Makluman

Laman perkongsian ilmu, pemurnian akidah, membanteras perbomohan, tolong menolong dan perubatan alternatif menurut Islam dan tradisional untuk mencari redha Allah SWT
Free Image Hosting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ pembaca mukmin sekelian

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Selamat datang ke Laman Emjay. Selamat membaca dan semoga Allah memberikan taufik, hidayah, rahmat dan berkat kepada para pembaca sekelian.

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Monday, 7 March 2011

Hei God, do you really exist?? (Hei tuhan, adakah engkau benar-benar wujud?)

Assalamualaikum wbh

Beberapa bulan lalu pada tahun 2010, saya mengetuai beberapa staf Fakulti Pendidikan menjalankan kerja amal mengadakan gerai jualan di Pesta Konvokesyen UTM untuk meningkatkan tabungan Badan Kebajikan Staf Fakulti Pendidikan. Kami menjual Nasi lemak, ayam goreng, burger, air minuman dan berbagai makanan lain. Selama 4 hari kami bertungkus lumus dari awal pagi hingga ke lewat petang. Saya sendiri bersama beberapa petugas memasak nasi lemak dan sambal ikan bilisnya sebagai bahan jualan utama kami setiap hari.

Setiap malam (kecuali satu malam) saya memasak nasi lemak di rumah untuk terus dibawa ke gerai jualan keesokan harinya. Selalunya saya memulakan urusan berkenaan memasak nasi lemak ini selepas pukul 9.00 malam sesudah solat isyak.  Penat menjual seharian perlu dilupakan. Nasi lemak untuk hari esok kena dibereskan. Sedang saya leka memasak nasi lemak ini kira-kira 9.30 malam, seorang hamba Allah menelefon saya menceritakan bahawa seorang anak perempuannya yang belajar di tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh kerasukan. Tambah parah anak  ini sudah 7 hari tidak boleh tidur. Hamba Allah  ini meminta saya segera menolong datang ke rumahnya membantu masalah anaknya.

Nasi lemak belum boleh ditinggalkan. Penat badan belum pulih namun kini bertambah tanggungjawab untuk dilaksanakan. Saya bertawakal kepada Allah SWT dan meminta kekuatan dariNya. Saya bersetuju untuk pergi ke rumah hamba Allah ini sesudah saya menyelesaikan urusan nasi lemak.

Alhamdulillah kira-kira pukul 10.30 malam saya bertolak ke rumah hamba Allah ini.  Sesampainya saya di rumah hamba Allah ini, hamba Allah ini menunjukkan anak perempuannya terbaring di atas katil sangat keletihan tetapi tidak dapat tidur. Mangsa baring di atas katil keletihan terkebil-kebil matanya tetapi tetap tidak boleh tidur. Hamba Allah ini mengambil anaknya dari sekolah berasrama penuh siang tadi setelah diberitahu oleh pihak sekolah. Anaknya sudah mula kerasukan pada siang hari tadi setelah tidak tidur selama tujuh hari.

Sebagaimana biasa saya melakukan fasa kedua iaitu melakukan pembersihan rumah tersebut dari segala gambar manusia,  haiwan, loceng dan patung. Alhamdulillah beberapa hasil diperolehi termasuk satu patung teddy bear besar kepunyaan mangsa. Kesemuanya saya letakkan di luar rumah untuk dibawa pulang bagi dilupuskan.

Sesudah itu saya masuk ke fasa ketiga iaitu berbincang lanjut dengan hamba Allah untuk mengetahui lebih lanjut masalah berkenaan anak perempuanya. Berbagai-bagai cerita termasuk cerita 3 orang guru agama lelaki di sekolah asrama penuh berkenaan yang mengamalkan berbagai-bagai ilmu songsang. Dua orang dari mereka mampu melakukan scan benda ghaib. Bagi saya 2 orang ustaz ini memang sudah jauh tersasar. Mereka kerap menakut-nakutkan mangsa kononnya dalam badan mangsa ada “saka” setelah melakukan scanning ke atas mangsa. Inilah bahana ajaran songsang ustaz garam.

