Azimat ini saya perolehi dari seorang pelajar saya.
Selepas pelajar ini mula mengumpul berbagai tangkal dan azimat ini, Allah menghadiahkan :: pelajar perempuan ini kerap menurun. Salah Allah atau salah pelajar perempuan ini???
Azimat adalah objek taghut yang berbentuk tulisan dimana pemiliknya bertawakkal kepadanya dan mengharapkan sesuatu melaluinya.
Lumrahnya / mengikut sunnatullah, mereka yang mensyirikkan Allah akan dihadiahkan Allah SWT histeria / menurun / kerasukan. Azab ini adalah azab terperit akibat melakukan dosa terbesar - syirik.
azimat
& patung gangsa.jpg
Azimat adalah kertas dibahagian bawah serta. Perhatikan tangkal
dalam botol di atasnya.
Azimat bercetak ini bertulisan arab
Azimat
bercetak
Azimat bercetak ini canggih cara melipatnya menjadi lipatan yang kemas
dan kecil
azimat
botol kecil
Azimat bertulis arab ini dilipat dan dibungkus dalam botol kecil
azimat
copper
Azimat ini dibuat pada kepingan tembaga, copper tooling. Agaknya
kalau dibuat dari tembaga ia tahan lama dan tak rosak dan kuat kuasanya.
Teringat saya sewaktu pergi kesebuah kedai hardware, saya terlihat copper
tooling yang mirip seperti ini cuma bezanya ia bertulisan Siam.
azimat
dalam botol 1
Untuk menjaga azimat dari mudah rosak, ia disimpan dalam botol.
azimat
dalam plastik
Agaknya kerana ketiadaan botol, bungkusan plastik pun boleh
jugalah untuk melindungi kertas azimat ini.
Azimat dalam botol
azimat
israfil
Azimat ini sebenarnya merupakan bungkusan kertas. Saya terlebih
dahulu membuka lipatannya untuk mengambil gambar. Rupanya tulisan jawi/aram
memberi salam kepada Israfil.
azimat
kain putih
Kain putih ini ditulis dengan tangan begitu teliti menggunakan
bahasa arab
azimat
kain kuning
Kain kuning bertulisan arab ini dilipat.
azimat
panjang
Kain putih ini ditulis tangan bahasa arab sepanjang kira-kira 3 -
4 kaki.
azimat
quran
Azimat dari AlQuran kecil sebesar batu cincin disebelahnya amat
popular dikalangan orang Melayu termasuk seorang ustaz untuk memberikan
perlindungan kepada mereka serta mendatangkan kebaikan. Di setengah kedai,
AlQuran kecil ini dijual dengan harga RM10.
AlQuran
kecil ayat 4 kul dan ayat seribu
Objek-objek ini bersama banyak tangkal dan azimat lain dimiliki
seorang hamba Allah yang kerasukan ditempat kerja dan rumah. Selepas dibawa
kePusat Rawatan "Islam" ******, hamba allah ini lagi hebat kerasukan
dan dapat pedang sakti yang digunakan dalam kerasukannya untuk berlawan dengan
syaitan. Sewaktu kerasukan, hamba Alaah ada satu kelebihan, nampak saitan
bertanduk sewaktu tidak kerasukan. Kalau nak belajar rupa bentuk syaitan dan
hantu ini, kena bawa pelukis jumpa hamba Allah ini.
Inilah dari seorang hamba Allah yang bersusah payah si bomoh menulisnya di atas kain.
Kertas bertulisan iniadalah satu azimat. Dimasukkan dalam plastik dan disimpan untuk rahmat dari nya (azimat ini)
azimat bercetak ini ada juga dalam simpanan saya....
ReplyDeleteposkan sahaja kepada saya untuk dilupuskan.
ReplyDeleteDapatkan alamat saya dengan email kangmasjb@hotmail.com
Emjay
insya-allah ... tetapi tertinggal di malaysia
ReplyDeleteazimat pun dgn izin allah semua perkara dgn izin allah berhati2 dalam akidah dan nawaitu apabila memperolehi barangan ini akan membawa syirk jika terlalu taksub atau mengoyangkan akidah jika memilikinya tetapi jika bukan sebarang dari ayat alquran jelas syirik atau apa2 ayat yang tidak di fahami maksudnya maka syirik. ada pun begitu untuk memiliki nya perlu lah seseorang yang memahami konsep tersebut,ada yang jelas syirik yang jelas dan yang tersembunyi, dan ada yang di bolehkan, niat dan akidah seseorang itu perlu mantap bagi memahami azimat dan maksudnya tersendiri, cincin nabi sulaiman(as) pun tidak di panggil azimat namun pemberian atau kedapatan cincin tersebut adalah anugerah allah untuk mengingatkan kebesaran allah yang hakiki dan mutlak tidak menjadi kesalahan.
