Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting
Assalamualaikum wbh pembaca mukmin sekelian.
Mulai 1 Dec 2012, Laman Emjay di emjayjb.multiply.com telah tidak lagi beroperasi disebabkan Multiply tidak mampu lagi mengendalikannya. Laman Emjay di Multiply yang telah beroperasi semenjak 2006 telah berpindah ke blogspot ini. Maaf di atas segala kesulitan. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik hidayah rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Sempena Aidilfitri ini, saya mengucapkan; Taqabalallhu minnna wa minkum
(Semoga Allah SWT menerima amal saya dan amal Anda)

Sunday, 5 December 2010

Demam dan mandi.

  Demam dan mandi.

Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbh sudara seagamaku dan laknat Allah SWT kepada iblis dan tenteranya.
Selama mengajar di UTM, saat mengajar di makmal atau bilik kuliah adalah menyeronokkan tetapi bila bab mengumpul dan menyemak segala tugasan pelajar  adalah saat yang mencabar kesabaran.  Lebih mencabar lagi apabila tiba musim peperiksaan dimana segala jawapan pelajar perlu disemak, digred, diproses dan akhir sekali di key ini ke sistem komputer. Apabila perkara ini sedang  dilalui, mereka yang banyak menghantar pelbagai email ke kangmasjb@hotmail.com terpaksalah dibaikan tetapi bukan semuanya. Ada juga yang penting tu masih saya berikan jawapan tetapi yang minta analisa kesihatan terpaksalah saya abaikan kerana analisa memakan masa yang agak panjang. Jadi saya harap mereka yang menghantar email tetapi masih belum dibalas haraplah maklum. Saya ni menguruskan Laman Emjay berseorangan.
Hari Khamis lalu terasa lapang sungguh apabila kerja key in markah Alhamdulillah telah selesai. Segalanya berkaitan peperikasaan perlu disiapkan sebelum keluarga mengajak bercuti ke Pulau Pinang tempat anak sulung di Ivory Condo, halaman Bukit Gamber. Anak-anak dan isteri saya memang suka bercuti di sana kerana pemandangan yangmenarik dari tingkat 12. Anak-anak saya pula memang suka ke sana kerana dapat mandi kolam. Namun modal untuk membeli muslimah swimming suit sebanyak RM165 X 2 bukannya kecil.
Beberapa hari lepas Malaysia menamatkan persaingan di Sukan Asia di Guangzhou di tempat ke 10 di belakang Thailand. Apa yang dapat dilihat dari jadual pungutan medal tersebut, pungutan medal adalah berkadar terus dengan kedudukan ekonomi. China yang kini menjadi gergasi ekonomi dunia mengekalkan tempat pertama diikuti oleh Jepun dan Korea Selatan. Apa yang ingin saya bawa para pembaca sekelian adalah bukan berkenaan sukan Asia ini atau sukan Komanwel di India sebelumnya tetapi adalah berkenaan athlet yang kerap menghidap demam. Bayangkanlah pasukan Athlet Malaysia dihadiahkan masalah besar apabila persediaan sekian lama dirosakkan dengan kegagalan saat akhir kerana athlet yang tidak dapat diturunkan akibat menghidap demam.
Hari ini apabila saya membaca akhbar The Star, kisah athlet demam berulang semula. Dari akhbar The Star ini bertajuk Wee Wern makes winning return to help Malaysia down New Zealand menceritakan kisah “Wee Wern, who had been stricken with fever throughout the week and was rested from the semi-finals against Australia, came back from a set down to beat Joelle King 11-13, 11-2, 11-8, 11-1 in 54 minutes”. Mungkin sekiranya Wee Wern tidak demam, pasukan Malaysia mungkin dapat mengalahkan Australia di peringkat separuh akhir sebelumnya. Pada Sukan Asia juga pasukan badminton Malaysia acara berpasukan,  pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei nyata gagal membawa Malaysia ke mana-mana apabila pemain ini  demam lalu tewas 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak Ponsana sekali gus memberi kemenangan moral untuk Thaliand menggandakan asakan sebelum menang 3-2. 
