Bismillahirrohmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbth
(Updated 28 Disember 2019)
Lama rasanya tidak menulis untuk Laman Emjay. Maklumlah bagaikan kain singkat, di tarik ke atas nampak peha dan di tarik ke bawah nampak kemaluan. Saya masih menjawat jawatan pensyarah di UTM, insya-Allah saya akan pencen lagi 5 tahun. Jadi apabila sibuk dengan pelbagai tugas hakiki, terpaksalah yang ini dberikan keutamaan. Kini makmal-makmal di bawah kawalan saya perlu dikemaskini mengikut 5S, menyebabkan tugas semakin bertambah. Namun saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmatNya semoga saya dapat menulis dengan lebih kerap.
Tidak lama dahulu seorang pembaca Laman Emjay diizinkan Allah SWT untuk bertemu dengan saya. Dalam pertemuan tersebut hamba Allah yang saya namakan Ahmad telah meminta izin untuk belajar dengan saya. Bagi saya mudah, ilmu saya tidak banyak namun setiap ilmu yang diberikan Allah kepada saya akan kelak disoal di akhirat “Emjay, apa yang telah kamu buat dengan ilmu yang Aku berikan kepada kamu?”. Beratlah balasannya jikalau saya menjawab “Saya hanya gunakan untuk diri saya sendiri”.
Di dalam pertemuan tersebut saya menceritakan kaedah saya mengajar. Pada waktu dahulu saya mengajar seorang dengan seorang. Alhamdulillah apabila nampak hasilnya, saya lebih berkeyakinan. Selepas bertambah bilangan orang yang ingin belajar, saya usahakan kumpulan yang terdiri kira-kira 5 – 6 orang. Rupanya apabila saya mengajar secara berkumpulan ini, pertemuan hanya dapat berlaku untuk beberapa kali sahaja. Hasil dari setiap pertemuan juga tidak sebagaimana yang diharapkan seperti jika saya mengajar secara berseorangan. Saya dapati apabila mengajar secara berkumpulan, amat kurang pertanyaan yang dikemukakan maklumlah setiap dari mereka malu untuk mengemukakan soalan kerana akan diketahui oleh orang lain.
Kelas yang berlangsung bagi 2 orang juga menemui kegagalan kerana mungkin antara dua orang ini juga malu untuk bertanya, mungkin kerana takut rahsia diri diketahui orang lain.
Setelah memahami kegagalan kelas secara berkumpulan, kini saya menjalankan kelas secara berseorangan atau secara berkeluarga. Secara berkeluarga, mereka kurang malu untuk bertanya kerana masing-masing pun sudah sedia maklum dengan masalah mereka masing-masing. Belajar secara suami isteri juga kurang bermasalah. Secara berseorangan adalah paling baik kesannya. Perbincangan secara dua hala mudah berlaku tanpa rasa malu diketahui orang lain mengenai masalah peribadi, keluarga atau saudara maranya.
Dalam kaedah berseorangan atau berkeluarga ini saya perlu mengulang setiap isi pelajaran kepada setiap mereka yang belajar. Mula-mula dahulu rasa jemu juga namun inilah sahaja caranya saya mencari keredhaan Allah mengumpul amalan untuk akhirat. Lagi banyak yang belajar lagi baik.
Banyaklah perkara meliputi diri Ahmad, isteri, anak serta ibu bapa dan saudara mara yang dapat dikongsikan antara kami dalam setiap sesi pertemuan tanpa rasa malu diketahui oleh orang lain. Saya pula perlu memegang amanah untuk tidak menceritakan rahsia berkaitan Ahmad kepada orang ramai termasuk isteri dan anak-anak saya. Namun dalam tulisan saya kali ini saya hanya ingin mengupas satu bab yang berkaitan dengan anak Ahmad yang wajar sekali dijadikan iktibar untuk kita semua.
Ahmad diberikan Allah seorang isteri serta beberapa anak dan yang kecilnya adalah seorang perempuan berusia hampir 2 tahun. Isterinya seorang doktor di sebuah hospital kerajaan. Ramai orang beranggapan bahawa beristeri / bersuami seorang doktor adalah suatu keuntungan yang amat jelas kerana setiap penyakit yang dihadapi oleh sesuatu keluarga akan dapat ditangani dengan mudah. Namun bagi saya adalah tetap sama bagi yang beristeri bersuami doktor atau bukan doktor. Kini doktor pun dalam usia awal empat puluhan pun ada yang mengalami masalah serius dengan buah pinggang serta perlu didialisis setiap beberapa hari. Terdapat juga doktor dengan pelbagai masalah kesihatan kronik lainnya.
