emjayjb saya ada menanam sayur dan tembikai susu tapi mengunakan baja
    yang dibeli dari kedai seperti baja buah dan baja subur ada ia terdapat bahan kimia yang merbahaya

    ReplyDelete
  21. waalaikumussalam wbh

    teruskan usaha sdr tetapi jangan gunakan racun furadan 3G atau yang sewaktu dengannya seperti yang datang dari China. Yang cara sdr ini boleh makan

    Emjay

    ReplyDelete
  22. Racun, ubat, org, MJ mana ada kuasa nak mudharatkan kita semua... kan semua kuasa Allah semata. Kan begitu MJ ? Asas aqidah kan? makan la banyak mana racun, kalau Allah tak izin mudharat... tak jadi apa... apa nak takut?

    Umur kita kan dah ditetapkan? Kenapa minta panjang umur? mintak Allah kurniakan keberkatan dalam umur kita bukankah lebih baik ?

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Saudara abufiqah. Anda ni betul orang yang kuat imanlah. Buat experiment. Try minum racun furudan, apa-apa racun tu. Mati ke tidak. Kalau dah tahu racun itu memudaratkan elakan. Sama macam juga arak. Kalau kita dah buat apa yang perlu untuk elakan lepas tu kita tawakal kepada Allah. Ini kita tidak buat apa-apa lepas tu tawakal. Mana boleh jalan. Kalau termakan sikit-sikit tu dalam buah, Allah dah jadikan hati untuk untuk menguraikan/detok. Jangan rosakan kan hati pulak. Pandai dan bijaksana tak Allah?Allah dah tahu masalah ni akan berlaku, sebab itu hati di jadikan.Fikir......

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum,saya ingin bertanya selepas saya melahirkan anak ke2saya mengalami sakit dada dan sukar bernafas dlm 1 bulan 3 atau 4 kali sy akan masuk emergency sebab tak boleh nafas.lepas tu sy buat follow up di hukm dr kata bukan asma bukan sakit jantung tapi enxity y pun tak berapa faham tapi lebih kurang kemurungan melampau sampai kadang kadang jantung berdebar debar denyut tak stabil 2tahun sy turun naik hospital akhirnya doktor kata sy confirm gerd(reflux esopagitis) dan bagi saya makan ubat warna biru sy lupa nama mula mula ok ada kurang tapi lepas tu sama aja lepas tu doktor bagi makan controloc tapi sy tetap rasa tak ada beza sy makan hampir setahun sampai sy bosan akhirnya saya tak makan sy rasa lebih baik tapi kadang kadang masih ada sakit perut sy juga ada buat ecg,stress test,ecko test semua keputusan kata jantung sy tak ada problem tapi doktor tak berani confirm bulan 12 kena buat 1 test lagi iaitu pakai holter untuk 24 jam.sy pun dah naik buntu tak tahu apa kena dengan sy.sy juga senang ketakutan sampai jantung berdebar macam nak terkeluar,sy cepat baran marah marah tak tentu pasal,takut dan bimbang tak tentu pasal dan tak sabar dgn anak anak sy harap sy ada sapa sapa boleh bantu sy.suami sy sampai dah fed up dgn problem sy,keluarga sy kata sy gila meroyan,tak ada siapa pun yg kesian atau ambil berat,kadang kadang sy rasa putus asa bila semua kerja sy serba tak kena,sy selalu keletihan sakit kepala sampai kabur penglihat macam macam produk kesihatan sy makan tapi tak jalan ada sesiapa boleh beri nasihaty amat hargai hanya allah akan balas jasa kamu amin.

    ReplyDelete
  25. Begitulah cerita berkaitan doktor. Saya masih ingat seorang hamba Allah dari Klang pun menghadapi masalah yang sama dan rupanya memang hamba Allah ini ada masalah berkaitan jantung kerana kerap minum Nescafe dengan krimer Coffemate. Doktor insya-Allah boleh kesan masalah jantung apabila keadaannya kritikal namun di peringkat awal atau pertengahan, mereka tiada ilmu.

