Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
Assalamualaikum wbh
Tiga minggu saya tidak menulis di Laman Emjay. Hajat hati untuk menulis tetapi apa kan daya, yang wajib kenalah di dahulukan berbanding yang sunat. Saya menerima gaji bulanan dari UTM dan skop kerja tugas saya meliputi berbagai perkara termasuk sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan. Buat pertama kali saya melakukan satu tugasan menyertai pertandingan penyelidikan anjuran UKM semata-mata kerana akur dengan perintah dari ketua jabatan saya. Di dalam kesibukan untuk menanda kertas jawapan pelajar, saya redhakan diri untuk melakukan pelbagai perkara sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan penyelidikan berkaitan pendidikan tersebut yang berlangsung dari 18 Mei hingga 21 Mei di Allson Kelana Resort Seremban. Pelbagai perkara kena disiapkan dari menyiapkan produk, poster, laman web, flyers, guestbook, bookmark dsbnya. Satu perisian baru terpaksa saya pelajari iaitu Dreamweaver 8 untuk membina laman web penyelidikan tersebut. Alhamdulillah dapat juga anugerah pingat perak dalam pertandingan tersebut.
Dalam kesibukan saya (teramat sibuk sebenarnya), seorang bekas pelajar saya yang saya namakan Asiah (bukan nama sebenar) menghantar SMS ingin berjumpa dengan saya. Saya tiada pilihan melainkan mengizinkan pertemuan tersebut. Asiah sewaktu di dalam kelas saya dahulu memang baik orangnya. Banyak perkara yang sudah dipelajarinya. Akhlaknya juga sudah berubah lantaran ilmu yang telah dipelajarinya. Namun Asiah sudah kena tipuan dari syaitan iaitu ia merasakan ilmu yang telah dipelajarinya dari saya sudah mencukupi untuk beliau melayari alam perkahwinan ini.
Saya sudah terasa bahawa Asiah sedang mengalami masalah yang besar apabila setelah sekian lama Asiah menemui saya pada bulan lepas bercerita bahawa beliau sudah berkahwin. Dari penampilan diri menyerlahkan bahawa Asiah sedang mengalami masalah besar. Namun ini semua adalah sekadar telahan saya sahaja. Apabila Asiah mengirim SMS menyatakan hasrat untuk bertemu saya, tekaan saya semakin ternyata benar. Kebenaran tekaan ini terserlah apabila perkara yang dibincangkan antara kami memanglah perkara besar.
Pada permulaan pertemuan, Asiah menceritakan bahawa beliau baru sahaja keguguran. Daripada ilmu yang diajarkan oleh arwah guru, keguguran adalah diakibatkan masalah besar yang selalunya disebabkan pergeseran antara isteri dengan suaminya. Asiah baru sahaja berkahwin belum sampai pun setahun tetapi beliau sudah mengalami pergeseran yang panas. Kini tiba giliran saya untuk mencari apakah sebenarnya punca masalah besar pergeseran antara Asiah dengan suaminya. Hasil dari temubual saya dengan Asiah, berikut adalah kesimpulan temubual tersebut:
- Asiah sangat cemburu dengan suaminya dan amat terasa perasaan cemburu ini apabila suaminya balik lewat atau sedikit lewat dari kebiasaan.
- Perasaan cemburu ini akhirnya menyebabkan pergeseran antara mereka apabila suami balik lewat.
- Perasaan cemburu ini timbul kerana kegusaran di dalam hatinya bahawa suaminya akan terpikat dengan orang ketiga.
Setelah menemui punca masalah Asiah ini, saya mula mengatur langkah mencari pendekatan terbaik untuk mendidik Asiah semoga beliau dapat keluar dari permasalahan yang besar ini. Saya memulakan soalan “apakah hukumnya menolak hanya satu perkataan di dalam Al Quran?”. Asiah bersetuju bahawa penolakan ini akan menjadikan pelakunya rosak akidah kerana ingkar menolak ketetapan Allah SWT sebagaimana yang terdapat di dalam Al Quran. Perkara ini dijelaskan oleh ramai ulamak dan saya copy paste berikut sekali lagi ketetapan sebagaimana yang ditulis oleh Abdullah bin Ibrahim Al Qar’awi (1995) mengenai hal-hal yang menggugurkan Islam.
