Bismillahirrahmannirrahim
ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN
ALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN WASSALATU WASSALAMU ALA ASYRAFILANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI WAASHABIHI AJMAIN
Limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami
Muhammad SAW dan juga keluarganya sebagaimana engkau limpahkan kepada Ibrahim.
Dengan nama Allah yang tidak ada satu pun yang memudaratkan
dengan namanya di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.
Assalamualaikum wbh
Alhamdulillah pada 17 Julai 2013 saya telah menulis satu
entri bertajuk Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick. Pada mulanya pageviews untuk entri
ini tidaklah begitu banyak.
Alhamdulillah pada bulan Februari 2014 tiba-tiba handphone saya dihujani dengan
email comments dari pengunjung Laman Emjay yang diluar jangka. Inilah akibat
dari teknologi whatsapp apabila ada pembaca memasukkan artikel tersebut ke
whatsapp.
Alhamdulillah
sehingga hari ini artikel ini menjadi rekod Laman Emjay dan sehingga hari ini
pageviews bagi artikel Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick telah mencecah 258596
hits. Alhamdulillah terima kasih Allah.
Seperti
biasa saya sudah faham benar walau apa pun artikel yang saya tulis pastinya ada
kaki bangkang. Kalau dahulu memang naik darah juga dibuatnya tetapi tugas saya
sebagaimana dinyatakan di dalam Al Quran adalah sekadar tukang sampai. Lagi
banyak email dihandphone saya menyatakan comments di Laman Emjay lagi saya
biarkan masa berlalu. Tambahan pula saya kesibukan teramat sangat ditambah pula
mendapat cucu kedua pada Julai 2013, cucu ketiga pada September 2013 dan cucu
keempat pada Februari 2014. Semua anak anak berehat cuti bersalin di rumah.
Sehingga kini pun cucu keempat masih ada dirumah. Alhamdulillah dalam tempuh 7
bulan dapat tambahan 3 cucu.
Saya
menulis di Laman Emjay sebagai orang kata part time business dengan
Allah semoga Allah memberikan keuntungan di dunia dan akhirat. Persetankan
dengan kaki bangkang. Nabi Muhamad waktu berdakwah dahulu pun lagi ramai kaki
bangkang sampai berperang. Bagi saya mudah, setiap ilmu yang saya sebarkan
apabila dimanfaatkan oleh orang ramai mudah mudahan saya memperolehi balasan
rahmat dari Allah.
Berkenaan
artikel Tak payahlah minum Milo, Nescafe dan Sunquick tu saya ingin sekali merumuskan
kepada pembaca sekalian. Tentang komen komen kaki bangkang tu biarkanlah kalau
perlu nanti saya cuba jawab tetapi ingin sekali saya ulang semula komen komen
baik yang telah diberikan oleh pembaca sebagai rumusan dan antara lain menjawab komen
komen pembaca bagi pihak saya. Berikut adalah antara komen baik dari pembaca
Laman Emjay:
Lebih setahun saya meninggalkan
milo, nescafe dan neslo. Ini kerana saya terasa ketagihan yg agak kritikal pd
minuman ini. Pd awalnya terasa badan letih n lemah jika tidak minum. Saya
kuatkan hati, hasilnya mmg terbukti. Saya terasa segar n senang tidur malam.
Saya gantikan kopi serbuk mesin dan teh yg direndam daun pudina atau lemon.
Sunquick pula mmg tak berapa suka. Saya suka air lemon dan limau nipis, kdg2
tanpa gula...
Alhamdulillah. Walaupun umo dh
hampir 50 segala penyakit belum ada lagi. Semoga dlm.lindungan Allah sentiasa.
Dari 8 org adik beradik saya je yg x ada ssmua penyakit tu. Mungkin sebab saya
ni mmg dari kecil x suka segala jns minuman tersebut. Sesekali sunquick dulu
ada lah. Sekarang sebotol kecil pun x habis. Dah berbulan2. Mkn pun dh lama
pantang mkn.sedap. Cuma mkn mknn yg biasa je. Lebihkan sayur. Roti pun roti
wholemeal. Sesekali teringin mkn yg lain2 tu ada juga.
A'ah, btul sgt anak saya 5 tahun
tabiatnya suka minum milo + susu formula.. tiap kali buang air besar mmg susah
kdg2 amik masa 1 jam nk buang air besar sbb najis keras. terpaksa saya pkaikn
dia diaper sbb lama sgt meneran.
