Pada pukul 9.30 malam 8 Mac 2009 saya telah membuka Tranungkite Online (TKO) dan telah menemui persoalan di dalam forumnya yang bertajuk “ada cikgu sains tuh tanya soalan...
kenapa arak diharamkan sedangkan tapai tak haram?.. sedangkan kandungan kedua2nya ada alkohol (?ethanol) yang formula kimianya adalah sama?..kenapa kandungan alkohol dari anggur haram tapi kandungan alkohol dari tapai atau lain2 tak haram sedangkan formula molekulnya sama?....
boleh sapa2 jawab?...
sama2lah kita berkongsi ilmu...”
kenapa arak diharamkan sedangkan tapai tak haram?.. sedangkan kandungan kedua2nya ada alkohol (?ethanol) yang formula kimianya adalah sama?..kenapa kandungan alkohol dari anggur haram tapi kandungan alkohol dari tapai atau lain2 tak haram sedangkan formula molekulnya sama?....
boleh sapa2 jawab?...
sama2lah kita berkongsi ilmu...”
Berikut adalah penjelasan saya berkenaan persoalan yang dikemukakan.
Assalamualaikum wbth
Izinkan saya menegur sdr cingkoi tentang definisi araknya sebagaimana didalam laman TKO tersebut iaitu:
“Arak ialah Alkohol dlm bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan seringkali menyebabkan ketagihan. Ia dihasilkan oleh sel2 ragi atau yeast yg bertindak ke atas karbohidrat yang terdpt dlm buah2an atau biji2an.”
Definisi arak sebenarnya ialah: Sesuatu yang mengandungi alkohol yang memabukkan dan dikenali juga dengan panggilan minuman keras.
Penjelasan dari sdr cingkoi di atas tidak boleh diterima kerana semua arak memanglah mengandungi alkohol dalam kadar peratus yang berbeza disamping ia juga mengandungi air, glukos, vitamin dan garam mineral. Semua arak mengandungi alkohol dari jenis ethyl alkohol atau pun nama lainnya etanol tetapi etanol semata-mata adalah bukan arak kerana tidak ada pun arak yang terdiri semata-mata hanya etanol. Tambahan pula etanol selain boleh dihasilkan dari proses penapaian ragi / yeast , ia juga boleh dihasilkan di dalam makmal tanpa melibatkan langsung proses penapaian.
Secara umumnya, arak boleh di kategorikan kepada:
- Bir mengandungi 6% alkohol etanol
- Wain yang mengandungi 10-20% alkohol etanol
- Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol
Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana arak ini terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral, vitamin dan etanol iaitu sejenis alkohol.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Ibn Umar mafhumnya:
“Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda; semua yang memabukkan adalah arak, dan semua yang memabukkan adalah haram”.
Jumhur ulamak mengelaskan arak sebagai najis. Apabila arak ini dikategorikan sebagai najis, apa yang najis bukanlah etanol sahaja yang terkandung di dalam botol arak tetapi apa yang dihukumkan najis adalah juga keseluruhan arak yang terdiri daripada air, karbohidrat, mineral, vitamin dan etanol. Air di dalam arak adalah najis dan begitulah juga vitamin yang terkandung di dalam arak. Sekiranya diasingkan air daripada minuman arak yang 100% terdiri hanya air, ia adalah tetap di katakan najis kerana air ini berasal dari najis arak. Sekiranya etanol dari arak ini diasingkan lalu menjadi 100% etanol, ia tetap najis kerana berasal dari najis arak. Namun sebarang etanol yang diperolehi selain daripada arak, ia adalah tidak najis. Kebanyakan alkohol di makmal tidak diperolehi daripada arak.
Nasi yang dimasak pada tengahari atau petang apabila dibiarkan semalaman lalu di makan keesokan harinya, ia sudah mengandungi sedikit alkohol. Alkohol di dalam nasi ini boleh diasingkan melalui proses penyulingan. Persoalannya adakah nasi yang berusia hampir 24 jam ini dihukum sebagai haram kerana mengandungi etanol?? Hukumnya tetap halal dan masih harus dimakan kerana nasi ini tidak memabukkan hatta kalau dimakan sebanyak 3 pinggan.
Tapai pulut dan tapai ubi sangat sedap sekali. Ia dibuat dengan memasak pulut atau ubi sehingga masak dan setelah masak ia disejukkan pada suhu bilik. Selepas sejuk ia dicampurkan dengan ragi yang sudah ditumbuk halus. Kemudian ia dibungkus atau dibiarkan dalam periuk atau sebarang bekas selama 2 atau 3 hari. Menjadilah makanan ini tapai pulut atau tapai ubi. Amat manis sekali dan sungguh menyegarkan.
Proses membuat tapai ini dinamakan Proses Penapaian di mana yeast atau ragi tersebut menukarkan karbohidrat kanji di dalam pulut atau ubi menjadi glukos di samping pembebasan air, karbon dioksida dan pelbagai vitamin lain sebagai hasil sampingan. Proses penukaran karbohidrat kepada glukos ini tidak terhenti disitu kerana ragi /yeast akan terus menukarkan glukos yang terbentuk kepada etanol.
Daripada penjelasan ini bermakna, tapai ubi / pulut yang telah diperam selama 2 atau 3 hari tersebut telah mengandungi air, glukos, etanol selain vitamin dan produk lain. Persoalannya ialah adakah tapai ini haram dan najis kerana kandungan di dalamnya adalah menyamai dengan minuman bir??