Ahmad sebelumnya sudah diberikan anak lelaki dan apabila Allah memberikan anak perempuan pertama, beliau sangat gembira. Tambahan pula anak perempuannya diberikan Allah rupa paras yang cantik. Apabila melihat anak perempuan yang saya namakan Wati ini, Ahmad sangat senang hati lalu terkeluarlah pujian khas untuk Wati. Semakin hari Wati membesar dan menyerlahkan kecantikannya dan semakin banyak pujian diberikan oleh Ahmad dan juga isterinya. Kedua-dua telinga Wati setiap hari disirami oleh pelbagai pujian oleh Ahmad dan juga isterinya.
Dengan takdir Allah apabila Wati mencecah usia satu tahun, Allah mengurniakan satu penyakit pada kedua-dua telinga Wati sehingga menyebabkan telinganya mengeluarkan cairan seperti nanah dan berbau busuk. Ahmad dan isteri sangat sedih. Wati kerap dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Pelbagai diagnosis dilakukan oleh para doktor termasuklah doktor pakar. Ada doktor yang mengatakan penyakit Wati sebagai “Otitis Externa”. Pelbagai rawatan dan ubat yang diberikan namun penyakit telinga Wati masih berterusan. Aduh sungguh sedih perasaan Ahmad dan isteri melihatkan anak kesayangan yang diberikan Allah kelebihan kecantikan tetapi kini menghidap penyakit telinga. Kelebihan isteri Ahmad sebagai seorang doktor tidak dapat dimanfaatkan untuk memulihkan penyakit Wati.
Wati semakin membesar, setiap hari telinga Wati terus menerima pujian dari ayah dan ibunya dan penyakit telinganya masih belum dapat dirawat. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan bertukar bulan namun penyakit telinga Wati masih belum dapat dipulihkan. Sedih Ahmad dan isteri bukan kepalang memikirkan penyakit Wati. Berbagai persoalan bermain di kepala. Adakah Wati akan membesar dan dewasa bersama dengan penyakit telinganya?
Kini penyakit Wati sudah menjangkau enam bulan. Enam bulan yang amat menyedihkan. Kegembiraan menerima Wati hanya sekadar satu tahun sahaja. Kini Ahmad dan isteri tidak sudah-sudah dirundung malang.
Tidak lama selepas itu Ahmad mula belajar di rumah saya. Seminggu sekali Ahmad datang ke rumah saya di waktu malam. Ahmad serius dalam mempelajari ilmu agama yang diajarkan. Kisah anaknya Wati in tidak diceritakan kepada saya. Bila tiba bahagian pelajaran RIAK, saya pun mengajarkan ilmu ini sebagaimana saya ajarkan kepada orang lain. Berikut adalah rumusan pelajaran yang diberikan kepada Ahmad:
1. Ada pelbagai definisi riak. Antaranya, riak adalah “perasaan ingin dipuji oleh orang lain”.
2. Riak / bermegah / suka menunjuk adalah sifat Allah – Al Mutakabbir.
3. Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak.
4. Manusia tidak layak dan tidak berhak untuk menerima pujian kerana sesungguhnya manusia telah berikrar di dalam bacaan fatihahnya pada setiap solat iaitu alhamdulillah hirobbil’alamin الحمد لله ربّ العالمين yang bererti “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
5. Nabi mengajarkan melalui hadisnya bahawa sekiranya ada manusia yang memuji kita, hendaklah kita mengambil pasir lalu melontarkan pasir ini ke muka orang yang memberi pujian ini. Hadis ini sungguh menjelaskan bahawa manusia tidak boleh menerima dan memberi pujian kerana segala pujian HANYA milik Allah SWT semata-mata. Dari Abu Ma’mar, ia berkata, “Ada seorang pria berdiri memuji salah seorang gubernur. Miqdad [ibnul Aswad] lalu menyiramkan pasir ke wajahnya dan berkata,
“Kami diperintahkan oleh Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- untuk menyiramkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.” (HR. Muslim no. 3002)
“Kami diperintahkan oleh Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- untuk menyiramkan pasir ke wajah orang-orang yang memuji.” (HR. Muslim no. 3002)
