Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha Penyanyang
Puan Salmah adalah seorang bekas pelajar saya. Beliau telah bekerja di satu daerah. Sewaktu belajar dahulu, sempatlah juga Salmah mengongsikan ilmu dengan saya, alhamdulillah. Masalah akademik dan masalah peribadi termasuk takut ke bilik air waktu malam dan pelbagai masalah lain alhamdulillah telah dapat ditangani. Waktu meninggalkan UTM, Puan Salmah amat sedih sekali kerana selepas ini kalau nak bertanyakan masalah dan belajar agama sudah agak sukar maklumlah kosnya agak tinggi untuk ke JB.
Dari semasa ke semasa, Puan Salmah masih menelefon saya terutama sekali apabila ada masalah. Pada suatu petang ketika saya sedang menghantar anak ketiga saya untuk tuisyen, Suami Puan Salmah menelefon saya menceritakan bahawa mereka sedang bergaduh dan meminta saya memberikan nasihat kepada isterinya Puan Salmah. Telefon bertukar suara dan dalam sedu tangis, Puan Salmah menceritakan sejak pagi hari tersebut, ada saja yang tidak kena dalam perhubungan antara suami dengan beliau. Kemuncak ketegangan ini ialah sekarang beliau sedang bergaduh dengan suaminya. Beliau menceritakan antara punca pergaduhan ialah kerana ibu Puan Salmah sedang berkunjung ke rumah mereka serta beberapa alasan lain yang saya sudah lupa. Semua alasan yang diberikan Puan Salmah bagi saya adalah alasan sekunder dan bukan punca sebenar (alasan primer) masalah ketegangan dan pergaduhan mereka.
Selepas tidak ada lagi alasan diberikan sebagai punca pergaduhan Puan Salmah dengan suaminya, saya menyoal “cukup tak engkau layan suami engkau tu?” sebagai usaha untuk mencari alasan primer. Selagi saya tidak dapat mengenal pasti alasan primer ini, kemungkinan untuk saya membantu masalah pergaduhan Puan Salmah adalah sukar. Sebaik sahaja tamat soalan saya, tangisan Puan Salmah semakin kuat.
“Saya memang dah lama tidak bersama dengan suami kerana saya ada masalah batu pada hempedu. Saya dah banyak kali pergi ke hospital dan doktor sudah sahkan. Sekarang ini sedang menunggu untuk dibedah untuk membuang batu tersebut. Perut saya sakit memanjang, macam mana nak layan suami!” puan Salmah memberikan penjelasan. Inilah dia alasan primer yang saya cari dan alhamdulillah sudah ditemukan Allah.
“Kenapa tidak cerita masalah awak ini kepada saya”, soal saya seterusnya.
“Manalah saya tahu Emjay pun tahu berkaitan masalah tentang batu dalam hempedu ini. Saya ingat Emjay hanya mengajar agama”, balas Puan Salmah.
“Sewaktu arwah guru saya meninggal, ilmu buat ubat penyakit ini belum diberikan kepada saya. Awak jangan buang masa lagi dan ambil nombor telefon isteri arwah guru saya ini (Kak Ida), telefon Kak Ida, ceritakan penyakit awak dan beritahu Kak Ida untuk nak beli ubat. Penyakit macam awak ini tak perlu bedah-bedah. Makan ubat insya-Allah boleh sembuh” balas saya.
Seterusnya saya bertanya tabiat pemakanan Puan Salmah untuk mengenal pasti punca Allah memberikan penyakit tersebut. Sah memang tabiat Puan Salmah dalam pemakanan memang rosak, suka makan keropok cecah minyak goreng yang lama yang berwarna hitam. Inilah antara punca penyakit Puan Salmah.
Puan Salmah berjaya menghubungi Kak Ida untuk rawatan penyakitnya. Pada suatu petang, Puan Salmah dengan suami ke rumah Kak Ida untuk mengambil ubat yang sudah diproses dalam bentuk kapsul yang dibuat dari pelbagai ramuan herba. Puan Salmah terus memakan mengikut aturannya dan malam itu juga Puan Salmah memberitahu saya barulah sakit di bahagian perutnya lega. Selama ini beliau makan ubat doktor tidak ada kesan langsung. Alhamdulillah.