Ada 10 perkara yang menggugurkan Islam seseorang iaitu:
1. Syirik kepada Allah. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam An Nisaak: 48. Ertinya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni, jika Dia dipersekutukan dengan lain-Nya dan akan mengampuni (dosa) selain itu bagi siapa yang Ia kehendaki". Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".
Dalam surah Al Maidah: 72 pula Allah berfirman ertinya:
"Al-Masih putera Maryam berkata: 'Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya di neraka, tiada penolong bagi orang-orang yang aniaya'."
2. Bagi siapa yang menjadikan perantara antara dia dan Allah. la minta kepada perantara itu syafaat dan menggantungkan diri kepadanya maka kafirlah hukumnya menurut ijma'.
3. Bagi siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan mazhab yang mereka pegang, maka kafirlah ia.
(Sebagai latihan, carilah hukum ke atas diri anda bila ragu-ragu untuk menghukum individu atau golongan orang “Islam” yang menghina Nabi dan Allah seperti menghina hukum hudud dan janggut Nabi.)
4. Bagi siapa yang percaya bahawa selain ajaran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam lebih sempurna, atau hukum lain lebih baik dari hukum Allah; seperti orang yang mengutamakan hukum thaghut daripada hukum Nabi Muhammad orang tersebut telah kafir.
5. Bagi siapa yang membenci sebahagian ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, walaupun ia mengerjakannya, ia telah kafir.
(Sebagai latihan, apakah hukum seseorang yang membenci hukum poligami dalam Islam.)
6. Bagi siapa mengejek sebahagian dari ajaran RasululIah ShallallahuAlaihiwa Sallam atau mengejek pahala, atau seksa yang diajarkan agama Islam, maka kafirlah ia sebagaimana firman Allah dalam surah At Taubah: 65-66. Ertinya
"Katakanlah: Patutkah kamu memperolok-olokkan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman".
7. Sihir: seperti sharf dan 'ataf . Barang siapa mengerjakannya atau menyetujuinya, kafirlah ia sebagaimana difirmankan Allah dalam Al Baqarah:102. Ertinya:
“Keduanya (Harut dan Marut) tiada mengajarkan sihir kepada seseorang, melainkan lebih dahulu berkata: Kami ini hanya mendatangkan cubaan, sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya...".
8. Mendukung dan membantu golongan musyrik terhadap golongan muslim. Firman Allah:
Al Maidah: 51. Ertinya:
"Barang siapa mengangkat mereka (Yahudi dan Nasrani) di antara kamu, maka ia masuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak menunjuki kaum yang aniaya".
9. Barang siapa berkeyakinan bahawa sebahagian manusia boleh tidak mengikuti ajaran Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam, sebagaimana Khidhir tidak wajib mengikuti ajaran Musa, maka ia telah kafir.
10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajari dan tidak mengamalkannya. Firman Allah:
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".
Pelaku hal-hal di atas tidak ada bezanya antara yang melakukannya dengan main-main, sungguh-sungguh, atau takut, sama (gugur Islamnya) kecuali orang yang dipaksa. Hal-hal di atas semua besar sekali bahayanya, dan sering kali terjadi. Oleh kerana itu setiap muslim, harus berhati-hati dan menjaga diri baik-baik. Kita berlindung kepada Allah dari murka dan seksaan azab-Nya yang pedih.
Seterusnya saya mengemukakan soalan kedua iaitu ”Apakah hukumnya menolak atau membenci hukum potong tangan bagi mereka yang tidak berhak untuk mencuri”. Asiah juga bersetuju bahawa hukumnya adalah rosak akidah.