Jawapan kepada persoalan ini ialah tapai pada usia 2 atau 3 hari ini adalah halal kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan. Kalau minum / makan tapai dengan kuantiti banyak pun memang ia tidak memabukkan. Tapai pada usia ini iaitu 2 atau 3 hari hanya mengandungi sedikit kandungan alkohol etanol namun kandungan etanol dalam tapai ini adalah lebih tinggi daripada nasi yang sudah berumur hampir 24 jam.
Apabila tapai pulut atau tapai ubi ini dibiarkan pada suhu bilik untuk beberapa hari lagi, lebih banyak karbohidrat kanji ditukarkan kepada glukos dan etanol. Tapai yang sudah berusia 6 hari rasanya walaupun manis namun terdapat rasa yang tidak enak dan rasa ini sebenarnya adalah disebabkan rasa etanol. Pada usia tapai 6 hari ini, kandungan etanol di dalam tapai boleh menjangkau lebih daripada 6 atau 7 peratus iaitu menyamai kandungan etanol di dalam bir. Sekiranya kita makan tapai ini bersama airnya dalam kuantiti satu gelas besar, insya-Allah muka akan menjadi warna kemerahan dan kepala mula pening dan inilah yang dikatakan MABUK. Pada tahap ini tapai yang asalnya adalah harus telah menjadi haram kerana ia memabukkan.
Bagi mereka yang ingin sekali minum arak, mereka selalu berhujah “saya tahu bir memabukkan tetapi kalau saya minum sedikit bir pastinya ia tidak memabukkan”. Persoalan seperti ini adalah persoalan yang diajarkan oleh syaitan semoga manusia minum bir.
Jumhur ulamak telah memutuskan bahawa “setiap yang apabila diminum banyak memabukkan, maka sedikit pun adalah diharamkan.” Berdasarkan ketetapan ini maka bir adalah diharamkan sama ada ia diminum sedikit atau pun banyak.
Terdapat minuman bir tanpa alkohol dan adakah minuman ini diharuskan?? Dari penjelasan saya di atas telah dinyatakan bahawa minuman arak adalah najis. Najis ini merangkumi segala komponen arak ini termasuk air, glukos, etanol, vitamin dan segala garam galiannya. Sekiranya arak yang terbentuk ini disuling untuk mengeluarkan segala alkohol etanolnya sehingga tidak ada lagi baki etanol dalam arak ini, umat islam tetap tidak boleh minum arak tiada alkohol ini kerana ia adalah tetap dihukumkan sebagai najis.
Pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada 11-14 April, 1984, Majlis Fatwa telah mcngambil keputusan tentang alkohol iaitu:
1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Berdasarkan keputusan ini, pembuatan Mousy dan Malt Extract adalah haram.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
4. Tapai halal dimakan
5. Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boIeh dimakan.
6. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan.
Apa yang perlu ditegaskan berhubung keputusan majlis fatwa nombor 4 di atas yang mengatakan bahawa tapai halal dimakan adalah tidak mencukupi atau tidak lengkap. Memanglah tapai yang berusia 2-4 hari adalah halal dimakan dan tidak memabukkan tetapi tapai yang dibiarkan pada suhu bilik melebihi 5 atau 6 hari adalah haram dan memabukkan. Namun tapai yang dibeli dan disimpan di dalam peti sejuk insya-Allah boleh terus dimakan walaupun berusia seminggu kerana proses penapaian oleh ragi / yeast adalah teramat perlahan apabila disimpan di dalam peti sejuk kerana suhunya yang rendah.
Apa yang menarik sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam ialah apabila arak ini telah bertukar kepada cuka, ia menjadi halal semula. Bermula sebagai halal iaitu pulut dan ubi serta tapai, kemudian ia bertukar kepada haram apabila menjadi minuman memabukkan namun apabila ia bertukar kepada cuka, ia kembali halal walau pun di dalam cuka ini mengandungi sedikit etanol yang masih belum sempat bertukar.
Karbohidrat kanji (halal) => glukos (halal) => etanol (sedikit halal banyak haram) => cuka (halal)
Sekian wassalam wallahuaqlam
Sila rujuk dalam forum TKO berkaitan di http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=463718#463718
Emjay
Copy dr artikel
ReplyDeleteSaya salah seorang peminum bir (dulu le, skang dah tobat) yang tak pernah mabuk walaupun minum dengan banyak. Ingatkan tak mabuk tu boleh le teguk. Tapi hukum kan dah jelas haram, nasnya ada dalam Al Quran. Walaupun tak mabuk, saya tinggalkan. Buat abih duit saja, tak sedap pun, root beer A&W jagi best. Bagi yang bila minum tu jadi 'high' memang tak boleh tinggal kot.... Sebenarnya terlibat minum pun nak rasa macam mana 'high'. Tengok member mcm syok je, itu yang try tu...
Apa pun, selain haram, arak ni merosakkan liver dan otak dan punca kepda kencing manis. Kita orang Islam tak payah le nak kaji dari sudut kesihatan. Al Quran kata HARAM, jangan le try.
Wassalam.
Ahmad793734
Ustaz, apasal yang saya copy dari artikel tak kuar. Font tak sama ke?
