Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Wednesday, 1 July 2009

AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANG PALSU DAN TULEN

AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANG PALSU DAN TULEN
Oleh:
Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib 

Allah swt telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitabnya serta menyediakan batas-batas arahan dan larangan atau boleh juga disebut sebagai syariat kepada manusia. Ini semua bertujuan tidak lain  dan tidak bukan supaya manusia itu mengabdikan diri serta mentauhidkan Allah swt di dalam semua keadaan dan tingkah lakunya. Malah, inilah tujuan utama penciptaan makhluk seperti mana yang ditegaskan oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
 "Dan tidak Aku ciptakan jin dam manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (Surah al-Zaariyat: ayat 56). 


Suatu perkara yang penting dan perlu untuk diberikan perhatian bahawa segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt serta menepati dengan cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka sebarang bentuk ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, ianya tidak akan diterima oleh Allah swt apatah lagi untuk diberikan ganjaran. Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya". ( Surah al-Kahfi: ayat 110). 


Al-Imam Ibn Kathir (w 774 H) di dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: ((Barangsiapa yang mengharapkan ganjaran serta balasan yang baik  hendaklah ia melakukan amalan yang bertepatan dengan syariat Allah, dan hanya kerana Allah (ikhlas) serta tidak ada sekutu bagi-Nya, dan inilah dua rukun untuk diterima segala amalan, iaitu mesti dilakukan dengan ikhlas kepada Allah dan menepati dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw)).
(Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Dimashq: Maktabah Dar al-Fiha’, cetakan ke-2, 1998), jilid 3, m/s 147). 


Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat para ulamak, antaranya al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h dalam kata-katanya: Sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan tetapi tidak betul maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan betul tetapi tidak ikhlas, ianya juga tidak diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan betul. Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla, dan betul itu pula ialah apabila dilakukan menepati sunnah Rasulullah saw.
(Ibn Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyah, cetakan ke-3, 2000), m/s 15). 


Bulan Rejab dan amalan yang dilakukan di dalamnya.
 
Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah, 2001), m/s 215) 


Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima? 

Menyentuh tentang persoalan ikhlas, kemungkinan semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah saw. Justeru, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw. 


Antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah: 


1) Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj.
 
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam. Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda. Tersebar luas di kalangan umat Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku di malam dua puluh tujuh di bulan Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus dengan mengharapkan fadhilat-fadhilat tertentu. Tetapi pendapat ini adalah tidak tepat sepertimana yang disebut oleh Syiekh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. 

Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita.
(Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni. Islam Madinah, m/s 7). 


2) Solat Raghaib
 
Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah al-Ikhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam, dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku sebanyak 70 kali, kemudian membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujud dan  membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan. Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya…))  

(Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2, m/s 124-125).

Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang rawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata: Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka). 


Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu’)).
 
Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang  solat Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat tersebut. 


Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan  mereka-reka solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan bermutu  yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya  adalah terlalu banyak dan tidak terhitung.
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Bierut: Dar al-Ma’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262. 


Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah  pendapat tentang kewujudan solat ini dengan berkata: Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imam-imam yang menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaan-keutamaan yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat)).
(Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149) 


Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur (kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya hanya muncul selepas daripada zaman mereka, dan yang terawal timbulnya perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya
(Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228) 


Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat ra serta al-tabi’in.. 


3) Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas.
 
Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagainya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadith-hadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadith-hadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah: 


1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."
Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’. 


2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…"
Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith. 


3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
 "Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun".
Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil. 


Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadith-hadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama. 


Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus.
(Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23). 


Sayyidina Omar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab.
(al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Bierut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63). 


Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa  yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)).
(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah, m/s 440). 


Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi. 


Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab. 


Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja. Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benar-benar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt.

42 comments:

  1. Alhamdulillah terima kasih wahai penlipur.

    Artikel yang sdr berikan linknya diatas adalah sangat baik sekali. Dinasihatkan kepada pembaca agar turut membaca artikel yang diberikan oleh penlipur di atas.

    Emjay

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sama-sama ustaz,

    ReplyDelete
  3. salam ustaz..

