Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Thursday 29 January 2009

Enam perintah Iblis kepada pasukannya

Enam perintah Iblis kepada pasukannya

Tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta. Namun pepatah ini tidak laku kepada para syaitan. Mengapa? kerana

Pertama : Semakin kita mengenal iblis dan pasukannya maka kita bukannya semakin sayang atau cinta tetapi malah jadi semakin hati-hati dan waspada kepada tipu dayanya.

Kedua : Semakin iblis dan pasukannya mengenal kita maka bukannya mereka makin sayang atau cinta kepada kita tetapi semakin hebat godaan dan tipu dayanya.

Syaitan terdiri dari 2 golongan iatu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin.

Ciri utama syaitan: “Paling gemar menterbalikkan kebenaran. Mengatakan yang benar itu salah, dan yang salah menjadi benar.” (Contoh: Memakai tudung sebagai kolot dan menyukarkan mendapat pekerjaan sedangkan mendedahkan aurat adalah sesuai dengan peredaran zaman sekarang)

Tugas utama para syaitan: Menggoda manusia menggunakan cara yang paling halus sehingga cara yang paling kasar supaya manusia masuk neraka.

Enam perintah Iblis kepada pasukannya (para syaitan dari golongan Jin dan Manusia) :

  1. Jauhkan manusia dari Ilmu agama dan Iman, kemudian lemparkan mereka kedalam syirik dan kekufuran (inilah Puncak Keinginan syaitan). Sekiranya  tidak mampu, maka:
  2. Ajak mereka untuk mengerjakan bid’ah. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  3. Pujuk agar mereka gemar melakukan dosa-dosa besar. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  4. Pujuk agar mereka senang dengan dosa-dosa kecil. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  5. Buatlah agar mereka senantiasa melakukan perbuatan sia-sia supaya terhalang dari perbuatan penting, perlu, dan berkualiti. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  6. Siksalah mereka, hinalah mereka, kelabui mereka, dan setelah itu tuduhlah mereka telah melakukan perbuatan tercela, haram, sampai mereka sedih berlarut-larut, kecewa mendalam, frustasi dan putus asa…….

Demikianlah, padahal putus asa adalah haram bagi muslimin……………………….
Brother n sister, kalau jatuh, bangkitlah lagi.... jatuh lagi,  bangunlah lagi...... jatuh lagi, bangkit  lagi..... dan seterusnya sampai iblis dan pasukannya (para syaitan dari golongan jin dan manusia) berkata begini : "halaaaah... membazir saja saya mengganggu dia ni..." 

Ketahuilah bro n sis, iblis dan para syaitan itu sebenarnya mudah berputus asa..... Dan sebaliknya mereka paling gemar kepada orang yang apabila jatuh dan atau melakukan dosa, terus berkata begini : "halaaah... membazir saja saya taubat / saya mohon ampun, seterusnya saya buat dosa lagi.... nanti ajalah saya mohon ampun / taubatnya....."

Begitulah, semoga kita termasuk orang yang di beri kekuatan untuk tetap kukuh, kuat, mapan, sekeras batu karang...

WALLOHU A'LAM BISHOWAB

~al faqir~
Dipetik dari http://aqse.multiply.com/ dengan suntingan dari bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.

10 comments:

  1. satu berita baik kalau syaitan tu mudah putus asa... manusia perlu istiqamah untuk lawan godaan nya... kelalaian tu boleh menghancurkan hidup manusia...

    ReplyDelete
  2. mari ketahui rahsia untuk membinasakan setan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tn. Emjay, saya ada pertanyaan yang keluar dari topik. Saya selalu mengalami sakit kepala yang ringan ketika saya membaca sesuatu secara fokus. Walaupun sakit kepala tu ringan tetapi saya selalunya akan skip banyak benda dalam pembacaan malah ada masanya saya terus berhenti. Masalahnya saya perlu membaca dalam melakukan kerja saya. Mohon Tn. Emjay beri pandangan. Terima kasih di atas perhatian dan pandangan. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wrt. wbt. Tn. Emjay, saya ada satu lagi pertanyaan. Saya mengalami keadaan hampir rebah beberapa minit selepas saya selesai makan beef steak. Kepala saya rasa ringan dan saya rasa sedikit terhoyong-hayang. Keadaan tu beransur hilang selepas saya minum lebih kurang 500ml air mineral. Kejadian ini berlaku dua kali (pada masa yang berlainan), dan kedua-duanya berlaku selepas saya makan beef steak. Dalam kedua-dua keadaan tersebut, saya hanya minum teh tarik yang sangat manis (kes pertama) dan air bes sunkist manis (kes kedua). Pada pandangan Tn. Emjay apakan punca kejadian ini. Tekanan darah saya pada kes kedua adalah 120/67. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbh

    Tentang soalan pertama sdr iaitu sakit kepala ringan sewaktu membaca, mungkin disebabkan mata sdr sudah lari tune. Masalah seperti ini biasa kena kepada orang yang matanya out of tune dan perlu memakai kaca mata. Mungkin sdr boleh jumpa kedai cermin mata untuk buat pemeriksaan mata.

    Tentang soalan kedua, jantung sdr mungkin sudah ada masalah. Memang ada orang yang bermasalah selepas makan sup daging, selepas makan beriani daging, selepas makan nasi minyak waktu kenduri kahwin dan ini adalah tanda-tanda kemerosotan pada jantung. Makan beef steak bersama kentang goreng bagi mereka yang sudah merosotnya jantungnya memang boleh menyebabkan masalah ini.

    Wassalam wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrt. wbt. Tn Emjay,

    Saya telah membaca satu artikel yang disiarkan dalam satu website menceritakan sebab-sebab mengapa orang Yahudi bijak. Artikelnya ada disini http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1993&mode=thread&order=0&thold=0

    Ianya merupakan petikan sebuah tesis yang disiapkan selama lapan tahun oleh seorang doktor di Amerika yang dalam masa lapan tahun tersebut telah berada di Israel selama 3 tahun kerana menjalankan housemanship di hospital-hospital di Israel.

    Antara sebab mengapa org Yahudi bijak (menurut artikel tersebut) adalah:

    1. Persiapan awal melahirkan zuriat, san ibu akan
    - sering menyanyi dan bermain piano
    - membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami
    ** katanya untuk melatih otak anak dalam kandungan
    - gemar makan kacang badam, kurma bersama susu
    - makan tengah hari dengan roti dan ikan TANPA KEPALA bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.
    **Daging ikan baik untuk perkembangan otak dan KEPALA IKAN mengandungi kimia yg tidak baik yg dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak dalam kandungan
    - mengambil pil2 minyak ikan

    2. Menu makana org Yahudi
    - Gemar memakan ikan - isi atau fillet sahaja
    - daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan
    *menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama
    - salad dan kacang adalah satu kemestian terutamanya badam
    - makan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama
    *memakan hidangan karbohidrat (nasi dan roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan rasa mengantuk dan lemah, payah untuk memahami pelajaran
    - merokok adalah taboo di Israel.
    * Kajian Saintis di Universiti Israel - nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes

    3. Anak-anak di Tadika
    - Makan buah-buahan bersama badam diikuti dengan pil minyak ikan(cod oil lever)
    - Dilatih bermain piano dan violin
    *dgn bermain musik dan memahami nota-nita musik dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak
    ....dan seterusnya sila baca di link di atas....

    Bolehkan Tn. Emjay memberi komen berkenaan dengan hasil kajian diatas. Semoga Allah SWT memudahkan urusan Tn Emjay. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Saya dah baca artikel ni... sebenarnya apa yang dioranng amalkan tu sunnah Muhammad Rasulllah s.a.w.... makan buah2an sebelum makan ape2 makanan dan tak menggabungkan makan ikan dan daging. kurma memang banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
  8. Salam... Tajamnye panahan mata qusyairy setajam panahan !!!????
    Maaf terkomen sikit.. saya salah seorang insan lemah dengan panahan....
    Cantiknye jika photo id tersebut dipurdahkan semuanye ye..

    ReplyDelete
  9. hanya gambar...dan bukan gambar saya pun...sekadar untuk menyembunyikan identiti...jadi jangan la lihat selalu...bukan berniat nak buat sesiapa tergoda atau apa...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...mohon izin saya memanjangkan amanat ini di dalam blog saya agar masyarakat dunia mengetahui...terima kasih dari saya: blog ramlijohor bigbrother

    ReplyDelete