    Bagi kes sdr, lebih baik sdr datang ke rumah saya dan dapatkan alamat dan no telefon saya dengan email saya kangmasjb@hotmail.com atau PM saya

    Emjay

    ReplyDelete
  26. salam,
    saudari sheillfiq mengalamai symtom anxiety neurosis dan masked depression. Susah nak diterangkan lebih lanjut disini. Mungkin doktor akan memberi Xanax (alprazolam) bersama anti depresion yang lain e.g prosaz etc. Penyakit ini akan mimic kepada penyakit yang lain contohnya GERD, jantung dan lain2. Yang saya tahu tiada ubat yang berjaya kecuali pantang. Kadang2 panik ini akan menyerang pesakit sehingga pesakit terasa akan mati atau akan dilanggar keretapi. Adalah dinasihati tidak langsung mengambil makanan mengandungi msg, kafein e.g nescafe, coke dan teh. Tukar kepada beras perang dan elakan memakan daging dan ayam dan haruslah diganti dengan ikan. Apabila panik itu datang, bawa berehat untuk seketika e.g 30 minit, apabila kembali tenang sambung kerja. Perkara ini pada lama kelamaan kita akan menjadi biasa dan dapat mengurus panik secara automatik.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum
    Saya ingin berkongsi, cara untuk melawaskan pembuangan air besar seperti yang di beritahu oleh seorang Dr Hemeoparti kepada saya semasa dalam pantang anak kelima. Caranya ialah dengan memakan 2 biji kurma dan terus minum segelas susu sebelum tidur malam. InsyaAllah, pembuangan akan lancar dan lembut di waktu paginya. Saya juga mengamalkan kepada anak2 apabila kadang2 mereka demam dan tidak buang air 2-3 hari. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  28. Assammualaikum, Bagi intisari no 2.Sesiapa yang ingin mendapatkan scanning/pengesanan tahap kesihatan buah pinggang, jantung dan paru-paru, boleh datang menemui saya secara percuma dan seterusnya insya-Allah akan diberitahu punca masalah tersebut dari hasil soal jawab. Kaedah rawatan masalah atau masalah-masalah akan diberitahu. Dimana saya boleh mendapatkn scanning/pengesanan tahap kesihatan buah pinggang, jantung dan paru-paru? Saya berminat ingin tahu lbh lanjut....

    ReplyDelete
  29. salam..apa yang ditulis di atas hampir sama seperti saya..sekarang bahagian pinggang saya mengalami kesakitan, tetapi tidak mengalami sakit di bahagian tapak kaki..ia akan terasa apabila batuk atau ketawa...apakah itu tanda sakit buah pinggang?sakit buah pinggang adakah turun temurun?bapa saya seorang pesakit buah pinggang.rasa sakit ini sudah berulang kali berlaku..maknanya ia akan hilang seketika..lama kemudian sakit kembali..saya jugak agak kerap menahan buang air kecil(tidak selesa.was-was kebersihan tandas di luar jadi saya tahan sampai ke rumah)saya pernah dengar orang kata kalo tahan buang air potensi untuk sakit buah pinggang.benarkah?

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam wbh

    Sakit buah pinggag ini ada tahapnya dari tahap 10%. 20%. 30% hingga 100%. 100% adalah tahap buah pinggang yang gagal berfungsi sehingga memerlukan dialisis atau penggantian buah pinggang. Secara lumrahnya sakit buah pingang hanya dapat dikesan oleh hospital apabila melebihi 75%.

    Simptom sdr memang simpton buah pinggang sudah bermasalah.

    Sakit buah pinggang bukan penyakit turun temurun macam kata doktor. Apabila gaya hidup dan permakanan sdr dengan bapa adalah sama, insyaAllah kedua-dua sdr dan bapa akan mendapat penyakit yang sama.

    Amalan menahan air kencing untuk jangka masa yang lama amat merbahaya kepada kesihatan buah pinggang. Perbaikilah.