Sepanjang sukan Asia dan Komanwel yang baru berlalu, ramai athlet kalah bukan digelanggang tetapi kalah dengan demam. Begitulah juga kerap kita dengar dalam kejohanan-kejohanan peringkat dunia athlet tidak dapat beraksi cemerlang akibat kena demam atau baru pulih dari demam. Cubalah kita lontarkan soalan adakah para athlet ini orang yang tidak sihat dan akibatnya mereka mudah kena demam??  Athlet lumrahnya  adalah mereka yang mencapai tahap kesihatan dan kecemerlangan fizikal yang tinggi. Seandainya mereka ditahap yang tinggi, mengapakah mereka mudah kena demam?? Dalam sejarah 6 orang anak-anak saya serta saya dan isteri, hanya mereka yang kurang sihat sahaja yang kerap demam. Saya telah menceritakan kisah kisah anak sulung saya yang kerap demam dalam artikel di http://laman-emjay.blogspot.com/2007/05/pertembungan-sains-dengan-islam-mana.html . Dalam artikel tersebut saya menceritakan kisah anak saya yang kerap demam semasa ber usia 4 tahun sehingga 13 tahun. Pada ketika itu anak saya ini memang amat lemah dalam acara sukan kerana tahap fizikal dan kesihatannya amat rendah. Apabila tempuh usia ini telah menjadi sejarah, Alhamdulillah anak sulung ini serta anak-anak saya serta saya dan isteri amat jarang menghidapi demam.
Inilah yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca Laman Emjay sekelian rahsia mengapa orang kerap demam. Ilmu yang pertama ini saya perolehi apabila saya bersama arwah guru menaiki kereta yang saya pandu dari Johor Bahru ke Pulau Pinang berurusan dengan pembeli yang tidak mahu bayar hutang. Kami sampai di Butterworth sudah lewat malam kira-kira hampir 11 malam. Sebelum tiba ke hotel arwah guru mengajarkan saya agar jangan mandi di hotel kerana ini boleh menyebabkan demam kerana hari sudah malam. Beliau menasihati bahawa elakkan mandi selepas maghrib (mandi malam) apabila terlalu letih kerana boleh menyebabkan demam.  Memandu seharian dari Johor Bahru seorang diri ditemani arwah guru ke Butterworth memang amat memenatkan dan sekiranya saya mandi setibanya di hotel di Butterworth, saya berkemungkinan demam pada keesokan harinya.  
Mulai saat itu saya melatih diri saya serta isteri dan anak-anak apabila berpergian dalam jarak yang jauh seperti Johor Bahru Kuala lumpur atau yang lebih jauh agar tidak mandi apabila sampai ke destinasi melewati waktu maghrib. Adek beradek isteri saya seramai 9 orang tinggal di Lembah Klang dan kami memang kerap mengunjungi  mereka. Apabila perjalanan kami lewat bertolak dan kami sampai sesudah maghrib, kami semua tidak akan mandi dan Alhamdulillah kami semua tidak demam keesokan harinya.  
Pada hari Jumaat lepas saya dan isteri bersama 3 anak-anak bertolak dari Johor Bahru kira-kira 11.20 pagi dan Alhamdulillah kami sampai di Ivory Condo Halaman Bukit Gamber kira-kira pukul 8.00 malam. Saya mengingatkan isteri dan anak-anak agar tidak mandi pada malam itu. Alhamdulillah Allah SWT memberikan kami semua kesihatan tidak demam.
Para athlet saban hari membanting tulang mengeluarkan peluh berlatih ke satu tahap “world class”. Seandainya mereka mandi pukul 10.00 malam, ini adalah amat merbahaya kerana boleh mengakibatkan demam pada keesokan harinya. Selain boleh mengakibatkan demam, mandi malam adalah amat tidak baik bagi tempuh jangka panjang kerana boleh mengakibatkan paru-paru berair. Bacalah artikel saya berkenaan perkara ini di : Mandi malam dan air batu, nasihat kepada pemain badminton Malaysia di http://laman-emjay.blogspot.com/2008/12/mandi-malam-dan-air-batu-nasihat-kepada.html .   