6. Manusia tidak boleh memuji manusia atau makhluk lain kerana hanya Allah yang layak menerima pujian.
7. Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:
“Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya”
(Bukhari & Muslim: 1720)
8. Sekiranya manusia faham hadis berikut, semua manusia tidak akan melakukan riak kerana riak amat merugikan serta menjadikan pelakunya syirik!! Abu Darda’ Ridzwanullah ‘alaihim meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda mafhumnya:
“Menghindarkan amal dari digembar-gemburkan (diceritakan kepada orang lain), mengerjakannya lebih sukar dari mengerjakan amal itu sendiri. Seseorang mungkin melakukan suatu amal (soleh) lalu dicatat sebagai amal soleh yang dibuat secara “sir” (senyap-senyap). Dengan itu pahala ganjarannya dilipat-gandakan sebanyak tujuh puluh kali ganda. Tetapi syaitan tidak membiarkannya. Syaitan terus merasuknya sehingga ia menceritakan dan menyatakan kepada orang lain. Maka catatan amal itu pun ditukar kepada catatan amal alaniah (terang-terang). Dengan itu ganjaran pahalanya (sebanyak tujuh puluh kali ganda) dihapuskan. Kemudian syaitan terus mendesak orang tersebut agar menyatakan lagi bagi sekian kalinya tentang amalnya. Maka ia sendiri pun suka kalau disebut-sebut hal itu dan terus menerus dipuji. (Akibatnya) catatan amalan tersebut sebagai perbuatan amal alaniah dipadamkan dan ditulis sebagai perbuatan riak. Sebab itulah orang yang paling bertakwa ialah orang yang paling melindungi agamanya. Sesungguhnya riak adalah syirik”
(Hadis riwayat Baihaqi)
9. Perbuatan yang ikhlas adalah amalan yang diterima Allah iaitu perbuatan yang langsung tidak mencari pujian dari manusia dan semata-mata mencari redha di sisi Allah SWT.
10. Elakkan perbuatan memuji dan suka di puji.
11. Orang perempuan ramai yang suka dipuji seolah-olah mereka ingin menjadi seperti Allah SWT.
12. Riak dikategorikan Islam sebagai SYIRIK kerana manusia ingin memiliki sifat Allah iaitu Al Mutakabbir. Memang Allah sahaja yang berhak dipuji dan memang Allah SWT suka di puji.
13. Mati syahid berjihad berperang di jalan Islam pun boleh tersasar dari syurga lalu ke neraka akibat riak. Dari Abi Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka. Berikutnya orang (yang diadili) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al Qur`an. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. Kemudian Allah menanyakannya: ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab: ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, serta aku membaca al Qur`an hanyalah karena engkau.’ Allah berkata : ‘Engkau dusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al Qur`an supaya dikatakan (sebagai) seorang qari’ (pembaca al Qur`an yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka. Berikutnya (yang diadili) adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengenalinya (mengakuinya). Allah bertanya : ‘Apa yang engkau telah lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak pernah meninggalkan shadaqah dan infaq pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata karena Engkau.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan (murah hati) dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeretnya atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.’” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam perjalanan ke rumah, Ahmad bertaubat dan bertekad untuk tidak lagi memuji anaknya Wati. Apabila bertemu isteri, beliau terus menasihati isterinya agar jangan lagi memuji anak perempuan kesayangan mereka iaitu Wati. Isterinya menerima nasihat tanpa bantahan.
Sebaik-baik Ahmad dan isteri tidak lagi memuji Wati, satu keajaiban telah berlaku melalui rahmat Allah iaitu telinga Wati tidak lagi mengeluarkan cairan. Telinga Wati telah pulih dengan begitu sahaja. Itulah Allah SWT Tuhan yang berkuasa, mencipta dan mentadbir sekelian alam. Dengan kuasaNya, apabila lubang telinga Wati tidak lagi menerima pujian dari ibu ayahnya, terus sahaja Allah memberikan rahmatNya lalu sembuh. Selama tujuh 7 bulan Ahmad dan isteri menanggung azab melalui penyakit telinga bernanah yang dialami Wati kini menjadi sejarah. Wati sembuh dan ubatnya ialah “jangan lagi memberikan pujian kepadanya”.
Sesungguhnya Allah memang berkuasa, mengambil ubat yang terbaik namun kalau Allah tidak mengizinkan, pastinya penyakit tidak akan sembuh. Diantara mereka yang berurusan mengenai masalah atau penyakit mereka dengan saya, ada yang selesai atau pulih dalam masa yang singkat tetapi ada yang amat sukar untuk keluar dari masalah atau pulih. Ini semua adalah kehendak Allah SWT dan pastinya ada sebabnya Allah menetapkan sedemikian. Itulah sebabnya dalam kebanyakan hal seperti masalah/musibah atau penyakit, saya amat gemar sekali mengingatkan bahawa kembali kepada mencari keredaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya serta menjauhi laranganNya adalah perkara terpenting.
