Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Sunday 21 January 2007

Tapak tangan basah atau lembab




Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum wbth sekelian muslimin

Apabila bersalam kita dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?. Berkenaan gaya bersalam, insya-Allah akan saya kupas pada satu masa lain. Kali ini saya ingin mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.

Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya Allah. Melalui kaedah ini, seseorang rakan mudah mengenali sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa bulan lalau di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Pada 19 Jan 2007 yang lalu, saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes air sentiasa menitis dari hujung jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Tapak tangan lembab menggambarkan keadaan kesihatan yang merosot. Basah adalah menggambarkan tidak sihat. Manakala air menitis dari hujung jari menandakan tahap kesihatan yang lebih parah.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah memberhentikan amalan pemakanan yang tidak sihat ini.

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Selain basah dan lembab, warna tapak tangan juga boleh menggambarkan tahap kesihatan yang merosot seperti berwarna keputihan. kehijauan dan kebiruan. Tapak tangan yang sihat adalah berwarna kemerahan.

Begitulah juga tapak tangan yang sejuk menggambarkan tahap kesihatan yang merosot. Tapak tangan sihat sentiasa hangat.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food, naget, sosej, burger, margarine, krimer, tidur bawah kipas yang laju dan sebagainya. Salah satu atau kombinasi faktor-faktor ini bakal menyebabkan tapak tangan anda lembab, basah atau air menitis.

Kepada mereka yang menghadapi masalah ini, silalah email saya  kelak insya-Allah saya akan bantu bagaimana untuk menanganinya.

Sila email saya emjayjb@gmail.com

Emjay




35 comments:

  1. A'kum, terima kasih atas article saudara "tapak tangan basah", mmg betul ia ada kaitan dengan paru paru beraiar saperti yg dialami oleh teman saya. Boleh saudara bantu untuk mengubatinya dengan tidak banyak sangat pantang larang yg tak boleh makan.
    rahsiaburung@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt

    Saya sudah menjelaskan dalam tulisan saya seterusnya iaitu "tapak tangan basah / lembab" bahagian 2

    Sekian wassalam wallahualam.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. Salam Prof...
    Dulu saya ada seorang rakan. Dia seorang sahaja yg tapak tangannya lembab.
    Orgnya kecil, cilik.

    Dia punya kelenjar tyriod terlampau aktif (yg kat leher tu, apa, mungkin terlebih metabolisi). Jika diingati pasal faktor pemakanan, mungkin betul sebab dia dr keluarga berada. Atik pergi TGI Friday, KFC, Mc Donald, gemarkan nugget dsbnya.Sedangkan rakan-rakan lain termasuk saya dr golongan brpendapatan sederhana... belum terdedah kpd Junk Food itu.

    ReplyDelete
  4. Kelenjar tyroid akan menjadi serba tak kena apabila kita sangat gemar minum air batu. Akhirnya doktor bedah dan buang.

    Allah menjadikan kelenjar tyroid bukan untuk dibuang.

    Elakkan minum air batu.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    sye ade masalah tangn basah
    tpi sye x suke mkn junkfood,mndi mlm & minum air batu
    jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini selain daripd bedah...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Mungkinkah sdr suka tidur bawah kipas yang laju?
    Mungkinkah sdr suka mandi lepas makan?
    Mungkinkah sdr suka makan lemak daging dan krimer?
    Mungkinkah sdr jarang minum susu segar / susu fullcream?
    Mungkinkah sdr suka makan ais krim?

    Salah satu dari kemungkinan di atas boleh menyebabkan tapak tangan sr lembab atau basah.

    Apa yang perlu dibuat terlebih dahulu adalaha mengenalpasti punca. Selepas kenalpasti, insya-Allah mudah diselesaikan.

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Kalau bangun tidur, air liur kering apa tandanya?
    Kalau tangan selalu kebas, apa tandanya?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbh

    Soalan pertama di atas tu saya tidak dapat menjawab

    Kalau tangan selalu kebas tu maknanya buah pinggang sudah meragam. Buah pinggang meragam, hospital belum boleh mengesannya. Hospital hanya dapat mengesan apabila situasi buah pingang sudah kronik.

    Sekian

    Emjay

    ReplyDelete
  9. salam..
    apa kesan kita amal pijak batu refleksologi.
    keburukan n kebaikannya mcmana?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh

    Refleksologi secara pijak batu adalah menyamai proses semula jadi iaitu berjalan tanpa selipar atau kasut di atas tanah atau pasir. Memang insya-Allah ada kesan positifnya.