Seterusnya saya mengemukakan soalan ketiga iaitu “Apakah hukumnya menolak atau membenci hukum poligami dalam Islam?”. Asiah yang sudah diperangkap dengan soalan satu dan dua dengan teragak-agak terpaksa menjawab antara kedengaran dengan tidak iaitu “rosak akidah".
Saya terus menasihati Asiah bahawa sesungguhnya beliau telah membenarkan dirinya menjadi orang yang rosak akidah kerana membenci serta menolak hukum poligami yang dibenarkan dan menjadi satu sunnah dalam Islam. Saya terus menasihati Asiah bahawa saya menjelaskan perkara ini bukan kerana menyuruh suaminya berpoligami tetapi adalah kerana memaksakan Asiah agar redha dengan segala hukum dalam syariaat Islam. Menolak satu hukum atau membencinya menjadikan pelakunya rosak akidah. Perkara ini telah pun saya kupas dalam artikel saya terdahulu bertajuk “Bacaan penting kaum hawa ” di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/08/bacaan-penting-kaum-hawa.html
Saya memanjangkan nasihat saya dengan menjelaskan bahawa setiap dosa akan membawa kepada musibah sesuai dengan Asy Syura: 30 di bawah.
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
As Sajjadah: 22. Ertinya:
"Siapakah yang lebih aniaya dari orang-orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadaNya? Sesungguhnya Kami menyeksa orang-orang yang berdosa".
An Nisaak:111.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.
Dan surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan, balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”
Seterusnya saya mengulangi semula rentetan masalah yang telah di lalui oleh Asiah sebagaimana berikut:
1. Asiah melakukan dosa terbesar di dalam Islam iiaitu menolak dan membenci hukum poligami dalam Islam
2. Kebencian ini menyebabkan Asiah sentiasa buruk sangka terhadap suaminya (dzan). Islam telah memperingatkan dengan sekeras-kerasnya tentang buruk-sangka, baik kepada Allah maupun kepada sesama manusia. Dia berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat, ayat 12)
Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut melahirkan sifat-sifat zalim dan sebagainya. Akibatnya seseorang insan akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa buruk sangka dengan suaminya serta tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan, "Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Buruk sangka paling besar bagi Asiah ialah suaminya terpikat dengan perempuan lain.
3. Perasaan buruk sangka ini seterusnya menerbitkan perasaan cemburu atau cemburu buta terhadap suaminya.
4. Buruk sangka dan cemburu ini seterusnya membuahkan pelbagai masalah antara mereka seperti pergeseran dan pergeseran ini adalah hadiah daripada Allah kerana kesilapan Asiah melakukan perkara yang ditegah Islam iaitu menolak poligami, buruk sangka dan cemburu buta.
5. Kemuncak kepada musibah daripada Allah di atas segala kesilapan yang berlaku kepada Asiah serta kesilapan juga kepada suami kerana tidak mendidik isterinya mengikut acuan Islam maka Allah SWT mengurniakan KEGUGURAN.
Sebagai penutup perbincangan saya dengan Asiah, saya menasihati agar sekembalinya Asiah ke rumah, lakukanlah solat taubat 2 rakaat kerana sesungguhnya kesilapan yang dilakukan adalah kesilapan amat besar di dalam Islam. Bertaubatlah dengan sesungguh taubat. Malam ini adukanlah segala kesilapan kepada suami dan mintalah keampunan darinya. Semoga Allah dan suami mengampunkan segala kesalahan dan semoga taubat ini dibalas dengan pelbagai rahmat dari Allah SWT.
(Updated 15 Disember 2019. Asiah telah berjumpa semula dengan saya kira-kira 2 tahun kemudian dan sudah ada anak 1, alhamdulillah.)
(Updated 15 Disember 2019. Asiah telah berjumpa semula dengan saya kira-kira 2 tahun kemudian dan sudah ada anak 1, alhamdulillah.)