Setelah memperolehi cukup bahan berkenaan mangsa dari hambaAllah, saya meminta izin untuk memanggil mangsa keluar untuk diajak berbincang. Hasil perbincangan antara saya dengan mangsa dapat disimpulkan sebagai berikut:


  1. Mangsa memang sangat mengantuk setelah 7 hari tidak boleh tidur
  2. Hari ketujuh, mangsa kerasukan
  3. Mangsa lemah ilmu tauhidnya.
  4. Kedua-dua ustaz garam di sekolahnya banyak kali menakut-nakutkan mangsa dengan melakukan “scanning” dan seterusnya memberitahu bahawa dalam badan mangsa ada saka.
  5. Kedua-dua ustaz serta ustaz ketiga sering menawarkan bantuan untuk membantu buang saka dari badan mangsa. Mangsa tambah ketakutan.
  6. Mangsa sering kali didedahkan oleh ketiga-tiga ustaz tentang cerita hantu, saka, syaitan, jin dan sebagainya dimana ini menambahkan lagi ketakutan pada diri mangsa.
  7. Pelajar lain juga ditakutkan oleh ustaz-ustaz ini tentang cerita hantu, jin syaitan dan sebagainya. Apabila pelajar bersembang sesama mereka cerita menakutkan ini selalu berkisar antara mereka dan ini menambahkan lagi ketakutan pada diri mangsa.
  8. Mangsa ada mengalami masalah berkaitan keluarganya.
  9. Kegelisahan sekian lama akibat cerita karut-marut dari ustaz-ustaz dan rakan-rakan menjadikan diri mangsa semakin tertekan dan ketakutan. Klimak dari tekanan, ketakutan serta masalah yang tidak berpenghujung membuahkan satu hasil yang amat mengejutkan. Mangsa tersasul berkata dalam bahasa Inggeris menyoal “Hei God, do you really exist??” Dalam bahasa Melayu  membawa maksud “Hei  tuhan, adakah engkau benar-benar wujud?”
  10. Selepas mangsa menyoal soalan tersebut, mangsa terus tidak dapat tidur sehingglah selama 7 hari berterusan.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, segala pujian hanya untuk Allah SWT yang mengurniakan rahmatNya sehingga dapat dikenalpasti punca masalah sebenar mangsa. Dalam fasa berikut ini, saya menjelaskan punca permasalahan yang  melanda diri mangsa sebagai:


  1. Kurang ilmu tauhid
  2. Tiga ustaz di sekolah mangsa kerjanya berkempen untuk iblis menakutkan pelajar dengan ilmu tak senonoh.
  3. Akibatnya mangsa takut benda bukan-bukan seperti syaitan, hantu, sihir, saka, gangguan syaitan dan sebagainya. Sesungguhnya takut hantu melebihi takut Allah SWT adalah syirik. Orang seperti ini sudah luput takut dan harapannya kepada Allah. Allah macam tak wujud dan perkara besar dalam minda mereka hanya hantu syaitan.
  4. Ditambah rumit masalah diri mangsa dengan sedikit masalah keluarganya.
  5. Mempersoal kewujudan Allah SWT sudah sama sekali menggugurkan keimanan dan menjadikan mangsa sudah terkeluar dari agama Islam dan menjadilah mangsa sebagai seorang orang kafir. Layaklah si mangsa menerima balasan azab dari Allah SWT.
  6. Allah SWT apabila diajukan soalan dari mangsa “Hei God, do you really exist??”, sebenarnya seolah-olah Allah SWT terus menjawab soalan tersebut secara sinis kepada mangsa berbunyi “kalau engkau tidak percaya kewujudan ALLAH selama ini yang memberikan engkau pelbagai rahmat seperti tidur dsbnya, engkau tadbirlah diri engkau sendiri untuk tidur”. Sesungguhnya tidur adalah satu rahmat besar dari Allah SWT yang memberikan rahmat dan mentadbir segala sesuatu. Tanpa rahmat dari Allah serta pentadbiranNya, kita semua tidak akan mampu untuk tidur atau melakukan sesuatu apa pun.
  7. Allah SWT sahajalah yang menjadi pelindung kepada kita semua dari gangguan syaitan. Di dalam Al Quran disebutkan dalam banyak ayat seperti Al Baqarah [257]:
        Allah Pelindung (Yang melindungi dan menolong) orang-orang yang beriman.
Apabila Allah SWT melindungi kita maka terhindarlah kita dari gangguan syaitan. Selama ini mangsa tidak pernah kena kerasukan kerana Allah SWT sentiasa melindunginya. Apabila mangsa mempersoal kewujudan Allah yang selama ini melindunginya, Allah menarik balik satu rahmat iaitu perlindungan dari syaitan lalu mangsa kena kerasukan akibat diganggu oleh syaitan.