ReplyDeletehai u all tahu mana saya boleh beli koleksi azimat ini?email i at luvguy2@yahoo.com.oh ya yang extrim tntg ni sbg syirik i harap cool down...i nak tanya kalau u dapat kopiah rasulullah u buang ke?u see what i mean. bukan kita nak puja or anggap ia lebih besar dr Allah.semua ni kalam Allah.
ReplyDeletecuba belajar lebih sikit lagi baru la tau luasnya ilmu allah..
ReplyDeleteMemang Ilmu Allah tu teramat luas.Di Dalam surah Al Baqarah telah dinyatakan bahawa anatara ilmu Allah ini ialah Allah telah menurunkan malaikat Harut dan Marut untuk mengajarkan ilmu sihir sebagai ujian kepada manusia. Sesiapa yang mempelajari dengamalkan ilmu sihir ini maka jadilah mereka kafir.
ReplyDeleteNama sdr ini macam pengikut tarekat. Pengikut tarekat ini selalu mengajarkan ilmu bertentangan dengan Islam. Islam tidak suruh bertawassul melalui orang yang sudah mati, mereka lakukan. Islam tidak pernah mengajarkan Nur Muhamad mereka mengamalkannya.
Kini saya melarang mengamalkan tangkal azimat seperti ini namun wahdatulwujud menggalakkannya. Rasanya wahdatulwujud ini memang menjadi bomoh dan memberikan kepada mereka yang berurusan dengannya tangkal azimat sebagai dalam gambar.
Sesungguhnya tangkal dan azimat membawa kekafiran.
Emjay
Tentang menggunakan ayat Al Quran sebagai tangkal azimat, memangnya ada dua aliran, di mana aliran pertama tidak bersetuju dan aliran satu lagi bersetuju. Samalah dengan bertawassul. Orang mengikut sunnah tidak membenarkan bertawassul melalui Nabi Muhamad atau orang yang sudah mati sedang aliran satu lagi iaitu tarekat bebas habis bertawassul dengan melalui Nabi Muhamad dan orang yang sudah mati. Samalah juga golongan mengikut sunnah tidak membenarkan NUR MUHAMAD sedangkan aliran tarekat mengeluarkan berbagai hujah untuk membenarkan konsep Nur Muhamad yang karut tu.
ReplyDeleteYusuf Al Qardawi dalam bukunya telah menetang penggunaan ayat Al Quran yang digunakan sebagai tamimah (azimat tangkal). Ini menurut Yusuf Al Qardawi adalah berdasarkan beberapa dalil.
1. Larangan terhadap berbagai tamimah adalah umum, kerana hadis-hadis tidak mengecualikannya walau pun sedikit.
2. Menutup pintu kerosakan. Membolehkan atau mengharuskan tamimah yang terdiri dari ayat-ayat Al Quran digantung akan membawa kepada terbukanya ruang untuk menggantungkan sesuatu yang lain, dimana pintu kejahatan bila dibuka tidak dapat ditutup.
3. Mengharuskan tamimah akan membawa terdedahnya Al Quran kepada kehinaan dimana orang-orang yang menggantungnya akan membawa ke tempat-tempat najis dan akan membawanya ketika membuang air, ketika dalam janabah, datang haid atau lainnya.
4. Selain itu ia akan membawa kepada tidak menghormati Al Quran dan meringan-ringankannya serta bertentang dengan apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT menurunkan Al Quran untuk menunjuki manusia kepada jalan yang lurus serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada sinar cahaya, bukan digunakan untuk tamimah serta bukan juga digunakan sebagai penjaga, pendinding kepada orang-orang perempuan dan kanak-kanak.
~~~~~~~~~
Dengan nasihat Yusuf Al Qardawi sebagaimana di atas, berhentilah menggunakan tamimah walau pun dibuat dari ayat-ayat Al Quran seperti ini. Ia hanya sekadar menambahkan kesesatan.