ReplyDeleteSaya pun tak begitu faham macam mana yang copy tu tak keluar.
ReplyDeleteWalau bagaimana pun, reply yang sdr buat tu boleh di edit semula oleh sdr. Masukkanlah semula bahagian yang tertinggal tu.
Selamat mencuba lagi.
Assalamualaikum wbh.
Emjay
salam..thank you for this info!
ReplyDeletereally appreciate this.
di Dubai sudah ada "halal beer" atau "non-alcoholic beer" @ bir tanpa alkohol..
it has no alcohol, but it taste like normal beer...boleh tak?
kalau tak silap dikeluarkan oleh Heineken..
dan entah kenapa lah mereka mau juga minum,walhal ada macam-macam jenis minuman di dunia ni....mungkin kerana manusia ini memang degil.. wallahualam.
alhamdulillah saudara dah bertaubat..(^_^)
ReplyDeletesaya ada kawan-kawan non-muslims, mostly chinese,sebelum umur 24 tahun dah di beri amaran oleh doktor supaya berhenti minum kerana hati mereka sudah rosak..
bayangkan!
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteTentang soalan halal beer kerana tiada alkohol, sebenarnya sekiranya beer yang terhasil secara biasa disuling untuk mengeluarkan semua alkoholnya, jadilah ia beer tanpa alkohol. Bir tanpa alkohol ini datang dari arak dan hukumnya najis.
Jadi "halal beer" atau "non-alcoholic beer" @ bir tanpa alkohol adalah haram dan tidak halal kerana ia adalah najis. Apatah lagi Heineken memanglah antara pengeluar arak terbesar di dunia.
Sila rujuk semula fatwa nombor 2 di atas yang berbunyi "2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum."
Cara paling baik mengajak umat Islam untuk minum beer adalah dengan mengajak mereka terlebih dahulu minum bir tanpa alkohol. Apabila benda najis yang haram ini diminum, insya-Allah tak lama lagi mereka tidak malu lagi minum beer sebenar. Inilah strategi syaitan.
Sekian wassalam.
Emjay
oooooo....
ReplyDeleteterima kasih sbb byk info boleh sy dpt di sini. psikologi manusia mmg mcm tuh, arak dibayangkan sebagai sesuatu yg elegan, matang, prestij dan sebagainya semata2 hendak mengaut keuntungan daripada kita. itulah strategi kilang2 yg buat iklan arak nmpak ade 'class' supaya ramai org boleh ikut. dan apabila mrk ikut dan minum arak, mrk akan berasa diri kononnya sudah matang. padahal arak itu mendatangkan lebih byk keburukan berbanding dgn kebaikan.
ReplyDeletemmg sedih sbb negara arab kini semakin lalai dlm dunia fana.
ReplyDeletesy ade satu soalan, jika ethanol (dlm kuantiti rendah) yg dihasilkan secara sampingan akibat proses penapaian makanan dianggap halal, maka boleh tak kite gantikan nasi pulut dgn air glucose utk menghasilkan ethanol supaya boleh dijadikan sebagai perisa tambahan spt dlm penyediaan makan jepun yg menggunakan mirin dan sake? terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteSekiranya perisa tambahan makanan berasal dari sake, menurut pandangan saya ia adalah haram kerana sake adalah arak.
Mirin juga adalah sejenis wain.
"About Mirin: Mirin is Japanese sweet cooking wine. Steamed mochigome rice, komekoji (rice yeast), and shochu (Japanese liquor) are mixed and and fermented to make mirin. Mirin is clear and light gold in color and is usually sold in a bottle.
History of Mirin: The use of mirin is said to have begun over 400 years ago. Although it was used for drinking in the beginning, it has been used for only cooking since it was made to be thicker and sweeter.".
Chef dari golongan orang kafir memang menjadikan wain sebagai satu bahan kemestian sewaktu mereka masak untuk menambah sedap. Di Malaysia ini banyak hotel dan kedai kek menambah wain pada kek mereka untuk menambah kesedapan. Sesuatu yang halal apabila ditambah sesuatu najis iaitu wain maka yang halal ini telah menjadi haram.
Sebahagian soalan sdr saya tidak jelas.
Sekian wassalam
Emjay
trima kasih atas maklumat yg diberikan...mintak maaf sbb soalan sy kurang jelas. begini, jika tapai adalah halal dimakan sbb kandungan ethanolnya rendah dan tidak pulak memabukkan, adakah ia bermakna kita boleh menggunakan air tapai tersebut utk buat masakan? tapi kalo kita menapai dengan hanya menggunakan air glukosa, maka adakah ethanol yg terhasil itu masih boleh dianggap halal untuk memasak?
ReplyDeleteglukosa + ragi --> ethanol + CO2
sy perhatikan dlm pembuatan mirin ada ditambahkan dgn Shochu (arak jepun) maka ia adalah haram sbb bercampur dengan najis. jadi kalo kita tapai pakai air glukosa shj (tanpa campuran ape2 jenis arak/liquor), dan ethanol yg dihasilkan tuh masih boleh dianggap halal tak? terima kasih.