Bagi mereka yang pernah mengerjakan haji mungkin mereka lebih berpengalaman berkenaan kesan mandi dengan demam. Mereka yang mengamalkan mandi 2 kali sehari sama sebagaimana mereka di Malaysia insya-Allah akan kerap demam. Saya sendiri yang mengamalkan mandi 2 kali sehari sebagaimana saya amalkan di Malaysia, tidak sampai dua minggu saya pun demam. Bila jumpa doktor dari Tabung Haji, mereka bertanya adakah saya mandi setiap hari. Saya pun memberi tahu saya mandi 2 kali sehari. Doktor tersebut menasihati saya agar jangan kerap mandi dan beliau sendiri memberitahu saya bahawa beliau hanya mandi kira-kira sekali dalam 2 minggu. Amalan ini amat perlu bagi mengelakkan demam. Seorang dari teman sebilik saya waktu di Makkah telah dinasihati oleh seorang gurunya waktu di Malaysia lagi agar jangan kerap mandi bagi mengelakkan  demam. Rupanya teman sebilik saya ini lebih advance.   
Ilmu jangan kerap mandi sewaktu mengerjakan haji atau pun umrah hanya berlegar dikalangan orang-orang tertentu. Maka beruntunglah mereka yang tidak kerap mandi di Makkkah dan Madinah kerana ini adalah satu usaha yang baik bagi mengelakkan demam.
Sewaktu saya kecil dahulu saya masih teringat saya juga pernah kena demam, ada yang demam sikit dan ada juga demam yang teruk. Setiap kali saya kena demam, ibu akan menasihati agar elakkan dari mandi. Apabila sudah pulih dari demam pun arwah ibu akan menasihati agar melewatkan mandi agar demam tidak berulang. Pernah satu ketika saya demam dan apabila saya merasai diri sudah pulih, keesokan harinya saya mandi dan sesudah mandi demam saya berulang semula. Itulah dia pengaruh mandi terhadap demam. Mungkin insya-Allah seandainya saya melewatkan mandi pagi tersebut saya tidak kena demam yang berulang.
Sewaktu saya demam, arwah ibu juga selalu menasihati agar elakkan mandi. Mandi sewaktu demam hanya akan menambah kesan buruk demam. Inilah juga yang dinasihatkan oleh arwah guru kepada saya agar memastikan anak-anak tidak mandi sewaktu mereka kena demam. Kebanyakan orang lama seperti saya masih mengamalkan amalan mengelakkan mandi sewaktu demam. Waktu demam teruk seperti apabila demam akibat campak, cacar atau cengkering, mandi juga perlu dielakkan. Bagi demam dengan suhu yang tinggi seperti ini, amalan orang tua / tradisional adalah menggunakan daun bunga raya yang diramas dengan air lalu disapukan dibahagian atas kepala, dahi dan ketiak. Selain daun bunga raya, boleh juga gunakan air asam jawa. Air kelapa kulit hijau juga perlu diberikan setiap 3 jam. Bagi demam biasa, meminum air kelapa kulit hijau setiap 3 jam dikira sudah mencukupi.   
Namun kini doktor di hospital membawa ajaran GILA iaitu apabila seseorang terutama kanak-kanak yang didapati demam dengan suhu tinggi, mereka akan dmandikan dengan air batu. Ini sebenarnya adalah amalan kerja gila. Dari sudut jangka pendek memang mandi air batu ini dapat menurunkan suhu badan tetapi mereka yang dimandikan air batu ini akan mendapat penyakit lain pula sesudah itu. Jadi, elakkanlah dari membenarkan doktor GILA memandikan anak anda apabila mereka demam. Gunakanlah air ramasan daun bunga raya atau air asam jawa. Ia lambat bertindak balas tetapi tidak memberikan kesan buruk jangka panjang.
Selain dari demam-demam yang saya jelaskan di atas, demam juga boleh disebabkan kena air hujan. Di dalam udara dipenuhi dengan bermacam-macam bahan kimia, apabila hujan turun, air hujan ini akan melarutkan bahan-bahan kimia yang terapung di udara ini. Apabila kita kena air hujan seperti  ini, bahan kimia ini insya-Allah boleh mengakibatkan demam. Itulah sebabnya mereka yang kena hujan kerap kena demam keesokan harinya. Oleh itu apabila terkena air hujan, segeralah basuh kepala dengan segera mudah-mudahan Allah SWT jauhkan dari kena demam. Kalau nak mandi hujan, mandilah hujan tetapi mandilah sesudah hujan turun kira-kira 15 – 30 minit dengan andaian segala bahan kimia di udara telah dibersihkan oleh hujan yang turun lebih awal. Saya pernah juga bersama anak-anak bermain air hujan selepas diyakini bahan kimia di udara telah dibersihkan dan Alhamdulillah tidak kena demam pada keesokan harinya. 