Ada terdapat kes keluarga yang amat bermasalah dari segi kewangan, apabila mereka yang terlibat menyedari kesilapan mereka dan mula kembali kepada Allah, dengan mudah sahaja masalah kewangan yang kronik ini pun selesai dengan izin Allah. Ada yang sudah menghidap kencing manis untuk belasan tahun dengan mudah dapat pulih dengan izin Allah. Begitulah Allah SWT dengan kekuasaanNya mentadbir manusia dan alam ini.
Bagi kes Wati, apabila telinganya menerima sesuatu yang bukan haknya iaitu pujian dari kedua ibu bapanya, Allah berikan penyakit telinga. Begitulah juga apabila kemaluan yang Allah berikan digunakan di tempat yang diharamkan, janganlah sedih apabila Allah mengurniakan pelbagai penyakit kelamin seperti AIDS, siplis dan gonorea.
Sesungguhnya tentang tajuk artikel kali ini iaitu mengenai ayat kedua surah Al Fatihah, hendaklah kita semua redha dan berikrar sesungguhnya “segala puji hanya untuk Allah” dan bukanlah “segala puji hanya untuk Allah dan anak aku dan isteri aku dan diri aku dan .....”. Kita semua manusia sebagai hamba Allah sesungguhnya tidak layak untuk menerima pujian. Sekiranya seseorang isteri berjaya masak makanan yang cukup enak dimakan oleh ahli keluarga, ianya berlaku bukanlah kerana kehebatan isteri tersebut namun adalah kerana anugerah rahmat dari Allah-lah yang menjadikan masakan tersebut enak dimakan. Hujah ini adalah selari dengan maksud ayat An nisaak 79 “apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
Manusia sebagai hamba Allah diajarkan di dalam Islam sebagai lemah dan digalakkan sekali untuk berikrar mengesahkan bahawa dirinya adalah lemah melalui kalimah Lahawlawala Quwatailla Billahil Aliyil Azim – “tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah belaka?
Sesungguhnya Emjay adalah tiada daya dan upaya kecuali apa yang dikurniakan daripada Allah.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam ustaz,
ReplyDeleteSubhanallah.... saya mengambil cerita ini sbg iktibar. Mudah2an Allah sentiasa megurniakan diri ini utk sentiasa bermuhasabah & bertaubat. Izinkan saya utk meng'email' kan cerita diatas sekadar utk renungan bersama.
Wasalam.
Salam ustaz, bagaimana pula tentang ilmu motivasi yang memerlukan kita memuji anak kita sekiranya dia melakukan perkara yang baik... mohon maaf ustaz.
ReplyDeleteAdakalanya betul jugak. Bila saya selalu puji kpd anak saya semangat(sihat), lepas tu dia jatuh sakit dan jadi kurus. Bila puji anak perempuan saya cantik dan kena jaga sikap sebagaimana rupa patasnya, dia kena penyakit gatal telinga dan berair (nanah). Kena sapu ubat beberapa lama. Tak sedar pula bila berhenti puji rupanya, tapi penyakitnya dah sembuh selepas beberapa lama. Alhamdulillah. tapi camana kalau nak puji anak pandai. Bolehkan. Anak2 selalu suka dipuji pandai bila mahu melakukna sesuatu secara berdikari seperti hendak menutup suis sendiri dsb. Wassalamualaikum...
ReplyDeleteSilakanlah. Buatlah apa yang patut. Mudah-mudahan saya dapat sahamnya. Namun lebih elok rasanya kalau dinyatakan bahawa artikel ini diperolehi dari Laman Emjay http://emjayjb.multiply.com
ReplyDeleteEmjay
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteIlmu motivasi ini memang terlalu banyak perangkap syaitan. Adalah sangat jelas ilmu ini berasal dari orang kafir. Pastinya syaitan mengilhamkan ilmu ini kepada orang kafir di barat untuk akhirnya menyesatkan umat Islam.
Jikalau anak kita melakukan perkara yang baik, jangan puji anak tetapi pujilah Allah SWT.
Emjay
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteBenda yang tidak boleh akan tetap saya katakan tidak boleh. Bila anak mampu menutup suis, katakan dengan jelas alhamdulillah! Alhamdulillah adalah satu zikir yang sangat diutamakan di dalam Islam. Sdr tidak suka mendapat ganjaran dari Allah ? Gantikanlah pujian tu dengan perkataan paling cantik iaitu alhamdulillah!