Maka sesungguhnya Allah telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh mangsa ini dengan tidak memberikan rahmat tidur selama 7 hari dan tidak lagi melindungi mangsa sehingga beliau kena kerasukan iaitu satu bentuk gangguan oleh syaitan.

Hamba Allah cukup terkejut dengan soalan gila yang dikemukakan oleh anak perempuan kesayangannya. Inilah bahananya mempersoalkan kewujudan Allah SWT. Namun disebalik azab perit ini terselindung satu pengajaran amat berharga kepada mangsa dan keluarganya agar jangan sekali-kali mempersoal kewujudan Allah SWT.

Setelah selesai menceritakan punca permasalahan dan Alhamdulillah sudah jelas difahami oleh mangsa, saya pun beredar ke fasa berikutnya iaitu pelan tindakan yang saya ringkaskan sebagai berikut:


  1. Mangsa perlu mengucap syahadah semula kerana sesungguhnya beliau telah terkeluar dari Islam.
  2. Ambil wuduk
  3. Mangsa perlu terus melaksanakan solat taubat dikuti dengan istigfar serta pengakuan kesalahan-kesalahan beliau terutama sekali kesalahan mempersoal kewujudan Allah SWT. Mangsa perlu minta ampun diatas segala keterlanjuran dosa berat yang telah dilakukan olehnya.
  4. Saya menganjurkan istigfar, tasbih, tahmid, takbir, ucapan  haukalah iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH (TIDAK ADA DAYA DAN UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH), selawat lalu diikuti permohonan doa mangsa terutama sekali minta semula rahmat tidur serta perlindungan Allah dari kerasukan. Ulangkan semula bermula dari istigfar. Buat sebanyak-banyak sehingga tidur.
  5. Mangsa serta hambaAllah perlu belajar ilmu tauhid di rumah saya.
Alhamdulillah saya meninggalkan mangsa pada awal pukul dua belas malam. Esok saya ada tugas berat menunggu menguruskan gerai jualan Fakulti Pendidikan saya. Keesokan harinya saya menelefon hambaAllah bertanyakan hal anaknya. Alhamdulillah tidak lama selepas saya balik, anak beliau sudah dapat tidur. Pada waktu saya menelefon, anaknya pun sedang tidur lena selepas solat subuh maklumlah kepenatan tidak tidur  selama 7 hari.

Malamnya Hamba Allah dan mangsa datang ke rumah saya belajar ilmu asas tauhid. Alhamdulillah kerasukan tidak lagi berulang dan rahmat nikmat tidur sudah diberikan semula oleh Allah kepada mangsa. Malam berikutnya mangsa dan hamba Allah meneruskan belajar ilmu tauhid.