Anonymous7 February 2014 18:49
Pengalaman kak ipar saya, jumpq
doktor sbb anaknya ada mslh pencernaan..then dok tu nasihatkn jgn minum
milo..dia ckp bila kita minum milo, cuba lihat di dasar gelas tu..ada sisa2
milo berwarna coklat pekat rite?..then sisa tu cuba colek sedikit dengan hujung
jari..kita akan rasa something seakan-akan pasir..so dok tu ckp benda tu buah
pinggang kita langsung x bole proses..bila kita minum milo benda tu, mcm mana
dia msuk mcm tu jgk dia akan keluar..yg tinggal dlm buah pinggang tu lg la
teruk..akan merosakkan buah pinggang..wallahualam
Anonymous7 February 2014 20:09
kalau xslp dlm milo ad clay additive
bg mnmbh berat milo tu...
Anonymous7 February 2014 20:40
penulis hanya berkongsi pengalaman
bukan berdasarkn kajian saintifik, mmg patut la x de cerita komposisi kimia ke
asid ke. kl nk tahu lbh lanjut kita sendiri la yg kna cari prof ke doc ke. kl
sapa2 ada fakta, kongsikn. jgn la perlekehkn seseorang sebab tidak puas hati/
tidak bersetuju. sbb tu la bangsa kita susah nak maju asyik salahkn org tapi
kita sendiri malas nk cari kebenaran.
Anonymous7 February 2014 21:22
Boikot brg yahudi/israel..milo n
nescafe antara produk yahudi.nestle pn sama.kami skluarga dh lama
boikot.alhamdulillh kesihtn makin brtambh baik..
sy pun ketagih nescafe.kdg2 ada dtg
jgk skt tengkuk berdenyut2.ramai yg kata akibat nescafe.lbh2 lg kalau slps bersukan.
Anonymous8 February 2014 05:11
bahan2 dr milo tu ada campuran dr
cacing tanah yang di kisar halus memang la tak bagus, try la melawat kilang
nyer, tak pn tanya pd orang yg kerja bahagian analisis air ni, so minum lah
susu kambing minuman sunnah,
Penulis hanya share pengalamannya
secara langsung, terpulang la nak terima atau tak, lgpun produk ni ternyata yahudi
dan dah lama meresap dlm budaya kita, tu yg rasa susah nak terima kan?? Tak
perlu kot bukti2 saintifik, ingrediant produk pun bukan kita baca sgt
kot...kalau baca mcm semua org phm jadual berkala...
Saya setuju dengan encik Eriq Faisal
Rusli.
Tidak perlu kita menghentam penulis yang berkongsi pengalaman peribadi dan pengetahuannya.
Tidak perlu kita menghentam penulis yang berkongsi pengalaman peribadi dan pengetahuannya.
Dan bukan beliau bersifat berat sebelah tetapi beliau bukan pakar perubatan atau penyelidik maka tidak wajar bagi beliau untuk menyatakan pandangan tentang makanan2 lain yang menjejaskan kesihatan.
Beliau berpengalaman dengan Milo, Nescafe dan Sunquick, sebab itulah beliau bercerita tentang 3 jenis minuman ini.
Kalau anda betul2 mahu fakta, bolehlah anda kaji sendiri, tak perlu nak blame penulis dan minta fakta serta kajian whatsoever jika anda sendiri tidak melakukan kajian dan mencari fakta sendiri. Hanya meminta org lain buat untuk anda.
Jika tak puas hati, usaha sendiri. Bukan suruh orang lain buatkan untuk anda. Anda minta fakta sebab anda dah mula ragu2 juga kan? Tapi anda tak sanggup nak tinggalkan minuman yang dah lama jadi tabiat tu, jadi anda mula nak pelbagai fakta dan kajian saintifik. Macamlah anda faham kalau dibentangkan fakta sekalipun.
Kalau kena tipu dengan fakta pun bukan anda tahu.
Ini hanya perkongsian pengalaman dan rasanya ini juga satu reminder permulaan yang baik buat kita yang merupakan peminat tegar 3 jenis minuman ini.
Anonymous6 March 2014 00:13
Salam.. saya setuju. Penulis hanya
berkongsi pengalaman. Nak terima atau tak terpulang pada masing-masing. Setahu
saya minuman yang disebut di atas memang mengandungi kadar gula yang tinggi.