ReplyDeletetd sy ade terbaca komen Ustaz kat forum iluvislam.com, sy rase mungkin ethanol yg dihasilkan itu haram jika ia terlalu byk dan sehingga boleh memabukkan. lebih baik makan tapai je lah kan.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteApabila kita membuat tapai sama ada menggunakan pulut / ubi / glukosa dan kita makan sebelum kadar etanol di dalam tapai tersebut mencapai sekitar 4 - 5 % maka makanan ini insya-Allah masih halal walau pun mengandongi etanol. Apabila kita ambil air tapai ini untuk menyedapkan masakan ia tidak timbul sebarang masalah.
Apabila kita ambil etanol dari tapai ini (yang belum mencapai 4-5 %) maka ia bukanlah najis kerana etanol ini berasal dari benda yang halal (tapai belum menjadi tuak). Sekiranya etanol dari tapai halal ini kita kumpulkan menjadi etanol 100%, ia masih bukan najis namun ia haram diminum kerana ia memabukkan dan memudaratkan.
Sekian
Emjay
Kalau kita menggunakan air tapai yang belum menjadi tuak sebagai penambah sedap makanan ia adalah halal. Namun perlu diingat bahawa air tapai yang dibiarkan untuk beberapa hari lagi akan bertukar menjadi tuak kerana kandungan etanolnya bertambah dan pada ketika ini haram menggunakan air tapai yang sudah menjadi tuak ini.
ReplyDeleteMenggunakan air glukosa adalah mencepatkan penapaian untuk menghasilkan etanol. Dalam tempuh satu hari sahaja kandungan etanol yang terhasil sudah tinggi. Kalau menggunakan pulut atau ubi mungkin memakan masa hingga 5 - 6 hari untuk menjadi tuak, air glukosa yang ditapai memakan masa yang jauh lebih pendek untuk menjadi tuak.
Emjay
Betullah tu.
ReplyDeleteIngatlah bahawa bir sekadar mengandungi peratus etanol sebanyak 5% dan ia sudah menjadi haram.
Emjay
Air kelapa jika dibiarkan beberapa hari akan jadi rasa masam dan berbuih... apa kah status air itu ustaz
ReplyDeleteAir kelapa asalnya adalah halal namun kalau dibiarkan, secara semulajadinya akan berlaku penapaian dan setelah beberapa hari terbentuk etanol yang banyak. Maka kini air kelapa sudah jadi tuak dan haram diminum.
ReplyDeleteAir nira kelapa (bukan air kelapa) iaitu air yang dikumpulkan dari tandan kelapa muda memang banyak sekali dijual dipantai timur. Apabila dipungut setelah dibiarkan sehari (24 jam) sedikit etanol insya-Allah telah terkumpul tetapi ia masih halal. Setelah dibiarkan beberapa hari lagi maka jadilah air nira ini tuak yang haram di minum.
Sekian
Emjay
Air nira nipah iaitu air yang dikumpulkan dari tandan nipah sangat manis dan sedap. Apabila dibiarkan beberapa hari jadilah tuak yang haram di minum. Namun begitu selepas diperam lagi beberapa hari (saya tak pasti berapa lama), ia akan jadi cuka dan halal pula. Bagaimana untuk menjelaskanya secara saintifik. Minta Ustaz bantu.
ReplyDeleteWassalam.
sdare ahmad, sy jumpe persamaan ini dari internet:
ReplyDeletetahap pertama (penapaian glukosa menjadi ethanol):
C6 H12 O6(aq)----> 2C2 H5 OH(l) + 2CO2 (g)
tahap kedua (penapaian ethanol menjadi cuka/asid etanoik)
C2H5OH(aq) + O2(g) ---->CH3CO2H(aq) + H2O(l)
kalo ethanol dibiarkan bertindak balas dlm udara dgn kehadiran bakteria, maka cuka akan terbentuk.
trima kasih utz emjay atas penjelasan yg diberikan. skrang sy sudah paham. yg penting ape yg diharamkan dlm islam adalah utk kebaikan diri kita sbnarnye.
ReplyDeletesdara ahmad, spt utz emjay sudah jelaskan sebelumnya. istilah halal dan haram dlm proses penapaian ini bukan semata2 merujuk kpd kandungan alkohol tersebut tapi sifat alkohol yg boleh mendatangkan kemudaratan. kalo kandungan ethanol yg tinggi itu boleh memabukkan dan merosakkan hati, maka ia adalah haram. namun apabila ia bertukar menjadi cuka, ia adalah halal sbb cuka tidak memabukkan malah ia membantu proses pencernaan dan kesihatan umum.
ReplyDeleteTQ presa1200 kerana penjelasan.
ReplyDeletePersoalan ahmad793734 di atas telah dijawab dengan sempurna dan terima kasih kepada presa1200. Semoga Allah merahmati kita semua.
ReplyDeleteSaya ingin menambah kenyataan sdr presa1200 di atas "malah ia membantu proses pencernaan dan kesihatan umum". Memang tepat sekali bahawa cuka asli yang dihasilkan dari arak memang insya-Allah boleh digunakan untuk membantu pencernaan dan kesihatan umum.
Cuka yang lebih baik untuk fungsi kesihatan umun dan pencernaan ini ialah cuka dari apel hijau. Ia terdapat di farmasi.
Apa yang perlu dielakkan sama sekali ialah cuka tiruan yang dihasilkan dimakmal yang dijual dikedai-kedai di Malaysia. Ia memang membawa mudharat. Elakkan.
Emjay
Assalamualaikum wbt,
ReplyDeleteMacamana pula dgn cuka nipah? Mana lebih baik cuka dr epal atau nipah?