    Saya bersetuju dengan ustaz..mereka semua telah lari dari al-quran dan sunnah..
    jadi dengan ini..Saya berharap saya dan ustaz dan sekalian umat bersama membenteras bidaah..
    oleh itu ustaz.Kita amalkan segala nabi muhammad saw buat dan jangan buat apa yang rasullulah tak lakukan..\
    Bermula hari ini kita mesti naik unta atau kuda...Tidak ada riwayat Rasulluallah naik kereta..
    Kita robohkan rumah kayu dan rumah batu yang selama ini kita tinggal..
    sedangkan nabi rumahnya pelepah dan pokok tamar..Kita mesti import semua ini dari arab saudi menggunakan unta merentasi jalan sutera dan terus ke tanah melayu..
    Jangan tengok tv dan gunakan komputer dan juga internet..
    artikel juga ditulis atas kulit kayu..tak perlu ditulis dikomputer..
    sebab nabi muhammad saw tak pernah lakukan sekalipun di zaman..
    Nabi muhammad saw pun buta huruf dan tak tahu menulis
    segala alat komunikasi jangan digunakan..Sedangkan nabi Muhammad saw tak pernah ada hanphone..
    Jangan makan nasi minyak atau nasi kerabu..Nabi Muhammad saw sendiri tak pernah menjamah nasi minyak..
    Mesti bercakap arab dengan semua orang..Nabi Muhammad saw adalah orang arab..
    Saya harap semua orang sedari betapa kita selama ni tak melakukan sunnah nabi..
    Mari lah saudaraku Ustaz bersama membenteras bidaah dalam kalangan umat islam..
    Semoga allah swt bersama kita ustaz..amin..(yang lain2 tu malas la nk tulis)

    ReplyDelete
  4. FAHAMILAH MAKSUD SEBENAR BIDAAH ITU WAHAI SAUDARAKU PANJIDARITIMUR....SMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA YANG JAHILLL

    ReplyDelete
  5. Komen seperti ini macam malassss nak menjawab tetapi terpaksa menjawab juga.

    Panjidaritimur ini tidak fahammmmm makna bidah.

    Maksud paling umum / ringkas bagi bid'ah ialah sebarang perubahan atau tambahan yang berkaitan agama Islam.

    Segala perubahan dan tambahan bagi perkara yang bukan berkaitan agama Islam nabi berkata lebih kurang mafhumnya "kamu lebih mengetahui daripada saya" sebagaimana dalam kes sahabat nabi mengkacokkan bunga pokok kurma.

    Kalau zuhur 5 rakaat adalah bidah kerana merubah / menambah hal ehwal agama Islam.

    Kalau buat baju dari kapas atau tetoron ini bukan bidah kerana tidak berkait dengan hal ehwal agama. Yang berkait dengan hal ehwal agama adalah sekadar arahan menutup aurat terpulanglah dari benang kapas atau tetoron dsbnya.

    Kalau naik unta atau kapal terbang, ia bukan sesuatu yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Terpulanglah kepada manusia kerana dalam bab ini mereka lebih mengetahui dari Nabi Muhamad SAW.

    Kalau bab meruqyah ini yang sudah jelas terdapat dalam Hadis, ikut sajalah. Kalau bab ini boleh dipinda-pinda, macam mana kalau meruqyah gunakan handphone atau radio atau mp3 player atau meruqyah dari jarak jauh????

    Bab berkaitan hal ehwal agama Islam ini kalau dibenarkan ditambah dan dirubah, hampir semua orang ingin merubah / menambah, rosaklah agama Islam.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Dan ini pula adalah reply dari sdr ahmad793734:

    "kalau nak berhujah pun guna la contoh yang cerdik sikit. cuba kaji dulu apa yang dikatakan bid'ah. Pada asasnya, segala urusan dalam perkara keagamaan ialah mengikut Sunnah, atau disebut dengan al-It-tiba. Sementara perkara yang berkaitan dengan dunia berasaskan rekaan al-Ibtida’. Ayat al-Quran al-Maidah:3 menyatakan: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. Sementara hadis Rasulullah s.a.w. pula menyatakan "Anda lebih mengetahui dengan urusan dunia anda”

    Berasas kepada mukadimah di atas, ternyata bahwa Islam menyempitkan urusan agama yang khusus iaitu ibadat daripada campurtangan manusia. Mereka sepatutnya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Sementara dalam urusan keduniaan atau muamalat ia terbuka untuk manusia berkreativiti kecuali dalam perkara yang telah ditetapkan seperti haramnya riba, arak dan hukuman-hukuman yang telah ditentukan Allah s.w.t."

