Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Saturday, 30 August 2008

Tangkal pendinding rumah dll




Assalamualaikum wbh

Bungkusan kain hitam yang banyak di bahagian bawah gambar ini adalah tangkal mengandungi tahi besi yang diletakkan pada setiap tingkap dan pintu rumah hamba Allah yang bermasalah - anak kesayangannya kerasukan. Kononnya setiap tangkal bungkusan tahi besi ini akan melindungi rumah hamba Allah ini dari setiap benda-benda yang tidak baik atau dalam bahasa mudahnya pendinding rumah.

Tidak cukup dengan pendinding bungkusan tahi besi dalam kain hitam tersebut, hamba Allah ini menyimpan kayu tas (yang berwarna cerah) pula dengan kepercayaan yang sama iaitu mendinding rumah dari benda-benda yang tidak baik. Tangkal-tangkal lain juga di pungut dengan pelbagai harapan dari bomoh sesat.

Namun mesej dari ALLAH kepada hamba Allah ini ialah "lagi banyak engkau cari pendinding, lagi banyak masalah berlaku kepada penghuni rumah ini dan klimaknya ialah anak kesayangan kerasukan".

Mudah-mudahan hamba Allah ini memahami mesej dari Allah dan seterusnya bertaubat semoga Allah memberikan kesembuhan kepada anak kesayangannya serta ahli keluarga lainnya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

(Jangan lupa klik pada imej untuk melihat imej yang lebih besar)

10 comments:

  1. Asslammualaikum ust, Alhamdulillah habrashid dah paham tentang tafa'ul yang ust ajarkan tu!. pagi tadi habrashid berbincang ngan sahabat-sahabat habrashid di surau di Melaka..dan habrashid bersedia untuk belajar banyak ngan ust..

    ReplyDelete
  2. pelik aje objek ni bakar aje kalau niat selain allah

    ReplyDelete
  3. rasa ust emjay dah pun lupuskan...tu...lah..yang ust Emjay nak terangkan pada kita bahawasanya...orang kita ni dah banyak menyimpang....banyak sangat tangkal yang di simpan dalam rumah....kain kuninglah..di letakkan pintu masuk, keluar...kain hitam kat bawah katil...dalam bantal..surah yasin...apakah Ayat2 Al-Quran...tempat2nya sebegitu...
    adakah Al-Quran diturunkan untuk orang buat perhiasan rumah...?????? cuba fikir....fahamilah ayat2 Al-Quran...agar kita beroleh peringatan...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya bende ni adalah makhluk allah dan tak bersalah, tetapi yang bersalah adalah manusia yang taksub ke atas bende itu..... " mereka berkata, nasib baik ada bende ini, kalau tak mesti aku kene sampuk ngan setan....." ini lah penyebab segala, bende itu hanya penyebab dan allah lah yang menjadikan ..... sama lah kita apabila pening, makan panadol....
    selalunya " nasib baik ada panadol, kalau tidak tak hilang pening aku nie, " ini sebenarnya sudah mensyirikkan allah, yang mana yang menyembuh adalah allah, dan panadol tue adalah makhluk pengantara allah........... renung2 kan sahabat sekalian

    ReplyDelete
  5. Memang bende tu semuanya tidak bersalah. Batu yang dijadikan berhala oleh orang kafir pun tidak bersalah namun berhala ini kena dihancurkan sebagaimana Nabi Muhamad menghancurkan berhala di sekitar Mekah dan Nabi Ibrahim dahulu.

    Kalau tidak dihancurkan bende setan ini, adakah sdr ingin membuat muzium dari bende setan ini semua.

    Tidak payah-payah fikir panjang, lupuskan sahaja semua bende syirik ini. Boleh poskan kepada saya untuk dilupuskan. Dapatkan alamat dengan email saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. dan kita harus tahu, bukan satu saja cara yang boleh menyelesaikan, banyak lagi cara untuk selesaikan..... mungkin itu cara saudara, cara orang lain pula berbeza, jadi tak perlu salahkan cara orang lain, sebab kita pun tak tentu lagi cara kita nie berkesan atau tidak.....

    ReplyDelete
  7. Tulisan sdr entitiman seolah-olah menggalakkan menyimpan tangkal di atas. Adakah sdr mencadangkan tangkal seperti diatas dibuang sahaja setannya dan kemudian bolehlah menyimpan tangkal tersebut?? Tulisan dan pandangan sdr seolah-olah mahir membuang entiti setan di dalam tangkal tersebut. Marilah kongsikan ilmu sdr tersebut!