Satu lagi saya ingin menambah. Tatoo adalah haram dan tiada perbantahan mengenainya namun tatoo menggunakan ayat Al Quran seperti di sini http://sirloinskipper.fotopages.com/?entry=1331262 adakah dibolehkan dalam Islam????? HANYA ORANG SESAT SAHAJA YANG MEMBENARKAN TATOO DARI AYAT AL QURAN INI!!
Wallahuaqlam
Emjay
Salam
ReplyDeletetuan komen pada org toriqah, tu salah... buat kajian dulu..........
kalu tau jgn bercakap begitu... saya pun suka apa yang tuan usahakan tapi bila bab tuan menolak tariqah dengan cara berkata (Pengikut tarekat ini selalu mengajarkan ilmu bertentangan dengan Islam. Islam tidak suruh bertawassul melalui orang yang sudah mati, mereka lakukan. Islam tidak pernah mengajarkan Nur Muhamad mereka mengamalkannya)
tuan telah silap.
saya mohamad 01395795495
tuan di jemput ke trg... boleh pilih ikhwan tariqoh mana yang tuan ingin dapat penjelasan...
kalau benar apa yang tuan maksudkan itu.. maka Sayyed Sagaf, Sayyed Pulau Manis, Sayyed Tokku Paloh, Imam Jaffar Saddiq, dan ramai lagi ulama terkenal nusantara itu sesat lah...
tuan di jemput untuk bermuzakarah dengan guru saya atau guru tariqoh lain.
kecuali tuan ini pengikut fahaman muktazilah atau wahabi...
Salam.. apakah komen MJ tentang amalan membaca ayat 1000 dinar? Adakah sebarang hadis yang menyokong amalan ini?
ReplyDeleteAyat 1000 Dinar tidak wujud.. ia hanya gelaran yang diberi oleh Syaitan ke atas Ayat-ayat ALLAH...
DeleteWaalaikumussalam wbt
ReplyDeleteAyat 1000 dinar adalah dari ayat 3 surah At Tallaq dan sebahagian dari ayat 2 surah yang sama.
Membaca Al Quran hatta mana-mana ayat sekali pun maka Allah SWT telah menjanjikan balasan tertentu dariNya.
Sebelum berbincang lanjut tentang membaca ayat 1000 dinar ini, saya ceritakan dahulu bahawa secara dasarnya seseorang yang mati secara mati syahid berperang dijalan Allah adalah syurga balasannya. Namun menurut mafhum dari satu hadis dari Muslim, saya ambil sebahagian sahaja mafhumnya, mereka yang mati syahid tetapi niat mereka berjuang adalah untuk disanjung sebagai seorang yang pemberani, maka Allah SWT menarik orang tersebut dengan muka ke awah masuk ke neraka. Bagi orang yang mati syahid sebegini, kononnya mereka berjuang dan ingin mati syahid tetapi oleh kerana niat sebenar mereka salah di sisi Islam iaitu ingin disanjung (riak) maka Allah memasukkan orang seperti ini ke neraka.
Samalah juga kalau membaca Al Quran untuk niat yang selari dengan Islam seperti untuk memahami maksud dan seterusnya mengamalkannya, saya yakin Allah SWT bakal memberikan banyak ganjaran. Tetapi kalau mengamalkan ayat 1000 dinar untuk mendapat rezeki, amalan ini sudah merosak akidah. Nabi Muhamad SAW tidak pernah menyuruh umatnya untuk mengamalkan amalan seperti ini.
Begitulah juga mengamalkan Al Fatihah 1x, Al Ikhlas 1X dan ayat Kursi 1X dengan niat untuk menolak lalat dan segala binatang, ini sudah merosakkan akidah.
Begitu jugalah amalan Bismillah 6 dengan niat seperti untuk makbul segala hajat dan cita-cita serta luas rezkinya, maka sudah rosaklah akidah. Ibadah seperti ini tidak pernah diajarkan oleh Baginda Muhamad SAW.
Buanglah segala amalan khurafat yang berkait dengan ayat 1000 dinar ini. Sekiranya ingin Allah SWT murahkan rezeki, bacalah artikel saya bertakul "Kunci-Kunci Rezeki" di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/181 .
Begitu jugalah ramai orang di Malaysia berpuasa sunat dengan niat nak menolong anak cemerlang peperiksaan, maka ini sudah menambah ibadah dan menurut imam Syafiee sesiapa yang menambah ibadah, kafirlah hukumnya.
Emjay