Satu lagi jenis demam adalah demam pada musim panas. Demam jenis ini banyak melanda kanak-kanak dan para pelajar di sekolah terutama sekali dikalangan orang Melayu. Bagi kereta-kereta mahal, apabila suhu enjin meningkat melebihi satu takat, sistem keselamatan enjin ini akan mematikan enjin bertujuan bagi melindungi enjin dari kerosakan yang lebih teruk. Allah SWT menjadikan manusia ini cukup cantik, masya-Allah, subhanallah. Apabila kadar kehilangan air dari tubuh melebihi dari kadar pengambilan air bagi tubuh, Allah menghadiahkan demam bertujuan mengelakkan tubuh dari kerosakan yang lebih parah.
Pada musim panas, dengan suhu dan angin yang kuat, kadar kehilangan air dari tubuh akan meningkat melalui proses perpeluhan. Apabila penggantian air yang hilang ini tidak berlaku, maka DEMAM lah. Orang Melayu memang terkenal dengan tidak suka minum sebagaimana oran Cina. Itulah sebabnya apabila tiba musim panas, mereka yang ramai kena demam terdiri dari orang Melayu kerana kurang air. 
Saya dahulu apabila mengerjakan haji pada tahun 1999 dahulu pernah kena demam akibat perpeluhan melebihi air yang diminum.  Pada waktu itu saya amat menantikan tarikh 8 Zulhijjah untuk bertolak ke Mudzalifah. Alhamdulillah tahap fizikal dan kesihatan saya dan isteri baik semuanya. Pada awal  pagi 8 Zulhijjah saya sudah memakai ihram. Apabila memakai ihram ini, banyak bahagian tubuh saya terdedah seperti  lengan, sebahagian dada dan betis. Pada pagi tersebut sebaik kami meninggalkan maktab menuju ke bas, angin sejuk dan kering meniup agak kuat. Sementara menunggu bas bertolak saya sudah mulai rasa nak demam. Dalam bas semakin teruk demam dan setibanya di Mudzalifah, demam saya mencapai klimak. Saya tidak boleh bangkit kerana demam dengan suhu badan yang tinggi. Sesudah solat zuhur, ketua jemaah menyuruh saya mandi. Apabila saya mandi, demam saya baik tetapi tidak lama sesudah selesai mandi, demam saya kembali semula. Ketua jemaah sudah mula memikirkan untuk menghantar saya ke hospital. Saya terfikir kalau saya di tahan dihospital, maka haji saya kena ulang semula di tahun depan.  Menjelang asar, saya memanggil isteri saya lalu mengarahkan mereka menyapu minyak zaitun ke bahagian badan saya terutama yang terdedah. Isteri patuh menyapu minyak zaitun. Sebaik selesai di sapu, demam saya terus hilang dan saya kembali pulih sebagaimana biasa. Alhamdulilah di atas rahmat Allah. Dapatlah saya menyambung ibadah haji saya. 
Saya kena demam ini sebenarnya kerana kadar kehilangan peluh melalui kulit saya amat tinggi akibat permukaan tubuh yang banyak terdedah. Perlu diambil kira bahawa udara di Negara Arab Saudi amat kering dan dengan pantas ia menambah kadar perpeluhan .  Kehilangan air ini sepatutnya digantikan dengan pengambilan air yang tinggi namun ini tidak berlaku. Apabila disapu minyak zaitun, kadar perpeluhan dari kulit saya menurun dan inilah penjelasan mengapa saya segera sembuh sebaik disapu minyak zaitun. Bagi mereka yang bakal mengerjakan haji / umrah ingatlah pesanan ini.
Bagi bayi yang disusukan dengan susu formula bayi, ramai ibu bapa tidak mematuhi arahan dan panduan yang tertera di tin susu formula bayi mereka. Ibu bapa seperti ini menggunakan satu bancuhan sama ada pada musim sejuk atau musim panas. Kalau ditinjau pada arahan di tin  tersebut ada tertera bahawa bancuhan susu hendaklah dicairkan pada musim panas dan dipekatkan sedikit sewaktu musim sejuk. Apabila bayi menerima bancuhan susu yang pekat di musim panas, ini boleh mengakibatkan demam kerana kadar kehilangan air melalui peluh tidak seimbang dengan kemasukan air melalui bancuhan susu formula ini. Dalam bahasa mudah bayi ini kurang air.
Sekian untuk kali ini. Saya amat mengalu-alukan pengalaman bagi ibu bapa yang mana anak mereka pernah dimandikan oleh doktor gila sewaktu anak mereka demam dahulu. Semoga pembaca lain mendapat pengalaman berharga dari pengalaman ibu bapa seperti ini.