    Bacalah artikel disebelah kanan laman emjay dibawah tajuk Penjagaan buah pinggang berwarna biru muda tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. betul ke nii?terasa gelap dunia kalau sungguh!jadi macam mana saya nak pastikan betul ke saya sakit buah pinggang ke tak ni?setahun lebih yang lalu saya pernah jalani ujian air kencing tapi takde masalah apa2..mungkin belum boleh detect seperti kata tuan tu..saya sanggup ke johor untuk cek kalo sungguh tuan dapat detect awal dari pihak hospital..emailkan alamat ke boleh?

    ReplyDelete
  32. ustaz,boleh tak tolong bagi contact no dan alamat ke emel sy..nazrul9717@gmail.com

    ReplyDelete
  33. salam ustaz.. beberapa tahun yang lepas sy kerap diserang senak di sebelah kiri yang luar biasa rasanya hingga saya perlu baring kerana hanya asbab berbaring rasa mencucuk2 tu hilang. tapi apabila bangkit semula dari baringan, rasa mencucuk atau senak tu datang balik. lebih kurang berlaku untuk tempoh 15 ke 20 minit. saya tak ambik pusing sangat sebab rasa ianya gastrik atau senak biasa. tahun lepas juga sy masih terasa hal yg sama tapi tak sekerap tahun-tahun sebelumnya. kemudiannya sakit belakang dan pinggang pula menjengah tapi juga lebih tertumpu pada bahagian kiri dan terkadang di bahagian kanan(kadang sukar nak tentukan sakit pinggang atau perut), namun diabaikan juga kerana beranggapan ianya berpunca dari cara duduk ketika melipat baju atau ketika mencuci pakaian. namun sakit belakang juga hadir walapun tanpa aktiviti berkenaan(cuci baju dan sakit belakang).
    baru-baru ini, lebih kurang 2 hari yang lepas, senak di bahagian kiri terasa sakit lagi, namun tidak sekuat serangan sebelumnya. tapi yang memelikkan apabila senak yang datang(juga di sebelah kiri) berlanjutan selama 3 hari tapi tidak terlalu menyakitkan,(bermula dari 2 hari lepas sehingga sekarang).senak di sebelah kanan juga seakan-akan muncul dan pergi seperti di sebelah kiri. akhirnya saya mngambil keputusan ke klinik universiti saya . hasil ujian air kencing mengatakan normal, dan hanya diberi ubat gastrik. untuk pengetahuan, kaki juga terkadang merasa sakit apabila memijak lantai .(cuma kadang-kadang).. adakah ini berkaitan dengan gejala skit buah pinggan atau penyakit lain. wallahualam.

    ReplyDelete
  34. Waalaikumussalam wbh

    Satunya sdr kena gastrik dan keduanya buah pinggang sdr sudah mula bermasalah.

    Bacalah artikel saya berkenaan gastrik dan buah pinggang di sebelah kanan Laman Emjay tu

    Emjay

    ReplyDelete
  35. baru sja sy kembali dr klinik sebab nak tahu tahap kesihatan sy memandangkan ppp yang bertugas 2 hari sebelumnya kata sy kene g c2 balik kalo demam atau senak tak pulih dlm 3 4 hari tu. jadik sy g sane balik sebab tiba dilanda kesejukan yang amat dan pening kepala terasa demam kemudiannya. sakit bkang dan bahagian pinggang terasa lagi dan mencucuk-cucuk pula. dr kata(org len pulak), tak de papa, hanya gastrik dan kurang kalsium sj.. lalu adakah sy benar2 tak apa-apa? kalo begitu Alhamdulillah. dan nak tau kenapa saudara kata buah pinggang bermasalah. yang mana satu simptom yg sy katakan ya? adakah senak atau sakit pinggang blakng tu..dr. tu kata sy tak kencing berdarah, dan tak mutah2.. jadik normal saja.. mohon respons.. jazakallah ya..