    Emjay

    ReplyDelete
  7. ooo...
    macam tu ustaz..
    biase r kite manusia..
    tapi ustaz boleh cite tentang hukum menjatuhkan kafir pada seseorang..

    ReplyDelete
  8. banyak perkara yang ustaz tulis memang betul..TAPI..
    kenapa kita nak mengkafirkan orang ustaz..
    saya sayang ustaz sebab ustaz saudara saya..
    kekadang perkataan ustaz keluarkan menghina semua ulama..
    kan Nabi Muhammad Saw pernah cakap ulama itu pewaris nabi..
    nk bt macamane ustaz memang wujud perbezaan pendapat dlm islam..
    Nabi Muhammad Saw sendiri mengaku..
    ustaz jangan kene buka minda..
    kene fikir apa tersirat dan tersurat..
    kalu x macamane boleh wujud mazhab..
    boleh ustaz cite??dari start zaman Nabi muhammad sampai lar..
    wujudnya mazhab2..
    lebih ustaz pikirkan macam mane nak bangunkan islam..
    benda ustaz cakap ni da orang beratus ratus tahun dahalu dar..


    ReplyDelete
  9. banyak perkara yang ustaz tulis memang betul..TAPI..
    kenapa kita nak mengkafirkan orang ustaz..
    saya sayang ustaz sebab ustaz saudara saya..
    kekadang perkataan ustaz keluarkan menghina semua ulama..
    kan Nabi Muhammad Saw pernah cakap ulama itu pewaris nabi..
    Nabi Muhammad Saw tidak mencela orang lain..
    nk bt macamane ustaz memang wujud perbezaan pendapat dlm islam..
    Nabi Muhammad Saw sendiri mengaku..
    ustaz kene buka minda..
    kene fikir apa tersirat dan tersurat..
    kalu x macamane boleh wujud mazhab..
    boleh ustaz cite??dari start zaman Nabi muhammad sampai lar..
    wujudnya mazhab2..
    lebih baik ustaz pikirkan macam mane nak bangunkan islam..
    benda ustaz cakap ni dah ada orang cakap beratus ratus tahun dahalu dar..
    saya sayang ustaz emjay sebab adalah ustaz saudara saya..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbh panjidaritimur

    Bagi saya, apa yang dihalalkan Islam akan saya perjuangkan.

    Bagi saya, apa yang diharamkan Islam akan saya perjuangkan.

    Bagi saya, apa yang dijatuhkan hukum syirik, apa pilihan yang saya ada melainkan mensyirikkan juga.

    Imam-imam mazhab amat saya hormati. Namun imam-imam ini menasihati kita agar mengikuti mereka selagi mereka selari dengan AL Quran dan hadis, Apabila mereka tidak selari, mereka menasihati kita untuk tidak mengikuti mereka tetapi terus mengikuti Al Quran dan hadis. Dalam bab tertentu, Imam Malik betul dan Shafie kurang tepat dan dalam kes lain pula Shafie lebih tepat kerana nas yang diguna pakai Malik adalah hadis dhaif. Begitulah sepatutnya kita bermazhab. Imam-imam sekadar rujukan dan bukan sandaran mutlak kerana sandaran mutlak adalah hanya Al Quran dan hadis.

    Islam mementingkan ilmu, tanpa ilmu dan sekiranya sekadar mengikut orang tua sahaja, parahlah. Saya lebih menitikberatkan ilmu tauhid dalam blog saya ini. Dalam bab tauhid, ia lebih berkisar kepada syirik, rosak akidah, gugur keimanan dan beriman. Segala yang berlawanan dengan petunjuk yang diajarkan Islam, maka ia ini adalah menyimpang atau tersesat.

    Mana yang benar saya akan berusaha untuk membenarkan sebagaimana ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981:

    ........................
    KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
    KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
    KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
    KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
    TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

    Kalau orang menyimpan tangkal dan azimat, apa pilihan selain mensyirikkan mereka??

    Semoga sdr dan saya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT

    Emjay

    ReplyDelete
  11. AsSalamu 'laikum Tuan,

    Cuma nak kongsi, semoga bermanfaat.