Contohnya milo, xpayah letak gula @ susu pun dah manis. Penerimaan badan
seseorang dengan sesuatu makanan tu pun berbeza.
Contohnya, Suami saya xboleh minum nescafe, kepala pening dan makan masa nak pulih. Abang saya pulak 1 mlm sampai 2 pek nescafe 3 in 1 die telan, xade ape-ape masalah (pening @ sakit tengkuk) setakat ini. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada imunisasi badan seseorang.
apapun alasan penulis sekadar
berkongsi cerita dan pengalaman saya rasa.....yang baik kita ambil dan yang
buruk kita letak tepi.....terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi .
Anonymous8 February 2014 16:42
As salam
Berita tentang milo diperbuat dari kisaran cacing Tanah mmg pernah saya baca di blog seorg penulis. Dah lama dah. Dan sejak itu, saya sekeluarga beralih kpd Koko Tamar keluaran sykt alhadad. Sahih atau tidak, pd saya, disbbkan ianya berkaitan kebersihan, lebih baik saya menukar kpd produk lain yg lebih terjamin.
Nescafe pula mmg telah menjadi habit saya sentiasa minum air ni. Sampailah satu hari, saya mendpt sakit kepala yg amat sgt. Nak muntah. Saya minum kopi pegaga warisan, yg mmg terbukti dpt hilangkan migrain. Alhamdulillah, hingga skrg, saya tak minum Nescafe lagi sebaliknya minum Kopi Pegaga Warisan.
Yg ingin mencuba, boleh call saya di 019-7685408
Berita tentang milo diperbuat dari kisaran cacing Tanah mmg pernah saya baca di blog seorg penulis. Dah lama dah. Dan sejak itu, saya sekeluarga beralih kpd Koko Tamar keluaran sykt alhadad. Sahih atau tidak, pd saya, disbbkan ianya berkaitan kebersihan, lebih baik saya menukar kpd produk lain yg lebih terjamin.
Nescafe pula mmg telah menjadi habit saya sentiasa minum air ni. Sampailah satu hari, saya mendpt sakit kepala yg amat sgt. Nak muntah. Saya minum kopi pegaga warisan, yg mmg terbukti dpt hilangkan migrain. Alhamdulillah, hingga skrg, saya tak minum Nescafe lagi sebaliknya minum Kopi Pegaga Warisan.
Yg ingin mencuba, boleh call saya di 019-7685408
Anonymous8 February 2014 17:22
Pasal milo tu betul sbb sy baca dari
artikel doktor zubaidi makanan n minuman yg pesakit gout tak boleh ambil.
Memang milo tak boleh ambil n sy agak tkejut tp bila jumpa blog ni sy nampak
kaitannya. Nescafe pon betul kafein tlampau tinggi n salah seorang pentadbir
saya langsung tak boleh hidu bau nescafe terus pening sampai nak pitam.. Sunquick
pula diperbuat drp oren sbenarnya x berbahaya kalau jarang minum tapi kalau
kerap jadi berbahaya sbbnya oren punya bnyak 'urat' mcm sabut kelapa la n bila
kerap ambik buah pinggang x dpt tapis n jd kotor.. X reti nk terang.. Apepon
sec general benda yg diproses mmg x elok diambil blebihan. Islam itu indah n
kita pon tawu diajar supaya bsederhana..wallahualam
saya peminat setia milo....kalau
masuk kedai...wajib milo@nescafe@teh susu...kt rumah wajib sebulan
sekilo...baru sy teringat knp sy kerap sakit kt area bwh perut...sbb terlalu
byk minum milo..dulu dh stop skjp...ok la pastu bile dh x sakit start minum
balik..huhu..alhamdulillah terbaca artkel ni,baru teringat balik knp sy pernah
stop ambik milo dulu...
mungkin pengalaman sy boleh ditambah
dlm entry tuan ini,,sy memang xboleh minum nescafe kerana akan rasa
loya,gemuruh n pening2,,bgitu jugak dgn kwn sy dia post dlm fb rasa benda yang
sama,sy tanya ada minum pape ke sebelum ni,,dia kata bru leps minum nescafe..oo
ptutlah..minum nescafe atas orang jugak,,klu yang boleh minum,xbg kesan pape,tp
klu yang xleh minum akan rasa mcm2,,,ok itu nescafe,,satu lg sy memang suka sgt
minum tea panas/sejuk(tea + susu).baru2 ini sy amik keputusan utk minumnya
setiap hari apabila tiba wktu makan di tempat kerja..dalam seminggu saya hairan
setiap kali ingin sujud solat,kepala rasa teramat sakit,berat seolah nak
terkeluar otak melalui mata,,xleh bayangkan kesakitan tu sampai sy mengerang
dalam sujud solat,sy terfikir mungkin sy dah tua dan dilanda penyakit,sy juga
mula ubah pemakanan sy,,try berhenti minum air kegemaran sy tu,,menakjubkan
sakit kepala sy berhenti smpai sekarang,,alhamdulillah,,jd besar kemungkinan
sakit yang kita hadapi adalah melalui pemakanan kita sehari2,,,
Saya sokong kata2 penulis blog..