Cerita anak sdr yang gatal telinga dan bernanah ini sdr kena ingat sampai mati. Itulah balasan Allah apabila kita tersilap!
Saya nak menambah satu cerita berkenaan anak dan cerita ini pernah saya ceritakan di dalam Laman Emjay tetapi entah di bahagian mana. Seorang Ibu yang kahwin lambat apabila diberikan Allah seorang anak perempuan, gembiranya bukan kepalang. Pada usia anaknya kira-kira 2 tahun, isteri ini minta izin daripada suami untuk memasukkan anaknya ke pertandingan bayi comel. Suaminya tidak mengizinkan namun isteri berkeras. Selepas itu anak ini demam selsema memanjang dan hingus hijau meleleh sana sini. Habis batal niat isteri ini nak masuk pertandingan bayi comel. Tujuan isteri nak masuk pertandingan ini sebenarnya adalah untuk mendapat sanjungan dan pujian apabila menang - itulah riak.
Sekian
Emjay
alhamdulillah kerana telah mengutarakan perkara ini saudara em sebab ramai yang masih samar-samar tidak tahu bagaimana nak memuji. bersyukurlah banyak2 segalah pujian hanya untuk Allah alhamdulillah hirobbil’alamin “Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” manusia kadang2 lupa akan hal ini apabila memberikan pujian
ReplyDeletesegala puji hanya bagi Allah sahaja. Kita makhluk sahaja, janganlah puji diri kita sendiri,
ReplyDeletekatakanlah "lahawlawala quatailla billah".Kita kena kenal Allah, kena tahu sifat 2 Allah,barulah kita takut nak bermaksiat padanya....Saya cakap untuk diri sendiri juga dan saya pun masih belajar juga. dulupun memang ada juga nak masuk petandingan bayi comel tapi sebab nak hadiah je....nasib baik suami tak bagi.....
ana rasa pelik la shekh... banyak bende yg xleh kalau ikut pd komen anta! contohnya selawat syifa' yang diamalkan oleh ustaz harun din... anta kata tak boleh! anta dah selidik betul2 ke shekh... anta penah bwk berbincnag tak perkara ni... ana takut anta terlalu rigid je ngan fahaman Islam yg tidak memberatkan umatnya...
ReplyDeletetp shekh... ilmu motivasi ni jugak asalnya dari keindahan Islam jugak...
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh
ReplyDeleteBawalah bertenang dan didoakan semoga sdr dimudahkan mendapat ilmu dan kefahaman melalui Laman Emjay ini. Bacalah dengan teliti persoalan ini dan masukkanlah reply sdr pada topik tersebut dan bukan di sini. Pergilah ke artikel Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/126 dan artikel sambungannya #2 Penjelasan berkenaan Selawat Syifak dan Selawat Tafrijiah BAHG. 2 di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/131
Laman Emjay bukan bertujuan mencari populariti tetapi menjelaskan kebatilan. Kalau banyak kebatilan maka banyaklah penjelasan tentang kebatilan tersebut di Laman Emjay.
Emjay
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteSdr jangan tangkap muat sahaja. Cuba berikan contoh ilmu motivasi yang diajarkan dalam Islam?
Kebanyakan ilmu motivasi masa kini adalah berasal usul dari barat dari orang kafir. Disitulah mereka memasukkan ilmu sesat di dalam ilmu motivasi. Di dalam Islam tidak pernah diajarkan ilmu motivasi seperti YAKIN BOLEH dan MALAYSIA BOLEH! Mana boleh kita sebagai orang Islam meyakini sesuatu yang belum berlaku?
Ilmu motivasi yang mengandungi ajaran kuasa minda lagi parah kerana merosak akidah.
Ilmu motivasi barat menggalakkan pujian kepada manusia. Ini jelas bertentangan dengan Islam. Motivasi barat menggalakkan anak-anak dan isteri serta pelajar diberikan pujian. Sdr jikalau ingin membuat eksperimen tentang pujian ini, silakanlah. Berilah pujian yang melambung kepada anak dan isteri sdr dan lihatlah apa hadiah dari Allah SWT. Selamat mencuba.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Salam Tuan,
ReplyDeleteSetakat yg saya tahu kita org Islam nie bersih zahir & batin. Saya nak tanya bagaimana keadaan jika seseorang itu ada saka tp tidak mengetahui. Adakah di akhirat nanti dia disoal & dipertanggungjawabkan akan kesalahan memiliki saka? Waallahualam. Tq.