    Bab Larangan Mengikuti Ayat ayat Al Quran Yang Masih Kesamaran (Ayat Mutasyabihat) Maknanya. Peringatan Kepada Orang orang Yang Mengikuti Ayat Tersebut. Larangan Berselisih Pendapat Mengenai Ayat Al Quran.

    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
    Rasulullah s.a.w membaca firman Allah: هُوَ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِى الْعِلْمِ يَقُوْلُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ Yang bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu Wahai Muhammad kitab suci Al-Quran. Sebahagian besar daripadanya ialah ayat-ayat muhkamat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya), ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat yang samar-samar serta tidak terang maksudnya. Oleh sebab itu timbullah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing. Adapun orang-orang yang ada di dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar daripada Al-Quran untuk mencari-cari takwilnya memutarkan maksudnya menurut yang disukainya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Mereka berkata: Kami beriman kepadanya. Semuanya datang dari sisi Tuhan kami dan tiada yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikiran. Setelah selesai Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat iaitu samar-samar dari Al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Oleh itu berhati-hatilah terhadap mereka
    Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4817

    ReplyDelete
  12. ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri...
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
    Terima Kasih

    Krulayar

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh myscasio

    Betullah bagai yang dikatakan tu.

    Kassim Ahmad anti hadis pun berhujah guna Al Quran

    Orang Tarekat pun berhujah pakai Al Quran

    Orang dari layar bahtera (Laman Mana Tuhan) pun hujah guna Al Quran

    Kalau kita tidak berilmu, bila As Shaari berhujah, maka kita ikut dia.
    Kalau kita tidak berilmu, bila ahli tarekat berhujah, maka kita ikut dia.
    Kalau kita tidak berilmu, bila golongan anti hadis berhujah, maka kita ikut dia.

    Tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu

    Semoga kita semua myscasio dimatikan dalam iman.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. AsSalamu 'alaikum,
    Tuan-tuan dan puan-puan ada soalan:

    Islam Anda Tafsiran Siapa ? Baca artikel ni di: http://ustaz.blogspot.com @
    http://al-fikrah.net/News/article/sid=699.html

    Sekian, wasSalam.

    ReplyDelete
  15. salam, syukran jazzilan....barakallahu fi kumm...semoga ia akan menjadi peringatan pada semua...

    ReplyDelete
  16. lama benar saya x masuk laman nie....kerana ada urusan sikit...apapun saya tetap menyokong usaha anda ini...

    ReplyDelete
  17. panjidaritimur....adakah awak teliti bebenar akan tulisan saudara kita tu....urusan dunia tidak berkait langsung dengan bidaah x bidaah..satu ketika kaum ansar (kalau x silap saya) ...yang mempuyai ladang kurma..dan ia hendak suburkan lagi tanaman itu...dengan menyuntikkan lagi dedebunga..di pokok kurma...sewaktu mereka panjat menyuntik dedebunga itu tiba2 rasullullah lalu..dan menegur mereka apakah yg kamu semua lakukan pekerjaan yang tidak datangkan manfaat itu
    ..mendengar perkaataan yang rasulullah katakan itu mereka tidak lagi menyuntik..mereka terus berhenti melakukan hal tersebut.. maka tiba musim kurma menghasilkan buah kebun kurma itu buahnya tidak menjadi..seorang sahabat mengadu hal itu kepada rasulullah..Rasulullah saw. menjawab semua..urusan dunia kamu, kamu lebih mengetahui maka perbuatlah untuk kebaikan,
    aku hanya menyatakan pendapat aku sahaja...kalu saya silap menulis tegurlah...

    kesimpulan...

    1) urusan agama yang dibawa oleh rasulullah dah cukup sempurna, tak payahlah memandai2 tambah..
    2)urusan dunia seperti menambah baik ekonomi, negara dan segala dengan pekerjaan x bersangkutan dengan agama haruslah dikerjakan
    3) Islam tidak menghalang orang memajukan negara selagi tidak bertentangan dengan syariat agama
    4)pemimpin haruslah ditaati selagi ia tidak suruh kita mengkufuri Allah, dan merosakkan akidah
    5)Seorang manusia tidak lari dari melakukan silap..dan salah..
    6)segala pentadbiran yang dilakukan baik menjaga kewangan,pembangunan, ketenteraan
    haruslah diserahkan pada Ahlinya.