berkenaan penyakit tu berkemungkinan juga... tapi sedihnya yang bangkang
semuanya kaki minum milo dan nescafe serta sunquick.. ishhh... semuanya
bumiputera melayu islam? maaf, saya nak pesan & bagitau. produk milo dan
nescafe adalah keluaran Nestle. Dan Sunquick pula adalah dari keluaran Ca Ya
Nun Alif yang bukan beragama islam. Nestle adalah sebahagian pengeluaran dari
negara Yahudi. Tak payah ceritala bape sen jer masuk ke negara Israel dari
sepeket milo. Yang pasti. Dari hasil jualan barang runcit & makanan, sehari
saluran dari negara Malaysia sahaja 7 billion !! Nampak je kecil barang hangpa
belikan? lepas ni tak payah la cerita kesian dkt anak2 org palestine. kesian
dkt org2 syria dan anak2 kecil kena tembak dan bom. siapa juga yg sokong bantu
depa? org islam juga.. ok? Peace~!!
Anonymous9 February 2014 16:40
aku tak guna barang2 di atas. dari
artikel di atas aku leh caya 50% jer walaupun takada pengesahan dari
kementerian. sbb kementerian pun terlepas pandang juga perkara2 ni. sedangkan
suntikan HPV pun kementerian suruh. inikan benda2 mcm ni. lagi kementerian
lepas tangan.
sesal dulu pendapatan. sesal kemudian takder guna. nnti dah kena baru nak cari ubat. time tu kim salam lah... sementara sihat time tu lah kena jaga pemakanan.
sesal dulu pendapatan. sesal kemudian takder guna. nnti dah kena baru nak cari ubat. time tu kim salam lah... sementara sihat time tu lah kena jaga pemakanan.
Anonymous9 February 2014 19:07
bab nescafe tu mcm tak setuju. mak
sy tiap2 pagi minum nescafe, alhamdulillah..sihat.minum coffee kan bagui..tp
sunquick? sy tak suka..klu minum sakit tekak.apapun, skrg sy lebih suka minum
air masak.memikirkan nak pakai buah pinggang lama.
Anonymous9 February 2014 20:50
Setiap org ada pndpt n pndgn msing2
so yg elok kita amk yg x elok kite dgr jelah....bkn cume milo,nescaffe n
sunquick je tp minuman lain pun ada bahayanye jgk...yg pnting disini jglh
pemakanan fgn btul n teratur.pnykit tu bole dtg bile2 sj jika kita x jage...so
tepuk dada tnye selera...fikir2kn n renung2kn...
Anonymous9 February 2014 21:22
Saya tak tahu la apa kesan Milo dan
Nescafe... Kalau Nescafe memang saya tak minum,badan tak boleh terima...Saya
ada baca buku hasil tulisan mualaf dan sekarang dia jadi pendakwah.., John D.
Gray, iaitu Usaha Amerika Untuk Merosakkan Kesihatan Dunia... Mereka ini
berselindung di sebalik WHO... Untuk makluman, Nestle adalah produk Yahudi..
Saya tak tahu sama ada kaitan atau tak....Tapi fikir-fikirkanlah... Cuba cari
buku ni... Penerbit PTS....
Anonymous20 March 2014 17:44
Tapi kalau xsilap aku..nestle n
nescafe ni pengasasnya yahudi..kalau xsilap la..mohon pencerahan..apa2 pon kita
berhati2 dlm pengambilan mknan n mnuman..aku mmg jarang minum milo n
nescafe..sunquik lg la 1 tahun skali mnum 2 pon sebab g beraya umah
sedara..lani aku amalkan mnum madu..Alhamdulillah slps amalkan mnuman sunnah ni
aku rasa smakin sihat..syukur pada Allah swt.. aku setuju dgn kata2
penulis..kita harus perbaiki hubungan dgn Allah swt..InnShaAllah Allah swt akan
perbaiki kehidupan kita dunia n akhirat.. InnShaAllah..
