Bismillah hir-Rahman nir-Rahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
kepada semua muslim dan muslimat dan laknat Allah kepada iblis dan para
penyokongnya.
Saban
hari agama Islam di Malaysia dicabar dengan sedemikian rupa. Kalau dahulu
pemimpin berani mempermainkan janggut nabi SAW. Kini hudud dipermainkan lagi.
Umat Islam sudah berani mempersoal perlaksanaan hudud. Hukum tentang hudud amat
jelas iaitu “Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang
diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Maaidah, sebahagian dari ayat 45). Dan sesiapa yang
tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Surah
al-Maaidah, sebahagian dari ayat 44).
Di
Malaysia secara amnya terdapat dua pihak dimana satu pihak memperjuangkan
perlaksanaan hukum hudud (Pas menjuarainya) manakala satu pihak lagi menentang
perlaksanaannya (UMNO menjuarainya). Akibat dari persengketaan kedua-dua pihak
ini, masyarakat Islam di Malaysia juga terbahagi kepada dua dimana satu
golongan menyebelahi PAS dan satu golongan lagi menyebelahi UMNO. Sebelum kita
bercerita tentang perkara ini lebih lanjut lagi, mari kita lihat maksud hadis 1
berikut:
1. Barangsiapa melihat suatu kemungkaran
hendaklah dia merobah dengan tangannya. Apabila tidak mampu, hendaklah dengan
lidahnya (ucapan), dan apabila tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya
(membenci) dan itulah keimanan yang paling lemah (hr Muslim)
Dalam kes hudud ini, sebaik-baik tindakan segenap umat Islam di Malaysia hendaklah merubah dengan tangan. Setengah ulamak memberikan maksud kuasa. Kita sewajarnya berusaha dengan kemampuan kita untuk menegakkan agar hukum hudud ini ditegakkan di bumi Malaysia. Saya sedang berusaha dengan kemampuan saya menulis artikel ini.
Sekiranya
kita tidak mampu melakukannya, hendaklah kita bertindak melalui lisan dengan
menasihati agar kita semua sama-sama menegakkan hukum hudud di Malaysia.
Sekiranya untuk menasihati dan berkempen pun tidak berupaya, hendaklah kita
semua membenci. Dalam bab ini amat perlu kita membenci semua pihak yang
bertindak untuk menentang perlaksanaan hudud. Tak kiralah UMNO ke atau sesiapa
sahaja yang menentang hudud.
Membenci adalah keimanan yang paling lemah. Ini
memberi makna sekiranya seseorang tidak membenci kemungkaran, maka orang tersebut sudah
tiada iman berdasarkan maksud hadis ini.
Membenci kemungkaran adalah selemah-lemah iman dan lawan kepada membenci adalah rela atau redha dengan kemungkaran tersebut. Islam telah menetapkan bahawa rela atau redha dengan sesuatu kemungkaran adalah sama beratnya dengan melakukan kemungkaran tersebut. Marilah lihat maksud hadis 2 berikut:
2. Perbuatan dosa (oleh seseorang) mengakibatkan
sial terhadap orang lain (yang tidak melakukan dosa tersebut). Kalau dia (orang
lain) mencelanya maka boleh terkena ujian. Kalau mengumpatnya dia berdosa dan
kalau dia menyetujuinya maka seolah-olah dia turut melakukannya. (hr: Ad
Dailami).
Marilah
kita sama-sama memahami maksud hadis ini. Sesungguhnya apabila seseorang
melakukan kemungkaran, orang lain yang tidak melakukanya mendapat SIAL. Bahasa
lain bagi sial adalah celaka, nasib malang atau mendapat perkara buruk.
Bagaimana
pula orang lain yang tidak melakukan dosa tersebut mendapat SIAL? Sial ini
boleh diperolehi oleh orang yang tidak melakukan dosa ini melalui tiga cara
iaitu:
A. Mengata / mencela orang yang melakukan dosa tersebut boleh mengakibatkan ujian terkena kepada orang yang mengata. Contohnya mengata / mencela orang yang mempunyai anak suka bermaksiat, kelak anak sendiri diuji Allah SWT suka bermaksiat.