    ReplyDelete
  18. Assalamu alaikum wr wb

    Apa yang dipaparkan Us sudah jelas sekali. Teruskan usaha Ustaz dalam menyatakan yang benar. Menegakkan Sunnah. Pada pandangan saya tiada tempat untuk dlayan mereka, sesiapa saja yang hanya memberi pendapat berdasarkan emosi dan nafsu tanpa ilmu. Saya sarankan datanglah dengan ilmu untuk berhujjah. Bukan dengan emosi, sindiran dan main hentam saja. Tidak siapa yang peroleh manfaat. Maaf jika saya tersilap. - Abu Hazmin

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam wbh

    Selamat datang abuhazmin ke Laman Emjay semoga kehadiran sdr membawa 1000 rahmat

    Emjay

    ReplyDelete
  20. emjay..saya tetap sokong anta...yg penting perjuangan kita berlandaskan alquran dan sunnah.

    ReplyDelete
  21. Teori ok la,praktikal belumtentu lagi...

    ReplyDelete
  22. Semua praktikal berdasarkan teori. Kalau teorinya sudah betul insya-Allah praktikalnya bakal menyusul cantik. Tetapi kalau teorinya pun sudah salah, praktikalnya apatah lagi, hapraklah. Kalau teori Nur Muhamad, teorinya pun sudah jelas SALAH, apatah lagi praktikalnya.

    Emjay

    ReplyDelete
  23. rasanya tn emjayjb dan beberapa orang lagi tu memang mengikut alquran dan sunnah cuma tidak menepati alquran dan sunnah...

    ReplyDelete
  24. AsSalamu'alaikum,

    Anda ialah Hamba kepada Tuhan atau Wakil Tuhan ?

    Suatu artikel yang amat baik pada pandangan saya, menyentuh hati dan memberi kesedaran.
    Memang berbaloi kalau dapat membacanya.

    http://al-fikrah.net/News/article/sid=704.html

    Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  25. Myscaio, ni saper ark..penulis blok http://ustaz.blogspot.com/..ker???..kalu penulis blok 2 ada baiknya anda fahami dan baca tulisan tuan Emjay..nanti takut2 kita berkelahi sesama sendiri...tu jerk... salam...

    ReplyDelete
  26. ader ke wakil tuhan atas muka bumi ni? nabi pun cuma pesuruh Allah.... lawak betui!
    tapi x taulah apa pandangan wahabiah... dalam wahabiah, ader ulamak yang halalkan liwat dan macam-macam lagi....

    Berkenaan nur muhammad tu pula, ana x taulah betui ka tak sebab ana cuma manusia yang duduk bawah langit jer... tapi, kalau mengikut wahabiah, macam mana asal mula dunia ni yer...? Cam charles darwin cakap ker atau cam teori big bang tut....

    ReplyDelete
  27. AsSalamu'alaikum,

    Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada para pembaca dan penggemar ruangan Laman Emjay ini. Bukan maksud saya untuk menimbulkan perbalahan jauh sekali permusuhan antara kita.

    Saya bukanlah penulis artikel "Anda ialah Hamba kepada Tuhan atau Wakil Tuhan ?" tetapi saya terpanggil untuk membawanya ke laman ini sebagai suatu perkongsian.

    Tujuan saya supaya kita dapat MUHASABAH diri kita apa yang telah dan apa yang belum kita buat untuk ugama yang kita cintai ini. Kalau yang telah kita buat itu salah semoga kita dapat memperbetulkannya dan janganlah diulangi. Kalau apa yang telah kita buat itu betul, yah..... teruskanlah semoga kita mendapat rahmat dari Allah.

    Sekian, wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  28. salam tuan.
    dari pembacaan saya,tuan amat berpengalaman dan mahir dalam bab aqidah tauhid.terusakan perjuangan walaupun tidak disukai oleh puak2 yang mengambil toghut sebagai wali.