Pengalaman sendiri, saya ada sakit
ekzema dan kadangkala sakit di sendi2, dan kini sudah kurangkan makanan minuman
coklat. Sudah setahun tak minum milo, dan dengan izin Allah SWT sakit kulit ini
sudah berkurangan...sebelumnya agak teruk juga. Selain daripada itu elakkan
seafood, kacang tanah dan telur...sekadar perkongsian bagi yang sakit memang
kena research diri sendiri makanan/minuman yang sesuai dengan keadaan
diri/badan.
Salam.....
Sangat setuju dengan tajuk ini....terbukti atas kesakitan perut anak saya setelah hampir setiap hari minummilo.
Anak saya telah alami sakit perut dan sembelit yg teruk akibat minum milo setiap hari.....sehinggalah saya ke hospital sebab sudah seminggu tak buang air besar....setelah reda saya hentikan minum milo.....alhamdulillah sampai sekarang kembali normal .....
Sangat setuju dengan tajuk ini....terbukti atas kesakitan perut anak saya setelah hampir setiap hari minummilo.
Anak saya telah alami sakit perut dan sembelit yg teruk akibat minum milo setiap hari.....sehinggalah saya ke hospital sebab sudah seminggu tak buang air besar....setelah reda saya hentikan minum milo.....alhamdulillah sampai sekarang kembali normal .....
Anonymous27 March 2014 17:45
stiap kali mnum nescafe cnfirm sakit
prut n berak cair...then sunquick plak cnfirm tekak rasa kering n kmudian kena
batuk..ini yg sya alami klu mnum kedua2 mnuman tersebut...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila bercerita
tentang cacing tanah sebenarnya perusahaan menternak cacing tanah memang amat
lumayan. Harga pasaran bagi setiap kilogram adalah RM450. Cuba anda baca link
berikut, http://hamydy.wordpress.com/2008/05/20/ternakan-cacing-tanah/.
Koperasi UTM
dahulu pun nyaris nak buat perusahaan menternak cacing tanah. Kalau menurut
pembaca Laman Emjay sebagaimana di atas, serbuk cacing tanah menjadi salah satu
ramuan di dalam Milo. Namun saya tidak mahu mengulas kenyataan tersebut sebab
saya tiada ilmu untuk mengesahkan berita tersebut. Namun apa yang kita semua
boleh buat ialah lakukan saranan pembaca tersebut iaitu hantar sampel Milo ke
Jabatan Kimia untuk mengesahkan sama ada benar unsur cacing tanah terdapat
dalam Milo. Saya tidak perlu risau tentang kenyataan ini sebab tidak lagi minum
MILO tetapi bagi yang masih minum MILO
elok sekali dapatkan kepastian daripada jabatan kimia. Keluarlah duit sedikit
sebagai bayaran yuran kepada Jabatan Kimia.
TEMBERANG SEMUA NI...klu betul,knapa
masih jual & knapa ada kelulusan??milo dh lebih 80thn ada dipasaran, nescafe
plak dh lebih 70thn...ceh!! porahh..!!! dia minum ketum dh 3'4 thn, pastu baru
minum nescafe, milo & sunquick, terus tuduh milo, nescafe & sunquick
punca...CEH!! PIGIDAA....
Saya nak komen, rokok dan arak sudah dijual di Malaysia lebih dari 100 tahun. Bolehkah kita menafikan mudarat rokok dan arak kepada manusia? Kalau rokok dan arak mendatangkan mudarat mengapa ia masih dijual??
Sy seorang caffeine addict.sehari
sekurang2nya ada 5-6 cawan nescafe.tabiat ini telah sekian lama menjadi
ketagihan (selama 33 tahun). Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih lagi
sihat walafiat, semalam baru sahaja lepas buat full medical body scan &
bloodworkout. Alhamdulillah, tiada apa2 penyakit yang ada pada diri saya....
Saya nak komen,
kebanyakan orang Cina bukan Islam dan India bukan Islam minum arak dari muda
sampai tua dan mereka claim bahawa badan mereka sihat tak kena penyakit.
Bolehkah kita memutuskan bahawa arak tidak merbahaya kepada kesihatan?