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteCuka nipah saya tidak ada ilmu.
Cuka dari epal hijau ini semenjak zaman kegemilangan perubatan Islam dahulu ia sudah masyhur.
Sekian wasssalam
Emjay
Salam,
ReplyDeleteSaya berminat dengan artikel dan penjelasan di atas. Actuallynya saya tercari-cari references untuk permasalahan dan penggunaan ethanol dalam pembuatan ubat-ubatan, since I'm a doctor...banyak dah dengar tapi reference tak ade...So boleh tak anta berikan beberapa reference (tajuk buku/fatwa or laman web) untuk rujukan kami. Satu lagi saya tertarik dengan fatwa kebangsaan 1984 tu, ada percanggahan tak di antara no1 dan no 6 sbb ada ubat yang ada ethanol (bukan dari proses arak) katakan untuk diminum...so hukum 1 atau 6 yang harus diapply/digunakan.
T.Q
Rose
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm
ReplyDeleteyg ni plk apa pndgn ustaz....
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteMerujuk ekpada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Ipoh pada 11-14 April, 1984, Majlis Fatwa seperti berikut :
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
Berdasarkan keputusan majlis fatwa ini, sekiranya minuman bir ini dibuat mengikut cara 2 di atas, maka ia adalah haram walau pun alkoholnya ditiadakan atau dikurangkan. Sebagai contoh sekiranya minuman ini dibuat macam orang menghasilkan arak tetapi kemudian alkohol di dalamnya dikeluarkan semua sekali melalui penyulingan, ia tetap haram dan najis.
Sekian wassalam
Emjay
saudara AHMAD793734 bagi aku elok juga dikaji dari sudut kesihatan perkara2 mcm ni... Al-Quran kata mabuk itu haram mesti ada sebab... jadi bila kita kaji kita akan lebih memahami dan lebih memudahkan kita berhujah kepada mereka yang banyak songeh.......
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya inginkan pendapat mengenai persoalan di bawah:
1. Syarikat teman saya membiak micro-organisma dengan memberi micro-organisma tersebut makanan dalam bentuk gula merah glukosa yang dicampur dengan air dan dalam masa 5 ke tujuh hari akibat dari tindakbalas pemakanan micro-organisma tersebut, maka terhasil satu larutan. Larutan tersebut beliau campurkan dengan air dalam nisbah 1:1000 dan digunakan untuk menyuburkan tanaman dengan menyemburnya di akar pokok dan juga menghilangkan bau busuk air di dalam kolam. Analisa menunjukkan bahawa terdapat ethyl alcohol atau ethanol sebanyak 1.01% di dalam campuran air nisbah 1:1000 tersebut. persoalan saya adakah larutan tersebut dikira sebagai najis dan bolehkah ia digunakan sebagaimana beliau gunakan.
Wassalam
Arak adalah sesuatu yang memabukkan. Apa yang dibuat boleh teman sdr adalah bukan arak maka ia bukanlah najis. Teruskanlah usaha teman sdr tu. Usahanya baik.
ReplyDeleteWallahuaqlam
Emjay
Saya membiakkan alga yang dipanggil alga mekah. ada sesetengah orang di indonesia memanggilnya teh kambuchea. cara penyediaannya ialah alga tersebut direndam di dalam air teh o di campur gula batu dan dibiakkan selama sebulan. kemudian alga tersebut diasingkan kedalam air teh o + gula batu yang baru kemudian di biarkan hingga 5-7 hari. Kemudian barulah air tersebut diminum utk merawat penyakit kronik spt kencing manis, darah tinggi, kemandulan etc. Untuk pengetahuan air tersebut berasa masam seperti air apple..Minta penjelasan saudara berkaitan persoalan ni
ReplyDeletesaya pun masih tertanya2.... scoby dok simpan dah lama... xtau hidup lg ke tak... tp takut nk teruskan buat kombucha sbb dah was2
DeleteSekadar mengandungi alkohol, sesuatu makanan atau minuman belum boleh dijatuhkan haram. Rasa alkohol bukannya masam. Asid yang berasa masam. Arak yang telah menjadi cuka iaitu sejenis asid dalam Islam dihalalkan.
ReplyDeleteNamun saya tidak pasti samaada persedian sdr tersebut telah menukar kepada cuka atau belum, namun rasa masam adalah indikasi kepada kehadiran cuka. Cuka asli yanjg dihasilkan daripada tuak atau arak memang banyak khasiatnya.
Saya mengelak dari memberikan pandangan dalam bab ini sebab banyak fakta lain perlu diselidiki.
Emjay
saperla yang bodoh sgt wat tafsiran gune kepale otak sndr. belajar sains sket boleh x? bahan yg memabukkan tu sememangnye diketahui sbg etanol. bace wiki pn leh tau http://en.wikipedia.org/wiki/ABV ade je arak yg mengandungi hampir seratus peratus etanol.
