Saya telah disoal oleh pembaca Laman Emjay berkenaan satu pusat rawatan bernama Syifa Al Hidayah. Penjelasan mengenai pusat rawatan ini boleh diperolehi di http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp?lang=bm .
Pusat rawatan ini kini amat popular bila diberi muka oleh ASTRO OASIS. Apabila pesakit yang tidak sembuh setelah sekian lama berurusan dengan ustaz-ustaz dari pelbagai pusat rawatan melihat ruangan yang disediakan oleh ASTRO OASIS, maka berlumba-lumbalah mereka mengunjungi perawat dari Syifa Al Hidayah ini. Saya memang tidak berminat untuk menonton program ini yang ditayangkan oleh ASTRO.
Apabila ramai menonton Syifa Al Hidayah di ASTRO maka terdapatlah pembaca yang bertanyakan soalan-soalan berkenaan pusat Rawatan ini kepada saya melalui email. Bagi mengelakkan jawapan berulang-ulang bagi soalan yang sama berkenaan Syifa Al Hidayah ini maka dengan ini saya sertakan email balas saya berkenaan persoalan yang dikemukakan:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbh
Rawatan oleh pusat Syifa Al Hidayah http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp ini amat MERAGUKAN BERDASARKAN:
1. "Untuk kaum muslimat selalu sentuhan dilakukan secara batin and bukan melalui fizikal. " (Dari http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp kemudian klik Pengenalan). Tidak pernah ada manusia mampu melakukan sentuhan secara batin melainkan selalunya hanya bomoh sesat. Sentuhan batin tidak pernah diajarkan dalam Islam sama ada melalui Nabi Muhamad SAW atau para sahabat. Salah seorang bekas anak murid saya yang sudah menjadi guru juga mempunyai sentuhan batin dimana beliau mengaku mengetahui hati nurani orang lain / mambaca hati orang lain. Yang peliknya ialah pelajar saya ini sudah lebih 10 tahun mengaku tidak pernah solat.
2. "Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT)." (dari http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp kemudian klik Pengenalan). Bertambah pelik lagi apabila pesakit akan di"scan" terlebih dahulu dengan tangan dan lenggokan tangan pengamal perubatan tersebut seolah-olah bersilat!! Orang yang mampu membuat scanning sebegini selalunya hanya bomoh sesat. Sekiranya scanning sebegini iaitu secara ghaib dengan ritual macam bersilat adalah sememangnya dari ajaran Islam, Nabi Muhamad SAW sudah pastinya mengamalkannya dan semua umat Islam sedunia sihat-sihat maklumlah semua orang Islam boleh mempelajari untuk mengenalpasti penyakit (teknik scanning). Teknik scanning sebegini memang sudah lama diamalkan oleh para bomoh sesat sejak zaman dahulu kala. Cuma bezanya bomoh sesat dahulu banyak gunakan air dan limau serta kemenyan manakala orang ini menggunakan ritual tangan macam bersilat.
3. "PEMBEDAHAN CARA BATIN – Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik." (dari http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp kemudian klik Pengenalan) Hanya bomoh sesat macam bomoh yang sangat popular di Mlaysia melakukan pembedahan batin sebegini. Mengapalah ramai umat Islam apabila melihat perkara karut marut seperti ini mereka mudah sekali menerimanya. Perkara karut marut sebegini iaitu pembedahan batin memang sudah lama dilakukan baik oleh bomoh-bomoh Melayu sesat atau pun bomoh-bomoh dikalangan orang bukan Islam. Seandainya pembedahan batin sebegini adalah memang diajarkan dalam agama Islam dan Allah SWT membenarkannya, PASTINYA umat Islam menjadi sihat walafiat kerana mereka tidak perlu lagi berurusan dengan doktor dan hospital Memadai berjumpa dengan bomoh, segala organ seperti jantung, hati, buah pinggang, paru-paru akan dibedah batin lalu dicuci dalam mangkuk dan dengan itu segala masalah selesai!!! Macam cerita kartun!!!!
4. "BERMULA NYA PERUBATAN SYIFA’ AL-HIDAYAH- Ramai yang bertanya di mana saya berlajar ilmu perubatan ini. Sebenarnya saya tidak berguru dan tidak ada orang yang mengajar saya." (dari http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp kemudian klik Maklumat Peribadi). Peranan seorang bernama guru adalah amat penting. Belajar kalau tiada guru banyak perkara buruk boleh terjadi. Orang ini mengaku tidak pernah berguru. Elakkan orang seperti ini.
5. Melalui kenyataannya di http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp, orang ini mengaku tidak pernah belajar agama secara mendalam tiba-tiba bertukar menjadi perawat Islam?? Macam cerita kartun. Cerita Doraemon bolehlah.
6. Rawatan oleh orang ini tiada menekankan pemulihan aspek tauhid/agama. Agaknya kalau orang yang syirik datang berubat dengan orang itu lalu mengamalkan ayat-ayat Al Quran yang diberikan oleh perawat tersebut, agaknya boleh pulih ke sedangkan persoalan pokok kerosakan tauhid tidak diperbetulkan. Bacalah dan fahamilah maksud ayat Al Quran 17 Al-Israa' ayat [82]:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.
Menurut dari ayat Al Quran ini, jelas dinyatakan bahawa ayat suci ini menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman sahaja. Jadi kalau seseorang yang menerima pelbagai gangguan namun masih tetap tidak beriman kerana memakai berbagai tangkal azimat dan kefahaman ilmu akidah adalah tunggang langgang, bagaimanalah Allah nak menyembuhkan masalah yang mereka sedang alami. Bacalah jampi ruqyah berguni yang memangnya diamalkan Nabi Muhamad SAW, insya-Allah rahmat kesembuhan tidak akan diberikan Allah SWT sekiranya persoalan akidah masih belum selesai.
Berdasarkan siasatan dan dapatan sebagaimana di atas melalui laman web http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp serta maklumat yang diperolehi, nasihat saya ialah - perawat dari pusat ini perlu dielakkan!!!!!
Sekian wallahuaqlam.
Emjay