    Sekian wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..saya juga bermasalah macam ni..dari kecil sampai dah usia 21 tahun..tak ada perubahan..doktor kata dah besar nanti okla..ni dah dewasa ni..saya agak menjaga kesihatan dan pemakanan..mungkin ada benda yang terlepas..boleh ustaz bagi tahu perkara2 lain yang perlu saya jaga//syukran..

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam wbh

    Hubungi saya melalui telefon. Dapatkan nombor telefon saya dari email saya di kangmasjb@hotmail.com

    Emjay

    ReplyDelete
  13. slam...sy adlh slah seorg pljar yg mngalami..masalah tangan basah..
    sebagai seorang pelajar..dah tentu sy akan menghadapi pperiksaan di sekolah....atau pon ujian..
    tpi bagaimana saya nak beri tumpuan yg sepenuhnya..ketika mnghadapi ujian...apabila tangan sy basah sehingga kn..tidak terkawal...selain itu..kemana saja sy pergi..akan..di temani kain lap tangan..yg tidak akan rengang dri tngn sy..sy x mnafikan...sy mmng malu..
    mereka yg x mmahami kekurngn sy...sering..mnunjukn sifat geli...

    ReplyDelete
  14. sy adlh slah seorg peljr yg mngalami mslh ini...sbagai seorg peljar..sy akan mnghadapi pperiksaan/ujian..di sklh....sy mngalami mslh..sbb..sy x dpt mmberi tumpuan yg baik/spenuhnye...apbla tngn sy bsah sehngga kn..x trkawal..sy jga..sering mmegang kain lap tngan..kemna sja sy prgi.. sy x mnafikan..sy mula tmbul rasa malu..smpi bla..sy nk mcm ni..tlong lah sy..beri kn bntuan/nsihat yg dtel...sy jga..rsa kecik hati apbla merka yg x fhm mslh sy..dan sering buat muka geli akan..tangn sy yg bsah..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbh
    Jangan lupa baca artikel berikut :
    TAPAK TANGAN LEMBAB ATAU BASAH bahagian 2 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/41

    Salah Doktor @ salah bomoh @ salah siapa????? Ia mungkin berlaku kepada anda! di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/221

    Semoga Allah merahmati sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum ustaz saya tertarik apabila membaca perkara ini.. Kebetulan pula anak saya berusia 6 tahun sudah menunjukkan simptom tapak tangan basah... Kejadian ini baru sahaja berlaku apabila anak saya memegang pensil ketika menulis... didapati kertas ditulisnyer basah apabila saya check nampak berair.. tidak berlaku pula dalam keadaan biasa.. cuma ketika menulis ia berlaku juga berlaku pada tapak kaki.. saya pun tak menyangka perkara ini .. ianya baru berlaku sebelum ini tiada masalah

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Siasatlah anak tu:
    1. MInum air bati, ais krim
    2. Makan junk food
    3. Tidur bawah kipas yang laju
    4. Mandi malam?

    Emjay

    ReplyDelete
  18. prof,
    saya adalah salah seorang daripada pengidap penyakit tangan lembab.sejak dari sekolah sehingga sekarang dan sekarang saya berumur 29 tahun (wanita). Tetapi saya tidak pernah menjalani sebarang rawatan.
    Adakah penghidap penyakit yang dinyatakan di atas?

    ReplyDelete
  19. Ya betullah tu.

    Perbaikilah gaya hidup dan permakanan sdr mudah-mudahan Allah SWT memperbaiki kesihatan sdr.

    Emjay

    ReplyDelete
  20. saya nk tanye mandi malam ni dari waktu berapa yg di kira mandi malam, sbb sy i selalu basuh kain waktu malam sbb siang tak sempat nk pergi kerja n mala baru balik so malam yg saya ade masa utk bt keja rumah termasuk basuh kain n mandi?????????????????????

    ReplyDelete
  21. Mandi malam dikira mula dari masuk waktu maghrib hingga kira-kira pukul 5 pagi.

    Emjay

    ReplyDelete
  22. salam...

    saya juga adalah pemilik tangan basah... atau tangan yg berpeluh walaupun duduk dibawah kipas atau econ...
    dan saya memang pesakit paru2... dan paru2 sbelah kanan saya hnya berfungsi dalam 30-40 peratus saje kerana kerosakan....

    tadi emjay ade kaitkan dengan masalah jantung... apakah jantung yg selalu berdebar2 salah satu simtom......????