Begitu juga
ramai orang tua menjangkau umur lebih 60 tahun masih tetap menjadi heavy
smoker dan mereka claim bahawa mereka sihat walafiat tiada penyakit
apa pun. Bolehkah kita memutuskan dan simpulkan bahawa rokok tidak membahayakan
kesihatan??
Dalam bab ini
saya nak kongsikan sebuah mafhum hadis. Suatu hari, Rasulullah shalallahu wa
sallam diundang ke rumah salah seorang muslim. Sewaktu beliau tiba di rumahnya,
beliau melihat seekor ayam sedang bertelur di sebuah sarang di samping rumah.
Beliau melihat telor ayam tersebut tidak jatuh, dan kalaupun jatuh ternyata
tidak pecah. Betapa takjubnya Rasullah saw melihat kejadian tersebut. Karena
itu, pemilik rumah tersebut bertanya kepada beliau, “Engkau heran melihatnya,
ya Rasullah? Demi Allah yang telah memilih Anda sebagai Nabi, sesungguhnya saya
selama ini tidak pernah sakit”.
Rasulullah segera meninggalkan rumah tersebut, seraya berkata, “Barangsiapa yang tidak pernah mengalami ujian , maka ia jauh dari kasih sayang Allah.” (Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar 15 : 1 : 53)
Rasulullah segera meninggalkan rumah tersebut, seraya berkata, “Barangsiapa yang tidak pernah mengalami ujian , maka ia jauh dari kasih sayang Allah.” (Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar 15 : 1 : 53)
Dalam satu
hadis lain pula maksudnya, apabila Allah
menghendaki kebaikan bagi seseorang maka dipercepatkan tindakan hukuman (musibah)
atas dosanya (didunia) dan jika Allah menghendaki keburukan maka disimpan dosanya sampai dia harus
menebusnya pada hari kiamat.(hR. Tirmizi dan Al-Baihaqi)
Jadi apabila
hisap rokok masih tetap sihat walau pun sudah tua, takutilah balasan Allah di
akhirat. Jauh lebih baik menerima balasan Allah di dunia berbanding menerima
balasan di hari kiamat. Begitu jugalah apabila minum nescafe sampai usia 85
tahun masih sihat itu tidak boleh menjadi bukti bahawa Nescafe tidak
membahayakan kesihatan.
Kita lihat kes
lain. Maggi mee adalah mee segera yang sangat digemari baik kanak kanak mahu
pun orang dewasa. Ia juga sudah dijual amat lama di Malaysia. Ada sesiapa yang
benar-benar berani claim bahawa mee segera Maggi ini tidak membahayakan
kesihatan.?. Sudah banyak kes kesihatan melibatkan kanak-kanak mahu pun orang
dewasa akibat gemar makan mee maggi ini. Saya pun waktu jahil dahulu amat gemar
makan mee maggi termasuk waktu di kampus dahulu. Bila sudah berubah amalan
agama saya alhamdulillah saya sudah tinggalkan amalan makan mee maggi.
Berkenaan
makanan minuman yang merosak kesihatan dan agama, saya ingin mengambil contoh
kes minuman P----I yang menjadi minuman kegemaran oarang ramai termasuk orang
Islam. Satu ketika dahulu saya diberitahu oleh pekerja syarikat tersebut bahawa
kerja beliau adalah membancuh minuman tersebut. Antara kandungan bancuhan ialah
LIQUOR. Liquor lebih merbahaya berbanding beer. Liquor ialah arak dengan
kandungan alkohol yang tinggi. HambaAllah ini amat saya kenali dan masih rapat
hinga sekarang dan bukan orang munafik yang perlu kita semak kesahihan
kata-katanya. Dia bekerja di kilang pembotolan syarikat tersebut di Tampoi.
Terperanjat amat sangat saya mendengar kenyataan tersebut. Namun mengapa
minuman ini mendapat tanda HALAL dan menjadi kegemaran ramai umat Islam di
Malaysia? Kalau masih ragu-ragu dengan kenyataan saya ini sila bawa sampel minuman ini ke Jabatan
Kimia dan selidikilah perkara ini.
Sebagai
penutup, Allah apabila mengasihi hambaNya maka dijaga lidah hambaNya dari
makanan minuman perosak seperti maggi mee, junkfood seperti Chickadees, mangga
jeruk, burger, sausage, minuman berkarbonat, Pepsi Cola, Coca Cola dan juga
Nescafe, Sunquick dan Milo.
Sekian
Emjay