ReplyDeleteyang best bile die reke pasal air dan vitamin dari arak tu pun haram. tok guru mane ntah ajar. tau x air dr pembetung pun boleh di proses jadi air suling dan diminum, tak kan tu pn haram. kalo blaja sains korang sedarla sket yg sebenarnye sume partikel kat bumi sentiase dikitar semule. buah yg korang makan tu pun pokok die ade yg dapatkan mineral dari najis binatang bahkan najis babi. tu kire makan najis babi ke?
funnyla bile org jadi ektrimis sgt, sume bende jadi taleh. baik mati je
nasi yg dh basi pun harus makan? best giler... makruh adela wat sakit perut je. tak pun haram sbb kite kan haram membinasekan diri. btw proses penghasilan alkohol cume berlaku tanpe kehadiran oksigen so dont bother about thinking nasi basi ade alkohol. just pure bacteria...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteNak tanya berapa lama tapai kalau dibuat 6 hari adalah haram, tapi diatas ada ckp tentang, is akan menjadi cuka, jadi berapa lamanya ia akan menjadi cuka dan halal dimakan?
Jika Tapai itu diperam selama 1 hingga 2 bulan, adakah ia halal atau haram? kalau hanya ambil air tapai untuk masak, adakah ia halal?
Sebab dalam golongan Cina, air tapai baik dimasak ayam atau telur dengan halia untuk perempuan lepas bersalin, ia menguatkan badan dan boleh cepat sembuh daripada kelemahan lepas bersalin, adakah ia halal?
Assalamu'alaikum, boleh saya tau tentang kek di Secret Recipe dan kedai2 kek yg lain di Malaysia dimana terdapat cop tanda halal dari JAKIM.adakah benar2 halal kerana ustaz ada mengatakan bahawabanyak hotel dan kedai kek d Malaysia yg menggunakan wine utk menambah rasa kek.sekian tq
ReplyDeletewaka2010 kalau berbahas biar berilmu.tidak ada arak yang hampir 100% etanol sbb kalau 100% etanol, memang mati sipeminumnya bukan mabuk lagi.ini bukan isu ekstremis,tapi isu perbahasan hukum.makanan yg dimakan akan jadi darah daging.sbb itu isu halal haram ni penting.saya memang seorg saintis sbb itu saya katakan kalauwaka2010 nak berbahas guna ilmu bukan emosi.saya seorg professional hanya bersedia utk berbahas dgn ilmu bukan emosi.semuanya adalah utk menegakkan hukum Allah dimuka bumi.Wallahua'lam
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteSdr cromokbrutal, waka2010 itu ada penyakit dalam hatinya, biarkanlah dia semoga Allah SWT sahaja mengajar dia nie.
Emjay
Boleh saya tau tentang kek di Secret Recipe dan kedai2 kek yg lain di Malaysia dimana terdapat cop tanda halal dari JAKIM.adakah benar2 halal kerana ustaz ada mengatakan bahawabanyak hotel dan kedai kek d Malaysia yg menggunakan wine utk menambah rasa kek.sekian tq
ReplyDeleteBab perincian macam ini memang saya tiada ilmu. Namun secara umumnya memang ada pengusaha hotel yang memasukkan wine ke dalam campuran kek mereka kerana di Eropah dan Amerika, ini adalah perkara lumrah.
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum, setelah membaca tulisan dan komen di blog ini, saya masih tidak dapat jawapan kepada kemusykilan saya. Saya sedang buat satu review utk Food additive, jika food aditive tersebut telah dicampur dengan ethanol as preservative, adakah ia halal dan boleh digunakan untuk dicampur kepada makanan dan minuman? Bolehkah penulis memberikan komen? Terima kasih
ReplyDeletesalam.. tumpang tnya.. sekarang saya sedang buat research pasal kandungan ethanol dalam tapai.. sya peram selama seminggu dan setiap hari saya measure ethanol concentration dia.. sekrang say tgh buat report, and kene submit kat UK, and yang akan tandareport tu lebih kurang orang yang non-muslim lah kan.. kirenya masalah skrang saya betul betul buntu nak cakap pasal isu religion n halal haram ni.. kat ats xdi saudara ada state pasal kandungan ethanol kan? bley tau tak lau tak keberatan dari mana saudara dapat fakta tu? and lau dalam tapai plak, berapa peratus ethanol akan diaktakan haram? saya takut jugak kan kalau tersalah explain cuz melibatkan halal haram plus expalin plak kat non-muslim. harap saudara dapat membantu.. terlambat jumpepages ni, report dah nak kene hantar hari khamis..
ReplyDeleteFaktu tu saya ambil dari satu laman web tetapi saya dah lupa. Sdr boleh search http://en.wikipedia.org/wiki/Alcohol_by_volume
ReplyDeleteEmjay
Salam ustaz.. just nak tambah pengetahuan.. benarkah semua bir tanpa alkohol mcm 'istak', 'barbican' dibuat dgn menyulingkan dari bir yg beralkohol (najis). terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteSaya tidak tahu macam mana minuman istak dan barbican dibuat.
Sekiranya minuman ini dibuat secara orang buat tapai (tapai mengandungi kadar alkohol yang rendah) dan kemudian dimatikan semua yeast untuk memberhentikan penapaian dan kadar alkohol tersebut tidak bertambah, maka halallah minuman tersebut.
Tetapi sekiranya minuman tersebut ditapai sehingga menjadi arak, maka ia tetap haram samada ia mengandungi alkohol atau tidak kerana benda haram ini tidak boleh dihalakan hanya sekadar mengeluarkan/mengurangkan kandungan alkoholnya. Dalam Islam arak yang haram ini boleh dihalalkan dengan memproseskannya menjadi cuka
Emjay
assalamualaikum ustaz... saya ada terbaca di sini.