Wallahuaqlam


Emjay

18 comments:

  1. A'salamualaikum... Info yg bermenafaat buat pembaca insayaallah.
    Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat ttg mandi mlm ini dgn semua saudara sekelian. Boleh dikatakan saya hari2 mandi mlm yakni setelah balik berniaga. Maklumlah berniaga dari 3ptg hingga 11mlm. Kira2nya saya tlh melakukan mandi mlm sudah melebihi dari 10 tahun. Alhamdudillah saya belum menghadapi masalah deman ini.

    Apa yang saudara2 perlu tahu adalah, bila waktu yg sesuai utk anda blh mandi kalau anda terpaksa mandi mlm khasnya utk org2 yg bekerja dan balik waktu mlm. Mandi mlm bkn sahaja blh meyebabkan deman, malah lebih parah blh mendapat penyakit paru2 berair. Begini, jika andainya bagi anda yg selalunya pulang dari bekerja waktu mlm pastikan anda mandi SELEPAS 12mlm. JANGAN mandi sebelum itu. Kenapa?? Keadaan waktu itu iaitu diantara 7mlm sehingga 12 mlm adalah waktu pengeluapan. Dimana haba panas bumi meluap. Dan biasanya tubuh kt sendiri dpt merasa spt hawa panas semasa kt duduk rehat dirumah. Namun, apabial mencecah pukul 12, kt sedah blh merasa sejuk,kdg2 embun pun sudah mula turun. Takkala itu badan kt sudah mula berubah suhu menjadi sedikit sejuk dari seblm nya. Maka, diwaktu ini adalah sesuai utk kt mandi. Walau bagaimana pun adalah diingat kepada anda semua, jika anda balik sekitar jam 11mlm misalnya, pastikan anda meyejukkan badan anda dahulu. Sebaik2nya sejukkan badan anda dgn kipas bkn air-cond.

    Utk mereka tg memandu jarak jauh atau untuk masa yg panjang, apa yg perlu anda lakukan ialah, sebelum anda sampai kedestinasi yg dituju, matikan air -cond sekurang2nya 1/2 jam sebelum anda sampai. Ini kerana, sepanjang perjalan itu mgkn memakan masa 4-5 jam,badan anda telah sejuk iaitu tahap suhu di luar lebih panas dari dlm kereta. Secara tak lansung bdn anda juga begitu. Jadi bila anda matikan air-cond dan buka tingkap kereta,maka badan anda akan dgn perlahan2 mengimbangi tahap suhu diluar dgn terkenanya tiupan angin diluar. Elok diamalkan walaupun anda memandu diwaktu siang. Terasa panas sikit tak pe la hanya utk masa yg singkat.