Sehubungan dengan cerita Asiah ini saya ada juga mendengar cerita seorang hamba Allah sudah beristeri untuk agak lama namun apa yang dianugerahkan oleh Allah adalah isterinya sekadar keguguran melebihi 10 kali. Hingga sekarang hamba Allah ini masih belum dikurniakan anak. Saya dengar isteri hamba Allah ini bukan main cemburu dan “queen control” terhadap hamba Allah ini. Sampai bilalah hamba Allah dan isterinya ini berjaya memahami mesej yang disampaikan oleh Allah melalui musibah keguguran ini.
(Updated 15 Disember 2019. Berita terakhir saya dengar tentang hamba Allah ini ialah bahawa beliau telah pun bercerai dengan isterinya beberapa tahun lepas. Beliau telah pun selamat berkahwin dengan isteri baharu kira-kira 4 tahun lepas.)
(Updated 15 Disember 2019. Berita terakhir saya dengar tentang hamba Allah ini ialah bahawa beliau telah pun bercerai dengan isterinya beberapa tahun lepas. Beliau telah pun selamat berkahwin dengan isteri baharu kira-kira 4 tahun lepas.)
Kepada semua pembaca Laman Emjay serta diri saya sendiri, terimalah dan redhalah dengan setiap ketetapan hukum dalam syariat Islam. Menolak atau membenci salah satu darinya adalah merosak akidah. Rosak akidah adalah dosa besar dan seandainya tidak bertaubat maka kekal abadilah di neraka. Apatah lagi kalau kita menolak lebih dari satu.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
bila baca article ni, sy teringat berita tentang ustaz akhil di metro harini...
ReplyDeleteAllah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.
ReplyDelete90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.
ReplyDeleteIni adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.
Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.
Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.
-drazwan.blogspot.com-
Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasa houseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut sepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awal mengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan zuriat.
ReplyDelete-http://drazwan.blogspot.com/-
Assalamualaikum wbh
ReplyDeleteNampak gayanya sdr nur2dlihat atau dr Azwan belum memahami mesej yang saya ingin sampaikan dari artikel saya di atas. Sekiranya seorang anak kecil patah tangannya, pastinya adalah sebabnya seperti terjatuh sewaktu bermain atau terjatuh dari meja. Namun apa yang perlu kita lihat lebih jauh ialah siapa yang mentadbir kejadian anak patah tangan?? Pastinya Allah yang mentadbir. Inilah asas tauhid. Mengapa Allah mentadbir sedemikian pastinya ada mesej yang ingin Allah sampaikan.
Apabila seseorang keguguran, pastinya ada penjelasan dari sudut ilmu kedoktoran seperti rahimnya lemah, terjatuh dalam bilik air dsbnya. Namun apa yang perlu difahami di sini ialah siapakah yang mentadbir keguguran ini? Mengapakah keguguran ini berlaku kepada ibu mengandung yang stress ini dan bukan kepada ibu mengandung yang bertakwa?? Inilah mesej sebenar yang ingin saya sampaikan.
Inilah ilmu sebenarnya yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekelian yang diajarkan oleh arwah guru saya iaitu "APABILA SEORANG IBU MENGANDUNG MENGALAMI STRESS, INSYA-ALLAH KEGUGURAN. STRESS INI PULA ADALAH AKIBAT DARI KESILAPAN DIRI KITA TERHADAP ALLAH"
Syaitan memang sentiasa mengajarkan kepada setiap orang yang ditimpa musibah bahawa musibah tersebut adalah sekadar ujian dari Allah SWT. Memang pantang datok nenek syaitan apabila manusia mula muhasabah diri dan mengkaji kesilapan yang telah dilakukan. Janganlah cuba menafikan kesahihan 7 ayat Al Quran di atas yang saya mulakan dengan As-Syuraa:30.
Apabila seorang gay menghidap penyakit siphilis atau AIDS, adakah penyakit ini sekadar ujian semata-mata dari Allah dan bukan ujian beserta balasan dari Allah sesuai dengan 7 ayat AL Quran di atas??. Fahamilah surah Al Baqarah: 49.
Ertinya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan (ujian) yang besar dari Tuhan kamu.