    Menyimpan tangkal samada setannya belum dibuang atau telah dibuang oleh entitiman bagi saya adalah sama sahaja, syirik. Tambahan pula Nabi melalui hadisnya tidak pernah mengajarkan buang setan dalam tangkal lalu mengekalkan tangkal tersebut.

    Menulis di Laman Emjay melalui reply adalah digalakkan namun sekiranya penulisan reply sdr mempengaruhi insan lain, berat padahnya kerana dosa mereka yang terikut dengan saranan sdr pun perlu sdr tanggung juga.

    Sekian wassalam wallahuaqlam


    Emjay

    ReplyDelete
  8. pandangan saya la ye...

    penggunaan tahi besi atau apa2 yg selain dr eg: tulang dagu mayat atau bahan2 najis dan cara serta niat penggunaan tak salah, pernah mak saya 'tangkalkan' minyak zaitun dgn bacaan Al Fatihah 70x sbg ubat untuk angin ahmar, syirikkah?

    guna tahi besi sbg syarat bg mereka yg mengubat dgn syarat, spt limau nipis, air mineral, garam kasar, bungaan dibuat minum atau mandi, rendam kaki sebagai rawatan juga syirikkah?

    kiranya tahi besi sbg alat saja utk memagar rumah secara ghaib manakala pagar besi secara fizikal, tanpa ritual bhg mana syiriknya? si tukang pagar fizikal bangsa yg tak baca Basmalah, manakala yg tanam tahi besi tu baca doa dan niat memagar (bukan mentera serapah) syirikkah?

    klu nak katakan syirik spt dlm perbomohan tak payah tahi besi, nasi putih pun boleh guna utk sihir. Jadi terpulang pd pengamalnya, sesetengah perawat hanya menyentuh dan membaca Ayat2 Al Quran keatas pesakit, jin yg merasuk pun dah melompat keluar, ada pula yg caranya bergelut, ada yg disuruh minum air, adakah kaedah dan bahan yg digunakan untuk mengubat itu juga menjadikan kita syirik, klu si perawat itu Al Hafiz, kaedah dan bahan yg digunakan pula sama eg air dan limau nipis tak syirikkah? disuruh pula mengamal ayat Al Kursi, dgn yakin kpd ayat itu boleh membantu, syirik juga kah?

    Bg anggota keselamatan membawa senjatapi yakin keselamatan terjamin, syirikkah dia?

    Bg Chef klu xde pisau x boleh buat kerje pun syirik jugak kah? Ada chef yg khusus pd brand pisau tertentu saja klu guna lain tak jadi.

    Maaf, klu text saya ni tak sependapat dgn Tuan, tp pokok pangkal akidah kita. Klu seseorg tu mmg yakin pd bomoh dan bahan, ke bomoh lah dia, klu ke Perawat Cara Sunnah, begitu la juga.

    Org yg pergi berubat bukan utk beriman dgn pengubat tu tp kekadang sami hindu mengubat pun boleh membantu, apa beza berjumpa dgn doktor hindu, sekadar berusaha.

    Saya juga x menyokong amalan syirik, tp bg sesetengah perawat yg caranya ghaib, tp bg org yg kurang atau tiada ilmu akan katakan cara itu sesat dan menggunakan jin, walhal semata yakin yg tinggi pd Allah SWT

    Wallahualam

    ReplyDelete
  9. lolz, klu sekadar berbahas kualiti kedai kopi ttg perkara yg tuan2 tiada atau kurang ilmu mengenainya, usah blogging, kita harus sependapat untuk mengatasi masalah syirik ni, tapi klu nak bercerita ttg ilmu fiqah jgn campur aduk dgn ilmu tauhid, klu tak nnt tuan berdua sahajalah yg berbahas kat sini, sbb comment lain kene delete.

    ReplyDelete
  10. saudara emjay..mungkin ade betul nya kata2 etitiman tu..
    ustaz emjay buat la cara ustaz emjay sendiri..kenape perlu poskan brg2 tersebut kpd ustaz emjay?nk buat koleksi ker?mane anda tau dlm brg2 tersebut ade setan?ilmu ape yg ustaz pakai?kuasa ape tu?sape la kite nk mengetahuinya?..kalau kite percaya yg dlm tu ader setan pun munkin bole jadi syirik atau khurafat...setan ade dmane2 saje wahai ustaz..silap2 dlm diri sendiri pun bnyk lg yg tak dibuang...same2 la kite menghalang dan mengelak dari bisikan2 setan ini...

    ReplyDelete