B. Mengumpat orang yang melakukan sesuatu maksiat adalah dilarang dalam Islam dan perbuatan mengumpat menyebabkan diberikan Allah SWT dosa. Perlu diingat bahawa dosa mengumpat adalah lebih berat dari dosa berzina.
C. Setuju atau redha atau rela dengan perbuatan maksiat adalah sama seperti melakukan perbuatan maksiat itu sendiri.
Aduh
berat sekali kita semua. Untuk mengelakkan perkara A atau B atau C adalah
sukar. Seandainya kita termasuk dalam salah satu kumpulan ini maka sial lah kita,
malang sekali. Mengata atau mencela tak boleh, mengumpat tak boleh dan redha dengan
perbuatan tersebut pun tak boleh. Jika demikian apa yang boleh dilakukan oleh
kita semua?? Jawapannya ialah kembali kepada hadis 1 di atas iaitu bertindak
guna tangan atau mulut atau sekadar membenci.
Kembali
kepada kes hudud di Malaysia, memang banyak sekali sial nya kepada umat Islam
di Malaysia. Redha dengan kumpulan penentang perlaksanaan hudud boleh merosak
akidah berdasarkan hadis 1 di atas. Manakala berdasarkan hadis 2 pula adalah seolah-olah
turut sama menentang perlaksanaan hudud itu sendiri. Menentang hukum
hudud sememangnya merosak akidah dan itulah sebabnya hadis 1 dan hadis 2 tidak
bertentangan malahan saling menguatkan.
Tentang
bab redha / rela terhadap kemungkaran adalah sama seperti mengerjakan
kemungkaran tersebut, dalam Islam ada satu istilah lain dipanggil subahat.
Orang yang melakukan satu perbuatan dosa dan orang yang bersubahat dengannya
adalah dikira sebagai dosa yang sama. Persoalan ini dikuatkan lagi oleh
hadis 3 yang bermaksud:
3. Apabila suatu kesalahan dilakukan di muka
bumi maka orang yang melihatnya dan tidak menyukainya seolah-olah dia tidak
berada di situ, dan orang yang tidak melihat kejadian kesalahan itu tetapi
redha / rela maka seolah-olah dia melihatnya (hr Abu Dawud)
Berdasarkan
hadis 3 ini, bagi orang yang melihat satu kemungkaran dan orang ini
membencinya, maka seolah-olah dia tidak melihat dan berada di tempat itu dan
terlepaslah orang ini dari dosa bersubahat. Ini sesuai dengan hadis 1 di atas
iaitu selemah-lemah iman adalah membenci kemungkaran. Namun bagi orang yang
tidak melihat sesuatu kemungkaran tetapi meredhai kemungkaran tersebut maka
orang ini mendapat dosa bersubahat seolah-olah melihat kemungkaran tersebut
berlaku.
Aduh kalau begini sial lah kita semua apabila:
a. Melihat wanita Islam membuka aurat, kita
tumpang seronok melihat aurat wanita.
b. Melihat pembaca berita wanita Islam tidak
bertudung, tidak tersentuh hati, tidak membenci.
c. Melihat artis di televisyen berlakun dedah
sana dedah sini, kita semakin hilang mengantuk, tidak membenci.
d. Melihat menteri wanita atau isteri pemimpin
tidak bertudung, kita kata bergaya sungguh mereka, tidak membenci.
e. Melihat penipuan oleh rakyat Malaysia dari
golongan buruh hingga pak menteri, kita pun kata “biarlah mereka”!!
f. Perbuatan mencuri merompak di tukarkan kepada
istilah KOMISYEN, kita kata “biarlah mereka”
g. Merasa suka / gembira bila melihat pondan
(orang lelaki dengan penampilan wanita). Ada pula yang bangga menjemput pondan
menjadi mak andam untuk anak-anak mereka.