Seorang gay yang menghidap AIDS adalah satu musibah yang mengandungi balasan dari Allah SWT sesuai dengan 7 ayat Al Quran di atas serta musibah tersebut juga menjadi ujian. Sekiranya gay ini bertaubat, luluslah ujiannya dan sekiranya tidak maka gagallah ujiannya.
Samalah dengan orang yang keguguran, ia adalah satu musibah yang berat disebabkan kesilapan mereka dan disamping itu ia juga menjadi ujian semoga mereka insaf dan bertaubat.
Sekian wassalam wallahuaqlam
Emjay
Segala kebaikan dtg daripada Allah keburukan adalah dari diri sendiri mungkin ada dosa2 yang Allah nakkan dicuci dari kita maka ditimpakan bala. Kita yakin dengan setiap ajaran Islam namun akhir-akhir ini nampaknya dalam urusan rumahtangga poligami semakin menjadi2. Setahu saya zaman Rasulullah kerana sukar janda2 dan ank2 tak ada perlindungan agama Islam baru bertapak maka keharusan pada nabi saw berpoligami agar menegakkan syiar Allah tapi di muka bumi arini poligami lebih kepada memuaskan nafsu tanpa ada unsur-unsur ingin meneguhkan rumahtangga kasihsayang kepada pasangan yang sedia-ada dan anak-anak yang telah dikurniakan oleh Allahsebagai amanah. Dimanakah belas kasihan atu ehsan suami yang dapat menganiayai isteri sedemikian eg terkini ustaz akhir hayy . Adakah ini poligami yang dituntut Islam sehingga mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan dan perasaan ehsan yang dianggap meninggikan martabat iman. tetapi yang dipertunjukkan adalah nafsu kehaiwanan.
ReplyDeletemungkin Asiah ini ada mengamalkan ajaran salah atau sesat agaknya.Dengan siapakah dia berguru ?
ReplyDeletecarilah hidayah allah
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletekenapa cemburu dijadikan tajuk?? rasanya suami/istri mana yg x cemburu... kalau begitu, ramai la yg bawak dalil nant, jgn cemburu, kalau x nant keguguran...
bkn la saya x faham apa yg cuba disampaikan, cuma nant takut ramai org yg x faham dan salah anggap..
mm.. camne tu...
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMengapalah ilmu mudah yang ingin saya sampaikan kelihatan sukar di terima oleh sdr? Kalau dr nur2dlihat tu lagilah tak faham.
Dalam hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:
Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia.
Ini bermaksud bahawa ada cemburu yang dibenarkan dalam Islam.
Cuba lihat kata-kata Imam Ibn Qayyim pula berikut:
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Seorang suami yang cemburu terhadap isterinya adalah wajar namun adakah wajar seorang isteri yang sangat cemburu terhadap suaminya??
Berdoalah sewaktu membaca artikel tulisan saya semoga Allah memberikan ilmu dan kefahaman
Emjay
bagaimana cara untuk mengatasi cemburu?
ReplyDeleteSoalan ini adalah sangat baik sekali untuk di jawab.
ReplyDeleteSebelum saya menjawab soalan tersebut, saya ingin memberikan beberapa analogi. Analogi pertama ialah orang yang takut hantu sehingga kalau pukul 8.00mlm pun sudah takut ke bilik air bersendirian. Alhamdulillah kes seperti ini, orang ini telah pulih setelah hamba Allah ini belajar ilmu usuluddin / tauhid / akidah.
Analogi kedua ialah seorang hamba Allah amat takut apabila ada kes kematian. Alhamdulillah kes seperti ini, orang ini telah pulih setelah hamba Allah ini belajar ilmu usuluddin / tauhid / akidah.
Daripada kedua-dua analogi ini, apabila Allah redha dengan ilmu yang dipelajari, alhamdulillah dikurniakan Allah rahmat tidak lagi takut malam dan takut orang mati.