Setelah beberapa hari belajar ilmu tauhid, keadaan diri mangsa sudah semakin stabil dan pada hari Sabtu, hamba Allah menghantar anaknya kembali semula ke sekolah asrama penuh untuk menyambung pelajarannya setelah satu minggu cuti.

Alhamdulillah begitulah kisah remaja yang mempersoal kewujudan Allah SWT. Kini setelah lebih 6 bulan berlalu, 3 hari lepas saya bertemu semula dengan hambaAllah. Keadaan mangsa sudah normal, Alhamdulillah. Semoga Allah SWT terus memberkati merahmati diri hambaAllah dan anaknya.

Semoga kisah benar ini menjadi iktibar untuk kita semua.

Wallahuaqlam

Emjay


46 comments:

  1. Salam Ustaz,,
    kalau tidur susah nak bangun tu,,apa masalahnya pulak..?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbh

    Orang kalau dah jauh dari Allah SWT memang susah nak bangun subuh. Sesungguhnya solat memangnya berat melainkan orang yang sabar dan sentiasa nak mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Orang seperti ini iaitu yang susah bangun solat subuh, Allah izinkan telinganya dikencing syaitan.

    Emjay

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. antara sifat 20 dan tauhid 3 serangkai, mana satu yg sesuai untuk dipelajari oleh orang yg lemah atau baru nak mengenal ilmu tauhid? saya diberitahu tauhid 3 serangkai diharamkan daripada teks2 sekolah agama Johor..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam wbh

    Dari mana sumbernya sifat 20 pun saya tak tahu sumbernya. Tapi yang sahihnya sifat Allah merujuk kepada 100 namaNya ada terdapat 99 sifat, sila rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Asma%27ul_husna .

    Hanya orang kurang waras menolak 99 sifat Allah lalu merujuk hanya sifat 20. Dengan mempelajari ilmu tak betul sifat 20 ini, kita umat Islam tidak akan mampu menghujah pelbagai amalan syirik dikalangan orang Islam hari ini. Namun InsyaALlah dengan ilmu 3 serangkai insyaAllah kita boleh menangani pelbagai amalan kesesatan dikalangan umat islam hari ini.

    Jadi tinggalkanlah yang tak betul dan amalkan yang mantap.

    Kalau ikut negeri Johor, golongan mereka hanya akan puas apabila semua orang Islam beramal selari dengan amalan tareqat Naqsyabandiah yang mereka pegang dan amalkan. Itulah sebabnya wirid Kau Jakan pun golongan ini terima dengan tangan terbuka tetapi tauhid 3 serangkai mereka tolak kerana bertentangan dengan ilmu tarekat mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..

    saya nak belajar asas ilmu tauhid supaya dapat diperkuatkan akidah saya

    dimana saya boleh bermula...?

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam wbh

    Boleh datang ke rumah saya. Percuma. Dapatkan alamat saya di Johor Bahru dengan PM saya menggunakan multiply

    Emjay

    ReplyDelete
  7. Minimum berapa hari belajar di rumah ustaz? Saya tinggal di KL. Rumah ustaz ni sentiasa ada tetamu la ye, saya tengok ramai je yg nak datang belajar...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah

    Inilah peluang untuk saya menambah bekal akhirat.

    Kalau sdr ada saudara mara di JB, datanglah belajar pada weekend mulai Sabtu dan boleh balik semula ke KL hari Ahad. Boleh belajar 3 sesi, sabtu petang, sabtu malam dan ahad pagi.

    Kalau ada masalah penginapan ada hotel murah berhampiran rumah saya. Kalau ada masalah juga bolehlah tidur di rumah saya.

    EMjay

    ReplyDelete
  9. insyaAllah kalau ada peluang.. tahun ni mungkin tak kot sbb ada komitmen lain.. moga dipanjangkan umur untuk kita berjumpa

    ReplyDelete
  10. Salam emjayb,

    Sekadar hiburan - http://www.youtube.com/watch?v=by8PyVa9Gjc

    Johari Mansor - mempromote "ilmu batin" - telah dibuang dari website rasmi Seni Silat Gerak Kilat kerana terlalu lawak, saya uploadkan semula untuk tatapan umum, semoga terhibur.