Kini Puan Salmah sudah lama sembuh dari penyakit batu dalam hempedunya. Penyakit ini berpunca dari tabiat pemakanan beliau. Penyakit ini menyebabkan sakit pada bahagian abdomen terutama sekali di bawah rusuk kanan nya lalu menyebabkan Puan Salmah tidak mampu melayan suaminya. Orang lelaki apabila tidak cukup “makan”, semua kepalanya memang bengang dan menanti saat sahaja untuk bergaduh. Namun apa yang saya harapkan dari musibah azab yang diberikan Allah ini adalah semoga segala dosa Puan Salmah ini diampunkan Allah sebagaimana janjiNya dalam AlQuran. Memang puan Salmah sewaktu dahulu banyak sekali dosanya terhadap Allah dan dosa-dosa ini pula adalah dalam kategori heavyweight belaka.
Semoga pengunjung Laman Emjay dapat mengutip beberapa ilmu dan iktibar dari kisah yang saya ceritakan kali ini. Kepada Albangkawy, axstudio, bhmn, mienyak, afandianiqoh, mdirman, wongkene dan pengunjung setia lainnya, sila berikan perhatian kepada kisah ini sebagai ekoran dari cerita mari belajar mengenali sunnatullah. Kepada wongkene, saya nak bertanya, exam dah bermula, bila nak datang ke Taman Perling?
Untuk mendapatkan ubat batu hempedu dari Kak Ida, sila berhubung terus dengan beliau di Kampung Cheras Bahru, Kuala Lumpur di talian 0136921230
Sekian untuk kali ini.
Wassalam wallahualam
Emjay
assalamualaikum..masalah yang dihadapi oleh pn.salmahadalah lebihkurang sama yang di hadapi oleh saya.Boleh tak bagi no telefn no Kak Ida.
ReplyDeleteKak Ida Kg Cheras Baru, 0342940153
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum...Prof. saya nak bertanya sedikit...sejak akhir2 ini, saya mengalami sakit di dada kanan sebelah atas apabila saya terbatuk atau menarik nafas secara dalam...adakah ini ada berkaitan dgn apa2 simptom yang tidak baik...setelah bertanya pada doktor, dia hanya berkata, mungkin sbb otot yang disebabkan batuk yang teruk pada sebelum ini...harap prof. ada nasihat buat saya...Saya baru saja mula membaca artikel prof . dan cuba untuk mengubah cara pemakanan yang disarankan...
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh yanzul81
ReplyDeleteSdr ada menghisap rokok atau tidak. Kalau ada, ini memang satu peringatan Allah tentang bahagian tertentu di paru-paru yang bermasaalah.
Kalay nak tahu lebih lanjut, sila isi borang pada http://emjayjb.multiply.com/journal/item/82
Sekian wassalam
Emjay
Salam.. Maaf Saudara Emjay, saya menggunakan ruangan ini.
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi pengalaman dengan mereka yang mengidap penyakit batu hempedu. Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Ibu saya sering mengalami demam dan sakit belakang di bahagian pinggang. Sakitnya berterusan, hinggalah pada suatu petang, muka ibu saya berkerut-kerut menahan sakit dengan tangannya diletakkan di pinggang dalam keadaan berpeluh-peluh. Sebelum ini beliau hanya mengambil ubat dari farmasi yang berdekatan bagi meredakan demam yang dialami selain mengambil kaedah berurut dengan seorang mak cik.
Namun pada petang itu disebabkan kesakitan yang amat sangat, ibu saya tidak dapat menolak untuk dibawa pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Sampai di klinik, satu masalah lagi timbul. Bilangan pesakit yang ingin bertemu doktor sangat ramai. Mujurlah staf di klinik tersebut amat memahami situasi ibu saya dan setelah mendapat persetujuan dari doktor, kami tidak perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Disebabkan ibu saya mengalami kesakitan yang amat sangat, doktor wanita tersebut telah memberikan satu suntikan penahan sakit kepada beliau. Namun kesakitannya itu tidak berkurangan lalu diberikan lagi satu suntikan. Kemudian doktor melakukan 'scan' (entah apa lah istilah yang sebenarnya - saya pun tak berapa pasti).
Dari paparan skrin, doktor mengesahkan bahawa ibu saya mengidap penyakit batu karang di buah pinggang dan saluran air kencing serta batu hempedu (ada 4 biji). Selain dari itu, ibu saya juga ada menghidap penyakit kencing manis tapi penyakit ini tidak begitu serius dan terkawal berdasarkan rekod perubatan sebelum ini. Untuk itu doktor tersebut telah membekalkan beberapa jenis ubat, salinan 'scan' yang dibuat serta satu surat untuk saya berikan kepada pihak hospital.
Kronologi tentang ibu saya untuk mendapatkan rawatan agak panjang. Dari hospital awam ke hospital swasta dan sebagainya hinggalah membuat x-ray, pemeriksaan darah, jantung hingga dan temujanji untuk membuat pembedahan. Saya tak berhasrat untuk menulisnya di sini. Dalam pada itu, kami ada mendapatkan rawatan alternatif seperti refleksologi, tenaga getaran dan sebagainya.