Samalah dengan cemburu. Selagi tidak takut Allah dan cintakan rasulNya, manusia berani mencabar Allah contohnya menentang poligami dan berbagai syariaat Islam lainnya. InsyaAlah dengan mempelajari ilmu asas tauhid / akidah, insya-Allah seseorang lebih takutkan Allah dan mencintai Islam. Apabila ini berlaku, manusia akan redha dengan segala hukum dalam Islam dan berusaha kuat untuk melaksananakan dan mentaati Islam.
Emjay
walaupun tahu dari segi hukum dan perintah Allah dan mengetahui ilmu usuludin/tauhid/akidah namun perasaan cemburu masih menebal bagaimana caranya untuk mengeluarkan perasaan cemburu tersebut.
ReplyDeletepuasa dan banyakkan zikir insyaallah boleh hilangkan perasaan cemburu yang melampau
ReplyDeletepada pandangan saya redha itu asas kepada kehidupan...dan berusahalah utk menjadi yang terbaik... bertawakalah kepada yang maha esa... setiap kejadian telah tertulis... sebagai contoh tidak ada siapa yang ingin kehilangan orang yg tersayang... tetapi berapa ramai pula yang kehilangan orang yang tersayang?? contoh ke2..... semua org ingin kaya tetapi adakah semua orng kaya.............
ReplyDeletenafsu jika dipandu ke arah baik maka hasilnya baik, jika dipandu ke arah jahat maka hasilnya jahat. akal dan hati akan membuat keputusan. jika tarikan dari anasir jahat lebih kuat berbanding kebaikan maka buruhlah akibatnya seperti maksiat, cemburu buta dan berbagai2 lagi. anasir jahat datang dari makhluk yang dilaknat Allah iatu iblis, setan, jin, korin, khannas dan sekutunya. makhluk2 jahat ini akan bertakhta dalam tubuh disebabkan kesilapan manusia itu sendiri kerana membuat amalan kurafat atau dari keturunan seterusnya makhluk2 ini menjadikan tubuh manusia tersebut sebagai pusat pelancaran menyerang manusia2 disekitar.
ReplyDeletekaedah untuk mengeluarkan makhluk halus jahat ini begini caranya.
jika suami isteri cemburu melampau. contoh sikin(isteri) mawie(suami)
semasa buang air besar dan buang air kecil iatu semasa najis sedang bergerak keluar sebut nama makhluk jahat pasangan:
bagi si isteri(sikin) sebut si suami
1. Iblis mawie
2. Setan mawie
3. Jin Mawie
4. Bunian Mawie
5. Korin mawie
6. Khannas mawie
bagi si suami(mawie) sebut
1. Iblis sikin
2. Setan sikin
3. Jin sikin
4. Bunian sikin
5. Korin sikin
6. Khannas sikin
boleh juga sebut nama diri sendiri kerana makhluk jahat gunakan suara, perasaan, fikiran kita sebab itu kadang2 kita lekas marah, emosional dll perkara yg buruk muncul dari dalam diri sendiri.
boleh juga sebut nama kawan2 kita atau sesiapa saja terutama yg hampir dengan kita kerana makhluk halus kepunyaan mereka mudah menyerang sesiapa yg hampir. Bukan kita benci orangnya cuma nak mengeluarkan makhluk jahat ini dari dalam tubuh.
Amalkanlah selalu insaallah berkesan.
sama-samalah kita ambil yg baik sahaja.
masyaAllah,tabarakallah..satu kupasan yang menarik...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteTahu sahaja tapi kalau tak melaksanakannya dan beriman denganNya memanglah perasaan cemburu anda masih menebal. Jadi apa yang harus anda lakukan...
Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah, redhalah dengan ketentuanNya, insyaAllah perasaan cemburu anda dapat dikawal....wallahuaqlam
Waalaikumussalam wbh
ReplyDeleteBetul sangatlah tu sdr myscasio
Emjay
saya adalah antara isteri yg kuat cemburu..mungkin disebabkan saya tahu yg suami saya punya sahabat wanita...malangnya perasaan cemburu ini tak boleh dielakkan krn sikap suami saya sgt berbeza ..dgn sahabat wanita dia amat mesra tapi dgn saya dan anak-anak,pantang salah sikit terus sje melenting..wajarkah disimpan aje perasaan cemburu ini di hati?