h. Mengetahui berbagai penjualan benda-benda
khurafat di internet seperti di http://tenaga-kota-tauhid.blogspot.com/2018/01/batu-hikmat-sakti.html tetapi mengambil sikap “biarlah
mereka”.
i. Pengamal perbomohan bertitle dato dsbnya membuka klinik mampu mengeluarkan dan mencuci organ seperti jantung dsbnya, kita kata “biarlah mereka” maklumlah para mufti pun tak kata apa pun. Menteri agama Malaysia pun tak kata apa-apa.
j. Pengamal perubatan yang kononnya merawat secara Islam menggunakan garam, lada hitam, paku, limau, tahi besi dsbnya, kita semua kata “biarlah mereka”!!
h. Si doktor dengan ilmu bertentangan dengan agama Islam iaitu ilmu rahsia tarikh lahir si Azizan tu ramai sekali redha dengan mempelajarinya dan bersetuju dengannya.
i. Pengamal perbomohan bertitle dato dsbnya membuka klinik mampu mengeluarkan dan mencuci organ seperti jantung dsbnya, kita kata “biarlah mereka” maklumlah para mufti pun tak kata apa pun. Menteri agama Malaysia pun tak kata apa-apa.
j. Pengamal perubatan yang kononnya merawat secara Islam menggunakan garam, lada hitam, paku, limau, tahi besi dsbnya, kita semua kata “biarlah mereka”!!
h. Si doktor dengan ilmu bertentangan dengan agama Islam iaitu ilmu rahsia tarikh lahir si Azizan tu ramai sekali redha dengan mempelajarinya dan bersetuju dengannya.
Saya mewujudkan Laman Emjay adalah paling
utama motifnya agar saya tidak terkena SIAL dengan meredhai
kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di Malaysia. Saya alhamdulillah mampu
menulis maka saya bertindak dengan menulis. Semoga Allah SWT memudahkan saya
terus menulis.
Saya menasihati diri saya dan para pembaca
sekelian, bagi tujuan mengelakkan sial, apabila melihat sesuatu kemungkaran,
lakukanlah:
1. Menghalang dan membetulkan atau menentang
kemungkaran tersebut dengan kemampuan kita secara fizikal dan boleh dilakukan
dengan menulis
2. Menghalang dan membetulkan kemungkaran dengan
cara berdakwah dan nasihat menasihati.
3. Membenci perlakuan kemungkaran tersebut.
4. Apabila berjumpa pelaku kemungkaran,
jadikanlah muka berwajah masam sesuai dengan hadis bermakud
“Sayyidina Ali RA berkata: Rasulullah SAW menyuruh kami bila berjumpa dengan
ahli maksiat agar kami berwajah masam” (Hr Ath Thahawi)
5. Elakkan dari sikap “biarlah mereka”
6. Elakkan dari menyebelahi / menyokong pelaku
kemungkaran kerana ini hanya akan menyebabkan mendapat dosa subahat yang sama
besarnya dengan dosa pelakunya.
7. Belajarlah ilmu yang Allah SWT redha supaya
kita tidak tersalah menyokong golongan yang mungkar kerana dosa menyokong kemungkaran adalah sama
dengan dosa melakukannya.
8. Tidak ada pengecualian melalui “saya jahil
dan saya tidak mengetahui ilmu ini” kerana Islam mewajibkan menuntut ilmu.
Melakukan kemungkaran dalam kejahilan juga memerlukan taubat sebagaimana
dinyatakan dalam Al Quran 6 Al An'aam ayat 54 dan An-Nisaa' ayat 17.
9. Perbanyakkanlah mengucap istigfar semoga
Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita.
Sesungguhnya
setiap saat kita semua terdedah dengan sial akibat perlakuan kemungkaran oleh
orang lain. Jangalah kita meredhai perbuatan tersebut. Paling kurang kita perlu
membenci agar kita tidak memungut dosa percuma dan mendapat sial.
Wallahuaqlam wassalam semoga kita semua tidak terkena SIAL dari pelaku-pelaku kemungkaran disekeliling kita .
Emjay