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteSetiap dari kita akan dipertanggungjawabkan di atas setiap yang kita lakukan.
Berkenaan saka, seseorang insya-Allah tidak akan menerima saka sekiranya kita tidak redha akan perbuatan syirik. Orang yang menerima saka selalunya adalah orang yang redha amalan syirik oleh ibu/bapa/datok/nenek.
Namun payahnya sekarang pada zaman sekarang ini ialah orang yang tidak ada saka langsung pun apabila berjumpa "ustaz" atau bomoh, mereka kata ada saka. Ini yang berat tu. orang yang jahil akan menerima apa saja kata mereka yang ingin menyesatkan ini.
Sekian
Emjay
Assalamualaikum.
ReplyDeletesuatu atikel yg menarik.
sama-samalah kita semua ambil ilmu yang Haq sahaja, jika ada yg batil sama-samalah kita pulangkan.
Salam ya akhi.
ReplyDeleteSememangnya benar bahawa segala puji hanya bagi Allah. Walau apa sahaja perkara, pujian itu adalah ke arah meletakkan Allah di tempatnya iaitu pencipta segala perkara yang membuatkan kita berasa takjub atau suka melihat sesuatu.
Agak hebat juga perbincangan di topik ini. Perbincangan yang sihat insyallah akan mendapat maghfirah dari Allah dan semoga kita semua mendapat petunjuka dari Allah.
Puji-pujian ini adalah salah satu sifat dan sikap kita manusia biasa. Nabi Allah Adam AS dahulu memuji akan kecantikan Hawa sehingga Adam terlupa seketika akan pujian itu sepatutnya milik Allah yang menciptakan Hawa.
Itulah lumrah manusia. Pujian itu kebiasaanya terarah pada perkara yang nampak pada pandangan pertama pada aspek kasar iaitu secara fizikal. Pujian kepada Allah dilafaz dan dijelma melalui hati yang tulus hasil dari pandangan mata tadi. Namun, bukan semua manusia mampu menterjemah pandangan mata tadi ke pandangan hati supaya pujian yang sepatutnya diberi adalah pada Allah dan bukan pada perkara atau benda yang selainnya.
Maka kerana itu, pada pendapat saya, pujian kepada manusia bukanlah sampai ke tahap tidak boleh lansung. Tetapi ianya ada batas dan apa yang pasti, pujian tersebut tidak lebih hanya sekadar menghargai seseorang atas hasil usahanya. Pujian yang baik untuk manusia adalah pujian yang mengajak dirinya lebih berjaya dan lebih memngingati Allah.
Assalamualaikum wbh Ustaz,
ReplyDeleteBanyak yang saya pelajari melalui Laman Emjay, saya adalah seorang saudara baru yang telah memeluk Islam 14 tahun yang lalu dan ternyata entry Ustaz kali ini banyak menyedarkan saya tentang betapa sedikitnya ilmu yang telah saya pelajari mengenai Islam. Kadang-kadang saya rasa agak keliru tetapi insyallah dengan hidayah yang diberikan Allah saya akan terus belajar. Terima kasih ustaz.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah atas rahmat Allah yg memberi hidayah kepada kita semua.
Saya ingin menawarkan pakage penerangan Ilmu Haq dan Ilmu Batil bertujuan untuk memehami dan membezakan perkara yg benar di sisi Allah dan perkara yg batil(salah) disisi Allah. Ada sesetengah masyarakat mengganggap perbuatan atau amalan itu seolah-olah tidak salah atau sebahagian dari agama tetapi bila diperhalusi dan di huraikan dengan fakta ia sangat bertentangan dengan kehendak Allah. Perkara salah di sisi Allah jika tidak sedar ia salah dan di anggap baik maka sampai bila-bila pun tidak akan taubat sebab tidak merasa bersalah.
pakage penerangan dan sesi soal jawab lebih kurang 4 jam... perbincangan seterusnya boleh disambung kemudian.
Salam Saudara ilmuhaq
ReplyDeleteBolehkah saya tahu butir-butir lebih lanjut tentang penerangan yang saudara tawarkan.
Tuan amiradi ini saya berikan serba sedikit butir.
ReplyDeletehttp://ilmuhaq.multiply.com/reviews/item/3
puji-pujian hanya layak pada Allah..hehehe saham..nape lebih elok rasanya kalau..hehehe
ReplyDelete