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan yang sentiasa menimbulkan kerisauan kepada saya iaitu mengenai anak perempuan saya berumur 7 tahun.. Mengapa mata sebelah kanannya sentiasa bertahi mata? beliau juga merupakan penghidap sinus. Apakah rawatan berkesan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum, sy tak pasti berapa lama tembikai mencapai tahap matang untuk dituai. Saudara boleh gunakan bahan semulajadi untuk mencegah serangan ulat dll penyakit. Jika baja ada baja asli spt zeolite, dn byk lagi di pasaran. hubungi Mardi atau UPM utk membantyu anda. Racun furadan hanya sesuai digunakan untuk tanaman yang matang melebihi 3 atau 4 bulan. Sebab Furadan hanya terurai dalam masa 3 bulan. Jika digunakan keatas tanaman sayuran, nyata ia menyalahi panduan dan peraturan penggunaan furadan. Adalah lebih selamat jangan gunakan Furadan. Tq dari Yasak

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum, Ustaz anak sy baru saja scan breast kerana ada benjolan, dan Dr mengatakan benjolan mengandungi cecair boleh dirawat dan selalunya tidak merbahaya. Alhamdulillah, tapi sy khuatir juga kerana kata Dr ia boleh berulang. Sy ingin tau apakah makanan yang sesuai atau rawatan dari Ustaz terhadap penyakit spt ini. T/kasih. Dari Yasak

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum, ustaz saya pesakit buah pinggang. untuk makluman ustaz buah pinggang saya sebelah kiri sudah dbuang sekarang tinggal satu dsebelah kanan je lg. sya nak tanya, apakah pantang larang yang saya tak leh buat dan makan? Dan apakah makanan yang saya perlu makan demi menjaga buah pinggang saya satu ini lg. terima kasih usataz

    ReplyDelete
  40. Waalaikumussalam wbh

    Redhalah dengan apa yang Allah telah berikan kepada sdr semoga dengan itu segala dosa sdr diampunkan.

    Disebelah kanan Laman Emjay iaitu ruangan yang berwarna latar belakang cokelat terdapat satu tajuk berwarna biru "Penjagaan buah pinggang" dalam warna biru.

    Selamat membaca

    Emjay

    ReplyDelete
  41. dr saya nak tanya.bukankah makan telur sgt baik utk kesihatan ttp kenapa ia memudaratkan

    ReplyDelete
  42. Minum madu pun sangat baik tetapi kalau minum terlalu kerap dan dalam kuantiti yang banyak, ia memudharatkan.

    Telur boleh makan tetapi jangan kerap.

    Emjay

    ReplyDelete
  43. Salam Emjay,
    saya pesakit CKD dan baru mengetahui ada penyakit ini bulan Mei 2013 lalu. Tahap 4 kata Dr. Hospital kerajaan. jka boleh saya ingin cuba selidik penyakit ini dengan cara pasco Emjay .Saya sanggup turun Johor untuk rawatan penyakit buah pinggang kronik saya ini. Tp sy x ada no contact Emjay untuk buat appointment.

    ReplyDelete
  44. Mohon Emjay publish no. contact ofis pun x pe utk sy atau org lain jg buat appointment at tentukan tarikh daN masa utk pasco dan mengetahui langkah yang sesuai mengurangkan kerosakan buah pinggang , jantung dsb. Alfu Syukran Tuan Emjay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbh
      Email sdr telah saya baca dan balas. No Tel saya telah pun diberikan.

      Sila buka email sdr

      Emjay

      Delete
    2. Assalamualaikum wbh
      Email sdr telah saya baca dan balas. No Tel saya telah pun diberikan.

      Sila buka email sdr

      Emjay

      Delete
  45. Sy sakit GERD smpai kdng2 tu sukar bernafas...pedih ulu hati n terpksa tido mnggunakn 3 4 bntal jika tidak sy sukar bernafas.ape ubt yg terbaik utk sy

    ReplyDelete
  46. Untuk sakit gerd banyakkan berpantang mkn...insaallah sihat...mkn merapu jgn mkn langsung...amalkan madu Dan susu..

    ReplyDelete
  47. salam emjay,

    Suami saya pesakit CKD tahap 4, blh emailkan kepada saya no telefon utk appointment rawatan buah pinggang
    di rosywlq95@yahoo.com

    ReplyDelete