Mereka rata-rata berpendapat, setakat ini memang tidak ada cara lain untuk merawat penyakit batu hempedu melainkan dengan melalui cara pembedahan. Apa yang merisaukan, usia ibu saya ketika itu 60 tahun. Tentunya implikasi akibat pembedahan amat merungsingkan. Ada juga rakan yang memberitahu tentang rawatan tradisional untuk membuang batu karang dan hempedu dengan menggunakan sebatang timun yang dipotong dua kemudian dilekapkan di kawasan yang sakit, dengan bacaan-bacaan tertentu batu-batu yang ada di hempedu dan buah pinggang akan ditarik masuk ke dalam timun tersebut. Tetapi hajat saya untuk bertemu dengan ahli perubatan tersebut sering gagal atas berbagai sebab terutamanya atas faktor masa. Beliau sering sibuk atas urusan peribadi dan sebagainya.
Suatu hari ketika berbual-bual dengan seorang rakan yang juga mengamalkan perubatan tradisional, beliau mengusulkan suatu jenis rawatan yang dipelajarinya dari orang asli kepada saya. InsyaAllah, ibu saya tidak perlu dibedah menurut rakan tersebut. Beliau memberi anggaran masa satu bulan untuk ibu saya sembuh. Saya jadi serba salah, sedangkan temujanji untuk menetapkan tarikh pembedahan tinggal satu minggu lagi. Bila tiba hari temujanji tersebut bersama ibu, saya mohon pada doktor pakar agar tarikh pembedahan tersebut ditangguhkan atas berbagai-bagai alasan yang munasabah. Jadi tarikh pembedahan ditangguhkan tiga bulan lagi.
Tanpa berlengah, saya terus mencari bahan-bahan ramuan yang diperlukan. Lakukan seperti mana yang diajar dan dipraktikkan. Selepas sebulan, saya membawa ibu pergi ke hospital swasta untuk menjalani pemeriksaan. Doktor pakar mengesahkan bahawa tiada lagi batu hempedu yang tinggal. Batu karang juga hilang. Kencing manis pun dah kembali normal. Beliau rasa pelik dan kes-kes seperti ini amat jarang berlaku. Saya amat bersyukur pada
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteArtikel-artikel sebagaimana yang di tulis oleh halidsarif di atas amat dialau-alukan di Laman Emjay.
Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.
Alhambulillah dan terima kasih.
Emjay
assalamualaikum
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteemjay
emjay, boleh ke kita mejauhkan diri dari saudara kandung yang amat genar melakukan maksiat dan setelah ditegur kita diugut dan dimarahi/dihina..sampai terguris hati dan maruah..saya seorang yang sudah bertaubat dan perbuatan dia dan keseronokan dia mering menggoda saya untuk kembali kejalan lama. man saya lemah saya takut tergoda. saudara saya juga menduuh saya memulaukan dia apabila menjauhkan diri dia sepukuh tahun lebih tua dari saya dan sering menugut saya tentang keijaksaan dia, memang dia bijak mematahkan nasihat dan hujah ibu saya sehngga ibu pun bosan nak tegur..saya rasa tertekan dan kadang2 saya rasa macam nk ikut saja jejak langakh dia supaya tidak lagi bertelagah. kadang2 saya pula dituduh cemburu dengan "vogue" dan "cara hidup glamor" dia..saya dituduh kolot, juz jealous dan sebagainya. boleh ke saya tinggalkan dia dan membiarkan dia dengan perangainya...dia ni solat ok, puasa ok, ta minum arak zina tpi sgt2 minta pada cara hidup dan pemikiran kebaratan..ke konsert, promoet konsert, tidak menutup aurat, dengan alasan dosa kecil mungkin itu takdir dia, saya tk mau mengikut jejak langkah dia kerana dulu saya pun pernah begitu tetapi saya sudah bertaubat semenjak kembali dari Umrah saya tertekan sebab saya dah beberapa kali rasa nak ikut saja cara dia ntuk mengelak tuduhan dan pertelingkahan. saya selalu menegur dan setiap kali juga saya dicaci disindir.dihina dan diherdik dan diugut supaya menghormati dia yang sepuluh tahun lebih tua. saya tahu iman saya emah tapi saya sedang cuba berubah tapi cara hidup dia bergitu menggoda dan menggiurkan..boleh ke saya jauhkan diri yakni pindah ke tempat yang dia tidak boleh jumpa buat beberapa waktu?
ReplyDelete