    Link lain: http://forum.lowyat.net/topic/1070318

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbhcybersetan

    Semoga sdr sehat sejahtera

    Teruskanlah perjuangan sdr. Orang ini memang tak betul tetapi ironinya, ramai pembesar di Malaysia yang dahagakan perkhidmatan penipu orang ini. Itulah sebagaimana tahi dahagakan lalat langau dan lalat langau dahagakan tahi.

    Sepatutnya orang seperti ini sudah lama disumbatkan kepenjara kerana menipu dan terus menipu orang ramai tetapi kerana orang ini ada kenalan dari pembesar, itulah sebabnya penipuan terus bermaharajalela di Malaysia.

    Emjay

    ReplyDelete
  12. Ustaz,
    Tidur cukup, bangun pun senang tapi masih susah menunaikan Solat Subuh. mengapakah begini jadinya.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum wbh

    Allah sudah berfirman dalam Al Baqarah
    [45]Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
    [46]
    (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

    Apabila akidah ada yang sangkut, menunaikan solat memangnya susah. Lagi berat sangkutnya, lagi susah nak solat.

    Emjay

    ReplyDelete
  14. Assalamuallaikum pak ustad saya dari indonesia, sudah 2 tahun lebih saya baca laman ini dan saya senang sekali menemukan laman ini (secara tak sengaja) semoga laman ini ramai selalu dan ustad em diberkahi ALLAH atas usahanya.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbh

    Semoga Allah SWT mematikan bangmidun dan saya dalam iman

    Emjay

    ReplyDelete
  16. Salam ustaz. Saya pelajar fakulti Elektrik di UTM, tahun tiga. Bukan apa, saja berkenalan. Semoga berjumpa di mana2 bahagian di UTM atau di MSI insyaallah.

    To anyone yg susah bangun pagi: Tidur awal waktu malam atau tido cukup 8 jam. Selalunya yg susah bangun tu sbb penat. Kalo tido pukul 2 pagi mcm kawan2 sy, mmg tk dpt bngun solat subuh. Kalo pasang alarm, pastikan jauh dari tangan, sng sgt nk matikan. Buat juga bunyi alarm tu bunyi yg menykitkan hati. Last kali tawakal, sebaik mana pun persiapan kita, Allah juga yg menentukan end result. Selamat beramal

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam wbh

    Jemputlah datang ke bilik saya.

    Dapatkan nombor bilik saya dengan email ke emjayjb@gmail.com dan juga nombor telefon saya.

    Emjay

    ReplyDelete
  18. emjayb janganlah seronak sgt nak jadi wali berkumbang .....belajar dulu nak ajar pasal syariat rasanya belajar kat pondok belum lg ..

    ReplyDelete
  19. Ok, rasanya dh dpat cari contact kat dalam direktori staff UTM, cuma tak tahu nk panggil En. atau ustaz :D

    ReplyDelete
  20. sapa laa emjayb nie ...org terlebih ilmu nih buat gempak ..publisiti laa

    ReplyDelete
  21. Rilek ar bro bumimalaysia, bkn die masuk tv 3 suku pun yg ko nk dengki. Ko atau die yg tgh cari publisiti? Ko kaji dulu mazhab ape yg ko pki, lps dh tau, ko ikut apa yg imam mazhab ko ckp. Bkn stakat dngr ckp ustaz jer.

    ReplyDelete
  22. yeelaaa bumi malaysia rilek aku pun marah dgn org tua nie nak buat macam mana online kalau depan mata tengok laaa

    ReplyDelete
  23. Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf
    maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia
    kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara
    keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”

    ReplyDelete
  24. Rilek ar bro bumimalaysia, bkn die masuk tv 3 suku pun yg ko nk dengki. Ko atau die yg tgh cari publisiti? Ko kaji dulu mazhab ape yg ko pki, lps dh tau, ko ikut apa yg imam mazhab ko ckp. Bkn stakat dngr ckp ustaz jer.