ReplyDeleteAssalamualaikum wbh sdr nurmaya
ReplyDeleteOrang lelaki memang ramainya begitu. Dengan anak dara atau isteri orang bukan main baiknya tetapi dengan anak isteri sendiri macam setan. Bagi lelaki jenis ini, mereka memang perlu menampilkan perwatakan yang menarik bila bersama wanita anak dara atau isteri orang kerana inilah caranya untuk "memancing" . Kalau berjaya memancing cara ini amat lumayan hasilnya iaitu dapat "betina."
Bagi diri nurmaya, anda cemburu, anda sakit hati dan tiada untungnya walau pun 1 sen. Lebih baik redha dengan hukum Allah dan semoga sdr dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan disamping diberikan Allah hati yang tenteram.
Emjay
Orang lelaki dan orang perempuan tak sama perasaanya, Kalau saudara emjay perempuan tettu lebih faham perasaan perempuan sekarang emjay lelaki dan menjadi penasihat pula, sebaiknya nasihatlah dua-dua pihak supaya dua-dua lebih memahami kedudukan.
ReplyDeleteSebenarnya masalah wanita cemburu harus dikaji dari aspek lelaki yang menyebabkan dia begitu. Sudah banyak sangat contoh-copntoh lelaki yang tidak setia di era ini. Jangan nak disebarkan berpoligami semata memenuhkan nafsu yang macamana pun kalau diikuti akan bertambah2. Menambahkan nafsu bukan ajaran Rasullullah tetapi lebih kepada membendung nafsu. Contoh yang dilihat hari ini wanita umpama mainan sahaja.
ReplyDeleteCinta kita tidak sepatutnya menipis kerana kekurangan orang yang kita cintakan.InsyaAllah.Amin.
ReplyDeleteBetul tu. Patut ada toleransi yang menyemarakkan cinta bukan nafsu semata2
ReplyDeleteaslmwht.Prof sila fw artikel ini ke fb Nik Mariam Nik Ismail semoga bermanafaat utk semua.tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbh
ReplyDeleteMaaf, saya kurang faham maksud arazaka. Adakah saya kena forward artikel ini kepada Nik Mariam?
Artikel saya ini memang siapa pun boleh copy and paste.
Maafkan sekali lagi kerana tidak faham reply sdr.
Emjay
Assalammualaikum.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, adakah keguguran itu bermakna seseorang itu berdosa besar? bagaimana pula mereka yang tidak gugur? adakah orang yg tidak gugur bermakna dia lebih baik dari org yang gugur? contoh, seorang yang selalu melawan suami, sehingga suami hampir tak tahan, hingga ingin menceraikannya..tetapi kandungan nya selamat, sihat walafiat...maaf sangat2 jika soalan saya amatlah jahil..
Waalaikumussalam wbh.
ReplyDeleteSaya nak tanya kepada sdr pula, adakah pokok berbuah selepas pokok tersebut berbunga?? Jawapannya adalah betul pokok berbunga sebelum berbuah. Samalah dengan keguguran sebelum berdosa besar. Ini namanya ilmu sunatullah atau hukum lazim. Samalah juga dengan orang yang kerasukan bermakna orang tersebut berdosa besar mensyirikkan Allah SWT.
Melawan suami adalah satu dosa tetapi kalau dibandingkan dengan dosa membenci poligami bezanya adalah macam langit dengan bumi. Membenci poligami merosak akidah. Samalah dengan dosa berzina adalah besar tetapi kalau dibandingkan dengan dosa membenci poligami, besar lagi dosa membenci poligami. Samalah juga dosa berzina adalah besar tetapi berbanding dosa mengumpat, lagi besar dosa megumpat.