    Saudara emjy, ramai juga yg bertanya saya," tak bahaya ke mandi mlm? Nanti kene paru2 berair" Jadi saya terangkan spt diatas. Alhamdudillah,sampai hari ini tida diantara mere menghadapi masalah demam atau yg sewaktu dgnnya. Di sini juga ingin saya ingatkan saudara2 yg pulang kerja atau berniaga diwaktu mlm dengan kerap, iaitu hari2, lebih bahaya jika anda tidak mandi. Kenapa?? Anda mgkn blh kene DEMAM KEPIALU. Demam ini blh terjadi sebab keadaan panas badan yg terperangkap didlm tubuh. Kes ini benar2 terjadi kepada kwn saya yg selalu balik kerja jam 11 dan selepas itu tidur tanpa mandi dahulu. Skrg ni dia dah ' wire ' ( x sihat gitu ). Kata doktor demam kepialu. Seorg lagi kwn saya dah meninggal sbb paru2 berair. Kata isterinya dia selalu blk malm dan mandi. Sekitar jam 9 - 10. Dia seorang posmen. Jadi biasa kene OT sunsun surat. Seblh siang keluar hantar surat, lps jam 5 di office, jd panas, sejuk bercampur baur.

    Langkah2 nak mandi mlm nipun seelok2nya siramlah air yg sesuhu dgn bdn kita, misalnya anda rasa air itu tidak terlalu sejuk biarkan air itu mengalir dahulu. Air didlm takungan selalunya akan tersa lebih sejuk kerana pengaruh suhu dari kolah itu sendiri. Cuma masalah sekarang, rumah2 sekarang menggunakan support tank, itulah yg susah nak adjust. Kecuali anda ada pemanas air, anda blh adjust suhu yg paling bwh, iaitu x berapa panas mcm air suam yg dah x berapa nak suam gitu.( buat pening pulak jadinya ). Gunakan air dari paip yg direct dari meter ( biasa rumah kampung ) biasa mulanya agak sedikit sejuk, tetapi selepas itu akan terasa kurang sejuk dari yg mula tadi. Siramlah di bhgian kaki hingga lutut dahulu dan ikuti kedua2 belah bahu. selepas itu blh lah siram kepala dan mandi mcm biasa. Jika anda menginap dihotel,biasanya suhu air-cond bilik agak sejuk, jadi anda mesti suka mandi air panaskan? Nah...ini juga punca anda blh demam. Masa mandi mmg best, tapi selepas itu anda akan rasa sejuk suhu bilik akan berlawanan dgn suhu badan anda dlm keadaan 'mengejut',

    ReplyDelete
  2. KO NAK SANGAT TENGOK MUKA AKU YANG HANDSOME NI. KO INGAT AKU DAYUS KE? KAU CABAR AKU YE. NAK SANGAT TENGOK........... HA...HA...HA. ADA BERANI..........

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Saya lebih kepada kajian sains. Badan kita di jadikan, macam ada sensor. Allah dah jadikan.Apabila bakteria atau virus melebihi kadar tertentu ia akan mula bertindak balas. Demam. Maklumlah kat malaysia,china mekka banyak orang, banyak virus atau bakteria. Kena kawal suhu bagi masa supaya sel darah putih boleh makan bakteria atau virus, macam buat kat hospital, masukan air.Ada masa badan hasilkan antibodi.Tak payah guna vaksin. Pastikan terkawal la. Kalau tak terkawal, matilah.Ubat dia ada dalam Al Quran dan Hadis, akan tambah keyakinan terhadap Islam. Buat kajian. Tak payah ambil antibiotik dan ubat demamm.Nanti, kena super bug pulak.Salam.

    ReplyDelete
  4. baru pagi tadi mandi pukul 2.30 am,bngun pagi tadi mcm nak demam,dada saket...
    tobat tak mandi lagi waktu macam tu.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbh

    Alhamdulillah diatas kurniaan ilmu mahal ini kepada sdr arelll.

    Semoga ingat sampai mati.