    ReplyDelete
  25. sebenarnya tajuk artikel ini sudah teruk " hei god do you really exist?? . .tajuk artikel ini seolah - olah menhina ALLAH hanya hei sahajja emejy kau ingat kau tu sapa

    ReplyDelete
  26. emejy sedar diri sikit

    JALAL AL-DIN RUMI pernah mengumpamakan ma’rifat dengan mutiara yang masih berada dalam kerang, sedangkan kerang itu masih berada di dasar laut. “Karena mutiara selalu memikat hati orang, maka banyaklah orang yang datang ke laut untuk mendapatkannya. Setelah melihat-lihat dengan teliti, seseorang di antara pengunjung bertanya, “Mana mutiara itu, aku tidak melihatnya, padahal orang-orang mengatakan bahwa mutiara itu ada di laut?” Tentu saja mutiara tidak dapat dilihat apalagi dimiliki hanya dengan memandang laut, karena mutiara itu ada di dasarnya. Ini berarti bahwa ma’rifat tidak bisa diperoleh dengan mengandalkan “indera lahiriah” karena ia berada jauh di lubuk diri seseorang sehingga tersembunyi kepadanya.

    ReplyDelete
  27. emejy sedar diri sikit

    JALAL AL-DIN RUMI pernah mengumpamakan ma’rifat dengan mutiara yang masih berada dalam kerang, sedangkan kerang itu masih berada di dasar laut. “Karena mutiara selalu memikat hati orang, maka banyaklah orang yang datang ke laut untuk mendapatkannya. Setelah melihat-lihat dengan teliti, seseorang di antara pengunjung bertanya, “Mana mutiara itu, aku tidak melihatnya, padahal orang-orang mengatakan bahwa mutiara itu ada di laut?” Tentu saja mutiara tidak dapat dilihat apalagi dimiliki hanya dengan memandang laut, karena mutiara itu ada di dasarnya. Ini berarti bahwa ma’rifat tidak bisa diperoleh dengan mengandalkan “indera lahiriah” karena ia berada jauh di lubuk diri seseorang sehingga tersembunyi kepadanya.

    ReplyDelete
  28. anda fikirlah sendiri emeju hanya memanggil Allah Swt dgn panggilan hei GOD ... anda fikirlkan sendiri .. inikah org yg kita ingin jadi seorang guru...

    ReplyDelete
  29. “Tasawwuf dan fiqh adalah dua ilmu yang saling melengkapi. Apabila keduanya bertentangan, maka yang demikian adalah kesalahan, kesesatan dan penyelewengan.”

    ReplyDelete
  30. Wahai satunasib, bertaubatlah dari amalan tareqat yang engkau amalkan tu. Ia hanya menjadikan engkau sukar memahami hatta ayat yang mudah seperti ini.

    Dalam Al Quran seperti surah Al Baqarah [55] mafhumnya:
    Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

    Adakah Al Quran ini mengajarkan dan menggalakkan kepada manusia untuk berkata "aku tidak akan beriman sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)??"

    Adakah ayat Al Quran ini menggalakkan umat manusia untuk berkata sedemikian?? Kamu satunasib boleh bercakap sedemikian sekiranya kamu ingin sangat untuk disambar petir.

    Saya dalam artikel diatas menceritakan kisah seorang anakdara tingkatan lima yang celupar mulutnya sehingga berkata-kata “Hei God, do you really exist??”. Artikel saya ini menceritakan anakdara ini yang berkata-kata perkataan yang tidak wajar diperkatakan oleh umat manusia apatah lagi seseorang yang mengaku beragama Islam.