Emjay
Alhamdulillah.syukran atas jawapan itu..saya sudah faham..dosa yang boleh merosakkan akidah itu sebenarnya , ramai yang tidak menyedarinya...
ReplyDeletesaya ada lagi satu persoalan mengenai keguguran ni, benarkah anak yg keguguran, akan tarik ibunya ke syurga di akhirat nanti? ada hadis atau dalil2 nya? saya kerap dengar mengenai ini, tapi x pasti kesahihan nya bagaimana..
terima kasih yer..
saya rasa tidak boleh kita percaya keguguran itu adalah disebabkan dosa yg wanita itu lakukan.. ada ke dalil??? pasal dosa benci poligami lebih besar dr zina itu pon adalah salah, kerana tiada dalam dalil. kita boleh buat kiasan tapi jgn terus2 menjadikannya hukum. kalau tidak mengapa Rasulullah SAW melarang Saidina Ali ra drpd berpoligami??? bukankah kerana baginda tahu Fatimah ra berasa sedih atas niat poligami itu???? dlm quran juga mengatakan boleh peristeri empat tetapi yg sebaiknya satu shj... bukankah itu dah menunjukkan beristeri satu tu yg terbaik, kerana mmg fitrah manusia kita sebolehnya mahukan kesetiaan.
ReplyDeleteyg menjadi isu nya mmg lah tak boleh mengharamkan poligami, tetapi kita boleh mengharapkan suami tidak berpoligami. cemburu membabi buta dan salah sangka juga adalah salah, ttp cemburu tu halal. kalau suami jenis yg suka berkhlawat dgn wanita ajnabi, bila isteri suruh suaminya poligami dan jgn berkhalwat, suami xnak, kita wajib cemburu, untuk membetulkan suami dan menyelamatkan rumahtangga.
saya selalu membuat fitnah pada suami saya , fitnah dia berzina dgn wanita lain .. apakah hukum nya ?
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt
ReplyDeleteMenuduh seseorang berzina kena ada saksi. Sekiranya memang sekadar fitnah besarlah dosanya. Ini yang membuat para isteri stress gila sebagai antara balasan Allah kerana berbuat dosa terhadap suami. Minta ampunlah dari suami.
Emjay
saya pun rasa apa yg dihadapi sdr nurmaya.suami yg suka menonton filem lucah dibulan puasa ni wajar kah.adakah lelaki begini memang kuat nafsunya.ingin tahu
ReplyDeleteMenonton filem lucah adalah dosa berat kerana redha zina dan bersubahat dengan zina.
ReplyDeleteSetiap dosa mendatangkan azab musibah. Antara azab orang macam ini ialah bila mereka berjimak dengan isteri, selalunya bukan mendatangkan kegembiraan tetapi kemarahan.
Jauhilah dosa seperti ini.
Emjay
(Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026).
ReplyDeleteNabi Muhammad saw marah besar ketika mendengar putrinya, Fatimah akan dimadu oleh Ali bin Abi Thalib. Ketika mendengar kabar itu, nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru:[7]
“ Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga. ”
Assalamualaikum EmJay
ReplyDeleteBerdasarkan artikel awak,saya ada beberapa soalan nak tanya.
1.Seorang isteri mendapati suaminya curang dgn perempuan lain.Malah suaminya mengaku,beberapa kali mereka pernah terlanjur.
Kemudian,dia memfailkan PENCERAIAN di mahkamah syariah.Adakah perbuatannya salah di sisi agama Islam dan dianggap MENOLAK poligami ?
2.Anis berkahwin dengan Amin.Suatu hari,Amin bertemu dengan Amira, bekas kekasihnya di waktu zaman sekolah menengah.
Kemudian,Amin & Amira menjalin hubungan cinta secara sulit tanpa pengetahuan Anis.
Nak dijadikan cerita,akhirnya Anis pun tahu yg suaminya,Amin curang & sedang bercinta dgn bekas kekasihnya.
Jadi salahkah di sisi syarak sekiranya Anis berasa CEMBURU ? Adakah dia dianggap menolak poligami ?