    ReplyDelete
  23. Untuk mengubati paru-paru tu, minumlah susu lembu fullcream atau yang segar.

    Jantung yang selalu berdebar tu macam dah kena masalah jantung.

    Emjay

    ReplyDelete
  24. as'salam.
    artikel yg sngat menarik..kebetulan sya pun pernah mngalami msalah ini smasa sya brada di peringkat menengah rendah. tetapi bla sya memasuki ke alam matrikulasi msalah ini sdah tiada. namun sekarang msalah lain pula yg timbul.sya beljar dlm kuliah yg brhawa dingin. saya dapati tpak tangan sya lebih sjok dr kwn2 yg lain. kdg2 smpai ke tahap jari-jemari sya terasa sdikit kebas.sya dh mngalami msalah ini sjak 2 thun lalu.
    apakah tapak tangan yg trlampau sjuk ktika di dlm bilik berhawa dingin itu normal..?

    ReplyDelete
  25. Waalaikumussalam wbh

    Tak normal tu. Mungkin dulu kerap minum air batu / air sejuk dalam peti ais / ais krim dan mungkin tidur bawah kipas yang laju.

    Emjay

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.

    Saya nak tanya bagaimana tapak tangan lembab tu? Bila gosokkan tangan saya ada rasa kesat/berminyak. Adakah saya mengalami simptom yang sama? Sekian.

    ReplyDelete
  27. Waalaikumussalam wbh

    Tapak tangan lembab seperti saputangan yang lembab, sama. Tapak tangan yang basah macam sapu tangan yang basah.

    Emjay

    ReplyDelete
  28. salam
    sy punya masalah yg lebih kurang sama, bezanya tangan dan kaki sy sama ada terlebih basah atau terlebih kering. sy berumur 22 tahun dan mengalami masalah ni sejak sekolah rendah lagi. biasanya tangan sy akan basah beserta dgn rasa nervous wlpn keadaan masa tu bukanlah keadaan yg akan buat sy nervous. dan bila sy duduk dlm aircond, tangan sy akan sejuk macam ais. dan bila tangan sy kering, akan terlampau kering dan berkedut mcm org tua, lebih2 lagi bila duduk dalam aircond lagi teruk berkedut. masa sy blaja luar negara, masa winter bila tgn sy kering, tangan sy akan luka2 dan sgt teruk. tangan sy hanya akan normal mcm org lain bila waktu subuh biasanya. itu yg sy pelik..sy taktau ape masalah sy

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum..saya seorg pelajar lepasan stpm ..dari kecil saya mengalami masalah tangan berpeluh dan semenjak masuk alam remaja tangan saya lebih kerap berpeluh kadang2 boleh sampai tahap menintis2 peluh dari tangan dan saya selalu sejuk dan mengigil .saya tak suka kipas dan tiap mlm sy akan tidur dgn menggunakan stokin..saya seorang pelajar semasa exam adalah masa paling sukar .habis basah paper exam ..tolong bantu saya (0177186946)

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..saya seorg pelajar lepasan stpm ..dari kecil saya mengalami masalah tangan berpeluh dan semenjak masuk alam remaja tangan saya lebih kerap berpeluh kadang2 boleh sampai tahap menintis2 peluh dari tangan dan saya selalu sejuk dan mengigil .saya tak suka kipas dan tiap mlm sy akan tidur dgn menggunakan stokin..saya seorang pelajar semasa exam adalah masa paling sukar .habis basah paper exam ..tolong bantu saya (0177186946)

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum..saya seorg pelajar lepasan stpm ..dari kecil saya mengalami masalah tangan berpeluh dan semenjak masuk alam remaja tangan saya lebih kerap berpeluh kadang2 boleh sampai tahap menintis2 peluh dari tangan dan saya selalu sejuk dan mengigil .saya tak suka kipas dan tiap mlm sy akan tidur dgn menggunakan stokin..saya seorang pelajar semasa exam adalah masa paling sukar .habis basah paper exam ..tolong bantu saya (0177186946)

    ReplyDelete
  32. Tapak tangan lembab jg mungkin disebabkan masalah usus .. penyakit berpunca drp usus yg bermasalah..hubungi sy utk info lanjut..dbmaria9840@gmail.com

    ReplyDelete
  33. Anak saya berumur 6 th sentiasa berpeluh tgn sjk akhir2 ini. Anak saya ini seorg kanak2 yg aktif. Saya sgt risau keadaannya. Email saya norjanahsufian@gmail.com

    ReplyDelete