    Baca artikel mudah seperti ini pun susah faham. Inilah bahana mengamalkan ajaran yang tidak disuruh oleh Nabi Muhamad SAW iaitu mengamalkan TAREQAT.

    Emjay

    ReplyDelete
  31. pada sy kini byk golongan yg menhina dan menpelekeh tasawuf ...Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yang telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai pewaris para nabi. Walaupun ilmu agama dan amalan yang dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan para ulama, namun mereka dengan megah mendabit dada untuk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam

    ReplyDelete
  32. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baghawi: Daripada Anas bin Malik R.A., daripada Rasulullah S.A.W., daripada Jibril A.S., daripada Allah Taala berfirman (hadis qudsi) bermaksud:
    “Barangsiapa yang menghina kekasihKu maka sesungguhnya dia telah mengajakKu berperang, sesungguhnya Aku akan murka demi kekasih-kekasihKu seperti marahnya sesekor singa yang garang”
    (Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya, Abu Nuaim).

    ReplyDelete
  33. Berkata Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori:

    “Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi.”(Kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi).

    ReplyDelete
  34. Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui seseorang Islam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Di sini kita tidak menafikan bahawa wujud segelintir tarikat yang sesat dan tidak mengikut syariat Islam yang sebenar. Namun untuk menghukum kesemua tarikat tasawuf adalah salah dan sesat secara pukul rata, dakwaan ini tidaklah boleh diterima akal sama sekali. Ulama-ulama muktabar Islam juga turut memperakui kebenaran tarikat tasawuf ini dan ada di antara mereka merupakan pengamal tarikat di antaranya Imam Hanafi (Sila rujuk kitab ad-Dur al-Mukhtar). Ini merupakan bukti yang kukuh lagi kuat untuk menyatakan bahawa tarikat adalah dibenarkan dan bertepatan dengan Islam. Mana mungkin para ulama muktabar yang begitu memahami dan mendalami Islam mengamalkan tarikat tasawuf jika ia sesuatu yang sesat dan bidaah bukan?

    Berkata Imam Shafie:

    “Disukai bagiku daripada duniamu tiga perkara: Meninggal perkara yang membebankan diri dan bergaul sesama makhluk dengan lemah lembut serta mengikut jalan ahli tasawuf.”(Kitab: Kasfu al-Khafa Wa Mazilu al-Albas).

    ReplyDelete
  35. emejy nak tegur org tp masih guna bahasa kotor utk ajar pasal agama islam ..belaajr lah ilmu sufi yg penuh seni bukan ayat kotor macam tahi laa bla ..bla..la.....sebenarnya simbol kesenian kesufian sudah lama terpengaruh dlm masyarakat melayu dlm pembinaan masjid ...lihat kesenian


    kerana org sufi lah masyarakat melayu kini memeluk agama islam ,,

    ReplyDelete
  36. Kepada satunasib, AMARAN terakhir, engkau kempen lagi tentang TAREQAT, saya terus halang (block) engkau dari Laman Emjay.

    Nak bagi komen boleh tetapi jangan kempen tentang TAREQAT engkau tu.

    Emjay

    ReplyDelete
  37. bukan tarekat tapi komen saya kamu ingat kamu siapa cakap hey pada allah

    ReplyDelete
  38. kamu ingat kamu tu apa dah lah senang jee tuduh orang lain sesat macam diri tu confirm masuk syurga

    ReplyDelete
  39. ingat hanya satu golongan dr umat islam yg masuk syurga kita x tau yg mana satu
    dan tarekat pun ada 70 lebih dan satu jee yg betul tu kata sheikh kadir jalani
    tarekat yg benar adalah tarekat yang berpegang kpd al quran dan al sunnah


    persoalan nya adakah ada ketulusan jakim dalam mengeluaran status sesat sedangkan mungkin ada campur tangan politik

    ReplyDelete
  40. ini adalah beberapa pujian terhadap ahli tasawuf
    Imam al Izz bin Abdus Salam (wafat 660H)

    Sultan ulama 'Izzuddin bin Abdus salam berkata :

    "Orang-orang sufi itu telah membangun landasan di atas kaedah syariah yang tidak menghancurkan dunia dan akhirat. Sedangkan selain mereka berdiri di atas rusum (zahir sahaja). Peristiwa karomah serta khwariqul adat yang terjadi di tangan mereka dapat dijadikan sebagai dalil kebenarannya. Hal itu, bahagian dari kedekatan ALlah serta redhaNya kepada mereka.