    ReplyDelete
  29. ko suka kata org lain kapir yer..klu GENTLE pegangan ko..JGN DELETE APA YG AKU TULIS..BIAR ORG LAIN TIMBANG AKAL DGN KATA AKU UNTUK KO HAMBA YG JAHIL DISISI ALLAH..AKU KATAKAN KO SESAT >>JAHIL MURAKKAB(nak lagak ustaz tapi tolak AJARAN YG HAQ)SUNNAH IKUT.. SYARIAT KAU TOLAK..SBB APA AKU KATA BERSULUH DAN TERANG KO MENOLAK TARIKAT.MAKRIFAT..MUFTI PERLIS YG BANGANG MELAGA2KAN FAKTA AUTA KELING TAK MASOK TARIKAT KO PON SOKONG PASTU KO BIDAS MUFTI LAIN MASOK TARIKAT KATA SESAT..JAHIL MURAKKAB KO NIH..GENTLE JGN PADAM....YG MANA TOLAK TARIKAT ..MAKRIFAT..TASAUF NIH PUAK PENGIKUT IBN TAMIYAH..KORANG YG LAIN BAIKLAH BICARA DGN MUFTI NEGERI DI MALAYSIA SEMUA MENOLAK AJARAN IBN TAMIYAH(WAHABI)..JGN MENOLAK MUFTI KLU BERTETAPAN DGN ALQURAN DAN SUNAH..BODOH EMJAY BELAJAR TAUHID TAPI BANGANG..JGN DELETE LAH BODOH..BIAR ORG MENILAI AKU DGN KAU..

    ReplyDelete
  30. salam,myscasio...camp selalu nampak jer laman tu kat Akob 73...rangkaian ker????...saya rasa x sedap atilah ..saya tak nak awak silap tembak...sorry erk...!!!

    ReplyDelete
  31. bagi saya Laman Emjay nie..bagus banyak perkara yang sangat tepat...dan kebanyakkan dilakukan oleh kebanyakkan manusia..(dsbbkan kejahilan/meraut kesenangan dgn cara mudah...)..oleh itu wajarlah laman ini harus berterusan..sekian...(jgn menembak jika tak nampak..takut terkena seangkatan sendiri...) maaf myscasio..kalu awak apa yg sy sangkakan...bacalah Artikal di laman dengan tenang dan pahami apa yang hendak disampaikan...

    ReplyDelete
  32. Wa'alaikumusSalam sahabat,

    Memang Laman Emjay sangat bagus intipatinya, saya pun sokong seratus peratus perjuangan tuan Emjay. Saya juga telah baca hampir semua artikel di laman ini. Tetapi kalau tuan Emjay dapat memperhalusi penyampaiannya dengan pendekatan lebih "mesra pengguna" adalah lebih baik supaya tiada yang tersinggung.

    Fahamilah apa tujuan sebenar saya meletakkan link tersebut.

    ReplyDelete
  33. saya minta maaf banyak2..sebab saya terkeliru...teryata sangkaan saya tersasar..kalu perlu saya minta maaf secara deret dengan tuan....saya sanggup....sabb lg awal lagi saya kurang paham apa yg ingin tuan sampaikan...maaf banyak2...saya buka laman tuan saya rasa bersalah amat sangat ..

    ReplyDelete
  34. so thanks atas teguran awak di atas....teruskan usaha murni mu....saya sentiasa akan menyokong usaha anda ini...sekian...

    ReplyDelete
  35. Assalamualiakum w.b.t kepada para pengunjung laman emjay,selamat datang kelaman saya yang bermanhajkan 'tolong mengkafir sesama islam'.Semoaga saudara semua mendapat banyak manfaatnay di sini.

    emjay
    Wassalam

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum w.b.t

    Bermula hari ini dan seterusnya saya adalah co-admin laman emjay.Anda semua boleh la ajukan sebarang masalah kepada saya juga.Ini disebabkan saya telah diamanahkan oleh arwah guru untuk membantu saudara seagama saya.Jangan risau saudara saudari semua,kalau ada masalah yang tak dapat selesai,insyaAllah saya dapat selesaikan dalam tempoh 5 hari sahaja.

    saya sekadar menyampaikan

    emjay

    ReplyDelete
  37. Suatu perkara yang penting dan perlu untuk diberikan perhatian bahawa segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt serta menepati dengan cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka sebarang bentuk ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, ianya tidak akan diterima oleh Allah swt apatah lagi untuk diberikan ganjaran.

    ReplyDelete
  38. Memang benar sekali kata-kata hambaabadi

    Emjay

    ReplyDelete