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/165428
salam...rujuk laman web jakim..http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110601160735&type=NEW ..isi kndungan dia : STATUS SIJIL HALAL RANGKAIAN CAFE SECRET RECIPE
ReplyDeleteADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA RANGKAIAN CAFE SECRET RECIPE MERUPAKAN PEMEGANG SIJIL HALAL MALAYSIA YANG SAH IAITU BERMULA 1 MEI 2009.
Assalamu'alaikum Ustaz. Saya ada 1 soalan mengenai cuka. Saya tinggal di US & di sini ada byk jenis cuka yg dibuat drp arak spt champagne vinegar, red wine vinegar, white wine vinegar & rice wine vinegar. Saya ingin tahu adakah cuka begini dikira haram jg kerana dihasilkan drp arak atau halal kerana telah bertukar menjadi cuka? Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt
ReplyDeleteApa yang jelas ialah apabila arak telah menjadi cuka, ia menjadi halal. Maka menurut ilmu ini, halallah cuka tersebut.
Wallahua'lam
Emjay
Assalamu alaiku wbt.
ReplyDeleteSaya Syukor, juga seorang ustaz tetapi mengajar di sekolah menengah je. Saya ingin mendapatkan emel ustaz untuk membincangkan beberapa persoalan tetang beberapa unsur kesihatan di dalam Syariah Islam. Bolehkah ustaz berikan emel ustaz? atau ustaz emelkan ke emel saya : asyshakor@yahoo.com.my?
assalamulaikum wbt,minta maaf ye ustaz..sy nak bgi pndapat skit ats soalan @ladybird254
ReplyDeletekebiasaannya champagne,red wine,white wine & rice wine ni dibuat dengan sengaja memasukkan "brewer yeast" iaitu yis khas utk proses arak.Dalam Islam,apabila ia jelas memasukkan sesuatu ke dalam minuman tdi utk dijadikan arak maka ia adalah najis n HARAM diminum oleh umat islam.Even arak2 yg disebutkan tu bertukar menjadi cuka(setelah diperam) ia tetap haram kerana proses awalnya dah jelas tak berlandaskan ajaran islam melainkan cuka tersebut terjadi dgn sendirinya.sila rujuk link ni,http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6537:nota-sahih-muslim-03062009-proses-cuka-dan-bolehkah-berubat-dengan-arak
apa yang ingin sy jelaskan disini adalah,jika sah2 diorang menggunakan arak untuk dijadikan cuka,cuka tersebut mmg orang islam haram menggunakannya.Sebab mereka guna arak dan yis khas utk buat arak.if proses pembuatan cuka tu adalah semulajadi tanpa perlu memasukkan ape2 spt bwg.roti,yis dan sbgainya ia adalah halal dan suci.Ia harus diperam dengan dibiarkan terdedah supaya mikrorganisme di udara akan menukarkan gula2 itu kepada cuka.Dan prosesnya mesti 90 hari dimana dalam tempoh tersebut semua alcohol,acetaldehyde @acetate yg terhasil telah ditukarkan kepada acetic asid melalui 2 peringkat fermentasi.Malah Islam sendiri menggalakkan umatnya makan cuka utk kesihatan (bukan cuka industri yg dijual kat pasar raya tu-xde khasiat.hanya 5% asid asetik industri dalam air suling! )
jgn risau skng,dh byak cuka halal yg dijual kat malaysia spt cuka anggur,cuka delima n sbgainya.Kite wajib elakkan cuka yang tak pasti cara pembuatannya dari awal wlpn dh bertukar jdi cuka.cuka wine,cuka beras,mirin mmg haram...carilah alternatif lain buat ganti cukawine tersebut..Sesungguhnya Allah swt tu Maha Mengetahui..wallahua"lam
Assalamu'alaikum pak ustadz..
ReplyDeletesaya ingin menanyakan tentang kandungan alkohol yang banyak digunakan dalam obat-obatan berbentuk cair, seperti obat batuk. Itu bagaimana ya Pak? karena yang saya tahu, kandungannya bisa mencapai 10% karena kegunaan si alkohol ini sebagai pelarut zat-zat non polar yang ada di dalam obat tersebut.. kalau dilihat dari kriteria yang bapak berikan, sepertinya obat batuk cair jadi termasuk haram.. karena berbentuk cair seperti minuman, mengandung gula, alkohol dan bahan2 lainnya..
mohon penjelasannya pak ustadz..
Jazakallahu khoyr..
Waalaikumussalam wbt
ReplyDeleteKebiasaannya, alkohol yang digunakan dalam obat bukanlah alkohol yahg diperolehi dari arak. Begitu juga alkohol dalam wangian lumrahnya bukan diambil dari arak.
Perlu difahami bahawa obat bukanlah minuman yang memabukkan. Obat bukan minuman, diigunakan sedikit sahaja.
Pada pandangan saya, dibolehkan atau diharuskan alkohol yang bukan berasal dari arak untuk digunakan dalam obat. Walau pun peratusnya melebihi 10% tetapi ia tidak memudaratkan kerana diambil paling banyak satu sudu sahaja. Kandungan alkohol dalam satu sudu ubat batok ini sebenarnya sedikit sahaja.
Wallaualam
Emjay
Assalamualaikum ustaz..