    Emjay

    ReplyDelete
  6. Walaupun nampak alim2 kucing, tapi masih terserlah sifat hasad, dengki, angkuh, riak, ego, ujud, takabur, munafik, fasiq dan zindiq di dalam hati mu emjayjb. Aku nak tanya satu soalan.........HIDUP DI DUNIA INI APAKAH YANG ENGKAU CARI, WAHAI PENSYARAH UTM SKUDAI. NAMA ...... PANGKAT ..... PEREMPUAN ........ DUIT ......... GLAMOUR ....... KEMEWAHAN ....... ( apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ? , apa yang aku cari ?, apa yang aku cari ?)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...
    Sebenarnya ramai orang yang tidak tahu teknik mandi yang betul.. sebetulnya mandi tidak kira waktu pagi,tengahari atau petang mestilah dimulai dengan menyiram dari hujung kaki ke lutut..dari lutut ke pinggang..dari pinggang ke bahu..setelah beberapa minit mandi barulah disiram dikepala.
    tujuan berbuat begini adalah untuk mengeluarkan haba dari badan. Haba dari badan tidak dapat keluar sekiranya kita mengamalkan mandi terus siram di kepala.Petua ini amat baik diamalkan oleh semua lapisan masyarakat,tidak kira jantina ( lebih penting diamalkan oleh mereka yang mengidap darah tinggi dan migrain. Petua ini telah diamalkan oleh semua ahli keluarga saya sejak puluhan tahun dahulu..Alhamdulillah ahli keluarga saya jarang diserang demam.Lebih 90% individu tidak tahu petua ini, mungkin ada yang tahu tapi tak mahu mengamalkannya. Sekadar sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam wbh

    Benarlah tu. Terima kasih atas perkongsian ilmu tersebut.

    Emjay

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah.terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat nie ustaz.mintak izin dari ustaz untuk sya sebarkan ilmu ini yer,

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tuan...

    soalan ni luar tajuk sikit.. tuan ada beritahu kobis xelok.. soalan saya, adakah sayur hijau semuanya bagus, atau ada sayur hijau yg tidak baik utk kesihatan? harap tuan blh kongsi..

    wassalam..

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbh

    Secara umumnya semua sayur hijau tu baik namun apabila seseorang sudah menghidap atau pernah menghidapi penyakit tertentu seperti gastrik, sesetengah sayur hijau seperti kangkung tidak boleh lagi dimakan. Apabila seseorang pernah menghadapi gout atau kencing manis atau arthritis, maka sayuran berikut perlu dielakkan iaitu petola, bayam, kacang buncis. Apabila seseorang pernah menghidapi vertigo atau mudah pening, sayur pucuk manis, meranti dan sayuran berangin perlu dielakkan.

    Wallahuaqlam

    Emjay

    ReplyDelete
  12. salam tuan,, saya nak tanya mandi malam adalah tidak baik untuk kesihatan adakah ia sama dengan berenang di swimming pool pada waktu malam..

    salam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam wbh

    Samalah tu

    Emjay

    ReplyDelete
  14. AsSalamu 'alaikum Tuan,

    Saya juga ada yang hendak dikongsikan di sini. Artikel ini saya kopi dari:
    http://telagabiru.net.my/index/index.php?option=com_content&view=article&id=188:kaedah-merawat-demam-menurut-islam&catid=11:artikal&Itemid=20
    Kaedah Merawat Demam Menurut Islam
    oleh: Ustaz Wahid Abd Haniff ( wahid@telagabiru.net.my )
    Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”
    Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”
    Sejukkannya dengan Air
    Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:

    Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”
    Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.
    Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
    Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
    Membaca Ruqyah
    Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:

    Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
    Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:

    Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”
    “Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamb

    ReplyDelete
  15. AsSalamu 'alaikum Tuan,

    Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Adalah suatu (kewajipan) bagi setiap orang Muslim terhadap Allah, mandi (sekurang-kurangnya) sekali seminggu, iaitu mencuci kepala dan seluruh tubuhnya.” [0801] Sahih Muslim.

    ReplyDelete
  16. salam tuan...baru2 ni hubby n anak kecik saya kena chiken pox..yg si kecik tak berapa teruk sbb saya mandi kan dia ngn sabun TAHARA...yg menyejuk kan badan kalo demam n chiken pox tu cepat kering dan kuping nya pun cepat tanggal...saya berbual ngn sahabat saya , dia citer ttg adik nya yg yak jadi keluar chiken pox selepas makan buah tembikai separuh biji...chiken pox dia terbantut...tak jadi kuar...
    nak tanya tuan nih...apa kaitan tembikai n chiken pox...sbb sebelum nih tak penah dengar petua nih...

    ReplyDelete