    ReplyDelete
  41. Imam an Nawawi berkata dalam kitabnya al Maqasid :

    Prinsip asas Thariqat Tasawwuf itu ada lima :

    * Taqwa kepada Allah di saat sendiri dan bersama orang ramai. Untuk merealisasikan ketaqwaan ini adalah dengan menanamkan sifat wara' dan istiqamah.
    * Mengikuti sunnah dalam perkataan dan perbuatan. Untuk merealisasikannya dengan menjaga (sunnah) dan berakhlaq mulia.
    * Berpaling dari makhluk di saat bersama dan berpisah (maksudnya hatinya hanya bergantung kepada Allah dalam susah dan senang). Untuk merealisasikannya dengan menanamkan sabar dan tawakkal.
    * Redha kepada Allah kepada yang sedikit dan banyak. Untuk merealisasikan redha kepada Allah dengan menanamkan akhlaq qana'ah dan menyerah diri (tafwidh)
    * Kembali kepada Allah dalam susah dan senang. Dan merealisasikannnya dengan memanjatkan puja dan puji dan syukur kepada Allah apabila mengalami kesenangan dan sabar serta mengadu kepada Allah apabila dalam kesulitan.

    ReplyDelete
  42. emjay macam biasa perasan dia hampir menjadi malaikat, dia memang suka mengata orang lain kafir, hanya dia seorang sahaja yang betul. Saya mencadangkan agar emjay buat talk atau seminar 'ANTI KESESATAN' dan hantam semua yang emjay hentam secara LIVE, baru betul berjihad secara TERANG, bukan sebegini.. macam pondan

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum ustaz, nampaknya banyak juga jin syaitan di sini. Ustaz kenalah juga halau mereka dari laman web ini, jika tidak mereka akan sering menganggu.

    ReplyDelete
  44. Waalaikumussalam wbh

    Dah memang itu adalah pekerjaan mereka. Biarkanlah mereka. Dah penat nanti dia diam. Mudah-mudahan setelah lama membelek-belek artikel di sini bertukar pula kiblat mereka.

    Emjay

    ReplyDelete
  45. bodoh betul dia ni.....ucapan dia menggambarkan dia tu lebih hebat lagi dari Imam Ghazali atau Imam 2 lain......... eh Emjay~ aku nak tanya satu je soklan cepumas~ kau ni percaya ke tidak dengan Imam Mahdi AS ~ yang da tersebut dalam Hadis2 sama ada lemah, hassan dan sahih......?

    ReplyDelete
  46. sebab berdasarkan dalam banyak hadis2 sahih sendiri ~ Imam Mahdi AS adalah suatu perkara kepastian~ memang Sahih Bukhari tiada menyebut mengenainya~ tetapi satu lagi Hadis Autentik ada sebut iaitu Riwayat At Tarmizi~ antara yang sahih ikatannya~ lagi Muslim, Ahmad jga ad menyebut mengenainya~


    masalah skang~ ramai aku jumpe WAHABI laknat berani menolak dan menentang adanya MAHDI AS ~ maka saya nak tau pendirian EMJAY sendiri macam ne???

    kalau korang ni baka menolak~ maka tak SYAK lagi KAPIR HARBI punah ranah la segala amalan ANGPA dan jadilah ANGPA semacam ANTI HADIS~

    sekian....

    ReplyDelete