Assalamualaikum wbh
(Updated 10 Desember 2019)
Alhamdulillah tangkal azimat serta senjata puaka telah saya lupuskan bersama menantu. Antara tujuannya ialah untuk mendedahkan kepada beliau kaedah melupuskan tangkal azimat dan senjata puaka ini.
Senjata-senjata syirik yang diberikan kepada saya telah saya potong pendek sebelum saya lupuskan. Kesemuanya dibuat oleh manusia lepas itu dipuja dan kemudian diletakkan harapan. Sama dengan patung berhala di kuil Hindu. Dibuat oleh manusia lepas itu dipuja dan diletakkan harapan kepadanya.
Minyak sakti macam ini memang dicari oleh orang-orang syirik Melayu. Macam macam minyak dijadikan tangkal seperti minyak senyonyong dan minyak dagu dan kini orang Melayu berbondong-bondong membeli MINYAK ANUGERAH yang banyak diiklankan oleh surat khabar Melayu. Melayu merosak Melayu.
Senjata macam ini mereka anggap ada kuasa sakti boleh memberikan berbagai rahmat sedangkan sesungguhnya rahmat milik Allah SWT. Penyimpan sekadar dapat SYIRIK dan hidup menderita di dunia.
Ini pula kononnya kain sakti guna dikat di kepala kot. Kalau dulu tok kiyai di Batu Pahat banyak memberikan orang ramai SELEMPANG MERAH yang kononnya penuh sakti. Puuhhhhh. teruknya orang Melayu. Tak habis habis nak jadi sakti tetapi yang pastinya ialah masuk NERAKA kerana syirik.
Tangkal kain seperti ini sudah berakar umbi dikalangan masyarakat Melayu. Persilatan macam yang berkembang di UTM pun mengguakan kain putih yang akan ditiduri oleh pelatih silat ini kemudian kena lipat dan simpan. Di menara gading orang Melayu kena tipu Iblis.
Berbagai tangkal azimat yang boleh terbakar dibakar untuk melupuskannya. Tangkal azimat ini lemah tidak mampu mempertahankan dirinya dari dibakar. Mengapalah manusia berharap dengan harapan begitu tinggi bahawa tangkal azimat ini boleh mendatangkan kebaikan serta menolak keburukan kepada diri mereka. Bukankah Allah SWT sahaja tempat mengadu dan meminta pertolongan?
Dan jika kamu (hai orang-orang musyrik) menyerunya (berhala) untuk memberi petunjuk kepadamu, tidaklah berhala-berhala itu dapat memperkenankan seruanmu; sama saja (hasilnya) buat kamu menyeru mereka ataupun kamu berdiam diri. (7: 193)
Jadilah kita semua orang mukmin yang hanya mengharapkan pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT ; Sesungguhnya pelindungku ialahlah Yang telah menurunkan Al Kitab (Al Quran) dan Dia melindungi orang-orang yang saleh. (7: 196)
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".(QS.Ali’Imran:173)
Bagi sesiapa yang menyimpan sebarang tangkal dan azimat, musnahkanlah. Kalau boleh bakar, bakarlah. Kalau boleh potong, potonglah. Kalau nak mudah, poskan sahaja kepada saya. Bagi yang nak hantar barangan syirik, poskanlah dengan pos laju ke rumah saya. Dapatkan alamat rumah saya dengan cara email saya di emjayjb@gmail.com
Emjay