ReplyDeleteBolehkah saya dapatkan jawapan kepada soalan yang ditanya oleh nnaassrriinn.. kerana mertua saya berbangsa cina dan selalu timbul soal halal atau haram untuk memakan air tapai tersebut yang telah dimasak dgn ayam dan telur.. harap dapat penjelasan..TQ
Waalaikumussalam wbt
ReplyDeletePada kebiasaannya tapai kalau dibiarkan pada suhu bilik, kalau sudah seminggu tu sudah menjadi tuak iaitu arak kegemaran orang India, haramlah mengambilnya.
Saya tiada ilmu bila tuak ini akan menjadi cuka tetapi yang saya agak ialah ia mengambil masa sangat lama. Menurut satu laman yang saya baca, "It can take from one to two years for a barrel of juice or wine to ferment naturally into vinegar!".
Namun sekiranya tuak dari tapai dicampurkan dengan "mother of vinegar" atau sedikit cuka asli yang mengandungi bakteria yang menukarkan arak kepada cuka, proses yang lama ini boleh dipendekkan.
Kalau tapai diperam selama 1 hingga 2 bulan, kadar alkoholnya semakin tinggi dan ia masih belum menjadi cuka, dengan itu mengambil airnya untuk dimasak atau diminum haramlah hukumnya. Namun kalau dalam tempuh ini cuka sudah terbentuk maka haruslah hukum untuk mengambilnya.
Dengan itu ia memerlukan kajian lanjut untuk menjawab soalan sdr.
Wallahualam
Emjay
Waalaikumussalam wbt
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt
Pada kebiasaannya tapai kalau dibiarkan pada suhu bilik, kalau sudah seminggu tu sudah menjadi tuak iaitu arak kegemaran orang India, haramlah mengambilnya.
Saya tiada ilmu bila tuak ini akan menjadi cuka tetapi yang saya agak ialah ia mengambil masa sangat lama. Menurut satu laman yang saya baca, "It can take from one to two years for a barrel of juice or wine to ferment naturally into vinegar!".
Namun sekiranya tuak dari tapai dicampurkan dengan "mother of vinegar" atau sedikit cuka asli yang mengandungi bakteria yang menukarkan arak kepada cuka, proses yang lama ini boleh dipendekkan.
Kalau tapai diperam selama 1 hingga 2 bulan, kadar alkoholnya semakin tinggi dan ia masih belum menjadi cuka, dengan itu mengambil airnya untuk dimasak atau diminum haramlah hukumnya. Namun kalau dalam tempuh ini cuka sudah terbentuk maka haruslah hukum untuk mengambilnya.
Dengan itu ia memerlukan kajian lanjut untuk menjawab soalan sdr.
Wallahualam
Emjay
Assalamualaikum ustaz.. Saya beli sayur sawi asin tapi tak ada logo halal. Saya tgk tengok kandungannya ada rice vinegar... Apakah ianya halal?
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteRice vinegar adalah cuka yang berasal arak dari beras. Rice vinegar sekiranya mengikut hukum adalah halal dan jauh lebih manfaatnya dari artificial vinegar buatan Yeo Hiap Seng tu.
Emjay
Terima kasih ustaz.. Jadi status sawi asin tu halal ke tak?
ReplyDeleteSawi asin tu sekiranya sekadar kerana rice vinegar, halal lah ia. Tetapi saya tidak berani mengatakannya halal kerana saya belum mengkaji bahan kandungan lainnya. Sekranya tiada bahan haram di dalamnya maka halal lah ia.
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum.. sy baru terjumpa artikel. Sgt bagus penerangan. Cume dlm laman lain ade mengatakan jakim menetapkan food/drink with more than 0.1% alcohol adalah haram. N ada pula yg kata die test tapai at 72hour dah 10% alcoholnya. Jadi tapai haram sepatutnye?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteApakah selepas arak bertukar menjadi cuka, gugur sifat najisnya?
Pandangan saya, tidak halal bagi kita menukar arak menjadi cuka berdasarkan hadis berikut:
Sunan Al Tirmidhi
Yahya Bin Abbaad narrates that Anas Bin Malik Radi Allaho Anh asked Prophet Muhammad Sallallah-o-Alaih-e-Wasallam if wine could be turned into Khall (vinegar); Prophet Muhammad Sallallah-o-Alaih-e-Wasallam said "NO". As per another Hadith, Prophet Muhammad Sallallah-o-Alaih-e-Wasallam ordered that all stocks of wine should be wasted.
Wallahualam
Bila makanan melayu halallah. Ataupun ada lah cara nak dihalalkan. Begitulah melayu. Kandungan alkohol air tapai lebihtinggi dari lite beer, cara buat saling tak tumpah macam sake, bau pun seakan-akan. tapi sebab makanan melayu maka halallah ianya. Begitulah melayu
ReplyDeleteTuan Anonymous .. cube bace balik penjelasan blogger ni.. xde kena mengena dgn makanan melayu ke,mknn india ke,cina ke .. blogger ni dah ulas dgn panjang lebar dan dapat difahami bahasanya.. kenapa dangkal sungguh pemikiran. Gaya penulisan tuan Anonymous mcm nak tunjuk diri awak bagus..tp xlebih drpd mencerminkan kebodohan diri yg xpandai menganalisa ayat. Baca laju2 pastu buat kesimpulan melulu..
ReplyDelete